Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon) MULA
Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online”
Pilih Pautan Sub Menu “Isytihar Harta”
Masukkan/kemaskini maklumat pengisytiharan/pelupusan harta
Hantar maklumat kepada Ketua Jabatan untuk pengesahan
Tidak Disahkan/ Dikembalikan
Disahkan oleh Ketua? Ya
Penerimaan oleh Urusetia Pengisytiharan Harta Tidak Diterima/ Dikembalikan Diterima oleh Urusetia? Ya
Kelulusan Pengisytiharan/Pelupusan Harta oleh Jawatankuasa Tatatertib
TAMAT
Rajah 1: Carta Alir Proses Kerja Merekodkan/Mengemaskini Pengisytiharan/Pelupusan Harta 1
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
Permohonan Pengisytiharan/Pelupusan Harta boleh dibuat melalui Portal PPUM dialamat http://portal.ummc.edu.my dibawah pautan Permohonan Online dan Sub Menu Isytihar Harta.
Pengguna perlu log masuk ke Portal PPUM dengan memasukkan ID dan Katalaluan yang telah didaftarkan iaitu menggunakan log masuk Single Sign On (SSO). Setelah berjaya login, pengguna perlu memilih pautan Permohonan Online pada senarai menu di sebelah kiri Portal. Seterusnya pengguna perlu memilih sub menu Isytihar Harta.
2
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
Selepas pengguna memilih menu Permohonan Online > sub menu Isytihar Harta, pengguna seterusnya akan dapat mengakses Sistem Pengisytiharan Harta.
Pada sistem ini, pengguna boleh membuat permohonan pengisytiharan harta atau permohonan pengisytiharan pelupusan harta jika ingin melupuskan harta yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tatatertib. Untuk membuat pengisytiharan harta, pengguna perlu klik pada Borang Pengisytiharan Harta atau klik pada Borang Pengisytiharan Pelupusan Harta jika ingin membuat permohonan untuk melupuskan harta yang telah diisytiharkan. i.
Borang Pengisytiharan Harta Pada borang ini, terdapat lima bahagian maklumat iaitu keterangan pegawai/keluarga, pendapatan bulanan, tanggungan/ansuran bulanan, keterangan mengenai harta dan 3
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
pengesahan pegawai. Namun pemohon tidak perlu mengisi bahagian keterangan pegawai/keluarga kerana maklumat tersebut diambil secara terus daripada Sistem eHR. Oleh itu, pemohon perlu memastikan terlebih dahulu maklumat berkenaan diri sendiri dan keluarga adalah betul dan terkini sebelum membuat permohonan pengisytiharan harta.
ii.
Borang Pengisytiharan Pelupusan Harta
Setelah maklumat pada bahagian keterangan pegawai/keluarga adalah betul dan terkini, seterusnya pemohon perlu mengisi bahagian pendapatan bulanan, tanggungan/ansuran dan maklumat harta. Setelah kesemua maklumat ini selesai dimasukkan, pengguna seterusnya boleh memilih Ketua untuk mengesahkan maklumat pengisytiharan harta yang dimasukkan.
4
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
Sebelum memasukkan maklumat pendapatan bulanan, pengguna perlu memilih maklumat pengisytiharan sama ada kali pertama atau tambahan. Seterusnya, bagi pengguna lelaki, terdapat butang untuk menambah pasangan (isteri). Jumlah tambahan yang boleh dibuat adalah sebanyak tiga orang tidak termasuk ruangan pasangan yang telah tersedia. Oleh itu jumlah keseluruhan pasangan yang boleh dimasukkan adalah empat orang. Tekan butang Tambah Pasangan bagi menambah pasangan, dan tekan butang Padam Pasangan bagi memadamkan ruangan pasangan yang telah ditambah. Bagi maklumat pendapatan bulanan, nilai gaji dan elaun akan dipaparkan secara automatik oleh sistem. Walau bagaimanapun pengguna perlu memasukkan lain-lain maklumat. Bagi pengguna yang mempunyai pasangan dan bekerja, mereka wajib untuk memasukkan maklumat pendapatan, dan sekiranya tidak dimasukkan, keseluruhan 5
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
maklumat pendapatan bulanan tidak boleh disimpan. Selain itu, pengguna juga boleh menambah lain-lain maklumat pendapatan sama ada sendiri atau pasangan. Lain-lain pendapatan tidak terhad kepada hanya satu, pengguna boleh menambah lain-lain pendapatan dengan menekan butang Tambah dan butang padam bagi menghapuskan ruangan lain-lain pendapatan yang telah ditambah. Setelah kesemua maklumat selesai dimasukkan, klik pada butang simpan untuk menyimpan maklumat berkenaan.
Seterusnya bagi memasukkan maklumat tanggungan atau ansuran bulanan atas hutang atau, pinjaman, seperti pada maklumat pendapatan bulanan, pengguna boleh menambah pasangan dengan klik pada butang Tambah Pasangan. Begitu juga untuk memasukkan lain-lain maklumat tanggungan/ansuran bulanan, pengguna boleh memasukkan lebih daripada satu maklumat dengan klik pada butang Tambah pada ruangan Lain-lain. Untuk memadamkan ruangan tambahan yang dimasukkan pengguna boleh klik pada butang Padam. Setelah kesemua maklumat selesai dimasukkan, klik pada butang Simpan untuk menyimpan maklumat berkenaan.
6
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
Setelah selesai memasukkan maklumat pendapatan bulanan dan tanggungan/ansuran bulanan, pengguna perlu memasukkan maklumat keterangan harta. Pengguna perlu memilih jenis harta dan memasukkan maklumat-maklumat lain pada ruangan yang telah disediakan. Setelah selesai tekan butang Simpan. Pengguna boleh memasukkan maklumat keterangan harta satu per satu, dan senarai harta yang dimasukkan akan dipaparkan di bawah ruangan merekodkan maklumat harta. Pengguna boleh mengemaskini atau menghapus rekod keterangan harta yang telah dimasukkan dengan klik pada pautan maklumat keterangan harta yang telah disenaraikan.
7
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
8
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
Untuk menghapuskan rekod keterangan harta yang dimasukkan, klik pada pautan Hapus Rekod, dan jika ingin membuat kemaskinian, kemas maklumat pada ruangan yang berkenaan dan klik butang Simpan. Seterusnya, setelah selesai memasukkan kesemua maklumat, pengguna perlu menghantar maklumat pengisytiharan harta ini kepada Ketua Jabatan/Unit untuk tindakan pengesahan, dan kemudian maklumat berkenaan akan sampai kepada Urusetia Isytihar Harta. Untuk menghantar maklumat pengisytiharan harta kepada Ketua Jabatan/Unit, klik pada bahagian Pengesahan Pegawai. Pilih Ketua Jabatan dan klik butang Hantar Borang kepada Ketua Jabatan.
Apabila maklumat berkenaan telah berjaya disimpan, pada menu utama Sistem Pengisytiharan Harta akan dipaparkan maklumat permohonan pengguna bersama status pengesahan, penerimaan dan kelulusan permohonan. Pengguna boleh membuat pengemaskinian terhadap maklumat yang dimasukkan dengan klik pada pautan di ruangan Jenis Pengisytiharan. Kemaskinian maklumat hanya boleh dibuat sekiranya permohonan belum diambil tindakan oleh Ketua Jabatan/Unit dan Urusetia atau dikembalikan semula permohonan berkenaan kepada pemohon untuk tindakan pembetulan. Jika permohonan pengisytiharan harta telah disahkan, diterima dan diluluskan, pengguna boleh melihat keseluruhan Borang Pengisytiharan Harta yang telah siap diisi dan boleh mencetaknya.
9
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
Untuk mencetak borang, pada menu bar, pilih File dan pilih Print Preview, sila pastikan borang berkenaan dalam paparan yang sempurna sebelum mencetak. Pengguna boleh mengubah margin untuk menghasilkan cetakan borang yang sempurna. ii. Borang Pengisytiharan Pelupusan Harta Pengguna boleh melupuskan harta yang telah diisytiharkan melalui Borang Pengisytiharan Pelupusan Harta. Pada menu utama Sistem Pengisytiharan Harta, pilih pautan Borang Pengisytiharan Pelupusan Harta.
10
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
Seterusnya, setelah Borang Pengisytiharan Pelupusan Harta dipaparkan, semua harta yang telah diisytiharkan didalam rekod pengguna berkenaan akan dipaparkan. Pengguna perlu memilih harta yang ingin dilupuskan dengan tick pada bahagian no. 5 Keterangan Harta, dan pada ruangan Lupus. Selepas pengguna memilih harta yang ingin dilupuskan, pengguna kemudian perlu memilih Ketua Jabatan yang akan mengesahkan permohonan pengisytiharan pelupusan harta berkenaan iaitu pada ruangan Pengesahan Kenyataan, dan tekan butang "Dengan ini saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah lengkap dan benar. Hantar borang kepada Ketua Jabatan" Seperti Borang Pengisytiharan Harta, setelah maklumat permohonan pengisytiharan pelupusan harta diisi dan dihantar kepada Ketua Jabatan/Unit, pengguna boleh melihat status permohonan melalui menu utama Sistem Pengisytiharan Harta. Untuk mengemaskini permohonan, pengguna boleh klik pada pautan diruangan Tarikh Mohon.
11
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
12
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
13