LAPORAN ROADSHOW UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KE PEKANBARU, INDONESIA
TARIKH : 13 – 16 MEI 2009
Disediakan oleh: Prof. Madya Dr. Hadi Nur
1
1.0
LATAR BELAKANG LAWATAN
Program lawatan ini adalah antara persediaan universiti untuk ke arah menaikkan status Universiti Teknologi Malaysia ke Universiti Penyelidikan. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan UTM di Pekanbaru. 2.0
TUJUAN LAWATAN
•
Mendapatkan calon-calon pelajar sarjana muda dan juga pasca siswazah.
•
Mencari rakan-rakan universiti untuk pertukaran pelajar.
•
Membina jaringan dan hubungan antarabangsa yang boleh membantu Universiti mencapai status ‘Research University’.
•
Mengenengahkan kecemerlangan Universiti di peringkat global melalui jaringan hubungan untuk menjadikannya lebih menonjol dalam masyarakat antarabangsa mahupun tempatan.
•
Memperluaskan promosi akademik Universiti ke peringkat antarabangsa untuk menarik lebih ramai pelajar luar negara.
•
Meningkatkan imej Universiti agar setanding dengan universiti-universiti ternama dunia.
3.0
DELEGASI LAWATAN
•
Prof. Madya Dr. Hadi Nur (Ketua Delegasi, Pengurus Hal-Ehwal Antarabangsa Sektor Indonesia)
•
Prof.Madya Dr. Ismail Said (Ketua Jabatan Arkitektur Lanskap)
•
Prof. Madya Abdul Razak Ismail (Pengarah Unit Alumni Unit)
•
Prof. Madya Dr. Othman Che Puan (Timbalan Dekan, Sekolah Pengajian Siswazah)
•
Prof. Madya Dr. Syed Abdul Rahman Syed Abu Bakar (Ketua Jabatan Pengajian Siswazah, Fakulti Kejuruteraan Elektrikal)
•
Mohd Syazli bin Md. Tahir, (Penolong Pendaftar, Unit Pemasaran)
2
4.0
LAWATAN KE SEKRETARIS DAERAH PROPINSI RIAU
4.1
Delegasi UTM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hadi Nur disambut oleh Wan Syamsir Yus, Setiausaha Daerah Provinsi Riau di Pejabat Gabernor Riau di Pekanbaru pada jam 10.00 pagi (14 Mei 2009).
Delegasi UTM
seterusnya diberi penerangan oleh Wan Syamsir Yus bahawa Provinsi Riau sedang mempertingkatkan prestasi pendidikan di Riau dengan menghantar pelajar-pelajar daripada Riau melanjutkan pelajaran ke luar negara. UTM boleh mengambil peluang ini untuk menerima pelajar-pelajar terutama dalam bidang kejuruteraan. Sehingga kini masih belum ada kerjasama di antara provinsi Riau dengan UTM.
Kunjungan ke Sekretariat Daerah Provinsi Riau, Wan Syamsir Yus, di pejabar Gabernor Riau di Pekanbaru.
3
5.0
LAWATAN KE POLITEKNIK CALTEX RIAU, UNIVERSITAS LANCANG KUNING , UNIVERSITAS RIAU, UNIVERSITAS ISLAM RIAU DAN UNIVERSITAS ISLAM SULTAN SYARIF KASSIM
5.1
Lawatan ke Politeknik Caltex Riau dan Universitas Lancang Kuning dilakukan pada sebelah petang (14 Mei 2009). Lawatan ke Universitas Riau, Universitas Islam Sultan Syarif Kassim dan Universitas Islam Riau dilakukan pada keesokan harinya (15 Mei 2009). Dua agenda telah dibincangkan di kelimalima institusi yang dikunjungi. Agenda-agenda tersebut adalah:
5.2
-
Mendapatkan calon-calon pelajar sarjana muda dan juga pasca siswazah.
-
Mencari rakan-rakan universiti untuk pertukaran pelajar.
Di setiap institusi yang dikunjungi, delegasi UTM disambut oleh: -
Ir. R. Awan Setyawan (Direktur Politeknik Caltex Riau)
-
Dr. Syafrani (Timbalan Rektor – Akademik, Universitas Lancang Kuning)
-
Dr. Syaiful Bahri (Dekan Fakultas Teknik, Universitas Riau)
-
Prof. Dr. Munzir Hitami (Timbalan Rektor - Akademik, Universitas Islam Sultan Syarif Kassim)
-
Dr. Sugeng Wiyono (Dekan Fakultas Teknik, Universitas Islam Riau)
Pada setiap kunjungan, dekan-dekan, ketua-ketua jabatan dan pensyarahpensyarah daripada institusi yang dikunjungi juga turut hadir. 5.3
Pada setiap kunjungan Prof. Madya Dr. Hadi Nur membuka perbincangan dengan memberikan penerangan bahawa UTM sedang mempertingkatkan kerjasama di antara universiti-universiti di Indonesia dengan UTM, di antaranya untuk pertukaran pelajar. Pihak Politeknik Caltex Riau, Universitas Lancang Kuning, Universitas Riau, Universitas Islam Sultan Syarif Kassim dan Universitas Islam Riau juga telah diberi penerangan mengenai transformasi UTM ke universiti penyelidikan.
4
Lawatan ke Politeknik Caltex Riau
Lawatan ke Universitas Lancang Kuning
Lawatan ke Universitas Riau
5
Lawatan ke Universitas Islam Negeri Syarif Kasim
Lawatan ke Universitas Islam Riau
6.0
TEMU BUAL DI RADIO REPUBLIK INDONESIA DAN AKHBAR RIAU POS
6.1
Temu bual interaktif di Radio Republik Indonesia (RRI) disertai oleh Prof. Madya Dr. Hadi Nur, Prof. Madya Dr. Ismail Said dan En. Dahliyusmanto pada 16 Mei 2009. Pada temu bual ini pihak UTM telah memberi penerangan mengenai peluang-peluang yang boleh diambil oleh pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pengajian di peringkat prasiswazah dan pasca siswazah di UTM. Dalam temu bual interaktif ini, delegasi UTM juga telah menerima pertanyaanpertanyaan melalui telefon dari pendengar-pendengar RRI yang siarannya boleh diterima sehingga ke Melaka.
6
Temu bual interaktif di Radio Republik Indonesia
7.0
PAMERAN PENDIDIKAN
7.1
Pameran pendidikan UTM dilaksanakan di Hotel Pangeran dari 9.00 pagi sehingga 5.00 petang (16 Mei 2009). Pelawat-pelawat tapak pameran telah diberi penerangan mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh UTM. Walaubagaimanapun, jumlah pelawat-pelawat yang datang tidak seperti yang dijangkakan. Kurangnya pelawat-pelawat yang datang mungkin disebabkan waktu penghebahan berita mengenai pameran ini terlalu pendek.
7
Kegiatan Pameran dan Diskusi
8.0
PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI UTM DI PEKANBARU
8.1
Persatuan alumni UTM di Pekanbaru telah ditubuhkan memandangkan alumni UTM di Pekanbaru sudahpun mencukupi. Dr. Sugeng Wiyono telah dipilih secara sebulat suara sebagai Ketua Persatuan Alumni UTM di Pekanbaru.
8
Pembentukan Ikatan Alumni UTM Riau dan Dinner Bersama Alumni
9.0
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada hasil lawatan yang telah diadakan, adalah hubungan dan kerjasama diantara UTM dengan universiti-universiti di Pekanbaru dalam
bidang
pertukaran
pelajar,
penyelidikan
dan
pengajaran
dapat
dipertingkatkan. Aktiviti promosi UTM ini dapat memberikan maklumat yang lengkap bagi calon-calon pelajar yang berasal dari Indonesia khususnya mereka yang berasal dari Pekanbaru. Di samping itu, minat pemohon untuk melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia juga dapat ditarik.
9