LAPORAN PROGRAM BENGKEL OPEN SOURCE SOFTWARE (OSS) SEKOLAH-SEKOLAH SEKITAR PERLIS ANJURAN PUSAT PENGAJIAN KOMPUTER DAN PERHUBUNGAN
1.0 Pengenalan Pada 28 Ogos 2008 yang lalu, bengkel Open Source Software(OSS) atau Perisian Sumber Terbuka telah diadakan khas untuk guru-guru sekolah di sekitar negeri Perlis. Bengkel ini diadakan di Makmal Komputer Taman Semarak, Kuala Perlis, Perlis. Bengkel ini bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini merupakan program pendedahan OSS kepada sekolah-sekolah di negeri Perlis. 2.0 Objektif Bengkel ini dianjurkan supaya para guru mencapai objektif-objektif berikut :• Memahami konsep OSS. • Meningkatkan kebebasan memilih penggunaan perisian. • Meningkatkan pertumbuhan pengguna dan komuniti pembangun OSS. • Menguasai perisian Open Office. 3.0 Aktiviti Bengkel ini dimulai dengan ucapan alu-aluan kepada para peserta yang hadir. Seterusnya Dekan PPKKP, Profesor Madya Dr. R. Badlishah Ahmad, memberikan ceramah bertajuk Open Source Software, Trends & Strategies and Future. Melalui ceramah ini, para peserta didedahkan kepada maklumat mengenai OSS seperti sejarah OSS, perkembangan OSS pada masa kini dan trend penggunaan OSS di masa akan datang. Selepas tamat sesi ceramah, para peserta menghadiri sesi tutorial perisian Open Office. Melalui tutorial ini, para peserta didedahkan kepada perisian OpenOffice.org 2.3 melalui tutorial Open Office Writer, Open Office Calc dan Open Office Impress pada system pengoperasian Mandriva LINUX. Tentatif program yang dijalankan adalah seperti yang tertera pada jadual di LAMPIRAN A.
4.0 Peserta
Bengkel ini dihadiri oleh 25 orang guru daripada 16 buah sekolah. Senarai peserta Bengkel beserta jawatan, sekolah dan no kad pengenalan dilampiran di LAMPIRAN B. 5.0 Galeri Foto Foto-foto yang diambil semasa bengkel ini dijalankan dilampiran di LAMPIRAN C. 6.0 Penghargaan Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Dato’ Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Pusat Kerjasama Industri, Dekan PPKKP, staf-staf akademik dan sokongan PPKKP, wakil sekolahsekolah dan juga sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga program ini memberi pendedahan dan menggalakkan penggunaan OSS di sekolah-sekolah di negeri Perlis.
Disediakan oleh, HASNEEZA LIZA BINTI ZAKARIA Setiausaha, Bengkel Open Source Software(OSS)
LAMPIRAN A TENTATIF PROGRAM MASA 8.30 – 9.00 a.m. 9.00 – 9.10 a.m. 9.10 – 10.30 a.m. 10.30 – 10.45 a.m. 10.45 – 12.30 p.m. 12.30 – 2.00 p.m. 2.00 – 3.30 p.m. 3.30 – 4.00 p.m. 4.00 – 5.00 p.m.
PERKARA Pendaftaran Ucapan alu-aluan pengerusi majlis. Ceramah bertajuk Open Source Software, Trends & Strategies and Future oleh Dekan PPKKP Minum Pagi Tutorial Open Office Writer (Word Processing) Makan Tengahari Tutorial Open Office Calc (Spreadsheets) Minum Petang Tutorial Open Office Impress(Presentation)
LAMPIRAN B SENARAI PESERTA No. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25.
Nama Lai Mee Yoon Yong Lake Zin Koay Bee Swan Keoh G. Yen Lo Koee Hiong Lim Hee Hooi Kung Hong Lian Khoo Mooi Hong Leong Siew Chong Md Nazir Nik Ali Abdul Kader Ali Ahmad Firdaus Abd Razak Tan Poh Hea Teh Kooi Hwang Shopiah Man Saw Bee San Chao Wei Joo Khor Swee Choo Julie Mozianda Salimah Bt Daud Lim Tow Yusrizar Chin Amir Ishak Ibrahim Man Wan Hassan Ismail
Jawatan Guru Besar Guru ICT Guru ICT Wakil PK Pentadbiran Guru ICT Guru ICT Gruru ICT Guru Besar Guru Besar Guru ICT Wakil Guru Besar Pembantu ICT
Sekolah SJKC Khay Beng SJKC Khay Beng SJKC Choon Siew SJKC Choon Siew SJKC Hwa Aik SJKC Padang Besar(U) SJKC Simpang Empat SJKC Kong Aik SJKC Padang Besar(U) SJKC Khoon Aik SK Sena SK Sena
Guru Besar Guru Besar Guru ICT Guru Media Guru ICT Guru Besar Guru ICT Guru ICT Guru Besar Guru ICT Guru ICT Penolong Kanan 1 Guru ICT
SJKC Simpang Empat SJKC Sin Min SJKC Sin Min SJKC Kong Aik SJKC Kong Hwa SJKC Kong Hwa SMK Kuala Perlis SK Seri Indra SJKC Hwa Aik SK Tunjong SMK Padang Besar SMK padang Besar SK Paya
LAMPIRAN C FOTO GALERI