LAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK PAYA BAKAU DI HUTAN SIMPAN BANJAR UTARA, BAGAN SUNGAI KAJANG, KUALA SELANGOR Nama Program : Penanaman Semula Pokok Bakau Untuk Khidmat Masyarakat Pelajar Asasi Universiti Teknologi MARA Tarikh
: 15 September 2012
Tempat
: Hutan Simpan Banjar Utara, Bagan Sungai Kajang, Ulu Selangor
Penganjur
: Kelab Pencinta Alam Universiti Teknologi MARA, Kampus Puncak Alam Dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Kuala Selangor
Peserta
: 200 orang peserta ( 20 pensyarah dan 160 pelajar )
Program ini adalah suatu khidmat sosial pelajar untuk memupuk semangat cintakan alam dan mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan melindungi dan memulihara ekosistem hutan bakau. Sumbangan kemasyarakatan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk memelihara dan memulihara ekosistem hutan paya bakau yang semakin diancam kemusnahan. Aktiviti ini dirancang untuk memenuhi aspirasi pendidikan yang menuntut para pelajar untuk mengalami pembelajaran dan pengalaman diluar kawasan universiti. Objektif aktiviti ini adalah untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar disamping mendedahkan peserta tentang kepentingan ekosistem kehidupan di hutan paya bakau. Selain itu, program ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta tentang cara-cara penanaman pokok bakau. Semangat setiakawan dan hubungan di antara pelajar dan pensyarah turut dapat dipupuk melalui program ini. Seterusnya,nilai-nilai murni dapat disemai dalam diri para peserta. Pada jam 6.30 pagi seramai peserta dan pensyarah telah berkumpul di Padang Kawad, Kampus Puncak Alam UiTM. Sebelum bertolak ke Hutan Simpan Banjar Utara, Pengerusi Kelab Pencinta Alam iaitu Muhammad Rasyidan Bin Mohamad Razak telah memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti program yang akan dijalankan pada hari tersebut. Pada jam 7.00 pagi, lima buah bas UiTM telah
bertolak ke Bagan Sungai Kajang, Kuala Selangor dan selamat tiba pada jam 8.30 pagi. Taklimat tentang cara penanaman anak pokok bakau telah diberikan oleh Pegawai Perhutanan Kuala Selangor pada jam 8.45 pagi. Sebanyak 1000 anak pokok bakau telah diagihkan kepada para peserta. Dianggarkan setiap seorang peserta perlu menanam sekurang-kurangnya lima anak pokok bakau.15 minit kemudian,para peserta memulakan aktiviti menanam anak pokok bakau. Para peserta saling bekerjasama untuk menanam anak pokok bakau kerana kawasannya yang berlumpur dan proses menanam anak pokok bakau memerlukan tenaga lebih daripada seorang peserta.Para peserta perlu menggali lubang menggunakan kayu sedalam 50 cm. Selepas polybag ditanggalkan, anak pokok bakau ditanam. Setiap anak pokok bakau diikat pada kayu bagi mengelakkan anak pokok bakau daripada patah dan hanyut ketika air pasang. Seramai 23 orang renjer hutan Kuala Selangor turut membantu para peserta dalam aktiviti ini. Sepanjang aktiviti dijalankan,para pelajar Asasi UiTM, para pensyarah dan renjer-renjer saling berkolaborasi dengan baik. Impaknya, aktiviti ini berjalan dengan lancar dan 1000 anak pokok bakau telah berjaya ditanam. Tepat jam 11.30 pagi,aktiviti ini telah selesai dan sesi fotografi bersama para peserta dan pegawaipegawai renjer hutan telah diadakan. Dua tangki Syabas telah disediakan untuk para peserta membersihkan diri setelah bertungkus-lumus menjayakan aktiviti ini. Setelah itu,makanan tengahari telah diagihkan kepada para peserta. Sebelum bertolak balik, Pengarah Pusat Asasi UiTM, Profesor Madya Dr Muhammad Rosli Sulaiman telah memberikan ucapan penutup kepada para peserta. Beliau menyatakan rasa bersyukur kerana program dapat berjalan dengan lancar serta menghargai usaha-usaha murni para peserta dalam menjayakan program ini. Pada jam 1 tengah hari, kami bertolak pulang ke UiTM Puncak Alam. Kesimpulannya, aktiviti ini telah berjaya dijalankan dan
mencapai objektif
program. Saya berharap agar aktiviti seperti ini dapat dijalankan pada masa akan datang.
Gambar 1: Penerangan oleh ketua Pegawai Perhutanan Kuala Selangor
Gambar 2: Peserta program sedang giat menanam pokok bakau
Gambar 3: Pensyarah dan pelajar bekerjasama menanam pokok bakau
Gambar 4: Tuan Pengarah Pusat Asasi turut terlibat dalam program ini
Gambar 5: Gambar kenangan bersama Ketua Renjer Jabatan Perhutanan Kuala Selangor
Gambar 6: Semua peserta untuk program penanaman pokok bakau
Disediakan oleh: Nik Nur Athirah Bt. Nik Kamrulzaman Setiausaha Kelab Pencinta Alam, UiTM Puncak Alam