KUMPULAN TAL TUJUH Oleh: Zamri bin Abdul Halim Cawangan Aqidah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Abstrak Kumpulan Tal Tujuh adalah salah satu kumpulan yang difatwakan menyeleweng oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Gerakan kumpulan ini berpusat di Kampung Tal Tujuh, Pasir Mas, Kelantan. Kajian mendapati ramai orang Islam terpengaruh dan terlibat dengan kumpulan Tal Tujuh. Antara kesalahan kumpulan ini adalah melibatkan agidah dan syariat Islam.Sehingga kini didapati masih ramai orang Islam di Malaysia terutama di sekitar Pasir Mas, Kelantan yang belum mengetahui kedudukan hasil kajian yang dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).Tulisan ini akan menjelaskan penemuan kajian dan keputusan mengenai kumpulan Tal Tujuh.
PENDAHULUAN Satu kumpulan berbentuk dakwah yang dikenali sebagai Kumpulan Tal Tujuh telah wujud di Kampung Tal Tujuh, Pasir Mas, Kelantan semenjak tahun 1973. Kampung ini terletak kira-kira 6 km dari bandar Pasir Mas iaitu di antara Jalan Pasir Mas menghala ke Kota Bharu. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) telah membuat kajian terhadap kumpulan Tal Tujuh dan hasil kajian telah dikemukakan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-8 pada 24 — 25 September 1984 di Kota Kinabalu, Sabah. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah menerima dan mengambil maklum laporan berkenaan dan mengambil keputusan: "kajian yang lebih mendalam dan terus menerus perlulah diambil sebelum Kumpulan Tal Tujuh diputuskan mengenai kedudukannya dari segi hukum Islam". Bahagian Penyelidikan JAKIM meneruskan usaha melakukan pemantauan dan kajian terhadap kumpulan Tal Tujuh, hasilnya sekali lagi laporan dibawa ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis 67
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-71 pada 22 hingga 24 November 2005 di Kuching, Sarawak. Keputusannya telah memutuskan supaya ketua Kumpulan Tal Tujuh iaitu Abdullah Bin Mohd Shariff dipanggil untuk memberikan penjelasan berhubung aduan penyelewengan terhadapnya. Pertemuan ini bertujuan untuk mendengar penjelasan daripada pihaknya sendiri sebelum sebarang keputusan fatwa dibuat berhubung ajaran dan aktiviti kumpulan ini. LATAR BELAKANG KUMPULAN TAL TUJUH Pemimpin Kumpulan Pemimpin Kumpulan Tal Tujuh ialah Abdullah bin Mohd. Shariff. Beliau dilahirkan di Kg. Tal Tujuh, Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1944. Pada bulan Mei 1965 beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam jurusan Sastera. Beliau gagal menamatkan pengajiannya dan diberhentikan pengajian dalam tahun 1967 ketika berada dalam tahun kedua. Sewaktu di Universiti Malaya, beliau mengambil kursus Pengajian Melayu, India, Islam dan Cina. Sejarah Penubuhan Kumpulan Tal Tujuh Abdullah bin Mohd. Shariff telah mengasaskan kumpulan ini sekitar tahun 1971, bertujuan mempraktikkan amalan ibadat, berzikir dan amalan tasawuf. Pada awalnya, kumpulan ini dikenali oleh penduduk setempat dengan panggilan Kumpulan Dakwah Jubah Hijau (kerana kesemua ahli lelaki berpakaian jubah berwarna hijau). Selepas itu ahli kumpulan ini menamakan kumpulan mereka dengan nama Persatuan Ar-Rahmaniah (bersempena dengan nama Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur. Di masjid inilah mereka mengasaskan kumpulan dan menjadikan Masjid Ar-Rahmaniah sebagai markas utama). Bermula tahun 1973, markas mereka telah berpindah ke Kampung Tal Tujuh, Pasir Mas, Kelantan. Kumpulan Tal Tujuh turut dikenali juga dengan nama Kumpulan Dakwah Jubah Hijau, Jama'ah Da'wah dan Kebajikan Islam Tal Tujuh Pondok Hutan Pasir. Nama terkini adalah Al-Madrasah Al-Ihsaniah Hutan Pasir. Kegiatan Kumpulan Tal Tujuh Antara kegiatan dan aktiviti kumpulan ini adalah seperti berikut :i. Pendidikan a. Sistem pengajian ala pondok. 68
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
b. Menerusi siri kuliah dan ceramah agama. c. Mengamalkan zikir secara individu dan kumpulan.
ii. Perusahaan barangan secara kecil-kecilan: a. Memproses makanan seperti mihun, kuetiau, sips cili, sips tomato dan lain-lain. b. Memproses makanan ringan. c. Membaikpulih bateri kenderaan. d. Membuat roti. e. Perusahaan batu-bata. f. Jahitan pakaian.
iii. Ternakan a. Ternakan ikan air tawar. b. Ternakan ayam dan kambing. AMALAN DAN AJARAN KUMPULAN TAL TUJUH Kegiatan Yang Bercanggah Dengan Cara Hidup Bermasyarakat dan Dasar Negara Kumpulan ini didapati telah mewujudkan beberapa masalah yang bertentangan dengan Islam, cara hidup masyarakat tempatan dan undang-undang Negara, iaitu:
i. Bidang Pendidikan a. Menganggap bahawa sistem pendidikan negara masa ini adalah bersifat sekular dan bertentangan dengan roh Islam. Oleh itu para pelajar perlu meninggalkan pelajaran masing-masing dan menyertai kumpulan ini. b. Pusat pengajian mereka di Kampung Tal Tujuh, Pasir Mas, Kelantan tidak mematuhi Akta Pendidikan 1996, seperti kurikulum tidak mematuhi syarat yang ditetapkan. c. Anak-anak kumpulan Tal Tujuh tidak dihantar belajar di sekolah-sekolah yang diiktiraf oleh Kerajaan. d. Guru mereka tidak mempunyai kelayakan dan tauliah daripada pihak berkuasa.
ii. Bidang Perusahaan dan Perniagaan a. Pekerja tidak dibayar upah atau gaji mengikut kadar pekerjaannya. Setiap pekerja hanya diberikan "sara hidup" 69
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
mengikut keperluannya sahaj a. (Serupa dengan sistem ma'asy yang diamalkan oleh kumpulan al-Arqam). b. Tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). c. Setiap pekerja tidak dilindungi dengan caruman insurans PERKESO.
iii. Terputus Hubungan Kekeluargaan a.
Ibu bapa yang tidak sealiran atau membantah penglibatan anaknya dengan kumpulan ini, akan dipulaukan dan anak tersebut juga akan terputus hubungan kekeluargaan dengan keluarganya. b. Mereka menganggap bahawa "menuntut ilmu" kumpulan Tal Tujuh di tempat tersebut adalah lebih utama daripada menghormati kedua ibu bapa dan keluarga yang menghalang kegiatan mereka.
iv. Dakwaan Menyeleweng Wang Ahli a. Beberapa orang bekas ahli memberitahu bahawa Abdullah Mohd. Shariff telah mengambil sejumlah wang mereka untuk berniaga atau untuk tujuan lain tetapi kemudiannya diseleweng untuk tujuan yang tidak diketahui. Antara mereka yang terlibat ialah Puan Roseliah bte. Mohamed bersama suaminya En. Mohd. Zain. PERKEMBANGAN TERKINI AJARAN KUMPULAN TAL TUJUH Setakat artikel ini ditulis, pengikut kumpulan ini berjumlah 39 orang dewasa. 31 daripada mereka berkeluarga dengan jumlah kanak-kanak seramai 172 orang. Keadaan pembawaan ketua kumpulan ini masih tidak berubah. Penyelewengan ini ialah dalam aspek aqidah, syariah dan umum. Kajian JAKIM pada tahun 2006 telah mengesahkan perkaraperkara berikut: a.
Mereka telah memanipulasi konsep Imam Mandi dengan mendakwa bahawa kumpulan tersebut diwujudkan bertujuan sebagai persiapan untuk menyambut ketibaan Imam Mandi. Menurut mereka dunia sekarang ini berada di ambang kiamat. Apabila tiha masanya Imam Mandi akan bergabung dengan jamaah ini. b. Rukun haji buat masa sekarang menurut ajaran kumpulan ini 70
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
adalah tidak wajib berasaskan kepada perjalanan sekarang ini yang tidak aman. c. Perkahwinan adalah tidak digalakkan dan sekiranya berlaku perkahwinan maka seseorang itu akan disisihkan dari jamaah. d. Kajian mendapati bahawa Abdullah Bin Mohd Shariff mengajar ilmu agama kepada pengikut tanpa merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar dan beliau tidak mempunyai autoriti untuk berbuat demikian. e. Jamaah ini ada mengamal konsep Baitul Mal. Harta dikumpulkan di Baitul Mal sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan berlaku kiamat yang telah hampir. PENYELEWENGAN AJARAN KUMPULAN TAL TUJUH Bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh kumpulan ini adalah seperti berikut:
i. Aqidah a. Abdullah Mohd. Shariff mengaku dan mendakwa mendapat `Emu Laduni' iaitu ilmu terus daripada Allah SWT. Ulasan Perkataan laduni sebenarnya disandarkan kepada ladun bermakna dari sisi. Bagaimanapun kedudukan orang yang mendakwa memperolehi ilmu dari sisi-Nya telah dicela dengan keras oleh Allah SWT kerana menyandarkan kepada diri-Nya sesuatu yang bukan datang dari sisi-Nya. Firman Allah SWT dalam Surah Ali 'Imran ayat 78; jt
)0z-."
*"
tillt-a-)
s-
•
Ce i4111 ,i171-) 44' Z7, 4 Ybt.4-, ie.‘; .•• 4..)14•LA2
Maksud: Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab 71
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu, Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah SWT", padahal ia bukanlah dari sisi Allah SWT; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah SWT sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta) . Dakwaan sebegini seolah-olah menganggap bahawa wahyu masih berterusan sedangkan wahyu sudah terhenti dengan penurunan ayat Surah al-Maa'idah ayat 3: v 0 ...,
• ,wit
:••■ '!ix A..,... ,,, . ,,, ".." .., A '..:, fr" t ••••• ..., Tift
XUS ‘.."113
3 r -All, 4....t...1 4.:..s_p-
jib \ L9 _.": I
,... ..- -r . t. ",T.;- t .-"if t:--- yqf' I-0 4°. -- T-.:*-J 9 4.??../w1)' 4-4- ,--J I k . ---. . j. ....- ....- 1.... _ft .. tlit,r ,--
1,..... ..L.:„.1 3 _,
s.L. ,41; . ...- . );
„.....-- • ,- -- tr.- _" )1.0.:...,-.. Lo ....% I ct.) ) -si 1 i 1 .... .:.
A .., E. ,., 1 ...., ° A":''''...- ..... : r ' ..-' -'' ''' •"...'" lit
° ' . >2.1_•;*11 U-41 0-1:1p7.3 ‘-.3
/••"i Z)1-3
.,... . c j .. .°••••• " "i-1....- .;,...z.; E. ...; .... f..... ,,A 0 ....:. ...::: .- : ."' )1, A ,•..- 1....(l''' ,,.. ''--St ..., .. • 4.L.,.....c . • *• ••' •" E"," A,. -d . 19t AP. 17.„ 40141111k 4.0)
••• •
Maksud: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) , dan darah (yang keluar mengalir) , dan daging habi (termasuk semuanya) , dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah SWT, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi , dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas , kecuali yang sempat disembelih (sebelum habis nyawanya) , dan yang disembelih atas nama herhala; dan (diharamkan juga) kamu menengok nasib dengan undi batang-hatang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam 72
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
dan umatnya) Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan ni'matKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. b. Abdullah Mohd. Sharif tidak menafikan dakwaan pengikutnya bahawa dia seorang yang mempunyai kasyaf Ulasan Mengikut pendapat al-Jurjani di dalam kitab al-Ta'rifat bahawa kasyaf ditakrifkan sebagai menyingkap maklumat di sebalik hijab yang berupa perkara-perkara ghaib dan perkara-perkara yang benar-benar ada. Dakwaan mengetahui perkara-perkara ghaib adalah bertentangan dengan al-Quran. Firman Allah SWT dalam Surah an-Naml ayat 65; c
... 44/14:"?.L4_, 4111 1-Y1113/Le—ill!, L-11...9141-"43
t
Maksud: Katakanlah lagi: "Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah SWT". Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesuclah mati) . Firman Allah SWT dalam Surah al-Jinn ayat 26;
73
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Ma ksud: "Thhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka la tidak mernberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun ." c.
Abdullah sentiasa membuat keputusan hanya berdasarkan kepada mimpi-mimpinya. Dia mendakwa boleh menta'birkan segala mimpi dengan tepat
Ulasan tidak boleh diambil kira schagai hujah syarak dan tidak boleh dijadikan hujah bagi menunjukkan harusnya melakukan ata a meninggalkan sesuatu perbuatan atau menunjukkan sesuatu teg Shan atau perkara sunat. Ini kerana syarak telah menetapkan suinber hukum hanyalah al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan Bias. Firrian Allah SWT dalam Surah al-Nraaf ayat 3; °
lyt...1:1
w
A
1,3j1t.41"Li
M2 ksud: (Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, dan janganlah kartu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah SWT; (tetapi say _mg) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan ." Perkara ini adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-36 pada 15 Disember 1994 yang bersetuju hahawa mimpi orang awam "7aukan hujjah terhadap sesuatu hukum atau suatu berita atau suatu k enyataan. d.
Ahli-ahli yang keluar daripada kumpulan ini dianggap telah `murtad rohaniah'
Ulasan Mua-tad bermaksud keluar dari agama Islam kepada agama lain (Islam asal) sama ada melalui iktikad, perbuatan dan perkataan. 74
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Tiada istilah murtad rohaniah seperti dakwaan Kumpulan Tal Tujuh.
ii. Syariah a. Mendakwa mengerjakan ibadat haji tidak wajib dan meng-
amalkan seperti yang ditetapkan dalam Islam sekarang ini
adalah tidak sah
Ulasan Kenyataan ini secara jelas bertentangan dengan al-Quran dan Hadith Nabi SAW, is juga mengingkari hukum agama yang termasuk dalam " iaitu hukum yang qat'i tanpa sebarang keraguan. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 97; al -maklum
410.
min
al-din
36;4.0,7- 3
bi
al-darurah "
.40 r La.4 C.2.1 . 4 4.9 Y.
•t#
Ic1.4
4.3 0A9
4166t
I.
441101°
Maksud: Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Maqam Nabi Ibrahim. Dan Allah SWT mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah SWT Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) dari sekalian makhluk. Sabda Nabi SAW; : 2.111
t ILL4*
1.4 `I.4..> Lei
9
a
al
'11
';4
51.5; :.11
75
'11
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Maksud: Dan Abu Abdul Rahman Abdullah bin Umar (r. a) katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Didirikan Islam atas lima (rukun) syahadah (pengakuan) bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan bahawasanya Muhammad Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, dan mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji di Baitullah, dan puasa bulan Ramadhan. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim b. Pengikut tidak dibenarkan berkahwin selain dengan pengikutnya sahaja. Pengikut-pengikut yang hendak berkahwin mestilah mendapat kebenaran ketuanya (Abdullah) terlebih dahulu.
Ulasan Seorang muslim dibenarkan berkahwin dengan mana-mana perempuan yang halal baginya berdasarkan firman Allah SWT Surah al-Nisa' ayat 3; ,,,:, .,, , (IQ A . , ' . e) e • • ' r; / /. :314 .:-0-1$
4.4
--- ---...
`
"f.-A..-• - 1.34„;-/ if.A.,-, • lit).)3L_,21: CI.: C:;'Z .tL14:''!( I
y tioIA igg .) Ls 1:1 4 1 , 11 1 riL-01,9 .6e ..-- ...0 ......; • , P.'".. 1.7....; ..--4 0. .."01.",.... ..." •••=3t .., ....• °'•••'
1.4 ji .10=0
•
Maksud: Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka) , maka kahwinlah den gan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan beriaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu mill ki . Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
iii. Aspek Umum a. Ibubapa yang tidak merestui penglibatan anaknya dengan kumpulan ini, akan terputuslah hubungan kekeluargaan antara mereka. 76
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Ulasan Mereka bukan sekadar memisahkan diri daripada orang lain bahkan tidak menghormati ibu bapa sedangkan Islam mewajibkan anakanak untuk terus menghormati ibu bapa mereka walaupun dalam keadaan ibu bapa yang telah tua, tidak berdaya dan berlainan agama. Sikap ini terang-terangan membelakangkan kewajipan mentaati dan menghormati ibubapa sebagaimana firman Allah SWT Surah al-Isra' ayat 23; Al C O
0, 0/
/re
01+
11
" t2.1)SZ
14..tb*96
/Aso.
2.1
Maksud: Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya sernata-rnata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha". Dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun) . b. Setiap arahan pemimpin yang dikeluarkan haruslah dipatuhi. Orang yang gagal mematuhi setiap arahan dianggap sebagai pengkhianat kepada kumpulannya dan Tanya hendaklah diperangi atau dipulaukan Ulasan Kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Tal Tujuh dengan menekan dan mengikat pengikut ini sama dengan apa yang dilakukan oleh kumpulan al-Arqam. Ianya adalah salah satu dari gejala melampau. Sikap melampau adalah bertentangan dengan sikap adil dan sederhana yang dituntut dalam Islam seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 143; 77
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
• • ,} 0.12"d9 4-:41
‘tL'i 3a
4;41 I LAJ 1
1.••.• ai"."
Z.16C'
1
4 ... • w
o• •
4.1S
"
Maksud: Dan demikianlah ( sebagaimanakami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus) , kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia ( tentang yang benar dan yang salah) , dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Ka' bah) dan tiadalah kami jadikan kiblat yang engkau menghadapnya dahulu itu (wahai Muhammad) , melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkanny a dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya). Dan sesungguhnya ( soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah SWT petunjuk hidayah. Dan Allah SWT tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah SWT amat melimpah betas kasihan dan rahmatN ya kepada orangorang ( yang beriman) . Di samping itu, sikap taksuh kepada guru ini juga mengundang hahaya kerana seolah-olah menjadikan diri guru sebagai nabi yang maksum dan perkataannya seperti firman yang diturunkan yang menyebahkan guru dianggap benar dalam apa hal sekalipun. Hal ini sama dengan apa yang pernah herlaku dalam kumpulan al-Arqam. Ijmak ulama telah sepakat hahawa mana-mana pendapat selain Nahi Muhammad SAW boleh diambil atau ditinggalkan. 78
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
c. Sesiapa menentangnya (Abdullah) halal darahnya dan perlu `diperangi'. Ulasan; Sesungguhnya Islam menetapkan bahawa hak untuk menghalal atau mengharamkan sesuatu adalah hak mutlak Allah SWT sahaj a. Hak ini tidak diberikan kepada mana-mana individu walau apa pun kedudukannya. Sesiapa yang melakukannya sesungguhnya dia telah melampaui Batas dan telah menceroboh hak rububiyyah Allah SWT dalam mensyariatkan hukum. Firman Allah SWT Surah al-Syura ayat 21;
•
fija(4:1%)"uail 3 ) j1L
-,t i rk
Bermaksud: Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan — mana-mana bahagian dari agama mereka — sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah SWT? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah SWT, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu) , tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) . Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. d. Pengikut tidak dibenarkan menuntut ilmu dengan guru lain tanpa kebenarannya (Abdullah). Ulasan Sistem pendidikan kumpulan ini mempunyai matlamat memupuk sikap taksub kepada pemimpinnya, sekaligus menyempitkan konsep pendidikan dalam Islam. Sedangkan kita disuruh oleh Allah SWT supaya sentiasa berusaha menambah ilmu. Firman Allah SWT Surah Taha ayat 114; 4)4 .0"
)Zr
"i LbAC; L.4 ""1-) •• • • ••••
79
.0/
• (194 a
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Bermaksud: Maka Maha Tinggilah Allah SWT, Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya) . Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Qur'an sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku" e. Pengikut kumpulan ini berkeyakinan suatu hari nanti, kumpulan mereka akan memerintah dunia dan dapat menguasai segala harta kekayaan yang ada Ulasan Dakwaan ini adalah bertentangan dengan agama kerana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui perkara akan datang. Firman Allah SWT Surah Lugman ayat 34; "151."
iti.),
- t•-•-.43 -As-G.411101
•
11. Bermaksud: Sesungguhnya di sisi Allah SWT pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan , dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) . Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seseorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah is akan mati. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya. f.
Ketuanya (Abdullah) menanam kefahaman kepada pengikut agar mengutamakan cara kehidupan kesufian dan mengabaikan hal-hal keduniaan seperti urusan ekonomi, politik dan sosial. Dunia dianggap perkara yang melalaikan yang menjauhkan seseorang daripada mengingati Allah SWT. Kumpulan ini juga menganggap kehidupan di dunia hari ini penuh dengan kezaliman dan kemaksiatan. Oleh itu mereka 80
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
perlu mengasing diri daripada masyarakat dan membina kehidupan dalam kumpulan mereka sahaja, iaitu hanya menitikberatkan soal-soal keakhiratan semata-mata. Ulasan; Islam adalah agama yang sempurna yang mencakupi dunia dan ahkirat. Dalam hal ini Islam menyuruh umatnya mencari kebahagiaan akhirat tetapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan kehidupan di dunia. Firman Allah SWT Surah al-Qasas ayat 77; Aat ACW ••■■•••42":, 0- La...if. A.■
obot A .1,!0".1 .
P•/
Bermaksud; "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah SWT kepadamu akan pahala dan kebahagiaan dari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah SWT) sebagaimana Allah SWT berbuat baik kepadamu ( dengan pemberian ni' mat-Nya yang melimpah-limpah) ; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan". Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke 74 yang bersidang pada 25-27 Julai 2006 di Hotel Ponimade, Kota Kinabalu, Sabah memutuskan bahawa "Ajaran dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh Kumpulan Tal Tujuh adalah menyeleweng daripada ajaran Islam". KESIMPULAN Berdasarkan kepada keterangan dan fakta di atas, dapat dirumuskan bahawa wujud penyelewengan aqidah dan syariah dalam kumpulan ini. Mereka juga didapati memisahkan diri daripada arus perdana 81
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
masyarakat dan negara. Kumpulan ini juga didapati mempunyai unsurunsur kekerasan. Masyarakat Islam di Malaysia khususnya hendaklah tidak melibatkan diri dengan kumpulan ini. Bagi mereka yang pernah terlibat pula perlulah bertaubat dan kembali kepada Agidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
82