KRM3023 ASAS UKURAN GROUP : UPSI08 PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BT PUTEH DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BT ABDULLAH TAJUK TUGASAN : TUGASAN 3 BINCANGKAN LIMA KESUKARAN YANG BERPUNCA DARIPADA MISKONSEPSI YANG BIASA DIHADAPI OLEH MURID-MURID DALAM MEMPELAJARI TAJUK-TAJUK TERTENTU BAGI BIDANG ASAS UKURAN
NAMA : HAPSAH BT MUNJIAT NO. MATRIK : D20102042640
PENDAHULUAN
Matematik sering dikatakan satu mata pelajaran yang dianggap sukar oleh para pelajar. Ini kerana mereka kurang memahami sesuatu konsep dalam sesuatu tajuk. Dalam sesi pembelajaran matematik seringkali berlaku miskonsepsi di kalangan pelajar. Ia menjadi penghalang kepada mereka untuk menyelesaikan sesuatu soalan atau permasalahan matematik yang berkaitan dengan konsep yang mereka salah ertikan.
Miskonsepsi berlaku disebabkan oleh beberapa sebab atau faktor seperti kosentrasi, minat, kefahaman, pengajaran guru yang kurang jelas dan juga cuai. Sebagai guru, kita haruslah peka dengan kesilapan yang pelajar kita lakukan. Bertanya kepada mereka apakah yang tidak mereka fahami dan bantu mereka memperbetulkan kesalahan-kesalahannya.
LIMA KESUKARAN
1. Topik Masa dan Waktu
Seringkali murid-murid melakukan kesalahan dalam menukar pecahan jam kepada minit. Kesalahan dan kesilapan menukar pecahan jam kepada minit akan menyukarkan murid dalam mengira operasi tambah dan tolak yang melibatkan jam dan minit.
Sebagai contoh, ada murid yang menyamakan penukaran pecahan jam kepada minit seperti penukaran peratus, unit ukuran panjang, timbangan berat dan isipadu cecair.
Contoh :jam = x 100 = 50 minit
Selain dari itu, kesilapan yang paling ketara adalah menjadikan nombor-nombor yang ada di dalam pecahan menjadi jawapannya.
Contoh :jam = 12 minit
Apabila murid sudah melakukan kesilapan dalam penukaran unit jam kepada minit, maka apabila melibatkan operasi kesilapan itu terus bertambah.
Contoh :45 minit + jam = 45 minit + 34 minit
Sebagai mengatasi masalah ini, secara konseptualnya saya akan mendarabkan pecahan berikut dengan 60. Ini kerana 1 jam = 60 minit.
Contoh :jam = x 60 minit = 30 minit
Manakala secara prosedur pula, saya akan menggunakan gambar pecahan yang sama seperti permukaan jam. Dengan cara itu murid mudah mengingati minit apabila diberi jam dalam pecahan.
Contoh :-
/
11 12 1 2 10 9 3 4 8 7 6 5
2. Ukuran Panjang
Dalam topik ukuran panjang, miskonsepsi yang kerap berlaku adalah yang melibatkan penukaran unit kilometer ( km ) kepada meter ( m ), meter ( m ) kepada sentimeter ( cm ) dan sentimeter ( cm ) kepada milimeter ( mm ).Ini kerana dalam topik ini terlalu banyak . Murid tidak mengingati formula penukaran unit.
Contoh :Jika 2.3 km = 2 300 m Maka 2.3 m juga menjadi 2 300 cm
Kesalahan seperti ini kerap terjadi sama ada km kepada m, ataupun m kepada km dan sebagainya. Pada pendapat saya kesalahan ini sering terjadi kerana murid tidak meneliti dan menghiraukan unit yang diberikan.
Bagi mengatasi masalah guru perlu mempelbagaikan kaedah cara penukaran unit. Secara konseptualnya, penekanan penerangan penukaran cm kepada mm merujuk kepada pembaris murid. Unit m kepada cm pula terdapat pada pembaris yang sering dibekalkan bagi setiap kelas. Dengan ini, ingatan murid akan lebih kukuh lagi bahawa unit cm kepada mm lebih pendek maka ianya 1 cm = 10 mm.
Dalam hal ini, kaedah yang sering saya gunakan adalah menerangkan makna kilo kepada murid iaitu ribu. Maka hanya unit yang mempunyai perkataan kilo sahaja yang didarabkan dengan 1 000 atau dibahagikan dengan 1 000. Penggunaan ‘table AKKU’ juga boleh membantu murid secara prosedurnya.
3. Timbangan berat
Kesalahan dan kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam tajuk ini adalah dalam membaca alat penimbang. Alat penimbang mempunyai pelbagai jenis senggatan. Samada senggatan 10, 5, 4 dan 2.
Contoh :-
Senggatan 10
Secara konseptualnya, aktiviti menimbang objek menggunakan pelbagai jenis penimbang akan membantu murid memahami konsep kg dan g. Sebagai contoh arahkan murid menimbang beg sekolah menggunakan penimbang senggatan 10 dan merekod bacaannya. Kemudian timbang pula menggunakan penimbang senggatan 5 dan diteruskan dengan sesi bersoal jawab.
Manakala secara praktikalnya, dalam pengajaran topik ukuran panjang, timbangan berat dan isipadu cecair, saya akan mengarahkan murid untuk menghafal pasangan nombor yang memberikan jawapan 1 000. Ini kerana 1 km/kg/l = 1 000 m/g/ml. Pasangan tersebut ialah 2 x 500, 4 x 250, 5 x 200, 10 x 100. Bagi soalan di atas, senggatan bagi alat penimbang ialah 10. Pasangan 10 adalah 100. Jarum menunjukkan pada senggatan ke-4. Maka 4 x 100 = 400. Oleh itu ia memberi jawapan 1 kg 400 g.
4. Isipadu Cecair
Miskonsepsi bagi tajuk isipadu cacair juga sering terjadi dalam topik ukuran yang lain iaitu penukaran unit dalam pecahan. Murid sering mengambil jalan mudah dengan menulis semula digit-digit yang ada pada pecahan.
Contoh :2 l = 234 ml
Penerangan secara konsep dahulu iaitu dengan menukarkan pecahan bercampur menjadi pecahan tak wajar dan darabkan dengan 1 000 kerana 1 l = 1 000 ml.
Contoh :2 l =
x 1 000 ml = 2750 ml
Selain itu, bagi mengatasi masalah ini juga pasangan nombor adalah cara yang paling mudah bagi murid untuk menyelesaikannya.
Contoh :2 l = 2
= 2 750 ml
5. Operasi bagi Ukuran Panjang, Timbangan Berat dan Isipadu Cecair
Murid-murid sering melakukan kesalahan pada soalan operasi ( tambah, tolak, darab dan bahagi ). Kurang pemerhatian terhadap unit-unit yang terlibat sering menjadi punca kepada kesukaran murid dalam menjawab soalan dengan betul.
Contoh ;Aina minum susu sebanyak 500 ml sehari. Berapa banyakkah kuantiti susu yang diminumnya dalam seminggu, dalam l?
A
3 500
C
35
B
350
D
3.5
Dalam kes ini murid sering menjawab A kerana itulah jawapan yang diperolehi oleh mereka semasa mengira tanpa merujuk kepada unit yang diberikan. Bagi mengelakkan situasi ini berulang, maka mengarahkan murid menggariskan isiisi penting dalam soalan itu adalah yang paling mustahak.
Contoh ;Aina minum susu sebanyak 500 ml sehari. Berapa banyakkah kuantiti susu yang diminumnya dalam seminggu, dalam l ?
A
3 500
C
35
B
350
D
3.5
Minta pelajar menukar 500 ml kepada l dahulu kerana diakhir soalan unit yang diminta adalah l. Kemudian darabkan dengan 7, kerana dalam seminggu ada 7 hari. Maka jawapan yang diperolehi adalah 0.500 l x 7 = 3.500 l atau 3.5 l iaitu D.