KONSEP TADABBUR: SUATU KUPASAN
Oleh: Nurul Zakirah Mat Sin Prof. Dato' Dr. M. Y. Zulkifli Mohd Yusoff
Centre of Quranic Research (CQR) Wisma R&D Universiti Malaya
Abstrak Membaca al-Quran suatu ibadah yang mulia dan mempunyai banyak kelebihan. Namun, sekadar bacaan tanpa memahami isi dan penghayatan makna ia belum mencapai matlamat dan tujuan utama alQuran diturunkan. Justeru, kertas kerja ini mengupas konsep tadabbur menerusi kepentingannya untuk memahami dan menghayati al-Quran dalam kehidupan. Allah s.w.t menyeru manusia membaca alQuran dengan kefahaman dan penghayatan agar ia dapat diamalkan. Demikian itu, amalan tadabbur sangat dituntut kerana ia mengandungi pelbagai hikmah. Membaca al-Quran tanpa kefahaman dan penghayatan tidak menghasilkan kesan. Oleh itu, penulisan ini akan membentangkan kepentingan tadabbur, kriteria pentadabbur dan tahap-tahap tadabbur. Orang yang mendampingi diri dengan alQuran akan merasai kesan daripada proses tadabbur iaitu produktiviti amal dalam kehidupan. Proses tadabbur perlu melalui beberapa tahap; membaca dengan penghayatan, memahami makna (tafsir), istinbat dan terkesan dengan ayat-ayat Allah s.w.t serta akhirnya beramal. Justeru, artikel ini mendedahkan keperluan menghayati ayat-ayat al-Quran dan beramal dengan kefahaman yang benar.
kata kunci:konsep tadabbur, kepentingan menghayati al-Quran, proses tadabbur.
1
1.0 Pengenalan Al-Quran diturunkan kepada manusia agar mereka berfikir, memerhati, memahami dan beramal dengan tuntutannya. Allah s.w.t tidak menjadikan amalan tadabbur dikhususkan bagi suatu kaum, bahkan ia seruan atas semua manusia. Ibn Qayyim menyebut hakikat membaca adalah meneliti makna, membenarkan semua yang datang daripadanya, mengerjakan yang diperintah dan menjauhi yang dilarang oleh al-Quran.1Para sahabat telah meneladani cara membaca al-Quran dengan mentadabbur dan mengamalkannya, sehingga ucapan dan perbuatan mereka mencerminkan hal tersebut. Mereka mengulang-ulang bacaan untuk merasai nikmat dan pengertian yang mendalam terhadap makna tersebut. Justeru, penghayatan sebegini yang dirasakan semakin hilang pada masyarakat kini. Apabila bacaan al-Quran hanya sekadar mementingkan khatam tanpa disusuli kefahaman dan penghayatan dalam kehidupan. Oleh itu, penulisan ini akan mendatangkan sebuah kupasan terhadap konsep tadabbur agar ia boleh dihayati dan diamalkan dalam kehidupan. 1.1 Pengertian Tadabbur menurut bahasa2 Perkataan Tadabbur suatu perkara yang sering disebut sebagai suatu gesaan ketika membaca alQuran. Namun, pengertian dan kefahaman terhadap makna tadabbur tersebut kurang dipratikkan atau mungkin belum jelas pengertiannya. Para Ulama telah mengupas perkataan tadabbur, ia begitu signifikan dengan al-Quran dan bukan dengan perkara yang disebut sebagai tadabbur al-Quran. Maksud perkataan tadabbur berasal daripada pecahan kalimah3; i. dabbara ( ) دبّر- mengatur, merencana dan membuat perancangan. ii. tadabbar ( ) تدبّر- merenung, memikirkan, memperhatikan. iii. tadabbur ( ) تدبّر- renungan, pemerhatian. Makna tadabbur secara umum menurut percakapan Arab (bahasa) menunjukkan: a. Tadabbur ialah memikirkan perkara di sebalik sesuatu. Proses ini berlaku melalui pemerhatian, berfikir terhadap hakikat sesuatu atau sebahagiannya, memerhatikan perkara disebaliknya.4
1
Majdi al-Hilaly (2009) Agar Hati hidup bersama Al-Quran.(terj.) Andi Subarkah. Semarang: Pustaka Nun. h.24 Dilihat pada Mafhum tadabbur tahrir wa ta’sil, (kertas kerja Multaqa ilmu pertama mengenai tadabbur al-Quran). h.153 3 Kamus BA-BM. Selangor: Oxford Fajar. h.135 2
2
b. Tadabbur menunjukkan perbuatan yang memerlukan kesungguhan dan melalui proses yang berulang-ulang. 5 c. Tadabbur ialah penelitian terhadap perkara di sebaliknya. 6 Merujuk kepada beberapa kamus bahasa7 tadabbur berasal daripada perkataan: () د ب رKalimah ini menunjukkan kepada beberapa makna: i. Pergi, beralih dan bersurai (az-zihab wa al-insiraf) ii. Penghujung sesuatu (mua’akhirah syai’) iii. Penelitian kepada penghujung dan perkara selepasnya (al-nazr fi ‘awaqib al-umur wa awakhiriha) iv. Pertemuan dan perpindahan ( al-Tuqati’u wa al-hijran ) Menerusi pengertian bahasa tersebut maksud kalimat tadabbur dari aspek bahasa adalah hampir sama, yang membawa erti perkara di sebaliknya atau di penghujungnya. Menurut ahli bahasa Ibn Faris [395H]: dabbara ( )دبّرmemberi maksud penghujung bagi sesuatu ( ) آخر الشيء8 , di belakang atau berlawanan bagi hadapan9. Oleh demikian, makna tadabbur secara umumnya adalah sesuatu perkara difahami sebagai perbuatan memikirkan secara teliti tentang sesuatu ayat.10 Ia sepertimana apabila mengetahui dua perkara akan mengetahui perkara yang ketiga.11 Tadabbur adalah perbuatan akal yang meneliti petunjuk kepada dalil-dalil yang difikirkan.12 Disebut juga tadabbur menggunakan hati untuk mendalami petunjuk-petunjuk bagi dalil-dalil yang difokuskan. Namun, sebahagian ulama membezakan tadabbur melalui; menggunakan hati untuk memerhatikan perkara yang tersirat, manakala tafakkur; menggunakan fikiran untuk meneliti dalil-dalil tersurat13.
4
al-Alusi, al-Sayyid Mahmud. Ruh al-Ma’ani. Beirut: Dar al-Ihya al-Turath al-Arabi. juz.5, h.92. Musa’id bin Sulaiman bin Nasir al-Tayyar (2002) Mafhum al-Tafsir wa al-Takwil wa al-Istinbat wa al-Tadabbur wa alMufassir. Jeddah: Dar al-Jawzy. h.185. Mafhum Tadabbur. h.69 6 Rujuk Lisan al-Arab, jil.4, h.273, al-‘Askari. furu’ al-lugahwiyah. h.58, al-Jurjani (1985) al-Ta’rifat. h.76, al-Qurtubi. Jami’ li al-Ahkam al-Quran. jil.5, h.290, al-Tabari. Jami’ al-Bayan li Ta’wil al-Quran. jil.1, h.87, jil.5, h.180. 7 Dilihat pada Mafhum tadabbur. h.17-19, rujuk al-Zamakhsyari. Asas al-Balaghiyah kalimah ( )دبر, al-Zubaydi. Taj al‘Urus kalimah ()دبر, al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi. al-‘Ain kalimah ()دبر. 8 Ibnu Faris. Mu’jam Maqayis Lughah , jil.2, h.266. 9 Mafhum tadabbur. h.20-21 10 Ibn Manzur. Kamus Lisan al-‘Arab, jil.4, h.273, 11 al-Zubaydi. Taj al-‘Urus, jil.1, h.2813 12 Ibn ‘Asyur. al-Tahrir wa al-Tanwir. jil.9, h.385 13 perbandingan bahasa (tadabbur dan tafakkur) dilihat pada Abu Hilal al-‘Askari. al-Furuq al-Lughawiyah. jil.1, h.121 5
3
1.2 Tadabbur menurut Istilah (perbahasan Ulama Tafsir) Asas bagi perkataan ( ) تدبّرterbina daripada bentuk () تفعّل. Perkataan yang berbentuk ()التّفعّل menunjukkan kepada perbuatan yang dilakukan dengan penuh usaha.14 Perbuatan tadabbur merupakan suatu usaha untuk meneliti maksud ayat secara berulang-ulang kali. Ia memerlukan beberapa proses untuk memahami ayat tersebut kepada tahap makna yang sempurna dan bertepatan dengan kehendak Allah s.w.t. Tadabbur berlaku berdasarkan pemerhatian, penelitian dan pengkajian terhadap makna ayat al-Quran sehingga kepada penghujung makna yang mampu dicapai. Kebanyakan takrifan ulama tafsir mengenai kalimah tadabbur menerangkan makna yang hampir serupa dan tiada perselisihan. Takrifan kalimah tadabbur menurut istilah antaranya seperti berikut15: Ibn ‘Atiyyah [m.542H] berkata: tadabbur; meneliti perkara di sebalik sesuatu dan takwilan bagi sesuatu.16 Al-Baghawi [m.516H] berkata: tadabbur; ialah meneliti kepada penghujung sesuatu perkara, atau melihat sesuatu hingga ke pengakhirannya”.17 Al-Zamakhsyari [m.538H] berkata: tadabbur terhadap sesuatu; memerhatikannya, meneliti di belakang dan di penghujung sesuatu. Tadabbur al-Quran bererti; melakukan ta’amul (penghayatan) kepada makna dan memerhati dengan mata hati yang mendalam pada makna-makna tersebut.18 Ibn ‘Adil [m.880H] berkata: al-tadbir dan al-tadabbur; ialah penelitian di sebalik sesuatu; atau sesuatu perkara di belakangnya.19 Imam al-Zarkasyi [m.794H] menyebut: “Sesiapa yang tidak mempunyai ilmu, kefahaman, taqwa, tadabbur, dia tidak akan mengetahui kelazatan al-Quran”.20 Al-Sa’di [m.1376H] berkata: “Pengkaji al-Quran melakukan pemerhatian terhadap ayat al-Quran dengan sebenar-benar penelitian, mereka mengambil petunjuk kebenaran serta berhati-hati daripada kecuaian, memenuhi hati mereka dengan keimanan, jiwa-jiwa mereka memerlukan ketekunan, mendapat anugerah yang berharga, jelas jalan perhubungan dengan Allah, terang jalan menuju ke 14
Mafhum tadabbur. Dilihat pada kertas kerja Dr. Musa’id al-Tayyar. Riyadh. h.69. Mafhum tadabbur. h.93-94 16 Ibn 'Atiyyah. Tafsir al-Muharir al-Wajiz. juz.2, h.161. 17 al-Baghawi. Ma'alim at-Tanzil. juz.2, h.254. 18 al-Zamakhsyari. Tafsir al-Kasyaf. juz.1, h.438 19 Ibn ‘Adil. Tafsir al-Lubab. jil.5, h.269 20 Zarkasyi, al-Burhan fi Ulum al-Quran, 2/171. Dilihat, Salman bin Umar al-Sanadi (2002) Tadabbur al-Quran. cet.3. h.5 15
4
syurga, jalan kesempurnaan dan kehancuran, mengenal Rabbnya melalui nama, sifat dan ehsanNya, sehingga hati mereka merindui ganjaran daripadaNya. 21 Manakala, takrifan tadabbur menurut Abd al-Rahman al-Maydani [m.1424M] adalah: “Pemikiran yang holistik terhadap maksud ayat yang dapat dicapai, melalui keupayaan memahami sejauh mungkin lontaran makna sehingga ke penghujung maksud perkataan, menerusi isyarat-isyarat lafaz ayat tersebut.” 22 Hakikatnya tadabbur tidak mungkin berlaku tanpa kefahaman terhadap makna ayat. Proses memahami maksud tersirat dan memikirkan makna di sebalik tersurat ayat adalah suatu yang subjektif dan berbeza berdasarkan kapasiti keilmuan serta pengalaman seseorang. Menerusi keikhlasan niat dan ketulusan hubungan seseorang dengan Allah s.w.t menjadikan ia dapat memahami maksud ayat alQuran secara mendalam dan menemui kebenaran wahyu Allah. Justeru, amalan tadabbur amat dituntut bagi mereka yang membaca al-Quran kerana kebenaran yang dicari terdapat di situ. Proses tadabbur itulah membina penghayatan untuk memahami ayat al-Quran sehingga ke tahap yang mendalam. 1.3 Kesimpulan Tadabbur menurut bahasa dan istilah
Kesimpulannya, melalui takrifan bahasa dan istilah tersebut dapat dirumuskan bahawa kalimah tadabbur yang dibincangkan adalah bermaksud pemerhatian, penelitian, renungan serta pengkajian yang dilakukan terhadap makna al-Quran. Hakikat tadabbur berlaku semasa proses faham terhadap ayat-ayat al-Quran. Namun, kefahaman mendalam berkait rapat dengan sejauhmana kemampuan seseorang memahami tafsiran ayat. Ini dapat dinilai berdasarkan ilmu yang dikuasainya serta kadar ilham yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepadanya. Ringkasnya, tadabbur al-Quran merangkumi daripada proses pemerhatian dan penelitian terhadap ayat secara berulang-ulang, berfikir maksud ayat secara intensif kemudian memahami dan menghayati makna ayat al-Quran dalam konteks kehidupan.
21
al-Sa’adi, 'Abdur-Rahman bin Nasir. Taysir al-Karim al-Rahman fi tafsir Kalam al-Mannan. Riyadh: Maktabah alMa’arif. jil.1, h.788 22 Abd al-Rahman Habannakah (2004) Qawaid al-Tadabbur Amthal li Kitab Allah. Damsyik: Dar al-Qalam. cet.3. h.10
5
2.0 Hukum Tadabbur dan Kriteria Pentadabbur 2.1 Hukum Tadabbur Tadabbur kalam Allah s.w.t adalah semulia-mulia ibadah dan ketaatan. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t agar manusia mentadabbur ayat-ayatnya dan bukan dijadikan perhiasan atau sekadar tayangan. Justeru, Adakah tadabbur menjadi suatu keperluan? Apakah pandangan Ulama berkenaan hukum tadabbur? dan Adakah ia suatu keharusan atau kewajipan atas semua manusia? Penjelasan terhadap persoalan tersebut telah dibincangkan oleh para ulama berkenaan kepentingan tadabbur, hukum serta seruannya untuk siapa. Namun, penulis ingin membuka minda pembaca untuk berfikir. Sekiranya tadabbur menjadi suatu keharusan, mengapa Allah mencela orang yang tidak mahu mentadabbur, memahami dan menghayati al-Quran? Sebagaimana disebut dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud: “..Adakah hati-hati mereka telah terkunci(tertutup)?”23.
Menerusi ayat tersebut dapat difahami ia adalah suatu kutukan terhadap diri orang yang membaca tanpa memahami dan menghayati isi al-Quran. Bahkan, ia suatu gesaan atas manusia agar membaca al-Quran dengan penuh penghayatan dan kefahaman. Ini kerana al-Quran diturunkan bukan sekadar untuk dibaca bahkan tujuannya untuk dihayati dan diamalkan dalam kehidupan. Terdapat empat ayat di dalam al-Quran yang menyebut kalimah tadabbur dan menunjukkan kepada seruan mentadabbur al-Quran.
Sesuatu yang menarik perhatian apabila terdapat dua ayat yang merujuk kepada orang munafiqin, sepertimana berikut: Maksudnya:“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya AlQuran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di [Surah an-Nisa’(4): 82]
dalamnya”.
Maksudnya:“Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran ataukah hati-hati mereka terkunci?”. 23
[Surah Muhammad (47): 24]
Surah Muhammad: 24
6
Kemudian, dua ayat lagi merujuk perihal golongan kafir, sepertimana firmanNya: Maksudnya:“Maka apakah mereka tidak memperhatikan perkataan (Kami), atau apakah telah datang kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada nenek moyang mereka dahulu?”.
[Surah al-Mukminun (23): 68]
Maksudnya:“Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran”.
[Surah Sadd (38): 29]
Namun, merujuk kepada empat ayat tersebut tidak bermakna kutukan dan ancaman hanya tertuju kepada mereka. Seruan tadabbur al-Quran turut termasuk bagi golongan yang beriman; bahkan ia suatu keutamaan bagi orang beriman. Disebut dalam tafsir al-Tabari, bermaksud: “tadabburlah ayatayatNya..”24 menunjukkan golongan beriman yang mengambil manfaat terhadap al-Quran. Justeru, hukum tadabbur al-Quran menjadi ibadah yang amat dituntut. Para ulama menyebut seruan tadabbur ini hendaklah diperluaskan sehingga al-Quran benar-benar dihayati. 2.2 Kriteria Pentadabbur Tadabbur tidak memadai sekadar kekuatan akal untuk memikirkan makna ayat berdasarkan penjelasan tafsir dan penguasaan ilmu. Bahkan, ia memerlukan medium hati yang mampu berinteraksi dengan ayat-ayat Allah. Akal dan hati yang jernih memainkan peranan penting untuk merasai keindahan ayat-ayat suci dan pengaruhnya dalam jiwa serta kehidupan manusia. Natijah daripada kefahaman yang benar terhadap ayat al-Quran menjadikan keimanan semakin teguh serta amalan kehidupan bertepatan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Menerusi teladan yang dipamerkan oleh para sahabat dan tabien, kriteria pentadabbur dapat dilihat melalui beberapa ciri dan syarat. Antara ciri dan kriteria pentadabbur ialah:
24
al-Tabari, Ibn Jarir. Jāmi` al-Bayān `an Ta'wīl āy al-Qur'ān. Kaherah: al-Halabi. jil.2, h.153.
7
a. Keikhlasan membaca dan mentadabbur al-Quran. Ciri utama orang yang mentadabbur al-Quran adalah niatnya yang ikhlas kerana Allah s.w.t ketika membaca al-Quran. Samada ia membaca sendiri atau mendengar bacaan al-Quran daripada orang lain. Menerusi niat yang ikhlas akan mengangkat nilai sesuatu amal menjadi ibadah. Justeru, keikhlasan niat akan membuka keberkatan untuk memperoleh kefahaman dan penghayatan yang baik terhadap bacaan al-Quran. b. Membaca ayat al-Quran dengan tajwid dan intonasi yang betul. Mempelajari al-Quran suatu tuntutan bermula daripada mengenal tajwid sehinggalah memahami makna. Usaha untuk menghayati makna al-Quran memerlukan sebutan makhraj serta tajwid dengan cara yang betul agar setiap huruf-huruf al-Quran itu diberikan hak yang sewajarnya. Bacaan menepati tajwid serta intonasi yang betul akan memberi kesan kepada ketenangan hati dan minda. c. Memahami al-Quran dengan pemerhatian dan pengkajian makna ayat. Seterusnya, setelah membaca dengan makhraj yang betul, seharusnya dilakukan pemerhatian dan pengkajian untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap makna al-Quran. Sebagaimana disebut dalam firmanNya, yang bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya zahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan.” [Surah Luqman (31): 20] “Perhatikan” yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah melihat dengan teliti sesuatu yang digambarkan atau yang tertulis dalam Al-Quran, atau peka kepada apa yang berada sekeliling kita. Sepertimana contoh ayat-ayat di atas yang menyuruh kita memperhatikan awan hujan, hujan yang turun, tanah, tumbuh-tumbuhan serta apa yang ada di langit dan di bumi. Segalanya adalah kurniaan dan ciptaan Allah s.w.t.
8
d. Menjaga kejernihan hati, perasaan dan pemikiran daripada melakukan maksiat. Suci hati, perasaan dan pemikiran daripada runtunan hawa nafsu terhadap kepentingan duniawi. memerlukan interaksi hati dengan maksud ayat yang dibaca. Seolah-olah al-Quran itu hidup sedang berbicara dengan hati manusia. Kesannya akan menumbuhkan rasa khusyuk dan merangsang jiwa sehingga mencapai seruan untuk beramal dengan ayat-ayat Allah s.w.t. Hakikatnya Kalam Allah hanya menyentuh jiwa yang bersih, penuh kerendahan hati, perasaan kehambaan dan ikhlas untuk menghayati ayat-ayat Allah. Di samping itu, kejayaan tadabbur berlaku apabila menjaga kemuliaan adab ketika membaca dan berdamping dengan al-Quran.
e. Melihat kepada tafsiran yang betul dari sumber yang muktabar merujuk makna suatu ayat al-Quran melalui huraian tafsir ayat yang lain, penjelasan daripada hadith sahih, athar para sahabat dan sumber-sumber ilmu yang muktabar.
f. Menguasai beberapa asas disiplin ilmu al-Quran. Adalah lebih baik menguasai asas-asas ilmu seperti bahasa Arab kerana al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab. Di samping itu, penguasaan terhadap ilmu al-Quran turut diperlukan seperti sebab nuzul ayat, nasikh mansukh, fiqh, tauhid dan seumpamanya, sehingga dapat memahami serta mengaitkan ayat dengan tafsiran makna yang betul.
Kesimpulannnya, untuk menjadi pentadabbur al-Quran perlu mempunyai niat yang mulia mendampingi dan mengkaji al-Quran. Kriteria-kriteria pentadabbur ini penting untuk dibukakan pintu kefahaman dan kebaikan terhadap rahsia al-Quran. Perkara ini tidak akan diketahui bagi orang yang jahil dan tidak diperolehi bagi orang yang malas. Demikianlah kunci kejayaan kepada tadabbur adalah keikhlasan dan kesungguhan insan yang mendampingi Kalam suci-Nya.
3.0 Kepentingan dan tujuan Tadabbur al-Quran Pelbagai persoalan merujuk kepada kepentingan dan tujuan tadabbur seperti; Apakah tujuan membaca al-Quran? Apakah matlamat membaca dengan perlahan dan teratur? Apakah tujuan memperelokkan suara apabila menyebut lafaz-lafaz al-Quran? Oleh itu, objektif terbesar kepada semua perkara tersebut adalah untuk mentadabbur al-Quran daripada awal sehingga kepada akhir bacaan alQuran. Pembacaan tidak sekadar terhenti kepada zahir ayat bahkan turut meneliti makna di sebalik
9
lafaz dan melihat tujuan serta matlamat ayat. Makna al-Quran itu tidak terbatas selagimana ia berterusan dikaji demikian juga istinbat bagi ulama yang mentadabbur segala kekayaan ilmu yang hebat daripada ayat al-Quran. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Maka adakah sama orang yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk (menerima) Islam lalu dia mendapat cahaya dari TuhanNya (sama dengan orang yang hatinya membatu)? Maka celakalah mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingat Allah. Mereka dalam kesesatan yang nyata”
[surah az-Zumar (39) : 23]
Sasaran utama tadabbur adalah kepada hati dan fikiran. Hati menjadi wadah utama untuk terkesan dengan al-Quran samada menerima atau menolaknya. Hati mudah berbolak-balik untuk menerima atau menolak hidayah al-Quran. Justeru, tujuan tadabbur adalah untuk mengaktifkan akal dan hati manusia agar memahami keperluan dan tuntutan hamba kepada Penciptanya. Ibn Mas’ud r.a [w.652H] berkata: “hati seharusnya dihidupkan dengan al-Quran kerana sekiranya tidak dihidupkan dengan al-Quran dibimbangi syahwat akan berkuasa menggerakkan hati untuk bermaksiat”. Justeru itu, besarnya kepentingan tadabbur dalam kehidupan manusia agar mereka hidup berpandukan al-Quran, bukan mengikut hawa nafsu. Tambahan juga proses tadabbur akan mendekatkan diri hamba kepada Penciptanya menerusi bacaan dan kefahaman yang benar terhadap kalam Allah s.w.t.
4.0 Subjek Tadabbur 4.1 Al-Quran Al-Quran adalah subjek tadabbur yang menjadi sumber utama untuk mendapat hidayah. Kalam Allah s.w.t memenuhi seluruh keperluan manusia samada tatacara kehidupan, sistem perundangan, sumber petunjuk, penyembuh terhadap jiwa manusia dan sebagainya. Menerusi kitab al-Quran manusia dapat menghayati ayat-ayat Aqidah, ayat-ayat hukum dan perundangan, pelbagai kisah penceritaan sebagai pengajaran dan seumpamanya. Namun, hidayah Allah dapat juga dilihat melalui penciptaan alam serta seluruh makhluk yang menjadi bukti kebesaran Allah yang Maha Pencipta. Allah s.w.t telah berfirman:
10
Maksudnya:“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya Dengan melihat kesan-kesan tersebut - mereka menjadi orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada”. [Surah al-Hajj (22): 46] Demikian menerusi ayat tersebut Allah s.w.t menyatakan hati manusia akan berfungsi untuk menerima hidayah Allah sekiranya mereka menginsafi dengan melihat dan mendengar penciptaan makhluk Allah. Namun, sekiranya tadabbur alam tidak dapat menyentuh jiwa mereka, itu bermakna mata hati mereka yang bermasalah dan menolak hidayah Allah s.w.t.
4.2 Penciptaan Alam (Ayat-ayat kauniyah) Hati manusia mampu berinteraksi dengan alam, sekiranya jiwa mereka berfungsi dengan baik untuk menghayati penciptaan. Melalui keindahan alam, tumbuhan serta haiwan di sekeliling, manusia dapat merasai ketenangan serta keserasian dengan alam semulajadi tanpa gangguan pencemaran. Ini kerana setiap makhluk di atas muka bumi dan alam semesta sentiasa berzikir kepada penciptanya dengan cara yang tersendiri. Manusia merupakan makhluk istimewa yang telah diciptakan kerana memiliki keupayaan akal serta kemampuan fizikal untuk mengurus alam ini. Di samping ayat-ayat yang tertulis di dalam al-Quran, manusia juga harus sedar akan ayat-ayat kauniyah iaitu tanda-tanda penciptaan alam merupakan bukti kehebatan serta kekuasaan yang Maha Pencipta yang telah menciptakan semua makhluk serta alam cakerawala yang amat luas. Disebut sebagai tadabbur alam iaitu memikirkan kehebatan penciptaan alam di sekeliling manusia ini adalah bukti kehebatan Tuhan yang Berkuasa menciptakan makhluk. Sebagai contoh Allah s.w.t menyebut berkenaan proses hujan dalam firmanNya: Maksudnya:“Tidakkah Engkau melihat Bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan tadbirNya), lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan hal-ehwal sekalian makhlukNya)”.
[Surah al-Hajj(22): 63]
Keindahan bumi dan pelbagai makhluk ciptaan Allah s.w.t menjadi tanda kekuasaan dan kehebatan penciptaan-Nya bagi manusia yang mahu berfikir dan merenung. Selain itu, banyak manfaat 11
penemuan yang diperolehi hasil pengkajian dan penelitian terhadap makhluk ciptaanNya. Oleh itu, tadabbur alam dapat menjadi sumber hidayah yang mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. 5.0 Kesan Tadabbur Apakah kesan tadabbur yang dirasai oleh seseorang yang membaca al-Quran? Terdapat pelbagai pengalaman dan peristiwa yang membuka pintu hati manusia ketika membaca al-Quran. Terdapat sebuah kisah bekas seorang gengstar berbangsa Jerman yang telah memeluk Islam.25Pintu hatinya terbuka untuk menerima hidayah Allah apabila beliau mendengar seorang kanak-kanak mengalunkan bacaan al-Quran sebelum azan subuh dengan begitu syahdu dan menyentuh hatinya. Menurut beliau; “Ketika itu saya tidak faham apa yang dibaca oleh budak itu tetapi hati saya seolah-olah dapat memahaminya kerana saya terus menangis saat mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran tersebut..” Hakikatnya, peristiwa ini menunjukkan ayat-ayat al-Quran dapat berinteraksi dengan hati manusia. Hati yang diberi peluang untuk meneliti dan merenung sejenak mesej yang disampaikan melalui ayat-ayat suci tersebut pasti akan meninggalkan beberapa kesan. Walaupun tanpa memahami maksud ayat, hanya sekadar mendengar boleh menyentuh hati manusia yang ikhlas untuk menghayati kebenaran dan keindahan al-Quran. Bahkan, ayat-ayat al-Quran akan lebih memberi kesan kepada hati manusia yang dapat memahami maksud ayat-ayat Allah. Samada ia khabar gembira mahupun ancaman azab, pengajaran kisah-kisah dalam al-Quran serta hukum perundangan dalam Islam. Namun demikian sentuhan al-Quran kepada jiwa manusia adalah sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah. Ia boleh berlaku sebaliknya, sepertimana golongan orientalis yang mengkaji al-Quran tetapi hati mereka tidak terusik dan celik dengan kebenaran al-Quran. Ini kerana jiwa mereka telah menolak dan akal mereka telah tertutup untuk melihat kebenaran al-Quran. Justeru, akal yang tidak memahami lafaz al-Quran tidak menghalang untuk menerima kebenaran al-Quran sekiranya hati mereka tidak tertutup untuk menghayati kebenaran tersebut. Sirah turut melakarkan, peristiwa keislaman Saidina Umar al-Khatab berlaku apabila beliau terkesan dengan bacaan al-Quran oleh adik perempuannya. Ketika terdengar bacaan ayat-ayat dari surah Taha, beliau terdiam dari kemarahan dan terus mencari Rasulullah s.a.w untuk menyatakan 25
Youtube: "Pseudo gangster"cries when listening to Quran - A German Convert to Islam.”seorang gangster menangis saat mendengar ayat suci al-Quran – pemuda Jerman itu telah memeluk Islam.
12
keislamannya di hadapan baginda s.a.w. Begitu aneh dan ajaib saat al-Quran berinteraksi dan menyentuh hati manusia. Apabila jiwa manusia mulai tunduk dengan kebenaran al-Quran ia akan merasai kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup. Benarlah al-Quran merupakan mukjizat yang kekal sehingga ke hari kiamat dan menjamin kesejahteraan hidup manusia yang beriman dengan segala yang datang dari Allah s.w.t dan Rasul-Nya.
5.1 Tanda-tanda orang yang mentadabbur al-Quran Tanda-tanda orang yang mentadabbur: -hati menjadi tenang, jiwa terkesan dengan ayat-ayat Allah, fikiran menjadi lapang serta beramal tuntutan ayat yang diturunkan. Allah s.w.t telah menyebutkan di dalam Al-Qur’an bahawa antara tanda-tanda tadabbur bagi orang yang membaca alQuran adalah sebagaimana dalam firman Allah s.w.t:
Maksudnya:“Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al-Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata, “Ya Rabb, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Qur’an dan kenabian Muhammad).”
[Surah al-Ma’idah(5):83]
Maksudnya:“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Rabb-lah mereka bertawakkal.”
13
[Surah al-Anfaal (8): 2]
Maksudnya:“Dan apabila diturunkan suatu surat, maka diantara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata,“Siapakah diantara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surat ini?” Adapun orang-orang yang beriman, maka surat ini menambah imannya, sedang mereka merasa gembira.”
[Surah al-Taubah (9): 124]
Maksudnya:“..apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur bersujud dan menangis.”
[Surah Maryam (19): 58]
Maksudnya:“Dan apabila dibacakan (Al-Qur’an) kepada mereka, mereka berkata, “Kami beriman kepadanya, sesunguhnya Al-Qur’an itu adalah suatu kebenaran dari Rabb kami, sesungguhnya kami sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkan (nya).”
[Surah Al-Qashash (28): 53]
Justeru, berdasarkan ayat-ayat di atas dapat disimpulkan kelahiran tanda-tanda tadabbur berlaku terhadap manusia melalui beberapa keadaan26: 1. Kesatuan hati dan pemikiran ketika menghayati bacaan Al-Qur’an. 2. Menangis dan gementar jiwa kerana takut kepada Allah. 3. Bertambah iman kepada Allah. 4. Bertambah khusyuk hati dalam ibadah. 5. Merasa bahagia dan gembira tatkala mendengar ayat-ayat Allah. 6. Bersujud mengAgungkan Allah. 26
Khalid bin Abdul Karim Al-Laahim, Dr (t.t) Kunci-Kunci Tadabbur Al-Qur’an,: Pustaka An-Naba’.
14
5.2 Hasil tadabbur al-Quran Natijah akhir bagi proses Tadabbur al-Quran ialah melahirkan jiwa mukmin yang memahami intipati ayat-ayat Allah sehingga dapat mengamalkannya dalam kehidupan. Tadabbur akan menghasilkan sifat taqwa dan meningkatkan keimanan seseorang kepada Allah s.w.t. Ini kerana untuk mendapat kefahaman yang jelas terhadap makna-makna al-Quran memerlukan seorang itu melazimi masa bersama al-Quran. Proses tadabbur bermula daripada membaca, memerhati, berfikir, memahami dan menghayati ayat-ayat tersebut secara berulang-ulang kali memerlukan kesabaran dan ketekunan.
Orang yang memahami ayat-ayat Allah dikurniakan hati yang bersih dan hidup berinteraksi dengan al-Quran. Ketika membaca ayat ancaman azab dan seksaan neraka, seolah-olah kegerunan neraka itu tergambar di hadapan matanya dan berbicara langsung. Apabila membaca ayat-ayat anugerah dan balasan syurga ke atas orang-orang beriman, seolah-olah ia merasakan sangat tenang dan damai berada dalam kenikmatan syurga yang dibayangkan oleh al-Quran. Saat melafazkan ayat-ayat perintah dan larangan, dirasakan ia amat bertepatan yang ditujukan kepada dirinya. Demikian itu, hasil tadabbur melahirkan jiwa yang menghayati al-Quran dalam kehidupan. Antara kata-kata menarik para ulama’ berkaitan seruan tadabbur ialah27: Al-Zarkasyi (m.794H) berkata: “Sesiapa yang tidak mempunyai ilmu, kefahaman, taqwa dan tadabbur, dia tidak akan mengetahui sesuatu mengenai kelazatan al-Quran”. 28 Syaikh Ibn Taimiyah (m.728H) berkata:“Perkara yang dituntut oleh al-Quran ialah kefahaman terhadap maknanya dan beramal dengannya. Namun, sekiranya himmah tidak dijaga dia bukanlah daripada golongan yang berilmu dan beragama.” 29 Ibn Qayyim (m.751H) berkata:“Apabila seseorang membaca dan mentadabbur al-Quran lalu sampai kepada suatu ayat yang mengandungi kesan bagi jiwanya, maka ulangilah walau seratus kali walau sepanjang malam, kerana membaca ayat-ayat Allah dalam keadaan menghayati, faham dan berfikir secara mendalam adalah lebih baik daripada bacaan khatam tanpa tadabbur dan faham, yang
27
Salman bin Umar al-Sunaidi (2002) Tadabbur al-Quran. Riyadh: al-Bayan. cet.2. h.5 al-Zakarsyi. al-Burhan fi ‘Ulum al-Quran. Kaherah: Dar Turath. jil. 2, cet.3, h.171-180 29 Ibn Taimiyah. Majmu’ al-Fatawa. Kaherah: Darul Wafa. juz.23, h.54. 28
15
memberi manfaat bagi hati, yang dapat menyeru kepada kesuburan iman dan merasai kemanisan dalam bacaan al-Quran.” 30
Kesimpulannya, kesan tadabbur al-Quran akan melahirkan manusia yang mencintai, memahami dan menghayati al-Quran dalam kehidupan. Proses tadabbur itu sebenarnya yang mendidik manusia untuk merapati dan mendekatkan dirinya dengan Allah s.w.t. Sehingga pada akhirnya manusia akan memahami dan meyakini tujuan kehidupannya hanya berubudiyah kepada Tuhan yang menciptakannya. 6.0 Tahap-tahap untuk mentadabbur al-Quran31 Seseorang yang hendak memahami al-Quran perlu melalui proses tadabbur al-Quran yang berlaku dalam beberapa peringkat: 6.1. Peringkat pertama; Membaca dengan penuh penghayatan hati Membaca; dengan menggerakkan lisan atau bacaan dengan penghayatan hati. Membaca adalah wasilah pertama untuk mentadabbur ayat-ayat Allah, kerana tadabbur ini berlaku ketika seseorang membaca dengan hati, atau ketika meneliti penulisan ayat-ayat di mashaf al-Quran. 6.2 Peringkat kedua; Memahami makna (tafsir) Berkemampuan memahami makna tafsir; (tafsir) bermaksud menjelaskan makna-makna alQuran. Sekiranya pembaca menguasai makna sempurnalah peringkat memahami makna tersebut. Peringkat ini memerlukan pembaca menggunakan kemahiran akal untuk berijtihad pada beberapa perkara untuk sampai kepada makna ayat tersebut, samada dalam isu perselisihan para mufassir atau bagi makna-makna ayat yang tersembunyi. 6.3 Peringkat ketiga; Istinbat Istinbat; asal dari perkataan ( ) ن ب ط, iaitu; mengeluarkan sesuatu32. Istinbat; menunjukkan yang dapat menghasilkan sesuatu, seperti suatu perbuatan akal bekerja mengeluarkan sesuatu idea. Kalimah ini didapati melalui firman Allah s.w.t menerusi surah an-Nisa’ ayat 83 yang memberi maksud;“mereka mengeluarkannya..”. 30
Ibn Qayyim (t.t.) Miftah Dar al-Sa`adah. Beirut: Dar al-Kitab al-`Ilmiyyah. h.221 rujuk kertas kerja Mafhum tadabbur. Dr. Musa’id bin Sulaiman al-Tayyar. Riyadh. h.78-84. 32 rujuk Maqayis Lughah. juz.5, h.381 31
16
Istinbat tidak berlaku melainkan seseorang itu perlu mentadabbur ayat untuk mencapai kepada hasil kefahaman ayat yang holistik. Ianya berlaku setelah memahami makna daripada huraian serta penjelasan tafsir dan kemudian mentadabbur makna tersebut. Kemudian kesan daripada tadabbur tersebut terhasillah natijah atau istinbat. Peringkat istinbat ini tidak ramai yang mampu menguasainya melainkan bagi mereka yang dikurniakan ilmu dan mendapat kelebihan mentadabbur secara mendalam dari kalangan ilmuan atau para ulama.
6.4 Peringkat keempat; Faham-Terkesan dengan ayat-ayat Allah Terkesan dengan ayat-ayat Allah; Kemampuan seseorang yang tersentuh dan terkesan dengan ayat-ayat al-Quran adalah suatu kemuliaan. Ia berlaku kepada orang yang mempunyai kekhusyu’kan dan kehalusan jiwa, kerendahan hati atau mata yang basah dengan air mata yang takutkan Allah. Sebagaimana firman Allah s.w.t: Maksudnya:“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan Iaitu Kitab suci Al-Quran Yang bersamaan isi kandungannya antara satu Dengan Yang lain (tentang benarnya dan indahnya), Yang
berulang-ulang
(keterangannya,
Dengan
berbagai
cara);
Yang
(oleh
kerana
mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang Yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka apabila mengingati Allah...”
[Surah az-Zumar (39 ):23]
Selain itu, Allah s.w.t berfirman: Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” [surah al-Ra’du (13): 28] Ayat-ayat Allah dapat mendatangkan kesan terhadap jiwa insan yang memahami maknanya. Kefahaman tersebut meresap ke dalam hati orang-orang yang beriman sehingga dapat mencetuskan kesan kepada amal perbuatan. Inilah tahap yang dapat dilihat oleh pancaindera, dirasai dengan perasaan, dipratiskan dengan perbuatan. Proses tadabbur di tahap ini benar-benar membentuk jiwa manusia untuk yakin dan beriman sepenuhnya kepada ayat-ayat Allah. Kesannya dapat dirasai apabila jiwa mereka dapat berinteraksi secara telus dengan Allah s.w.t apabila membaca Kalam suci-Nya.
17
6.5 Peringkat kelima; Beramal Beramal dengan al-Quran; iaitu dengan mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Peringkat ini ialah matlamat yang paling tinggi untuk dicapai dengan sebab penurunan al-Quran. Ianya dapat diteladani melalui akhlak dan peribadi seluruh kehidupan Rasulullah s.a.w berhubung dengan al-Quran secara praktikal. Sebagaimana Aisyah r.ha yang pernah ditanya bagaimana akhlak Rasulullah, beliau menjawab dengan jawapan yang tinggi kiasannya. Daripada Sa’ad bin Hisyam bin ‘Amir berkata33: “Wahai ummu mukminin beritahulah kepadaku bagaimana akhlak Rasulullah? Beliau menjawab: “Akhlak Rasulullah itu ialah al-Quran, tidakkah kau membaca al-Quran di mana Allah s.w.t berfirman:“Sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang mulia”34 Demikian itu, contoh akhlak yang mulia lahir daripada penghayatan yang benar terhadap ayatayat suci al-Quran. Rasulullah s.a.w adalah contoh yang nyata melahirkan pekerti mulia sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran. Begitu juga para sahabat turut melalui proses didikan yang sama menerusi madrasah al-Quran yang mendasari iman dan pembentukan peribadi mereka, sehingga mereka menjadi mulia disebabkan beramal dengan al-Quran. Ringkasnya, Kalam Allah membentuk dan mendidik manusia menjadi sebaik dan semulia makhluk apabila mereka berpegang dan beramal dengan al-Quran.
7.0 Kesimpulan Amalan tadabbur seharusnya dibudayakan dalam kehidupan masyarakat Islam. Manhaj alQuran perlu dihayati dan menjadi sumber rujukan dalam segala perkara dan permasalahan yang timbul dalam masyarakat. Menjadi kerugian bagi umat Islam apabila mengabaikan sumber panduan yang telah dianugerahkan kepada mereka. Bahkan seruan membaca, berfikir dan mengkaji sudah diterapkan dalam Islam. Menerusi pembacaan dan pengkajian terhadap al-Quran akan mengeluarkan umat Islam daripada kemunduran, kejahilan ilmu atau terjerumus kepada kehancuran akhlak. Justeru, amat penting untuk membina kesedaran kepada masyarakat Islam agar berpegang kepada al-Quran bermula dengan konsep tadabbur yang jelas dan tuntutannya dalam kehidupan mereka.
33 34
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Surah al-Qalam (68):4
18
8.0 Bibliografi Kamus Ibn Manzur. Kamus Lisan al-‘Arab, jil.4 Ibnu Faris. Mu’jam Maqayis Lughah , jil.2 Kamus BA-BM. Selangor: Oxford Fajar. Mu’jam Maqayis al-Lughah. Kaherah: Syarikah Maktabah. juz.5. Al-Farahidi, al-Khalil ibn Ahmad. (2002) Mu‘jam al-‘Ayn. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyya.
Buku Abd al-Rahman Habannakah (2004) Qawaid al-Tadabbur Amthal li Kitab Allah. Damsyik: Dar alQalam. cet.3. Abu Hilal al-‘Askari. al-Furu’ al-Lughawiyah. jil.1 Al-Alusi, al-Sayyid Mahmud. Ruh al-Ma’ani. Beirut: Dar al-Ihya al-Turath al-Arabi. juz.5 Al-Jurjani (1985) al-Ta’rifat. Beirut: Maktabah Lubnan. Al-Qurtubi.(t.t) Jami’ li al-Ahkam al-Quran. jil.5 Al-Sa’adi , 'Abdur-Rahman bin Nasir. Taysir al-Karim al-Rahman fi tafsir Kalam al-Mannan. Riyadh: Maktabah al-Ma’arif. jil.1. Al-Tabari, Ibn Jarir. Jāmi` al-Bayān `an Ta'wīl āy al-Qur'ān. Kaherah: al-Halabi. jil.2. Al-Zakarsyi. al-Burhan fi ‘Ulum al-Quran. Kaherah: Dar Turath. jil. 2, cet.3. Al-Zamakhsyari. Asas al-Balaghiyah Al-Zubaydi. Taj al-‘Urus, jil.1 Ibn ‘Asyur. al-Tahrir wa al-Tanwir. jil.9 Ibn Qayyim (t.t.) Miftah Dar al-Sa`adah. Beirut: Dar al-Kitab al-`Ilmiyyah. Ibn Taimiyah (t.t) Majmu’ al-Fatawa. Kaherah: Darul Wafa. juz.23. Khalid bin Abdul Karim Al-Laahim, Dr (t.t) Kunci-Kunci Tadabbur Al-Qur’an,t.t: Pustaka An-Naba’. Mafhum tadabbur tahrir wa ta’sil, (kertas kerja Multaqa ilmu pertama Tadabbur al-Quran pada 2009). Majdi al-Hilaly (2009) Agar Hati hidup bersama Al-Quran.(terj.) Andi Subarkah. Semarang: Pustaka Nun. Musa’id bin Sulaiman bin Nasir al-Tayyar (2002) Mafhum al-Tafsir wa al-Takwil wa al-Istinbat wa alTadabbur wa al-Mufassir. Jeddah: Dar al-Jawzi. Salman bin Umar al-Sunaidi (2002) Tadabbur al-Quran. Riyadh: al-Bayan. cet.2.
19