KOLOKIAL ORANG PARIT Penyelenggara
AZHAR ABU BAKAR
KOLOKIAL ORANG PARIT
KOLOKIAL ORANG PARIT
Penyelenggara: Dato' Azhar Abu Bakar Sumbangan:
[email protected] Abdul Razak Ismail (
[email protected]) Ahmad Fuad Sulaiman (ahmadfuad@mobileem ail.vodafone. com.my) Abdul Menim Shakir (
[email protected]) Ahmad Murad Abdul Rahman (murad532001@ yahoo.co.uk) Anuar Hamzah (
[email protected]) Dato' Azhar Abu Bakar (
[email protected]) Dr. Aiani Osman (
[email protected]) Dzul Fattah Dzul (
[email protected]) Labibun Harun (
[email protected]) Mohamed Fathil Kassim (
[email protected]) Mohd Azmi Shamsudin (
[email protected]) Mohd Isa Mohd Jamil (
[email protected]) Normah Muhammad (
[email protected]) Shaharuddin Abu Bakar (
[email protected]) Zamishah Adam (
[email protected])
Cetakan Pertama 2013 © Azhar Abu Bakar 2013 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronikal, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Penerbit dan Penyelenggara. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti.
Untuk Tok Nenek dan Anak Cucu Orang Parit
Pra Kata Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Alhamdulillah
ir-Rabbil Alamin wasalatu wasalamu ala syaidina Muhammadin wa ala alihi wasohbihi ajmain. Segala pujian bagi Allah Subhanahu Wataala dan salam sejahtera ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Dengan izin Allah Subhanahu Wataala jua, Kolokial Orang Parit ini dapat disempurnakan untuk tatapan dan rujukan anak cucu cicit orang Parit, terutamanya generasi masa kini dan yang akan datang. Mahupun untuk sesiapa sahaja yang menaruh minat terhadap bahasa percakapan seharian orang-orang Daerah Parit (kini dikenali dengan nama Daerah Perak Tengah). Kolokial Orang Parit yang terkandung dalam susunan ini, asalnya adalah hasil dari perbualan dan penulisan kumpulan kami
[email protected]. Kumpulan ini senantiasa menggunakan bahasa percakapan orang-orang Parit untuk berhubung dan berkomunikasi diantara satu sama lain. Seringkali juga, semasa perbualan ini terkeluar perkataan-perkataan yang sudah lama tidak kedengaran digunakan lagi pada masa kini oleh orang-orang Parit sendiri. Malah, ada di antara perkataan-perkataan tersebut tidak dapat difahami sepenuhnya tentang erti atau maksud sebenar perkataan berkenaan. Ini menyebabkan kami terpaksa mendapatkan penjelasan sesama sendiri atau terpaksa merujuk kepada orang-orang yang lebih mengetahui. Dengan demikian, kami berpendapat bahawa adalah amat wajar perkataan-perkataan tersebut bersama pengertian maksud sebenarnya, dikumpul serta dibukukan. Kami juga berpendapat bahawa pengumpulan Kolokial Orang Parit ini amat penting, bukan sahaja bagi kegunaan dan rujukan semua anak cucu cicit orang Parit sendiri, tetapi juga untuk anak menantu, ipar duai, biras, ibu bapa mertua serta besan yang telah dan akan berkeluarga dengan orang Parit. Begitu juga untuk orang-orang luar daerah yang kini ramai berkhidmat di Daerah Perak Tengah, serta sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui bahasa percakapan seharian orang-orang Parit.
vii
Dalam menyusun Kolokial Orang Parit ini, kami menghadapi masalah rumit dari segi penyesuaian diantara fonetik loghat orang Parit dengan sistem ejaan baru Bahasa Malaysia yang terpakai. Namun, kami cuba bersungguh-sungguh untuk mengatasinya dengan menggunakan sistem ejaan lama seperti penggunaan epepet dan e-taling serta dengan memberikan contoh-contoh ayat atau bagaimana perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam ayat percakapan seharian orang Parit. Akhirnya, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas pandangan, sumbangan buah fikiran serta apa sahaja yang telah menambahbaik terhadap Kolokial Orang Parit ini. Semoga dengan adanya Kolokial Orang Parit ini, benar-benar bermanfaat kepada orang-orang Parit dan orang-orang Perak serta pencinta Bahasa Melayu, amnya. Namun, kami sedar sebagai pengumpulan dan susunan orang-orang yang bukan pakar bahasa tentu sekali terdapat kekurangan serta kelemahan. Oleh yang demikian, kami memohon pandangan ikhlas dari pembaca untuk kami perbaiki dimasa-masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Dato' Azhar Abu Bakar
viii
Pendahuluan & Panduan Perkataan "colloquial" berasal dari perkataan Latin yang bermakna "bercakap bersama". Menurut kamus Dewan, "bahasa
kolokial ialah bahasa bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku). Ini bermakna bahasa bahasan juga bahasa kolokial". Manakala, mengikut definasi Wikipedia, Kolokial adalah "bahasa yang bersifat pertuturan sehari-hari atau basahan. Bahasa ini tidak mementingkan unsur tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar." Diantara ciri-ciri bahasa kolokial ialah penggunaan perkataan-perkataan yang ringkas serta sering pula meninggalkan sebahagian dari sukukata. Ciri-ciri lain ialah penggunaan struktur bahasa atau ragam bahasa yang bebas dan lebih mesra, berbanding dengan bahasa baku yang mempunyai struktur bahasa yang terkawal dan formal. Ringkasnya, kolokial adalah merupakan pengungkapan seharian secara informal dan tidak digunakan dalam percakapan atau penulisan secara formal.
Diantara ciri-ciri bahasa kolokial dalam pertuturan seharian Orang Parit adalah seperti berikut: i.
Dalam bahasa kolokial Orang Parit, terdapat banyak penggunaan perkataan yang diringkaskan dengan meninggalkan satu atau dua sukukata, sepertimana dalam contoh-contoh berikut: rambutan menyeberang sembahyang semedang
ii.
= = = =
mutan meghang semayang medang
Diamping itu, seringkali juga dalam bahasa kolokial Orang Parit wujudnya kemesraan berkata-kata dengan menggunakan perkataan atau tanda kata yang mesra, seperti perkataan-perkataan: ate, ce, le dan lain-lain; iii. Dari segi sebutan pula, beberapa perkataan yang berakhir dengan huruf vokal "a", seperti apa, siapa, bila, kemana dan sebagainya, sebutan orang Parit bertukar
ix
menjadi huruf vokal "e-taling" atau "ê", seperti contoh berikut: apa siapa bila kemana iv.
apê sapê bilê kemanê
Dalam perkataan yang berakhir dengan huruf vokal "ai" pula, sebutan orang Parit bertukar menjadi huruf vokal "a", seperti contoh berikut: kedai sampai lantai lampai
v.
= = = =
= = = =
keda sampa lanta lampa
Penggunaan huruf vokal "e" melambangkan dua bunyi, iaitu "e-pepet" dan "e-taling". Sebagai contoh, perkataan "semak" yang mempunyai dua makna yang berbeza. Dalam Kolokial Orang Parit ini, penggunaan huruf vokal "e" (huruf "e" tanpa tanda) adalah sebagai huruf "e-pepet", iaitu untuk perkataan seperti "semak" yang bermaksud bersepah, berselerak atau belukar kecil. Manakala, penggunaan huruf vokal "ê" (huruf "e" dengan tanda ^) dalam "sêmak"sebagai huruf vokal "etaling", bermaksud memeriksa atau meneliti. Contoh perkataan-perkataan lain yang sama ejaan tetapi mempunyai berlainan maksud adalah seperti berikut: e-pepet bela (perlihara) peghak (orang yang kehairanan) sepak (tampar) tenang (tidak berkocak)
vi.
e-taling bêla (tuntut) Pêghak(Perak) sêpak (tendang) tênang (tumpuan mata)
Loghat Orang Perak, memang terkenal dengan tidak menggunakan huruf "g" di akhir perkataan. Tetapi, sebenarnya hanya dalam beberapa kata nama sahaja yang tidak menggunakan huruf "g" diakhir perkataan, iaitu perkataan-perkataan yang berakhir dengan "ing".
x
Sebaliknya huruf "ing" ini digantikan dengan huruf "en" sahaja. Sebagai contoh: Taiping tebing lembing kambing kuning
= = = = =
Têpen teben lemben kamben kunen
Untuk beberapa kata nama lain dan kata kerja yang berakhir dengan "ang", ""ong" dan "ung", seperti contoh berikut masih mengekalkan sebutan huruf "g" diakhir perkataan: pisang potong tabung vii.
= = =
pisang potong tabung
Sebutan bagi perkataan kata kerja transitif aktif yang bermula dengan huruf konsonan "b", terutamanya yang mempunyai imbuhan "men", sebutan imbuhan "men" dan huruf konsonan "b" tersebut ditiadakan dan diganti dengan huruf "m" sahaja, seperti contoh berikut: membeli membaca memasang memulang
= = = =
meli mace masang mulang
viii. Huruf konsonan "f" tidak digunakan dalam sebutan loghat orang-orang Parit, tetapi sebaliknya digantikan dengan huruf konsonan "p", seperti contoh berikut: fakir faham faedah fulus ix.
= = = =
pakih paham paedah/pekdah puluih
Ciri yang ketara dalam loghat orang Parit ialah sebutan huruf konsonan "r" dalam percakapan digantikan dengan huruf "gh", seperti mana contoh berikut:
xi
Parit Perak ramai geram x.
= = = =
Paghit Pêghak ghama gegham
Huruf yang berakhir dengan huruf kosonan "s" juga tidak disebut dan sebaliknya diganti dengan huruf konsonan "h". Contohnya: habis libas malas pulas
= = = =
habih libah malah pulah
Manakala perkataan yang berakhir dengan huruf "us" pula digantikan dengan huruf "ih", sepertimana contoh perkataan berikut: lulus putus hingus kambus xi.
= = = =
luluih putuih hinguih kambuih
Sebutan percakapan orang-orang Parit yang terkumpul dalam kolokial ini berbeza-beza mengikut kawasan di dalam Daerah Perak Tengah itu sendiri. Sebutan sesetengah perkataan berbeza di antara sebutan orang-orang di kawasan hulu dengan sebutan orangorang kawasan tengah, mahupun orang-orang di kawasan hilir Sungai Perak. Misalnya, ade kawasan yang menyebut "keme" dan manakala ada kawasan yang menyebut "kume" bagi maksud "kami," terutamanya bagi kawasan Tanjung Belanja. Ini kemungkinan sebutan orang-orang di kawasan ini dipengaruhi sebutan orang-orang Daerah Kuala Kangsar, yang menggunakan "kume." Contoh perkataan-perkataan lain yang berlainan sebutan mengikut kawasan dalam Daerah Perak Tengah adalah seperti berikut: leho dan loho (waktu zuhur) longam dan selongam (boros, boros makan lauk)
xii
xii.
Namun, ada di antara perkataan yang terkumpul dalam Kolokial Orang Parit ini bersamaan dengan kata dasar Bahasa Melayu standard. Namun, cara sebutan orangorang Parit serta penambahan yang digunakan menjadikan maksud perkataan tersebut berlainan dari kata dasar Bahasa Melayu standard. Sebagai contoh, perkataan "air hangat", yang mana kata dasar Bahasa Melayu standard air panas atau air suam. Tetapi bagi orang-orang Parit, air hangat bermaksud "hidangan minuman kopi atau teh". Begitu juga misalnya perkataan perempuan, kata dasar Bahasa Melayu standard ini pada orang-orang Parit juga bermaksud "isteri".
Penyelenggara
xiii
KOLOKIAL ORANG PARIT
A
abih (a-bih) habis, tamat. selesai."Kamu dah abih ke belajo di Engelan tu?" acan(a-can) 1. mengacah dengan sesuatu untuk menakutkan. "Jangan kamu acan bebudak tu dengan piso, telancut antu kaghang" 2. cuba memikat. "Ate, yang kamu acan anak daghenye ngape, metole die maghah" aci (a-ci) 1. sah dan boleh diterima."Tak aci kalo kamu main nipu" 2. gandar roda basikal."Aci basika teman patah mase jatuh dalam lubang di tengah aritu" Acik (A-cik) panggilan untuk bapa atau emak saudara, (kependekan dari perkataan pakcik atau makcik). "Acik tu adek kepade emak saye" aco (a-co) 1. sejenis makanan yang diperbuat dari buah-buah campuran atau limau nipis. " Emaknye memang panda muat aco buah " 2. sejenis masakan gulai ikan dengan menggunakan bahan utama taucu, timun dan bawang besar. "Malam tadi teman makan nasi dengan gula aco ikan bocat" acoi (a-coi) celupar,bermulut lepas. "Ce jangan acoi sangat mulut tu bile masuk utan ni" acom (a-com)
1
hasut, adu domba. "Kamu dah temakan acom demele tu" ade (a-de) 1. memilik, mempunyai. "Yang teman ade moto boghok ini ajele, ghete lain tak mandang" 2. hadir, berada. "Saye ade duduk di belakang ni Cikgu" adun (a-dun) 1. hias. "Ate mike pun tulongle adun sikit bilik pengantinnye tu" 2. gaul. "Ce tulong adun tepong ni, boleh kite buat koi putu" agah (a-gah) usik untuk membuat bayi ketawa. "Ngekek die ketawe bile kene agah" aghi (a-ghi) hari."Aghi minggu ni mohle kite pegi nyengok wayang diPoh" aghini (a-ghi-ni) hari ini. "Mujurle cuaca elok aghini, dapatle teman nyemo padi" aghitu (a-ghi-tu) hari itu. "Aghitu lagi die dah tak datang ke sekolahnye, Cikgu" aghun (a-ghun) menggaul pulut yang telah dimasak dengan santan. "Tolongle emak aghun pulut dengan santan ni" agok (a-gok) buah rantai leher, "pendant." "Besonye agok kamu ni, kene ghentap kaghang baghu kamu tahu" ais kepal (ais kepal) ais yang diparut dan dibentuk bulat seperti bola serta dibubuh air gula merah atau sirap . "Mase dulu, bile balik daghi sekolah, keme mesti singgah di Keda Medin meli ais kepal" ajo (a-jo) ajar. "Ce ajo adik kamu tu muat koje sekolahnye" Alang (a-lang)
2
panggilan untuk abang atau kakak yang ketiga dalam keluarga. "Yang deme panggil alang tu, anak teman yang ketige" alih alih (a-lih a-lih) tiba-tiba. "Molenye tu die buat tak tahu aje, alih-alih tu die nak ngikut same pegi kiPoh" alo (a-lo) kawasan berair seperti paya yang memanjang. "Jangan main dalam alo tu, nanti kene gigit lintah" aluih(a-luih) halus. "Aluih bebeno tulisan kamu ni, ce tulih bebeso sikit" alus mita (a-lus mi-ta) gula halus berwarna merah jambu yang dipintal, gula kapas. "Mase zaman dulu, ade oghang bejua alus mite atah basika keliling kampung" amput (am-put) 1. hamput, marah, maki. "Abangnye kene amput sebab malah nak nolong ayahnye" 2. halau. "Bebudak tu kene amput daghi kelas sebab muat bising" amput wak (am-put wak) perkataan memaki seperti "celaka kamu." "Amput wak kamu, beghani kamu datang lagi ke ghomah aku ni iye" anca (an-ca) anca-anca (an-ca) 1. hancur berkecai. "Abih anca mainannye kamu hempah ke lanta" 2. sambil lewa. "Ate, anca-anca aje kojenye, manele nak siap cepat" ancok (an-cok) ancokmak (an-cok-mak) ancokwak (an-cok-wak) ancok kelauk (an-cuk ke-la-uk) perkataan memaki yang kesat dan mencarut. "Ancokmak kamu, tak abih-abih nak ngacau aku iye"
3
angat pijo (an-gat pi-jo) berasa terlalu panas. "Panah bebeno aghini, angat pijo teman ghase" angin empasang (an-gin em-pa-sang) sejenis penyakit angin yang menyebabkan buah zakar termasuk ke dalam. "Budak ini ade penyakit angin empasang" angkit (ang-kit) angkat, ambil, alih. "Ce tolong emak angkit kain baju daghi penyida tu, aghi nak ujan" angkuh (ang-kuh) angkuhnye (ang-kuh-nye) rupa-rupanya. "Ingatkan die tu budak betine, angkuhnye budak jantan" ango (an-go) anggaran, agak. "Ango mike beghape gherge motor ni agaknye" Anjang (An-jang) panggilan untuk bapa atau emak saudara. "Anjang tu adik emak teman yang ketige" antu (an-tu) 1. hantu. "Beghani kamu bejalan memalam, di alor tu ade antu" 2. terlalu jahat. "Mase kecik dulu peghanganye ngalahkan antu" antu kamu (an-tu ka-mu) mengatakan seseorang itu berperangai macam hantu. "Antu kamu ni, suke sangat nyakat aku" anyo (a-nyo) 1. hanyir. "Pegile mandi, dah anyo bau ikan aku cium kamu ni" 2. mentah dan masih tidak tahu apa-apa. "Kamu budak anyo lagi mase itu, mane kamu tahu" apah (a-pah) tidak ada apa-apa. "Teman ni oghang miskin, ghete apah pun tak ade" apah tak ade(a-pah tak a-de)
4
apah tak mandang(a-pah tak man-dang) tidak ada apa-apa langsung. "Apah tak mandang dalam poket teman ni nak nolong mike" ape dikobek (a-pe di-ko-bek) tujuan. "Ape dikobek kamu datang ni, nak nuntut utang ke?" apeke jadah (a-pe-ke-ja-dah) apakah benda. "Apeke jadah beso bebeno melintah jalan tu, ulo sawe ke kome" ape nak ubahnye (a-pe nak u-bah-nye) tidak ada perbezaan. "Kamu tu ape nak ubahnye, same aje jahatnye" arwah (ar-wah) 1. merujuk kepada orang yang telah meninggal dunia. "Arwah bapak teman meningga dunie due tahun lalu" 2. kenduri doa selamat. "Teman nak nyemput mike anak beghanak pade malam Jemaat ni, teman muat arwah sikit" asam gelugo (a-sam ge-lu-go) asam gelugor, asam keping. "Mintak mun due tige kepin asam gelugo adeke, teman nak muat laksa" asam masin (a-sam ma-sin) asam boi. "Ce mintak sikit asam masin tu, teman nak nyicah dengan buah jambu meghase ni" asilsimen (a-sil-si-men) taksiran (berasal dari perkataan Inggeris "assessment". "Ate, kalo ngikut asilsimen Pejabat Tanah, beghape deme kene bayo" atah (a-tah) atas. "Tinggakan ajele atah meje tu, nanti emak ambik bawak ke dapo" atê (a-tê) permulaan kata yang bermaksud seakan-akan "tetapi.""Atê, ngape mike tak datang semalam, mike lupeke" atê kome pun (a-tê ko-me pun)
5
atê kome pun satu (a-tê ko-me pun sa-tu) tetapi kamu semua pun. "Atê kome pun satu, ngape lansung tak siyo nulong die" atê ngape (a-tê nga-pe) mengapa, kalau ya sekalipun. " Atê ngape, kome tak sukekan akuke?" Atok (A-tok) panggilan untuk datok atau nenek lelaki. "Atok Ucu tu bapak sedaghe ayah teman yang bongsu" awah (a-wah) awah-awah (a-wah a-wah) bahan, ramuan masakan. "Ape lagi awah yang mike taghuh dalam gula tempoyak ni" awak (a-wak) 1. kamu. "Awak tadi pegi kemane, puah teman mencaghinye di meghate pekan tu" 2. saya. "Awak ni tak beghape gemokan die tu, tapi die tu yang tegile-gile kan awak" ayan (a-yan) sejenis logam yang ringan atau aluminium untuk dibuat pingan mangkok (berasal dari perkataan Inggeris "iron")."Bebudak ni bagi deme makan dalam pingan ayan aje, idakle takut pecah" aye (a-ye) saya, aku. "Baju tu aye punye, aye beli diPoh aghitu" ayo (a-yo) air."Jemputle minum ayo dulu" ayo angat (a-yo an-gat) minuman panas. "Dudukle dulu iye, teman nak ke dapo muat ayo angat kejap, ate mike minum kopi ke teh" ayo jaghang (a-yo ja-ghang) ayo jeghang (a-yo je-ghang) air yang telah dimasak untuk diminum."Minumle ayo jaghang, jangan minum ayo pili"
6
ayo liyo (a-yo li-yo) air liur. "Meleleh ayo liyo keme nengok kamu makan ais keghim, ce bak sikit" ayo mati (a-yo ma-ti) ayo memati (a-yo me-ma-ti) air yang telah dimasak dan telah disejukkan. "Keme di sini
minum ayo memati aje, tak beghani minum ayo pili yang tak dimasak tu"
ayo pegheda (a-yo pe-ghe-da) air wangian, sejenis "eau de cologne" (berasal dari jenama "Florida Water") "Kalo bedak sejuk ni dibancuh dengan ayo pegheda, baghule naik lagi wanginye" ayo peghode (a-yo pe-gho-de) ayo peghoda (a-yo pe-gho-da) sejenis serbuk atau bahan untuk direnjis pada pengantin atau untuk hiasan. "Ate mike pun, pegile ghenjih ayo peghode pade pengantin tu" ayo pesam (a-yo pe-sam) air suam "Mamak, bagi saye ayo pesam satu" ayo pili (a-yo pi-li) air paip "Jangan minum ayo pili di tepi jalan tu, nanti sakit peghut"
7
B
baco (ba-co) bacul. "Jangan baco sangat mulut tu ngate oghang macammacam" bacoi (ba-coi) celupar, bercakap lepas. "Jage mulut tu jangan bacoi sangat
ngate keme ni"
badê (ba-dê) kuih yang bergoreng. "Koi badê ape yang mike buat petang ni" badê pisang (ba-dê pi-sang) goreng pisang."Jemputle makan badê pisang ni, panah lagi ni baghu lepah begoghen" baghu (ba-ghu) baru sebentar, tidak lama. "Baghu aje die keluonye, mike tak tetembong di tengah jalanke tadi" baghu haghu (ba-ghu ha-ghu) baru haru, nanti huru hara, nanti akan jadi tidak tentu arah. "Pegile caghi cepat, kalo tak mandang kaghang baghu haghu dibuatnye" baghu taghu (ba-ghu ta-ghu) bising, nanti akan dimarahi. "Baik kamu caghi buku tu cepat, balik ayah kamu kaghang baghu taghu dimaghahnye" baghoh (ba-ghoh) bahagian kawasan tepi atau berhampiran sungai. "Rumah Atoknye teletak di tepi sunga di baghoh tu" bagian (ba-gian) 1. bahagian. "Bagian untuk teman suku aje, tak banyak" 2. nasib. "Dah bagian masing-masing, ade yang kaye dan ade yang miskin" bahbatang (bah-ba-tang)
8
makan, bahasa kasar untuk makan."Sapele yang dah bahbatang nasik lemak teman atah meje ni" bahcikê (bah-ci-kê) makan, bahasa kasar untuk makan. "Asyik bahcikê aje koje kamu ni, idak ke kamu kenyang-kenyang" bahut (ba-hut) degil dan tidak mendengar kata. "Bahut bebenole kamu ni, langsung tak nak nengo cakap oghang" baik(ba-ik) 1. elok. "Baik kamu ikut abang kamu balik sekaghang" 2. baikki. "Pegile anto baik basika kamu ni ke keda cepat" baikeghim (bai-ke-ghim) bêkeghim (bê-ke-ghim) minyak rambut (asal dari minyak rambut berjenama Bycream). "Ghambut Cikgu tu kemah dan bekilat aje, apele jenih baikeghim yang digunenye" bajang (ba-jang) hantu, selalunya digunakan apabila terlalu marahkan seseorang, celaka. "Bajang kamu ni, ngalahkan setan jahatnye" baju peghak (ba-ju pe-ghak) baju T yang dipakai sebelah dalam. "Ayahnye datang paka baju peghak dengan kain pelekat aje pagi tadi" baju renkot (ba-ju ren-kot) baju hujan (asal dari perkataan Inggeris"raincoat"). "Kalo mike nak balik juge dalam ujan ni, ate pakale baju renkot teman ni." bak (bak) bakle (bak-le) bagilah, minta. "Bakle teman nak sikit, kedekut bebeno kamu ni" bako (ba-ko) bakar. "Arini kite makan ikan keli bako cicah ayo asam" bala (ba-la) balai (ba-lai)
9
binaan tempat atau khemah untuk jamuan kepada jemputan majlis perkahwinan dan biasanya tetamu lelaki. "Yang lelaki, jemputle naik ke bala, boleh kite mule berdoa" balik aghi (ba-lik a-ghi) balik hari, pergi dan balik pade hari yang sama. "Teman pegi ke Kelumpo balik aghi aje, malam kaghang teman adele di ghomah" balun (ba-lun) 1. pukul, hentam. "Sampa lebam-lebam belakang budak tu kene balun dengan tali pinggang" 2. makan. "Udah abih nasik teman kene balun, sapele yang punye koje ni" bangko (bang-ko) 1. timbunan kayu di dalam sungai. "Bawah bangko dalam sunga tu memang banyak ikan" 2. kerangka."Keghete yang tebako di tepi jalan beso tu dah tingga bangko aje" bangko ayam (bang-ko ayam) Kerangka yang telah menjadi tempat ayam bertelur. "Keghete boghok ayahnye tu dah jadi bangko ayam di belakang ghomah" bangkut (bang-kut) bantut, tidak mahu membesar. "Budak tu bangkut agaknye, dah tak mahu beso badannye aku tengok" bango (ba-ngo) 1. berbau busuk yang sangat kuat. "Bango bau bangkai anjing itu sampa nyucuk idung" 2. burung bangau. "Bango memang suke tetenggek atah belakang kobo" bangun (ban-gun) 1. berdiri atau beredar. "Ce bangun dari keghusi tu, bagile oghang tue yang duduk" 2. sedar dari tidur. "Jangan bising sangat nanti bangun adik kamu yang tengah tido dalam boyan tu" 3. paras rupa, bentuk. "Bangun badannye tu memang ade ghope ayahnye"
10
banio (ba-nio) banir, pangkal pokok yang besar. "Sedap bebeno ghopenye die duduk tesando pangka banio pokok deghoyan tue tu" bang (bang) azan. "Oghang di masjid tu dah bang maghrib, baikle kome beghenti main di luo tu" banta (ban-ta) 1. bantal. "Kalo nak tido, ambikle banta daghi dalam bilik tu" 2. hentam, pukul. "Sian die kene banta dengan tali pinggang sebab tak nak ke sekolah" banta busuk (ban-ta bu-suk) bantal buruk yang telah lama tetapi masih menjadi kesukaan. "Kalo tak ade banta busuk mane die bulih tido lene" banta gulin (ban-ta gu-lin) bantal peluk. "Kalo nak tido, die mesti nak meluk banta gulin" batang idung (ba-tang i-dung) diri seseorang. "Die tu cakap aje banyak, bile nak muat koje, batang idung pun tak nampak" batang tubuh (ba-tang tu-buh) yang empunya diri. "Mike pegile tanye batang tubuhnye, setuju ke die" bawak (ba-wak) bawa. "Ce bawak aku naik motoka baghu kamu ke pekan" baye ghedap (ba-ya ghe-dap) sudah besar. "Dah baye ghedap pun masih nak bedukung lagi ke" beaghi-aghi (be-a-ghi a-ghi) berhari-hari. "Dah beaghi-aghi budak tu tak datang ke sekolah" bebaik (be-ba-ik) 1. hati-hati. "Bebaik sikit mawak keghete memalam bute ni" 2. berdamai. "Deme dah bebaik semule laki bini "
11
bebaghu (beba-ghu) baru-baru. "Bebaghu ni aje die pindah dari ghomah tu, " bebalah (be-ba-lah) berkelahi, bertengkar. "Janganle kome asyik nak bebalah sampa bepecah belah adik beghadik" bebasuh (be-ba-suh) yang telah dibasuh. "Dah bebasuh ke kain baju kamu dalam bilik ayo ni" bebawah (be-ba-wah) sebelah bawah, di peringkat bawah. "Teman ni oghang bebawah aje di pejabat tu, bukannye bos" bebelah (be-be-lah) keadaan yang telah tersedia dibelah. "Deghoyan tu dah siap bebelah, tak payahle caghi paghang lagi nak melahnye" bebelah ati (be-be-lah a-ti) bebelah bagi (be-be-lah ba-gi) perasaan serba salah. "Bebelah ati teman ghase nak ninggakan mike sensoghang di ghomah" bebeno (be-be-no) benar-benar. "Biole bebeno sikit, kamu jangan asyik nak nipu aku" bebinat (be-bi-nat) berbekas memanjang kene sebat. "Bebinat belakangnye kene sebat dengan ghotan" bebiyo (be-bi-yo) bibir. "Ngape bebiyo kamu bengkak menyeghobang, kamu kene ketit dek tabuan ke" bebua (be-bu-a) berbual. "Seghonok beno kome bedue bebua teman dengo, kome ngate teman ke" bebua kosong (be-bu-a ko-song)
12
berbual tanpa tajuk tertentu. "Takkanle nak bebua kosong aje,
ayo kopi tak mandang ke"
bebukan (be-bu-kan) yang pelik-pelik, bukan yang lazim. "Kamu janganle cakap bebukan aje, pikirle dulu apa yang kamu nak cakapkan" becako (be-ca-ko) berkelahi. "Kome ni adik beghadik asyik nak becako aje, tak bulih betemu muke" becalo (be-ca-lo) bercalar. "Belakang kamu ni becalo, ape yang mencalonye?" beceghangap (be-ce-gha-ngap) berdiri tegak dan terpacak. "Beceghangap aje tunggul kayu dalam paye tu" beceghatuk (be-ce-gha-tuk) tegak berdiri dan tidak teratur. "Nampak beceghatuk aje kepale deme tengah tengah bendang tu" becempak (be-cem-pak) adat menepung tawar sambil bersedekah pada pegantin yang sedang bersanding. "Bawakle mun seghengget due, bolehle kite becempak pade pengantin tu nanti" becepuih (be-ce-puih) berasa lega, bernafas sedikit. "Becepuih teman ghase bile dah dapat mayo utang mike tu" becinte (be-cin-te) berasa susah hati, berasa berat hati. "Becinte beno ghasenye teman nak pegi ngikut mike ni, teman bukannye ade duit" beco (be-co) becok, peramah, "Kecil lagi dah beco mulutnye nego oghang lalu lalang depan ghomahnye" beda (be-da) pukul, hentam. "Teghuk peghagut tu kene beda oghang ghama di paso malam tu"
13
bedami (be-da-mi) bedamo (be-da-mo) berbekas kerana ditampar atau dipukul di muka. "Bedamo muke tu kalo kene penampo aku ni" bedaghang (be-da-ghang) keadaan koyak serta berlubang-lubang. "Dah bedaghang seluo kamu koyak rabak, tapi kamu paka juge lagi" bedeah (be-de-ah) tipu, bohong. "Jangan kamu nak buat bedeah, aku same nengok ape yang tejadi di situ tadi"
pun ade
bedebik-debik (be-de-bik-de-bik) tidak berhenti bercakap. "Kalo die dapat becakap, bedebik-debik tak mahu beghenti" bedebo (be-de-bo) bedebo-debo (be-de-bo de-bo) 1. debar, berdebar-debar. "Bedebo dade teman bile nengok budak tu melintah jalan sensoghang" 2. percik, bepercikan dengan banyak. "Bedebo-debo ayo sunga tu meghocik ke muke teman" bedebuk (be-de-buk) bedebuk-debuk (be-de-buk de-buk) 1. bunyi. "Ce dengo tu bedebuk bunyi deghoyan loghoh di daghat tu, pegi deghah kutip" 2. keluar dengan banyak, mencurah."Bedebuk-debuk daghah keluo daghi lukenye" bedêeh (be-dê-eh) berbunyi, bersuara. "Langsung tak bedêeh die matikan dighi, langsung tak pedulikan oghang lain" bêdek (bê-dek) belek, teliti dengan sungguh-sungguh. "Ape yang kamu bêdek dalam lemaghi tu" bedek (be-dek) 1. libas. "Bebinat mukenye kene bedek dik anak pokok tu"
14
2. memetik picu senapang atau pistul. "Jangan kamu bedek senapang tu, meletup die kaghang" bedi (be-di) terlalu sejuk. "Nasi tu dah sejuk bedi, tak usahle dimakan lagi" beduyun (be-du-yun) beramai-ramai. "Beduyun oghang kampung datang nengok oghang muat pilem di tepi sunga tu" bêge (bê-ge) cuba membaikki. "Ape yang kamu bêge keghete ayah kamu tu,
kamu ni panda ke nak maiknye"
begedup (be-ge-dup) bertutup lingkup. "Patutle ghomah mike begedup aje aghitu, ghopenye mike pegi makan angin ke Langkawi" begelenak (be-ge-le-nak) hanya duduk atau bergerak didalam sahaja dan tidak keluar. "Musim cuti sekolah ni, bebudak ni tak nak bejalan kemane, asyik begelenak dalam ghomah ajele sepanjang ari" begenang (be-ge-nang) begênang (be-gê-nang) bertakung, berlinang. "Begênang ayo matenye sedih kene tingga" beghabih (be-gha-bih) berhabisan. "Bapaknya sanggup beghabih harte bende untuk nanggung anaknye belajo di luo negeghi" beghabuk (be-gha-buk) 1. berhabuk. "Tiko boghok tu dah beghabuk, pegi bawak keluo" 2. berlapuk. "Moto boghok tu dah beghabuk bawah tangge tu, takde sape nak mawaknye" 3. lancar bercakap. "Anaknye beghabuk cakap oghang putih, ate deme lame duduk di Engelan tu" beghancuk (be-ghan-cuk) bersetubuh. "Tak de koje lain, asyik nak beghancuk aje kojenye"
15
beghade (be-gha-de) berharta, kaya, mewah, berkedudukan tinggi. "Die tu daghi keluarge oghang-oghang yang beghade" beghadun (be-gha-dun) sentiasa berhias dengan rapi. "Elok beghadun ghomah mike ni, tak macam ghomah teman besepah" beghahcikê (be-ghah-ci-kê) makan, bahasa kasar untuk makan. "Ape yang kamu beghahcikê sensoghang di dapo ni" beghambat (be-gham-bat) berlari, berkejar. "Jangan beghambat atah ghomah, ghontoh ghomah ni kaghang" beghanak (beghanak) 1. melahirkan. "Oghang ghomagnye beghanak di sepital malam tadi" 2. mempunyai anak. "Menantu mike yang kahwin tahun lepah tu dah beghanak ke" 3. dilahirkan. "Saye beghanak di Pahang sebab bapak saye koje di Kuantan waktu itu" beghanak beghenet (be-gha-nak be-ghe-net ) beghanak pinak (be-gha-nak pi-nak ) mempunyai ramai anak. "Teman dah beghanak pinak di Paghit ni, jadi tak adele gayenye teman nak balik ke Melake dah" beghanso (be-ghan-so) minta diri, mengundur diri. "Dah lame teman di sini, biole teman beghanso dulule iye, ade banyak ha lagi kat ghomah tu" beghapit (be-gha-pit) berkawan rapat. "Deme bedue tu memang beghapit sejak daghi kecik lagi" beghecan (be-ghe-can) bercinta. "Die tengah beghecan dengan budak kampung sebeghang tu" beghegek (be-ghe-gek)
16
bersolek, berdandan, berhias. "Bile dah pepetang begini, molele
die beghegek pasang badan"
beghenit (be-ghe-nit ) beghenit-ghenit (be-ghe-nit ghe-nit ) mempunyai ramai atau banyak anak. "Dah beghenet-ghenit pokok pisang tepi pago tu" beghipa (be-ghi-pa) berkongsi, menyumbang wang atau barangan sedikit seorang. "
Kalo nak nganto ayah dengan emak ke Mekah tahun ini, elokle kite beghipa sikit soghang adik beghadik"
beghiye (be-ghi-ye) bersungguh-sungguh. "Beghiye bebeno die teghoyak tak ghentighenti, sebab kene tingga dik kakaknye" beghombang (be-ghom-bang) bergelombang, beralun. "Kuat juge beghombang ayo sunga tu bile bot beso tu lalu" beghomen(be-gho-men) berasmara (berasal dari perkataan "romance"). "Semalam kemane kamu beghomen dengan geperen kamu" beghongok (be-ghon-gok) 1. belonggok. "Buah deghoyan yang dah siap beghongok di tepi jalan tu memang die nak bejua" 2. berkumpul beramai-ramai untuk berbual. "Bile memalam aje,
deme sukele beghonggok di tepi tembok tu"
beghotah(be-gho-tah) bertas, terputus atau terbuka jahitan. "Celah kangkang seluo kamu ni dah beghotah" beghoyang(be-gho-yang) biawak. "Bile dah memalam, ade beghoyang ngeghojekan anakanak ayam dalam gheban tu" begik(be-gik) degil. "Kamu ni janganle begik sangat, langsung tak nak nengo cakap oghang tue-tue"
17
begini aghi (be-gi-ni a-ghi) 1. ketika ini. "Begini aghi, mane ade bebudak nak main gasing lagi dah, baikle deme ngadap komputer" 2. waktu yang telah terlalu lewat. "Kemane ke peginye, dah begini aghi die tak balik lagi, sikit lagi aghi dah nak gelap" begomap (be-go-map) bergaduh secara bergumpal. "Kome ni bile bejumpe adik beghadik takle koje lain, asyik nak begomap aje" begonjen (be-gon-jen) berkelahi. "Kome ni asyik nak begonjen ajele kojenye, tak peghonah nak bebaik kalo bejumpe" Beh (beh) panggilan untuk bapa saudara yang kelima dalam keluarga."Beh teman tu anak lelaki Atok teman yang kelime" bejajat (be-ja-jat) bersoal jawab, bertengkar. "Udah deme bejajat, masing-masing nak negakkan benang basa" bejalo (be-ja-lo) berbelang. "Die yang paka baju berjalo itam putih tu" bejawab (be-ja-wab) bertengkar. "Kome ni kalo betemu muke aje mestile nak bejawab, tak peghonah yang elok pakat" bejeghaba (be-je-gha-ba) berjurai. "Ape yang bejeghaba aje tegantung pade pintu bilik kamu tu" bejeghait (be-je-gha-it) 1. melekat, melekit. "Buku tulihnye dah bejeghait kene gam yang tumpah dalam begnye" 2. hubungkait. "Keluarge teman ade juge bejeghait dengan keluarge die tu" bejeghebek (be-je-ghe-bek)
18
lembik dan melekit. "Nasi yang kamu tanak ni bejeghebek aje, banyak beno ke ayo yang kamu ubuh" bejeghekat (be-je-ghe-kat) melekit, melekat. "Bejeghekat buku kamu kene ayo kopi, ate ngape tak kamu keghinkan cepat" bejeghoyat (be-je-gho-yat) melekit, melekat. "Die sakit mate, tu yang bejeghoyat aje tahi matenye" bejelebo (be-je-le-bo) kesan hitam akibat dari lampu minyak atau arang. "Dimane mike bediang apinye, sampa bejelebo muke mike dibuatnye" bejelejeh (be-je-le-jeh) meleleh. "Bejelejeh ayo lionye nengok budak tu makan mepelam cicah dengan kicap" bejembik (be-jem-bik) terlalu ramai, terlalu banyak. "Bejembik ulat dalam buah nangke ni, banyak bebeno" bejemo (be-je-mo) berjemur. "Jangan bejemo bawah panah tu, nanti deman" bejenih (be-je-neh) jenis yang baik. "Nampak bejenih jugele budak pompuan yang kamu minat tu, aku pun bekenan " bejobon (be-jo-bon) kain baju yang bertimbung."Berjobon kain bayu dalam bilik ayo tu, takde sape nak masuhnye" bejujuih (be-ju-juih) 1. sangat lebat. "Bejujuih buah langsat atah pokok tu iye" 2. terlalu ramai. "Nasi lemaknye memang sedap, bejujuih oghang datang melinye" bejumba (be-jum-ba) 1. bercucuran (air mata). "Bejumba ayo matenye teghoyak"
19
"Cantik kelambu pengantin bejumba dengan manik-manik di kelilingnye"
2. berumbai-rumbai.
kamu,
bekain (be-ka-in) memakai kain. "Die tu asyik bekain aje kemane pegi, tak peghonak nengok die maka seluo" bekalimayo (be-ka-li-ma-yo) berpinar. "Bekalimayo biji mate teman mace tulisannye, aluih bebeno" bêkap (bê-kap) 1. sokong, bantu (berasal dari perkataan Inggeris "back-up"). "Tak de sesapeke nak bêkap pemohonan kamu tu" 2. merampas bola dari kaki lawan. "Ngape kamu tak bêkap
cepat bola tu daghi kakinye"
bêkeghim (bê-ke-ghim) minyak rambut (asal dari minyak rambut berjenama Bycream). "Ape jenih bêkeghim yang kamu paka, bekilat aje ghambut kamu" bekeghodak (be-ke-gho-dak) 1. tidak jernih, berkeledak. "Jangan diminum ayo dalam labu tu, dah bekeghodak, " 2. tidak ada apa-apa. "Teman mane ade bekeghodak nak magi mike" bekela (be-ke-la) berkelahi. "Udah deme bekela, pantang betemu muke deme bedue ni" bekelamin (be-ke-la-min) telah berkahwin. "Kamu ni bukanke dah bekelamin, ate mane oghang ghomah kamu tak datang same" bekelubung (be-ke-lu-bung) bertutup lingkup. "Keghete baghunye bekelumbung dengan kain bile dah memalam " bekembut (be-kem-but)
20
1. berkepul-kepul, berasap. "Dah bekembut api mike tu, ate ape lagi bakole cepat sate tu" 2. merokok. "Kamu ni tengah sekolah lagi dah panda bekembut, iye" bêken (bê-ken) baiki, buat. "Ape yang mike bêken tetunduk-tunduk tu, keghete mike meghagam lagi ke" bekepok (be-ke-pok) bekepok-kepok (be-ke-pok ke-pok) terlalu banyak. "Duitnye bekepok-kopek dalam bank" beketik (be-ke-tik) berbunyi, bersuara, bergerak. "Langung tak beketik deme matikan dighi dalam bilik tu bile nengo kite balik" bekoyan (be-ko-yan) terlalu banyak. "Duitnye bekoyan banyaknye, bolehle meli ghomah bangelo beso" bekuak (be-ku-ak) membuat laluan dengan tangan atau berkuak. "Ghama bebeno oghang di Pekan Senin tu tadi, sampa bekuak kite nak lalu" bekuap (be-ku-ap) panas berpeluh atau berwap kerana bertutup rapat. "Gula tempoyak kamu tu basi sebab bekuap lame sangat" belajo (be-la-jo) 1. berlajar. "Di mane kamu belajo becakap nipu ni" 2. bersekolah. "Itule tempat teman belajo dulu" belajo muang boghok (be-la-jo mu-ang bo-ghok) diperingkat buah yang kurang baik dipermulaan musim luruh. "Buah deghoyan teman di kebun daghat tu baghu peghengkat nak belajo muang boghok, belum gegak lagi" belat (be-lat) menahan jaring untuk menangkap ikan. "Kalo dipasang belat pade pintu kunci ayo tu, aghuih banyak dapat ikan"
21
bele (be-le) 1. pelihara. "Banyak mike bele ayam di belakang ghomah ni iye" 2. baiki, betulkan. "Ape yang kamu nak bele lagi radio boghok tu, ade ke alat gantinye lagi" bêle (bê-le) tuntut, pertahankan. "Sape nak bêle kamu dimahkamah tu nanti, dah lantik loyonye ke" belemuih (le-muih) muka yang comot, muka yang berselekeh. "Belemuih muke budak pompuan tu dengan inguih keghin, genyi aku nengoknye" belênak (be-le-nak) duduk atau bergerak didalam sahaja dan tidak keluar. "Saghi suntuk die belênak dalam ghomah aje tak nak keluo-keluo" belênang (be-lê-nang) bergenang. "Belênang ayo matenye nengoknye emaknye naik
kapa tobang ke Mekah"
belendiyo (be-len-di-yo) lendir. "Dah basi gula tempoyak kome ni, dah belendiyo aje ghopenye" belengit (be-le-ngit) berlengas. "Ade ke tak lame nunggu kamu, sampa belengit badan aku ni" belenje (be-len-je) menangis dengan air mata bercucuran tidak berhenti. "Belenje die teghoyak kene tingga emaknye" belênko (be- lên-ko) berbaring atau tidur, duduk di rumah sahaja dan tidak mahu keluar. "Sepanjang aghi ni die asyik belênko dalam ghomah aje, malah nak keluo katenye" belesau (be-le-sau) berderau. "Belesau teman bile dapat beghite eksiden tu" belong (be-long)
22
elok membesar. "Belong bebeno ubi kayu yang mike tanam di tepi pago tu" benak (be-nak) bodoh, tidak boleh berfikir. "Die tu memang benak, due kali sepuluh pun tak tahu" benak ati (be-nak a-ti) susah menghafal pelajaran. "Ngapele kamu ni benak ati sangat, dah beghape lame tak juge khatam-khatam Quran tu" bende alah (ben-de a-lah) merujuk kepada sesuatu benda, "Apeke bende alah yang anyut tengah ayo tu kome" bengap (be-ngap) lambat berfikir. "Memang bengap otak kamu ni, nak nyongak itu pun lambat sangat" bengkak baha (beng-kak ba-ha) bengkak kelenjar. "Tengkoknye kene bengkak baha, tu yang die malu nak datang ke sekolah" benken (ben-ken) garang. "Ayahnye benken bebeno oghangnye, jangan silap sikit, naik minyakle die" benyo (be-nyo) terlalu lembik, menjadi lembik. "Benyo aje ghope pisang ni, dah masak sangat, elok buat tepek aje" begaduh (be-ga-duh) berkelahi. "Kome ni suke sangat begaduh adik beghadik, ce bebaik pakat adik beghadik" bejelat (be-je-lat) bersepah, berselerak. "Bejelat kain baju meghate dalam bilik tu, bukan deme tahu nak masukkan dalam bakul" beno (be-no) benar. "Memang beno ape yang mike kate, teman setuju sangat"
23
benyo (be-nyo) terlalu lembik. "Buah betik tu dah benyo sebab dah masak sangat" bepadi hagham (be-pa-di ha-gham) tidak ada padi, tidak ada bendang atau sawah padi. "Tahun ini
teman bepadi hagham, dah takde sape nak ngojekan bendang tu"
besapo(be-sa-po) bergelimpangan. "Bile deme balik kampung, deme besapo aje tido ghama-ghama di anjung tu" beseghaba (be-se-gha-ba) selekeh dan berserabut, tidak kemas. "Ngapele pakaian kamu ni beseghaba aje, ce masukkan baju tu ke dalam baghule kemah" beseghebeh (be-se-ghe-beh) tidak kemas. "Jangut kamu tu beseghebeh aje aku tengok, ce cuko" beselepo (be-se-le-po) comot. "Makan ais keghim tu elok-elokle sikit, jangan abih beselepo mulut tu" besile (be-si-le) duduk bersilang kaki. "Di ghomah teman ni tak mandang keghusi, keme makan besile atah lanta aje" besingit (be-si-ngit) berbalas kata-kata yang menyakitkan hati. "Deme bedue tengah besingit, tak lame lagi begaduhle tu" besit (be-sit) sebat, rotan. "Memang patut dihukum besit dengan ghotan oghang salah macam itu" besisyo (be-si-syo) bersusun secara berbaris-baris. "Elok aje pingan mangkuknye besisyo atah paghe tu" beso tagun(be-sota-gun)
24
berbadan besar, sudah besar. "Dah beso tagun pun nak
bedukung dengan emaknye lagi"
besogheh (be-so-gheh) bercerita mengenai susul galur keturunan. "Bile dah besogheh, baghule deme tahu yang deme tu besedaghe" bestin tica (bes-tin ti-ca) Guru Pelawat, Nazir (asal dari perkataan Inggeris "Visiting
Teacher"). "Aghi ni semue cikgu sebok sebab bestin tica akan datang melawat ke sekolah kite"
besulo (be-su-lo) berjalur. "Cantik baju yang dipakanye. besulo itam putih" bêsyo (bê-syo) kerap membuang air kecil atau air besar. "Besyo bebeno pulak teman aghi ni dah lime enam kali ngulang bilik ayo" betaih (be-ta-ih) melekit. "Dah betaih gule tu lame sangat tededah tak besimpan dalam bekahnye" betaki (be-ta-kah) 1. bertengkar, berbalah, berhujah. "Deme dah betaki pulak
pasal politik kat keda kopi tu, masing-masing tak mahu beghalah" 2. berpakat. "Die dah betaki siang-siang dengan kawannye, tu sebabnye kamu ditingga deme"
betambun (be-tam-bun) tambunan yang tinggi. "Betambun buah deghoyan bawah ghomahnye, ate musim tengah gegak loghoh sekaghang ni" betangah(be-ta-ngah) memanaskan badan melalui bara dan asap. "Oghang pompuan zaman dulu, mesti betangah bile lepah besalin" betangak (be-tan-gak) 1. bertangguh. "Muat koje tu, ce jangan betangak, siapkan cepat bolehle beghehat"
25
2. berhenti sebentar, menumpang sebentar. "Di ghomah sape kite nak betangak di Tepen tu nanti" betatang (be-ta-tang) membawa dengan hati-hati dengan kedua tangan. "Kamu nile kalo makan tak betatang nasik tu depan tb, tak sah" beteghabo (be-te-gha-bo) 1. bertaburan, berselerak.
"Abih beteghabo nasi depan talibesen ni, pegile makan di dapo" 2. fasih bercakap. "Anaknye yang beghanak di Englan tu beteghabo cakap oghang putih"
betembong (be-tem-bong) bertemu secara berdepan. "Ade teman betembong dengan die di Pekan Senin tu tadi" betêmpek(be-têm-pek) 1. menjerit. "Die betêmpek maghahkan bebudak yang tengah ngojekan nyio mudenye" 2. menanggis dengan kuat. "Bile tak dapat ape yang di endaknye, molele betempek" betemu ghome (be-te-mu gho-me) berjumpa. "Budak bedue ni bukannye boleh betemu ghome, asyik nak begaduh ajele" betenat-tenat (be-te-nat-te-nat) berasak-asak. "Ghama bebeno oghang aghi ni, betenat-tenat bedighi dalam bas tu tadi" betik ako (be-tik a-ko) betik jalo (be-tik ja-lo) betik yang tumbuh menjalar dan dibuat serawa atau sayur. "Pade bulan pose ghamale oghang bejua betik jalo di tepi jalan tu" betue taga (be-tu-e ta-ga) teragak-agak. "Isy, betue taga teman nak mulekan koje tu, malah bebeno ghasenye" betimbun (be-tim-bun)
26
terlalu banyak. "Betimbun buah deghoyan bawah ghomahnye, pegile ngeden mesti dibaginye" betinjat (be-tin-jat) berdiri atas jari kaki dengan mengangkat tumit. "Ngape betinjat aje jalannye tu, kaki kamu kene tikam dughi ke" betoho (be-to-ho) berlapar. "Sepanjang aghi teman betoho, sebiji nasi pun tak jumpe aghini" betolo (be-to-lo) betolo tolo (be-to-lo to-lo) saling tuduh menuduh atau suruh menyuruh diantara satu sama lain. "Udah deme betolo-tolo, masing-masing tak nak beralah" betoncit (be-ton-cit) rambut berikat, tocang. "Tak elok beno kamu beghambut panjang, betoncit macam budak pompuan" betuncit (be-tun-cit) betuncit-tuncit (be-tun-cit tun-cit) beransur-ansur. "Kalo mike bayo betuncit-tuncit, bilele pulak nak langsanye utang mike ni" bepino(be-pi-no) berpinar, berpusing-pusing, "Bepino biji mate teman ngadap kompute ni lame-lame" bikin (bi-kin) baiki, buat. "Taukeh, lu bikin saye punye keghete ni baik-baik iye" bincut (bin-cut) bengkak. "Dahinye tu bincut sebab teghantuk pade gelego di bawah ghomah" bingkah (bing-kah) bangun dengan pantas. "Belum abih lagi majlih oghang tu, die dah bingkah bangun nak balik" bio (bi-o)
27
biyo (bi-yo) biar. "Ngape kamu biyo die sensoghang tinggal dighomah, ngape tak dibawak same?" biyo bebeno (bi-yo be-be-no) biar yang sebenarnya atau berhati-hati. "Kamu biyo bebeno, jangan sedap mulut kamu aje ngate die?" biut (bi-ut) degil. "Biut bebeno kamu ni, langsung tak nak nengo kate" bocat (bo-cat) ikan haruan. "Deme kate ikan bocat ni elok untuk oghang betine lepah besalin" boghok lantak (bo-ghok lan-tak) buruk makan, kuat makan. "Kamu ni boghok lantak, sampa abih nasik sepeghoyok kamu makan" bojot (bo-jot) peluh yang banyak. "Bojot peluh teman bejalan kaki daghi pekan tu tadi" bok (bok) buku (berasal dari perkataan Inggeris "book"). "Ngape kamu tak mace bok, besok kan ke nak peghikse" bolen (bo-len) bogel, tidak berbaju. "Udah die bolen aje tak beseluo, idak ke kamu malu dah beso tagun" boloh (bo-loh) buta, tidak nampak. "Boloh ke biji mate kamu ni, bende beso itu pun kamu tak nampak" bongkeh (bong-keh) terbongkah. "Ako pokok tu dah bongkeh, tu sebab die tumbang" bongko (bong-ko) bongkar, selongkar. "Kalo kamu bongko kain baju dalam almaghi tu, kamu susunle balik iye"
28
bontak (bon-tak) besar dan lebar. "Ate, mane tak beghat pingan tu, ce tengok bontak aje ghopenye" bonyeh (bo-nyeh) basah, kawasan ditumpahi air. "Jangan simbah ayo di situ, nanti bonyeh pulak tempat tu" bonyo (bo-nyo) terlalu lembik. "Buah betik ni dah masak daghi atah pokok lagi, ate bile jatuh teghuihle bonyo" bosak (bo-sak) suara dari mulut yang dipenuhi makanan. "Bosak aje bunyi mulut mike tu, ate mike tengah makan ke?" botah (bo-tah) tetas, jahitan terputus. "Dimane kamu melompatnye, sampa botah seluo kamu ni" boteh (bo-teh) berteh. "Emaknye tengah nyemo padi nak muat boteh untuk kendughi arwah malam esok" boyan (bo-yan) buaian. "Anaknye memang suke tido dalam boyan" bua (bu-a) 1. berbual. "Seghonok beno bua kome bedue ni aku dengo, ape ceghitenye" 2. berbohong, cakap besar. "Jangan nak bua dengan akule, aku pun peghonah sampa ke sane" buaghi (bu-ghi) ikan darat yang disalai dengan matahari. "Seminggu due ni asyik ujan aje, ate tak dapatle teman nak nyemo ikan buaghi" buah kayu (bu-ah ka-yu) buah-buahan. "Adele sesikit buah kayu di dusun teman tu,
setakat nak meghase tu lepahle"
buah laghah (bu-ah la-ghah)
29
sejenis buah sepeti buah tampoi tetapi lebih kecil sikit dan isinya berwarna kuning "Mane nak caghi buah laghah lagi dah sekaghang ni, pokoknye pun dah tak mandang" buang boghok (bu-ang bo-ghok) diperingkat buah yang kurang baik dipermulaan musim luruh. "Buah deghoyan teman baghu nak belajo buang boghok, kalo dah gegak nanti teman jemputle mike datang" buang hajat (bu-ang ha-jat) buang air besar. "Kalo kome teghase nak buang hajat, tandas ade di hujung sane" bubuh (bu-buh) 1. meletakkan sesuatu. "Beghape banyak gule kamu bubuh dalam ayo kopi ni, manih meletin" 2. memukul. "Ate ape lagi, kene bubuh dik ayahnyele sebab tuang sekolah" bukak ketiker (bu-kak ke-ti-ker) telek. "Ce kamu jumpe Pak Ali tu, bio die bukak ketiker, kot-kot die boleh tengokkan di mane ilangnye duit kamu tu" bukan-bukan (bu-kan bu-kan) yang pelik-pelik, cakap merapu. "Kamu janganle cakap yang bukan-bukan dalam utan ni" bukan hale (bu-kan ha-le) tidak senonoh. "Bukan hala aje koje kamu ni, ce kamu pikio dulu sebelum nak muat ape-ape tu" bukan hingge (bu-kan hing-ge) bukan keupayaannya untuk melaksanakan hingga selesai. "Bukan hingge kamu nak muat koje oghang tue-tue macam itu" buku lime (bu-ku li-me) penumbuk. "Budak ni nak kene buku lime aku nampaknye, lebam bijik mate tu baghu die tahu" buku sekeghap (bu-ku se-ke-ghap) buku lakaran, (berasal dari perkataan Inggeris "scrapbook"). "Saya ade tulih nota tu dalam buku sekeghap saya, Cikgu"
30
buku tige lime (bu-ku ti-ge li-me) buku bersaiz poket biasanya untuk menulis hutang oleh pekedai. "Mamak, tulih dulu dalam buku tige lime tu iye, nanti ade duit aku bayole" bulo (bu-lo) 1. bulur, sangat lapar. "Dah bulo bebeno ghase peghut teman ni, dah beghape aghi tak jumpe nasi" 2. teringin sangat. "Kamu ni bulo sangat ke dengan duit die tu, caghile sendighi" buluh bedil (bu-luh be-dil) buluh peda (bu-luh pe-da) sejenis senapang permainan yang diperbuat dari buluh dan menggunakan peluru putik jambu. "Zaman keme bebudak dulu,
keme main peghang senapang buluh pede, pelughunye paka putik jambu"
bulun (bu-lun) elok dan gebu. "Bulun naiknye koi bahulu yang kamu buat ni iye" bundut (bun-dut) bungkusan kain. "Mike nak kemane mawak bundut kain tu, macam kene halo daghi ghomah aje?" busuk bango (bu-suk ba-ngo) berbau busuk yang sangat kuat. "Dah beghape lame kamu tak mandi, busuk bango bau badan kamu ni aku cium" bute (bu-te) bute bijik mate (bu-te bi-jik ma-te) mata tidak nampak. "Kamu ni bute bijk mate ke, benda itu pun tak nampak"
31
C
caba (ca-ba) cabai, cili. "Beghape ghengit selonggok caba Wak"
mude tu
caba boghong (ca-ba bo-ghong) cili api. "Gula lemak ni memang teman bubuh caba boghong, baghule sedap" caba kamaranhelan (ca-ba ka-ma-ran-he-lan) cili hijau besar, green pepper (berasal dari nama tempat Cameron Highland). "Nak cantik lagi ayam golek ni, hias
kelilingnye dengan caba kamaranhelan"
caba keghen (ca-ba ke-ghen) cili kering. "Emaknye tengah ngilen caba keghen untuk buat samba tumih ikan bilih" caba masak (ca-ba ma-sak) cili merah. "Untuk gula tempoyak, gunekan caba masak yang ditumbuk, tapi jangan lumat sangat" caba mude (ca-ba mu-de) cili hijau. "Kalo dah takde ape-ape ulam, colek caba mude dengan tempoyak tu pun sedap" cabik (ca-bik) cabik ghabik (ca-bik gha-bik) koyak, rabik. "Sian nengok die dah tak ade seluo lain, seluo dah cabik ghabik pun masih dipakanye" caboi (ca-boi) celupar, bercakap lepas. "Jangan caboi sangat mulut tu, ingat kite ni tengah bejalan dalam utan" cabok (ca-bok) 1. kudis besar. "Kudis di kakinye dah beso jadi cabok" 2. buruk. "Die pegi ke sekolah naik basikal cabok ayahnye, nak meli yang baghu ayahnye tak mampu"
32
3. bermaksud jawatan rendah dan tidak penting. "Saya ni keghani cabok aje di pejabat tu" caco (ca-co) 1. keliru. "Dah caco teman yang mane satu ghomah anak mike ni, semue same aje" 2. bacaan yang terganggu, fikiran menjadi tidak menentu. "Nak
mace buku pun caco otak teman teghingatkan masalah kome"
cagu (ca-gu) rosak dan busuk. "Kalo deghoyan dah cagu, nak muat tempoyak pun tak boleh" cakcibo (cak-ci-bo) 1. patung-patung.
"Die ngajak kawannye pegi nangkap cakcibo di tengah bendang" 2. tidak tetap, pantas bergerak. "Kamu ni dah macam cakcibo, tak lalu duduk diam "
cako(ca-ko) cakar. "Tangan kamu kene cako kucen ke" cako balo (cako balo ) calar balar. "Badan kamu cako bako aku tengok, utan banat mane yang kamu ghendah" cakup (ca-kup) masuk terus ke dalam mulut. "Cakup aje sagun tu teghuih masuk mulut, ape payah nak besudu-sudu" calat (ca-lat) salat, sapu. "Dinding sekolah kene calat dengan cat meghah malam tadi" calo (ca-lo) calar. "Abih kene calo muke kamu kaghang, kukunye panjang" calo balo (ca-lo balo) calar-balar. "Calo-balo belakangnye kene cako kucen " can (can)
33
teman wanita, kekasih."Siape can kamu, kenalkanle dengan
aku"
candung (can-dung) pisau, parang kecil. "Kemane mawak candung tu, ape yang nak dikeghat" cangak (ca-ngak) cegat, terpingga-pingga. "Ape yang kamu cangak lagi tu, deghah tolong keme ni" cangak bangak (ca-ngak ba-ngak). terpingga-pingga, tidak tahu nak berbuat apa. “Cangak bangak teman bile sampa ke Kelumpo tu, dah tak tahu nak kemane” cango (ca-ngo) buka luas, lopong. "Mike cango luah sangat pintu ghomah mike tu, ate masukle pencughi" cangok (ca-ngok) diam dan hanya menampakkan kepala sahaja. "Yang kamu
cangok kepale kamu celah tingkap tu ngape, masukle tulong keme ni"
capang (ca-pang) renggang dan terbuka, terbuka jarang. "Kalo nak muat lastik, kayunye janganle yang capang sangat" capoi (ca-poi) celupar, bercakap lepas. "Capoi bebeno mulut kamu ni, sedap aje ngate oghang" capok (ca-pok) 1. celapak, dukung. "Kamu capok emak kamu tu ngape, kamu tu bukannye ghingan lagi" 2. menggunakan barang orang lain tanpa kebenaran. "Basikal
sape kamu capok ni, kaghang maghah tuannye baghu kamu tahu"
cata (ca-ta) sewa khas (berasal dari perkataan Inggeris "charter"). "Keme dah cata sebuah keghete, mohle kite pegi"
34
cayo (ca-yo) 1. cair. "Ape ke ha gula tempoyak yang kamu masak ni,cayo aje ghopenye" 2. lancar percakapan "Cayo anaknye cakap oghang putih, ate deme lahir di Amarika" 3. mudah dipujuk rayu. "Die tu mudah cayo bile dengan budak pompuan" ce (ce) permulaan kata untuk suruhan mencuba, cubalah. "Ce mike cube pandu terai seluo ni, muat ke dengan mike" ce bak (ce bak) bagilah, minta. "Ce bak ke teman, kalo mike dah tak bekenan dengan baju tu " cebak(ce-bak) mengorek lubang di atas tanah. "Cebak tanah tu dalam sikt, baghule anak pisang tu tak tumbang" cebok (ce-bok) bekas untuk menimba air, gayung. "Ce tolong cebuk ayo telage tu, adik kamu nak mandi" cedin (ce-din) 1. kurus kering. "Cedin aje ghope kamu ni, macam tak cukup makan aje" 2. telah cerah dan terang benderang. "Dah cedin pun kamu tak bangun lagi, tak semayang subuh ke" ceghan-ceghin (ce-ghin-ce-ghin) berasa dedar,badan berasa sejuk panas hendak demam. "Badan saye ni ceghan-ceghin aje ghasenye, nak deman" ceghodik (ce-gho-dik) pandai, bijak. "Kamu memang budak yang ceghodik, semue kuiz yang Cikgu bagi kamu dapat jawab" ceghodik buah peliyo (ce-gho-dik bu-ah pe-li-yo) nampak cerdik tapi sebenarnya bodoh. "Kamu ni ceghodik buah peliyo, semue oghang dapat tapi kamu melepah"
35
ceghodik ke putin (ce-gho-dik ke pu-tin) asyik dia sahaja yang beruntung. "Kamu ni memang ceghodik ke putin, nak die aje yang menang" ceghoko (ce-gho-ko) cakar. "Muke kamu ni kene ceghoko ni ngape, sape yang muatnye" ceghomin (ce-gho-min) cermin. "Wah, begaye mike dengan ceghomin mate itam iye" ceghoye (ce-gho-ye) cari, perhati. "Dah puah teman ceghoye di pekan tadi, tapi bayangnye pun tak nampak" cekelat (ce-ke-lat) gula-gula. "Jangan dibagi adik kamu tu ngulum cekelat, nanti tecekik" cekelat angin (ce-ke-lat an-gin) gula-gula berangin. "Teman suke makan cekelat angin hack" cekih (ce-kih) buat apa, apa gunanya. "Ape cekih kamu datang memalam ni, nak caghi sape" cekik (ce-kik) 1. tersekat penafasan. "Ce tengok adik kamu tu, die cekik tulang ke" 2. menindas. "Kamu jangan nak cekik daghah bebudak tu" 3. bahasa kasar untuk makan. "Ape yang kamu cekik sensoghang di dapo ni" ceko (ce-ko) cari, dapatkan. "Mane aku nak ceko duit sebanyak itu, aku bukannye ade nyimpan duit" cekodok (ce-ko-dok) kuih cucur, kuih jemput-jemput. "Pisang yang terlalu masak macam ini elok digoghen buat cekodok" cekoh (ce-koh)
36
mengambil dengan tangan. "Jangan cekoh dengan tangan lauk tu, gunekanle sudu" celen (ce-len) cabar, melawan (berasal dari perkataan Inggeris "challenge"). "Kamu jangan nak celen aku, takde sape yang dapat ngalahkan aku" celuih (ce-luih) 1. celus, melepasi. "Ate, bolehke celuih kepale mike masuk ke dalam lubang tu" 2. berasa lega, mempunyai masa terluang. "Celuih teman ghase sekaghang ni, bile dah selesa koje kahwin deme tu" celum (ce-lum) celup, selam. "Ce celum kepale kamu dalam ayo tu" celum celam (ce-lum ce-lam) membuat dengan ringkas dan cepat. "Celum celam aje teman
masak arini, sebab nak cepat nyudahkan nyait baju ghaye deme tu"
celum tangan (ce-lum ta-ngan) bekas air basuh tangan. "Cantik celum tangan mike ni, mike beli di mane" cême (cê-me) 1. malap. "Lampu keghete mike dah cême sebelah" 2. buta sebelah. "Die tu bukan nampak sangat, matenye dah cême lepah eksiden aghitu" cemeni(ce-me-ni) cermin penutup pelita (berasal dari perkataan Inggeris "chimney". "Pelite cemeni di zaman dulu ade penutup kace atahnye" cempak (cem-pak) adat menepong tawar sambil bersedekah pada pegantin yang sedang bersanding. "Pegile cempak mun sekupang due pade pengantin tu" cempeghe (cem-pe-ghe)
37
1. lari lintang pukang, lari tidak tentu hala. "Cempeghe deme laghi bile dikejo anjin gile tu" 2. berselerak. "Abih cempeghe ghomah dengan baghang pemainan deme" cempian (cem-pi-an) 1. handal, (berasal dari perkataan Inggeris "champion"). "Die ni memang campian dalam sepot tiap-tiap tahun" 2. menang tempat pertama. "Pasukan mane yang cempian dalam petandingan nasyid tahun ini?" cemuih (ce-mu-ih) jemu, meluat, benci "Dah cemuih ghasenye aghi-aghi makan nasi kawah di asrama tu" cenango (ce-na-ngo) sejenis serangga yang merosakkan padi. "Tahun ini padi tak beghape nak menjadi sebab kene seghang cenango" cencoghot (cen-co-ghot) tikus. "Abih waya letrik ni digeghit cencoghot" cendawan sisyo (cen-da-wan si-syo) cendawan sisir, cendawan batang. "Aghini teman ngula lemak cendawan sisyo" cendoi (cen-doi) mengikut kemana sahaja, tidak mahu berenggang. "Kamu cendoi emak kamu daghi belakang tu, nak ke mane" cenga (ce-nga) cengei (ce-ngei) cengih (ce-ngih) bengis, garang. "Cikgu Beso tu cengei oghangnye, cikgu-cikgu lain semue takut dengan die" cenkabok (cen-ka-bok) sejenis bintang halus tetapi lebih besar dari tungau. "Pusat kamu meghah ni kene gigit cengkabok ke" cenkadak (cen-ka-dak)
38
banyak karenah. "Banyak pulak cenkadak kamu ni, macammacam bende pulak yang kamu mintak" cenkalak (cen-ka-lak) tolak tanpa disedari. "Kamu cenkalak adik kamu sampa die jatuh katil tu, ngape" cepo tangan (ce-po tan-gan) bekas atau air basuh tangan. "Ce, ulokan teman cepo tangan tu, teman dah kenyang bebeno" cepuih (ce-puih) berasa lega, bernafas sedikit. "Dah beghase cepuih sikitle teman sekaghang ni" cicih (ci-cih) kemaluan lelaki, alat kelamin lelaki. "Kamu jangan jahat sangat, nanti aku sunat cicih kamu tu" cicit (ci-cit) 1. generasi ke empat. "Teman ni bukan aje dah becucu, tapi dah ade cicit pun lime enam oghang" 2. lari lintang pukang. "Cicit deme laghi kene kejo anjen gile" Cik (Cik) singkatan perkataan Acik. "Cik tu ialah adek kepade emak saye" cike (ci-ke) kedekut. "Cike bebeno kamu ni, mintak sikit pun tak nak bagi" cinte (cin-te) berasa susah hati, berasa berat hati. "Cinte ghasenye teman nak pegi sensoghang, ninggakan mike" ciyo (ci-yo) tilam alas pengantin duduk. "Ciyo ini memang tempat pengantin duduk untuk akad nikah nanti" cobak (co-bak) 1. simbah. "Janganle cobak adik kamu tu dengan ayo, lenjunle kaghang bajunye"
39
2. pancut dengan banyak "Cobak peluh dibuatnye, panah bebeno aghini" codak (co-dak) tegak berdiri. "Codak aje bedighi di situ ngape, pegile jumpe deme" codat (co-dat) lari laju ketakutan. "Codat laghinye bile teman kejo dengan kayu" codik (co-dik) pandai, bijak. "Budak tu memang codik, tiap-tiap tahun dapat nombo satu" cogat (co-gat) tegak berdiri, menegak, terpacak. "Teman nampak die tadi tengah cogat nunggu teksi tepi tembok tu" coghot (co-ghot) paling akhir. "Belajole ghajin-ghajin, idakle dapat nombo coghot lagi dalam kelah tahun ini" cokah (co-kah) didapati, dicari. "Manele teman nak cokah duit sebanyak itu, kome" cokang cokin (co-kang co-kin) hidup terlalu susah. "Cokang cokin idupnye anak beghanak sejak suaminye meningga tahun sudah" cokin (co-kin) 1. kain basahan. "Mintak kain cokin tu, teman nak mandi ke teben" 2. pendek, singkat. "Cokin sangat nampak seluo pendek kamu ni, idakke kamu malu" cokoh (co-koh) berdiam diri, tidak bergerak. "Cokoh aje die matikan dighi dalam gelap tu meghatikan kite" comin (co-min)
40
cermin. "Ce kamu comin muke kamu tu dulu, baghule boleh ngate oghang lain" compang campin (com-pang cam-pin ) koyak rabak, koyak disana sini. "Miskin bebeno hidup deme tu, compang campin aje pakaian deme" congak (co-ngak) mengira dengan hanya berfikir, agak. "Ce mike congak, beghape tambang ke Kelumpo tu kalo kite bedue aje" conit (co-nit) keluar sedikit. "Teman nampak kepalenye conit aje celah daun tingkap tu, ingatkan sape die" Cor (Cor) panggilan untuk kakak sulung, anak perempuan yang sulong dalam keluarga. "Cor tu kakak saye yang sulung" coye (co-ye) cari, perhati. "Ape yang kamu coye dalam gelap tu, dah macam oghang nak mencughi aje" Cu (Cu) 1. panggilan untuk bapa atau emak saudara yang bongsu dalam keluarga. "Cu tu adik emak teman yang bongsu" 2. singkatan perkataan 'cucu'. "Kesian Tok nengok kamu Cu" cuak (cu-ak) 1. simbah. "Basah kuyup baju budak tu kene cuak dengan ayo" 2. takut, "Cuak juge teman nak bejalan sensoghang dalam gelap di kawasan sunyi itu" 3. malu, segan. "Teman ghase cuak nak ngadap Cikgu Beso ni, teman tak beghape biase dengan die" cuco (cu-co) 1. sejenis kuih yang bergoreng seperti cucur udang atau cucur pisang. "Jemputle makan cuco udang ni" 2. cucur, siram. "Ce tolong emak cuco pokok bunge tu" cughi ayam (cu-ghi a-yam) 1. menggelat. "Kamu bile main suke cughi ayam"
41
2. "off-side" dalam permainan bola sepak. "Die udah cughi ayam, mane boleh kighe gol tu" culah (cu-lah) malas. "Jangan culah sangat nak muat koje tu, ce rajin sikit" cupoi (cu-poi) pendek. "Tali ini cupoi sangat, tak sampa nak diikat di ujung tu" cus-cus (cus-cus) tiba-tiba. "Tekejut keme, cus-cus aje die muncul di depan pintu"
42
D
daba (da-ba) beg duit, (berasal dari perkataan Inggeris "double purse"). "Daba aje cantik, tapi duit tak mandang seduit pun dalamnye" daghang (da-ghang) keadaan koyak serta berlubang-lubang. "Daghang baju singelet kamu ni dah macam ghoti jale" daghat (da-ghat) bahagian kawasan yang jauh dari sungai. "Ghomahnye jauh ke daghat, jadi susahle sikit die nak mandi ke sunga ni" daja (da-ja sengaja mengena atau mengusik oranglain. "Janganle kamu daja die, sianle die tu anak yatim" dalam (da-lam) paras air sungai yang tinggi. "Ayo sunga dah dalam, agaknye ujan lebat di julu tu" damo (da-mo) sejenis plastik yang keras. "Keghete pemainannye dibuat daghi damo, mudahle tebeghanca bile diempahnye" dan (dan) sempat. "Dan ke kite sampa ni, teman ghase dah lewat sangat ni" dan dan (dan dan) tiba-tiba. "Dan-dan pulak mike nak baliknye, tunggule abih majlih ni kejap lagi" dango (da-ngo) pondok. "Musim deghoyan ni, memalam die tido di dango deghoyannye di daghat tu" daun kelonsong (da-un ke-lon-song)
43
daun pisang yang telah mati dan kering. "Ayahnye tengah muang daun kelonsong yang dah keghin di kebun pisangnye" dêbab (dê-bab) tembam. "Dêbab bebeno muke budak pompuan ni, ghase nak aku cubit-cubit pipinye" debik (de-bik) 1. tidak berhenti bercakap. "Tak abih lagi debik deme bedue dalam bilik ni, kome ngata aku iye" 2. keadaan muka hendak mula menangis. "Bile kene maghah sikit, molele debik muke tu" debo (de-bo) 1. debar. "Kuat debo dadanye, takut sangatle die tu kan kamu" 2. percik. "Mukenye basah kene debo ayo sunga tu meghocik" dedo (de-do) dedar, panas badan hendak demam"Badan saye dedo Cikgu, ghase sejuk panah nak deman" dedokoh (de-do-koh) 1. sejenis kuih diperbuat dari tepung pulut yang dibungkus daun pisang. "Daun pisang ni emak nak muat koi dedokoh" 2. kalung atau pin baju yang besar. "Besonye dedokoh yang kamu dipaka ni" deghah (de-ghah) deras, cepat, lekas. "Deghah sikit kome bejalan tu, kite dah lambat ni" deghite (de-ghi-te) derita. "Dah lame die nanggung deghite sensoghang, suaminye
dah lime tahun meningga dunie"
deghoyan (de-gho-yan) durian. "Sekaghang ni musim buah deghoyan, idak ke kamu nak balik kampung" deghuih (de-ghu-ih) suka menyakat. "Memang deghuih bebeno kamu ni, sampa teghoyak budak tu kamu sakat"
44
deko (de-ko) bertuah dan selalu menang dalam permainan. "Tangannye tu deko, sebab itu die menang aje" delemo (de-le-mo) alat yang mengeluarkan elektrik pada basikal (berasal dari perkataan Inggeris "dynamo"). "Mane lampu basikanye nak nyale, delemo pun tak mandang" deman pelentong (de-man pe-len-tong) deman campak. "Die tak boleh datang ke sekolah lime enam paghi ni, sebab die kene deman pelentong" dême (dê-me) mereka. "Dême semue tu dah makan ke belum" deresa (de-re-sa) Pembantu Hospital, (berasal dari perkataan Inggeris "dresser"). "Ayahnye dulu jadi deresa di Klinik Paghit tu" dian (di-an) lilin. "Beghape batang dian yang kamu pasang pade kek haghi jadinye" diang (di-ang) duduk atau meletakkan dekat dengan api untuk memanaskan atau melayukan. "Diang aje badan tu pade unggun api kalo ghase sejuk sangat" die sesaje (die se-sa-je) banyak terdapat di serata tempat, mudah didapati. "Ape pulak
susah sangat nak dapat, die sesaje di tepi batah bendang daghat tu"
diPoh (di-Poh) di Ipoh. "Anak teman dapat koje hotel diPoh" dogan (do-gan) besar dan tegap. "Dah beso dogan budak ini, mase teman jumpe die dulu, kecik aje badannye" dogoi (do-goi)
45
dogol, botak, gondol. "Kalo saye pah peghekse tahun ini, saya benazo nak dogoi kepale saye" dokoh (do-koh) 1. sejenis kuih diperbuat dari tepung pulut yang dibungkus daun pisang. "Panda mike muat koi dokoh, sedap bebeno" 2. kalung atau pin baju yang besar. "Pin baju tu dengan dokoh ini, baghule cantik" dotdat (dot-dat) kebingungan, seperti tak tahu nak berfikir. "Kamu ni dotdat betoile, bende yang senang pun kamu tak boleh nak pikio" doyan (do-yan) durian. "Sekaghang ni musim buah doyan, idak ke kamu nak balik kampung" due kupang (due ku-pang) dua puluh sen. "Nak masuk ke bilik ayo kat pekan tu pun kene bayo due kupang" due kupang lime duit (due ku-pang li-me du-it) dua puluh lima sen. "Pengkeghahnye due kupang lime duit aje, tak maha" duit (du-it) wang, sen. "Beghape duit ghege ghoti ni, Yong" duit not (du-it not) wang kertas. "Teman tak mandang duit kecik, yang ade semue duit not lime puluh aje ni hah"
46
E
egek(e-gek) solek, dandan, hias. "Elok beno egek muke kamu ni, nak kemane" eghap (e-ghap) seiras. "Muke kamu ni ade eghap dengan arwah ayah kamu" ek (ek) berlagak, ranggi, sombong (berasal dari perkataan Inggeris "act"). "Kamu jangan nak ek sangat masuk kampung oghang ni" eksiden (ek-si-den) kemalangan (berasal dari perkataan Inggeris "accident") "Teghuk juge teman tengok eksiden di simpang tige tu tadi" eko (e-ko) 1. ekor. "Panjang eko kucen tu, iye" 2. mengikut dari belakang. "Ape yang kamu eko emak kamu kemane pegi" 3. sejenis permainan yang menggunakan nombor. "Ngapele kamu suke sangat main eko tu, tak mahunye kaye" eksyen (ek-syen) berlagak, ranggi (berasal dari perkataan Inggeris "action") "Eksyen kamu iye, mentang-mentang ade keghete baghu" elah daye (e-lah da-ye) terpaksa dilaksanakan juga. ”Elah daye jugele teman ngabihkan koje tu, ate esok kite dah nak becuti" elo (e-lo) hilir. "Ghomahnye di sebelah elo sunga tu" empah (em-pah) hempas. "Janganle kamu empah pemainan kamu tu, abihle tebeghanca" empah pegheh (em-pah pe-gheh)
47
empah pulah (em-pah pu-lah) hempas pulas, bersusah payah. "Empah pegheh mencaghi ghezeki siang malam, ate kayenye idak juge" empasang (em-pa-sang) sejenis penyakit angin yang menyebabkan buah zakar termasuk ke dalam. "Budak ini kene empasang, tu yang teghoyak aje tu" empok (em-pok) 1. lembut. "Elok empok ubi ghebuih ni, ubi baghu betanam ke" 2. hempok, pukul dari atas. "Aku empok kepale kamu dengan buku ni kaghang baghu tahu" empone (em-po-ne) selesa, nyaman, sedap, puas. "Empone ghasenye bile kene tiup angin di tepi tebin ni" empuan (em-pu-an) isteri. "Empuan teman tak dapat datang same sebab nunggu bebudak tu di ghomah" empolo (em-pu-lo) 1. bahagian tengah pokok yang lembut. "Empolo yang ditengah-tengah batang pisang ni boleh dibuat sayo" 2. kertas keras yang dijadi acuan jahitan tekad. "Kotah kadbod ni aku nak muat empolo jahit tekad aku" engkit engkap (eng-kit eng-kap) keadaan yang sangat payah. "Idupnye dah engkit engkap aje ghopenye sejak suaminye dah tak ade ni" engkoh angko (eng-koh ang-ko) bertungkus lumus, bersungguh-sungguh, bersusah payah. "Engkoh angko bapaknye bekoje siang malam mencaghi rezeki" enjang enjut (en-jang en-jut) enjat enjut (en-jat en-jut) berjalan di atas hujung jari kaki dengan mengangkat tumit. "Enjat enjut aje die bejalan, takutkan anak keciknye tejage daghi tido" enjut (en-jut)
48
1. menggerakkan secara turun naik. "Ce, tolong enjut buaian adik kamu tu, tapi jangan laju sangat" 2. lari pantas, pecut. "Jangan enjut moto tu laju-laju dalam kawasan kampung ni" ennyak (en-nyak) menghenyak, melanyak, menekan. "Janganle kamu ennyak kepale adik kamu tu kuat sangat"
49
G
gaduh (ga-duh) 1. kelahi. "Ngapele kome ni suke sangat nak cari gaduh dengan die" 2. risau, bimbang. "Janganle mike gaduh sangat, tahule deme nyage dighi deme di tempat oghang tu" gagah (ga-gah) 1. kuat. "Die tu memang gagah oghangnye, sensoghang die aje ngangkat batang kayu tu" 2. kuatkan semangat. "Kalo ikutkan teman ni dah tak beghape
sihat, tapi teman gagah jugele muat koje-koje bendang tu sampa selesa"
gago (ga-go) 1. mengambil sesuatu dengan tangan secara menyeluk dan meraba-raba. "Ce gago dalam tempayan tu, kot cincin kamu tejatuh ke dalamnye" 2. cari, dapatkan. "Manele nak aku gago duit sebanyak itu" gain (ga-in) tidak lurus, bengkok. "Rim basikanye dah gain, tu yang gelung aje tayanye" gamak (ga-mak) agak. "Gamak mike, beghape ghege keghete baghu Cikgu tu, adeke lime puluh ghibu?" gamak agak (ga-mak a-gak) gamak aka (ga-mak a-ka) agak-agak, telahan, tekaan. "Gamak aka temanle, die lambat ni mungkin keghetenye ghosak di tengah jalan" ganjut (ga-nyut) sudah terlalu tua, kulit yang kendur. "Dah ganyut beno ghope Onyang tu iye, beghape umonye" gata (ga-ta) 1. gatal. "Abih gata seloghoh badannye kene gigit nyamuk"
50
2. bersifat miang. "Kamu dah gata sangat nak belaki ke, sekolah pun tak abih lagi" gayat (ga-yat) 1. takut pada ketinggian. "Tinggi sangat opih mike ni, gayat teman nak naiknye" 2. perasaan yang merisaukan atau mengerikan. "Gayat nengok caghe mike mawak moto, laju bebeno" gebang (ge-bang) terurai dan kusut (rambut). ''Besonye gebang ghambutnye baghu lepah bekaghan" gêbang (gê-bang) berbual, berborak, bersembang, berbual kosong. "Entah apele gêbang deme bawah pokok tu" gebo (ge-bo) selimut, gebar. "Nak tido nanti pakale gebo yang teba sikit, lepah ujan lebat ni memang sejuk" gêboh (gê-boh) besar dan labuh. "Kamu paka seluo abang kamu ke, beso gêboh aje aku tengok sampa nyapu lanta" geduak (ge-du-ak) buah kerdas. "Buah geduak ni kalo dibuat ulam dengan sambal tempoyak memang sedap, Yong" gedudup (ge-du-dup) bunyi yang bergegar. "Gedudup bunyi atah ghomah tu deme ngejo mike datang" gedup (ge-dup) tutup lingkup. "Gedup aje pintu keda ni, tak beniage ke aghini" gegak (ge-gak) 1. luruh dengan banyak. "Buah deghoyan tengah gegak loghohnye, ate kome balikle ke kampung" 2. bunyi riuh. "Gegak bunyi atah ghomah tu, ate ape lagi deme tengah begomoi adik beghadikle tu"
51
gegelap (ge-ge-lap) gelap gelita. "Beghani ke mike balik sensoghang dalam gegelap ni, jalan tu sunyi sikit memalam ni" geghit (ge-ghit) gigit sedikit demi sedikit. "Geghit sikit-sikit, lame-lame putuihle die" geghobah (ge-gho-bah) kibas. "Ce geghobah sikit kain tu, dah beghabok lame tak bepaka" geghobang (ge-gho-bang) 1. terurai dan kusut (rambut). ''Geghobang ghambutnye dah macam antu aku tengok" 2. pintu untuk masuk ke sesuatu kawasan."Pintu geghobang di
tengah jalan masuk tu dibuat masa nyambut Sotan datang dulu""
geghodak (ge-gho-dak) dipaksa, dikerah. "Satu kampung kene geghodak Tok Pengulu untuk nyambut Sotan datang " geghodi (ge-gho-di) cuba membaiki tapi akhirnya boleh menjadi lebih teruk. "Ape yang mike geghodi radio boghok tu, macam tikuih maik labu" geghotak (ge-gho-tak) jambatan. "Ghomahnye atah sikit daghi geghotak Bote tu" geghotok (ge-gho-tok) mengoncang, mengocak, mengetuk. "Bile teman geghotok tabung duit teman, dah tak mandang beghisi" gelebeh (ge-le-beh) panjang dan lebih di bawah. "Kain kamu ni gelebeh sampa nyapu taik ayam bile bejalan" gelego (ge-le-go) kayu yang mengalas lantai. "Ade candung tu aku selit atah gelego bawah ghomah tu"
52
gelek (ge-lek) 1. dilanyak, dilanggar. "Abih kene gelek anak ayam aku dengan moto kome" 2. menggerakkan punggung ke kiri dan kanan. "Kuat beno gelek ponggong mike bejalan tu nak kemane" gelêmbong (ge-lêm-bong) cakap besar,memperbesarkan sesuatu perkara. "Jangan kamu nak gelêmbong, kamu ingat aku ni tak peghonah pegi ke" gelembung (ge-lem-bung) menjadi kembung kerana berisi udara dan lain-lain. "Gelembung peghut kamu ni dah macam belon" gelenjan (ge-len-jan) tidak tentu hala. "Gelenjan bebeno ghope kamu ni bile nengok budak jantan tu" gelenje (ge-len-je) gelênyo (ge-lê-nyo) miang, gatal. "Baghu aje abih sekolah, dah gelênyo nak kahwin" geligate (ge-li-ga-te) sejenis hama yang halus. "Abih meghah dan gata-gata selughuh badannye kene geligate" geli geleman (ge-li ge-le-man) geli, meluat, menjijikkan. "Geli geleman teman nengok peghanga deme tu, tak senonoh langsung" gelen (ge-len) kerapkali, acapkali, selalu, sentiasa. "Dah gelin sangat opahnye
pegi ke Kelompo tu nengok cucunye"
gelinte (ge-lin-te) 1. selalu sangat, kerap. "Dah gelinte sangat die pegi mancing ikan waktu malam di pulo tu" 2. gentil. "Kalo tak gelinte bucu bantal busuknye, tak boleh tido" 3. mengelecik dalam permainan bola sepak. "Jangan gelinte lagi bola tu, sepak aje ke gol" gelocoh (ge-lo-coh)
53
gelojoh. "Jangan gelocoh sangat makan tu, tecekik kaghang" geloceh (ge-lo-ceh) gelincir. "Jangan beghambat atah simen tu, geloceh jatuh
kaghang"
gêlong (gê-long) tidak lurus disebabkan bengkok. "Gêlong roda basika teman telanggo lubang di tengah jalan tu" gelugo (ge-lu-go) gelugor. "Ce mintak sikit asam gelugo mike ni, teman nak muat laksa" geluk (ge-luk) labu bekas air, gelas yang besar, takar. "Dahage sangat agaknye, entah beghape geluk ayo diminumnye" gelusa (ge-lu-sa) 1. terasa gatal-gatal. "Ngape kamu gelusa aje aku tengok, kene gigit pijat ke" 2. gelisah. "Kamu ni gelusa aje aku tenguk, ngape, apa yang kamu ghisokan" gemoyab (ge-mo-yap) riuh rendah seolah-olah bergoyang. "Deme main beghambat atah ghomah, tu yang begemoyab bunyi macam nak ghontoh" gempa (gem-pa) badan yang berisi, gemuk. "Anaknye ade due oghang, soghang kughuih dan soghang lagi gempa sikit" gempe (gem-pe) gempa. "Gempe bunyinye bile moto beso deme lalu depan ghomah teman ni" gempo (gem-po) 1. gempar, heboh. "Dah gempo dah satu kampung ceghite pasa die kene tangkap polih semalam" 2. serang dengan mengejut. "Ce, kamu gempo deme tengah ngambik ghambutan tu, bio deme takut"
54
genin (ge-nin) terlalu hampir dengan tepi sesuatu seperti meja atau jalan dan hampir terjatuh. "Genin sangat kamu letak gelah atah meje tu, ce letak ketengah sikit" genjo (gen-jo) longgar, kendur. "Tali pinggang kamu dah genjo sangat, ce beli yang baru" genyeh (ge-nyeh) tenyeh. "Jangan genyeh biji mate kamu tu kuat sangat, nanti bengkak pulak" genyi (ge-nyi) jijik. "Genyi teman nak makan nasik lemak di geghai tu, deme bejua tepi longkang beso" genyo (ge-nyo) kendur. "Dah genyo ghope pipinya, padeha umonye takle tue sangat" genyut (ge-nyut) henyut, herot. "Genyut bibiyonye kene tumbuk" geslen (ges-len) lampu pam minyak tanah. "Zaman tak mandang letrik dulu, masjid tu pakai lampu geslen aje" getah buku (ge-tah bu-ku) susu getah yang telah beku dan tidak diproses. "Abih getah buku tu dicughi bebudak dadah kalo kite lambat ambik" getah kepin (ge-tah ke-pin) getah keping. "Zaman sekaghang ni mane ade oghang muat getah keping lagi dah, mesin getah pun dah tak mandang" getah sekeghap (ge-tah se-ke-ghap) susu getah yang telah beku dan tidak diproses (berasal dari perkataan "scrap"). "Teman bejua getah sekeghap aje, malah nak ngutip susunye lepah nogheh tu" getak (ge-tak)
55
jatuh, cicir, luruh. "Entah dimanele getak duit aku ni, tak aku sedo poket seluo aku ni koyak" getik (ge-tik) meluat, benci. "Getik aku nengok kamu bebedak, dah macam oghang betine" ghabak (gha-bak) 1. koyak yang
panjang atau yang lebar. "Seluonye ghabak bile melangkah pago tu tadi" 2. teruk, parah."Ghabak teman bulan ni, semue deme nak baju baghu bile bukak sekolah ni"
ghaban teben (gha-ban te-ben) tidak tentu hala, dalam keadaan yang benar-benar teruk. "Mule-
mule beghenti tu ghaban teben juge teman dibuatnye, ate dah beghape puluh tahun teman meghokok"
ghabik (gha-bik) terkoyak, rabit. "Nyaghih tak ghabit telinge tu kene gigit adiknye" ghabuih (gha-buih) sentap, rampas. "Kesian makcik tu kene ghabuih beg tangannye kat pasa malam tu semalam" ghadak (gha-dak) 1. tikam, rodok. "Jangan kamu ghadak peghutnye dengan buluh itu, udahle" 2. makan dengan lahap, makan semuanya. "Dah abih semue teman ghadak nasi dalam peghoyok tu" 3. langgar. "Abih pingan mangkuk di kaki lime keda Cine tu kene ghadak dik motonye" ghaib (gha-ib) hilang begitu sahaja. "Entah kemane le ghaib bebudak ini, aku nak nyughoh ke keda pun tak boleh" ghalat (gha-lat) ralat, terkilan. "Teman ghase ghalat magi die duit, abih duitnye tu ditipu dek kenkawannye" ghalit (gha-lit)
56
1. asyik, terpegun. "Ghalit bebeno mike ngadap kompute tu, teman manggil pun tak kedengo iye" 2. biasanya, selalunya. "Bile aghi minggu begini ghalit, die datang ke ghomah teman ni" ghambat (gham-bat) lari, kejar. "Ape yang kamu ghambat ke sane kemaghi tu, nak mencaghi ape" ghambu (gham-bu) 1. benang yang berjurai ditepi pakaian atau sebagainya. "Cantik kelambu pengantin kamu ni, ade ghambu benang emah kelilinnye" 2. tidak senonoh. "Ghambu peghanga kamu ni, ce elok sikit kelaku tu" ghambutan (gham-bu-tan) rambutan."Ayahnye tengah ngait buah ghambutan, mintak le sikit" ghanduk (ghan-duk) mengharong air. "Janganle kamu ghanduk ayo tu, abih le basah kasut sekolah kamu" ghangah (ghan-gah) menggugurkan semua. "Ghangah aje semue buah ghambutan tu, tak ade takut lagi kene cughi" ghanjang (ghan-jang) bakul besar untuk mengisi barang diperbuat dari bilah buluh atau rotan. "Satu ghanjang beso buah deghoyan dibaginye teman" ghapit (gha-pit) akrab, erat, karib, berkawan baik. "Deme tu bekawan ghapit, kemane aje pegi mesti bedue" ghapu (gha-pu) 1. cakap yang bukan-bukan. "Ape yang kamu cakapkan ni ghapu aje aku tak pahamle" 2. ambil kesemua. "Janganle kamu ghapu semuenye, tinggale sikit untuk adik kamu tu"
57
ghaup (gha-up) mengambil semua dengan merapatkan kedua belah tangan. "Ghaup beghah yang tumpah tu ke dalam bekahnye balik" ghato ghete (gha-to ghe-te) menderita, menanggung kesengsaraan. "Ghato ghete aje die nahan sakitnye dah beghape aghi dah" ghawe (gha-we) ambil dengan menyapu dahulu. "Ghawe nasi atah meje tu, nanti emak ambik bagi ayam makan" ghayo (gha-yo) rayau. "Teman dah ghayo abih meghate pekan tu, tapi tak jumpe" ghebak (ghe-bak) runtuh. "Ade tanah ghebak atah jalan tepi bukit tu, tu yang keme lambat ni" ghêbas (ghê-bas) renyai-renyai. "Pagi tadi ujan toghon ghêbas aje, tu yang tak beghape basah jalan ni" gheco (ghe-co) jatuh bertaburan. "Di manele gheco duit aku ni, tak aku sedo" ghêdah(ghê-dah) redah. "Teman bukan tahu sangat jalan-jalan kat Kuale Lumpo tu, kalo pegi pun teman ghedah aje" ghedang (ghe-dang) luas, besar, lapang. "Beso ghedang ghomahnye, ruang tamunye aje buleh main badminten" ghedap (ghe-dap) besar. "Sekaghang ghomahnye dah beso ghedap, banding dengan dulu kecik aje tepi bendang tu " ghedat (ghe-dat) menjadi rapat kerana ditindih. "Abih ghedat ghomput laman teman ni kene lenyek taya keghetenye"
58
gheghaye (ghe-gha-ye) hari raya. "Gheghaye Aji bulan depan ni kamu balik ke kampungke" ghegih (ghe-gih) lidi. "Ce mintak ghegih nyio tu teman nak muat congkil gigi" ghejang (ghe jang) lontar sesuatu yang panjang. "Aku ghejang kamu dengan buluh ni baghu kamu tahu" ghejang ikan (ghe-jang i-kan) mengikut resmi ikan yang selalu kene siang. "Kamu ni ghejang ikan agaknye iye, asyik kene titik aje dengan abang kamu" ghejang kude (ghe-jang ku-de) mengikut resmi kuda kuat berlari dan melompat. "Kamu ni
ghejang kude agaknye, asyik beghambat dan melompat aje tak peghonah nak duduk diam"
ghekah (ghe-kah) rekah, buka. "Deghoyan tu dah ghekah daghi atah pokok lagi" ghembah (ghem-bah) rembas. "Bile Tok Pawang tu ghembah aje badannye dengan daun-daun kayu tu, teghuih aje die sedo" ghembang (ghem-bang) tengah hari, waktu matahari tegak di atas kepala. "Usahle
bejalan tengah ghembang ni, nanti demam"
ghembat (ghem-bat) 1. zaman, era. "Ghembat keme memude dulu, memang keme gilele dengan vespa ni" 2. kawan seangkatan. "Bapak kamu tu ghembat Pakcik le dalam aska Melayu dulu" ghemeniye (ghe-me-niye) buah kundang. "Teman beli buah ghemeniye ni tadi kat pasar Senin, elok manihnye" ghemih (ghe-mih)
59
sejenis hidupan air tawar seperti kepah yang hidup dalam pasir sungai. "Moh kite mencaghi ghemih di pasyo tu kome, boleh kite muat ghendang pedah" ghempang (ghem-pang) capik. "Jalannye dah ghempang sikit sejak eksiden moto aghi tu" ghempong (ghem-pong) mengangkat seluruh badan untuk mendukung. "Ayahnye dah tak boleh bejalan, kene ghempong kalo nak pegi ke bilik ayo " ghêmuih (ghê-muih) remus, jambul. "Tinggi ghêmuih ghambut kamu, pesen oghang dulu-dulu yang kamu ikut iye" ghencah (ghen-cah) 1. ramuan. "Ape ke ghencah sayo mike ni, sedap beno teman ghase" 2. renyah, kerja yang remeh tapi penuh teliti. "Ghencah nak muatnye, bukan bulih siap masak dalam sejam due" ghencik (ghen-cik) rencik, potong kecil-kecil. "Ghencik haluih-haluih sikit buah tu, senang nak makannye" ghencut (ghen-cut) capik, tempang. "Kakinye tu ghencut sikit, tule sebabnye die bejalan ngegoh aje ghopenye" ghendek (ghen-dek) pendek, rendah. "Budak tu nampak aje badannye ghendek, tapi umo dah tue" gheneh (ghe-neh) rupa. "Apele gheneh muke kamu bile mekap macam itu, dah macam boghong antu aje aku tengok" ghengah (ghen-gah) menggugurkan semua. "Ghengah aje semue buah ghambutan tu, tak ade takut lagi kene cughi" ghengkat(gheng-kat)
60
ghengkut(gheng-kut) capik, tempang. "Ghengkat kaki ayam tu mike pengga dengan kayu, sian nengoknye" ghengkeh(gheng-keh) terlalu kurus, kurus kering. "Ghengkeh bebeno nampak badan kamu ini, kamu sakitke selame ini" ghengu (ghe-ngu) berasa sedih kerana rindu. "Ghengu beno teman ghase bile ngenangkan die yang dah tak ade" ghenik (ghe-nik) sangat kecil. "Badannye ghenik aje tak mahu beso-beso, tu sebab oghang gelo die Awang Kenit" ghenin (ghe-nin) tegang dan berkilat. "Dah ghenin sangat bisul kamu ni, tak lame lagi pecahle nanahnye" ghenjih (ghenjih) renjis. "Ce ghenjih dengan ayo di mukenye, bio die tejage" ghenkat (ghen-kat) kaki yang pendek sebelah. "Kakinye yang belah kanan tu ghenkat sikit, tu yang jalannye senget aje" ghenkoh(ghen-koh) melentur menjadi dekat. "Dahan langsat tu kene ghenkoh dulu, baghule senang nak ngambik buahnye" ghenyah (ghe-nyah) ghenyeh (ghe-nyeh) remeh, leceh. "Bukan senang nak muat rendang tok ni, ghenyah kojenye" ghêsak (ghê-sak) lesak, tidak bolah duduk diam. "Memang ghêsak budak ini, langsung tak mahu duduk diam mun sekejap pun" ghetak (ghe-tak) retak. "Gelah tu dah ghetak, janganle dipaka lagi"
61
ghete (ghe-te) harta. "Die tu oghang banyak ghete, tanah bendang kebun getah semue ade" ghete mak bapak (ghe-te mak ba-pak) harta ibu bapa. "Kome ingat ini ghete mak bapak komeke, nak kome sapu semuenye" ghete pusake (ghe-te pu-sa-ke) 1. harta pusaka. "Ayah kamu adeke ninggakan kamu ghete pusake" 2. ingin menjadikan hak orang sebagai harta sendiri. "Kamu nak muat ghete pesake dengan basika akuke" gheti (ghe-ti) 1. erti, maksud, makna. "Gheti sebeno pekataan tu payah juge kite nak paham" 2. tahu. "Kamu gheti ke muat bende tu, dimane kamu belajonye" ghêto (ghê-to) 1. puas mencari sesuatu di serata tempat. "Dah ghêto teman
mencaghinye di meghate pekan Paghit tadi, langsung tak jumpe" 2. merunggut. "Gheto molotnye maghahkan bebudak tu ngilangkan bukunye"
ghigap (ghi-gap) cekap, cepat, pantas. "Memang ghigap emaknye memasak, macam-macam jenih lauk dijamunye keme" ghijit (ghi-jit) 1. api yang kecil dan malap. "Dah ghijit api pelite tu kene tiup angin" 2. mata yang hampir tertutup. "Dah ngantuk sangatle die tu, dah ghijit aje biji matenye" ghipa (ghi-pa) kongsi, menyumbang wang atau barangan sedikit seorang. "Deme ghipa sikit soghang adik beghadik, tu yang teman mampu pegi ke Mekah tahun ini tu" ghih (ghih)
62
lumba (berasal dari perkataan Inggeris "race"). "Tiap-tiap malam
Mat Rempit belawan ghih moto atah jalan beso tu"
ghodok (gho-dok) menikam. "Tebogha isi peghut kamben tu kene ghodok dengan buluh" ghokah (gho-kah) rekah, buka. "Deghoyan yang dah ghokah tu dah tak sedap" ghokghait (ghok-gha-it) leka, perlahan melakukan sesuatu kerja. "Ghokghait ngojekan bende ini, sedo-sedo dah tengah aghi" ghoman (gho-man) bentuk muka, rupa. "Ghoman muke kamu ini ade eghap-eghap muke Arwah P. Ramlee iye" ghombang (ghom-bang) gelombang, alun. "Die tak tahan kene ghombang ayo laut" ghomen (gho-men) berasmara (berasal dari perkataan "romance"). "Yang kamu ghomen budak pompuan tu, ngape" ghompang (ghom-pong) 1. rongak. "Giginye ghompang sebab tetumuih atah jalan ghaye mase die eksiden moto aghitu" 2. koyak rabak. "Abih ghompang kain teman tekoyak kene paku di lanta tu" ghonah (gho-nah) punah. "Ghonah dah radio ni dibuatnye, macam tikuih maik labu" ghone (gho-ne) warna. "Aghi ni die paka baju ghone ijo pucuk pisang" ghone biji ghemeniye (gho-ne bi-ji ghe-me-niye) warna biji kundang, warna ungu. "Cikgu ni suke sangat maka baju ghone biji ghemeniye" ghongah (ghon-gah)
63
menggugurkan semua. "Ghongah aje semue buah ghambutan tu, tak ade takut lagi kene cughi" ghongang (ghon-gang) tidak penuh. "Banyak lagi ghongang dalam tin ni, ate isile lagi bio penuh bebeno" ghongeh (ghon-geh) makan dengan cara mengigit. "Kamu ghongeh ajele dengan gigi mepelam tu kao dah tak mandang bepiso" ghongok(ghon-gok) longgok. "Ghongok aje buah nyio tu di tepi jalan, nanti adele deme datang melinye" ghonjang runjang, jolok. "Ghonjang aje buah ghambutan tu dengan galah, tak payahle nak susah-susah manjat pokoknye" ghonot (gho-not) ceruk, tempat, kawasan. "Entah daghi ceruk ghonot mane
datangnye, teman pun tak tahu, tibe-tibe aje dia ade tecegat depan pintu"
ghontoh (ghon-toh) runtuh. "Jangan beghambat, ghontoh ghomah kite kaghang" ghontun (ghon-tun) runtun. "Ghonton ati teman dibuatnye bile die kate begitu, tak sedo keluo ayo mate" ghoti (gho-ti) roti, biskut. "Bile memalam teman makan ghoti aje" ghoti bengali (gho-ti ben-ga-li) roti buku. "Kuah deghoyan cicah dengan ghoti bengali memang sedap kome" ghoti keghen (gho-ti ke-ghen) biskut, biskut kering. "Jemputle makan, yang ade ghoti keghing aje di ghomah makcik ni"
64
ghoti paon (gho-ti pa-on) roti buku. "Pepagi die suke makan ghoti paon sapu planta aje" ghoyah (gho-yah) goyang, tidak tetap. "Baik-baik sikit kome naik tangge tu, dah ghoyah aje ghopenye" ghugi (ghu-gi) rugi. "Ghugi teman, kalo begini aghi-aghi" ghuji (ghu-ji) nasi. "Sebiji ghuji pun tak masuk ke mulut teman aghi ni, tu yang ghase megigil lapo sangat tu" ghumba (ghum-ba) rumbai-rumbai. "Banyaknye ghumba baju penganti kamu ni" ghumbu (ghum-bu) tidak senonoh. "Jangan kamu nak ghumbu dengan aku, cakap yang bukan-bukan" ghungut ghangat (ghu-ngut gha-ngat) merungut tanpa henti. "Selagi kamu tak nak magi die duit, selagi itule tak abih die ghungut ghangat" ghutu ghite (ghu-tu ghi-te) menderita, menanggung kesengsaraan. "Ghutu ghite aje die
nahan sakitnye dah beghape aghi, soghoh pegi ke sepital, tak disiyonye langsung"
ghuyu (ghu-yu) kuyu, kelopak mata yang hampir pejam. "Dah ghuyu bijik matenye, ngantuk sangatle tu" ghuyub (ghu-yub) senyap. "Ghuyup aje bunyi atah ghomah ni, kemane peginye tuan ghomah ni" gilio (gi-lio) gilo (gi-lo) gilir. "Malam ini gilo teman pulak nyage emak teman di sepital tu"
65
gini aghi (gi-ni a-ghi) 1. ketika ini, zaman ini. "Gini aghi, mane ade budak nak main gasing lagi dah, baikle deme ngadap komputer" 2. waktu yang dah lewat. "Dah gini aghi die tak balik-balik lagi, sikit lagi aghi dah nak gelap" gintei (gin-tei) hampir di hujung meja atau almari hingga hampir nak jatuh. "Baik-baik sikit, jangan letak gelah tu gintei sangat tepi meja tu" gobah (go-bah) gubah. "Ce mike tolong gobah bunge atah pelamin tu" gobang (go-bang) 1. gerbang, terurai. "Gobang ghambutnye macam hantu" 2. besar, pintu gerbang. "Mike masuk ikut jalan yang ade pintu gobang tu, ha sampale mike ke dewan tu" gobah (go-bah) 1. kibas. "Ce pegi gobah gebo tu di luo, idakle behabuk dalam bilik ni" 2. bingkas bangun. "Tetibe gobah aje die bangun bile nampak mike datang" gobek (go-bek) sejenis alat untuk menghancurkan sirih dan pinang. "Mane pulak peginye gobek aku ni, aku nak makan segheh pun tak dapat" gocoh (go-coh) gopoh. "Janganle gocoh sangat, bawak besabo bebanyak" godam (go-dam) pukul, hentam, memusnah. "Teruk kepale budah itu kene godam oleh kenkawannye dengan kayu" godak (go-dak) dipaksa, dikerah. "Abih semue oghang kene godak bile dah lambat siap " godek (go-dek) usik, baiki, melakukan sesuatu. "Ce mike godek sikit injin keghete teman ni kot mike tahu maiknye"
66
goghih (go-ghih) gores, calar. "Muke kamu kene goghih ni ngape, ape muatnye?i" goghih api (go-ghih api) mancis api, penggores api. "Kamu ade goghih api ke, minjam kejap aku nak nyalekan api dapo ni" gohed (go-hed) mulakan (berasal dari perkataan Inggeris "go ahead"). "Ate, mike gohed dulu, teman ikut mike daghi belakang" gol (gol) 1. jaringan bola (berasal dari perkataan Inggeris "goal"). "Sape yang nyepak gol tu tadi" 2. bahasa kasar untuk mati. "Bawakle moto laju-laju, kalo eksiden teghuih gol" golek gelentang (go-lek ge-len-tang) golek ngelantang (go-lek nge-lan-tang) baring-baring secara berselerak. "Bile deme semue balik, ate golek gelentang ajele deme tido di anjung tu" goli (go-li) Penjaga Gol (berasal dari perkataan Inggeris "goalie"). "Siape die yang jadi goli tu, langsung tak cekap nangkap bola" golok (go-lok) sejenis pisau yang diselit pada pinggang. "Ce pinjam golok mike tu kejap, teman nak ngeghat tali ni" gomap (go-map) bergaduh secara bergumpal. "Asyik kene gomap ajele kamu, pantang kome bejumpe" gombong (gom-bong) 1. tumbuhan dalam kelapa. "Nyio ini ade gombong dalamnye" 2. bakul pakaian dari mengkuang. "Oghang dedulu kalo nyimpan kain baju dalam gombong aje" gomen (go-men) kerajaan (berasal dari perkataan Inggeris "government"). "Anak teman koje gomen di Puteghajaye"
67
gomo (go-mo) gomoi (go-moi) 1. gomol. "Janganle kamu gomoi adik kamu tu kuat sangat,
sian die"
2. terkam sambil mencakar. "Kamu kene gomo kucen ke, abih calo balo lengan kamu" gompong (gom-pong) longgokan. "Gompong semak yang kamu tebah tu di tepi sempadan tu, nanti aku bako"" gonjak (gon-jak) mengatakan seseorang budak lelaki atau budak perempuan itu suka di antara satu sama lain. "Malule die kome gonjak die dengan anak Tok Pengulu tu" gonjen (gon-jen) berambutan pendek hingga nampak kulit kepala. "Kepale kamu nampak gonjen aje, sape yang ngunten ghambut kamu" gonyen (go-nyen) makan dengan cara meragut sedikit demi sedikit sehingga habis. "Gonyen ajele buah mepelam tu, mane ade piso nak ngupahnye" gonyoh (go-nyoh) sental dengan kuat. "Jangan gonyoh kuat sangat biji mate tu, nanti bengkak" gostan (gos-tan) undur (berasal dari perkataan Inggeris "go astern"). "Kite dah telajak ni, ce gostan sikit ke belakang" gotak (go-tak) jambatan. "Baik-baik sikit nyemeghang tali ayo tu, gotak tu dah gheput" gotok (go-tok) goncang, kocak. "Jangan gotok kuat sangat, abih anco isi dalamnye" goyo (go-yo)
68
goyang, hogeh, sudah hampir tertanggal. "Gigi teman ni memang dah goyo, ate senang ajele die nyabutnye" gu (gu) pasangan atau padanan yang sesuai. "Dah kenele gu die dengan budak itu, same-same minat mancing" gugop (gu-gop) minum terus dari botol. "Nak minum tu ce paka gelah, jangan teghuih gugop aje daghi botol tu" guih (guih) era, rakan sebaya. "Abang mike tu guih teman mase dikampung dulu, keme same-same masuk aska di Pot Diksen" gula (gu-la) gulai, lauk. "Ikan keli ni nak masak gula ape Yong" gula aco (gu-la a-co) gulai acar atau gulai taucu (masakan gulai ikan bersama taucu, timun dan cili muda). "Ikan bocat ni sedap kalo kite buat gula aco" gula masam (gu-la ma-sam) gulai tempoyak. "Aghi ini teman masak gula masam ikan patin" gulen peghen (gu-len pe-ghen) terlalu seronok hingga berguling-guling. "Gulen peghen deme
seghonok sangat dapat ngikut kakak deme bejalan ke Kuale Lumpo"
gumbe (gum-be) pam minyak menggunakan tangan. "Ce tolong gumbe sikit minyak tanah tu dalam pelite ni" gumpa (gum-pa) gomol, berkelahi dengan berpelukan atau bergumpal. "Dah deme begumpa adik beghadik atah katil tu" gundu (gun-du) guli besar untuk dijadikan tagan dalam permainan guli. "Guli yang jadi gundu aku ni memang deko, asyik menang aje aku"
69
guni pelang (gu-ni pe-lang) guni besar bagi mengisi padi. "Ce mike tolong ambikkan guni pelang tu, teman nak ngisi padi ni" gusa (gu-sa) gusar, tidak tenteram, tidak senang hati. "Ngape mike nampak gusa aje lagi, deme dah beso, pandale deme nyage dighi deme"
70
H
hablo (hab-lo) kanta pembesar. "Kene paka hablo baghu boleh nampak jelah" hadap (ha-dap) teringin sangat, hendak sangat. '"Hadap sangat ke kamu dengan bende itu, kalo nak nanti aku bagi kamu satu" hagham (ha-gham) langsung tidak ada. "Teman hagham beduit, seduit pun tak mandang dalam poket teman ni" hagham bepadi (ha-gham be-pa-di) tidak ada padi, tidak ada bendang atau sawah padi. "Teman ni dah lame hagham bepadi, ate dah lame tak bebendang" hagham jadah (ha-gham ja-dah) kata-kata makian seperti "celaka." "Hagham jadah budak ni, suke sangat ngusik anak aku iye" haghu bighu (ha-ghu bi-ghu) haru biru, huru hara. "Haghu bighu dibuatnye teman weh, selagi
die tak dapat ape yang dinaknye, selagi itule dipeghosahnye teman"
hajap (ha-jap) 1. susah benar, payah benar, siksa. "Hajap bebeno aku ghase nak muatnye sensoghang, kamu pulak idak nak nulong aku" 2. teringan sangat. "Hajap sangat ke kamu dengan duit die tu" hakap (ha-kap) tamak haloba. "Jangan hakap sangat dengan ghete pusake ayah kamu tu, sampa kamu bolot semuenye" hampah (ham-pah) hampeh (ham-peh) 1. sisa, serbok. "Ce kamu tapih sikit hampah teh tu" 2. hampas, langsung tidak berguna. "Hampeh kamu ni, tak buleh diaghap langsung"
71
handa (han-da) handal, pandai. "Mike ni aje yang handa kalo bab-bab nak mikat oghang pompuan ni" hangko-hangkap (hang-ko -hang-kap) tungkus lumus. "Hangko-hangkap ayahnye mencaghi duit siang malam nak nanggung kamu belajo" hantap (han-tap) berat, berkaitan dengan berat budak. "Dah hantap anak kamu ni, dah tak tedukung aku lagi dah" hantu kamu (han-tu ka-mu) mengatakan seseorang itu berperangai macam hantu. "Hantu kamu ni, suke sangat nyakat aku" hanyo (ha-nyo) 1. hanyir. "Ikan patin yang dibele dalam kolam bebau hanyo" 2. mentah dan masih tidak tahu apa-apa. "Kamu ni hanyo lagi, mane kamu tahu ha oghang tue-tue" hap (hap) pemain pertengahan dalam permainan bola sepak (berasal dari perkataan Inggeris "half"). "Die tu pemain hap dalam pasukan bola sekolah keme, " hapah (ha-pah) tidak ada apa-apa. "Die tu hapah pun tak mandang, nak makan pun ngaghapkan oghang lain" haprit (ha-prit) hantu, terlalu jahat. "Macam haprit kelaku kamu ni, jahat bebeno sejak daghi dulu lagi" hapuih (ha-puih) melepasi kepala. "Hapuih kepale teman bile bedighi dalam ayo sunga tu" haup (ha-up) mati, tidak bernyawa. "Dah haup ke kamu ni, dah kejang tak benapah aje aku tengok"
72
hawo (ha-wo) 1. kata-kata makian seperti "celaka". "Hawo kamu ni, aku pun kamu nak tipu iye" 2. sejenis penyakit ayam. "Abih segheban ayam teman mati kene penyakit hawo bebaghu ini" hedmasta (hed-mas-ta) guru besar (berasal dari perkataan Inggeris "head master"). "Kalo kamu jahat sangat aku adu pade hedmasta kamu" heghang heghut (hen ghang he-ghut) heghut (he-ghut) heghut benyut (he-ghut be-nyut) 1. tidak lurus. "Gaghisannye pun heghang heghut, langsung tak seteghit" 2. kesan pada muka yang kena tumbuk. "Heghut benyut mukenye bengkak-bengkak kene tumbuk" hema (he-ma) penukul besi (berasal dari perkataan Inggeris "hammer"). "Ce ketuk paku tu dengan hema ni" hempah pegheh (hem-pah pe-gheh) bersusah payah. "Hempah pegheh die nak nyiapkan koje sekolahnye, ate banyak sangat dibagi dik Cikgunye" hempuk (hem-puk) pukul dari arah atas, hempas. "Aku hempok kepale kamu dengan kayu ni, baghu kamu tahu" hencang hencut (hen-cang hen-cut) hencut (hen-cut) berjalan ke kiri dan ke kanan. "Hencang hencut aje mawak basika tu nak ke mane Weh" henda (hen-da) bahagian pemegang basikal (berasal dari perkataan Inggeris "handle"). "Ngape henda basika kamu ni bengkok, kamu jatuh ke" henyot (he-nyot) henyot benyot (he-nyot be-nyot)
73
1. tidak lurus. "Ngape dah henyot ghope tiang pago mike ni, ape yang melanggonye" 2. kesan pada muka yang kena tumbuk. "Henyot benyot muke tu kaghang kene penumbuk aku" hincit (hin-cit) halau, pergi dari sini. "Hincit kamu daghi ghomah aku ini, jangan kamu datang-datang lagi" hingge (hing-ge) upaya. "Bukan hingge kamu nak muat koje bendang tu sensoghang" hogeh (ho-geh) longgar. "Hogeh dulu gigi kamu tu pelan-pelan, lepah itu baghule dicabut" hoghit (ho-ghit) sorak, padan muka. "Memang patut pun kene hoghit macam itu, pasukan bola yang lemah pun kome tak telawan" huAllah (hu-Allah) bersifat terlalu baik, terlalu jujur, terlalu amanah. "Budak tu huAllah oghangnye, jujo dan hormatkan oghang tue-tue" hujung jula (hu-jung ju-la) 1. dihujung dahan. "Buah ghambutan tu dah tingga di hujung jula, payahle nak ngaitnye" 2. saat-saat akhir, penghujung. "Dah hujung jula begini baghu mike sebok nak mintak tolong teman" hulo (hu-lo) 1. hulur. "Ce mike hulo sikit lauk tu, tak sampa tangan teman nak nyangkonye" 2. beri. "Ce mike hulo mun sekupang due, laju ajele die nulong mike" hun (hun) ukuran pecahan satu inci. "Panjangnye lagi satu hun tak cukup satu inci"
74
I
idak (i-dak) tidak. "Idak teman nak mintak duit kamu, janganle kamu ghiso") idup (i-dup) hidup, bernyawa. "Idup lagi nyawe ikan keli dalam tong ni, tahan sungguh nyawenye iye" ikan bocat (i-kan bo-cat) ikan haruan. "Oghang kate makan ikan bocat ni elok bagi oghang baghu lepah besalin" ikan buaghi (i-kan bu-a-ghi) ikan darat yang disalai dengan panas matahari. "Emaknye tengah nyemo ikan buaghi di laman ghomahnye" ikan pede (i-kan pe-de) ikan (kering) bulu ayam. "Makan pulut aghun dengan ikan pede memang sedap" ilang (i-lang) ilang pintang (i-lang pin-tang) hilang tercicir. "Entah kemanele ilang pintang duit aku ni, pagi tadi ade dalam poket aku ni " incah (in-cah) yang menjaga (berasal dari perkataan Inggeris "in-charge"). "Die tu incah tempat ini, mike mintak aje pade die" incang incut (in-cang in-cut) berjalan tempang. "Incang incut aje ghope kamu bejalan, ngape" incit (in-cit) halau, pergi dari sini. "Abangnye kene incit daghi ghomah sebab malah nak muat koje" incut (in-cut) hincut, tempang. "Incut mike bejalan tu ngape dengan kaki mike"
75
ingo (i-ngo) hingar, bising. "Jangan ingo sangat, nanti tejage adik kamu yang tengah tido tu" injat (in-jat) inyat (in-yat) anjak. "Ce injat sikit ke tepi, aku nak muat koje pun dah tak ade ghuang ni" inke (in-ke) terlalu suka. "Jangan inke sangat main di waktu senje begini" intu (in-tu) nyalakan kayu api. "Ce kamu intu api atah dapo tu, boleh kite nyeghang ayo" itume (i-tu-me) semua benda atau perkara, itu semua. "Teman lagut dikeda tu tadi sebab meli itume baghang dapo yang dah abih" iyeke (i-ye-ke) betulkah. "Iyeke mike nak ngikut keme ke Kelompo tu?" iyele (i-ye-le) betullah, ya lah. "Iyele tu, betoile ape yang mike cakapkan tu, teman pecaye semuenye" iyo (i-yo) biar. "Jangan kamu masuk campo, iyo deme yang nyelesakan ha deme" iyo bebeno (i-yo be-be-no) biar yang benar. "Kome iyo bebeno sikit, jangan ngate oghang tak tentu pasa" iyole (i-yo-le) biarkanlah. "Iyole teman balik dulu iye, kaghang bising pulak oghang ghomah teman tu" iyonye (i-yo-nye) biarkannya. "Iyonye die sensoghang tingga di ghomah, kalo ngikut pun ape gunenye"
76
J
jaama (ja-a-ma) mukhadam. "Die mace jaama pun belum khatam, macam mane nak naik Quran" jabut (ja-but) bulu tebal di muka. "Kalo kamu nak kena die, die tu yang ade jabut lebat di pipinye" jadah (ja-dah) benda. "Apeke jadah beso bebeno melintah jalan tu, ulo sawe ke kome" jadah ape (ja-dah a-pa) hendak buat apa, apa tujuannya. "Apeke jadah mike datang ke ghomah teman ni, nak ape lagi" jaghang (ja-ghang) 1. nipis dan boleh nampak ke sebelah. "Janganle paka baju tu, jaghang bebeno aku tengok" 2. tidak selalu. "Jaghang juge die datang kemaghi" 3. jarak. "Anaknye jaghang-jaghang, takle keghap setiap tahun" jaghang satu (ja-ghang sa-tu) jarak antara satu sama lain yang jauh. "Jaghang satu baghule ade, bukan senang nak jumpe " jaki (ja-ki) cemburu, sakit hati. "Jaki teman nengok mike paka keghete beso, teman nak meli tak beduit" jalo (ja-lo) jalar. "Die yang paka baju jalo meghah itam tu" jamban (jam-ban) 1. bilik tempat membuang air besar. "Pegile ke jamban kalo muang ayo beso tu" 2. pelantar seperti rakit untuk tempat mandi manda di sungai. "Zaman dulu-dulu oghang yang tingga di tepi teben semue
77
ade jamban masing-masing di sunga untuk mandi mande dan masuh kain baju" jambu (jam-bu) 1. buah jambu. "Anak-anak teman suke makan buah jambu, tu yang teman tanam keliling ghomah" 2. budak lelaki yang lawa. "Mukenye jambu, ate ghamale bebudak pompuan yang bekenan" jambu ayo (jam-bu a-yo) jambu air. "Mase keme bebudak dedulu main senapang buluh pede paka pelughu putik jambu ayo" jambu kepal (jam-bu ke-pal) jambu bol, jambu merah. "Dulu depan ghomah teman ade
sebatang pokok jambu kepal, kalo dah bebuah, meghah aje atah pokok tu"
jambu meghase (jam-bu me-gha-se) jambu batu. "Teman meli buah jambu meghase ni mase singgah di Bido tu tadi " jangko (jang-ko) jangkau. "Kalo jauh sangat, jangko ajele nak ngambik lauk tu iye" jap jap (jap jap) tiap-tiap, setiap. "Die memang ghajin nganto koi bebuke pose pade jap-jap ghomah jighannye" jawab (ja-wab) sahut. "Teman manggil tadi, ngape mike tak jawab" jebek (je-bek) keadaan muka yang hampir nak menanggis, masam muka. "Dah jebek mukenye, ate tak lame lagi meghaungle die teghoyak" jegang (je-gang) mati dengan mata terbeliak. " Dah jegang biji mate anak kucing tu kamu langgo dengan moto" jegê (je-ge) jegil."Bile teman jege aje biji mate teman, mencuat deme laghi"
78
jegele (je-ge-le) suka membuat kelakar. "Kamu ni jegele juge oghangnye iye, tak keghin gusi bebudak tu kamu buat" jeghaba (je-gha-ba) jurai. "Nampak jeghaba aje atah tenguk kamu tu, ce potong sikit ghambut kamu tu" jeghait (je-gha-it) 1. melekat, melekit. "Ngape dah jeghait aje baju sekolah kamu ni, kene getah ape" 2. hubungkait. "Macam mane mike boleh ade jeghait dengan keluarge die tu" jeghang (je-ghang) memasak air. "Ce pegi jeghang ayo tu, boleh kite muat kopi" jeghankang (je-ghan-kang) baring sambil terkankang. "Janganle jeghankang luah sangat kaki tu di tengah-tengah oghang ni" jeghebek (je-ghe-bek) lembik dan melekit. "Dah jeghebek aje ghope nasi ni, banyak sangatke ayo yang kamu bubuh tadi" jeghekat (je-ghe-kat) melekit, melekat. "Ngape buku kamu ni jeghekat aje ghopenye" jeghobe (je-gho-be) terpa, terkam. "Mike jeghobe cucu mike tu ngape, ghindu sangat dah iye" jegholoh (je-gho-loh) masuk ke dalam lubang. "Jangan kamu jegholoh kaki dalam lubang tu, entah-entah ade ulo" jeghomang (je-gho-mang) serempak. "Die kene jeghomang dengan babi utan di tepi utan tu semalam" jeghombam (je-ghom-bam) jeghombap (je-ghom-bap)
79
sungkur. "Jangan beghambat, jeghombam atah simen basah tu
kagahng"
jeghomon (je-gho-mon) semak, sarang babi. "Teman jumpe jeghomon babi tepi utan tu" jeghoyat (je-gho-yat) melekit, melekat. "Kain kamu ni dah jeghoyat aje ngape, atah ape kamu duduk tadi" jeghu (-ghu) berkunjung. "Sekali sekale kamu pegile jeghu ghomah deme bertanye habo" jeghuih (je-ghu-ih) suka menyakat. "Kamu ni jeghuih bebeno, suke sangat magi die teghoyak" jeghuk antu (je-ghuk an-tu) buah yang telah busuk di atas pokok sebelum luruh. "Tak payahle pegi kutip, itu buah deghoyan jeghuk antu" jejak (je-jak) 1. ikut. "Die tu ikut jejak ayah diele, masuk aska tu" 2. sampai, tiba. "Teman belum lagi peghonah jejak kaki di Puterejaye tu" jejemput (je-jem-put) kuih jemput-jemput, cucur. "Koi jejemput deghoyan aje yang dapat teman jamu mike pepetang ni" jemput (jem-put) 1. ajak. "Mike ade ke kene jemput kendughi kawin anaknye minggu depan" 2. ambil dengan hujung jari-jari tangan. "Jemput nasi tu sikitsikit udahle, janganle dighaup semuenya" 3. kuih jemput-jemput, cucur. "Deghoyan ni emak nak muat koi jemput deghoyan" jelabak (je-la-bak) 1. pecah bertaburan. "Abih jelabak tempat pinggan mangkok aku ni kamu duduk atahnye"
80
2. tidak tersusun. "Pinggan mangkok makan malam tadi pun tengah jelabak di dapo tu" jelage (je-la-ge) kesan hitam akibat dari lampu minyak atau kesan asap atau arang. "Itam lubang idung teman kene jelage pelite minyak tanah malam tadi" jelat (je-lat) sepah, selerak. "Ngape kome jelat kain baju kome meghate dalam bilik ni, ce tolong kemahkan" jelatah (je-la-tah) sejenis sayuran mentah yang diperbuat dari timun dan nenas yang digaul dengan cuka. "Nenah dengan timun ni teman nak muat jelatah makan tengahaghi nanti" jele pete (je-le pe-te) terlalu letih. "Jele pete teman dibuatnye, daghi pagi sampa ke malam tak abih-abih ngojekan tanah teman tu" jelebo (je-le-bo) 1. kesan hitam akibat dari lampu minyak atau arang. "Ade
jelebo pade muke kamu ni, di mane kamu main aghang daponye" 2. labi-labi, lelabi. "Besonye jelebo yang tengah beghenang dalam sunga tu" 3. mulut celupar. "Mulut kamu ni jelebo beno iye, sedap aje ngate oghang macam-macam"
jelejeh (ge-le-jeh) leleh. "Jelejeh ayo lionye nengok kome makan mepelam cicah dengan gagham" jelepek (je-le-pek) terbaring kerana terlalu letih. "Letih bebeno teman ghase aghini, jelepek teman dibuatnye" jelepo (je-le-po) jelepok (je-le-pok) 1. baring kerana terlalu letih. "Jelepok aje deme tido anak beghanak di ruang tamu tu"
81
2. terbiar. "Jangan kamu jelepok aje kain baju sekolah kamu dalam bilik tu, pegi sangkut" jelen kolap (je-len ko-lap) menjeling dengan perasaan marah. "Nengokkan jelen kolap mike tu, ghiso juge teman" jelo (je-lo) di hilir. "Ghomahnye di jelo sunga tu" jeloi (je-loi) londeh. "Yang kamu jeloi seluo budak tu ngape, malule die depan kenkawannye kamu buat die begitu" jeluak (je-lu-ak) keluar dari mulut, termuntah. "Jangan kamu jeluak ubat tu, telan aje" jemo (je-mo) jemur. "Jemo baju kamu tu bawah panah, cepatle keghinnye" jengkut (jeng-kut) capik, tempang. "Jengkut aje jalan kamu tu ngape dengan kaki kamu tu" jenoh (je-noh) puas, lama. "Jenoh teman mencoye deme di meghate pekan tu, sampa naik lugu tapi soghang pun tak nampak" jikio (ji-kio) dikir. "Zaman dulu, bile ade kendughi kawin, memalamnye adele oghang jikio" jilat pelat (ji-lat pe-lat) berasa tidak puas, tidak cukup (makanan). "Sedap bebeno agaknye masakan teman ni, sampa jilat pelat deme mintak lagi" jobe (jo-be) terpa, terkam. "Ape yang kamu jobe keluo pintu tu, sape yang datang?" joben (jo-ben)
82
telinga yang besar dan kembang. "Telinge budak tu joben, kembang semacam aje teman tengok" jobon (jo-bon) timbunan kain baju."Jobon kain bayu sape dalam bilik ayo ni" joghen (jo-ghen) 1. becok. "Mulut budak ni joghen bebeno, kalo dapat becakap langsung tak tahu nak beghenti" 2. miang. "Joghen sangat kamu ni, dah gata sangat nak belaki" 3. kecil dan panjang. "Kacang panjang ni elokle dipotong joghen-joghen sikit" joli (jo-li) joli sakan (jo-li sa-kan) Berhibur dan bersenang hati (berasal dari perkataan Inggeris "jolly")."Dapat duit banyak tu, janganle joli sangat sampai tak ingat mase depan" jongkang jongket (jong-kan jong-ket) 1. tidak rata. "Jongkang jongket aje lanta ghomahnye tak same
ghate, ate lanta papan sayung"
2. papan permainan jongkang jongket. "Adik die tejatuh mase
tengah main papan jongkang jongkit di padang kanak-kanak tu tadi"
jor (jor) keluar peluh terlalu banyak. "Jor jugele peluh bile berjalan kaki dari pekan tu ke maghi" juah (ju-ah) manja. "Budak tu juah bebeno dengan emaknye, dah beso-beso pun masih nak bedukung" jueh (ju-eh) 1. keadaan bibir yang terjatuh sedikit. "Kamu jueh bibiyo kamu pade die ngape, kamu ngejek die iye" 2. juah, tidak boleh diusik sikit sudah menangis. "Budak tu jueh sangat, pantang diusik sikit teghuih aje teghoyak" jujuh (ju-juh) jujuih (ju-juih)
83
1. lebat. "Kebun ghambutan mike menjadi beno nampaknye tahun ini iye, bejujuih buahnye" 2. berturut-turut. "Bejujuih deme datang nak nengok keme, tak ghenti-ghenti" julo (ju-lo) julur, jelir, hulur. "Julo tangan tu ke depan, baghule dapat nak nyapanye" julo jalo (ju-lo ja-lo) julu jalo (ju-lu ja-lo) 1. bersusah payah melakukan. "Julo jalo teman sensoghang ngojekan tanah bendang tu musim ini" 2. menahan sakit yang keterlaluan. "Julo jalo teman nahan sakit peghut semalam, entah apele yang teman makan" julu (ju-lu) hulu, kawasan disebelah hulu sungai. "Ghomahnye di julu tu" jumba (jum-ba) 1. cucuran (air mata). "Jumba ayo matenye keluo, sedih sangat" 2. rumbai-rumbai. "Cantik jumba pade kain tudung kamu tu"
84
K
ka (ka) sukatan beras untuk dimasak bersamaan dengan satu tin susu pekat. "Teman dah tingga bedue ni, nanak nasi satu ka beghah pun tak abih makan" kacak (ka-cak) pijak. "Jangan kacak simen tu, ianye belum keghin lagi" kacang (ka-cang) mudah sahaja untuk dilakukan. "Soalan Cikgu bagi tu kacang aje saye nyawab nye, senang bebeno" kaco (ka-co) 1. kacau. "Masak gula lemak ni kene kaco selalu" 2. gangu. "Ce jangan kaco kakak kamu muat koje sekolah tu" 3. tidak menentu. "Kaco otak teman dibuatnye, siang malam dipeghosahnye teman selagi tak dapat" kaco kene (ka-co ke-ne) tidak tentu hala, gelabah, serba tidak kene. "Kaco kene teman dibuatnye, tak tahu yang mane satu teman nak buat dulu" kadap (ka-dap) 1. masa hadapan. "Yang kadap ni janganle kamu buat lagi, cukuple sekali jadi teladan pade kamu" 2. bergerak ke hadapan. "Jemputle kadap semuenye, bulihle kite mulekan majelih kite ni" kaghan (ka-ghan) karan, lektrik (berasal dari perkataan Inggeris "current"). "Begelaple kite malam ni, kaghan dah tak mandang pulak" kaghan ghambut (ka-ghan gham-but) mengerintingkan rambut. "Kamu kaghan ghambut kamu, iye" kaghang (ka-ghang) nanti, kemudian. "Biole emak masak dulu, kaghang emak tolongle kamu muat koje sekolah tu"
85
kagho (ka-gho) 1. mengambil semua. "Ngape kamu kagho semue buah ghambutan tu, taghuhle sikit pade oghang lain" 2. mencari, nak dapatkan. "Mane lagi teman nak kagho duit, teman bukannye ade nyimpan di bank" kahanye (ka-ha-nye) padahalnye. "Kahanye die dah biase pegi ke Pulo Pinang tu, tapi sesat laghat juge die" kain basah (ka-in ba-sah) kain yang dipakai semasa mandi. "Ce ambikkan teman kain basah tu, teman nak mandi ke teben" kalat (ka-lat) saki baki, sisa-sisa yang lekat pada bekas. "Koi gheghaye teman dah tingga kalat tinnye aje" kale lipit (ka-le li-pit) kala jengkeng. "Bejalan dekat tambun kayu api tu baik-baik sikit, takut diketit kale lipit" kaleh (ka-leh) alih, ubah. "Ce, kaleh beg sekolah kamu tu daghi muke pintu tu, oghang nak lalu pun tak boleh" kali kali (ka-li ka-li) dharap, sifir. "Aghi ni Cikgu nak ngajo kali-kali" kalimato (ka-li-ma-to) sejenis kumbang perosak kelapa. "Abih buah nyio aku dimakan kalimato" kalimayo (ka-li-ma-yo) pinar. "Kalo mate tu dah naik kalimayo, ate beghentile ngadap kompute tu" kalen (ka-len) balikan. "Ce, kamu kalen pulak kain tu sebelah lagi satu, elok ke coghaknye" kamsen (kam-sen)
86
komisyen (berasal dari perkataan Inggeris "commission"). "Ate, mike nolong bejua tanahnye tu, tentu beso kamsen kamu dapat" kancah (kan-cah) kuali besar, kawah. "Satu kancah beso gula kamben teman masak, pun tak cukup juge" kangkang kiap (kang-kang ki-ap) kelam kabut. "Kangkang kiap teman nak nyiapkan juge bajunye, ate die nak aghi ni juge" kanja (kan-ja) terkena, tertipu. "Kanja teman dibuatnye, teman ingatkan betuibetui die sesak duit, ghopenye idak" kanji (kan-ji) 1. tepong ubi bercampur air untuk mengeraskan baju. "Zaman keme dulu, unipom sekolah pun kene paka kanji." 2. perekat buatan sendiri dari tepong ubi."Kome nampa posta pakale kanji" 3. bubur nasi. "Tekak teman sakit bile nak nelan, ate teman makan kanji ajele due tige aghini" kanto (kan-to) 1. kanta. "Agonye kene nengok paka kanto baghu nampak" 2. buah kabong yang telah diproses untuk dimakan. "Dalam bulan pose adele oghang bejua buah kanto di megheket tu" kap (kap) piala (berasal dari perkataan Inggeris "cup"). "Beso kap yang kamu dapat iye, kamu johan ke" kapo (ka-po) 1. kapur. "Kamu dah kapo ke kasut kamu, esok kamu dah nak ke sekolah" 2. himpunan kayu dalam sungai. "Bawah kapo dalam sunga tu mesti banyak ikan, ce kail di situ" 3. kena tipu. "Mujo teman tak kene kapo, ghopenye deme tu memang kaki nipu" karia (ka-ria)
87
tempat duduk atau tempat barang dibelakang basikal (berasal dari perkataan Inggeris "carrier"). "Ade mun seghanjang buah
deghoyan atah karia basikanye, katenye nak magi mike"
kasut bot (ka-sut bot) 1. but (berasal dari perkataan Inggeris "boot"). "Cantiknye kasut but kamu, tinggi sampa ke keting" 2. kasut bola. "Dulu, keme mane mampu nak meli kasut bot, keme bekaki ayam aje bile main bola" kasut ghaba (ka-sut gha-ba) kasut getah (berasal dari perkataan Inggeris "rubber"). "Zaman
keme bebudak dulu, mane ade meghase aghi ghaye nak maka kasut kulit, keme paka kasut ghaba ajele"
katah (ka-tah) ke atas. "Jemputle naik katah ghomah, takkan nak besembang di tanah tu aje" katah kebawah (ka-tah ke-ba-wah) 1. serba boleh. "Budak ni memang boleh diaghap sangat, katah kebawah semue die boleh" 2. berusaha. "Teman dah jenuh katah kebawah di pejabat tu, tapi tak juge luluih lagi pemohonan tu" 3. sibuk. "Asyik katah kebawah aje di pejabat tu aghini, langsung teman lupe nak nalipaun mike" katup (ka-tup) 1. tertutup rapat. "Katup aje tingkap oghang ghomah ni, kemane agaknye deme pegi" 2. penuh berselerak di seluruh ruang. "Abih katup dalam bilik ni dengan sepah kain baju deme" kayo (ka-yo) membuang air kecil atau air besar. "Mane bilik ayo di sekolah ni,
teman nak numpang kayo kejap"
kayu api (ka-yu a-pi) kayu api, kayu keghing yang digunakan untuk api dapur. "Bapaknye tengah melah batang getah nak muat kayu api mako lemang"
88
kayu rol (ka-yu rol) kayu sekil (ka-yu se-kil) kayu pembaris (berasal dari perkataan Inggeris "ruler" dan "scale")."Gunekanle kayu sekil tu untuk membuat gharisan lughuih" keba (ke-ba) kebal. "Memang keba kamu ni iye, kene tetak pun tak jadi ape " kebah (ke-bah) telah kembali sehat dari deman. "Dah seminggu teman deman, aghi ni baghu ghase nak kebah sikit" kebah(ke-bah) 1. tidak berasa apa-apa. "Duduk besile lama sangat, sampa kebah kaki teman" 2. ambil tanpa izin. "Dah kene kebah kasut teman di tangge ni" kebam (ke-bam) kulum, dibubuh dalam mulut. "Ape yang kamu kebam dalam mulut kamu tu, cekelat ke" kebê (ke-bê) kebê-kebê (ke-bê ke-bê) kebil-kebil. "Kebê-kebê bijik matenye nengok kome paka lawa sangat " kebek (ke-bek) selongkar, cari, dapatkan. "Ape yang kamu kebek dalam laci tu, tak ade duit aku di situ" kebela (ke-be-la) kebuluran. "Kebela ghase peghut teman, saghi suntuk teman tak makan aghi ni" kebuang (ke-bu-ang) keguguran. "Sian nengok mike, baghu nak meghase dapat cucu petame, dah anak mike kebuang pulak" kebulo (ke-bu-lo) 1. kebuluran, sangat lapar. "Kebulo bebeno peghut teman ni, dah beghape aghi tak jumpe nasi"
89
2. teringin sangat. "Ape yang kamu kebulo sangat duit die tu, pegile caghi sendighi" kecap (ke-cap) 1. rasa di lidah. "Ce kecap sikit atah lidah tu, masin ke tawo" 2. nikmat. "Baghule meghase kecap idup ni, bile dah bekawin" kecap-kecap (ke-cap ke-cap) terasa di lidah. "Adele juge kecap-kecap masam manihnye" kecek (ke-cek) 1. tipu, memperdaya. "Kamu jangan cube nak kecek aku, aku pun tahu pasa bende ni" 2. memujuk. "Ce kamu kecek die sikit, kut-kut mahu dibaginye kamu" keco (ke-co) kecur, meleleh air lior kerana teringin nak makan sesuatu. "Keco juge ayo lio teman nengok mike nyilat ais keghim tu" kedaghat kebaghuh (ke-da-ghat ke-ba-ghuh) 1. boleh kemana sahaja, serba boleh. "Die tu budak ghajin, boleh disoghoh kedaghat kebaghuh" 2. mundar mandir. "Ngape mike kedaghat kebaghuh dah macam oghang tak tentu hale aje tu" kedeghat itik (ke-de-ghat i-tik) tidak kuat, tidak mampu mengangkat sesuatu walaupun sesuatu yang ringan. "Kamu ni aghap badan aje beso, tapi kedeghat itik, ngangkat bende ini pun tak lalu ke" kedengo (ke-de-ngo) kedengaran. "Kuat bebeno musik di ghomah oghang kahwin di sebeghang tu, kedengo sampa kesini" keghah kedengkang (ke-ghah ke-deng-kang) terlalu keras. "Koi yang kamu masak ni keghah kedengkang, baling ke dinding pun tak pecah" keghantong (ke-ghan-tong) beduk. "Keghantong di menesah tu dah bebunyi kome, beghentile main tu dan pegi deghah mandi"
90
kêghap (kê-ghap) 1. terbalikkan. "Jangan kamu kêghap nasik tu ke dalam tong sampah, emak nak bagi makan ayam" 2. kipas. "Ce, kamu tolong kêghap api sate ni kuat sikit" keghebek (ke-ghe-bek) selongkar, cari, dapatkan. "Ape yang kamu keghebek dalam daba aku tu, mane ade duit dalamnye" keghen (ke-ghen) 1. kering. "Kain baju di penyida tu dah keghen, tolongle kamu pegi angkat" 2. kawasan sungai yang cetek. "Dekat tepi sunga ni, ayonye keghen, had kepale lutut aje" 3. tidak ada. "Bulan ni aku dah keghen bebeno, nak makan pun dah tak beduit" keghen kontang (ke-ghin kon-tang) tidak berair langsung, kering kontang. "Tali ayo tu pun dah keghen kontang tak beghayo di musim kemagho ni" keghetang (ke-ghe-tang) kotoran yang melekat merata-rata, comot. "Keghetang muke
kamu ni, dimane kamu main kotonye"
kegheteh (ke-ghe-teh) tidak berpusing tepat, berpusing secara terhuyung hayang. "Paku gasinnye dah bengkok, patutle kegheteh aje pusennye" kêgho (kê-gho) 1. buah yang baru nak masak. "Buah ghambutan teman tu baghu nak kegho, tak lame lagi masakle" 2. buah yang sudah tinggal sedikit. "Buah ghambutan teman tu dah tingga kêgho-kêgho aje, setakat nak makan adele sikit" 3. rambang mata. "Kêgho biji mate teman dibuatnye, semue yang ditunjuknye teman bekenan" keghobek (ke-gho-bek) selongkar, cari, dapatkan. "Manele aku nak keghobek duit sebanyak itu, aku bukannye ade nyimpan" keghobo (ke-gho-bo)
91
kerbau. "Biasenye oghang muat ghendang tok dengan dagen
keghobo"
keghodak (ke-gho-dak) serbuk, tinggal serbuk sahaja. "Koi ghaye teman dah tingga keghodak tinnye aje" keghoje (ke-gho-je) kerja, pekerjaan. "Kamu nak keghoje ape bile dah beso esok" keghomun (keghomun) kelilingi atau serbu kerana sukakan sesuatu itu. "Ate, penyanyi
populele katekan, bile bejalan memangle kene keghomun peminat"
keghontong (keghontong ) pelita minyak tanah yang diletak dalam bekas empat segi untuk menyuluh jalan. "Zaman dulu, kalo nak bejalan memalam kene suluh dengan pelite keghontong" keghopeh (ke-gho-peh) menanggalkan kulit. "Jangan keghopeh kopen luke tu, bio die keghing betoi" keghopen (ke-gho- pen) kulit atau selaput luka yang telah kering. "Usahle dibuang keghopen luke kamu tu, bio die tangga sendighi" keghosa (ke-gho-sa) keadaan yang kering dan tidak melekat atau seroi. "Elok keghosa aje koi yang mike buat ni" keghotah (ke-gho-tah) kertas. "Ce mintak keghotah tu, teman nak munkuih buah ni" keghotah habo (ke-gho-tah ha-bo) surat khabar. "Deme tengah mace keghotah habo di depan tu" kêghup (kê-ghup) dialamatkan kepada (berasal dari perkataan Inggeris "in care of"). "Soghat ni salah kêghup agaknye, tak ade sesape yang name ini duduk di ghomah ni"
92
kehong (ke-hong) berbau terlalu busuk. "Kehong bau kentut kamu ni, kamu makan peta ke" kejang (ke-jang) mati, kaku dan keras. "Mayatnye dah kejang betutup dengan kotah soghat kabo aje atah jalan tu" kejo (ke-jo) kejar. "Lintang pukang die laghi kene kejo anjen gile" kekah (ke-kah) kangkang. "Kekah kakinye luah sikit, senangle nak melapahnye" kêkah (kê-kah) korban aqikah. "Teman nak muat kendughi kekah cucu teman aghi Ahad ni, jemputle ke ghomah iye" kekali (ke-ka-li) dharap, sifir. "Kamu dah hapal ke kekali yang cikgu sughuh tu" kelagi-lagi (ke-la-gi-la-gi) kemaruk, berasa tidak puas. "Sejak die baik daghi sakit ni, kelagi-lagi die makan nasik macam dah bebulan tak makan" kelaku (ke-la-ku) perangai, kelakuan. "Duduk di ghomah Pakcik kamu di Kuale Lumpo tu, jagele sikit kelaku kamu tu" kelaku-laku (ke-la-kula-ku) membuat perangai yang berlebihan. "Kelaku-laku aje ghopenye tengah oghang ghama ni, ce jage sikit peghanga tu" kelam kelibut (ke-lam ke-li-but) kelam kabut. "Diele yang kelam kelibut nulong teman muatnye, kalo tak ade die tak siap lagi ni" kelape bali (ke-la-pe ba-li) kelapa sawit "Kebun getahnye dah ditanam dengan pokok kelape bali" keleceh (ke-le-ceh)
93
gelincir. "Kakinye tekolap sebab keleceh tepi longkang tu" kelese (ke-le-se) kelesyo (ke-le-syo) pemalas. "Kamu ni janganle kelesyo sangat, ce tulong kakak kamu tu masuh pingan" kelen (ke-len) lipatan di tepi kain dan dijahit. "Kelen sikit kain kamu tu, bio mati jahitan tepinye" kelo (ke-lo) ke hilir. "Tadi teman nampak die kelo dengan anaknye bedue" keloceh (ke-lo-ceh) gelincir. "Baik-baik sikit niti batang nyio tu, keloceh ke dalam tali
ayo tu kaghang"
kelolo (ke-lo-lo) bertindak tanpa berfikir, tidak serius. "Kamu ni kelolo betulle, ce serius sikit muat koje tu" kelonsong (ke-lon-song) daun pisang yang telah mati dan kering. "Ce ambik daun
kelonsong keghen pade pokok pisang tu, emak nak ngidupkan api lemang ni"
kelubung (ke-lu-bung) 1. tutup lingkup. "Ngape kamu kelubung kepale kamu dengan kain itam tu" 2. laluan air bersimen merentasi dibawah jalan. "Die nyoghok dalam kelubong simen di paghit beso tu" kemah (ke-mah) 1. kemas dan rapi. "Ce kemah tempat tido kamu ni, jangan teghuih bangun aje" 2. erat dan kuat. "Pegang kemah sikit, jangan sampa telepas" kemain (ke-ma-in) bukan main-main, terlalu sangat. "Kemain lagi mike pasang badan bile dah pepetang begini iye"
94
kembah (kem-bah) sampah. "Jangan muat kembah dalam bilik itu, kaghang aku juge yang teghuk nyapunye" kembong (kem-bong) 1. berisi angin. "Peghut budak tu kembong agaknye, tu yang teghoyak tak beghenti tu" 2. kepuk padi, tempat simpanan padi. "Kembong di bawah ghomah tu tempat deme nyimpan padi" kembut (kem-but) berkepul-kepul, berasap. "Teman nampakle kembut asapnye daghi jauh, tak tahule ape yang tebako" keme (ke-me) kami. "Keme semue ni nak pegi makan angin ke Pulo Pinang, ate jomle ikut keme" kemian antu (ke-mi-an an-tu) bau kentut yang sangat busuk. "Sape pulak yang melepah kemian antu ni, busuk beno bau ketutnye" kemin (ke-min) kemas dan rapi. "Die memang panda nyait baju kughung, kemin aje jaitannye" kemomoh (ke-mo-moh) bertindak melulu. "Ce jangan kemomoh sangat peghanga kamu depan oghang tue-tue ni, elok-elokle sikit" kemuntat (ke-mun-tat) perut yang berasa senak kerana terlalu kekenyangan. "Sampa kemuntat peghut keme ditamunye dengan saknike makanan" kendian (ken-di-an) kemudian. "Bio deme pegi dulu, kite ikut deme kendian sikit" kenit (ke-nit) sangat kecil. "Badannye kenit macam bebudak, tapi umonye dah tue" kenkadang (ken-ka-dang)
95
kadang-kadang. "Tak selalu teman singgah di ghomahnye, kenkadang aje bile ade mase" kênot (kê-not) bersetubuh. "Kenot yang bermaksud bersetubuh ni digunekan oleh setengah-tengah oghang Paghit aje" kepak (ke-pak) 1. sayap. "Bebudak ni suke sangat makan kepak ayam" 2. kepok, tempat simpanan padi. "Biasenye deme nyimpan padi dalam kepak di bawah ghomahnye" kêpak (kê-pak) patah. "Kêpak aje dengan tangan peha ayam tu, kalo dah tak mandang piso" kepal (ke-pal) gengam bulat dengan tangan. "Kepal pulut tu kecik-kecik sikit, kendian baghule disusun kelilingnye" kepale idang (ke-pa-le i-dang) lauk atau kuih yang menjadi hidangan utama. "Kek yang ditengah tu jangan dimakan dulu, itu kepale idang" kepiyah (ke-pi-yah) songkok, kopiah. "Toknye tak lekang dengan kepiyah putih" kepoi (ke-poi) ukuran beras 4 kepul bersamaan satu cupak. "Tanak tige kepoi beghah udahle, kite bukan ghama sangat" kepok (ke-pok) terlalu banyak. "Kepok duitnye kome, die baghu bejua kebun" kesen (ke-sen) seperti kekeringan. "Dah kesen sikit luke kaki kamu ni, tak lame lagi baikle tu" kesoso (ke-so-so) kalut, terkejar kejar, kelam kabut. "Kesoso aje die kesane kemaghi, dah sesak baghu nak muat"
96
ketang dade (ke-tang da-de) berkemban, tidak berbaju dan hanya memakai kain hingga ke dada. "Opahnye tak sempat nak maka baju, ketang dade aje die melughu ngejo cucunye yang baghu sampa tu" ketak (ke-tak) 1. bunyi ayam betina selepas bertelur. "Riuh bunyi ketak ayam di gheban tu memalam ni, ade musang ke" 2. berkedut dan berpetak-petak "Ketak ghambutnye tu sejak die kecik lagi" ketap (ke-tap) merapatkan bibir atau mengigit bibir kerana marah. "Dah ketap bibiyonye maghahkan kome sebab ngejek die " ketegak (ke-te-gak) sangat degil. "Ketegak sungguh budak ini, langsung tak mahu nengo cakap oghang tue-tue" ketego (ke-te-go) disampok. "Budak ni tak sedo dighi, agaknye kene ketego waktu die lalu di tepi utan senje tadi" ketik (ke-tik) bunyi, suara, gerak. "Soh aje dalam bilik tu langung tak ade bunyi ketik, ape yang dibuat dik deme?" ketik metik (ke-tik me-tik) membuat sesuatu kerja hingga tidak sedar masa berlalu. "Ketik
metik muat koje di dapo tu, langsung tak sedo dah loho ghopenye"
ketio (ke-tio) sejenih buah tumbuhan liar di hutan yang boleh dibuat minyak makan. "Sekaghang ni dah payah nak dapat buah ketio ni, ate hutan dah banyak yang kene teghang" ketit (ke-tit) 1. gigit. " Abih meghah lengannye kene ketit nyamuk " 2. cubit. "Kene ketit pehe tu, kamu, baghu kamu sedo" 3. potong. "Ce ketit kuku kamu tu, panjang sangat aku tengok"
97
ketit kuku (ke-tik ku-ku) alat memotong kuku. "Mane ketik kuku dalam laci ni, teman nak ngetit kuku" ketong (ke-tong) kerat, potong-potong. "Ketong pendek-pendek sikit batang tebu tu, nanti senangle nak ngigitnye" ketuit (ke-tu-it) ketumbit (ke-tum-bit) ketuat, bintik pada kulit. "Banyaknye ketuit tumbuh celah-celah jaghi kaki kamu" kiak (ki-ak) 1. kuak, selak. "Kiak sikit lalang tu, nanti mike nampakle lubang yang teman koghek tu" 2. membongkar susunan. "Janganle kamu kiak kain baju dalam lemaghi tu, abih besepah" kiang kiap (ki ang ki-ap) tergesa-gesa, kelam kabut. "Kiang kiap die nak nyudahkan juga kojenye malam ini" kicak (ki-cak) kijak (ki-jak) pijak. "Kome kicak lecah tu ngape, abih koto kasut sekolah tu" kike (ki-ke) menggigit. "Kalo tak mandang piso, kike ajele sikit soghang buah mepelam tu" kincah (kin-cah) 1. menbasuh dengan cara mengocak-ngocak dalam air. "Kincah lame sikit, bio betoi-betoi ilang bau hanyonye" 2. diselerakkan. "Abih kene kincah kain baju dalam lemaghi tu" kincap (kin-cap) berjalan laju. "Kincap aje bejalan kulu tu, nak kemane tu Weh" kincit (kin-cit) 1. terberak sedikit (biasanya dalam seluar atau kain). "Kamu kincit dalam seluo iye, basah seluo kamu ni?"
98
2. tipu, perkena. "Kamu kincit duit aku iye, memang tak ngasi " kiPoh (ki-Poh) ke Ipoh. "Mohle kite kiPoh ngikut teman, boleh teman belanje makan nasik kando" kisit (ki-sit) kecut, tidak berisi, sambang. "Padi tahun ini tak beghape nak menjadi, banyak yang kisit aje tak beghisi" kobah (ko-bah) kibas. "Jangan kobah guni boghok tu kuat sangat, abih teghobang abuknye masuk mate" kobak (ko-bak) 1. membuka atau membelah dengan tangan. "Cepatle kobak buah deghoyan tu, deme dah tak sabo nak makannye tu" 2. menanggis dengan kuat. "Kuat bebeno kobak budak tu, sape yang nyakatnye" kobek (ko-bek) 1. cungkil. "Kobek aje isi buah nangke tu dengan tangan" 2. selongkar, cari. "Ape yang kamu kobek dalam lemaghi tu, abih besepah kain baju di dalamnye" 3. tujuan. "Ape yang kamu kobek datang pepagi bute ni " kobin (ko-bin) sudah terlalu tua. "Dah tue kobin baghu kamu nak belajo ke" kobo (ko-bo) kerbau. "Mike nyembelih kobo ke kendughi kawin anak mike
nanti"
kocah (ko-cah) 1. kacau, kocak. "Jangan kamu kocah ayo kolah tu, nanti naik mendaknye" 2. ganggu. "Janganle kocah kakak kamu tengah muat koje sekolah tu" kocok (ko-cok) menyusun daun terup secara rambang "Ce kamu pulak kocok daun teghup ni"
99
kodak (ko-dak) 1. filem kamera (berasal dari sejenis jenama filem "kodak"). "Tolong belikan teman kodak, teman nak nangkap gambo" 2. serdak, sisa, serbuk hancur. "Mane nak ade koi gheghaye lagi gini aghi, kodak tin adele" kodi (ko-di) murah, tidak berkualiti. "Ate, baghang kodi yang kamu beli gitule jadinye, paka kejap dah jahanam" koghak (ko-ghak) selerakkan sedikit api dapor. "Ce kamu koghak sikit api tu, idakle angit nasi yang kamu tanak tu" koghang ajo (ko-ghang a-jo) kurang ajar, biadap. "Koghang ajo budak ni, langsung tak homat kite oghang tue-tue" koghek (ko-ghek) korek. "Lubang tu kene koghek dalam sikit" kohong (ko-hong) berbau terlalu busuk. "Kohong bau bangka kucen tepi jalan tu, takdele sape nak nolong muangnye" koi (koi) kuih. "Aghi ghaye tahun ini adele sesikit teman muat koi, ate bebudak tu semue nak balik kampung" koje (ko-je) kerja, pekerjaan. "Ape koje kamu di Kuale Lumpo tu, ate besole pangkatnye iye dak" kokaih (kokaih) kehidupan yang sangat susah, kais pagi makan pagi. "Sejak
suaminye mati due tahun sudah, kokaih idupnye anak beghanak"
kokak (ko-kak) gigit. "Koyak ghabak kasut aku kene kokak anjen gamaknye" kokas (kok-as)
100
1. panjat. "Jangan kamu kokas pokok jambu tu, nanti jatuh" 2. conteng. "Abihle dinden ghomah aku kene kokas, deme ni pantang dapat pensil kala" kokih (kok-is) lukis, conteng. "Gambo ape yang kamu kokih tu, ce bak aku tengok cantik ke" kokik (ko-kik) kokik-kokik (ko-kik ko-kik) bersembang atau berbual sambil gelak ketawa. "Ape yang kome
kokik-kokik due beghadik dalam bilik ni, sedap benoke ceghite kome"
kolget (kol-get) ubat gigi (berasal dari sejenis jenama ubat gigi "colgate"). "Mane kolget dalam bilik ayo ni, dah abih ke" kolo kolah (Ko-lo ko-lah) alang alang sahaja, sedikit sangat. "Nasi dalam peghoyok tu dah tingga kolo kolah aje, sepinggan pun tak lepah" koman (ko-man) koman sepana (ko-man se-pa-na) tidak berguna, kurang bermutu (berasal dari perkataan Inggeris "common"). "Kamu beli talibisen yang koman, ate begitule jadinye tak tahan lame" kombah (kom-bah ) pungah. "Jangan kombah kain baju dalam lemaghi tu, penat aku nyusunnye" kome (ko-me) kamu, awak semua. "Ate, kome ghama-ghama ni nak ke sekolah ke petang ini" kona (ko-na) 1. selekoh. "Dekat kona kuat itule die jatuh motonye aghi tu" 2. tendangan sudut (berasal dari perkataan Inggeris "corner"). "Sape yang nyepak kona teghuih masuk gol tu, handa iye" kong (kong)
101
1. rim basikal. "Bengkok kong basikanye jatuh dalam lubang di tengah jalan tu tadi" 2. ukuran tempoh masa untuk upah kerja kontrak. "Satu kong, beghape tokeh tu bayo pade kamu" kontang konten (kon-tang kon-ten) terhayun-hayun, terbuai-buai, tegayut-gayut. "Kontang konten aje buah deghoyan tu tingga sebiji tak loghoh-loghoh" konyah (ko-nyah) kunyah. "Konyah makanan dalam mulut tu betul-betul, jangan nak nelan cepat aje" kopak (ko-pak) patah. "Abih kene kopak pintu ghomah tingga tu, koje budak dadahle sape lagi?" kopek (ko-pek) buah dada, tetek. "Ngape kopek kamu ni bengkak Mat, bisul ke" kopen (ko-pen) kulit atau selaput luka yang telah kering. "Dah ade kopen luke kaki kamu tu, sikit lagi baikle die" kopiyah (ko-pi-yah) songkok, ketayap. "Ce ulokan kopiyah teman tu, teman nak ke menesah" kosa (ko-sa) seroi, nasi yang kekurangan air. "Nasi yang kamu tanak ni koghang ayo gamaknye, kosa aje ghopenye" kose (ko-se) ingin. "Tak kose teman ngikut mike ke Pekan tu, baik teman tingga di ghomah nanak nasi" kot (kot) 1. sejenis baju (berasal dari perkataan Inggeris "coat") "Oghang dedulu suke paka kot dengan kain pelekat" 2. mungkin, agaknya "Ce tanye die dulu, kot die nak ngikut kite" kot-kot (kot kot)
102
mungkin, agaknya, entah-entah. "Kot-kot deme malu dengan Makcik iye, tu sebab deme tak nak datang" kotah (ko-tah) kertas. "Ce tulih atah kotah, ape bende yang mike pesan" kotap (ko-tap) 1. cubit dengan kuat. "Die tu takut kene kotap pehenyele tu" 2. patahkan. "Jangan kome kotap pokok bunge aku tu" kotih (ko-tih) cungkil. "Ce, kotih keluo selimbo tu, kalo dibiokan nanti bengkak dan benanah" koyan (ko-yan) terlalu banyak. "Ate, duitnye koyan dalam bank, bolehle idup mewah meli keghete beso" koyok (ko-yok) 1. tipu. "Jangan kamu koyok aku, aku pun tahu macam mane nak muatnye" 2. ubat tampal Singseh berwarna hitam. "Kalo sakit gigi, tampal aje koyok pade pipi yang sakit tu" kubung (ku-bung) 1. bertutup lingkup dengan kain. "Mane nak kena, die paka kubung kepale" 2. tempat yang tertutup, parit besar untuk saliran air menyemberang bawah jalan. "Mane nak mencaghinye tadi, die nyoghok bawah kubung tepi jalan tu" kuca (ku-ca) 1. kacau untuk mengaul. "Tolong emak kuca bubo kacang dalam peghoyok atah dapo tu" 2. kucai, sejenis sayur daun hijau. "Jemput ikan bilih ni sedap kalo bubuh daun kuca dengan toge" kulu (ku-lu) menghala ke kawasan hulu sungai. "Die sedang mudik kulu
dengan sampannye"
kulu kelo (ku-lu ke-lo)
103
1. ke hulu ke hilir, mundar mandir. "Nak kemane mike kulu kelo pepetang ni, ape yang nak mike caghi" 2. boleh kemana sahaja, serba boleh. "Die tu kulu kelo semue boleh, mike soghoh aje die" kulup (ku-lup) kulup mole (ku-lop mu-le) anak lelaki dan sulung dalam keluarga. "Keme manggil abang keme tu Kulup Mole, sebab die anak lelaki yang tue sekali" kumbah (kum-bah) meninggalkan acara atau majlis. "Belum abih majlih lagi, die dah kumbah balik, ade ha katenye" kumbas (kum-bas) selongkah, punggah. "Abih kain baju aku kene kumbas dalam lemaghi ni, sapele punye koje" kume (ku-me) kami. "Kume semue nak datang ke ghomah mike aghi minggu ni, ate ade ke lagi buah deghoyan mike" kuno (ku-no) memperbodoh. "Kamu jangan nak kuno temanle pasa Kuale Lumpo tu, teman pun selalu pegi" kuah deghoyan (ku-ah de-gho-yan) sira yang diperbuat dari isi durian. "Kuah deghoyan cicah dengan ghoti paun memang sedap kome" kusa basa (ku-sa ba-sa) kusut masai dan tidak terurus. "Kusa basa aje ghope mike ni, ate baghu bangun tido ke" kuta (ku-ta) 1. terlalu lama. "Dah kuta teman nunggu mike di sini, ate kemane mike pegi lame bebeno" 2. sangat tua. "Teman ni dah kuta, dah lame makan gagham daghi kamu, jangan nak buale" kutei (ku-tei)
104
cubit. "Gegham aku nengok pipi budak ni, ghase nak aku kuteikutei pipinye" kutu beghehak (ku-tu be-ghe-hak) seseorang yang tidak berguna atau tidak berharta. "Budak jantan kutu beghehak mane yang kamu buat kawan" kuwih (ku-wih) kuis. "Kuwih bangka cicah tu ke tanah, bio dimakan ayam bawah ghomah tu"
105
L
labang (la-bang) pekak. "Ngapele labang bebeno telinge kamu ni, aku cakap kuatkuat pun kamu tak dengo" labas (la-bas) celupar. "Mulut kamu ni memang labas, sedap bebeno kamu ngate die macam-macam" laboh (la-boh) panjang ke bawah. "Kaki seluo kamu tu laboh sangat, abih nyapu lanta bile bejalan" labun (la-bun) 1. bual, borak kosong. "Ape yang kome labun bedue ni sedap bebeno aku dengo" 2. cakap besar. "Jangan kamu nak labun, keme kena sape kamu tu, cakap tak serbe bikin" laghe (la-ghe) tanda-tanda. "Tak adele laghe die nak balik aghi ni, dah memalam begini mane ade lagi bas" lagho (la-gho) 1. perbuatan yg tidak betui, tidak senonoh. "Peghanga kamu ni lagho bebeno, dah macam oghang tak betoi aje aku tengok" 2. mencari. "Ape yang mike lagho tepi utan tu, mencaghi taghuk kayu nak buat ulam ke" lagut (la-gut) ralit, asyik, terlalu lama. "Lagut teman nunggu mike di keda tu, kemane mike pegi lame bebeno" laih (la-ih) keadaan yang teruk. "Basika kamu ni dah laih sangat, elokle ganti yang baghu" laki (la-ki) suami. "Mane laki kamu, tak datang same ke"
106
laki bini (la-ki bi-ni) suami isteri. "Deme laki bini bedue aje, anak-anak tak datang same" lampu geslen (lam-puges-len) lampu pam minyak tanah. "Oghang beniage paso malam masih paka lampu geslen" lana (la-na) ranap dan rapat habis. "Abih lana ghompot di laman tu kene lanyak taya loghi deme" lanco (lan-co) lancar, hafal. "Kamu dah lanco ke kekali yang Cikgu bagi tu" lancut (lan-cut) lajak, terlepas. "Kite ni dah lancut ke depan sangat ni, ce undo ke belakang balik" langgat (lang-gat) 1. susun secara bertindih-tindih, bertingkat. "Langgat aje pingan mangkok tu dulu, kaghang kite basuh" 2. longgok. "Beghape ghenggit satu langgat buah jeghing ni" langgo (lang-go) langgar. "Mujo die tak kene lango moto di tepi jalan tu tadi" lango (la-ngo) lalat besar. "Besonye lango yang ngoghong ikan kamu ni" langsuyo (lang-su-yo) langsuir. "Deme kate, memalam di jalan itu ade antu langsuyo, ade oghang peghonah tetembong" langut (la-ngut) dongak. "Ce mike langut sikit kepale tu katah" lanta jaghang (lan-ta ja-ghang) lantai yang diperbuat dari bilah buluh atau batang pinang. "Tido
atah lanta jaghang ni sedap, empone aje ghasenye kene angin daghi bawah ghomah"
107
lantak (lan-tak,) 1. biarkan. "Lantak kamule nak buat ape pun, aku dah tak kesah ape pun nak jadi dengan kamu" 2. dilanggar, dihentam. "Ghemuk basikanye kene lantak keghete dekat simpang tige tu" lantin (lan-tin) tempat duduk atau barang di belakang pada basikal. "Atah lantin basikalnye, ade aje bakul deghoyan" lantong (lan-tong) berbau kuat. "Kuatnye bau kentut kamu, sampa ke sini lantong baunye" lanyo (la-nyo) melimpah dengan banyak. “Jangan kamu lanyo ayo tu atah simen tu, nanti tegeloceh adik kamu” laung (la-ong) panggil. "Teman laung mike daghi sebeghang jalan tu tadi, tapi mike tak dengo" las (las) akhir (berasal dari perkataan Inggeris "last"). "Sape yang dapat nombo las dalam kelah kite tahun ini" lasu (la-su) 1. basi. "Ayo susu dalam kotak ni dah lasu, jangan kome minum nanti sakit peghut" 2. layu, lesu. "Ngape lasu aje ghope kamu ni, letih bebeno ke bejalan ke Pekan tu tadi" latam (la-tam) digunakan sepenuh dan sepuas-puasnya, lanyak. "Abihle kene latam basika ayah kamu bile aghi minggu begini" lat setumbe (lat se-tum-be) selang kemudian. "Lat setumbe lepah mike balik, die pulak sampa" lauk (la-uk)
108
1. hidangan sampingan mengiringi nasi. "Ape lauk yang mike jamu tetamu kite ni" 2. mangsa. "Jadi lauk diele kamu ni, kamu tu lughuih bendul bukan tahu nak ngelak" lawah (la-wah) 1. habis, pupus. "Buah deghoyan teman dah lawah dikoje tupa" 2. bersih dan lapang. "Dah lawah teman tengok laman ghomah mike ni teman tengok" 3. berasa lega. "Ghase lawah sikit aghi ni, kalo idak dah due tige aghi peghut teman tak mahu kayo" lawan (la-wan) pasangan pengantin. "Ate, oghang mane lawan anak mike tu nanti, jauhke nak nganto mepelanye" layo (la-yo) 1. letakkan berhampiran ungun api untuk mengeringkan atau melayukan. "Layo dulu daun pisang tu pade api dapo, idakle koyak bile kamu gulung" 2. tayang, menunjuk-nunjuk. "Ate, ngape kamu layo depan die, sakit atile die" lebo (le-bo) panas, lebur. "Panahnye ayo kopi ni, lebo ghase lidah teman" lêbo (lê-bo) lebar, besar. "Ce isi nasi tu dalam pinggan yang lêbo sikit" leboh (le-boh) hilang. "Abih leboh duit aku dalam laci ni, sapele ngambiknye" lebun (le-bun) elok gebu. "Elok lebun naiknye koi apam yang kamu masak ni" lecah (le-cah) becak. "Janganle kamu kijak lecah tu, kotole kasut kamu" leco (le-co) lecur, terliur kerana teringin nak makan sesuatu. "Leco ayo lio teman nengok mike makan mepelam"
109
lecup (le-cup) lecet, kulit kaki yang terkelupas. "Dah lecup kakinye kene makan dik kasut baghunye tu" leghah (le-ghah) lekas. "Leghah sikit, kite dah lambat ni, nanti kene tingga pulak" lêghah (lê-ghah) daerah, kawasan. "Lêghah mane ghomah mike itu, dekat dengan masjid kampung tu iye" leghoi (le-ghoi) lerai. "Makanle buah langsat yang dah leghoi daghi tangkanye tu dulu" lehak (le-hak) berlapok dan rosak kerana ditinggalkan terlalu lama dan tidak digunakan. "Motonye dah lehak bawah ghomah tu, takde sape nak makanye" lehe (le-he) leka, lalai. "Janganle lehe sangat di tepi teben tu sampa tak ingat nak balik" leho (lo-ho) waktu zohor. "Dah masuk waktu leho ni, baik kite semayang dulu baghu kite makan tengah aghi" lehung (le-hung terlalu busuk, bau busuk yang terlalu kuat. "Lehung baunye sampa nyucuk idung, kentut sapele ni" leklok (lek-lok) elok-elok, baik-baik, berhati-hati. "Mawak keghete balik ke Kuale Lumpo tu leklok sikit, jangan laju" leko (le-ko) alas periuk yang diperbuat dari lidi daun kelapa. "Ayahnye panda muat leko untuk alas peghoyok daghi lidi nyio" lelinto (le-lin-to)
110
halilintar. "Pokok deghoyan teman tu sekah kene panah lelinto malam tadi" lêmpo (lêm-po) lempar, buang, baling. "Ngape kamu lêmpo buku kakak kamu keluo tingkap?" lempok (lem-pok) isi durian yang dimasak untuk disimpan lama. "Isi deghoyan ni kite buat lempok, bolehle tahan lame" lemuih (le-muih) muka yang bersih licin dan cantik. "Lemuih muke budak pompuan itu, bekenan aku nengoknye" lênang (lê-nang) 1. tenang. "Lênang aje ayo sunga tu, bolehle kite mandi" 2. bergenang. "Lênang aje ayo matenye, nak teghoyak malu" lendat (len-dat) dirapatkan sehingga sendat kebawah. "Lendat ghomput laman ghomah aku kene lanyak taya keghetenye" lendiyo (len-di-yo) lendir. "Isy genyi aku nengok kamu ni, ce lap lendiyo inguih kamu tu" lêngah (lê-ngah) lambat, tangguh. "Janganle lêngah sangat kamu datang, nanti abih pulak lauk" lengit (le-ngit) berlengas. "Lengit badan teman nunggu die lame sangat tengah panah tu" lenjan (len-jan) lanyak, dipijak-pijak. "Abih kene lenjan tempat tido aku tu, pegi melompat di luo sane tu" lenje(len-je) air mata bercucuran tidak berhenti. "Lenje ayo matenye teghoyak sebab sedih sangat"
111
lenjun (len-jun) basah kuyup. "Lebat tak lebatle ujan tadi, tapi abihle basah lenjun baju teman" lênko (lên-ko) 1. kawasan, lingkongan. "Lênko mane ghomah mike, dekat dengan masjid tu ke" 2. gulung. "Ce lênko ghotan tu, senangle nak mawaknye masuk ke dalam keghete" lenkong (len-kong) agar-agar."Dah lame kite tak makan koi lengkong iye mak, moh kite buat untuk bebuke petang ni" lentang kuso (len-tang ku-so) susah payah, perit jerih.
"Lentang kuso die bendangnye sensoghang, suaminye sakit teghuk"
ngojekan
lenten leghin (len-ten le-ghin) tidak tentu hala. "Lenten leghin ghope kamu ni, ngape banyak sangat keghoje ke nak disiapkan" lenten peghen (len-ten pe-ghen) terlalu letih, membuat kerja yang berat. "Lenten peghen die muat koje nak mencaghi rghezeki nanggung anak bini" lenyak (le-nyak) lanyak. "Jangan lenyak katil tu, malam kaghang kome nak tido di mane kalo katil tu dah ghoboh" lênyo (lê-nyo) terlalu lembik, menjadi lembik. "Buah betik ni dah lênyo sebab dah masak sangat" lepe (Le-pe) alpa, terlupa seketika. "Pantang kite lepe sikit, abihle diambiknye duit kite dalam daba ni" lepo (le-po) lêpok (lê-pok) sepah, biar, letak di merata-rata. "Ngape kamu lepo aje kain baju sekolah kamu di sini, pegi sangkut dalam bilik tu"
112
lepok (le-pok) pukul. "Ngape kamu lepok kepalenye, sakit kepalenye" lêsak (lê-sak) tidak boleh duduk diam, sentiasa bergerak. "Tak siyo teman tido dengan mike, mike tu tido lêsak sangat" lesing (le-sing) 1. campak, baling. "Aku lesing buku kamu keluo tingkap" 2. pukul dengan tangan, tampar. "Aku lesing seliang, bedamo mukenye" lesyo (le-syo) 1. leper. "Lesyo bebeno peghennye, abihle tumpah kuahnye kaghang" 2. terlalu tawar. "Tawo lesyo ayo kopi kamu ni, dah tak mandang gule ke di ghomah ni" letio (le-tio) leter. "Die maghahkan mike, teman yang teghuk kene letio daghi pagi sampa ke petang" leto (le-to) seluruh. "Leto teman mencaghinye meghate tempat, tapi hagham tak jumpe juge" leto alam (le-to a-lam) seluruh alam. "Dah leto alam teman mencaghinye, entah sapele ngambiknye" liang (li-ang) 1. lubang. "Ce koghek liang tu beso sikit, senangle mase nak nanamnye" 2. kali. "Berape liang muke kamu kene tampo" libang libu (li-bang li-bu) rimas, tidak tentu hala. "Libang libu teman dibuatnye, selagi tak dapat dipeghosahnye teman" licin lico (li-cin li-co)
113
habis semuanya. "Licin lico sepinggan nasik dimakannye, langsung tak tingga untuk oghang lain" lime duit (li-me du-it) lima sen. "Lagi lime duit nak cukup seghenggit, ini baghu ade sembilan kupang lime duit aje" lime kupang (li-me ku-pang) lima puluh sen. "Seghenggit setengah tu ghetinye seghenggit lime kupang le" lincap (lin-cap) bergerak laju, cekap. "Die tu lincap aje muat koje ghomah" lingkup (ling-kup) 1. rosak teruk. "Abihle lingkup permainan kamu tu, kamu tegheban ke tanah macam itu" 2. bertutup rapat. "Betutup lingkup aje pintu ghomah mike, teman ingat mike tak ade di ghomah" 3. bertudung semua. "Dah betudung lingkup dah die sekaghang, bukan macam dulu tededah aje" linto (lin-to) halilintar. "Abih tebako talibesen teman kene panah linto mase ujan lebat semalam" liplap (lip-lap) berkelip-kelip. "Cantik lampu liplap yang kamu pasang tu, mane kamu belii" liun (li-un) sedang elok empok, masak. "Elok liun ubi yang kamu ghebuih ni, ubi yang baghu dicabut ke" liut (li-ut) sudah liat disebabkan masuk angin. "Koi gheghaye tu dah liut sebab dah lame sangat, masuk anginle" liyo (li-yo) liur. "Ce lap sikit ayo liyo kamu tu, genyi aku nengoknye meleleh aje"
114
lobek (lo-bek) sentiasa kalah dalam permainan. "Kamu ni lobek sangat, asyik kalah aje dalam lumbe laghi" loceh (lo-ceh) memisahkan isi dari biji dengan menggunakan tangan. "Ce tulong loceh isi deghoyan tu, boleh kite buat tempoyak" locok (lo-cok) mengunakan kepunyaan orang lain sepenuh dan sepuasnya. "Jangan kamu locok kasut abang kamu tu, kalo die balik kaghang teghuk kamu dimaghahnye" loghat (lo-ghat) 1. keadaan yang teruk. "Ayahnye dah loghat sangat sakitnye aku tengok, elokle kamu jengok die" 2. perangai yang tidak senonoh. "Janganle loghat sangat peghanga kamu ni, homatle sikit keme ni" loho (lo-ho) waktu zohor. "Lepah semayang loho nanti, teman nyemput semue jemaah makan tengahaghi di ghomah teman" lokat (lo-kat) 1. merosakkan sesuatu benda atau peralatan. "Janganle kamu lokat baghang permainan kamu tu" 2. pecah. "Abih kunci ghomahnye kene lokat, mase deme pegi ke Kelompo aritu" loklik (lok-lik) melaksanakan sesuatu kerja dengan perlahan. "Loklik kamu ni muat koje, kalo pelahan begini bile nak siapnye" lolaih (lo-la-ih) tidak bersemangat, membuat kerja sambil lewa. "Kamu ni muat koje pun lolaih sangat, tak besemangat langsung" longam (lo-ngam) boros, cepat habis. "Jangan longam sangat makan lauk tu, taghuhle sikit untuk abang kamu nanti" longgak (long-gak)
115
ada ruang sedikit, ada kurang sedikit. "Sekaghang ni adele longgak sikit bile dah selesa kendughi kahwin deme tu" longkah (long-kah) berasa kurang, lega sedikt. "Dah longkah sikitle ghase sakit kaki teman ni, kalo idak nak bejalan pun payah" longo (lon-go) longgar. "Dah longo pentelun kamu ni, kamu dah kughuih ke" lonjong (lon-jong) tinggi kurus. "Kughuih lonjong aje aku tengok budak pompuan yang kamu bekenan tu, idakle lawa sangat" lonto (lon-to) lontar, campak. "Budak yang badan beso tu memang handa
dalam acaghe lonto pelughu"
Lop (Lop) Abang yang sulung, anak lelaki yang sulung dalam keluarga. "Lop tu abang saye yang sulung" lotah(lo-tah) permainan tradisional semasa musim menuai untuk mengirik padi beramai-ramai sambil menanyi dan berbalas pantun. "Zaman dulu, bile abih aje musim menuai padi, ghamale yang
bemain lotah di kampung ni, sambil tu deme begotong ghoyong ngeghik padi"
lotak (lo-tak) 1. digunakan selalu sangat sampai lunyai. "Abihle lotak basika aku kamu paka" 2. terlalu lama. "Lotak teman nunggu mike di pekan tu tadi, tapi mike tak juge datang-datang" loto(lo-to) lontar, campak. "Ce tulong loto tuala tu ke tanah, teman nak pegi
mandi ke tebin"
loya (lo-ya) peguam (berasal dari perkataan Inggeris "lawyer"). "Kamu dah ade loya ke yang nak mêlê kamu"
116
loya boghok (lo-ya bo-ghok) suka menunjuk kepintarannya tapi sebenar tidak pandai, suka menjawab. "Kamu jangan nak loya boghok dengan aku, aku pun tahule " loye (lo-ye) berasa hendak muntah, mual. "Loye ghase tekak teman nengo gelembong kamu" lugu (lu-gu) jenuh, terlalu lama. "Lugu teman nunggu teksi di tepi jalan tu, tapi sebuah pun tak ade lalu" lulo (lu-lo) 1. lapar. "Lulo sangat ghope kamu ni, macam dah tak makan beaghi-aghi" 2. teringin "Janganle kamu lulo sangat dengan ghete pesake deme" lulum (lu-lum) kulum, menghisap sesuatu dalam mulut. "Ape yang adik kamu lulum dalam mulutnye tu, cekelat ke" lumat (lu-mat) 1. hancur. "Kalo nak muat gula tempoyak, numbuk caba masak tu tak payahle lumat sangat" 2. teruk dikerjakan. "Lumat lengan adik kamu diketit nyamuk malam tadi" lumo(lu-mo) lumur. "Ngape kome lumo muke adik kome dengan bedak" lunya (lu-nya) lunyei (lu-nyei) rosak akibat sering sangat digunakan. "Sampa lunyei buku aku, kamu pinjam lame sangat" lutu (lu-tu) serang dan memukul bertalu-talu. "Teghuk budak tu kene lutu kepalenye"
117
M
mace (ma-ce) membaca. "Pegile mace buku dalam bilik tu, idakle dikaco dik adik kamu" macu (ma-cu) memacu. "Lajunye die macu kude, tak tekejo yang lain tu" made (ma-de) memadai, mengcukupi. "Teman pikio pun made banyak itu, malule nak mintak lagi" maghe (ma-ghe) malang. "Mujo tak maghe aje die, tibe-tibe kobo melintah depan motonye" maghu (ma-ghu) 1. membaharui. "Die kipoh nak maghu paspotnye yang dah lame mati" 2. malang, mala petaka. "Mujo tak maghu teman tadi, tibe-tibe aje ade keghete tebabah nyaghih nak melango teman" magi (ma-gi) memberi. "Sape yang magi kamu duit belanje" mago (ma-go) memagar. "Teman mago kebun pisang tu sebab babi utan banyak sangat " maha (ma-ha) mahal. "Maha ke ghege keghete baghu kamu ni?" maik (ma-ik) membaiki, membetulkan. "Mike panda ke maik moto, ce baikkan moto teman ni" main bughu (ma-in bu-ghu) bermain kejar mengejar. "Mase dulu kalo mandi sungai, mesti keme main bughu dalam ayo"
118
main keten (ma-in ke-ten) bermain jahat, menyepak keting lawan dalam permainan bola. "Jage-jage budak tu, bile main bola die suke main keten" main nganto (ma-in ngan-to) permainan menghantar kuih di bulan puasa ke rumah jiran dan sebagai balasan pihak penerima kene mengejar pihak penghantar untuk dilumur dengan tepung atau arang kuali jika berjaya ditangkap."Semalam keme main nganto, teghuk muke die kene lumo dengan aghang kuali" main teben (ma-in te-ben) bermain di tepi sungai. "Kome jangan main teben, nanti jatuh kayo" maje (ma-je) membaja. "Mike dah maje ke padi mike di bendang daghat tu?" maji (ma-ji) memaji. "Ayahnye tengah maji batang getah tu nak melahnye" majo (ma-jo) rugi, tidak berguna. "Majo ajele teman, tak de sape nak meli ais bile aghi ujan-ujan macam ni" maka (ma-ka) memakai. "Die yang maka seluo panjang ghone cokelat tu" makan dik aghi (ma-kan dik- a-ghi) telah menjadi pudar, luntur kerana terlalu lama terkene cahaya matahari. "Baju teman ni dah makan dik aghi, dah sampa ilang ghonenye" mak menti (mak men-ti) tikus. "Jangan sempahkan nasi atah lanta tu, nanti banyak mak menti meghayap memalam" mako (ma-ko) membakar. "Emak mako ayam panggang ke malam ni, sedapnye"
119
maku (ma-ku) memaku. "Sapele yang maku papan lanta ni, mujo aku tak tepijak" mala (ma-la) layu, pudar. "Ngape tak dicuco pokok bunye emak ni, tengok dah mala aje ghopenye" malam bute (ma-lam bu-te) qwaktu tengah malam. "Kemane kamu pegi malam bute baghu balik" malu alah (ma-lu a-lah) serba salah. "Teman sebenonye malu alah dengan die tu, die tu banyak nulong teman" malu kampeni (ma-lu kam-pe-ni) malu kompeni (ma-lu kom-pe-ni) memalukan semua orang, berasal dari perkataan Inggeris "company". "Kamu jangan nak buat malu kompeni, meboghokkan name kampung ini pulak" malun (ma-lun) memukul, menghentam. "Sapa yang malun kamu ni sampa lebam muke kamu" mama (ma-ma) mamai. "Die baghu bangun tido, tu yang mama aje ghopenye" mandang (man-dang) 1. menengok. "Kamu jangan nak mandang kelain bile aku becakap dengan kamu" 2. tidak ada. "Teman mandang beduit, teman bukannye makan gaji macam kome" mane (ma-ne) mana. "Mane kamu simpan baju yang baghu aku beli tu" mancuh (man-cuh) memancuh. "Dudukle dulu iye, bio teman ke dapo mancuh ayo" mandi teben (man-di te-ben)
120
mandi di sungai. "Bebudak tu teghingin nak mandi teben, tu yang teman bawak deme ke sunga tu" manggei (mang-gei) memanggil. "Miike takde di ghomah ke aghi tu, jenuh teman manggei takde sape nyaut" mangunkan (man-gun-kan) 1. membesar, membina. "Moyang diele yang mole-mole mangunkan kampung ni dulu" 2. menggerakkan dari tidur. "Kalo tak ade emaknye mangunkan die tiap-tiap subuh, tak pegi ke sekolahle die" manih (ma-nih) manis. "Muat ayo kopi tu, janganle manih sangat" manja (man-ja) sejenis katil kayu yang lantainya diperbuat dari tali-tali yang dianyam. "Teman suke tido atah manja ni, Bengali yang jadi jiran teman dulu yang maginye" manko (man-ko) 1. buah yang belum begitu masak, mengkal. "Deghoyan yang loghoh tu tak beghape elok masaknye lagi, manko aje" 2. terkena, tertipu. "Mangko teman dibuatnye nunggu di Pekan tu tadi, die janji kejap aje" manta (man-ta) memukul. "Bapaknye tengah manta die dengan tali pinggang sebab tak nak ke sekolah" mantin (man-tin) membanting. "Siang malam teman mantin tulang mencaghi ghezeki nak nanggung deme belajo" mantu (man-tu) membantu. "Mujole deme dah koje semuenye, dapatle deme mantu teman sikit soghang ke Mekah ni" mapah (ma-pah) memapah. "Diele yang nulong mapah ayahnye kalo nak kayo"
121
masak ghongah (ma-sak ghon-gah) memasakan apa yang ada sahaja secara rengkas serta cepat. "Teman tadi nak deghah ke sekolah, ate masak ghonah ajele ape yang ade" masang (ma-sang) memasang. "Sapele yang masang lampu dalam bilik siang-siang bute ni" masuh (ma-suh) membasuh. "Tiap-tiap minggule teman masuh kasut sekolahnye, aghapkan die langsungle tak bebasuh" masuk bok (ma-suk bok) diambil kira, diterima. "Kamu tak masuk bok sebab kamu bukan oghang kampung ini" masuk jawi (ma-suk ja-wi) berkhatan. "Musim cuti sekolah ni ghamale bebudak masuk jawi, tu yang ghama di sepital tu" mate-mate (ma-te ma-te) polis. "Arwah bapak teman dulu jadi mate-mate di Bala Poleh Batu Gajah" mate-mate gelap (ma-te ma-te ge-lap) Polis Cawangan Khas. "Die tu dulu jadi mate-mate gelap di Bala Poleh Paghit" mati meghagan (ma-ti me-gha-gan) menderita dan terbiar hingga mati dengan sia-sia. "Kambing teman tu mati meghagan begitu aje, entah apele sakitnye" mawah (ma-wah) menyewa. "Teman mane ade bendang sendighi, teman mawah bendang oghang" mawak (ma-wak) membawa. "Saye mawak bekal ke sekolah sebab nak jimat duit belanje" mayang (mayang)
122
mengupas nipis-nipis. "Ce tulong emak mayang bawang beso ni, cepatle sikit kite boleh masak" mayo (ma-yo) membayar. "Kamu dah mayo yuran sekolah kamu tahun ini ke" mayung (ma-yung) 1. melindung dari hujan atau panas. "Baiknye die mayung ibunye bejalan di tengah panah teghik" 2. melepaskan gasing ke atas gasing lawan yang sedang berpusing dalam permainan gasing. "Bukan main kuat die mayung, sampa pecah gasing lawannye" mebak (me-bak) semerbak. "Mebak satu ghomah, minyak ata ape yang kamu paka" mebute (me-bu-te) bahasa kasar untuk tidur. "Siang malam asyik mebute aje koje kamu, muat koje malah" mecat (me-cat) memecat, mencela. "Suke sangat kamu mecat koje oghang iye, koje kamu tu ape nak ubahnye" meda (me-da) memukul, menghentam. "Sape yang meda kamu ni, ce kamu kabo pade aku bio aku beda die balik" medang (me-dang) sentiasa, selalu. "Medang aje teghoyaknye, ngape kamu ni" mêdek (mê-dek) membedek, meneliti. "Mike mêdek ape tu, negun aje sampa teman datang pun mike tak sedo" megang pose (me-gang pose) mula berbuasa di bulan Ramadan. "Malam ni oghang nengok anak bulan, esok ato luse kite mulele megang pose iye" mêge (mê-ge)
123
cuba membaikki. "Panda ke kamu mêge keghete tu, macam tikuih maik labu aje aku tengok" meghaban (me-gha-ban) tidak tentu hala, merana. "Meghaban juge die sekejap, mase bininye baghu-baghu meningga dulu" meghacun (me-gha-cun) tidak ada langsung. "Buah deghoyan teman dah meghacun bebuah tahun ini" meghagam (me-gha-gam) 1. sering menangis. "Memang kamu ni kuat meghagam, sikitsikit teghoyak, tak adele koje lain" 2. sering membuat hal. "Keghete teman ni dah boghok, ate selalu ajele meghagam di tengah jalan" meghagan (me-gha-gan) menderita dan terbiar. "Sangguple die meghagan begitu aje, langsung tak nak pegi ke sepital" meghak (me-ghak) 1. berbau wangi, harum semerbak. "Minyak wangi ape yang kamu paka sampa meghak satu ghomah" 2. membangga diri. "Kamu jangan nak jadi meghak pulak di kampung ni, nak nunjuk-nunjuk" meghambu (me-gam-bu) berjalan-jalan ke sana sini tanpa tujuan. "Kemane mike meghambu dengan moto baghu mike tu" meghanduk (me-ghan-duk) mengharong air. "Kalo ade banjir kilat, jenuhle kite kene meghanduk ayo nak datang ke sekolah ni" meghane (me-gha-ne) merana, hidup melarat, hidup susah. "Idupnye meghane sejak suaminye meningga tahun lepah" meghang (me-ghang) menyeberang. "Teman nak meghang naik sampanke Lelayan Kighi sekejap"
124
meghap (me-ghap) memarap. "Meghap bawah ketiak emak kamu ajele, langsung tak nak keluo" meghapu (me-gha-pu) 1. bertindak yang bukan-bukan. "Kamu jangan nak meghapu cakap yang bukan-bukan dengan aku" 2. mengambil kesemua. "Die dah meghapu semue ghete bende adik beghadiknye" meghati (me-gha-ti) memerhati. "Die meghati daghi jauh aje, bukan nak nulong kite" meghawe (me-gha-we) mengambil dengan menyapu dahulu. "Jenuhle emak nak meghawe nasi yang kamu tumpahkan depan tibi" meghayo (me-gha-yo) merayau. "Kemane kamu meghayo memalam bute ni, ape yang kamu caghi" meghê(me-ghê) sangat marah. "Janganle meghê, teman nak begugho aje dengan mike, takkan tak boleh" meghebah (me-ghe-bah) membuang air besar. "Aghi ini die sakit peghut, tu yang asyik nak meghebah aje kojenye" megheco (me-ghe-co) megheco-gheco (me-ghe-co-ghe-co) tumpah dan jatuh bertaburan. "Ce pelahan sikit mawak ayo tu, idakle tumpah megheco atas lanta" meghedah (me-ghe-dah) meredah. "Zaman dulu, kalo nak ke sane, kene meghedah utan" meghejang (me-ghe-jang) melontar sesuatu yang panjang. "Dalam sepot nanti teman ngambik bagian dalam acaghe meghejang lemben"
125
meghekah (me-ghe-kah) merekah, terbuka. "Deghoyan tu dah due aghi meghekah, elok muat tempoyak aje" megheket (me-ghe-ket) pasar (berasal dari perkataan Inggeris "market"). "Emak pegi
meli ikan di megheket Pekan Paghit"
meghelap (me-ghe-lap) menangkap ikan di sungai menggunakan daun pisang kering. "Deme mencaghi daun keghonsong, petang ni deme nak meghelap ikan di sunga tu" meghen (me-ghen) 1. tidak siuman. "Oghang yang bejalan kulu kelo tak bebaju tu, meghen sikit otaknye" 2. senget, miring. "Oghang zaman dulu, kalo maka songkok
mesti meghen sikit ke kanan"
meghendeh (me-ghen-deh) berbuah lebat. "Meghendeh buah ghambutan mike tahun ini iye, jenuhle makannye" meghengek (me-ghen-gek) meminta dan mendesak tanpa mahu berhenti sehingga berjaya, merengek. "Selagi tak dapat ape yang dinaknye, selagi itule die tak beghenti meghengek" meghenen (me-ghe-nen) 1. tegang dan berkilat. "Dah meghenen sangat belon tu, jangan ditiup lagi nanti pecah" 2. air peluh yang berkilat. "Meghenen peluh di dahinye, aghi ni memang panah bebeno" meghenkek (me-ghen-kek) hidup susah. "Dulu mewahle idupnye, tapi sekaghang ni dah meghenkek" meghentah (me-ghen-tah) 1. memerentah. “Masa
zaman Jepun meghentah memang deghite idup keme, makan ubi kayu aje”
dulu,
126
2. suka menyuruh. “Kecik lagi dah suka meghentah oghang, soghoh buat itumenye” meghetang (me-ghe-tang) meragam dan tidak tentu hala, naik minyak. "Ngape kamu
meghetang ni, ape yang kamu maghahkan sangat"
meghi (me-ghi) anjal. "Tilam katil ni dah tak meghi lagi dah, ate dah lame" meghibe tangan (me-ghi-ba tan-gan) tidak melakukan apa-apa, duduk diam. "Teman ni meghibe tangan ajele nampaknye, ate semue koje dah mike siapkan" meghocik (me-gho-cik) mercik. "Abih meghocik ke muke keme ayo tangan kamu tu" meghodong (me-gho-dong) bergerak laju ke hadapan. "Nak kemane tu, meghodong aje ke depannye" meghogah (me-gho-gah) sesuatu yang menghairankan. "Teman ingat apeke meghogah itam aje tengah ayo tu, ghopenye kobo" megholoh (me-gho-loh) tidur. "Takde koje lain bile cuti, asyik megholoh ajele kamu" meghontun (me-ghon-tun) meruntun. "Meghonton peghasaan nengok ceghite Hindustan tu iye, begenangle juge ayo mate teman" meghoyam (me-gho-yam) meriam. "Deme nembak meghoyam mase sambutan ulangtahun aghi tu" meghoyam buluh (me-gho-yam bu-luh) meriam yang diperbuat dari tanah. "Zaman dulu bile bulan pose, keme suke main meghoyam buluh" meghoyam tanah (me-gho-yam ta-nah)
127
meriam yang diperbuat dalam tanah di tepi tebing. ""Zaman sekarang bebudak kampung dah tak panda main meghoyam tanah" meghoyan (me-gho-yan) meroyan, tidak sedarkan diri dan meracau-racau. "Oghang lepah beghanak ni, deme kate suke meghoyan tak sedo dighi" meghoyang (me-gho-yang) biawak. "Bile dah memalam, ade meghoyang ngojekan anakanak ayam dalam gheban tu" meghun (me-ghun) perun, membakar sampah atau daun-daun kering. "Ayahnye tengah meghun daun-daun keghin" mekap (me-kap) 1. menampal. "Sapele yang mekap posta pade dindin ni" 2. tidak mahu kemana-mana. "Mekap ajele kamu di bawah ketiak emak kamu" mêkap (mê-kap) bersolek. "Kamu mê-kap cantik sangat ni, nak nyongkit kemane" mêken (mê-ken) membaiki, membuat."Ate, sape yang mêken keghete mike yang ghosak di tengah jalan tu" mekop (me-kop) menutup. "Ngape kome mekop idung bile die lalu, busuk bebeno ke bau badannye" mekuang (me-ku-ang) sejenis tumbuhan yang boleh dibuat tikar. "Pokok mekuang banyak tumbuh di tepi tebin tu" melah (me-lah) membelah. "Ce tulong emak melah kayu api ni" melagham (me-la-gham) bergaya untuk menunjuk. "Mike nak kemane melagham dengan baju baghu tu, nak ke pekan ke"
128
melahu (me-la-hu) duduk diam tidak berbuat apa-apa, tidak bekerja. "Ape kojenye lepah pencen ni, asyik melahu ajele pagi petang" melakung (me-la-kung) bertakung. "Melakung kuah gula tempoyak dalam pingan nasinye, memang gemo bebeno die" melana (me-la-na) terlalu banyak. "Ate, die tu oghang kaye, tentule duitnye pun melana dalam bank" melancak iyak (me-lan-cak i-yak) terlalu banyak. "Melancak iyak tu tak adele, tapi kalo setakat nak makan tu bolehle" melangut (me-la-ngut) 1. mendongak. "Melangut nengok katah tu milang bintang ke" 2. tidak melakukan apa-apa, membuang masa. "Melangut ajele kojenye aghi-aghi, soghoh caghi koje tak siyonye" melantong (me-lan-tong) melantong kehong (me-lan-tong ko-hong) berbau terlalu kuat, terlalu busuk "Kuatnye bau kaki kamu sampa melantong kehong satu bilik" melanyo (me-la-nyo) 1. tumpah dan melimpah. "Abih melanyo atah lanta kamu tumpahkan ayo kopi tu, ngape" 2. terlalu banyak. "Melanyo buah deghoyan atah dangonye, dah tak temakan" melantak (me-lan-tak) 1. memakan semua sekali. "Kuat bebeno kamu melantak, sampa abih satu peghoyok kamu makan" 2. langgar. "Ape yang melantak basika kamu ni" melantong (me-lan-tong) berbau kuat. "Kamu kentut iye, melantong baunye nyucuk idung" melat (me-lat)
129
menahan jaring untuk menangkap ikan. "Teman pegi melat ikan
di sunga tu malam tadi"
melawah (me-la-wah) 1. membersih dan melapangkan kawasan. "Ghajin mike melawah kawasan laman ghomah mike ni" 2. habis, pupus. "Ayam teman dah abih melawah segheban, kene penyakit hawo" melayo (me-la-yo) 1. meletakkan berhampiran ungun api untuk mengeringkan atau melayukan. "Ce intu api tu, teman nak melayo daun pisang" 2. menayang, menunjuk-nunjuk. "Usah kamu nak melayo baju kamu depan aku, aku pun ade" mele (me-le) 1. pelihara. "Banyak mike mele ayam dibelakang ghomah tu" 2. baiki, betulkan. "Kamu mele ape tu, tetunduk aje aku tengok dalam bonet keghete kamu tu" mêle (mê-le) menuntut, mempertahankan. "Kalo tak ade die nak mêle kamu di mahkamah, sape lagi yang kamu aghapkan" melecup (me-le-cup) melecet, kulit kaki yang terkelupas. "Jalanle pelahan sikit kome, kaki aku dah melecup ni" melehung (me-le-hung) terlalu busuk, bau busuk yang terlalu kuat. "Melehung sampa ke sini bau bangka anjing tu" melelo (me-le-lo) berjalan tidak lurus. "Ngape kamu jalan melelo aje, ape kene kaki kamu" melepak (me-le-pak) sangat putih. "Lawa budak pompuan yang kamu bekenan tu, putih melepak kulitnye" melêpak (me-lê-pak)
130
tidak kemana-mana dan duduk membuang masa. "Suka sangat melêpak muang mase di tepi tembok tu" melepah hajat (me-le-pah ha-jat) buang air besar. "Sape pulak yang dah melepah hajat di tengah jalan ni" meleten (me-le-ten) terlalu manis "Ayo kopi yang kamu buat ni meleten, sampa aku tak tetelan manihnye" melilo (me-li-lo) 1. puas memerhatikan untuk mencari "Melilo satu pekan aku mencaghi kamu petang tadi" 2. pandangan mata yang sentiasa bergerak "Matenye melilo katah kebawah nengok duit yang banyak sangat kamu bagi" melinkup (me-lin-kup) 1. memusnahkan. "Jangan kamu nak melinkup ghete ayah kamu" 2. bertutup. "Melinkup aje betudung kepale tu, nak kemane" meloceh (me-lo-ceh) memisahkan isi dari biji dengan menggunakan tangan. "Emaknye tengah meloceh isi deghoyan nak muat tempoyak" melojok-lojok (me-lo-jok lo-jok) tergesa-gesa. "Melojok-lojok teman nyiapkan baju kughong die, ate die dah nak pegi esok juge" melunkup (me-lun-kup) 1. memusnahkan. "Suke sangat kamu melunkup ghete ayah kamu" 2. terbalikkan. "Sapele yang melunkup tempayan ayo aku ni" melutu (me-lu-tu) menyerang dan memukul bertalu-talu. "Deme melutu budak tu ghama-ghama dengan penumbuk" memade (me-ma-de) memadai. "Ce memade sikit, janganle diambik semue"
131
memaka (me-ma-ka) 1. memakai. "Die yang memaka seluo panjang cokelat tu" 2. menggunakan ilmu hitam. "Gamaknye die tu ade memaka, tu yang kedanye oghang suke datang" memalam bute (me-ma-lam bu-te) waktu tengah malam. "Kamu nak kemane memalam bute ni, ape yang kamu nak caghi di pekan tu" memanjang (me-men-jang) 1. panjang-panjang "Potong buah betik tu memanjang sikit, baghule cantik" 2. sepanjang "Diwaktu bulan pose, ghamale oghang bejual di Bazar Ramadan memanjang jalan tu" 3. selalu, sering "Elokle kamu jua keghete boghok kamu tu, asyik memanjang aje ghosaknye" memate (me-ma-te) polis. "Ade due oghang memate datang mencaghi budak tu, apele salah deme" memate gelap (me-ma-te ge-lap) Polis Cawangan Jenayah. meghatikan die"
"Ade
memate
gelap
tengah
memato (me-ma-to) sejenis kumbang. "Lepah ujan ni banyakle memato keluo ngoghong lampu" membute (mem-bu-te) tidur "Kamu ni asyik membute aje sepanjang aghi, idak ke kamu koje aghi ni" membukan (mem-bu-kan) yang pelik-pelik, bukan yang lazim. "Kamu suke sangat becakap membukan, langsung tak pikio dulu" memegunkan menghairankan. "Suasana di kaki Gunung Himalaya tu sungguh memegunkan kite" memole (me-mo-le)
132
memulakan, berpunca. "Diantaghe kome bedue ni, sape yang memole sampa dulu?" mempela (mem-pe-la) mempelai, pengantin. "Pukoi beghape agaknye mempela tu sampa,
teman nak nengok deme besanding"
mempulo (mem-pu-lo) 1. bahagian tengah pokok pisang. "Mase zaman Jepun, mempolo pisang ni pun deme buat gula" 2. kertas keras yang dijadi acuan jahitan tekad. "Kotah kadbod ni aku nak muat mempolo jahit tekad aku" memude (me-mu-de) semasa zaman muda. "Mase keme memude dulu, keme selalule pegi nengok wayang di padang tu" menambun (me-nam-bun) tambunan yang tinggi. "Ade menambun buah cempedak di kebunnye tu, pegile kamu ngeden" mencak (men-cak) 1. rancak "Mencak bebeno die menaghi sampa tak sedo dighi" 2. terlalu banyak "Mencak dengan duitle kamu lepah bejual tanah pesake arwah ayah kamu tu iye" mencanak (men-ca-nak) berlari laju meluru ke hadapan "Takut sangat die dengan kamu, mencanak die laghi bile nengok kamu datang" mencekik (men-ce-kik) makan (bahasa kasar) "Kamu ni asyik mencekik aje kojenye, idak ke kamu kenyang-kenyang" mencobak (men-co-bak) 1. menyimbah. "Die mencobak bebudak tu dengan ayo bile deme lalu" 2. memancut dengan banyak "Kakinye luke kene mate tajak, ate mencobak daghahnye keluo" mencodak (men-co-dak) mencodat (men-co-dat)
133
1. berdiri tegak. "Mencodat aje kamu tedighi di situ lagi, ngape, mohle deghah pegi" 2. lari laju ketakutan. "Mencodak laghinye bile kene kejo dengan anjing" mencuak (men-cu-ak) 1. menyimbah. "Die mencuak bebudak tu dengan ayo bile deme lalu depan ghomahnye" 2. menakutkan. "Mencuakkan jugele bile lalu kawasan itu" mencuak-cuak (men-cu-ak cu-ak) memancut dengan banyak. "Mencuak-cuak daghah keluo daghi lukenye di kakinye" mencuat (men-cu-at) mencuat-cuat (men-cu-at-cu-at) meluru laju ke hadapan. "Mencuat-cuat budak tu laghi ketakutan bile kene acah dengan paghang" mencuk (men-cuk) menyebabkan berasa sangat susah hati. "Kamu janganle suke mencuk ati emak kamu tu, balikle selalu nyenjuk die" mendak (men-dak) mendap, turun ke dasar. "Seghoboknye dah mendak ke bawah, baghule boleh diminum" mendek (men-dek) mendekkan(men-dek-kan) merengkaskan, memendekkan. "Nak mendekkan ceghite, teman pun ikutkan ajele die kemane pegi" menêben (me-nê-ben) muka tidak malu. "Teman saje menêben muke pade deme, kotkot deme kesian nengok teman" meneghobang (me-ne gho-bang) berjalan makan angin. "Minggu
depan die meneghobang ke Bandung dengan kenkawannye"
nak
pegi
meneghu (me-ne-ghu)
134
beramai-ramai. "Bile ade pancaghagam di ghomah oghang kawin, ate meneghu bebudak kampung datang nengok" menehen (me-ne-hen) terlalu panas. "Aghini menehen panahnye, tak tahan teman koje di tengah bendang tu" menesah (me-ne-sah) madrasah, surau. "Keme singgah semayang bejemeah di menesah tepi jalan itu tadi" mengak (me-ngak) berbau terlalu busuk. "Mengak satu bilik bau kentut kamu ni, busuknye" mengaum (me-nga-um) 1. berbau terlalu busuk dan kuat. "Mengaum satu kampung bau bangka anjing tu, nyucuk idung" 2. berbunyi kuat. "Mengaum satu kampung bunyi die mawak keghete baghunye" mengeghedak (me-nge-ghe-dak) bunyi barang-barang berlaga di antara satu sama lain. "Baghang
ape yang mike bawak dalam tong tu, mengeghedak aje bunyinye"
mengeghen (me-nge-ghen) berposisi atau menghadap mengeghen belah kanan"
ke
sebelah.
"Die
suke tido
mengeleden (me-nge-le-den) bengkok dan melentik ke belakang. "Paghang yang dibelinye tu mengeleden, bukan macam paghang biase seteghit aje" mengelenyam (me-nge-nyam) miang, gatal. "Mengelenyam aje ghope kamu ni aku tengok bile didepan bebudak jantan tu" mengga (meng ga) membaling "Bebudak tu tengah mengga buah mepelam dengan kayu"
135
meniye (me-niye) buah kundang. "Dimane mike dapat buah meniye mude ni, buat samba memang sedap" menimbun (me-nim-bun) timbunan yang tinggi.
"Menimbun kayu ghomahnye, nak mako lemangle agaknye "
api
di
bawah
menjalo (men-ja-lo) 1. menjalar. "Pokok betik jalo tu jenih tumbuh menjalo aje" 2. panjang, besar. "Menjalo aje keghete yang dibawaknye balik aghi tu" menka (men-ka) masih keras dan belum masak sepenuhnye. "Deghoyan yang menka macam ini sedap buat gula" mênkah (mên-kah) menggelak. "Asyik nak mênkah ajele mike, janganle begitu, maghi kite same-same buat" menkale (men-ka-le) 1. takala. "Menkala mike tengah tido, die pun sampa tapi die taknakle ngeghak mike" 2. tidak ada, bukan. "Menkala pulak teman yang nyughoh die, die
yang panda-panda sendighi"
menkali (men-ka-l) barangkali. "Menkali die tak beghape sehat agaknye, tu yang die tak datang tu" menkalu (men-ka-lu) kalau-kalau. "Menkalu mike beghani, ate mike pegile jumpe die, teman idak" menkalong (men-ka-long) campak. "Ngape kamu menkalong buku-buku sekolah kamu keluo tingkap, kamu maghahkan sape" mengkome (meng-ko-me) kamu semua, awak semua. "Mengkome semue ni tahu ke nak pegi ke sana tu, nanti sesat kaghang"
136
menonong (me-no-nong) berjalan terus tanpa menoleh kiri dan kanan. "Nak kemane menonong aje jalannye tak noleh kighi kanan tu" mentaghe(men-ta-ghe) sementara. "Mentaghe deme tengah ade nyawe ni, elokle kome anto emak bapak kome tu ke Mekah" mentang (men-tang) mentang-mentang. "Mentang keme ni oghang tak beduit, deme buat tak peduli ajele" mentat (men-tat) baru nak tumbuh. "Benih caba yang teman tanam dalam pasu tu baghu nak mentat tumbuhnye" mente (men-te) marah tanpa berkata apa-apa, muncung sahaja. "Kamu nampak
ke mukenye tu tengah mente aje, adele bende yang tak kene pade die tu"
menulo (me-nu-lo) poteng, menggelak. "Kamu jangan nak menulo petang ni, moh kite buat same-same" menyeghogen (me-nye-gho-gen) terjatuh tertonggeng, jatuh tersembam. "Menyeghogen die jatuh daghi atah basika, tu yang lebam mukenye" menyeghogin (me-nye-gho-gin) tersenggih. "Menyeghogin aje die nengok kome datang, ate suke sangat die kan kome" menyegholang (me-nye-gho-lang) terang benderang. "Menyegholang lampu keghete baghunye nyuluh keme di tepi jalan tu" menyegholap (me-nye-gho-lap) cerah. "Menyegholap lampu keghete mike ni iye, takdele malap aje macam keghete boghok teman"
137
menyinga (me-nyi-nge) terlalu marah. "Menyinge die maghahkan kome ngusik adik pompuannye" mepak (me-pak) berbau kuat seluruh kawasan. "Ayahnye kalo nak pegi
semayang ke masjid mesti paka minyak ata, mepak baunye satu ghomah"
mepela (me-pe-la) mempelai, pengantin. "Aghi minggu depan ni, jemputle kite same-same nganto mepela anak teman" mepelam (me-pe-lam) mempelam, mangga. "Pokok mepelam yang teman tanam belakang ghomah tu dah mole bebuah" meseghe(me-se-ghe) 1. mesra. "Meseghe bebeno deme bedue tu iye" 2. sebati. "Gaul gule dengan tepong tu lame-lame sikit, bio beno-beno meseghe" mesit (me-sit) menyebat, merotan. "Sape yang mesit kamu ni sampa bebinat belakang kamu" meto (me-to) marah sangat, naik angin. "Die dah meto kome, ngape kome usik die tengah tido" meza (me-za) membezakan. "Teman tak tahu nak meza antaghe deme bedue
tu, same aje teman tengok"
mike (mi-ke) kamu, awak. "Mike nak kemane pepagi ni, nak ke pekan ke" mikeme (mi-ke-me) kamu semua, awak semua. "Mikeme semue ni buat ape kat tepi teben ni ghama-ghama" miken (mi-ken)
138
membaiki, membuat."Ate, sape yang miken keghete mike yang ghosak di tengah jalan tu" minyak ketio (min-yak ke-tio) sejenih minyak makan yang diperbuat dari buah ketiar. "Minyak
ketio ni kalo digaul dalam nasi yang panah-panah, memang sedap kome"
minyak selenda (mi-nyak se-len-da) minyak pelincir (berasal dari perkataan Inggeris "cylinder"). "Minyak selenda keghete teman ni dah keghin agaknye" mo (mo) bonyor, terlalu lembik kerana terlalu masak. "Buah betik tu dah mo, sebab dah lame sangat masak di pokok" mocik (mo-cik) mercik. "Isy kuatnye kamu ghenjih, sampa mocik ke muke keme" mogah (mo-gah) sesuatu yang menghairankan. "Apeke mogah yang kome bawak tu, beso bebeno" moh(moh) jom, mari, jemput (berasal dari perkataan Inggeris "move"). "Moh
kome kite pegi ghama-ghama"
moh deghah (moh de-ghah) mari lekas, mari cepat. "Moh deghah kome, nanti abih disapu oghang, ngangele kite nanti" mohle (moh-le) jomlah, marilah, jemputlah. "Mohle ikut teman ke Kuale Lumpur tu , boleh kite pegi sopin" moh leghah (moh le-ghah) mari lekas. "Moh leghah kome, bas tu nak jalan dah" moh kite(moh ki-te) mari kita. "Moh kite ghama-ghama pegi beghombong ke Pulo Langkawi"
139
moh kome(moh ko-me) mari kamu semua. "Moh kome kite pegi ghama-ghama nganto mepela anaknye ke Kelantan" mojot (me-mo-jot) peluh yang banyak. "Mojot peluh teman bejalan bawah panah teghik tu tadi" mole (mo-le) mula. "Kome yang begaduh ni, sape yang mole dulu" molehed (mo-le-hed) punca atau asal yang memulakan sesuatu perkara (berasal dari perkataan Inggeris "head"). "Molehed jadi begitu sebab deme beghebutkan budak pompuan tule" molong (mo-long) mangkok atau bekas yang dalam, kolong. "Nak bejamu lakse kenele paka pinggan yang molong, idakle kuahnye tumpah" mombong (mom-bong) berisi penuh, penuh sangat. "Boleh ke kamu abih nasi tu, banyak sangat sampa mombong satu pinggan" moncah (mon-cah) mewah. "Die tu tengah moncah dengan duit sebab baghu lepah bejua tanah pesake ayahnye" moncong (mon-cong) bermuka masam kerana merajuk. "Ngape kamu moncong aje, ape yang kamu ghajukkan" mongah (mon-gah) memunggah. "Ce tolong emak mongah baghang-baghang ni masuk ke dalam ghomah" mongkeh (mong-keh) membongkah. "Lalu ke kamu mongkeh ubi kayu tu, dah beso sangat pokoknye tu" mongko (me-mong-ko)
140
membongkar, menyelongkar. "Sape yang mongko baghangbaghang dalam laci ni" montum (mon-tum) bermuka masam kerana merajuk. "Ngape muke kamu montum aje, meghajuk tak dapat pegi same ke" monyeh (mo-nyeh) membasahi, membuatkan kawasan berair. "Sapele monyeh lanta di depan ni dengan ayo"
yang
monyok (mo-nyok) berkeadaan termenung dan susah hati, murung. "Monyok aje ghope kamu aghi ni ngape, buah ati dah laghi ke?" morê(mo-rê) menyumbang makanan untuk berbuka puasa beramai-ramai di masjid atau surau. "Malam ini gilo ayah saye morê bebuke pose di menesah" motong getah (mo-tong ge-tah) menoreh pokok getah "Teman tak ade koje ape selain motong getah aje pepagi" moyam (mo-yam) meriam. "Bile bulan pose, sukele deme main moyam tanah" moyok (mo-yok) berkeadaan termenung dan susah hati, murung. "Ngape moyok
aje kamu aghi ni, tak mandang beduit ke?"
muang (mu-ang) 1. membuang. "Sape yang suke muang sampah dalam kelah, Cikgu akan dende" 2. membuang air besar. "Sapele yang dah muang tepi jalan ni, pekong baunye" muang boghok (mu-ang bo-ghok) diperingkat buah yang kurang baik dipermulaan musim luruh. "Deghoyan teman di daghat tu baghu belajo muang boghok" muang hajat (mu-ang ha-jat)
141
buang air besar. "Numpang bilik ayo mike kejap, teman dah tak tahan sangat nak muang hajat ni" muat (mu-at) 1. padan. "Muat ke lagi seluo lame kamu ni, kamu tu dah gemok aku tengok" 2. membuat. "Kamu muat ape diam aje di dalam bilik tu" mubuh (mu-buh) membubuh. "Jangan banyak sangat mubuh gule dalam ayo kopi tu, deme tu ade kencen manih" muê (mu-ê) 1. muak, menyampah. "Teman dah muê dengan peghanga die tu, mengade-ngade sangat" 2. terlalu manja. "Emaknye muê sangat kan die, ape kate die semue diikutnye" mujo (mu-jo) 1. mujur. "Mujo kamu datang, die dah meto maghahkan kamu lambat sangat" 2. nyaris. "Mujo kene dade, kalo kene mate tak ke bute" mulah (mu-lah) memulas. "Sapele yang mulah kepale paip ni kuat sangat sampa tecabut" mulang (mu-lang) memulang. "Die dah mulang balik ke duit kamu yang dipinjamnye aghi tu" mulang bekah (mu-lang be-kah) memulangkan bekas-bekas hantaran. "Aghi minggu ni teman nak pegi mulang bekah oghang betunang aghi tu" mule (mu-le) mula. "Lumbe basika kampung ni mule dari dewan oghang ghama dan tamat pun di situ" mukoi gambo (mu-koi gam-bo) mengambil gambar. "Die tengah mukoi gambo tepi panta tu"
142
mumba-mumba (mum-ba-mum-ba) masakan yang berkuah sangat sedikit. "Mumba-mumba aje lauk kite tengah aghi ni iye, keghen tak bekuahle nasi kite" mun (mun) permulaan perkataan yang bermaksud 'tetapi.' "Mun kamu pun satu, ngape tak diajo die betul-betul" mundut (mun-dut) membungkus dengan kain. "Kamu mundut kain baju tu, nak laghi daghi ghomah ke" munkuih (mun-kuih) membungkus. "Ce mintak kain boghok tu, teman nak munkuih buah cempedak di pokok ni" munoh (mu-noh) suka atau gemar yang teramat sangat. "Munoh die kome, kalo dapat gula tempoyak ikan lawang" muntah kedaghah (mun-tah ke-da-ghah) kuat makan (bahasa kasar). "Kuatnye kamu muntah kedaghah, abih sepeghoyok nasi kamu banta" muntang (mun-tang) terlentang kerana terlalu kenyang. "Deme dah muntang di anjung tu kekenyangan kene gula tempoyak ikan patin" muntat (mun-tat) terlalu kenyang, senak. "Muntat ghase peghut teman mike tamu dengan macam-macam makanan" mupuih (mu-puih) telah pupus. "Teman dah tak mele ayam lagi dah, dah mupuih semuenye kene penyakit hawo" mutan (mu-tan) rambutan."Lebat buah mutan mike kali ni, iye" muto (mu-to) 1. memutar. "Teghuk bebeno teman nak muto sekeghu tu, ate dah bekaghat"
143
2. berpatah balik. "Jenuhle juge nak muto ke belakang bile dah telancut ke depan" 3. putar belit, tipu. " Kamu jangan nak muto ape yang keme cakap, ikut aje " muto belit (mu-to be-lit) putar belit, tipu. "Kamu ni suke sangat muto belit cakap oghang" mutuih (mu tuih) memutus. "Sapele yang mutuih tali kelambu aku ni" mutuih ubat (mu tuih u-bat) memutus ubat setelah selesai berubat dengan dukun. "Nak mutuih ubat ni, ape syaghat-syaghatnye Tok Dukun"
144
N
na'ah (na-'ah) nahas."Jangan kamu usik baghang abang kamu tu, balik die nanti na'ah kamu dimaghahnye" nabo (na-bo) menabur. "Keme udah mole nabo benih di bendang tu semalam" nabuh (na-buh) memukul. "Ngape bebudak tu nabuh kamu, ape yang kamu buat pade deme" nabung (na-bung) menabung. "Kamu tu dah nak kahwin, elokle kamu nabung duit gaji kamu tu tiap bulan" nadah (na-dah) menadah. "Ghama oghang yang nadah tangan mintak sedekah di Pekan Senin tu tadi" nahan (na-han) menahan. "Die nahan keghete teman di tengah jalan tadi nak numpang" naik boyan (na-ik bo-yan) acara adat memulakan anak diletakkan atau tidur dalam buaian. "Esok teman cadang nak muat kendughi naik boyan cucu teman, jemputle ke ghomah" naik tocang (na-ik to-cang) besar kepala, lupa diri, menjadi manja. "Kamu jangan naik tocang pulak, bile kamu dapat jadi ketue" naja (na-ja) sengaja mengena atau mengusik oranglain. "Tak baik kamu naja die, die tu anak yatim piatu" nakuk (na-kuk)
145
menakuk, membuat bukaan pada sesuatu. "Die nakuk batang
pinang tu sikit-sikit sampa tumbang"
nala (na-la) sangat sedap. "Teh tarik mamak tu nala sedapnye" nale (na-le) 1. menampar. "Sape yang nale muke kamu ni sampa lebam" 2. makan. "Sape yang nale nasi dalam peghoyok ni sampa abih licin" nambang (nam-bang) membayarkan tambang. "Sape yang nak nambang kamu pegi ke Kuale Lumpo tu" nampa (nam-pa) menampal. "Sapele yang nampa posta pade dinden ni" nampe (nam-pe) 1. melakukan sesuatu. "Deme tengah nampe buah deghoyan atah dango tu, pegile kalo nak makan" 2. bersetubuh. "Die tu nampe aje kojenye" nampo (nam-po) menampar. "Sape yang nampo muke adik kamu ni, meghah muke budak ni" nanak (na-nak) memasak nasi. "Kamu udah nanak nasi ke, sikit lagi adik kamu balik daghi sekolah nak makan" nangkap gambo (nang-kap gam-bo) mengambil gambar. "Hobi die suke nangkap gambo alam semulejadi" nangkup (nang-kup) kepenatan. "Nangkup teman ghase aghi ini ngojekan bendang tu sensoghang" nangut (na-ngut) tidak berbuat apa-apa. "Daghipade nangut aje nongkat dagu, baikle tolong keme ni"
146
nasi deghoyan (na-si de-gho-yan) makanan pulut bersama durian dan santan. "Name aje nasi deghoyan, tapi biasenya deme makan dengan pulut" nasi tinggi (na-si tin-gi) pulut kuning yang disusun atas paha untuk dijadikan hiasan bagi hantaran pertunangan atau hiasan pelamin. "Kighi kanan pelamin tu letakle nasi tinggi, ha baghule cantik pelamin mike tu" natang (me-na-tang) membawa dengan kedua belah tangan secara berhati-hati. "Belum ape-ape lagi deme dah siap natang pingan nak makan" naye (na-ye) 1. menganiaya. "Kamu jangan suke buat naye oghang lain" 2. menjadi mangsa. "Naye aje kamu tak pasa-pasa kene maghah" nazo (na-zo) nazar. "Ape nazo kamu kalo luluih pekse, sedekah pisang di masjid ke" nebang (ne-bang) menebang. "Die udah mole nebang pokok getah tuenye untuk ditanam semole" nêben(nê-ben) muka tidak malu. "Nêben aje mukenye nak mintak lagi, memang muke tak malu lansung" nedah (ne-dah) memakan kesemuanya. "Sapele yang nedah kaghipap teman yang ade tingga seketoi lagi atah meje ni" nêgha (nê-gha) deretan. "Nêgha yang belah depan keda tu ke ghomah mike" neghap (ne-ghap) menerap, menyalin. "Kamu nak neghap ape dengan kotah minyak tu" nêghap (nê-ghap)
147
1. menerap. "Die nulong emaknye nêghap pingan mangkuk yang baghu lepah dibasuh" 2. meniarap. "Anak saye ni baghu nak belajo nêghap" neghik (ne-ghik) membuat helah. "Kamu jangan nak neghik aku, aku tahule juge macam mane nak muatnye" neghime (ne-ghi-me) menerima. "Memang panda budak pompuan tu iye, tiap tahun neghime hadiah tempat petame" neghime tekak (ne-ghi-me te-kak) sesuai dengan selera. "Langsung tak neghime tekak teman dengan makanan Jepun" neghite (ne-ghi-te) menderita. "Ayahnye neghite aje sakit di ghomah, tak dakle nak pegi ke sepital" neghut (ne-ghut) mengerut, menjadi semakin kecil atau pendek "Baju baghu tempah dah singkat, agaknye kainnye jenih yang neghut iye" nego (ne-go) 1. menegur. "Teman nego mike di pekan tu tadi, mike tak peghasan" 2. menasihat. "Teman dah nego die banyak kali, tapi tak diendahnye cakap teman" negun (ne-gun) memberi tumpuan sepenuhnya, khusyuk. "Balik daghi sekolah, ape lagi negun ajele ngadap kompute" nehen (ne-hen) panas terik. "Nehen panahnye aghini kome, angat pijo teman" nêko (ne-ko) menggelak. "Jenuh teman nêko bagi macam-macam alasan, tapi disoghohnye juge muat untuk die" nelah (ne-lah)
148
"Teman dah nelah takkan die tahu nak maik keghete tu, mane die ade belajonye pasa injin"
meneka, mengagak.
nelan (ne-lan) menelan. "Die sakit tekak, tu yang nak nelan nasi pun payah aje ghopenye" nelipun (ne-li-pun) menalefon. "Mike udah nelipun anak mike di Kelompo tu ke, pasa teman mintak tolong tu" nempek (nem-pek) 1. menampal. "Bebudak tu ngambik upah nempek posta di meghate pekan" 2. menumpang. "Teman ni nempek kome aje, teman bukannye gheti nak nolong kome pun" nêmpek (nêm-pek) menjerit, menanggis dengan kuat. "Mane tak nêmpek aje budak tu, asyik kene aje dengan abangnye" nempi (nem-pi) menepis dengan siku. "Die tak sedo sikunye yang nempi gelah tu jatuh" nênang (nê-nang) 1. menenang arah tuju. "Kamu ni nênang pun tak betoi, macam mane nak kene" 2. menengok dengan penuh berminat. "Kamu asyik nênang budak pompuan itu aje, kamu bekenankan die ke" nengek (nen-gek) 1. memasak, meletak periuk atau kuali atau cerek atas api dapur untuk memasak. "Kamu dah nengek nasi untuk makan malam ni ke" 2. bertinggung. "Sape yang nengek aje atah titi dalam gelap tu" 3. menumpang sama, tumpang tui. "Nyaden aje die nengek sama makan dengan deme" nengkin (neng-kin) menengking. "Cikgu tu asyik nak nengkin aje, gaghang bebeno die dengan moghidnye""
149
nengo (ne-ngo) mendengar. "Teman pun ade juge nengo ceghite pasa die tu" nengok (ne-ngok) melihat, menonton. "Bile kamu pegi nengok wayang di pekan tu, ajakle aku same iye" nengut (ne-ngut) pendiam dan kelihatan bodoh. "Die tu dulu mase sekolah, nengut aje dalam kelah, bukan nak becampo dengan oghang" nenkah (nen-kah) meningkah, mematikan percakapan orang, membangkang. "Asyik nak nenkah aje kamu ni, ikutle ape yang oghang soghoh" nenyeh (ne-nyeh) menekan dengan tangan atau jari. "Suke sangat nenyeh idung adiknye, udahlah idung adiknye tu memang dah penyek" nêpek (nê-pek) menampal, menempel, melekat. "Kamu nêpek tepun tu nak muat koi ape, koi têpek ke" ngabih (nga-bih) 1. menghabis. "Sapele ngabih nasi dalam peghoyok ni, langsung tak tingga oghang kendian" 2. tidak terbuat, tidak terkata "Ngabih kelakunye bile depan oghang, tak tebuat teman" ngacak (nga-cak) pijak. "Bile bejalan tu, ce jangan ngacak lecah, idakle koto kasut sekolah tu" ngacan (nga-can) 1. mengacah dengan sesuatu untuk menakutkan, mengusik seseorang. "Suke sangat kamu ngacan bebudak tu dengan piso" 2. cuba memikat. "Yang kamu pun suke sangat ngacan anak
daghenye ngape, maghahle die"
ngaco (nga-co)
150
1. mengacau. "Bile dekat nak aghi ghaye, deme ghajinle nolong ngaco dodol" 2. menggangu. "Suke sangat kome ngaco anak daghe aku iye" ngacom (nga-com) menghasut, mengadu domba. "Kamu yang suke ngacom deme supaye begaduh sesame deme" ngade (nga-de) menggadakan, menyediakan. "Manele teman nak ngade duit sebanyak itu, teman ni bukannye ade koje tetap" ngadun (nga-dun) 1. menghias, membuat dengan teliti, menyusun dengan cantik. "Sape yang ngadun bilik pengantin kamu ni, cantik aku tengok" 2. mengaul. "Emaknye tengah ngadun tepong dengan mentega untuk muat koi gheghaye" nga (nga) nga'e (nga-'e) mengail, memancing. "Teman nak ke teben, nak nga'e ikan" ngagah (nga-gah) mengusik untuk membuat bayi ketawa. "Seghonok sangat Atoknye ngagah cucunye yang baghu tibe tu" ngagho (nga-gho) 1. mengambil semua. "Sapele yang ngagho semue lauk bawah sanga ni, langsung tak tingga sikit pun" 2. mencari, nak mendapatkan. "Mane lagi aku nak ngagho duit sebanyak itu, gaji aku bukannye beso" ngaghun(nga-ghun) mengaul pulut yang telah dimasak dengan santan. "Emaknye
tengah ngaghun pulut dengan santan untuk kendughi arwah malam ini"
ngago (ga-go, nga-go) 1. mengambil sesuatu dengan tangan secara menyeluk dan meraba-raba. "Ape yang kamu gago dalam balang tu, mane ade duit aku di situ"
151
2. menangkap ikan darat di sawah dengan menggunakan tangan sahaja. "Teman nak pegi ngago ikan dalam kolam di bendang tu kejap" ngait (nga-it) 1. mengait dengan galah. "Sape yang ngait buah ghambutan ni, pengaitnye besepah tak besimpan balik" 2. mengait benang. "Kamu ngait benang tu nak muat baju anak kamu ke " ngaji (nga-ji) 1. bersekolah, belajar. "Kamu ngaji di sekolah mane diPoh tu" 2. membaca. "Memalam keme pegi ngaji Quran di ghomah Ustaz tu" 3. mendengar syarahan agama. "Emaknye belum balik daghi nengo oghang ngaji di masjid lagi" ngajo (nga-jo) mengajar. "Cikgu ngajor di sekolah mane?" ngaka (nga-ka) mengakal, menipu. "Kamu jangan nak ngaka aku pulak, aku pun tahu jawapannye" ngalah (nga-lah) 1. mengalahkan. "Kamu ni ngalah penyanyi pop, baju kamu meghelit-ghelit" 2. mengalah sampan. "Die ngalah sampan nyebeghang sungai" ngalo (nga-lo) halau. "Ce tolong ayah kamu ngalo lembu yang masuk ke dalam pago kebun kite tu" ngambat (ngam-bat) hambat, kejar. "Oghang gile tu tengah ngambat bebudak tu dengan kayu" ngambik (ngam-bik) 1. mengambil. "Die balik ke ghomah sekejap, nak ngambik bukunye yang tetingga"
152
2. majlis kenduri kahwin disebelah pihak penganting lelaki pula. "Aghi minggu ni baghu kite ngambik, ate jangan lupe datang ke ghomah teman iye" ngamboi (ngam-boi) 1. timbul ke atas. "Tibe-tibe aje kepalenye ngamboi daghi dalam ayo tu, tekejut teman" 2. berasa lega. "Bile dah selesa koje bendang tu, teman ghase ngamboi sikit" ngamput (ngam-put) 1. menghamput, memarahi, memaki. "Die ngamput bebudak tu sebab deme ngusik keghetenye" 2. menghalau. "Ayah kamu tengah ngamput abang kamu daghi ghomah sebab malah tak nak bekoje" ngankit (ngan-kit) 1. mengangkat, mengambil, mengalih. "Rajin lakinye nolong ngangkit kain baju daghi penyida" 2. mengutip susu getah selepas ditoreh. "Mike dah ngankit ke, kalo lambat nanti dikebah oghang susu getah tu" nganto (ngan-to) menghantar. "Die pegi nganto adiknye balik ke asghama diPoh" nganto bekah (ngan-to be-kah) memulangkan bekas-bekas hantaran pertunangan. "Aghi minggu ni teman nak nganto bekah ke ghomah bakal besan teman tu" nganto mepela (ngan-to me-pe-la) mengiringi pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. "Minggu depan ni kite pegi nganto mepela anak teman tu ke Kuale, jemputle same iye" nganto tepak (ngan-to te-pak) meminang. "Minggu depan teman cadang nak pegi nganto tepak untuk anak teghune teman tu" ngantung (ngan-tung) 1. mengantung. "Jangan lupe ngantung kelabu bile nak tido kaghang, memalam banyak nyamuk"
153
2. kerja-kerja menghias untuk persiapan kerja kawin. "Bile aghi
nak ngantung esok,jangan lupe bagi tahu teman iye, bolehle teman nulong mane yang patut"
nganyam (nga-nyam) mengayam. "Emaknye panda nganyam tiko mekuang" ngapo (nga-po) 1. mengapur kasut putih. "Kamu dah ngapo kasut sekolah kamu ke belum?" 2. menipu. "Die tu takdele koje lain, asyik nak ngapo oghang aje kojenye" ngaruk (nga-ruk) mengacau. "Bebudak kecik yang tak pose jangan nak ngaruk oghang tue-tue nak bebuke ni" ngasi (nga-si) tidak senonoh, tidak berguna. "Kamu ni memang tak ngasi bebeno, suke sangat nipu keme" ngawinkan (nga-win-kan) mengahwinkan. "Teman nak ngawinkan anak mase cuti sekolah ni nanti, jemputle mike sekeluarge " ngayak (nga-yak) 1. mengayak. "Die tengah ngayak tepung untuk muat koi ghaye" 2. berjalan dengan menggerakkan punggung kekiri dan kanan. "Nak kemane tu Weh, ngayak aje jalannye tu due beghanak" ngayam (nga-yam) mencuri tulang. "Kamu jangan nak ngayam, maghi kite samesame muatnye" ngayuh (nga-yuh) mengayuh. "Nak kemane ngayuh basika laju aje kulunye tu" ngebat (nge-bat) bergaya, memperagakan sesuatu dengan bangga. "Bile dah
pepatang begini, molele die ngebat kulu kelo dengan motosikanye"
154
ngecap (nge-cap) merasa, menikmati. "Kamu dah lame sangatke ngecap idup ni, beghani beno mawak moto laju-laju" ngecek (nge-cek) 1. menipu, memperdaya. "Kamu suke ngecek deme, tu sebab deme takut bekawan dengan kamu" 2. memujuk. "Jenuh teman ngecek die, tapi tak dibaginye juge" ngedit (nge-dit) teringin dengan apa yang sedang dinikmati oleh oranglain. "Ngedit kamu nengok aku ade moto baghu iye" ngedo (nge-do) 1. mengedar. "Die tengah nolong Cikgu ngedo buku-buku bantuan pade mughid-mughid" 2. bahagian belakang kenderaan yang telah 'membuang' atau tergelencir. "Taya belakangnye pancit, tu yang ngedo aje keghete tu bejalan" ngega (nge-ga) menangis hingga tidak keluar suara. "Sampa ngega budak tu teghoyak, kamu sakat die ngape?" ngegah (nge-gah) bergerak atau berjalan dengan menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan. "Ngegah aje die bejalan kaki balik ke ghomahnye" ngegek (nge-gek) menyolek, menghias. "Ate, kakak-kakaknye kan ke ghama yang jadi tukang ngegek, muke adik demele jadi mangse" ngeghak (nge-ghak) 1. menggerakkan. "Macam mane mike nak ngeghak keghete tu kalo dah injinnye ghosak" 2. kejutkan dari tidur. "Jangan lupe ngeghak adek kamu tu soghoh semayang subuh" ngeghane (ne-gha-ne) bergerak. "Ngape kamu tak ngeghane aku tengok, kamu sakit ke"
155
ngeghebang (nge-ghe-bang) mengerbang. "Panjangnye ghambut kamu, tak elok beno bile ngeghebang ditiup angin" ngeghedak (nge-ghe-dak) 1. bunyi bising. "Ngeghedak aje bunyi atah ghomah tu deme beghambat main kejo-kejo" 2. terlalu banyak, terlalu ramai. "Ngeghedak anaknye, entah beghape oghang teman pun dah lupe" ngeghenken (nge-ghen-ken) terlalu kurus hingga nampak tulang rangka. "Ngeghenken aje ghope badannye lepah die sakit teghuk" ngeghentei (nge-ghen-tei) sangat tua. "Dah ngeghentei aje ghope die sekaghang ni" ngeghentoi (nge-ghen-toi) berbuah lebat. "Pokok mepelam depan ghomah teman tu ngeghentoi buahnye" ngeghenyam (nge-ghe-nyam) gatal atau miang. "Kamu ni dah ngeghenyam bebeno aku tengok nak belaki" ngeghepak (nge-ghe-pak) 1. berbunyi. "Baghang ape yang ngeghepak aje bunyi dalam tong yang mike bawak tu" 2. fasih, petah dan lancar bercakap. "Anaknye ngeghepak aje cakap oghang putih, ate deme lahir kat Engelan" ngeghepih (nge-ghe-pih) mengusik sesuatu tanpa mahu duduk diam. "Asyik ngeghepih aje kojenye, usik sane usik sini, langsung tak mahu duduk diam" ngeghesek (nge-ghe-sek) 1. bunyi yang mengilukan, gemersik. "Ngilu gigi aku nengo bunyi ngeghesek kamu mijak semba atah simem tu" 2. tidak boleh duduk diam. "Budak ni asyik ngeghesek aje, langsung tak boleh duduk diam" ngeghewang (nge-ghe-wang)
156
1. tidak berjalan lurus. "Rim basika mike ni dah bengkok, tu yang jalan ngeghewang aje" 2. berfikir mengenai pelbagai perkara. "Otak kamu
ngeghewang kemane ni, aku tanye pun kamu tak dengo"
ngeghit (nge-ghit) 1. mengigit sedikit demi sedikit. "Die ni suke sangat ngeghit kuku, bukan endak paka ketit kuku" 2. cemas. " Ngeghit teman nengok die mawak moto, laju bebeno tengah oghang ghama tu" ngeghodi (nge-gho-di) cuba membaiki tapi akhirnya boleh menjadi lebih teruk. "Mike ngeghodi ape tu, tahu ke mike maiknye" ngeghoje (nge-gho-je) mengerjakan. "Demele yang nolong ngeghoje ghama-ghama, kalo idak entah bilele nak siapnye" ngeghomun (nge-gho-mun) mengelilingi atau menyerbu kerana sukakan sesuatu itu. "Deme tengah ngeghomun penyanyi tu ghama-ghama nak begambo" ngeghonyot (nge-gho-nyot) terlalu ramai atau banyak. "Dah ngeghonyot anaknye, ate tiaptiap tahun beghanak" ngeghuit (nge-ghu-it) bergerak sedikit. "Langsung die tak ngeghuit daghi tempat duduknye, matikan dighi aje die" ngegoh (nge-goh) bergerak dengan mengoyangkan kepala. "Nak kemane tu Weh, ngegoh aje ngayuh basika kulu tu" ngejap (nge-jap) singgah di setiap tempat. "Tak sempat teman nak ngejap semue ghomah, ate teman nak deghah balik" ngejek (nge-jek) mengejek. "Die maghah sebab bebudak tu ngejek die nakkan budak pompuan tu"
157
ngejo (nge-jo) mengejar. "Die ngejo ayam yang makan padi jemonye" ngekek (nge-kek) 1. ketawa mengekek, mengilai. "Ngekek deme ketawe nengo lawak kamu" 2. senang hati. "Die dah ngekek ajele sekaghang, ate baghu bejua tanah pesake" ngeko (nge-ko) mengekori, mengikut ke mana sahaja. "Budak nile, asyik ngeko emaknye aje kemane pegi" ngelak (nge-lak) mengelak, menepis. "Kamu jangan nak ngelak, maghi buat same-same" ngêlak (ngê-lak) mulut yang terbuka dipermulaan menangis tetapi tidak keluar suara. " Ngape kamu pukoi budak tu, sakit sangatle tu sampa ngêlak" ngelambu (nge-lam-bu) gebu. "Elok ngelambu naiknye koi apam mike ni iye" ngelapong (nge-la-pong) timbul. "Ape ke bendenye yang ngelapong hanyut tengah ayo tu kome, bangka kobo ke? " ngelat (nge-lat) menipu, menggelak. "Kamu jangan nak ngelat pulak, tak nak datang nolong muat same-same" ngelatak (nge-la-tak) berbunyi kuat. "Ngelatak bunyi injin motonye kulu kelo depan ghomah teman" ngelebeh (nge-le-beh) labuh sangat. "Kamu paka seluo sape ni, beso ngelebeh aje aku tengok" ngeledin (nge-le-din)
158
bengkok kebelakang. "Paghang panjang aku dah ngeledin dibuatnye, entah apele ditetak deme" ngelegak (nge-le-gak) 1. mendidih. "Ayo yang kamu jeghang tu dah ngelegak, ate bancuhle ayo kopi tu cepat" 2. marah sangah. "Ngelegak ati teman nengokan ape yang dah dibuatnye pade mike, tak ngasi beno" ngeleh (nge-leh) lihat, tengok, jeling. "Kamu asyik nak ngeleh pade budak pompuan tu aje, kamu bekenankan die ke" ngelejat (nge-le-jat) 1. tergaru-garu, tidak senang duduk. "Ngape kamu ngelejat aje, kene miang buluh lemang ke" 2. teringin sangat. terlompat-lompat kerana terlalu suka dan sudah tidak sabar. "Ate, dia dah ngelejat sangat nakkan budak pompuan itu, tak ade yang lain dah" ngelekek (nge-le-kek) ketawa mengekek, mengilai. "Ngelekek aje bunyi deme ketawe dalam bilik tu, ape yang sedap bebeno ceghite deme tu" ngelembong (nge-lem-bong) mengelembong, berisi angin. "Cukuple ngelembong belon tu, beso sangat kaghang pecah pulak" ngelêmbong (nge-lêm-bong) bercakap besar, bercakap tidak benar. "Kamu jangan suke sangat nak ngelêmbong oghang" ngelêmpang (nge-lêm-pang) berselerak dan tidak tersusun. "Bile deme balik kampung selalunye deme ngelêmpang aje tido di anjung tu" ngelencong (nge-len-cong) menyimpang, lari dari tujuan asal. "Nak ngelencong kemane pulak tu, bukan ke kite nak pegi seteghit" ngelênyo (nge-lê-nyo)
159
miang, gatal. "Jangan nak ngelênyo sangat, kamu tu tengah
sekolah lagi"
ngeletek (nge-le-tek) 1. sudah tidak sabar, teringin sangat. "Dah ngeletek teman nak pegi nyengok cucu teman, ghindu bebeno ghasenye" 2. senang hati dan tidak berbuat apa-apa. "Ngeletek ajele die sekaghang ni, ate ape nak dighisokan, duit pun dah banyak" ngelêten (nge-lê-ten) 1. gelupor. "Idup lagi ikan yang kamu kail ni, ngeleten lagi ekonye" 2. tergedik-gedik. "Kamu jangan nak ngeleten aje ghopenye bile nengok budak jantan tu" ngelewo (nge-le-wo) 1. terhoyong hayang ke kiri kanan. "Ngelewo taya basikal teman bile telango lubang tu" 2. melilau di keliling. "Jenuh juge teman ngelewo meghate pekan tu nyoye mike, tapi tak nampak pun" ngelibut (nge-li-but) sibuk lalu lalang di hadapan orang. "Budak ni tak mahu duduk diam, asyik ngelibut aje depan oghang nak besembang ni" ngeligeh (nge-li-gih) mengigil, terketar-ketar. "Ngeligih badan teman sejuk beno kene ayo telage subuh tadi" ngeliso (nge-li-so) tidak senang duduk. "Ape yang kamu takutkan, ngeliso aje emak tengok kamu" ngelinte (nge-lin-te) 1. mengentil. "Die suke sangat ngelinte bucu bantal busuknye bile nak tido" 2. mengelecik dalam permainan bola sepak. "Dah ade peluang nyepak gol, tapi asyik nak ngelinte lagi bola tu" ngêlo (ngê-lo) menghilir.
"Teman nampak die laju aje ngêlo sampannye. die pegi menjale ikan gamaknye"
dengan
160
ngelo (nge-lo) mengelar. "Di Kuale Lumpo deme ngelo teman ni Tok Peghak" ngelopong (nge-lo-pong) ternganga, terlopong. "Ngelopong aje mulut mike, ngape" ngelotak (nge-lo-tak) 1. berdebar-debar kerana sudah tidak sabar. "Ngelotak dade teman, dah tak sabo nak pegi nengok cucu sulung teman tu" 2. berbunyi kuat. "Ngelotak bunyi motonye bile pepagi die nak ke sekolah tu" ngeloyak (nge-lo-yak) ngeloyat (nge-lo-yat) melupas. "Ngeloyat jugele kulit kakinye bile tesepak batu tengah jalan tu" ngelucah (nge-lu-cah) melecet, kulit mengelupas. "Ngulucah jugele tumit kakinye bejalan jauh maka kasut baghunye tu" ngelugut (nge-lu-gut) mengigil. "Ngelugut kepale lutut teman bile tido atah gunung Gentin Hilen tu, sejuk bebeno" ngelupo (nge-lu-po) mengelupor. "Janganle ngelupo kuat sangat, sakit sikit aje" ngelusa (nge-lu-sa) 1. tergaru-garu. "Ngelusa aje teman kene miang buluh lemang yang teman kando tu" 2. tidak senang duduk. "Ngape yang ngelusa aje ghopenye, ape yang mike ghisokan" ngempo (ngem-po) 1. mengempar, heboh. "Janganle kamu ngempo deme dengan ceghite yang bukan-bukan" 2. menyerang dengan mengejut. "Polih tengah ngempo Mat
diri"
Rempit di jalan tu, ate lintang pukangle deme melaghikan
ngêmpo (ngêm-po)
161
berjalan tidak lurus. "Kakinye tesepak batu tengah jalan tu, tu yang ngêmpo aje jalannye" ngempok (ngem-pok) memukul dari atas. "Sekaghang ni tengah musim oghang ngempok padi di bendang" ngenang (nge-nang) mengenang. "Sedih teman ghase bile ngenang die dah tak ade bersame kite lagi" ngene (nge-ne) 1. memakai. "Emaknye tengah ngene baju adiknye" 2. sesuai, padan. "Ngena aje gayenye die maka baju tu, ate die memang oghang yang begaye pun" ngenden (ngen-den) menghampiri untuk mendapatkan sesuatu yang sangat diingini tapi malu hendak meminta. "Kamu ngenden deme yang tengah makan deghoyan tu iye" ngengade (nge-nga-de) menggada-ngada, membuat peragai kebudak-budakan, merenggek. "Kamu jangan nak ngengade pulak mintak yang bukan-bukan, emak mane ade duit" ngenjut (ngen-jut) 1. menekan dengan kuat. "Ghajin kamu nolong ngenjut buaian adi kamu iye" 2. memecut laju. "Die kalo dapat ngenjut keghete, bukan main laju peginye" ngenken (ngen-ken) berjalan terjengkut-jengkut. "Ngenken die keluo padang bile kakinye kene keten" ngepak (nge-pak) 1. mengembangkan sayap. "Ayam jantan tu dah ngepak aje, nak belagele tu" 2. berjalan dengan membuka dada. "Kamu nak kemane tu, dah ngepak aje jalannye aku tengok"
162
ngêpak (ngê-pak) mematah dua. "Sapele yang beghani ngêpak pintu ghomah kamu tu, ini mesti koje bubudak dadah" ngepal (nge-pal) mengengam bulat dengan tangan. "Die tengah ngepal ais nak muat ais kepal" ngesah (nge-sah) 1. digigit atau disengat oleh bintang atau unggas kecil. "Binatang ape yang ngesah kaki kamu ni, meghah aje ni" 2. mengurus, melayan. "Saghi suntuk teman ngesah ha deme yang nak masuk asrama penuh" ngesak (nge-sak) 1. beralih sedikit. "Ce mike ngesak kadap sikit, boleh le teman duduk di belakang mike ni" 2. mencari sesuatu dengan kaki. "Dah puah teman ngesak ghomput di laman tu, tapi tak juge jumpe" ngesut (nge-sut) bergerak sambil duduk. "Kaki teman bengkak, nak kayo pun tak boleh bangun, kene ngesut aje" ngetang dade (nge-tang da-de) 1. berjalan dengan cara membuka dada. "Bejalan pun dah ngetang dade aje sejak dapat deghoyan ghontoh ni" 2. berkemban, hanya memakai kain ke paras dada dan tidak berbaju. "Ngetang dade aje die keluo tak bebaju" ngetap (nge-tap) ngetap bibiyo (nge-tap bi-bi-yo) merapatkan bibir atau mengigit bibir kerana marah. "Dah ngetap bibiyonye maghah sangatkan kome sebab ninggakan die " ngetek (nge-tek) 1. menggerak-gerakan kaki atau tangan. "Kakinye tak beghenti ngetek ngikut ghentak gendang tu" 2. sudah tidak sabar, teringin sangat. "Ngetek aje die nak ngikut keme pegi beghombong ke Langkawi" 3. senang hati dan tidak berbuat apa-apa. "Sekaghang ni ngetek ajele die, ate anak-anak semue dah bekoje"
163
ngetit (nge-tit) 1. menggigit. "Nyamuk ke ngetit tangan kamu ni sampa meghah-meghah" 2. mencubit. "Cikgu tu gaghang, die suke ngetit kalo kite tak boleh jawab dengan betoi"" 3. memotong. "Janganle ngetit kuku dengan piso, kaghang luke, paka ketit kuku tu" 4. rasa terlalu pedas. "Pedah ngetit ghase samba kamu ni, kamu paka caba boghong iye " ngetong (nge-tong) mengerat, memotong-motong. "Emaknye tengah ngetong tebu untuk dibagi-bagikan pade deme" ngêtong (ngê-tong) mengira. menghitung. "Kamu tengah ngêtung ape tu, banyakke kamu untung aghini" ngiak (ngi-ak) menyelak, menjadikan sesuatu itu tidak tersusun. "Sapele yang
ngiak kain baju dalam lemaghi ni, bukan deme nak nyusunnye balik"
ngicak (ngi-cak) pijak. "Sapele ngicak padi jemo aku ni, penuh dengan tapak kasut deme" ngidup (ngi-dup) 1. membela. "Ayah saye ade ngidup ikan keli dalam tong di belakang ghomah" 2. menyalakan api atau lampu. "Macam mane nak ngidup api dapo ges kamu ni, emak tak tahu" ngigo (ngi-go) mengigau. "Tido siang-siang bute pun kamu boleh ngigo" ngijak (ngi-jak) pijak. "Sapele yang ngijak tiko yang aku jemo ni, abih koto dengan bekah tapak kasut deme" ngike (ngi-ke) menggigit. "Sapele yang ngike mepelam atah meja ni"
164
ngincah (ngin-cah) menbasuh dengan cara mengocak barang yang dibasuh dalam air. "Kincah aje peghut lembu tu dalam ayo sunga, senang ceghite" ngincit (ngin-cit) menghalau. "Manele emak kamu tak ngincit kamu daghi ghomah, kamu tu jahat sangat" nginta (ngin-ta) ngintei (ngin-tei) mengintai. "Deme nginta oghang mandi di teben, tu yang mate deme tumbuh ketuit tu" nginto (ngin-to) mengisar padi. "Die pegi nginto padi di kilang padi di sebeghang" ngisi (ngi-si) mengisi. "Tin kosong ni boleh ngisi koi gheghaye nanti, tak payah meli bekah" ngisi temolok (ngi-si te-mo-lok) makan. "Teman ni pagi-pagi lagi dah siap ngisi temolok teman dengan nasik sejuk" ngintu (ngin-tu) menyalakan kayu api. "Bio teman ngitu api dapo , bolehle kite nyeghang ayo untuk mancuh kopi " ngobak (ngo-bak) 1. membelah dengan tangan. "Bagi ayah kamu yang ngobak buah deghoyan tu, tangan emak tak kuat" 2. menanggis dengan kuat. "Ape kene budak ni asyik nak ngobak aje, tak henti-henti teghoyaknye" ngobah (ngo-bah) mengubah. "Sape yang ngobah bunge atah meje ni, cantiknye" ngobas (ngo-bas) mengibas-ngibas. "Pegile keluo kalo nak ngobas tiko tu, abih abuknye teghobang dalam ghomah"
165
ngobek (ngo-bek) 1. mengcungkil. "Die tengah ngobek isi deghoyan nak muat tempoyak" 2. menyelongkar, mencari, dapatkan. "Kamu ngobek apa dalam laci meje tu, mane ade duit di situ" ngocah (ngo-cah) 1. mengusik. "Sapele yang ngocah ayo dalam kolah ini, dahle keghuh jadinye" 2. menganggu. "Mase dulu die selalu ngocah keme budak pompuan balik daghi sekolah" ngocok (ngo-cok) 1. menyusun daun terup secara rambang "Dah gile judi, ate asyik ngocok daun teghup ajele siang malam" 2. melaga-lagakan atau mengapi-api supaya berbuat sesuatu atau berkelahi. "Suke sangat die ngocok bebudak tu supaye begaduh" ngoda (ngo-da) 1. memesan (berasal dari perkataan Inggeris "order"). "Kamu dah ngoda mekanan ke belum" 2. memerintah. "Kamu ni suke sangat ngoda oghang, kamu buatle sendighi" ngode (ngo-de) menggoda. "Kamu jangan nak ngoda die pulak makan depannye, die tu pose" ngodek (ngo-dek) usik, baiki, melakukan sesuatu. "Teman tengah ngodek basika bebudak ni, entah apele ghosaknye" ngogeh (ngo-geh) melonggar sesuatu dengan cara mengoyang-goyang bagi tujuan untuk mencabut. "Sebelum tercabut, puas jugele Dokto tu ngogeh giginye" ngoghak (ngo-ghak) 1. mengorak, mengacau. "Ce pelan sikit ngoghak api tu, kaghang disengonye muke tu"
166
2. mengurai, membuka ikatan. "Jenuh dah teman cube nak ngoghak tali ni, kuat sangat ikatnye" 3. lari, melangkah. "Ngoghak langkah die cabut laghi takutkan kamu" ngoghas (ngo-ghas) menabur sesuatu untuk menarik minat, mengumpan. “Ate kamu
yang suke sangat noghas deme tu dengan duit, bekenanle deme dengan kamu"
ngoghek (ngo-ghek) mengorek. "Ce jangan ngoghek lubang idung depan oghang ni, sopanle sikit" ngoghit (ngo-ghit) menyorak. "Janganle kome ngoghit die macam itu, sian nengok die, udahle kome kalahkan die" ngoghong (ngo-ghong) 1. mengurung. "Sokap ni gunenye untuk ngoghong ayam" 2. menghurung. "Banyaknye lango ngoghong ikan yang kamu jemo ni" ngogoh (ngo-goh) mengeletar. "Ngogoh badan teman sepanjang malam tadi kene deman" ngoje (ngo-je) kerjakan. "Deme tengah ngoje buah nyio mude teman di laman ghomah tu" ngokak (ngo-kak) menggigit. "Binatang ape yang ngokak kaki kamu ni, beso bebeno lukenye"" ngokas (ngo-kas) 1. memanjat. "Suke sangat kamu ngokas pokok jambu tu, jatuh kaghang baghu kamu tahu" 2. menconteng. "Sapele yang ngokas dinding bilik ni, ini tak lain le koje bebudak ni" ngokih (ngo-kih)
167
melukis, menconteng. "Gambo ape yang kamu kokih tu, ce bak aku tengok cantik ke" ngokngap (ngok-ngap) merungut. "Tak abih lagi die ngokngap maghahkan mike" ngombah (ngom-bah) memungah. "Sapele ngombah tong sampah aku ni, abih betabo atah jalan" ngomben (ngom-ben) bergerak, terangkat. "Langsung tak ngomben walopun dah jenuh teman cube nak ngangkatnye" ngombok (ngom-bok) merangsang, mengapi-apikan. "Suke sangat kamu ngombok deme supaye begaduh iye" nongek (non-gek) punggung yang terangkat sedikit. "Die tu jalan nongek, ce kome petiekan betoi-betoi" ngonjak (ngon-jak) mengatakan seseorang budak lelaki atau budak perempuan itu suka di antara satu sama lain. "Semue kawan-kawannye
ngonjak die dengan budak pompuan yang same kelah dengannye tu"
ngonyah (ngo-nyah) mengunyah. "Gigi teman dah banyak yang tak ade, nak ngonyah pun dah payah" ngonyen (ngo-nyen) tersengeh. "Ngonyen aje die bile kome maghahkan die, apah pun tak dighasenye" ngonyong (ngon-yong) mengejek dengan isyarat mulut atau lidah. "Suke sangat kamu ngonyong budak pempuan itu iye" ngopak (ngo-pak) mematah, memecah. "Sapele yang ngopak pintu ghomah aku ni"
168
ngopek (ngo-pek) menyusu. "Cucu teman ni masih ngopek pade emaknye, tu yang tak boleh bepisah tu" ngotam (ngo-tan) mengamuk kerana marah dengan menghentakkan kaki. "Dah die ngotam kaki tak dapat ngikut kakaknye ke Paghit" ngotap(ngo-tap) 1. mencubit dengan kuat. "Cikgu tu gaghang bebeno, suke sangat ngotap pehe bile kite silap sikit" 2. mematahkan. "Bile deme lalu aje, suke sangat deme ngotap pokok bunge aku di tepi pago tu" ngotek(ngo-tek) 1. mengusik-ngusik sedikit. "Dah lame ikan ni ngotek umpan kail teman, tapi langsung tak dimakannye" 2. bermain-main dengan jari. "Takde koje lain, bile aghi minggu asyik ngotek kompute aje kojenye" ngotih (ngo-tih) mengcungkil. "Die tengah ngotih selimbo yang tetikam pade tapak kakinye" ngoyen (ngo-yen) tersengeh. "Ngoyen aje die bile kite maghah, macam tak ade ape-ape pade die" ngoyok (ngo-yok) menipu. "Suke sangat kamu ngoyok budak tu, sian abih duit die kamu tipu" ngubuh (ngu-buh) membubuh. "Sape pulak yang ngubuh gagham lagi dalam gula ni, dahle masin bebeno" nguca (ngu-ca) mengacau untuk mengaul. "Jangan lupe nak nguca bubo kacang dalam peghoyok atah dapo tu" ngula (ngu-la)
169
mengulai. "Teman ngula tempoyak ikan patin aghini, mohle makan" ngulang (ngu-lang) 1. mengulang, melakukan selalu. "Ghajin mike ngulang anak mike di Kelompo tu iye" 2. membuat semula. "Die tu dulu ngulang di Tingkatan Tige same dengan keme" ngulen (ngu-len) berguling-guling. "Ngulen badan atah jalan pun die mahu, kalo kome tinggakan die" ngulo (ngu-lo) menghulur. "Puahle teman ngulo tangan nak bersalam, tapi tak disambutnye" ngulu (ngu-lu) menghala ke kawasan hulu sungai. "Nak kemane ngulu tu Weh" ngumbe (ngum-be) mengepam minyak tanah menggunakan pam tangan. "Ayahnye tengah ngumbe minyak tanah ke dalam pelite panjut" nguncam (ngun-cam) bermuka masam kerana merajuk. "Ape yang dighajukkannye tu, nguncam aje mukenye" ngunyap (ngu-nyap) mengunyah, makan. "Mulutnye mane nak beghenti ngunyap, tule sebab badannye menjadi-jadi" ngunta (ngun-ta) mengerjakan sungguh-sungguh, membaham "Sapele ngunta koi aku ni sampa licin"
kesemuanya.
nguntei (ngun-tei) mengerjakan secara beransur-ansur. "Kalo kite ghama-ghama nguntei sikit soghang koje tu, lame-lame siaple juge" ngusa (ngu-sa)
170
menyudahkan, menyelesaikan. "Die tengah sebok ngusa tanaman padinye, belum siap-siap lagi" ngutei (ngu-tei) mencubit. "Kamu ni suke sangat ngutei pipinye" nguto (ngu-to) memberi isyarat dengan tangan, berhubung secara bahasa isyarat. "Jenoh teman nguto nyoghoh die pegi, tapi tak pedulinye" nguih (ngu-ih) menguis. "Mujole die mahu nolong nguih bangka anjin tengah jalan tu ke tepi" nimbe (nim-be) 1. timba. "Kalo tak ade emaknye nolong nimbe ayo telage tu pepagi, tak mandile die ke sekolah" 2. mengeringkan air kolam di sawah untuk menangkap ikan. "Semalam keme pegi nimbe di kolam bendang keme tu, banyakle juge keme dapat" nin (nin) jernih. "Nin aje ayo kopi yang kamu buat ni, kopi dah abih ke" nipu (ni-pu) menipu. "Kamu jangan nak nipu keme, kamu ingat keme ni bodoh sangat ke" nitik(ni-tik) 1. menitis, tercicir. "Tatang elok-elok cawan tu, abih nitik ayo kopi kamu tu atah lanta" 2. mencanai. "Ayahnye tengah nitik besi nak muat paghang " 3. mengetuk dan memukul, menghentam. "Kenkawannye nitik die sebab maghahkan die nipu deme" noca (no-ca) menipu. "Asyik nak noca oghang aje koje kamu ni, esok kene buku dengan ghuah baghu kamu tahu" nogak (no-gak) minum terus dari botol. "Die suke sangat nogak ayo hagham tu"
171
nogê (no-gê) berbuat tidak tahu dan berdiam diri sahaja seolah-olah tidak tahu apa-apa. "Bebuih mulut kite ngabokan ape nak buat, tapi nogê aje die matikan dighi" noghak (no-rak) berbohong, bercakap besar. "Die tengah noghak bebudak tu, entah apele dikelentongnye" nogheh (no-gheh) menoreh pokok getah "Due tige aghini ni asyik ujan aje, langsungle teman tak dapat pegi nogheh" nohê (no-hê) nohen (no-hen) berbuat tidak tahu dan berdiam diri sahaja seolah-olah tidak tahu apa-apa. "Nohê aje die bile kite soghoh, malah bebeno" nojah (no-jah) menjolok. "Kamu nak nojah apa dengan galah panjang tu, nak ngait nyio ke" nokek (no-kek) menakok, membuat bukaan pada sesuatu. "Sapele yang nokek pokok jambu aku ni" nolak pingan (no-lak pin-gan) baru lepas makan. "Maaf bebanyakle, teman baghu lepah nolak pingan sebelum kemaghi ni tadi" nolen (no-len) menoleh. "Mike nolen pade sape tu, mike kena ke die tu" nongah (non-gah) menuang. "Die yang nongah ayo dalam tempayan tu ke dalam longkang" nongak (no-ngak) dongak, melihat ke atas dengan mengangkat kepala sedikit. "Die
bejalan nongak ke atah, ate mane die nampak kamu lalu di depan" nongang (non-gang)
172
1. menuang "Nonggang ayo kopi ke dalam cawan tu bebaik sikit, jangan tumpah" 2. minum. "Bilele kamu ni nak betobat, asyik nongang bende hagham tu ajele koje kamu" nongkah (nong-kah) melawan arus. "Die ngalah sampan nongkah aghuih nak ngulu sunga, ate teghukle sikit" nongkak (nong-kak) menaikki, mendaki. "Penat jugele teman nongkak tange opihnye di tingkat tige tu" nongkat (nong-kat) menongkat. "Mujole ade batang buluh tu yang nongkat tiang pago tu, kalo idak dah ditimpenye anak pisang tu" nongok (non-gok) duduk diam. "Nongok aje die matikan dighi dalam gelap tu meghatikan kite" nonyoh (no-nyoh) memenyek, menekan dengan tangan. "Cepat aje tangannye nonyoh muke adiknye" nopok (no-pok) menepuk. "Ghajin kamu nulong emak kamu nopok adik kamu iye" not (not) wang kertas. "Teman dah tak mandang beduit, yang ade ini aje not seghengit dalam poket" notih saba (no-tih sa-ba) penyampai notis (berasal dari perkataan Inggeris "Notice Server". "Abangnye dulu notih saba di Pejabat Daerah Paghit" nuang(nu-ang) 1. poteng (berasal dari perkataan Inggeris "truant"). "Kamu nak nuang sekolahle aghini iye" 2. tuang, mengisi air, mencurah air "Kamu nuang ayo kopi tu jangan sampa penuh cawan, sikit udahle"
173
nuga (nu-ga) tekak berasa loya. "Ulam peta ni banyak angin, kalo tak tahan makannye boleh buat kite ghase nuga" nukung (nu-kung) dukung. "Teman dah tak lalu nak nukung die ni, dah hantap bebeno badannye" nulo (nu-lo) poteng, menggelak. "Kamu tu jangan asyik nak nulo aje kojenye, ce tolong keme ngangkat baghang ni" numpang (num-pang) menumpang. "Boleh ke teman numpang moto mike nak ke pekan tu kejap" nungap (nu-ngap) cungap, penat, mengah. "Ngungap juge teman ghase naik bukit ke ghomah mike ni" nungkap (nung-kap) 1. penat. "Nungkap teman muat koje sensoghang nebang pokok-pokok getah di kebun teman tu" 2. menutup muka. "Kamu nungkap muke ngape bile nampak die datang, kamu takutkan die ke" nungkum (nung-kum) t unduk dengan menutup muka. "Die kene lelah, tu yang nungkum aje mukenye ka banta tu" nutuh (nu-tuh) 1. menghentam, memukul. "Deme ghama-ghama nutuh budak yang meghagut tu sampai pengsan" 2. memotong dahan "Die tengah nutuh dahan pokok jambu di laman ghomahnye" nyaba (nya-ba) membuat atau ada sambal. “Teman tak nyaba aghi ni Weh, caba masak dah abih” nyaco (nya-co) mengeliru. "Umonye dah lanjut bebeno, ate cakapnye pun dah asyik nyaco aje"
174
nyaden (nya-den) berbuat tidak tahu dan tidak peduli. "Maghahle macam mane pun, tapi die nyaden aje macam tak ade ape-ape" Nyah (Nyah) penggilan untuk abang atau kakak anak yang kedua dalam keluarga. "Nyah tu anak emak saye yang nombo due" nyait (nya-it) menjahit. "Soghohle kakak kamu tolong nyait baju koyat kamu tu" nyajo (nya-jo) 1. berlaku begitu sahaja. "Nyajo ajele mike ghugi iye, ape nak dikatekan lagi dah tekene tipu" 2. mencari. "Nyajo meghate tempat teman mencaghinye, tapi tak jumpe juge" nyak (nyak) menghenyak, melanyak, menekan. "Teghuk budak tu kene nyak kepalenye dalam ayo" nyakat (nya-kat) menyakat, mengusik. "Kamu ni suke sangat nyakat adik kamu tu, dah tak lalu aku nengo die teghoyak" nyako (nya-ko) 1. mencakar. "Kucenke yang nyako lengan kamu ni" 2. air gula dimasak hingga terlalu pekat sehingga menjadi seperti berkaca. "Ayo gule yang kamu masak tu dah nyako ghopenye, elokle diangkat daghi atah dapo tu deghah" nyakup (nya-kup) memasuk terus ke dalam mulut. "Sambil nengok talibesen, mulutnye tak beghenti nyakup kacang putih" nyale (nya-la) 1. nyala, menyala. "Ngape tak nyale pulak lampu bilik ni, balnye dah tebako ke" 2. menjala. "Teman ghajin juge pegi nyale ikan di pulo tu" nyalah (nya-lah)
175
bersalah, tidak sepatutnya. "Kamu ni pun nyalah bebeno, ngape kamu biokan adik kamu balik sensoghang" nyalat (nya-lat) menyalat, menyapu. "Siape yang nyalat dinden sekolah ni dengan cat?" nyalo (nya-lo) menjalar. "Ce tengok tu, besonye ulo sawe tengah nyalo nyemeghang tembok, kome" nyamba (nyam-ba) membuat dan menumbuk sambal. "Biole teman nyamba kejap, boleh kite makan besame" nyambe (nyam-be) menyambil, melakukan sesuatu sambil melakukan perkara yang lain. "Nyambe teman nanam semule getah di tanah tu, teman tanamle juge pisang" nyampang (nyam-pang) 1. nyaris, mujur. "Nyampang tak kene mate, kalo kene mate tak ke bute dibuatnye" 2. sementara masih ada. "Nyampang kite masih idup ni,
bolehle kite tolong deme, kalo dah tak ade esok entahle macam mane"
nyampo(nyam-po) 1. campur. "Ade ke miike nyampo ayo sikit ke dalam cat ini " 2. masuk campur. "Tak siyo teman nak nyampo ha oghang" nyando (nyan-do) bersandar. "Sedap nyando atah keghusi baghu mike, lembut aje kusyennye" nyangko (nyang-ko) menjangkau bagi mencapai sesuatu. "Mike nyangko ape di tengah ayo sungai tu, ade bende anjut ke" nyangkung (nyang-kung) menyangkung. "Jangan duduk nyangkung atah mangkok tandas tu, nanti pecah ghabak ponggong tu "
176
nyantak (nyan-tak) santak, hingga. "Leke bebeno die muat koje, sampa nyantak ke malam" nyapa (nya-pa) mencapai. "Ate buah ghambutan tu ghendah sangat, senangle deme nyapa sambil lalu lalang" nyapok (nya-pok) 1. berdukung. "Kamu ni kemane pegi asyik nyapok atah dukung emak kamu aje, tak malunye" 2. menggunakan barang orang lain tanpa kebenaran. "Sapele nyapok kasut aku ni, dah tak ade atah tangge ni" nyata (nya-ta) menyewa khas (berasal dari perkataan Inggeris "charter"). "Deme dah nyata sebuah ben sekolah nak pegi ke Putrajaye" nyawab (nya-wab) 1. menjawab. "Sesape yang dapat nyawab soalan kuiz ini, Cikgu bagi hadiah" 2. menyahut. "Ngape mike tak nyawab bile teman manggil, teman ingat mike tak mandang di ghomah" nyebat (nye-bat) memukul, membesit. "Ayahnye tengah nyebat die dengan tali pinggang sebab die tuang sekolah" nyebeghang (nye-be-ghang) menyeberang. "Tiap aghi murid-murid di kampung seberang tu kene naik sampan untuk nyebeghang ke sokolah" nyebok (nye-bok) 1. menimba air, gayung. "Sape pulak ngambik cebuk aku ni, nak nyebok ayo telage ni pun tak boleh" 2. menyibuk. "Kamu jangan nak nyebok di sini, oghang tengah nak muat koje" nyêdan (nyê-dan) duduk tersandar tanpa mahu membantu. "Kamu ni nyêdan aje dalam ghomah ni, tak nak nulong keme muat koje diluo tu ke"
177
nyegê (nye-gê) menjegil. "Mate kamu asyik nyegê die aje, ate takutle die" nyeghakah (nye-gha-kah) duduk tidak teratur dan tidak sopan. "Sopanle sikit duduk di depan oghang ini, ce jangan nyeghakah aje" nyeghang (nye-ghang) menyerang. "Bile memalam banyak ulat nyeghang pokok padi di bendang teman tu" nyeghang ayo (nye-ghang a-yo) menjerang. menjerang air. "Mike dudukle dulu iye, bio teman nyeghang ayo atah dapo tu kejap" nyeghangap (nye-gha-ngap) berdiri tegak dan bercabang. "Nyeghangap aje lagi tunggul kayu atah tanah yang baghu ditebang tu" nyeghenket (nye-ghen-ket) kurus kering, terlaku kurus. "Kamu sakit teghuk ke, sampa nyeghenket aje badan kamu aku tengok" nyeghen (nye-ghen) memulas. "Cikgu tu suke nyeghen telinge kalo kite tak dapat nyawab " nyeghobang (nye-gho-bang) kembang dan bengkak. "Ape yang nyengat bibio kamu ni, dah nyeghobang aje aku tengok" nyeghogen (nye-gho-gen) tersengeh. "Nyeghogen aje die macam tak ade ape-ape bile oghang ngate die yang mencughi basika budak tu" nyegholang (nye-gho-lang) bercahaya terang benderang. "Nyegholang aje lampu keghete baghunye nyuluh keme tengah beghongok tepi jalan tu" nyeghoye (nye-gho-ye) mencari, memerhati. "Puah jugele teman nyeghoye die di Pekan Paghit tadi, tapi tak nampak pulak"
178
nyeghu (nye-ghu) berkunjung. "Ate, mike bile ke Kuale Lumpo tu adeke mike pegi nyeghu ghomah die di Gombak tu" nyejak (nye-jak) 1. mengikut, menurut. "Kamu ni dah nyejak ayah kamu iye, dulu die masuk aska juge macam kamu" 2. sampai, tiba. "Saya pun belum peghonah nyejak kaki di Langkawi tu, macam mane saya nak tahu" nyekik (nye-kik) 1. mencekik. "Yang kamu nyekik die, ngape" 2. menindas. "Kamu ni suke sangat nyekik daghah oghang kampung" 3. bahasa kasar untuk makan. "Ape yang kamu cekik sensoghang di dapo ni" nyeko (nye-ko) 1. menyumbat gol (berasal dari perkataan Inggeris "score").
"Sape yang nyeko gol semalam
2. mencuri. "Memang tak ngasi beno sape yang nyeko duit aku ni" nyekoh (nye-koh) mengambil dengan tangan. "Kamu ni suke sangat nyekoh lauk tu dengan tangan, gunekanle sudu" nyelak (nye-lak) menyelak. "Kakaknye tengah nyelak majalah atah katil dalam bilik tu" nyelak kain (nye-lak ka-in). dalam keadaan terlalu marah. "Nyelak kain pun mahu kalo die dah maghah sangat" nyelap (nye-lap) tidak sedarkan diri, menangis seolah-olah tidak sedar diri. "Kamu ni suke sangat nyelap, pantang silap sikit" nyelewen (nye-le-wen) menyeleweng, menyimpang dari tujuan asal. "Teman memangle nak balik teghuih, tapi die pulak ngajak nyelewen ke tempat lain"
179
nyeliat (nye-li-at) 1. siat. "Sapele yang nyeliat kulit pokok pisang aku ni" 2. cubit. "Die suke sangat nyeliat peha" nyeligi (nye-li-gi) menyekeh. "Abangnye yang nyeligi kepale adiknye tu, ate budak tu ape lagi, meghaungle" nyelin (nye-lin) menjeling. "Budak pompuan tu asyik nyelin kome aje daghi tadi, ate, adele yang die bekenan tu" nyelinap (nye-li-nap) menyelinap, menyusup. "Teman nampak ade tikuih nyelinap nyusup bawah lemaghi tu" nyelonko (nye-lon-ko) menyelongkar. "Sapele
dikombah deme kain baju"
yang nyelonko lemaghi ni, abih
nyelonot (nye-lo-not) menyelinap, menyusup. "Tak sedo die nyelonot bawah ghomah teman ni nak mencughi basika" nyelotong (nye-lo-tong) menyondol. "Kalo dah memalam, babi utan datang nyelotong anak-anak pisang teman tu" nyelum (nye-lum) mencelup, menyelam. "Die nyelum kepalenye dalam sungai tu nyoghok bile nampak keme datang" nyeluin (nye-lu-in) 1. memulas telinga. "Die suke sangat nyeluin telinge adiknye" 2. menumbuk dengan cara memusingkan sikit penumbuk. "Die nyeluin muke budak itu dengan penumbuknye" nyembang (nyembang) bersembang, berbual. "Kome bedue ni nyembang ape dalam bilik ni, seghonok beno bunyinye" nyembelih (nyem-be-lih)
180
menyebelih atau melakukan korban. "Aghi geghaye Aji tahun ini idak ke mike becadang nak nyembelih" nyembo (nyem-bo) 1. menyembur."Banyakle juge daghah keluo nyembo daghi mulutnye" 2. memaki hamun. "Die nyembo bebudak tu, maghah sebab deme ngejek die" nyemedang (nye-me-dang) sentiasa, selalu. "Kamu nile nyemedang aje tuang sekolahnye, ape nak jadi" nyemelih (nye-me-lih) menyebelih atau melakukan korban. "Ghaye Korban tahun ni teman becadang nak nyemelih seko lembu" nyemo (nye-mo) menyemur. "Emaknye sedang nyemo padi di laman ghomah" nyempat-nyempat (nyem-pat nyem-pat) bersabar, tunggu dulu. "Nyempat-nyempat sikit, takkan laghi gunung dikejo" nyempone (nyem-po-ne) sempurna, selesa, nyaman, sedap, puas. "Nyempone bile kene tiup angin laut depan ghomah mike ni" nyemput (nyem-put) 1. menjemput. "Teman nak nyemput mike anak beghanak datang kendughi kawin anak teman" 2. mengambil dengan hujung jari-jari tangan. "Kamu nyemput nasi pun sikit aje ke, makanle lagi " nyenak (nye-nak) senak, kekenyangan.
"Nyenak peghut teman kene gula tempoyak ikan temoleh dengan samba macang"
nyenden (nyen-den) senget, berkedudukan secara mengiring. "Bile duduk tu jangan nyenden aje, duduk betoi-betoi tegak"
181
nyendo (nyen-do) bersandar. "Die duduk nyendo aje atah keghusi tu, bukan nak nolong deme muat koje" nyendoh (nyen-doh) melanggar sedikit dengan badan atau bahu. "Janganle suke nyendoh oghang, ce duduk jauh sikit" nyendoi (nyen-doi) mengikut kemana sahaja, tidak mahu berenggang. "Kamu suke sangat nyendoi emak kamu ke mane pegi, iye" nyengap (nye-ngap) senyap, sunyi, diam. "Kamu ni nyengap sangat, ce besuaghe sikit" nyengkalak (nyeng-ka-lak) menolak tanpa disedari. "Tibe-tibe aje die nyengkalak budak tu daghi atah basikanye" nyengo (nyen-go) 1. api yang menyambar. "Jangan dekat sangat dengan api lemang tu, nanti nyengo api tu ke muke" 2. berasa terlalu panas. "Nyengo panahnye due tige aghi ni, ujan dah lame tak toghon" nyengok (nye-ngok) 1. tengok. "Sesekali die nyengok kepalenye keluo tingkap untuk nengok kot-kot deme dah tibe" 2. datang melawat. "Ade semalam ade die datang nyengok teman di sepital ni" nyenkat (nyen-kat) menjadi singkat. "Seluo yang teman beli aghi tu dah nyengkat, ate seluo moghah gitule jadinye" nyensen (nyen-sen) menyinsing. "Bile musim ujan ni, deme kene nyensen seluole nak meghaduk ayo atah jalan masuk ke sekolah deme tu" nyensen kain (nyen-sen ka-in)
182
dalam keadaan marah sangat. "Die kalo maghah sangat, nyensen kain pun mahu" nyensen lengan (nyen-sen len-gan) bergaduh. "Takut teman nengok deme bile masing-masing dah
nyensen lengan nak betumbuk"
nyensen seluo (nyen-sen se-lu-o) dalam keadaan ketakutan. "Nyinsen seluo die cabut laghi takutkan mike" nyenta (nyen-ta) 1. mengambil kesemuanya, memakan sampai habis. "Sapele
yang nyenta semue nasi dalam peghoyok ni, langsung tak tingga sikit pun" 2. mengosok dengan kuat. "Die tengah nyenta kakinye dengan beghus"
nyepak (nye-pak) menampar. "Ngape kamu nyepak muke budak tu, die ngambik duit kamu ke" nyêpak (nyê-pak) menendang. "Sape yang nyêpak bola kuat sangat sampa jatuh ke teben tu" nyiap (nyi-ap) menyiapkan. "Die tengah nyiap koje sekolahnye dalam bilik tu" nyicah (nyi-cah) mencicah. "Deme tengah nyicah mepelam dengan kicap di dapo, pegile kalo teghigin" nyicit (nyi-cit) lari lintang pukang. "Nyicit keme laghi bile die nampak keme tengah ngambik buah ghambutannye" nyighap (nyi-ghap) naik darah, terlalu marah. "Nyighap daghah dibuatnye bile nengo macam-macam die ngate teman" nyimpang (nyim-pang)
183
menyimpang. "Lepah sekolah teghuih balik ke ghomah, jangan nak nyimpang kelain pulak" nyingit (nyi-ngit) mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. "Kamu ni asyik nak nyingit die ngape, benci sangat ke kamu kan die" nyingkap (nying-kap) menyelak. "Kalo nyingkap pintu kelambu tu janganle dibuke luah sangat, nanti masuk nyamuk pulak" nyingkap kain (nying-kap ka-in) menyingkap kain kerana terlalu marah. "Kalo die dah maghah bebeno, nyingkap kain pun die mahu" nyiut(nyi-ut) menyucuh, membakar. "Ayahnye tengah nyiut api pelite panjut di laman ghomahnye" nyio (nyio) nyo (nyo) nyior, kelapa. "Ce tolong emak kuko nyio ni, boleh kite muat pengat pisang petang ni" nyio kuko (nyo ku-ko) kelapa parut. "Ubi ghebuih colek dengan nyo kuko pepagi ni memang sedap"
makan
nyio kuta (nyo ku-ta) kelapa yang tua dan kering. "Nyo kuta tu tak usahle dikutip, bio die tumbuh jadi benih aje" nyobang (nyo-bang) kembang dan bengkak. "Ngape dengan bibio kamu nyobang aje, kene sengat tebuan ke" nyogen (nyo-gen) tersengeh. "Nyogen aje die macam tak ade ape-ape bile oghang ngate die macam-macam" nyoghoh (nyo-ghoh)
184
menyuruh. "Siape yang nyoghoh kamu muat bende tu, ce kabokan pade aku" nyoghok (nyo-ghok) menyembunyi. "Kamu jangan nak nyoghok daghi aku, aku tahu kamu ade dalam ghomah ni" nyone (nyo-na) sempurna, selesa, nyaman, sedap, puas. "Nyone ghasenye bile kene tiup angin di tepi bendang ni" nyongak (nyo-ngak) menconggak. "Takkan nak nyongak sepuluh kali sepuluh pun lame sangat" nyonggah (nyong-gah) kain yang terselak hingga menampakkan celah kangkang. "Ce
duduk besile elok sikit, jangan nyonggah aje kain tu depan oghang ni"
nyonke (nyon-ke) nyonkil (nyon-kil) menyungkil. "Ce mintak lidi tu, teman nak nyonke gigi" nyonkit (nyon-kit) suka berjalan-jalan, makan angin. "Kemane pulak cadangnye nak nyonkit cuti sekolah ni" nyoye (nyo-ye) mencari, memerhati. "Kamu tengah nyoye ape tetunduk-tunduk tu, duit kamu jatuh ke" nyua (nyu-a) menjual. "Die selalu ade nyua saknike sayo kampung di Pekan Senin tu" nyuco (nyu-co) menyucur, menyiram. "Sebelum ke sekolah, die nolong emaknye nyuco pokok bunge dulu" nyukat jalan (nyu-kat ja-lan)
185
tidak bekerja dan suka berjalan-jalan. "Ape ade kojenye, asyik nyukat jalan ajele aghi-aghi" nyulo (nyu-lo) 1. jelir, julur, hulur. "Kepale ulo tu nyulo aje nak matuk kakinye, mujole die cepat nampak" 2. peringkat bayi yang hanya menggerakkan badannya ke hadapan. "Anak teman ni baghu nak nyulo, tak lame lagi meghangkakle die" nyuluh (nyu-luh) menyuluh. "Teman nak pegi nyuluh deghoyan, kalo lambat kaghang melepah pulak kite"
186
O
ocok (o-cok) melaga-lagakan atau mengapi-api supaya berbuat sesuatu atau berkelahi. "Ate, mane deme tak begaduh, bile dah asyik kene ocok bebudak beso-beso tu aje" oda (o-da) 1. pesan (berasal dari perkataan Inggeris "order"). "Mike nak makan ape, ate oda ajele ape yang mike nak" 2. perintah. "Die tahu paka oda aje, yang muatnye oghang lain" ogeh (o-geh) melonggar sesuatu dengan cara mengoyang-goyang bagi tujuan untuk mencabut. "Ogeh dulu kuat-kuat pokok ubi tu, baghule senang nak dicabut" oghak (o-ghak) 1. mengorak, mengacau. "Ce tolong oghak sikit api dapo tu, kuat sangat, angit nasi tu kaghang" 2. mengurai, membuka ikatan. "Kalo kamu oghak sikit-sikit, lame-lame telucutle tali tu" 3. lari, memulakan melangkah. "Ate, die pun oghak langkahle die bile nenggok kamu datang" oghang betine (o-ghang be-ti-ne) 1. orang perempuan. "Oghang betine aje yang datang, oghang jantan soghang pun tak dijemputnye" 2. isteri "Oghang betine kamu tak ngikut same ke?" oghang ghomah (o-ghang gho-mah) isteri "Kenape kamu tak mawak oghang ghomah kamu datang same?" oghas (o-ghas) tabur sesuatu untuk menarik minat, umpan. "Ce kamu oghas ayam tu dengan padi, bekeghomonle die nanti" oghong (o-ghong)
187
berkerumun kerana sukakan sesuatu "Sian nengok penyanyi tu
kene oghong deme ghama-ghama"
oh-cukah (oh-cu-kah) kata seruan yang mengambarkan kejutan. "Oh-cukah! Hah mujo tak jatuh budak tu" oh weh (oh weh) kata-kata panggilan manja untuk orang-orang yang disayangi seperti isteri atau suami atau kenalan-kenalan yang mesra. "Oh weh! ce tolong unjukkan seluo teman yang atah ghomah tu" olak (o-lak) bahagian sungai yang berpusar. "Jangan beghenang sampa ke olak tu, nanti tengelam diputonye " ombok-ombok (om-bok om-bok) merangsang, mengapi-apikan. "Yang kamu ombok-ombok deme untuk bekela, ngape" Onyang (O-nyang) moyang, panggilan untuk moyang. "Onyang tu Tok kepade ayah saye, dah 90 tahun lebih umonye" onyong (o-nyong) mengejek dengan isyarat mulut atau lidah. "Janganle kamu onyong die begitu, nanti teghoyak die kaghang" Opah (O-pah) panggilan untuk nenek perempuan. "Ini Opah saye, die ni emak kepade ayah saye" Opan (O-pan) panggilan untuk nenek saudara yang perempuan. "Opan ni adik beghadik sedatok dengan Opah saye" otek (o-tek) mengusik-ngusik sedikit "Usah kamu otek komputer abang kamu tu, maghahnye nanti"
188
P
paedah (pa-e-dah) faedah, berguna. “Ape paedah yang kamu dapat ngikut die tu kesane kemaghi” paghap(pa-ghap) 1. pukul, hentam, belasah. "Teghuk budak itu kene paghap dengan tali pinggang" 2. pelasah. "Jangan kamu paghap kasut abang kamu tu, toghik bile die balik esok" pahit melepang (pa-hit me-le-pang) terlalu pahit. "Ako peta wali ni pahit melepang ghasenye, tapi elok muat ubat kencen manih" pak (pak) peti kayu. "Ce kamu caghi paghang tu dalam pak kayu di bawah ghomah tu" pakocok (pa-ko-cok) kueh cakoi, patongko. "Keda Mamak tu ade nyua koi pakocok taghuh kuah kacang" palih pilah (pa-lih pi-lah) hilang tidak tahu kemana. "Palih pilah subang aku ni entah kemane, jenuh aku mencaghinye" palo (pa-lo) 1. teringin sangat. "Tak teman palo dengan ghete tu, mike ambikle semuenye" 2. mengambil semua. "Jangan kamu palo semue ghete pesake ayah kamu tu, bagi-bagikan juge pade adik-adik kamu" panglen (pang-len) keliru dan sudah tidak tahu nak kemana. "Dah lame tak ke sane, panglen teman dibuatnye ke mane aghah tuju ke ghomah mike" panah linto (pa-nah lin-to)
189
halilintar. "Patah dahan pokok tu kene panah linto dalam ujan lebat semalam" pandak (pan-dak) pendek. "Galah ni pandak sangat, tak sampa nak ngait buah nyio tu" pandam (pan-dam) sejenis plastik yang keras. "Ate, pemainannye tu dibuat daghi pandam, senangle pecah" pandu (pan-du) cuba. "Ce kamu cube pandu teghai, muat ke baju ni pade kamu" panggu (pang-gu) bahagian. "Yang belah mane panggu mike di tanah pesake tu" pangka keghe (pang-ka ke-ghe) pangkal kira, orang yang mengaturkan. "Emak sedaghenyele
yang jadi pangka keghe deme tu betunang"
pangkah (pang-kah) 1. tanda salah. "Semue pangkah yang kamu dapat dalam koje sekolah kamu ni" 2. melepaskan gasing ke atas gasing lawan dalam permainan gasing. "Cepatle pangkah gasingnye yang tengah ligat bepusen tu, bio tebelah due" pangken (pang-ken) `bangku kayu yang panjang. "Die tengah duduk beghehat atah pangken di tepi tebin" panjut (pan-jut) pelita hiasan di malam tujuh likur. "Atoknye tengah masang
pelite panjut di kelilen ghomah, sikit lagi cucunye nak balik beghaye"
papan batu (pa-pan ba-tu) sejenis papan berwarna hitam atau hijau untuk menulis. "Zaman
Atok dulu besekolah tak mandang buku tulih, keme nulih atah papan batu"
190
papan sayung (pa-pan sa-yung) papan yang tidak berapa elok potongannya. "Teman beli papan sayung aje untuk dinding dango tu, mughah sikit" parê (pa-rê) rak tempat menyimpan barang atau pinggan mangkuk. "Letak
ajele pingan mangkok di atah parê tu dulu, nanti kaghang emak susun"
pastu (pas-tu) lepas itu. "Pastu ape yang kamu balah balik pade die, kamu diam aje ke" pasyo (pa-syo) 1. pasir. "Ada pasyo atah lanta ni, ngikut kaki sape le ni" 2. benteng pasir di sungai. "Deme tengah mencaghi ghemih di atah pasyo tengah ayo tu" patah ghiyok (pa-tah ghi-yok) patah yang sangat teruk "Patah ghiyok kakinye kene lango motoka semalam" patisen raita (pe-ti-sen rai-ta) penulis surat-surat atau borang di luar pejabat-pejabat Kerajaan, (berasal dari perkataan Inggeris "petition writer"). "Kamu
soghohle patisen raita di bawah pokok tu tolong ngisikan pom kamu tu"
pawa (pa-wa) berkuasa mengawal (berasal dari perkataan Inggeris "power"). "Teman langsung tak ade pawa atah tanah pesake tu" payung (pa-yung) 1. melindung dari hujan atau panas. "Tolong payung adik kamu tu, nanti deman die kene ujan" 2. melepaskan gasing ke atas gasing lawan yang sedang berpusing dalam permainan gasing. "Sampa tepelantin keluo gasing aku kamu payungiye" pecat (pe-cat) mencela, mengatakan sesuatu itu tidak baik. "Banyak sangat yang kamu pecat, soghoh buat sendighi tak tahu"
191
pedo (pe-do) pedar. "Peta ni dah tue, pedo lidah dibuatnye" pede (pe-de) ikan bulu ayam. "Pulut aghun dengan peda goghen ni kenele gunye" peghagut (pe-gha-gut) 1. orang yang meragut. "Semalam, Poleh dah dapat nangkap soghang peghagut di Paso Malam tu" 2. kudapan. "Ape peghagut yang mike sediekan pepetang ni, bade pisang ke" peghaih (pe-gha-ih) pemborong. "Bile pepagi adele due tige oghang peghaih deghoyang datang ngambiknye" peghait (pe-gha-it) 1. farait, dibahagi. "Ghete pesake arwah ayah deme tu dibanci ngikut peghait" 2. mengambil tanpa izin. "Abih kene peghait dik bebudak dadah tu kalo buah deghoyan tu lambat dikutip" peghak (pe-ghak) kehairanan sebab tidak pernah melihatnya atau mengetahui. "Kamu ni peghak sungguhle, bende itu pun kamu tak peghonah nengok, kan ke selalu deme tunjuk dalam talibesen" peghambat (pe-gham-bat) menghalau, mengejar. "Mencicit budak tu laghi bile kene peghambat dengan kayu" peghankat (pe-ghan-kat) hidangan, jamuan. "Ate, ape peghankat yang dijamunye mike bile betandang ke ghomahnye aghi tu" peghap(pe-ghap) perap, menyimpan. "Daging tu kene peghap mun tige empat jam, lepah tu baghule dibako" peghato (pe-gha-to)
192
kedudukan dalam hubungan kekeluargaan "Peghato antara mike dengan teman dalam keluage kite macam mane" peghau (pe-ghau) sampan, perahu. "Ate, kome nak nyemeghang macam mane, peghau teman dah boco ni ha" peghebet sapu (pe-ghe-bet sa-pu) kereta persendirian yang digunakan sebagai kereta sewa tanpa permit. "Teman naik peghebet sapu balik daghi Paghit tu tadi" pegheh (pe-gheh) parah, susah. "Pegheh teman bulan ini, macam-macam kene beli bile die nak masuk asrama penuh tu" pêghen (pê-ghen) hancing, bau yang terlalu kuat. "Sapele yang makan jeghen dan kencen dalam bilik ayo tu, pêghen baunye" peghocik (pe-gho-cik) percik. "Abih basah baju teman kene peghocik ayo mase die nyigham pokok bunge tepi pago tu" peghodi (pe-gho-di) cuba membaiki. "Jangan kamu peghodi radio boghok aku tu, langsung jahanam kaghang" peghodu (pe-gho-du) perdu. "Teman jumpe kasut mike tepi peghodu pokok bunge tepi pago tu" peghoi (pe-ghoi) peroi, mudah pecah atau hancur. "Peghoi aje ghope koi sempeghit mike ni, bahan ape yang koghang" peghok (pe-ghok) disimpan lama. "Peghok ajele gita mike tu bawah katil, kalo sayang sangat tak nak magi keme main" peghokat (pe-gho-kat) pelekat, gam. "Die tengah muat peghokat daghi tepung ubi, untuk nampa posta"
193
peghongap (pe-gho-ngap) menyuap, disambar dengan mulut, masukkan kesemua sekali ke dalam mulut. "Kalo banyak ini yang kamu bagi, sekali peghongap ajele" peghonjang (pe-ghon-jang) alat atau sebarang benda yang digunakan sebagai peruncang atau penjolok. "Ce ambik peghonjang buluh tu, teman nak ngait jambu ni" peghonjang ape (pe-ghon-jang a-pe) apa gunanya, nak buat apa. "Peghonjan ape yang mike datang lagi ke maghi, bukan ke teman dah bagi semuenye, nak ape lagi" peghonyok (pe-gho-nyok) meronyok. "Janganle kamu peghonyok aje baju tu dalam bag, kan ke dah begosok" peghosah (pe-gho-sah) 1. mendesak sehingga dapat. "Teghuk teman kene peghosah selagi die tak dapat ape yang diendaknye" 2. mengusik dengan tujuan hendak menyakat. "Janganle kamu peghosah adik kamu tu, biole die main sensoghang" peghosok (pe-gho-sok) sumbat. "Peghosok lubang tu dengan kain boghok, idakle die dapat keluo" peghoyok (pe-gho-yok) periuk. "Masakle nasi paka peghoyok beso tu, aghini kite ghama" peghoyok belange (pe-gho-yok be-lan-ge) periuk belanga. "Peghoyok belange ade emak simpan dalam lemari tu" peghuk (pe-ghuk) simpan lama. "Kamu peghuk ajele gita kamu tu bawah katil, kalo sayang sangat tak nak bagi oghang lain minjam" pegun (pe-gun)
194
kehairanan. "Ape yang mike pegun sangat tu, sampa teman lalu pun mike tak sedo" pejah (pe-jah) 1. lelap, lena. "Pejah aje die tido dalam buaian ni iye" 2. diam. "Pejah aje dalam bilik tu, ce pegi tengok ape yang adik-adik kamu buat" pêkaknye(pê-kak-nye) ketua, pakar, paling mahir. "Dalam ha-ha macam ini die memangle pêkaknye" Pekan Senin (Pe-kan Se-nin) pasar hari Isnin. "Ade aje die bejua saknike sayo kampung di Pekan Senin tu tiap minggu" pekap (pe-kap) 1. menampal. "Jangan pekap meghate-ghate posta kome tu pade dinden sekolah, Cikgu Beso tak bagi" 2. menutup dengan tangan. "Ape yang kamu pekap dengan tangan atah lanta tu, belalang ke" 3. tidak mahu kemana-mana. "Elokle kamu pekap aje di ghomah tak keluo-keluo" pekop (pe-kop) menutup. "Cepat pekop idung kome, die nak kentut tu, pekung baunye" pekdah (pek-dah) faedah, guna. "Takde pekdah kamu ngikut die ke sane, ape yang kamu dapat" pekik lolong (pe-kik lo-long) meraung kesakitan yang amat sangat. "Kamu jangan nak pekik lolong melampo sangat, tahanle sikit sakit tu" pekong (pe-kong) 1. terlalu busuk. "Pekong bau kentut kamu ni, kamu makan peta iye" 2. kudis yang besar, tokak. "Besonye pekong di kaki kamu ni, dah jadi macam tokak aku tengok"
195
3. rahsia. "Janganle kamu nak beghasie lagi dengan keme, semue oghang dah tahu pekong kamu" pekse (pe-kse) periksa. "Kamu dah pekse ke baghang tu elok ke tidak lagi" pelam (pe-lam) mempelam, mangga. "Dimane mike beli buah pelam ni, elok manihnye" pelan (pe-lan) 1. pelan (berasal dari perkataan Inggeris "plan"). "Di mane mike simpan pelan tanah kite tu" 2. perlahan. "Pelan sikit mawak keghete tu, di jalan kampung ni janganle laju sangat" 3. kembali semula, berlaku semula. "Bile umo dah lanjut macam itu, kite ni pelan bebudakle" pelangko (pe-lang-ko) guruh yang kuat. "Bedentum-dentum bunyi pelangko sebelum ujan lebat subuh tadi, mike tak sedo ke" pelantak (pe-lan-tak) penyebab. "Ape pulak pelantak kaki kamu tu sampa tebongeh luke macam itu, kene tajak ke" pelasah (pe-la-sah) digunakan seharian, digunakan sepenuhnya. "Baju tu dah teman buat pelasah aghi-aghi" pelekoh (pe-le-koh) mengetuk kepala. "Kamu pelekoh kepale adik kamu dengan buku tu ngape" pelite ayan (pe-li-ta a-yan) pelita minyak tanah yang diperbuat dari zink atau aluminium. "Tiap-tiap malam teman pasang pelite ayan dalam gheban tu" pelite capin (pe-li-ta ca-pin) pelita minyak tanah yang dilekat di dahi semasa menoreh. "Pelite capin di kepale tu gunenye untuk nyuluh pokok getah mase nak nogheh dalam gelap subuh tu"
196
pelite cemeni (pe-li-tece-me-ni) pelita minyak tanah yang dibahagian atasnya ditutup dengan kaca. "Zaman keme dulu paka pelite cemeni aje mace buku sekolah bile memalam" peliyo (pe-li-yo) pelir. "Main jauh-jauh sikit, nanti aku jentik buah peliyo kamu, baghu kamu tahu" pelupuh (pe-lu-puh) pukul dengan batang kayu atau sebagainya."Kesian pulak
nengok budak yang meghagut tu kene pelupuh oghang ghama di paso malam tu"
pempan (pem-pan) terpegun, terpaku, tercegat. "Pempan teman dibuatnye bile nengok die, tak sangke pulak die datang" penangan (pe-nga-ngan) 1. hasil atau kesan tindakan, akibat dari. "Penangan sapele yang jadikan basika aku ni bengkok macam ini" 2. penumbuk. "Kene penangan aku seliang baghu bengkak muke tu" penangga (pe-nang-ga) hantu yang bercerai dari badannye dan tali perut berjurai. "Deme
kate dulu-dulu pokok jati tepi teben tu memang selalu ade hantu penangga begayut"
pencebak (pen-ce-bak) alat penggorek tanah bermata besi yang leper. "Nak ngoghik ghebung tu gunekanle pencebak ini" pencuk (pen-cuk) kerabu dari daun-daun kayu atau ulaman. "Emaknye ngutip
saknike taghuk kayu tu nak muat pencuk makan dengan bubo kanji"
pengga (peng-ga) membaling "Aku pengga kepale kamu dengan batu ni, baghu kamu tahu"
197
pengak (pe-ngak) berbau terlalu busuk. "Pengak bau kentut kamu satu bilik, tak tahan aku menciumnye" penganan (pe-nga-nan) kuih. "Emak nak buat penganan ape dengan daun pisang tu, koi koci ke" penganan tongok (pe-nga-nan ton-gok) kuih yang diperbuat dari beras pulut dan disira santan pekat, kuih badak berendam. "Penganan tonggok adelah sejenih koi tradisi, dalam bulan pose adele oghang bejua" pengat (pe-ngat) manisan bersantan dan dicampur dengan pisang atau ubi. "Jemputle makan pengat pisang ni, ini aje yang ade petang ni" pengko (peng-ko) kaki yang tidak lurus. "Kakinye pengko sejak eksiden aghi tu, tu yang jalannye betongkat aje kemane pegi" pengit (pe-ngit berbau terlalu kuat. "Pengit bebeno bau ape ni, nasi yang kamu tanak atah dapo tu dah hangit ke" pengo (pe-ngo) terlalu busuk. "Pengo bau bangka anjing tepi paghit tu, idakle ade sape nak muangnye" pengoghih api (pe-ngo-ghih a-pi) mancis api, penggores api. "Ce tolong ambikkan penghoghih api tu, aku nak mako sampah ni" pengoncang dagu (pen-gon-cang da-gu) kudapan yang keras. "Koi cako ayam ni sedap buat pengoncang dagu pepetang dalam ujan lebat ni" pentelun (pen-te-lun) seluar panjang (berasal dari perkataan Inggeris "pantaloon"). "Mane pentelun teman yang ghone putih belipat dalam lemaghi ni"
198
penyengap (pe-nye-ngap) pendiam. "Anak teman ni memang penyengap sikit budaknye, tak banyak cakap" penyangat (pe-nya-ngat) bersifat terlalu sangat, bersifat tersangat-sangat. "Budak ni
penyangat oghangnye, ape yang dibuatnye mesti endak siap dan-dan itu juge"
penyegat (pe-nye-gat) tabuan. "Mukenye bengkak kene penyegat, tu yang malu nak keluo tu" penyek (pe-nyek) tekan menjadi nipis atau rapat. "Yang kamu penyek idung adik kamu tu, ngape" penyepak (pe-nye-pak) penampar. "Kene penyepak aku seliang kaghang baghu meghah padam muke tu" penyêpak (pe-nyê-pak) penendang. "Tepelanten kene penyêpak aku budak ni nanti, baghu die tahu " pêpa (pê-pa) suratkhabar (berasal dari perkataan Inggeris "paper"). "Ayahnye
tengah mace pepa di anjung"
pepagi(pe-pe-gi) diwaktu pagi-pagi. "Pepagi lagi ayahnye dah keluo ghomah" pepak (pe-pak) berselerak. "Sapele main bedak aku ni abih pepak satu bilik" pepak leghak (pe-pak le-ghak) berselerak sangat. "Bilik tu pepak leghak dengan kain baju dan buku-buku sekolah deme" pepat (pe-pat) 1. tepat. "Mike lempo batu tu pepat kene pade muke die" 2. sempurna. "Memang pepat koje mike ni, elok licin mike buat"
199
pepetang(pe-pe-tang) diwaktu petang-petang. "Moh kite ke ghomahnye, bile pepetang begini emaknye ghajin muat koi" peresen (pe-re-sen) hadiah (berasal dari perkataan Inggeris "present"). "Ape peresen yang kamu dapat dalam sepot aghitu" pesen (pe-sen) fesyen (berasal dari perkataan Inggeris "fashion"). "Die tu panda muat baju kebaye pesen moden" pesenih (pe-se-nih) 1. punat, suis. "Yang mane satu pesenih kipah angin ni" 2. benda. "Apeke pesenih yang mike bawak dalam kotak tu, " perbek (per-bek) Pemain Pertahanan dalam permainan bolasepak (berasal dari perkataan Inggeris"Full-back"). "Die tu pemain perbek pasukan
bola sekolah keme"
pereman (pe-re-man) polis yang berpakaian biasa (berasal dari perkataan Inggeris "freeman"). "Die tu dulu mate-mate gelap, tu yang die paka pereman aje" petia (pe-tia) memerhati dengan teliti. "Ape yang mike petie beghiye sangat atah jalan tu, duit mike tecico ke" picak (pi-cak) buta sebelah. "Matenye picak sebelah kighi, tu yang paka sepek itam aje" pijo (pi-jo) berasa terlalu panas. "Angat pijo teman ghase aghini, panah bebeno" pili (pi-li) paip. "Tutup pili dalam bilik ayo tu, abih melimpah kaghang" pino(pi-no)
200
pinar, berpusing-pusing, "Pino biji mate teman dibuatnye nengok lampu meghelit di Kuale Lumpo tu" piso (pi-so) pisau. "Nah piso ni, cepatle potong kek aghi jadi kamu tu" piyo (pi-yo) asli, tulin (berasal dari perkataan Inggeris "pure"). "Madu lebah ni memang piyo, tak ade campo ape-ape" piyun (pi-yun) budak pejabat atau pembantu pejabat (berasal dari perkataan Inggeris "Peon"). "Teman ni jadi piyun aje di Pejabat Tanah tu" poca (po-ca) sewa kesemua, sewa sebuah. "Teman nak balik cepat dagi Paghit tadi, ate teman poca aje sebuah teksi" pocik (po-cik) percik. "Janganle dikibah kuat sangat masuh tangan tu, abih kamu pocik keme ni" poda (po-da) bedak (berasal dari perkataan Inggeris "powder"). "Putih melepak muke kamu ni, abihle satu tong poda aku tu iye" pogheh (po-gheh) poghesta (po-ghes-ta) Pekerja Pejabat Hutan (berasal dari perkataan Inggeris "forester"). "Ayah saye koje poghesta di Pejabat Utan Batu Gajah" pokah (po-kah) kobak, kopak. "Abih kene pokah pintu ghomah teman malam tadi masuk dik pencughi" pokat (pokat) pelekat dari bacuhan tepung ubi. "Ce tolong tampa posta pade dindin tu dengan pokat ni" pokpek (pok-pek) pokpek-pokpek (pok-pek pok-pek)
201
tidak berhenti-henti bercakap. "Dah tetengah malam pun tak abih lagi pokpek-pokpek ngate die iye" pom (pom) borang (berasal dari perkataan Inggeris "form"). "Dah teman isile pom bantuan tanam semule tu " pomen (po-men) makenik (berasal dari perkataan Inggeris "foreman"). "Dulu die koje pomen bas di Green Transport Paghit" pompuan(pom-pu-an) isteri. "Ini ke pompuan baghu kamu, ngape tak kenakan pade aku" pongah (pon-gah) punggah. "Pongah aje baghang-baghang kamu tu ke ghomah teman buat sementaghe" pongam (po-ngam) pongap (po-ngap) menyuap, disambar dengan mulut, masukkan kesemua sekali ke dalam mulut. "Bukannye banyak sangat makanannye pun, sekali pongap masuk mulut dah abih" pongen (po-ngen) tidak berbaju atau tidak berseluar. "Janganle kamu pongen ponggong kamu tu pade aku, pakale seluo" pongkeh (pong-keh) alat seperti dulang untuk mengaut tanah yang diperbuat dari rotan. "Angkut tanah tu sikit-sikit dengan pongkeh tu" pongko (pong-ko) bahagian kiri dan kanan punggung. "Sakit bebeno ghase pongko
teman yang belah kanan ni, teman jatuh teduduk atah simien aghitu"
pongo (pon-go) tunggul pokok. "Letak aje daun-daun keghin tu pade pangka pongo pokok deghoyan mati tu"
202
pongo (po-ngo) terbuka, terdedah. "Mike pongo aje pintu ghomah mike ni ngape, idak ke takut masuk pencughi" ponyok (po-nyok) meronyok. "Jangan kamu ponyok keghotah soghat kabo ayah kamu tu, die belum macenye lagi" pose (po-se) puasa. "Maaple aghini teman tak dapat makan tengahaghi besame mike, teman pose sunat" poyok (po-yok) periuk. "Ate, teman dah tingga sensoghang, nanak nasi pun poyok kecik ajele" prewel (pre-wel) bahagian pemegang jejari roda basikal (berasal dari perkataan Inggeris "freewheel"). "Sampa tecabut prewel pade roda
basikanye, die telango lubang di tengah jalan tu"
puah (pu-ah) jangan diharap, tidak ada. "Puah kalole nak ngaghapkan die yang muatnye, bukan die tahu ape-ape" puahkan Allah (pu-ahkan Al-lah) tidak dapat diharap, tidak disukai oleh Allah. "Jangan kamu buat lagi bende tu, puahkan Allah" pucuk angkup (pu-cuk ang-kup) puncak, pucuk yang tinggi. "Mane nak ngambiknye tinggi di pucuk angkup tu, kene paka tanggele" pudo (pu-do) pudar. "Baju teman ni dah pudo ghonenye, ate teman pelasah aghi-aghi" puka (pu-ka) 1. sampai
hati. "Puka ati mike melepahkan die pegi sensoghang ke Kuale Lumpo tu iye" 2. kesemua. "Semue ghete pesake arwah ayahnye dulu tu puka pade die soghang"
203
3. padat. "Gelang emah mike ni tentu maha ghegenye iye, ini emah puka ni" pukoi talipaun (pu-koi ta-li-pa-un) menalifon. "Dah teman pukoi talipaun aghi tu betanyekan ha rayuan pemohonan mike" pulo (pu-lo) 1. pulau. "Pokok deghoyan deme atah pulo tengah ayo tu" 2. memulau, menyisih. "Die tu macam dah kene pulo di kampung tu, tak ade sesape nak pedulikan die" 3. pulur atau bahagian yang lembut ditengah batang tumbuhan. "Pulo batang pisang ni boleh muat gula" pulun (pu-lun) 1. bersungguh-sungguh. "Kalo mike pulun betoi-betoi dalam lime enam aghi ni, boleh siap koje tu" 2. mengambil semua, membolot. "Mike pulun semuenye iye, langsung tak nak magi oghang lain ke" pulut aghun(pu-lut a-ghun) pulut yang telah digaul dengan santan. "Dah lame teman tak makan pulut aghun dengan ikan keghen" pulut deghoyan (pu-lut de-gho-yan) pulut doyan (pu-lut do-yan) makanan pulut bersama durian dan santan. "Aghi minggu lepah die bejamu keme makan pulut deghoyan" pupuih (pu-puih) telah pupus. "Ayam teman dah abih pupuih satu gheban kene penyakit hawo aritu" purbek (pur-bek) Pemain Pertahanan dalam permainan bolasepak (berasal dari perkataan Inggeris"Full-back"). "Sape yang nak jadi purbek
pasukan bola sekolah kite?"
put (put) sukatan bersamaan satu tin susu pekat. "Masak nasi satu put aje udahlah aghini, kite bedue aje yang nak makan"
204
puto (pu-to) 1. putar, memutar. "Jangan puto kuat sangat pesenih tu, nanti tecabut pulak die" 2. berpatah balik. "Kalo kite dah sesat, ate mohle kite puto balik ke belakang" 3. putar belit, tipu. "Jangan-jangan kome dah kene puto, die tu memang kaki puto" puto alam (pu-to a-lam) putar belit untuk menipu. "Ngape mike pecaye sangat dengan die tu, die tu bukan ke kaki puto alam"
205
R
raba (ra-ba) getah pemadam (asal dari perkataan Inggeris "rubber"). "Ce
pinjam raba kamu kejap, teman nak madam yang dah silap tulih ni"
rakap (ra-kap) tempat letak kaki untuk mengayuh basikal, pengayuh basikal. "Laju bebeno die bekayuh, sampa tecabut rakap basikanye" rangi (ran-gi) berlagak, sombong. "Jangan kamu nak rangi sangat masuk kampung ni, nanti dipukoi bebudak kampung ni"
206
S
saghok (sa-ghok) ambil mana yang sempat walaupun bukan hak sendiri. "Die paka saghok aje kasut di menesah tu, bukan die peduli sape punye" sain mati (sa-in ma-ti) sanggup mati, sanggup menghadapi bahaya. "Deme yang meghempit dengan moto tu dah sain mati" sajak (sa-jak) segak, berpadanan. "Memang sajak mike besongkok tinggi ni" sak ati (sak ati) berkecil hati. "Sak ati lagile emak teman kalo teman tak balik lagi aghi ghaye kali ini" saknike (sak-ni-ke) aneka, berbagai, semua benda. "Ayahnye bejua saknike sayo kampung di Pekan Senin tu" salin tiko(be-sa-lin ti-ko) berkahwin dengan adik beradik isteri. "Die tu besalin tiko,
isteghinye meningga, lepah tu die kahwin pulak dengan adik ipo die"
samba upah (sam-ba u-pah) sambal yang diperbuat dari isi durian bercampur belacan dan buah kundang atau meniye muda. "Isi deghoyan dengan buah meniye mude ni kome, sedap buat samba upah" same limo (sa-me li-mo) menyibuk. "Ce pegi main jauh-jauh sikit, jangan same limo dengan oghang tengah muat koje ni" same tumbas (sa-me tum-bas) bersama-sama membantu, sama sibuk. "Kalo die tak same tumbas nolong keme, tak siap lagile koje tu" samo (sa-mo)
207
pêrang, merah jambu. "Budak yang maka baju ghone samo tule
anak teman"
sanga (sa-nga) tudung saji. "Lepah makan nanti jangan lupe nutup makanan tu dengan sanga, iye" sangat amat (san-gat a-mat) yang teramat sangat,
terlalu ."Kamu pun sangat amat kedekutnye, bagile sikit adik kamu tu"
sangku (sang-ku) jak air. "Isi ayo mati tu dalam sangku dan bawakle ke depan tu tuangkan pade deme" santak (san-tak) santak, hingga. "Jenuhle juge ngojekannye, sampa santak malam baghu siap" sapah (sa-pah) tidak ada sesiapa. "Sapah pun tak pedulikan mike nak ngajak makan iye" sapan (sa-pan) habis langsung, langsai. "Dah sapan kamu banta makan sampa licin, baghu nak ngajak keme iye" sapera (sa-pe-ra) kuih karipap berinti kelapa yang pedas. "Emaknye panda muat koi sapera, die bejua di Pekan Senin" sapo(sa-po) bergelimpangan. "Sapo ajele kome di anjung tu, mane nak muatnye ghomah kecik" sayup (sa-yup) 1. terlalu jauh, kedengaran terlalu jauh. "Sayup bunyi die memanggil daghi sebeghang sunga" 2. lewat sangat. "Dah sayup malam dah ni, biole teman beghanso dulu iye" sebak (se-bak)
208
1. hendak menanggis. "Sebak teman nengo ceghite mike ni, dah macam ceghite Hindustan pulak" 2. air sungai naik. "Agaknye ujan di julu, tu yang ayo sunga dah sebak" sebaloh (se-ba-loh) bersefahaman, berpadanan. "Deme bedue tu sebaloh sangatle, ape yang deme buat semue bedue" sebangun (se-ban-gun) mempunyai paras rupa yang sama. "Angkohnye deme bedue ni adik beghadik, patutle badan deme sebangun aje teman tengok" sebat (se-bat) 1. pukul dengan rotan. "Sesape yang didapati mencughi, Cikgu akan sebat dengan ghotan" 2. ambil kesemuanya. "Kamu sebat semue sekali ke, sampa ati kamu tak ninggakan oghang lain" 3. kesat, tidak laju. "Ngapele basika ni sebat aje teman kayuh, ghopenye ade bende lekat celah tayanye" sebeya (se-be-ya) juru ukur, (berasal dari perkataan Inggeris "surveyor"). "Ayahnye koje sebagai sebeya di Pejabat Tanah Paghit" sebu (se-bu) berasa kekenyangan, senak. "Peghut teman ghase sebu lagi, baghu manta nasi lemak di keda tu tadi" seduit (se-du-it) satu sen. "Maaple teman tak dapat mantu mike, teman seduit pun tak mandang dalam poket" seghaba (se-gha-ba) selekeh dan berserabut, tidak kemas. "Maka baju pun seghaba aje aku tengok, ce kemas sikit" seghebeh (se-ghe-beh) tidak kemas. "Betoi ke yang kamu paka tu seluo kamu, seghebeh aje aku tengok" seghegah (se-ghe-gah)
209
sergah. "Die tekejut sebab kene seghegah daghi belakang" seghenda (se-ghen-da) mengaku kalah, menyerah kalah (berasal dari perkataan Inggeris "surrender"). "Teman seghenda dengan mike ni, memang teman tak telawan kalo bebahas dengan mike" seghengit (se-ghen-git) seringgit. "Teman dah tak beduit, yang tingga dalam poket ni pun ade sekepen not seghengit aje" seghengut (se-ghen-gut) era, zaman. "Seghengut tahun 60'an tu dulu bebudak mude suke maka seluo kaki kecik" seghen (se-ghen) 1. pulas, memulas. "Degil sangat kamu ni, aku seghen telinge tu baghu kamu tahu" 2. selalu, sering. "Die seghen juge datang ke ghomah teman ni mase cuti sekolah" seghodak (se-gho-dak) serdak, serbuk hancur, sisa. "Mane nak cekih koi gheghaye lagi gini aghi, seghodak tinnye adele" seghogah (se-gho-gah) sergah. "Jangan kamu seghogah adik kamu begitu, tekejut die kamu buat" seghoi (se-ghoi) kering berderai. "Seghoi aje nasi yang kamu tanak ni, koghang ayo ke yang kamu bubuh tadi" seghokap (se-gho-kap) serkap, tempat mengurung ayam. "Koghong ayam tu dalam seghokap dulu, nanti ayah kamu balik boleh die semelih" seghokop (se-gho-kop) serkup, menutup. "Seghokop aje dulu makanan atah meje tu dengan sag'e, nanti lepah semayang emak kemah" segholoh (se-gho-loh)
210
selok. "Ce mike segholoh poket mike tu, kot-kot ade lagi duit mike" segholom (se-gho-lom) diserkup sepenuhnye, disarung dari atas. "Ngape kamu
segholom kepale adik kamu dengan kopiah putih tu"
seghote (se-gho-te) turut serta, bersama. "Sape lagi yang ngikut seghote dalam rombongan kite ke Langkawi nanti" seghuwa (se-ghu-wa) seluar. "Pakaile seghuwa kalo nak ke keda tu, takkan nak bekain aje tengah pekan tu" sekelamin(ke-la-min) berdua suami isteri. "Teman datang ni sekelamin aje, anak-anak tingga di ghomah" sekelumin (se-ke-lu-min) sekelumit (se-ke-lu-mit) sedikit. "Teman tak meghase mun sekelumit pun, abih dibanta deme semuenya" seko (se-ko) 1. menjaring gol (berasal dari perkataan Inggeris "score").
"Sape yang seko gol semalam"
2. curi. "Kamu seko cekelat ni di keda Mamak tu iye" sêko (sê-ko) se ekor. "Teman cadang nak nyebelih sêko lembu untuk kendughi kahwin anak teman nanti" sekoh (se-koh) mengambil dengan tangan. "Ce sekoh sikit koi yang teman buat ni, ghasele sedap ke idak " sekolap (se-ko-lap) melelapkan mata, tidur sekejap. "Teman nak tido dulu mun sekolap, nanti teman tolongle mike" sekot (se-kot)
211
seangkatan, sebaya. "Die tu sekut teman mase di sekolah dulu" seksok (sek-sok) esok-esok. "Dah tahu ghomah makcik ni, seksok datangle lagi iye" sekumin (se-ku-min) sedikit. "Bubuh gagham mun sekumin cukuple, nanti masin sangat pulak" sekupang (se-ku-pang) sepuluh sen. "Cekelat Hack ini ghegenye sekupang sebiji" sekupang lime duit (se-ku-pang li-me du-it) lima belas sen. "Oghang lain jua due kupang, tapi teman jua sekupang lime duit aje sebiji koi ni" sekut (se-kut) seangkatan, sebaya. "Ayah kamu tu sekut Pak Cik masuk aska Melayu dulu, keme same-same pegi ke Congo" sela (se-la) sehelai. "Teman ade sela seluo yang macam mike ni" selait (se-la-it) lampu suluh, lampu picit. "Mane pelite selait teman, teman nak pegi nyuluh deghoyan di daghat tu" selenda (se-len-da) mengaku kalah, menyerah kalah (berasal dari perkataan Inggeris "surrender"). "Baikle mike selenda aje, jangan dilawan die tu" selepo (se-le po) comot. "Abih mulut adik kamu selepo dengan cekelat" selewen (se-le-wen) 1. menyeleweng, menyimpang dari tujuan asal. "Jangan kamu selewen duit tabung tu, itu duit oghang ghama" 2. selekeh, tidak rapi dan teratur. "Janganle selewen sangat, ce lap sikit pingan tu bile beghidang"
212
seliat (se-li-at) 1. siat. "Ce tolong emak seliat kulit pisang ni, boleh kite ngula lemak pisang mude aghini" 2. cubit. "Jangan bising sangat, nanti emak seliat peha tu" seligi (se-li-gi) sekeh, menyekeh. "Aku seligi kepale kamu kaghang, baghu kamu tahu" selimbo (se-lim-bo) selumbar. "Jaghinye bengkak sikit sebab dimasuk selimbo" selogho (selogho) gurau senda, usik mungusik. "Die selogho aje tu, janganle kamu ambik ati" selongam (se-lo-ngam) boros, tidak berjimat. "Kamu ni selongam bebeno makan lauk tu, tinggakanle sikit untuk abang kamu" seluwin (se-lu-win) 1. memulas telinga. "Sape bising nanti Cikgu seluwin telinge tu" 2. menumbuk dengan cara memusingkan sikit penumbuk. "Aku
seluwin muke kamu dengan penumbuk aku ni, baghu kamu tahu"
semawo (se-ma-wo) sejenis dapor pam minyak tanah. "Zaman dulu, oghang pegi ke Mekah mawak dapo semawo untuk memasak" semayang(se-ma-yang) sembahyang. "Teman selalu pegi semayang Jemaat di masjid kampung sebeghang tu" semba (sem-ba) pasir. "Ade semba atah ghomah ni, jenuhle aku nak nyapunye" sembab (sem-bab) 1. bengkak. "Sembab aje ghope matenye, ate tak beghenti teghoyaknye sepanjang malam" 2. jatuh dan terkena muka dahulu. "Jangan beghambat kuat sangat, nanti sembab muke tu atah simin"
213
sembas-sembas (sem-bas sem-bas) seimbas, sekali imbas. "Teman tehidu sembas-sembas bau doyan, tapi tak nampak pun buahnye " semedang (se-me-dang) sentiasa, selalu. "Kamu ni semedang aje tak beduitnye, kemane peginye duit gaji kamu" semenggah (se-meng-gah) senonoh. "Ce semenggah sikit peghanga kamu depan oghang ghama ni " semiak (se-mi-ak) 1. senonoh. "Ce semiak sikit peghanga tu, jangan lepah laku sangat" 2. sihat "Due tige aghi ni badan teman ghase tak beghape semiak,sejuk panah aje ghasenye" sêmpak (sêm-pak) pecah sedikit di tepi, sumbing. "Tak usahle gune pinggan itu lagi, pinggan tu dah sêmpak tepinye" semut gata (se-mut ga-ta) semut api. "Jangan main tepi busut tu, di situ banyak semut gata" senawat (se-na-wat) merotan,menyebat. "Kene senawat seliang dengan tali pinggang baghu kamu nak sedo iye" Senayan (Se-na-yan) Isnin. "Aghi Senayan minggu depan sekolah mule becuti pengga" senden (sen-den) senget, berkedudukan secara mengiring. "Senden pingan mangkuk tu atah tempat pingan tu" sendo (sen-do) berbadan tegap dan gagah. "Yang masuk acaghe taghik tali tu semue budak yang bebadan sendo belake"
214
sendoh (sen-doh) langgar sedikit dengan badan atau bahu. "Jauhle sikit daghi aku, kaghang aku sendoh kamu maghah" sengap (se-ngap) senyap, sunyi, diam. "Sengap aje bunyi dalam ghomah ni, kemane ke pegi oghangnye" sengo (se-ngo) sengau, bunyi suara yang keluar dari hidung. "Teman ni selseme, tu yang suaghe pun sengo aje" sengo (sen-go) disambar api. "Jauh sikit daghi api tu, nanti kene sengo pulak ghambut kamu tu" senguk (sen-guk) 1. kepala yang terhangguk-hangguk. "Senguk-senguk die nahan ngantuk" 2. menanggis perlahan-lahan sambil menganggukkan kepala. "Tak beghenti lagi ke senguk teghoyaknye daghi tadi" Senin (Se-nin) Isnin. "Aghi ni, aghi Ahad, esok aghi Senin" senkabok (sen-ka-bok) sejenis bintang halus tetapi lebih besar dari tungau. "Bengkak pusat adik kamu kene gigit senkabok" senta (sen-ta) 1. mengosok dengan kuat. "Senta kuat-kuat sikit kaki kamu tu, bio tangga semue dakinye yang itam tu" 2. mengambil kesemuanya, memakan sampai habis. "Abih kamu senta semue lauk, langsung tak tingga sikit pun" sênta (sên-ta) ditengah-tengah (berasal dari perkataan Inggeris "centre"). "Kamu letak pun senget, letakle betoi-betoi sênta " sênta hap (sên-ta hap) permain tengah (berasal dari perkataan Inggeris "centre half"). "Kamu main di bagian mane, di sênta hap ke"
215
sentang (sen-tang) kedudukan yang bertentangan. "Keda teman betoi-betoi sentang dengan keda kopitiam tu" senten (sen-ten) singkat, pendek. "Kamu tu dah betambah tinggi, ce kamu tengok seluo yang kamu paka tu dah senten" sentu (sen-tu) tentu, pasti. "Tak beghape sentu lagi teman dapat pegi ke Mekah tahun ini, belum ade soghatnye lagi" sepaik (se-pa-ik) kasut untuk berlari (berasal dari perkataan Inggeris "spike").
"Zaman dulu mane ade mampu nak meli sepaik nak masuk lumbe laghi, paka kasut raba ato bekaki ayam ajele keme"
sepak (se-pak) menendang. "Boleh tak kamu sepak bola ni daghi sini sampa ke tiang gol tu" sêpak (sê-pak) menampar. "Kamu sêpak budak tu sampa meghah mukenye, ngape" sepeda (se-pe-da) pedal basikal, berasal dari perkataan Inggeris "pedal". "Sepeda basikanye dah tecabut, ate macam mane nak ngayuhnye" sepeghah (se-pe-ghah) kain alas hidangan. "Bentangle sepeghah tu dulu atah tiko tu, baghule beghidang " sepelaung (se-pe-la-ung) jarak jauh kira-kira sejauh suara memanggil boleh didengar. "Jaghak ghomah teman dengan ghomah die adele gamaknye sepelaung" sepemeluk (se-pe-me-luk) ukuran kira-kira satu pelukan. "Pokok deghoyan yang teman tanam dulu tu adele dah sepemeluk besonye"
216
sepemengga (se-pe-meng-ga) jarak jauh kira-kira sejauh balingan. "Jaghak ghomahnye dengan teben adele agak-agak sepemengga jauhnye, dekat bebeno" sependa (se-pen-da) seluar dalam (berasal dari perkataan Inggeris "suspender"). "Kamu pakale sepanda ni dulu, baghule paka seluo" sepesen (se-pe-sen) sama serupa. "Baju kome bedue ni sepesen aje, kome beli daghi keda yang same ke" sepicin (se-pi-cin) tidur sejenak. "Malam tadi teman sepicin pun tak dapat tido, bile ngenangkan deme yang eksiden tu" sepingan teghak (se-pin-gan te-ghak) sepinggan penuh. "Lapo sangat agaknye, abih sepingan teghak nasi dibantanye" sepital (se-pi-tal) hospital. "Kalo dah sakit macam tu, elokle mike pegi ke sepital cepat" sepit udang (se-pit u-dang) bahagian pemegang roda basikal. "Sepit udang taya basikanye patah bile jatuh dalam lubang beso tu" sepot (se-pot) hari sukan (berasal dari perkataan Inggeris "sports"). "Aghi ni sepot sekolah keme, jemputle datang nengok keme" sesenje(se-sen-je) diwaktu senja-senja begini. "Sesenje begini tak elok main di luo tu, naikle ke ghomah deghah" sesaje (se-sa-je) banyak dan merata tempat. "Kalo nak mencaghi maman, pegile ke bendang teman, die sesaje tumbuh tepi batah tu" sesape (se-sa-pe)
217
sesiapa. "Sesape di antaghe kome yang endak buku ceghite ini, boleh le Cikgu pinjamkan" seteghit (se-teghit) lurus (berasal dari perkataan Inggeris "straight"). "Ate, kakinye pengko macam mane die nak bejalan seteghit" setentang (se-ten-tang) berhadapan. "Ghomah teman yang setentang dengan sekolah rendah" setipiket (se-ti-pi-ket) sijil (berasal dari perkataan Inggeris "certificate"). "Sape luluih belajo kompute di situ, deme bagi setipiket" setopoi (se-to-poi) kasut bola. "Bagile aku pinjam setopoi kamu, esok aku ade main bola dengan kampung sebeghang" setumbe (se-tum-be) tidak lama selepas itu, tidak lama kemudian. "Setumbe lepah kamu balik, elok aje die pulak sampa" seluo yenki (se-luo yen-ki) seluar yang ketat dibahagian kaki, fesyen seluar muda mudi pada suatu ketika dahulu. "Seluo yenki kamu dah macam saghung nangke aku tengok, ketat bebeno" sêmpak (sêm-pak) terkopak sedikit, pecah sedikit di tepi. "Cawan ni dah sêmpak sikit tepinye, usahle digunekan lagi" sidang (si-dang) hujan telah berhenti. "Ujan dah sidang ni, biole teman beghanso dulu iye" sile (si-le) 1. sila, jemput "Sile makan, ini ajele lauk yang ade di ghomah teman ni" 2. duduk bersilang kaki. "Kemah nampak duduk sile mike atah pangkin tu, ngambik angin petang ke"
218
simpoi menkaghung (sim-poi men-ka-ghung) kejang. "Elok aje die nak nyeko gol, tibe-tibe kaki kanannye kene simpoi menkaghung" singelet (sin-ge-let) baju dalam lelaki (berasal dari perkataan Inggeris "singelet"). "Pakale singelet dulu baghu paka baju sekolah tu, idakle baju sekolah tu basah bepeluh" singkap (sing-kap) selak, menyelak. "Ce mike singkap sikit kain tu, idakle meleghet kene tanah" singit (si-ngit) kata-kata yang menyakitkan hati. "Kamu singit die macammacam, ate maghahle die" singkap (sing-kap) menyelak. "Ce singkap satu-satu kain baju dalam lemaghi tu, nanti kamu jumpele seluo kamu tu" sisyo (si-syo) susun secara berbaris-baris. "Sisyo aje pingan mangkuk tu di situ dulu, kaghang emak angkat" sit (sit) tempat duduk basikal atau kereta (berasal dari perkataan Inggeris "seat"). "Die muntah atah sit keghete, ate jenuhle teman masuhnye" siut (si-ut) menyucuh, membakar. "Aku siut ponggong kamu dengan potong api ni kaghang, baghu anguih kamu" siya (si-ya) mangkok tingkat untuk membawa makanan. "Mawak siya tu nak nganto makanan pade sape" siyo (si-yo) hendak, mahu. "Tak siyo teman ngikut mike" sobang sobeh (so-bang so-beh)
219
tidak kemas. "Sobang sobeh aje pakaian kamu ni, ce masukkan baju tu ke dalam, kemahle sikit" sodak (so-dak) serdak, serbuk hancur, sisa. "Koi gheghaye teman dah tingga sodak tinnye aje" sogah (so-gah) sergah. "Ngape kamu sogah adik kamu macam itu, tekejutle die tengah tido tu" sogek (sogek) sejenih tembakau yang disental dan diselit celah gigi. "Zaman
dahulu, oghang pompuan tue tak ngisap ghokok, tapi deme nyentel gigi dengan tembakau sogek"
sogheh (so-gheh) cerita atau menyusuri susul galur keterunan. "Cube mike sogheh sikit, macam mane kite ni boleh besedaghe" soh (soh) 1. sunyi, diam, terlalu sunyi. "Soh aje dalam bilik tu, apele yang dibuat deme adik beghadik" 2. tidur nyenyak. "Soh bebeno tidonye, langsung tak ngeghuit" soh senie (soh se-nie) terlalu sunyi. "Bile dah memalam, jalan tu memangle soh senie takde sape yang beghani lalu di situ" soja (so-ja) askar (berasal dari perkataan Inggeris "soldier"). "Menantu teman tu jadi soja di Sabah" sok (sok) ukuran panjang bersamaan dari siku hingga ke hujung jari. "Panjang paghang tu adele agak-agak satu sok" sokap (so-kap) serkap, tempat mengurung ayam. "Ayam sape dalam sokap bawah ghomah tu" sokop (so-kop)
220
serkup, menutup. "Sokop makanan atah meje tu dengan sanga, idakle oghong lalat" soksek (sok-sek) soksek-soksek (sok-sek sok-sek) berbual secara berbisik. "Entah apele soksek-soksek bunyinye deme bedue besembang dalam bilik tu" solom (so-lom) diserkup sepenuhnye, disarung dari atas. "Ngape kamu solom kepale adik kamu tu dengan topi, lemah die kaghang" sompeh (som-peh) sompek (som-pek) terkopak sedikit, pecah sedikit di tepi. "Tak usahle gune pinggan itu, pinggan tu dah sompeh tepinye" sondo (son-do) sondol, langgar. "Geghai goghen pisang tepi jalan tu kene sondo dengan keghete semalam" songeh (son-geh) soal, hal. "Banyak pulak songeh kamu ni, buat ajele ape yang oghang soghoh" soyat (so-yat) 1. hujan telah berhenti. "Teman tengah nunggu ujan soyat, nanti teman pegile ke keda tu" 2. siat. "Ngape kamu soyat buku tulih abang kamu tu, ngamuk die kaghang" soyok (so-yok) bahagian bawah di ruangan atap tambahan. "Teman numpang beteduh di bawah soyok atap keda tu" subuh keghedek (su-buh ke-ghe-dek) waktu awal pagi. "Subuh keghedek esok teman sampa ke ghomah mike, mike tunggu ajele" subuh sepie (su-buh se-pi-e) awal waktu subuh. "Teman sebelum subuh sepie lagi dah bangun, janganle ghisokan teman tak datang"
221
suku (su-ku) dua puluh lima sen. " Ghega kaghipap ini suku aje seketoi, " sulo (su-lo) berjalur. "Die maka seluo panjang becoghak sulo itam putih" sumben (sum-ben) 1. sumbing, pecah sedikit di tepi. "Sayang cawan antik ni dah sumben sikit iye" 2. bibir yang cacat. "Bibio die tu sumben, tu yang suaghenye sengo sikit" sumpei (sum-pei) makan sampai habis. "Abih kamu sumpei semue sekali iye, langsung tak tingga oghang kendian" sunten (sun-ten) 1. subang, anting-anting. "Cantiknye sunten di telinge anak mike ni, mike beli di mane" 2. pinang. "Anak sape yang kamu sunten untuk anak teghune kamu tu" suntuk (sun-tuk) 1. hampir sampai waktunya. "Mungkin tak sempat teman nak nyiapkannye, dah suntuk sangat masenye ni" 2. sepanjang. "Sampa suntuk malamle die nyiapkan tempahan baju ghaye oghang tu" supsap supsap (sup-sap sup-sap) menyusup dengan pantas. "Supsap-supsap die di bawah ghomah tu ngejo ayam" suso galo (su-so ga-lo) susur galur, garis keturunan. "Kalo kite kaji suso galo keluarge kite ni, memang kite satu keturunan" sut (sut) berwarna seragam (berasal dari perkataan Inggeris "suit"). "Pengantin tu paka satu sut putih bile deme besandin malam"
222
T
tabeat (ta-be-at) kelakuan, perangai, kelakuan yang sering dilakukan. "Dah memang tabeat die begitu, suke ngambik ghete oghang lain" tabo (ta-bo) tabur. "Janganle tabo nasik tu meghate ghomah, teghuk aku nak nyapunye kaghang" tabuh (ta-buh) 1. pukul. "Teghuk badan budak tu kene tabuh sampa lebamlebam" 2. beduk. "Subuh tadi ade teman dengo bunyi tabuh di masjid tu, siape yang meninggal dunie" tagan (ta-gan) sesuatu barang atau alat digunakan untuk mempertaruh dalam permainan atau alat pelontar. "Besonye tagan kamu, patutle kene aje" taghah(ta-ghah) 1. takek atau potong untuk meratakan. "Kayu tu kene taghah sikit, bio die ghate" 2. hentam, pukul. "Aghitu, teghuk kepalenye kene taghah dengan pelepah nyio" taghe (ta-ghe) taraf, peringkat. "Taghe umo kite, kebanyakannye udah ghama cucu, dan malah cicit pun dah ade" taghu(ta-ghu) riuh rendah. "Baik kamu balik cepat, kalo idak taghu ayah kamu maghah kaghang" taghuk(ta-ghuk) 1. pucuk. "Taghuk mude daun jangus ni sedap buat ulam cicah dengan samba belacan" 2. memukul. "Mike taghuk aje kepalenye dengan kayu ni, bio dighasenye"
223
3. letak. "Taghuk aje pinggan tu atah sinki, nanti emak basuh" tagor (ta-gor) bunyi yang kuat, bunyi guruh, "Tagor bunyi goghoh malam tadi iye, sampa teman tejage daghi tidole" tagun (ta-gun) besar. "Badan dah beso tagun, mane laghat teman nak ngangkatnye" taih (ta-ih) melekit. "Taih ayo gule ke yang melekat pade seluo kamu tu" takah (ta-kah) takah-takah (ta-kah-ta-kah) tinggal sedikit, tinggal sisa. "Dah tingga takah-takah aje, tapi kalo mike nak juge bolehle teman bagi sikit meghase" tak dan (tak dan) tak sempat. "Teman ghase tak dan teman nak muat koi yang mike nak sebelum gheghaye ni" tak dan dan (tak dan dan) tak sempat-sempat. "Tak dan-dan mike nak balik, tunggule ujan soyat dulu" taki (ta-ki) 1. tengkar, balah, berhujah. "Jangan kamu taki sangat die tu, die bukan mahu kalah" 2. berpakat, pakatan. "Ate deme dah ade taki deme di opih tu, tu yang deme boleh dapat" tak keghen bulu(takke-ghen bu-lu) tidak sempat selesai satu datang lagi satu. "Tak keghen bulu
teman dibuatnye, lepah satu satu ade aje oghang datang nempah baju dah dekat nak aghi ghaye ni"
tak keghen gusi(takke-ghen gu-si) ketawa tak berhenti. "Tak keghen gusi teman dibuatnye, panda beno die muat lawak" tak keghoje (tak ke-gho-je)
224
tak nak mengerjakan, tidak mahu. "Tak keghoje aku ngikut kamu
ke sane, buang mase aku aje"
tak kose (takko-se) tak ingin. "Tak kose teman ngikut mike ke Kuale Lumpo tu, baikle teman nunggu ayam itik teman" tak makan diajo (tak ma-kan di- a-jo) tak mahu mendengar nasihat, degil. "Degil sungguh budak ini, langsung tak makan diajo" tak mandang (tak man-dang) tidak ada. "Tak mandang pun teman nampak mike di pekan tu tadi, kemane mike nyoghoknye" tak menang tangan (tak me-nang tan-gan) terlalu sibuk untuk melayan atau melaksanakan. "Tak menang
tangan teman nak melayan deme yang datang beghaye ke ghomah teman"
tak nampak ghone (tak nam-pak gho-ne) telah lusuh dan buruk. "Dipelasahnye baju tu tiap-tiap aghi sampai dah tak nampak ghone" tak nyempat-nyempat (tak nyem-pat nyem-pat) tak sempat-sempat, tak sabar. "Ate, langsung tak nyempatnyempat nak peginye, tunggule kejap lagi" tako (ta-ko) tempayan atau bekas yang diperbuat dari tanah atau tembikar. "Tako ni tempat teman nyimpan tempoyak" tak peghonah jat (tak pe-gho-nah jat) tak pernah sekalipun. "Tak peghonah jat die datang nyengok teman" tak peghonah umo (tak pe-gho-nah u-mo) tidak pernah sekalipun, tidak pernah sepanjang usia. "Tak
peghonah umo teman nengok duit sebanyak itu, apetah lagi megangnye"
tak siyo (tak si-yo)
225
tidak ingin, tidak mahu, tak hendak. "Tak siyo teman ngikut mike ke Kuale Lumpo tu, baikle teman duduk di ghomah aje" takuk (ta-kuk) 1. menakok, membuat bukaan pada sesuatu. "Takuk sikit-sikit batang pokok tu, lame-lame tumbangle die" 2. tahap atau peringkat. "Teman masih di takuk lame lagi sebab tak pas pekse Jabatan" tale (ta-le) 1. menampar. "Kesian die kene tale mukenye sampa meghah padam" 2. makan kesemua, ambil kesemua. "Dah kene tale nasik aku atah meje ni" talipaun (ta-li-pa-un) telefon. "Jawable cepat, talipaun bebunyi tu" tambun (tam-bun) longgok dengan banyak. "Tambun aje sampah tu di tepi pago" tampa (tam-pa) menampal. "Tampa aje pelasta pade luke kamu tu" tampe (tam-pe) berbuat sesuatu. "Dah tampe die teghoyak pulak" tampo (tam-po) tampar. "Aku tampo kaghang, bedamo muke tu" tamu (ta-mu) jamu, diberi makan, dihidang. "Ape yang mike tamu die bile die datang ke ghomah mike aghitu" tanak (ta-nak) memasak nasi. "Pegile kamu tanak nasi tu, sikit lagi adik kamu balik daghi sekolah nak makan" tang (tang) tempat, di mana, pada. "Tang manenye ghomah mike dipoh tu" tangas (ta-ngas)
226
tempat bara dan asap untuk memanaskan badan. "Lanta
jaghang tu dibuat khas untuk tempat tangas oghang pompuan bile lepah besalin"
tangah (tan-gah) tangak (tan-gak) tangguh. "Mintak le tangah dulu mun saghi due, ade duit teman bayole" tangkap gambo (tang-kap gam-bo) mengambil gambar. "Ce kamu tangkap gambo aku tengah duduk atah moto beso kamu ni" tas (tas) bekas air diperbuat dari aluminium untuk merendam kain (berasal dari perkataan Inggeris "tub"). "Ghendam kain baju kamu tu dalam tas tu, nanti emak basuh" taut (ta-ut) memancing ikan dengan joran yang dipacak ditebing dan ditinggalkan. "Bile aghi minggu aje, die suke pegi nahan taut di tali ayo di bendang tu" tawo lesyo (ta-wo le-syo) terlalu tawar. "Ape ke ha kopi mike ni tawo lesyo aje, telupe mubuh gule ke" têbak (tê-bak) membuat bukaan dengan pisau atau parang. "Nyaghis tak kene têbakkaki tu dengan tajak" tebalun (te-ba-lun) terpukul, sampai hati untuk memukul. "Tebalun ke mike nak mukul die, teman idakle sampa ati" tebêdek bêdek (te-bê-dek bê-dek) membelek, meneliti dengan sungguh-sungguh. "Ape yang tebêdek-bêdek dalam bag aku tu" tebedik-bedik (te-be-dik be-dik) terkebil-kebil. "Tebedik-bedik biji matenye tak mahu tido"
227
tebêge bêge (te-be-ge bê-ge) cuba membaikki. "Ape yang kamu tebêge-bêge keghete ayah
kamu tu, panda ke kamu maiknye"
tebeghanca (te-be-ghan-ca) pecah berkecai dan bertaburan. "Baghu beli semalam, aghi ni dah abih tebeghanca permainannye" tebeghoye (te-be-gho-ye) 1. boroi, perut buncit. "Sejak kahwin ni aku tengok peghut kamu pun dah tebeghoye" 2. terburai. "Abih tebogheye isi peghut kamben tu kene lango" tebelalang (te-be-la-lang) terbelehak. "Jangan gelojoh sangat makan tu, tebelalang kaghang" tebelehak (te-be-le-hak) tersedak. "Makan perlahan sikit, jangan gelojoh, nanti tebelehak" teben (te-ben) tebing sungai. "Jangan main di tepi tebin tu, nanti jatuh kayo" têben muke (tê-ben mu-ke) muka tidak tahu malu. "Kamu buat têben muke aje ngeden makanan deme iye" tebojat (te-bo-jat) badan terasa terlalu panas. "Panah bebeno aghi ini, ghase tebojat badan teman" tebongkang (te-bong-kang) terlentang, terbaring terlentang. "Tebongkang aje die tido di anjung tu, ate dah pagi baghu balik" tebongeh (te-bo-ngeh) terbuka, terkopak, terdedah. "Isy ngeghi nengok luke di kaki kamu ni, tebongeh aje tak dibalutnye" teboye (te-bo-ye) terburai. "Teboye isi peghut kamu tu kaghang dighodok lembin tu"
228
tebuat (tak te-bu-at) tidak tahu hendak dibuat apa lagi. " Nakal sungguh anak teman ni Cikgu,teman dah tak tebuat macam mane lagi nak ngajonye" tecangak (te-can-gak) tercegat dan terpingga-pingga. "Usahle tecangak aje di luo tu, deghahle masuk tolong keme ni" tecango (te-ca-ngo) terbuka luas, terlopong. "Tutup sikit mulut kamu yang tecango tu, nanti masuk lalat" tecangok (te-ca-ngok) diam dan hanya menampakkan kepala sahaja. "Ngape yang tecangok aje depan pintu tu, masukle" teceden (te-ce-den) telah cerah dan terang benderang. "Mateaghi dah teceden baghu kamu nak semayang subuh ke" tecodak (te-co-dak) tecodat (te-co-dat) 1. terdiri tegak. "Ngape kamu tecodat lagi di situ, maghile tolong keme ngangkat baghang ni" 2. lari laju ketakutan. "Tecodak deme laghi bile nampak teman ngejo deme" tecogat (te-co-gat) tegak berdiri, menegak, terpacak. "Ape yang kamu tecogat lagi di depan pintu tu, deghah tolong keme angkat kayu ni" tecoken (te-co-ken) terjulur. "Tecoken aje kepalenye di celah-celah pintu tu, entah ape yang diintanye tak tahule teman" tecokoh (te-co-koh) berdiam diri, tidak bergerak. "Tecokoh aje matikan dighi dalam gelap tu, entah apele yang dipetienye" teconit (te-co-nit)
229
terkeluar sedikit. "Teconit aje nampak sikit kepalenye teselit di celah-celah papan lantai tu" tedah (te-dah) tedas (te-das) curi, ambil tanpa izin, makan kesemuanya tanpa izin. "Abih kene tedas nasi bekal yang teman bawak" tegebe (te-ge-be) 1. terlalu letih. "Tegebe teman ghase lepah kendughi kahwin anak teman semalam" 2. terdiam dan tak tahu nak berbuat apa-apa. "Tegebe teman dibuatnye, bile sedo duit teman dah abih dicughi orang" tegeleceh (te-ge-le-ceh) tegeloceh (te-ge-lo-ceh) tergelincir. "Niti batang licin tu baik-baik sikit, nanti tegeloceh
jatuh, patah pulak kaki tu"
teghabo (te-gha-bo) bertaburan, berselerak. "Bag plastik kamu tu dah pecah, abih
teghabo baghang dalamnye
teghade (ti-dak te-gha-de) 1. memadai. "Kalo nak muat tu, biole teghade sikit, baghu puah makannye" 2. mampu untuk menggadakan. "Ramainye tetamu yang datang, sampai tak teghade tuan ghomah nak bejamu" teghadun (te-gha-dun) t erhias elok, tersusun rapi. "Buku-buku mike elok teghadun dalam lemaghi ni iye" teghango (te-ghan-go) 1. boleh diagak. "Teghango ke mike beghape banyak yang kite kene adekan" 2. sanggup. "Tak teghango teman nak ngikut mike ke sane ke maghi, teman mane ade beduit" teghankup-ankup (te-ghan-kup an-kup) bersusah payah, berpenat lelah melakukannya. "Teghankupangkup emak bapaknye mencaghi duit siang malam"
230
teghap(te-ghap) 1. terap, salin. "Teghap pete tu atah keghotah minyak, baghule senang nak melukihnye" 2. sejenih pokok atau buah hutan seperti cempedak. "Dulu dalam utan tepi bendang tu banyak pokok teghap" têghap (tê-ghap) terap. "Têghap aje dulu pingan mangkuk tu tepi sinki tu, nanti emak lap" teghapit (te-gha-pit) tersepit. "Ngayuh basika tu bebaik sikit, jage kaki tu jangan sampa teghapit celah taya" tegheban (te-ghe-ban) buang, campak, lempar. "Kalo kamu tak nak diam juge, nanti aku tegheban kamu ke luo tingkap" teghencut-ghencut (te-ghen-cut ghen-cut) berjalan dengan keadaan kaki yang kesakitan. "Teghencutghencut aje jalan mike ni, ape kenenye kaki mike tu " teghik (te-ghik) tipu muslihat, helah (berasal dari perkataan Inggeris "trick"). "Buatle teghik ajak die tido same, bile die dah tido kite pun tinggakanle die" teghojah (te-gho-jah) terjah, menjolok. "Tak payah panjat, ambik galah teghojah aje daghi bawah" teghobang (te-gho-bang) 1. terbang. "Boghong tu teghobang tinggi" 2. berjalan makan angin. "Kemane pulak teghobang makan anginnye kali ini" teghojon (te-gho-jon) terjun. "Takut sangat die kan kamu, teghuih teghojon sampa tak sempat ngunekan tangge lagi" teghojon tebin (te-gho-jon te-bin)
231
terjun dari tebing sungai. "Mase bebudak dulu, bile mandi di sunga, keme suke sangat teghojon teben" teghojon kayo (te-gho-jon ka-yo) terjun ke dalam air sungai. "Teghojon kayo die kene kejo dek tabuan" teghojon tanggê (te-gho-jon tanggê) terjun dari atas rumah kerana kecemasan atau hendak lari "Tak sempat-sempat lagi die, sampa teghojon tangge le nak kayonye" teghoyak (te-gho-yak) menanggis. "Kamu ni sikit-sikit teghoyak, sikit-sikit teghoyak, takdele koje lain" tegocoh-gocoh (te-gocoh go-coh) tergesa-gesa. "Ate, tegocoh-gocoh ni nak kemana, tunggule minum ayo angat dulu" tegun (te-gun) memberi tumpuan sepenuhnya, khusyuk. "Tegun aje ngadap ceghite Industan tu, ape ceghitenye" tehangkop-hangkop (te-hang-kop hang-kop) penat hingga tercungap-cungap. "Tehangkop-hangkop siang malam teman mencaghi ghezeki nak nanggung deme" tehencut-hencut (te-hen-cut hen-cut) berjalan dalam keadaan kaki yang kesakitan. "Die bejalan tehencut-hencut sebab kakinye tekene paku" tehingge (te-hing-ge) terhingga, sangat. "Tak tehingge ghopenye muat koje tu, nak diselesakannye juge aghi ini" tejeghobe (tak te-je-gho-be) sempat atau boleh dilaksanakan. "Tak tejeghobe teman nak muat semuenye sensoghang" tejegholoh (te-je-gho-luh) terjerelus masuk ke dalam lubang. "Kakinye teseliuh sebab tejegholoh dalam lubang"
232
tejelepek (te-je-le-pek) terbaring kerana terlalu letih. "Teman ghase letih bebeno aghini, tejelepek teman dibuatnye" tekalen (te-ka-len) terbalik. "Patutle teman tengok kala bajunye pudo aje, ghopenye die maka baju tekalen" tekanja (te-kan-ja) terkena, tertipu. "Tekanja teman dengan die, ditipunye teman daghat-daghat ngate die tak beduit" tengen (te-ngin) bodoh. "Ngapele kamu ni tengen sangat, nak muat bende yang senang pun kamu tak tahu" tejeghankang (te-je-ghan-kang) terbaring sambil terkankang. "Tejeghankang die jatuh daghi atah motonye, mujo tak patah kakinye" tejegholoh (te-je-gho-loh) termasuk dan terpelesuk dalam lubang. "Tak dinampaknye lubang depan mate, ate tejegholoh le kakinye" tejeghomang (te-je-gho-mang) terserempak. "Teman tejeghomang dengan babi utan di tepi utan tu, mujo tak disondonye teman" tejeghombab (te-je-ghom-bab) jatuh tersungkur. "Jangan beghambat atah tembok tu, nanti tejeghombab abih muke yang lawa tu" tejeghombam (te-je-ghom-bam) tersungkur. "Die jatuh tejeghombam atah batu jalan, tu yang mukenye luke-luke" tejelabak (te-je-la-bak) 1. pecah dan bertaburan. "Abih tejelabak beg jemaah aji, ate Pak Arab tu main paka tegheban aje" 2. tidak tersusun. "Ghomah teman tengah tejelabak, due bulan lagi baghu selesa koje ngubahsuainye"
233
tejelat (te-je-lat) 1. bersepah dan terbiar. "Pegile kemahkan kain baju kome yang tejelat dalam bilik kome tu" 2. terlalu letih yang amat sangat. "Maaple teman tak dapat pegi same, teman ghase tejelat bebeno pulak malam ni" tejelepo (te-je-le-po) tejelepok (te-je-le-pok) 1. terbaring kerana terlalu letih. "Tejelepok deme tido anak
beghanak di ruang tamu tu, ngantuk ate subuh baghu deme sampa dari Kuale Lumpo" 2. terbiar. "Ngape kamu biokan tejelepok aje beg sekolah kamu tu depan pintu tu, ce ambik simpan dalam bilik"
tejeluak (te-je-lu-ak) terkeluar dari mulut, termuntah. "Bile dighasenye paghit aje, teghuih tejeluak ubat tu daghi mulutnye" tejeghamang (te-je-gha-mang) tejeghomang (te-je-gho-mang) terkejut. "Budak kecik suke sangat tejeghamang bile tengah tido" tejengkut-jenkut (te-jeng-kut-jen-kut) capik, tempang. "Tejengkut-jengkut kamu bejalan, ngape dengan kaki kamu tu" tejombab (te-jom-bab) jatuh tersungkur. "Die jatuh tejombab atah jalan ghaye tu" tekelebak (te-ke-le-bak) terbuka seperti luka, terkopak. "Tekelebak kakinye luke kena mate tajak, ngeghi nengoknye" tekeloceh (te-ke-lo-ceh) tergelincir. "Jangan beghambat atah simen bonyeh tu, nanti jatuh
tekeloceh"
tekêpê(te-kê-pê) tekepo (te-ke-po) terbaring kerana terlalu letih. "Tekêpê teman malam tadi letih sangat lepah ngojekan kebun teman tu"
234
tekesit-kesit (te-ke-sit ke-sit) teresak-esak. "Tak abih lagi tekesit-kesit teghoyak dalam bilik tu, sedih bebeno agaknye die" tekincap (te-kin-cap) bergerak tergesa-gesa. "Nak kemane tu Weh, tekincap aje teman tengok jalannye" tekincit (te-kin-cit) 1. terberak sedikit (biasanya dalam seluar atau kain). "Die terkincit dalam seluo di sekolah pagi tadi" 2. lari ketakutan. "Tekincit die laghi takut bile kene kejo dengan paghang" tekinje-kinje (te-kin-je kin-je) terlombat-lompat kerana terlalu suka. "Tekinje-kinje suke sangat dapat ngikut kakaknye pegi beghombong ke Pulo Langkawi" têko (tê-ko) elak, tepis. "Ngape kamu tak têko, ate kenele kepale kamu, iye" tekolap (te-ko-lap) terseliuh. "Kakinye tekolap sebab tejatuh mase main bola semalam" tekolo (te-ko-lo) baru hendak terlelap,ngantok dan terus terlelap. "Baghu nak tekolo malam tadi, tibe-tibe die mangge ngajak pegi mancing " tekonten-konten (te-kon-ten kon-ten) keseorangan, tidak banyak. "Dah abih, tingga tekonten-konten sebiji aje atah pokok tu" tekulat kulat (te-ku-lat ku-lat) terkebil-kebil. "Tekulat-kulat ajele die kene tingga sensoghang di ghomah dik abangnye" telah (te-lah) teka, agak. "Dah teman telah daghi mole lagi, takkanle die tahu nak muatnye kalo tak belajo ha itu" telancut (te-lan-cut)
235
terlajak, terlepas. "Agaknye kite dah telancut ni, ghasenye ghomah die di belakang tu" telancut antu (te-lan-cut an-tu) terlepas dengan tidak disengajakan. "Jangan acah-acah piso tu, nanti telancut antu, teghodok pulak peghut adik kamu tu" telangah (te-la-ngah) terdedah tidak bertutup. "Jangan biokan makanan tu telangah atah meja tu, nanti dioghong lalat" telen (te-len) muka yang senget ke kiri atau kanan. "Ce telen sikit muke tu ke kanan, baghule begaye" telepo (te-le-po) terbaring kerana terlalu letih atau sakit. "Balik aje ke ghomah teghuih telepo atah lanta, letih sangat" telinkup (te-lin-kup) 1. terbalikkan. "Telinkup aje pinggan mangkok atah paghe tu" 2. telah musnah. "Abih telinkup ghete aku kamu buat" teliyo (te li-yo) terliur, teringin sangat. "Tak adenye teman teliyo nengok mike paka moto baghu tu" telonjak-lonjak (te-lon-jak lon-jak) terlombat-lompat kerana terlalu suka. "Telonjak-lonjak suke sangat deme dapat hadiah daghi kamu" telunkup (te-lun-kup) 1. musnah. "Abihle telunkup moto ayah kamu tu, kamu locok ghama-ghama kelilen kampung" 2. terbalikkan. "Telunkup tempayan itu, idakle ayo ujan betakung dalamnye jadi saghang nyamuk aedis" teman(te-man) 1. saya. "Die tu anak teman soghang aje" 2. kawan, rakan, pengiring. "Ate mike pegile same jadi teman deme"
236
temame (te-ma-me) kami semua. "Ate mike tak ajak ke temame semue ni ke ghomah mike malam ni" tembam (tem-bam) berisi. "Teman tengok pipi kamu ni dah semakin tembam" tembi (tem-bi) tolak dengan siku. "Ce jauh sikit daghi teman ni, nanti teman tembi muke tu dengan siku teman baghu tahu" tembok (tem-bok) tembus. "Patutle duit teman dalam poket ni ilang, ghopenye poket teman dah tembok" têmbok (têm-bok) 1. jalan tar. "Bepeluhle juge teman di tepi têmbok tu nunggu mike" 2. mengacau gulai yang sedang mendidih. "Nak masak gula lemak ni kene têmbok selalu, kalo idak santannye tak sebati" tembun (tem-bun) berisi dan cantik. "Elok tembun buah pisang di kebun mike ni, baje ape yang mike paka" têmen (tê-men) sombong, berlagak, meninggi diri (berasal dari perkataan Inggeris "timing"). "Masuk ke kampung ni kamu jangan nak têmen sangat, kene kamu dengan oghang-oghang kampung ni" temenyeh (te-me-nyeh) terkedu, terdiam. "Temenyeh teman dibuatnye bile nengokan ceghite kamu kene tipu dengan die" temolok (te-mo-lok) tekak. "Tule jangan gelojoh sangat makan tu, kan ke dah lekat nasi di temolok kamu" tempayan bedene (tem-pa-yan be-de-ne) tempayan yang dipercayai berada di hujung pelangi. "Dongeng
oghang tue-tue kate, ade tempayan bedene beghisi emah di ujung pelangi tu"
237
tempek (tem-pek) 1. tampal, tempel, lekat. "Dimane kamu tempek posta kite, di keda tu ade ke" 2. tumpang. "Kome tempek aje ghomah kenkawan kome di Kuale Lumpo tu, takkan deme tak bagi" têmpek (têm-pek) menjerit. "Kuat sangat têmpek mike tu sampa ke ghomah teman pun kedengo, ape yang mike metokan" tempi (tem-pi) ditepis dengan siku, terkena siku. "Abih pecah pasu bunge teman atah meje tu kene tempi sikunye" tempoyak (tem-po-yak) isi durian yang diperam. "Isi deghoyan yang elok macam inile yang baik untuk dibuat tempoyak" tempoyak kaco (tem-po-yak) sambal tempoyak yang dimasak. "Tempoyak kaco ni ulam dengan kacang panjang pun sedap" tempoyak manih (tem-po-yak ma-nih) tempoyak yang masih baru dan berasa manis. "Ini tempoyak
manih yang teman gula dengan ikan patin ni, baghu beloceh semalam"
tempoyak masak (tem-po-yak ma-sak) sambal tempoyak yang dimasak. "Ce masak sikit tempoyak masak, boleh kite ulam dengan peta ni" tempoyak masam (tem-po-yak ma-sam) tempoyak yang telah lama. "Tempoyak masam ni elok buat gula aje, buat samba dah masam sangat" tempoyak mentah (tem-po-yak men-tah) sambal tempoyak tanpa dimasak."Ghencah samba tempoyak
mentah ni ialah ikan bilih ato udang keghen tumbuk besame cabai masak dan gagham aje"
temu ghome (te-mu gho-me)
238
berjumpa. "Deme bedue ni langsung tak boleh temu ghome, molele deme nak begaduh" temuli (te-mu-li) kuah durian. "Deghoyan ni kalo kite buat temuli dan colek dengan ghoti paun, memang sedap" tenang (te-nang) tenteram. "Tenang aje kamu ni aku tengok" tênang(tê-nang) menetapkan arah tuju dengan mata. "Tênang papan dat tu betoibetoi, baghule kene." tengah ayo (tengah ayo) bermaksud di tengah-tengah sungai. "Deme dah beghenang sampa ke tengah ayo tu" tengah aghi bute (te-ngah a-ghi bu-te) tengah aghi gekge (te-ngah a-ghi gek-ge) tengah aghi ghembang (te-ngah a-ghi ghem-bang) tengah aghi gokge (te-ngah a-ghi gok-ge) pada ketika matahari betul-betul berada tegak di atas kepala, tengahari rembang. "Jangan main di luo waktu tengah aghi bute ni, nanti kamu deman" tengek (ten-gek) 1. memasak, meletak periuk atau lain-lain peralatan memasak di atas api dapur untuk memasak. "Pegi tengek peghoyok nasi atah dapo tu dulu" 2. duduk dengan cara mencangkung atas sesuatu, bertinggung. "Atah ape yang kamu tengek tu, sedap bebeno aku tengok kamu" 3. tumpang sama, tumpang tui. "Kamu tengek ajele deme kejap, sementaghe kamu dapat koje" tengi (te-ngi) sudah masuk angin, tengit. "Biskut tu dah tengi masuk angin, usahle dimakan lagi" tengin (te-ngin)
239
bodoh. "Kamu ni tengin bebeno, bende ghope itu pun kamu tak tahu nak muatnye ke" tengit (ten-git) 1. berbau busuk dan hangit, "Pegile mandi cepat, dah tengit aku cium bau kamu ni" 2. bodoh sangat. "Ngapele kamu ni tengit sangat, bende senang pun tak gheti nak muatnye" têngkah (têng-kah) meningkah, mematikan percakapan orang. "Jangan kamu têngkah cakap ayah kamu, dengole dulu ape yang die nak kate" tengkêghap (teng-kê-ghap) diterbalikkan. "Abih tengkêghap semue pingan mangkok keda Cine tu dilanggonye" tenguli (ten-gu-li) kuah durian. "Deghoyan ni kalo kite buat tenguli dan colek dengan ghoti paun, memang sedap" tenkalan (ten-ka-lan) batu leper yang digunakan sebagai alat untuk menumbuk sambal. "Teman numbuk samba belacan ni gunekan tenkalan" tentoyang (ten-to-yang) pokok yang sudah kurang berdaun. "Pokok getah di kebun
teman tu dah mole tentoyang daunnye, tule teman nak tanam semole"
tenyeh (te-nyeh) penyek, tekan dengan tangan atau jari. "Kamu tengeh nyamuk tu atah bantah, udah daghahnye lekat pade banta tu" tepacoi (te-pa-coi) tiba-tiba tersembol, tiba-tiba ada. "Tibe-tibe aje kamu tepacoi di depan pintu tu, bile kamu tibenye" tepaje-paje (te-pa-jepa-je) tepinga-pinga, tercengang. "Tepaje-paje teman dibuatnye tekejut bile nengok die muncoi aje depan pintu"
240
tepantak (te-pan-tak) terpacak, tercegat, terpampang. "Janganle ghiso, sebelum loho esok teman dah adele tepantak di depan pintu ghomah mike tu" tepeghocoi (te-pe-gho-coi) tiba-tiba tersembol, tiba-tiba ada. "Tibe-tibe tepeghocoi aje die di muke pintu" tepegholoh (te-pe-gho-luh) terjerelus masuk ke dalam lubang. "Kakinye teseliuh sebab tepegholoh dalam lubang" tepeghongo (te-pe-gho-ngo) terbuka, telopong, terdedah, ternganga. "Teman tengok pintu ghomah mike tepeghongo aje, ate teman teghuihle masuk" tepeghosok (te-pe-gho-sok) termasuk ke dalam. "Baju kamu ade tepeghosok dalam bakoi tu" tepeghuk (te-pe-ghuk) tesimpan. "Moto ayah teman ade tepeghuk bawah tangge tu, dah jaghang dibawaknye " tepegi (te-pe-gi) sanggup untuk pergi. "Tepegi ke mike ke ghomahnye tu lagi, teman idakle teman sanggup lagi " tepegun (te-pe-gun) kehairanan. "Memang tepegun teman nengok bangunan di Puteghejaye tu" têpek (tê-pek) 1. menampal, menempel, melekat. "Têpek lubang pade seluo kamu tu dengan perca kain, boleh paka balik " 2. sejenis kuih yang leper, lempeng. "Petang ni teman muat koi têpek aje" têpek pisang (tê-pek pisang) kuih lempeng pisang yang dibakar dalam daun pisang. "Ce Mak buat koi têpek pisang petang ni, lame dah tak makan" tepelecok (te-pe-le-cok)
241
tergeliat, terkehel. "Kakinye tepelecok mase main bola semalam" tepelehak (te-pe-le-hak) tersedak. "Kalo dah tepelehak tu cepat-cepatle minum ayo, nanti besembo nasi keluo daghi mulut kamu" tepelêut (te-pe-lê-ut) 1. tergeliat, terkehel. "Kakinye dah tepelêut sebab tepeghosok dalam lubang" 2. patah. "Jangan dilocok kasut tumit tinggi kakak kamu tu, nanti tepelêut pulak kasut die tu" tepempan (te-pem-pan) terkejut, terpegun. "Tepempan die nengok anaknye dapat hadiah nombo satu" tepocoi (te-po-coi) tiba-tiba tersembol, tiba-tiba ada. "Panjang umo kamu, baghu sebut aje dah tepocoi di muke pintu" tepongeh (te-po-ngeh) terbuka dan terdedah. "Balutle luke di kaki kamu tu, ngape dibio tepongeh aje" tepongen (te-pon-gen) nampak punggung. "Ngape ponggong kamu ni tepongen aje, tak sedo ke kain kamu dah teselak" tepongo (te-po-ngo) terbuka, telopong, terdedah, ternganga. "Ce, tutup mulut tu, jangan tepongo aje nanti masuk lalat" tepuak (te-pu-ak) terbuka. ''Beso juge tepuak luke kakinye kene mate tajak tu" tesapo(te-sa-po) tersadai. "Keghetenye ghosak, ate tersapo ajele keme di tepi jalan tu nunggu pomen datang maiknye" tesedik (te-se-dik) terasa di hati, terasa sedih di hati, tersentuh hati. "Tesedik juge ghase ati teman ngenangkan kesusahannye tu"
242
teseghadong(te-se-gha-dong) tersepak dan tersangkut lalu terjatuh ke hadapan. "Kakinye teseghadong pade ako kayu yang melintang jalan tu" tesegholoh (te-se-gho-loh) terjerlus ke dalam lubang. "Kakinye teseliuh sebab tesegholoh dalam lubang tengah jalan tu" tesembab (te-sem-bab) jatuh dan terkena muka dahulu. "Die jatuh tesembab atah tanah, mujo tak abih muke tu" tesenguk-senguk (te-sen-guk sen-guk) 1. anggukan kepale kerana mengantuk. "Tesenguk-senguk die
nahan mate dah ngantuk sangat"
2. anggukan kepale kerana menangis teresak-esak. "Tesenguk-tesenguk die teghoyak sebab tak dapat ngikut ayahnye ke pekan" tesepe (te-se-pe) keletihan yang amat sangat. "Tesepe teman dibuatnye semalam, letih bebeno balik dari ngikut kome ke Kuale Lumpo tu" tesoyo (te-so-yo) seriau, terkejut, terpempan. "Tesoyo teman nengok caghe die mawak moto, laju bebeno tengah oghang ghama ni" tetangak (te-tan-gak) tetangak-tangak (te-tan-gak tan-gak) tertangguh. "Koje teman tepaksele tetangak bebeghape aghi,
sebab teman tak beghape sehat"
tetelan (te-te-lan) 1. tertelan. "Die cekik tetelan tulang" 2. menerima tekak. "Tak tetelan teman makanan oghang Jepun yang dijamu deme tu" tetemas (te-te-mas) jampi. "Budak ni kene tetemas dulu dengan Tok Pawang, baghule die boleh baik" tetembong (te-tem-bong)
243
bertemu secara berdepan, terserempak. "Tibe-tibe aje teman
tetembong dengan die pagi tadi di Pekan Senin, tapi tak siyo teman ngegonye"
tetempi (te-tem-pi) tertepis dengan siku, terkena siku. "Baik-baik main dekat pasu bunge tu, kaghang tetempi abih pecah" tetomoih (te-to-mo-ih) terjatuh dengan muka tersembam. "Giginye patah sebab die jatuh tetomoih atas lantai simen itu" tetongok (te-ton-gok) 1. duduk diam. "Tetongok sensoghang dalam gelap ni ape yang kamu buat" 2. muncul. "Baghu aje namenye disebut, tibe-tibe tetongok aje die depan muke pintu tu" tetumuih (te-tu-muih) terjatuh dengan muka tersembam. "Baik-baik sikit jalan atah simen licin tu, nanti jatuh tetumuih" tibai (ti-bai) 1. hentam, pukul. "Kesian nengok die kene tibai dengan tali pinggang" 2. makan semua, ambil semua. "Tak ngasi betoile kamu ni, abih kamu tibai makanan aku ni " tiko (ti-ko) tikar. "Bentangle tiko, boleh kite duduk di bawah ni" tiko getah (ti-ko ge-tah) tikar yang diperbuat dari getah. "Emaknye baghu meli tiko getah untuk dibentang di anjung" tiko menkuang (ti-ko men-ku-ang) tikar yang diperbuat dari daun mengkuang. "Tido atah tiko menkuang ni sedap, sejuk aje" timbun (tim-bun) longgok dengan banyak. "Timbun tanah tu tinggi-tinggi, bio jalan tu tak belopak lagi bile ujan"
244
tinjat (tin-jat) berdiri atas jari kaki dengan mengangkat tumit. "Ce tinjat sikit kaki tu, baghule sampa kamu nyapa bende tinggi tu " titik (ti-tik) 1. tercicir. "Ate, mane tak titik duit silingnye, poket seluo kamu dah belubang" 2. titis. "Ce, kamu titik sikit-sikit bedak sejuk tu, baghule cantik bile die dah keghah nanti " 3. tanda yang kecil. "Ade titik itam pade baju kamu ni, kene taik cicak ke" 4. mencanai, hentam. "Kamu titik besi tu nak muat paghang ke" 5. buli, dipermainkan. "Die dah dapat banyak duit, ate kene titik dik kenkawannyele" tobang (to-bang) 1. terbang. "Bile kene tiup angin, entah kemanele tobang melayangnye" 2. berjalan makan anging. "Selalu beno aku dengo kamu tobang makan anginnye" tobat (to-bat) taubat, serik. "Tobat teman nak muatnye lagi, cukuple sekali teman ditipunye" tobek (to-bek) nampak sedikit kulit kepala. "Mujo tak tobek kepalenye teghantuk pade bucu atap zing tu" tobin (to-bin) sudah terlalu tua. "Dah tobin baghu kamu nak besunat" togak (to-gak) minum terus dari botol. "Togak aje ayo oghen tu daghi botolnye, tak payahle paka setegho" toghak (to-ghak) berbohong, bercakap besar. "Ngape yang kamu toghak deme tu, deme tu pecaye aje semue ape yang kamu cakap" toghik (to-ghik)
245
bising, hingar, riuh rendah. "Toghik bunyi bebudak tu main di atah ghomah, begego bunyinye" togobe (to-go-ba) 1. terlalu letih. "Tegobe teman ghase lepah ngojekan ha deme saghi suntuk" 2. terdiam dan tak tahu nak berbuat apa-apa. "Tegobe teman dibuatnye, bile die ngate teman macam-macam" toho (to-ho) 1. kawasan sungai yang kurang air. "Moh kite meghanduk di kawasan yang toho sikit" 2. lapar. "Lalu ke kamu toho tak makan-makan" tojah (to-jah) terjah, menjolok. "Ape yang kamu tojah dengan galah tu, dah masak ke nangka tu" tojen (to-jen) kurus tinggi. "Tojen aje ghope die bile dah tue ni, tak macam dulu elok beghisi badannye" tojon (to-jon) terjun. "Tojon kayo die nengok kamu, takut bebeno die kan kamu" tokak (to-kak) 1. mengigit, mengokak. "Tak payahle bekupah dengan piso, tokak aje buah tu dengan gigi kamu" 2. kudis yang besar. "Kudih di kaki kamu ni dah meghebak beso jadi tokak" Tok Bisan (Tok Bi-san) Besan. "Tok Bisan teman semalam datang nengok cucunye yang baghu lahir tu" tokek (to-kek) menokek, membuat bukaan pada sesuatu. "Mujo tak kene tokek aje kakinye dengan tajak" tokih (to-kih)
246
dalam kesempitan kewangan. "Teman ni tengah tokih bebeno nak nulong minjamkan duit pade mike" Tok Ketue (Tok Ke-tue) Ketua Kampung. "Teman nak pegi jumpe Tok Ketue, nak mintak sain boghang pemohonan bantuan buku sekolah bebudak ni" tolen (to-len) toleh. "Bile teman tolen aje muke teman ke kanan, nampak die tengak ngambik bende tu" tongah (ton-gah) menuang. "Tongah ayo tempayang tu ke dalam longkang, ganti yang baghu" tongang (ton-gang) 1. menuang"Ce, tonggang ayo kopi tu ke dalam cawan teman ni sikit" 2. meminum arak. "Asyik tonggang bende hagham itu aje kamu ni, bilele nak betobatnye" tongang langgang (ton-gang lang-gang) terbalik, tidak tersusun. "Ghomah teman tengah tongang langgang tu, biole teman balik dulu" tonkeh (ton-keh) terlalu tua. "Dah tonkeh sangat buah nyio ni, dah bulih buat benih aje" tongok (to-ngok) bodoh. "Tongok bebeno kamu ni iye, koje yang senang pun kamu tak bulih buat" tongong (ton-gong) bodoh. "Ngapele kamu ni tonggong sangat, sampa mace pun tak boleh" tonset (ton-set) sangul. "Rambutnye panjang hingge boleh buat tonset di kepalenye" tontain (ton-ta-in)
247
sedar-sedar, ralit bekerja hingga tidak sedar masa berlalu. "Asyik tontain muat koje didapur, langsung tak sedo bile kamu tibe" tonyoh (to-nyoh) memenyek, menekan dengan tangan. "Ngape kamu tonyoh muke adik kamu tu, teghoyakle die" toslait (to-la-it) lampu suluh, lampu picit. "Mane toselait, teman nak pegi nyuluh deghoyan" toya (to-ya) kelentong. "Kesian nengok kamu kene toya, die tu memang suke nipu oghang" toyak (to-yak) menanggis. "Kenape kamu kuat sangat toyak, pantang diusik sikit" toye (to-ye) kelihatan sangat bodoh, berdiam diri seolah-olah orang bodoh. "Toye aje ghopenye bile kite maghahkan die" tuah taga (tu-ah ta-ga) terpaksa melakukan. "Tuah taga teman ghase nak muat ape yang kamu sughuh tu" tuan tain (tu-an ta-in) terlalu lambat untuk memulakan kerja. "Asyik tuan tain aje kojenye, bilele nak siap" tuang (tu-ang) 1. poteng (berasal dari perkataan Inggeris "truant"). "Atah bukit dalam utan tule tempat bebudak tuang sekolah" 2. mengisi air, mencurah air "Jangan tuang banyak sangat ayo dalam gelah tu, sepaghuh udahle" tuas (tu-as) cabut lari. "Die tuas daghi ghomah bile emaknye maghahkan die" tudung tingkap (tu-dung ting-kap)
248
langsir tingkap. "Emaknye tengah ngantung kain tudung tingkap, ate esok nak gheghaye" tue kobin (tu-e ko-bin) tue tagun (tu-eta-gun) tue tobin (tu-e to-bin) sudah tua. "Dah tue kobin pun kamu nak becendoi kemane pegi dengan emak kamu" tumbang (tum-bang) 1. rebah. "Pokok nyo tu tumbang kene angin ghibut semalam" 2. dalam keadaan yang teruk, kesusahan. "Tumbang teman
bulan ini, macam-macam bende nak dibeli bile deme masuk asrama" 2. menyembeleh. "Beghape eko lembu yang akan tumbang untuk kendughi kahwin anak mike nanti"
tumpang (tum-pang) 1. menumpang "Tumpang ajele ayah kamu kalo nak pegi ke sekolah tu" 2. sementara masih ada "Tumpang kite masih ade ni bolehle deme bemanje dengan kite" tumpang tui (tum-pang tu-i) menumpang tuah. "Teman ni tumpang tui rezeki anak-anak aje" tumpo (tum-po) mati (bahasa kasar). "Tumpo kite dibuatnye kalo begini caghenye die nyoghoh kite" tunang (tu-nang) suami atau isteri. "Kamu datang bedue dengan tunang kamu aje ke, anak-anak ngapa tak dibawak" tuncit (tun-cit) ansur-ansur, beransur, sikit, sikit. "Bayo pade mike caghe tuncit tiap-tiap bulan boleh ke" tungkap malam (tung-kap ma-lam) lewat malam."Dah tungkap malam baghu die balik ke ghumah, mencaghi ghezeki"
249
tungo(tu-ngo) tungou (tu-ngou) sejenis bintang halus yang tidak kelihatan pada mata kasar. "Abih meghah dan gata-gata pusatnye kene gigit tungo" tunja (tun-ja) tolak atau tekan dengan tanggan atau kaki. "Ngape kamu tunja muke adek kamu tu, teghoyakle die" tunka (tun-ka) padat. "Gelang yang dipakainye itu emah tunka, jangan kamu ingat kosong didalamnye" tunku(tun-ku) 1. alas besi atau batu untuk meletak periuk, kuali atau cerek air ketika memasak. "Dah siap pun tunku dapo untuk deme gotong ghoyong memasak esok iye" 2. batu atau besi untuk memanaskan dan menuam perut selepas bersalin. "Tunku atah dapo ni dah cukup panahnye, bolehle dah kakak kamu tu soghoh betunku" tuntang (tun-tang) memancing dengan cara mengantung mata kail pada pelampung kecil. "Yang nampak benda timbul-timbul di tengah ayo tu ialah tuntang ayahnye" tup tup (tup-tup) tiba-tiba. "Tup-tup aje die muncul di depan pintu" tutuh (tu-tuh) 1. menghentam, memukul. "Budak itu kene tutuh dengan tali pinggang sebab jahat sangat" 2. memotong dahan "Ate mike tutuh aje dahannye tu" tutup bok (tu-tup bok) menamatkan kesah atau cerita, telah selesai. "Kalo mike dah bayo utang ni, dah boleh tutup bok dahle iye"
250
U
Ucu (U-cu) panggilan untuk bapa atau emak saudara yang bongsu dalam keluarga. "Bagi aje tanah pesake tu pade Ucu, die bukanke anak bongsu Atok" udah muat balik (u-dah mu-at ba-lik) ungkapan bagi menyatakan sesuatu perlakuan buruk yang diulangi atau dilakukan semula setelah berhenti. "Die udah muat balik tabiatnye yang lame tu, suke sangat mencughi" ughi (u-ghi) 1. nasi, makanan asas. "Lapo bebeno teman ghase, sebiji ughi pun tak jumpe aghini" 2. tembuni. "Ughi budak pompuan tu elokle ditanam di depan ghomah, cepatle dipinang oghang" ulam (u-lam) 1. sayur atau buah yang dimakan bersama sambal. "Ape ulam yang ade nak colek dengan samba tempoyak masak ni" 2. mangsa. "Jadi ulam kamule die tu, sian nengoknye kamu buli begitu" ulo (u-lo) 1. ular. "Bebaik sikit, dalam semak tu banyak ulo" 2. hulur. "Ce ulo baju teman tu, Weh" ulu (u-lu) hulu, kawasan disebelah hulu sungai. "Ghomah Atoknye di ulu sunga tu" umo (u-mo) 1. umur. "Beghape dah umo Atuk kamu" 2. sepanjang hayat. "Tak peghonah umo teman makan bende hagham macam itu" unjun (un-jun) menarik kembali, menyentak batang pancing. "Batang kail tu kene unjun selalu, baghule lekat bile dimakan ikan"
251
unta (un-ta) dikerjakan sungguh-sungguh, dibaham kesemuanya. "Abih nasik aku sepeghoyok kene unta dik deme ghama-ghama" untei (un-tei) membuat sedikit demi sedikit sehingga selesai. "Kalo kamu untei sikit-sikit, lame-lame bolehle siap" usa (u-sa) sudah selesai, usai. "Majeleh itu udah usa dan semue oghang dah balik, baghu die sampa" usah (u-sah) usahle (u-sah-le) jangan, tak payah. "Usah kamu dengo cakap die, bohong aje tu" uto (u-to) memberi isyarat dengan tangan, berhubung secara bahasa isyarat. "Die main uto dengan tangan aje, mane teman nak paham ape die soghoh"
252
W
Wah (Wah) panggilan untuk emak atau bapa saudara yang keempat dalam keluarga. "Wah tu anak yang keempat dalam adik beghadik emak saye" Wak (Wak) Pakcik, panggilan untuk lelaki yang lebih tua atau diperingkat pakcik. "Wak tu sebaye dengan bapak saya" walah (wa-lah) teringin sangat. "Teman ni walah nak ngikut mikeme pegi
beghombong ke Selon tu, tapi ape daye teman dah tak mandang lagi cuti"
Wan (Wan) Makcik, panggilan untuk perempuan yang lebih tua atau diperingkat makcik. "Wan tu sebaye dengan emak saye" wayang longok (wa-yang lon-gok) wayang yang ditayangkan di kawasan lapang dan terbuka. "Zaman dulu wayang longgok Jabatan Peneghangan yang
ditayang kat padang bola tu adelah satu caghe menyampakan maklumat"
nak
Wê (Wê) panggilan untuk bapa saudara yang paling sulung. "Wê tu ialah abang emak saye yang sulung" weh (weh) weh oh(weh oh) kata-kata panggilan manja untuk orang-orang yang disayangi seperti isteri atau suami atau kenalan-kenalan yang mesra. "Nak kemane tu weh,laju aje ngayuh basikanye"
253
Y
ya amat (ya a-mat) ya amat sangat (ya a-mat sa-ngat) yang teramat sangat, terlalu ."Anaknye ya amat bijak budaknye, tiap-tiap tahun dapat nombo satu" Yang (Yang) panggilan untuk abang atau kakak yang ketiga dalam keluarga. "Yang tu anak yang ketige dalam keluarge saye" yang iye (yang-iye) yang iyenye (yang-i-ye-nye) yang sebenarnya. "Yang iyenye kome tu memang sakit atikan teman, tu yang kome kate macam-macam" yarabi (ya-ra-bi) terlalu, tersangat (berasal dari perkataan "Ya Rabbi"). "Yarabi
beso yang amat sangat ghomah kome ni, segan pulak aku nak masuk"
yenki (yen-ki) 1. sejenis seluar yang kecil dipeha (berasal dari perkataan Inggeris "yankee") "Wah! kamu paka seluo yenki ni nak kemane" 2. berlagak "Kamu jangan nak yenki sangat dikampung ni, nanti dipukul dek bebudak kampung ni" Yob (Yob) panggilan untuk abang yang pertama dalam keluarga, abang sulung. "Yob tu abang keme yang sulung dalam keluarge" Yong (Yong) panggilan untuk kakak yang pertama dalam keluarga, kakak sulung. "Yong tu kakak keme yang sulung dalam keluarge"
254
Z
zaman tok bat (za-man tok bat) zaman tuan bat (za-man tu-an bat) zaman penjajahan British (berasal dari perkataan "zaman Tuan Birch"). "Zaman tuan bat dulu mane ade jalanghaye, tule sunga tu deme beghulang alik daghi Kampung Gajah ke Kuale Kangso" zaman tok kaduk (za-man tok ka-duk) zaman tok koben (za-man tok ko-ben) zaman tok koghen (za-man tok ko-ghen) zaman dahulu kala. "Zaman tok kaduk lagi kampung ni dah ade, bukannye baghu"
13 Februari 2013 02 Rabiul Akhir 1434
255
Azhar Abu Bakar lahir di Layang-Layang Kanan, Parit, Perak. Bersekolah di Iskandar Shah Parit, Clifford Kuala Kangsar dan Anderson Ipoh. Mendapat ijazah BA (Hon) - Performing Arts USM, DPA INTAN, MSA (Theater Management) Central Michigan University, USA dan Exec. Cert. in Events Management, University of Technology Sydney/Taylor College Kuala Lumpur. Berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir & Diplomatik selama 31 tahun bermula sebagai Penolong Pegawai Daerah Rompin, Penolong Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Penolong Pengarah di Jabatan Perkhidmatan Awam, Vice-Consul (Students Affair) di Toronto, Penolong Setiausaha di Kementerian Belia & Sukan dan Kementerian Kesihatan, Ketua Penolong Setiausaha di Kemeterian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan dan Ketua Pengarah Istana Budaya. Menerima anugerah AMP, AMN, SMP dan DIMP. Setelah bersara bergiat dalam Persatuan Alumni Pegawai Tadbir & Diplomatik, Penasihat Majlis Warisan Seni Tari, Muzik dan Busana Melayu (MAWARKU), AJK Iskandarian Parit dan Timbalan Presiden Old Cliffordians Kuala Kangsar.
Daerah Perak Tengah
(dahulu dikenali Daerah Kecil Parit) Terletak di tengah negeri Perak yang memanjang di kiri kanan Sungai Perak dari Tanjung Belanja hingga ke Kampung Gajah, meliputi keluasan kira-kira 12,205 hektar atau 1,282.05km persegi. Bersempadan dengan Daerah Kuala Kangsar di utara, Daerah Hilir Perak di selatan, Daerah Kinta di timur dan Daerah Manjong di barat. Daerah Perak Tengah meliputi 12 buah mukim yang terdiri daripada Bandar, Belanja, Bota, Jaya Baharu, Kampung Gajah, Kota Setia, Lambor Kanan, Lambor Kiri, Layang-Layang, Pasir Panjang Ulu, Pasir Salak dan Pulau Tiga. Jumlah penduduk pada 2010 seramai 93,500 orang yang terdiri daripada seramai 90,979 Melayu, 2,521 Bumiputra, 1,274 Cina, 1,398 India, 146 Lain-Lain dan 3,536 Bukan Warga Negara.