INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1086
KEZALIMAN PUNCA KRISIS DAN MALAPETAKA DALAM MASYARAKAT NURHAYATI BIN ABDUL GHANI, ABDUL GHANI B. SAMSUDIN
Kezaliman dalam segala bentuk dan kategorinya adalah suatu yang sangat mencelakakan ketenteraman dan kerukunan hidup manusia. Ia suatu perbuatan yang berbagai dimensi merangkum dimensi keyakinan, pemikiran, budaya, ekonomi, politik dan lain-lain. Sebab itu perkataan Al Zhulm dan akar kata yang berkaitan dengannya diulang 293 kali dalam 58 Surah Al Quran. Ini menunjukkan betapa Syariah memandang berat kepada kezaliman, sebagai satu punca krisis dan malapetaka dalam masyarakat. Kertas kerja ini mengupas sekitar makna dan maksud kezaliman, jenis dan bentuk-bentuk kezaliman, akibat dan padah kezaliman serta hukuman kepada penzalim. Apa yang cuba diketengahkan ialah bagaimana kezaliman boleh terjadi dalam bentuk maknawi, yang dilakukan oleh masyarakat kita tanpa menyedari tentangnya. Ini menjadi punca kepada krisis-krisis dalam keluarga dan masyarakat dari segi ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya. Metod kajian dilakukan adalah secara analisis kandungan melihat kepada pendekatan al-Quran dalam isu kezaliman. Kajian mendapati bahawa ayat-ayat al-Quran secara jelas mengaitkan kezaliman sebagai punca krisis dan malapetaka dalam masyarakat. Kezaliman adalah sesuatu yang perlu dibenteras demi kemaslahatan dan kesejahteraan umat sejagat. Kata kunci: kezaliman; krisis; Islam; kesejahteraan; masyarakat. Allah berfirman dalam surah taha 111-112 ل ظُلْمًا َ َوَعَ َنتِ ا ْلوُجُوهُ لِلْحَّيِ الْقَّيُومِ وَقَدْ خَابَ مَنْ حَم ف ظُلْمًا وَلَا هَضْمًا ُ ت وَ ُهوَ ُمؤْمِنٌ فَلَا يَخَا ِ وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الّصَالِحَا Maksudnya: Pada hari kiamat kelak banyak muka yang tunduk hina kepada Allah Yang Maha Kekal dan Hidup. Pada hari itu pula kecewa hampa sesiapa yang memikul dosa nista kezaliman. Akan tetapi sesiapa yang datang (bertemu Allah dengan membawa amal soleh), sedang ia beriman, maka ia tidaklah khuatir dianiaya atau dikurangkan pahala amalannya.
PENDAHULUAN
Kezaliman dalam segala bentuk dan kategorinya adalah suatu yang sangat mencelakakan ketenteraman dan kerukunan hidup manusia. Ia suatu perbuatan yang berbagai dimensi merangkum dimensi keyakinan, pemikiran, budaya, ekonomi,
1016
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
politik dan lain lain. Sebab itu perkataan Al Zhulm dan akar kata yang berkaitan dengannya diulang 293 kali dalam 58 Surah Al Quran. 39 Surah Makkiyah, 19 Surah Madaniyah. Siapa yang memikul dosa kezaliman ini akan hampa dan celaka dalam kehidupan abadi di akhirat kelak. Siapa yang terlepas dari dosa ini dia akan bahagia di dunia dan di akhirat.
MAKNA DAN MAKSUD KEZALIMAN Kezaliman atau ( ) الظلمdari sudut bahasa Arab ialah sikap melampau batas atau meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya yang wajar. Perkataan ( )الظلّيمةbermakna sesuatu yang diambil atau disita tanpa asas syar'i atau undang undang yang sah dan absah. Demikian juga makna perkataan ( ) الظالمة والمظلمة. Kalau disebut seseorang itu menzalimi orang lain, bermakna ia merampas haknya atau dia mengurangi hak orang berkenaan.
Dari sudut syara' kezaliman ialah lawan keadilan . Ia meletakkan sesuatu bukan pada posisinya yang wajar dari pertimbangan syara'. Dia adalah suatu penyerangan, permusuhan atau perbuatan menyakiti orang lain samada beralasan atau bersebab mahupun secara tidak bersebab dan beralasan.
Hampir hampir tidak ada kejahatan lain yang lebih dijanjikan oleh Allah dengan seberat berat hukuman dan ganjaran selain dari kejahatan menzalimi , menyerang dan memusuhi orang lain. Sikap ini sebenarnya lahir dari naluri marah dan sifat kebinatangan yang lumrah dalam diri binatang dan manusia untuk membela dan melindungi diri dari ancaman musuh. Cuma naluri marah manusia kerap disaluti oleh berbagai tuntutan keperluannya yang asas dan sekunder menjadikan ia lebih rencam dan kompleks.
Memandangkan manusia mempunyai keupayaan akal logik, kebolehan bertutur kata dan berimaginasi di samping berkemahuan bebas maka sifat zalim dan permusuhannya lebih kuat, mempunyai akibat yang lebih parah dan kesan yang lebih besar membara. Sebab itu Allah menyifatkan manusia sebagai makhluk yang sangat zalim dan " Kaffar". Allah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat :34
1017
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
ٌوَآتَاكُم مِن كُلِ مَا سَأَلْتُمُو ُه وَإِن تَعُدُوا نِعْ َمتَ اللَهِ لَا تُحّْصُوهَا إِنَ الْإِنسَانَ َلظَلُومٌ كَّفَار ....Sesungguhnya manusia amat zalim dan amat tidak membalas budi.
Menurut ketentuan-Nya, Allah mahu mengekang kejahatan manusia melalui ajaran agama-Nya. Dengan itu manusia dapat memikul amanah, menobatkan keadilan, kesaksamaan dengan kepekaan, keinsafan, kewarasan dan daya menguasai kemahuan dan kehendak secara yang seimbang dan bijaksana. Allah mengamanahkan ajaran agama yang benar agama Islam kepada manusia demi untuk kesejahteraan mereka sendiri. Pengamanahan sifat waras dan wajar ini disebut oleh Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 72: إِنَا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَّيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وََأشّْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا Sesungguhnya Kami telah mengajukan tanggungjawab (memikul) amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang , tapi semua enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); lalu manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. Memang tabiat kebanyakan manusia suka melakukan kezaliman dan suka membuat perkara-perkara yang tidak wajar.
Sifat dan kecenderungan manusia melakukan kezaliman ini banyak disorot oleh Al Quran dan Sunnah Rasul. Terdapat banyak ayat dan hadith yang menyerlahkan keburukan dan padah kezaliman dalam kehidupan manusia. Malah usaha membenteras kezaliman dan mengatasinya adalah merupakan ciri khas yang terpenting bagi agama Islam. Dengan demikian aqidah Islam layak diberi jolokan sebagai akidah penindak dan penentang kezaliman. Malah inti perjuangan baginda Rasulullah serta motif pengangkatan baginda sebagai Rasul adalah untuk memerangi kezaliman.
Usaha membasmi kezaliman, menghapuskan penganiayaan merupakan asas , malah teras pendidikan Islam yang murni. Ia simbol perjuangan akhlak para Nabi di mana baginda Rasulullah sendiri diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak dan kelohoran budi pekerti. Rasulullah menegaskan ( " ) انما بعثت التمم مكارم االخالقAku diutus untuk memyempurnakan kelohoran budipekerti".
1018
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Lebih jauh peringatan tentang nasib malang dan celakanya kesudahan para penzalim adalah tema yang paling menonjol dalam liturature penulisan Islam dan Arab. Aliran penulisan ini menganggap perjuangan menentang kezaliman adalah suatu kewajiban dan bukan hanya sekadar suatu keutamaan. Imam Syafi'i menegaskan:
""بئس الزاد الى المعاد العدوان على العباد
Bekalan paling buruk yang di bawa oleh seseorang pulang ke akhirat ialah perbuatan permusuhan yang menganiaya orang lain. Dalam kitab "Muqaddimah" oleh Ibnu Khaldun beliau mengkhususkan satu tajuk الظلم مؤذن بخراب العمران
membincangkan hal ini dengan judul:
Kezaliman mengundang kemusnahan (kemakmuran) masyarakat. Sebenarnya menifestasi kezaliman terjelma dalam berbagai bentuk. Kesan dan hukumannya juga berbagai dan berlainan. Ada kezaliman manusia terhadap Tuhannya. Ada kezaliman sesama manusia. Kezaliman terhadap haiwan dan binatang, terhadap alam sekitar, kezaliman terhadap diri sendiri, kezaliman terhadap bangsa dan negara dan sebagainya.
Ada kezaliman fizikal atau terhadap nyawa, seperti membunuh. Ada kezaliman berhubung dengan harta seperti merompak, mencuri, menipu, makan riba, eksploitasi, membazir, sikap kikir, bakhil, monopoli, mengikis atau menipu untuk mengambil harta orang lain, mencuri sukatan di samping menimbang dengan dua jenis sukatan. Allah berfirman dalam surah Al Mutaffifin : 1-3 َخسِرُون ْ ُ وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَزَنُوهُمْ ي،َالَذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَاسِ َيسْ َتوْفُون، َوَيْلٌ لِلْ ُمطَّفِّفِّين Celakalah golongan yang mencuri timbangan. Mereka bila menimbang untuk diri sendiri mereka menimbang dengan tepat, tapi apabila menimbang atau menyukat untuk orang lain mereka mengelat dan mengurangkan (hak mereka). Kezaliman dalam bentuk ma'nawi pula seperti mengumpat, menjadi batu api, menghina, berbohong dan berdusta. Puncak pendustaan ialah berbohong tentang Allah dan firman-Nya di samping sifat hypocracy. Ini termasuk juga kejahatan "lamz,", "hamz", merendah , menyindir untuk menjatuhkan maruah orang lain, hasad dengki, menakut dan men"terrorize", melakukan kekejaman, menista, menjebak serta tipu daya memerangkap, mencabul kehormatan orang lain dan mengkhianat.
1019
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
CARA AL QURAN MEMAPARKAN KEBURUKAN KEZALIMAN
Untuk memaparkan berbagai jenis kezaliman yang paling mencelakakan Al Quran menggunakan bentuk perkataan ( )افعل التّفضّيلatau yang paling buruk dalam bentuk ayat pertanyaan ( )استّفهامّيdalam lima dari enam ayat berkaitan dalam berbagai surah. Umpamanya ayat 18 dalam surah Hud ( ) ومن اظلمSiapakah yang lebih zalim daripada..... Daripada enam bentuk ayat yang menerangkan tentang buruk sangatnya dosa kezaliman itu lima daripadanya menggunakan "Sighah Tafdhil". Kezaliman tersebut ialah : (i) Pendustaan atau pembohongan tentang Allah di samping mendustakan RasulNya. (ii) Menyembunyikan kesaksian. (iii) Menghalang orang memanfaatkan masjid untuk dituturkan di dalamnya ayatayat Allah di samping berusaha meruntuhkannya. (iv) Berpaling dari ayat Allah sesudah diperingatkan dirinya tentang ayat-ayat itu. (v) Akhirnya yang paling besar dosanya ialah kezaliman syirik kepada Allah .
Bila dibandingkan berulangnya kejahatan kezaliman ini dalam Al Quran berbanding dosa lain kita dapati perkataan ( ) العدوانdalam 67 bentuk ayat. Perkataan ( ) الذنب38 bentuk ayat, perkataan ( ) االذى23 bentuk ayat, perkataan ( ) االثم48 bentuk ayat, perkataan ( )الّفساد53 bentuk ayat. Sedangkan kezaliman seperti yang telah kita terangkan berulang sebanyak 293 kali . Dosa syirik yang merupakan sebahagian daripada dosa zalim hanya berulang 164 kali dan bukan termasuk dalam sighah Tafdhil.
JENIS DAN BENTUK KEZALIMAN
1.
Kezaliman Syirik
Syirik adalah puncak kesesatan dalam mencari Tuhan yang sebenar sebagai pencipta alam. Menemui Tuhan yang sebenar bererti menemui punca kebenaran dan hidayah tentang sistem nilai dan ukuran baik buruk, benar dan batil dan sebagainya. Jawaban
1020
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
terhadap pertanyaan mengenai soalan asas tentang sebab wujud, matlamat kehidupan, halal haram dan sebagainya. Mereka yang syirik merujuk kpd sistem nilai yang salah. Ini menyebabkan mereka menzalimi tuhan yang sebenar lalu mereka menzalimi orang lain dan diri sendiri. Kerana besarnya implikasi kejahatan syirik ini ia disifatkan sebagai kezaliman mega dan paling mencelakakan manusia dan jin. Allah berfirman dalam surah Luqman ayat ٌعظِّيم َ ٌوَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِ ِه وَ ُهوَ يَ ِعظُهُ يَا بُنَّيَ لَا ُتشْ ِركْ بِاللَهِ إِنَ الشِ ْركَ َلظُلْم13; Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, dalam rangka memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". Dalam surah Yunus ayat 106 Allah mengingatkan: َك وَلَا يَضُ ُركَ فَإِن فَعَ ْلتَ فَإَِنكَ إِذًا مِنَ الظَالِمِّين َ وَلَا تَدْعُ مِن دُونِ اللَهِ مَا لَا يَنّفَ ُع Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).
2.
Kezaliman Dengan Tindakan Menceroboh (Serangan Permusuhan)
Perkataan ( ) العدوانagak hampir setara dengan makna kezaliman, meskipun kadar berulangnya perkataan ini ialah sekitar 67 kali. Perkataan ini biasanya digandingi oleh perkataan dosa, kebencian dan juga kezaliman. Allah berfirman dalam surah Al Nisa' ayat 30:
سوْفَ نُّصْلِّيهِ نَارًا وَكَانَ ذَِٰلكَ عَلَى اللَهِ َيسِّيرًا َ وَمَن يَّفْعَلْ ذَِٰلكَ عُدْوَانًا َوظُلْمًا َف
Dan sesiapa berbuat demikian ( memakan harta haram) dengan menceroboh dan aniaya, maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun yang dapat menghalangnya).
Perbuatan menceroboh, menyerang orang yang tidak berdosa adalah haram menurut Islam. Tindakan ini hanya dibenarkan untuk menentang pencerobohan dan kezaliman lawan atau musuh. Tapi perlu dilakukan secara setimpal dan tidak boleh
1021
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
berlebihan dan melampau batas. Allah menjelaskan Dalam surah Al Baqarah ayat 194:
َ فَمَنِ اعْتَدَىٰ عَلَّيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَّيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَىٰ عَلَّيْكُ ْم وَاتَقُوا اللَ َه وَاعْلَمُوا أَنَ اللَهَ مَعَ الْمُتَقِّين...
... Oleh itu sesiapa yang menyerang dan mencerobohi kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan hendaklak kamu bertaqwa kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa.
Menceroboh memang suatu kezaliman sama ada dilakukan kepada orang Islam atau bukan Islam. Islam menolak semua kejahatan berkenaan tanpa mengira siapapun yang menjadi mangsanya. Sebab itu kita dapati Rasulullah amat memuji suatu perjanjian di zaman jahiliah yang dinamakan "Hilful Fudhul". Perjanjian ini antara lain menolak pencerobohan dan penganiayaan tanpa diskriminasi; perjanjian penduduk Mekah untuk bangkit membela siapa sahaja penduduk Mekah yang teraniaya; serta pengharaman menceroboh dan menganiaya kafir "mu'ahid" atau kafir "zimmi” ini ditegaskan oleh Rasulullah dalam hadith baginda: اال من ظلم معاهدا اوانتقّصه او كلّفه فوق طاقته او اخذ منه شّيئا بغّير طّيب نّفسه فأنا حجّيجه يوم القّيامة )( اخرجه ابو داود Ketahuilah bahawa siapa menganiaya kafir "mu'ahid" atau mengurangi haknya, atau memaksanya berbuat diluar kemampuannya, atau ia menyita apa apa miliknya tanpa kerelaannya maka akulah (Rasulullah) bakal menjadi lawannya (peguam yang berhujjah di hadapan Allah) pada hari kiamat kelak.
3-
Kezaliman Ma'nawi
Bencana kezaliman jenis ini tidak kurang berbanding kezaliman yang lain. Sebab itu Allah menghuraikan hal ini dengan panjang lebar dalam al Quran agar dijauhi. Antara yang paling merusak ialah kezaliman "al -Ghibah" atau mengumpat. Maksudnya menyebut-menyebut tentang saudara anda sesuatu perkara yang dia tidak suka (mendengarnya) serta mengintai atau mencari kesalahannya. Mengintai ini ada aspek perlakuannya; iaitu memasang telinga atau memata- matai (memasang kamera sulit umpamanya) untuk mendedahkan aurat seseorang. Aspek ma'nawinya ialah natijah dari tindakan itu yang mendedahkan secara meluas rahsia peribadi orang, sehingga menjatuhkan imej dan nama baik mereka. Ini termasuklah perbuatan buruk sangka yang menghasilkan kesan yang negatif dalam hubungan baik dengan orang lain.
1022
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Allah berfirman dalam surah Al Hujurat ayat :12 حبُ أَحَدُكُمْ أَن ِ ُسسُوا وَلَا يَغْتَب بَعْضُكُم بَعْضًا أَي َج َ َيَا أَيُهَا الَذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِّيرًا مِنَ الظَنِ إِنَ بَعْضَ الظَنِ إِثْمٌ وَلَا ت ٌيَأْكُلَ لَحْمَ أَخِّيهِ مَّيْتًا فَكَرِهْتُمُو ُه وَاتَقُوا اللَهَ إِنَ اللَهَ َتوَابٌ رَحِّيم Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Sifat baik sangka adalah yang terbaik sehingga terbukti sebaliknya. Dalam surah Al Nur :12 Allah berfirman: ٌن وَالْ ُمؤْمِنَاتُ بِأَن ُّفسِهِمْ خَّيْرًا وَقَالُوا هَٰذَا إِ ْفكٌ مُبِّين َ َلوْلَا إِ ْذ سَمِعْتُمُو ُه ظَنَ الْ ُمؤْمِنُو Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata". Selain dari itu termasuk dalam kezaliman ma'nawi juga perbuatan ( ) النمّيمةmenjadi batu api; menyibar bara kebencian untuk merosakkan hubungan persaudaraan antara mereka yang bersahabat. Dalam hubungan ini Allah menjelaskan dalam surah al Qalam ayat 10-11: . ٍ هَمَازٍ َمشَاءٍ بِنَمِّيم، ٍوَلَا ُتطِعْ كُلَ حَلَافٍ مَهِّين Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi
yang hina (pendapat dan
amalannya), orang yang suka mencaci, dan suka menyebarkan fitnah hasutan. Dalam
masa
yang
Islam
juga
mengambil
berat
usaha
menjernihkan
persekitaran pergaulan seseorang. Islam melarang kita bersahabat dengan golongan penzalim, meramaikan majlis mereka kecuali untuk datang memberi nasihat dan teguran. Allah menegaskan ( Al An'am 88) َ فَلَا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِكْرَىٰ مَعَ الْ َقوْمِ الظَالِمِّين.. (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersamasama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).
1023
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Kerana duduk bergaul dalam majlis majlis mereka menyebabkan seseorang itu ikut terpalit dengan kesan negatifnya terhadap hati nurani, akal dan lenggok kebiasaan. Termasuk dalam hal ini Islam melarang perbuatan al Lamz, atau al Hamz perbuatan suka menjatuhkan nama baik orang lain secara sulit. Allah berfirman dalam surah Al Humazah : ٍوَيْلٌ لِكُلِ هُمَ َزةٍ لُمَزَة Neraka Wail ( celakalah) untuk setiap penghina dan yang suka merendah-rendahkan orang lain. Kejahatan suka menghina dan merendah-rendahkan orang lain merupakan kezaliman yang dilarang oleh Allah dalam surah Al Hujurat ayat 11: َعسَىٰ أَن يَكُنَ خَّيْرًا مِنْهُن َ ٍعسَىٰ أَن يَكُونُوا خَّيْرًا مِنْهُمْ وَلَا ِنسَاءٌ مِن ِنسَاء َ ٍيَا أَيُهَا الَذِينَ آمَنُوا لَا َيسْخَرْ َقوْمٌ مِن َقوْم َن وَمَن لَمْ يَُتبْ فَأُولَٰ ِئكَ هُمُ الظَالِمُون ِ وَلَا تَلْمِزُوا أَن ُّفسَكُ ْم وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِ ْئسَ الِاسْمُ الْ ُّفسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَا Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu golongan lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan golongan yang lain, (kerana) kemungkinan golongan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain, (kerana) ada kumungkinan kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka yang mencemuh. Seterusnya janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk gelaran dan nama ialah fasik sesudah beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan buruk tersebut) maka merekalah orang-orang yang zalim.
4-
Perbuatan Menolong Penzalim Untuk Melakukan Kezaliman
Perbuatan menyokong penzalim samalah seperti kita sendiri berbuat kezaliman itu; samaada dengan perkataan atau perbuatan. Dalam konteks ini Ibnu Omar meriwayatkan hadith berikut: ) لم يزل فّي سخط اهلل حتى ينزع ( سنن ابن ماجه- اويعّين على ظلم- من أعان على خّصومة بظلم Siapa yang membantu dalam persengkitaaan dengan melakukan kezaliman maka dia akan terus berada dalam kemurkaan Allah; sehinggalah dia berhenti dari berbuat demikian. Ka'b Bin 'Ujrah meriwayatkan hadith ini:
1024
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
ُ " إِنَه: َ خَرَجَ عَلَّيْنَا َرسُولُ اللَهِ صَلَى اللَهُ عَلَّيْهِ وَسَلَمَ فَقَال: َ قَال، ُعَنْ كَ ْعبِ بْنِ عُجْ َرةَ رَضِّيَ اللَهُ تَعَالَى عَنْه َ وَلَ ّْيس، ُستُ مِنْه ْ فَلَ ّْيسُ مِنِّي وََل، ْسَّيَكُونُ عَلَّيْكُمْ بَعْدِي أُمَرَاءٌ فَمَنْ دَخَلَ عَلَّيْهِمْ فَّصَدَقَهُمْ بِكَذِبِهمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهم ، " َحوْض َ ْ فَ ُهوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ َوسَّيَرِدُ عَلَّيَ ال، ْ وَمَنْ لَمْ يُّصَدِقْهُمْ بِكَذِبِهمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِم، حوْضِّي َ َِبوَارِدٍ عَلَّي ِن سُّفّْيَانَ الَثوْرِي ْ َ ع، ِن سَعِّيدٍ الْ َقطَان ِ ْ عَنْ يَحّْيَى ب، ُ أَخْرَجَهُ أَحْمَد، ٌهَذَا حَدِيثٌ صَحِّيح Selepasku akan ada para pemimpin (politik yang jahat) . Siapa yang bergaul dengan mereka lalu mempercayai pembohongan mereka di samping membantu kezaliman mereka maka dia tidak ada hubungan denganku dan akupun tidak ada hubungan dengannya. Malah dia tidak akan dapat minum dari kolamku. Manakala siapa yang tidak percaya dengan pembohongan mereka dan tidak membantu mereka melakukan kezaliman maka dia adalah sebahagian dariku dan aku sebahagian darinya, malah dia akan dapat minum dari kolamku.
( Hadith Sunan Termizi)
Penyokong orang zalim dipanggil sebagai manusia "Ahmaq". Seorang sahabat Rasulullah Abu Hazim apabila ditanya tentang orang mukmin yang manakah dipanggil Ahmaq? Beliau menjawab : رجل انحط فّي هوى اخّيه وهو ظالم فباع آخرته بدنّيا غّيره Orang yang tenggelam dalam kehinaan justeru menurut hawa nafsu rakannya yang zalim. Dia akhirnya menjual nasib dan keberuntungannya di akhirat (yang kekal )dengan membeli kemewahan dunia orang lain (yang fana).
5-
Kezaliman Dalam Bermu'amalah
Siapa yang mengkhianati janji atau merampas hak orang lain, menipu atau menyalahi janji yang memudharatkan orang lain, atau makan harta orang lain dengan cara yang haram dan batil, enggan membayar hutang pada hal dia mampu, atau bertegang-leher dan bergaduh pada hal dia bersalah maka dia terdedah kepada hukuman dosa kezaliman dalam bermuamalah. Hukuman yang amat keras kecuali kalau dimaafkan oleh orang yang berhak. Allah berfirman dalam surah Al Nisa' ayat 29-30 َيَا أَيُهَا الَذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَ ْموَالَكُم بَّيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَا أَن تَكُونَ تِجَا َرةً عَن تَرَاضٍ مِنكُ ْم وَلَا تَقْتُلُوا أَنّفُسَكُمْ إِنَ اللَهَ كَان سوْفَ نُّصْلِّيهِ نَارًا وَكَانَ ذَِٰلكَ عَلَى اللَهِ َيسِّيرًا َ بِكُمْ رَحِّيمًا وَمَن يَّفْعَلْ ذَِٰلكَ عُ ْدوَانًا َوظُلْمًا َف Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.
1025
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan berbuat aniaya, maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka. Balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun yang dapat menghalangnya).
Rasululah menegaskan: )(حديث صحّيح بخاري... مطل الغنّي ظلم Orang kaya yang menunda-nunda membayar hutangnya adalah zalim. Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan bahawa: "Sesiapa yang ada apa apa perbalahan (kezaliman) dengan saudaranya maka hendaklah dia menyelesaikannya dengan baik sebelum tiba tempoh di mana wang ringgit, emas perak tidak akan berguna. Pada ketika itu bayaran hutang diambil dari pahalanya. Kalau tidak pahala yang boleh boleh diambil maka akan dibebankan dosa saudaranya untuk dia memikulnya (sebagai penyelesaian)" Termasuk dalam kezaliman jenis ini himpunan kesalahan berikut; hasad dengki, tanajusy, saling menimbulkan kemarahan, saling menyusun tipu muslihat dan belit membelit satu sama lain, menjual/membeli barang yang hendak dibeli oleh saudaranya. Rasulullah bersabda: وَال،جشُوا َ وَال تَنَا، ((ال تَحَاسَدُوا:َ قَالَ َرسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَّيْهِ َوسَلَّم:َعنْ أَبِّي هُرَيْ َرةَ رَضِّيَ اللَّهُ عَنْهُ قَال ،ُ ال َيظْلِمُه،ِ الْ ُمسْلِمُ أَخُو الْ ُمسْلِم.ًخوَانا ْ ِ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إ،ٍ وَال يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَّيْعِ بَعْض، وَال تَدَابَرُوا،تَبَاغَضُوا َسبِ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِر ْ َ بِح-ٍوَ ُيشِّيرُ إِلى صَدْ ِرهِ ثَالثَ مَرَّات- التَّ ْقوَى هَا هُنَا.ُ وَال يَحْقِ ُره،ُ وَال يَكْذِبُه،ُوَال يَخْذُلُه .ٌ َروَاهُ ُمسْلِم.))ُ وَعِرْضُه،ُ وَمَالُه،ُ دَمُه:ٌ كُلُّ الْ ُمسْلِمِ عَلَى الْ ُمسْلِمِ حَرَام.َأَخَاهُ الْمُسْلِم Jangan saling berhasad dengki, jangan masuk menaikkan harga bukan dengan niat untuk membeli, jangan saling memarakkan kebencian, jangan tawar ( untuk membeli) apa yang ditawar oleh saudaramu yang lain. Jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam saudara bagi orang Islam yang lain. Dia tidak menganiaya saudaranya, tidak membiarkan teraniaya, tidak berbohong kepadanya dan tidak menghinanya. Takwa itu di sini (kata Rasulullah s.a.w) sambil menunjuk ke dada baginda tiga kali. Cukuplah kejahatan seseorang itu apabila merendah-rendahkan saudaranya yang muslim. Setiap orang Islam haram menceroboh nyawanya, hartanya dan maruahnya. ( Hadith riwayat Muslim ) Rasulullah berpesan kepada 'Uqbah Bin 'Amir : يا عقبة بن عامر صل من قطعك وأعط من حرمك واعف عمن ظلمك
1026
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Wahai 'Uqbah Bin 'Amir : Sambungkan tali silaturrahim orang mahu memutuskannya. Berilah orang yang mengharamkan dirinya memberi kepada kamu dan maafkanlah orang yang menzalimi kamu.
Makan riba termasuk perbuatan zalim dalam bermuamalah. Sebab itu Allah mengisytiharkan perang terhadap pemakan riba. Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 278-279: َيَا أَيُهَا الَذِينَ آمَنُوا اتَقُوا اللَ َه وَذَرُوا مَا بَقِّيَ مِنَ الرِبَا إِن كُنتُم مُؤْمِنِّين َن وَلَا ُتظْلَمُون َ فَإِن لَمْ تَّفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَ ْربٍ مِنَ اللَ ِه وَ َرسُولِ ِه وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ ُرءُوسُ أَ ْموَالِكُمْ لَا َتظْلِمُو Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
Tapi, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah bahawa: Allah dan Rasul-Nya telah mengisytiharkan perang, (terhadap kejahatan itu). Andainya kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) tetap selamat menjadi milikmu. (Dengan itu) kamu tidak menzalimi sesiapa, dan kamu pun tidak dizalimi oleh sesiapa. Menipu pembeli dan pelanggan juga suatu kezaliman . Para penipu dalam jual beli dan muamalah tidak dianggap umat Islam oleh Nabi.Baginda menegaskan : من غش فلّيس منّي Termasuk dalam kazaliman jenis ini mencuri harta orang lain. Ini kerana mencuri harta orang ramai menjejaskan keamanan dan kesejahteraan umat dan masyarakat. Menghukum orang yang mencuri adalah kerana kezalimannya. Para petugas Nabi Yusuf menjelaskan ( Surah Yusuf :75) َقَالُوا جَزَا ُؤهُ مَن وُجِدَ فِّي رَحْلِهِ فَ ُهوَ جَزَا ُؤهُ كَذَِٰلكَ نَجْزِي الظَالِمِّين Mereka berkata: Siapa yang kami temui barang curian itu dalam karungnya dialah yang akan ditindak dan dihukum . Demikianlah kami bertindak kepada para penzalim.
Kalau dalam muamalah perbuatan jahat dikira zalim maka dalam soal pengadilan pun dianggap demikian. Pengadilan dan mahkamah mesti berlandaskan keadilan dan bukan untuk menjaga kepentingan kroni. Sebab itu hakim yang tidak berintegriti tetapi bermuslihat, demikian juga peguam pembela yang tidak berintegriti adalah
1027
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
orang yang zalim dan melakukan kezaliman. Mereka dijanjikan api neraka oleh Allah. Rasulullah s.a.w. menerangkan dua per tiga hakim dalam neraka, hanya seorang (satu per tiga) yang masuk syurga. Ini menegaskan besarnya tanggungjawab pihak yang mengadili kerana sedikit sahaja salah pertimbangan akan menyebabkan berlakunya kezaliman.
Fanatik buta memusuhi orang lain kerana semangat asabiah dan perkauman juga termasuk dalam kejahatan kezaliman. Sahabat Rasul yang bernama Waailah Bin Al Asqa' bertanya kepada Rasulullah s.a.w. maksud "Asabiah". Baginda menjawab: Anda menyokong kaum anda untuk melakukan kezaliman.
6-
Mendustai Ayat Allah dan Berdusta Mengenainya.
Kejahatan "Iftira' 'Ala Allah" adalah suatu kezaliman yang berat dan dosa yang membawa malapetaka. Allah berfirman dalam Surah Al An’am 144: َفَمَنْ َأظْلَمُ مِمَنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَهِ كَذِبًا لِّيُضِلَ النَاسَ بِغَّيْرِ عِلْمٍ إِنَ اللَهَ لَا يَهْدِي الْ َقوْمَ الظَالِمِّين Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. Tidak ada orang yang lebih zalim dari orang yang diajak kepada kebenaran Islam namun dia menggunakan segala perangai licik untuk memburuk dan menafikan kebenaran ajaran Allah. Ia melakukan pendustaan untuk menolak kebenaran yang telah diturunkan oleh Allah untuk kebaikan dirinya sendiri. Allah menegaskan dalam surah Al Saff ayat :7 َب وَ ُهوَ يُدْعَىٰ إِلَى الِْإسْلَا ِم وَاللَهُ لَا يَهْدِي الْ َقوْمَ الظَالِمِّين َ وَمَنْ َأظْلَمُ مِمَنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَهِ الْكَ ِذ Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak memeluk agama Islam. (Ingat), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Pendusta dengan hujah-hujah batil dan bohong menolak ajaran Allah menduduki tempat yang paling tinggi dilaknat dan dikutuk Allah di hadapan seluruh makhluk di akhirat kelak. Allah menerangkan dalam surah Hud ayat 18: وَمَنْ َأظْلَمُ مِمَنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَهِ كَذِبًا أُولَٰ ِئكَ يُعْرَضُونَ عَلَىٰ رَبِهِمْ وَيَقُولُ الَْأشْهَادُ َٰهؤُلَاءِ الَذِينَ كَذَبُوا عَلَىٰ رَبِهِمْ أَلَا َلَعْنَةُ اللَهِ عَلَى الظَالِمِّين
1028
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkaraperkara dusta terhadap Allah! Orang-orang yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka, dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari kalangan malaikat, Nabi-nabi, dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri): "Inilah orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka". Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah menimpa dan menujah orang-orang yang zalim! 7 - Menyembunyikan Kesaksian atau ‘Kitman Al Syahadah’. Untuk menegakkan keadilan lumrahnya saksi yang menyaksikan sesuatu kejadian perlu menampilkan kesaksiannya di pengadilan agar yang berhak mendapat hak berlandaskan keadilan. Tapi kalau saksi enggan menunaikan kewajipannya maka ini merupakan suatu kezaliman terhadap kebenaran . Sebab itulah keangganan menunaikan kewajiban sebagai saksi adalah suatu kejahatan. Rasul sebagai saksi kebenaran agama Allah yang telah diturunkan kepada mereka mesti melunaskan peranannya melalui tabligh dan dakwah. Allah berfirman dalam surah Al Maidah ayat :67 يَا أَيُهَا ال َرسُولُ بَلِغْ مَا أُنزِلَ إِلَ ّْيكَ مِن رَِبكَ وَإِن لَمْ تَّفْعَلْ فَمَا بَلَغْتَ ِرسَالَتَهُ وَاللَهُ يَعّْصِ ُمكَ مِنَ النَاسِ إِنَ اللَهَ لَا يَهْدِي َالْ َقوْمَ الْكَافِرِين Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya. Memang Allah sahaja yang akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir. Dalam surah Al Baqarah ayat :140 Allah berfirman: َوَمَنْ َأظْلَمُ مِمَن كَتَ َم شَهَا َدةً عِن َدهُ مِنَ اللَ ِه وَمَا اللَهُ بِغَافِلٍ عَمَا تَعْمَلُون Tiada yang lebih zalim dari orang yang menyembunyikan kesaksian Allah yang dimandatkan kepadanya. Memang Allah tidak pernah lalai terhadap apa jua yang kamu lakukan.
Berdakwah dan mendidik serta menyampaikan ajaran Allah adalah amanah dan syahadah yang mesti dilunaskan demi Allah dan Rasul-Nya. Ini adalah kewajiban yang kalau tidak dilaksanakan maka ia adalah suatu dosa kezaliman. Allah memberi amaran dalam surah Al Baqarah ayat 174:
1029
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
ُإِ نَ الَذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلَ اللَهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِّيلًا أُولَٰ ِئكَ مَا يَأْكُلُونَ فِّي ُبطُونِهِمْ إِلَا النَارَ وَلَا يُكَلِمُهُم ٌاللَهُ َيوْمَ الْقِّيَامَ ِة وَلَا يُزَكِّيهِ ْم وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِّيم Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apaapa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan mendapat azab seksa yang sangat pedih.
8- Menghalang Fungsi Masjid dan Berusaha Merobohnya. Masjid adalah wahana tarbiah dan pencerahan minda umat. Jika masjid berperanan dengan berkesan maka segala ajaran kebatilan, budaya ranggi dan fahaman sesat dapat dibendung dan disekat. Kefahaman Islam yang benar, syumul dan jauh dari agenda dakyah musuh; dapat dikembangkan untuk kesejahteraan umat. Tapi apabila masjid disekat daripada mengadakan majlis ilmu atau penceramah yang benar, berilmu dan ikhlas ia akan memainkan peranan melekakan umat dengan penyampaian pendakwah dangkal, lelucon penceramah yang tidak berhemah, serta tajuk tajuk serta tema kuliah yang tidak serius dalam menangani masalah utama umat. Dengan itu umat akan terus dalam kemelut krisis dan jauh dari pencapaian yang sepatutnya. Sebab itu usaha jahat menumpaskan peranan sebenar masjid ini merupakan suatu kezaliman yang berat. Allah berfirman dalam surah Al Baqarah 114 : ْوَمَنْ َأظْلَمُ مِمَن مَنَعَ َمسَاجِدَ اللَهِ أَن يُذْكَرَ فِّيهَا اسْمُهُ َوسَعَىٰ فِّي خَرَابِهَا أُولَٰ ِئكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَن يَدْخُلُوهَا إِلَا خَا ِّفِّينَ لَهُم ٌعظِّيم َ ٌي وَلَهُمْ فِّي الْآخِ َرةِ عَذَاب ٌ ْفِّي الدُنّْيَا خِز Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka akan mendapat kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.
1030
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
AKIBAT DAN PADAH KEZALIMAN
Kezaliman menyebabkan tersia-sianya hak rakyat, nyawa manusia direnggut sewenang-wenang, penyiksaan dan penghinaan terhadap maruah seseorang dianggap lumrah. Dengan lain perkataan hak asasi manusia dicerobohi, berlaku penindasan dan kekejaman dalam masyarakat.
Apa yang lebih menakutkan apabila kejahatan kuasa penjajah menggunakan berbagai tipu-helah untuk memporak-perandakan negara umat Islam melalui pembentukan kuasa ketenteraan jahat yang merampas tanah hak milik orang Islam, membentuk negara Israel, membentuk kumpulan kumpulan pengganas di negara Arab sekitarnya untuk menimbulkan kekacauan demi memungkinkan negara negara berkenaan terus dikuasai dan minyak minyak yang ada diperut buminya terus menjadi milik dan di bawah jagaan kuasa penjajah berkenaan.
Lebih teruk lagi apabila umat Islam yang tertindas dilabel sebagai pengganas dan fenomena
terorrisme
dimanfaatkan
untuk
lebih
mengganasi
umat
melalui
penggubalan akta anti terorisme yang akan lebih menyiksa umat dan rakyat. Dalam masa yang sama regim diktator yang korup dinobat serta dibantu demi menjayakan perancangan musuh musuh umat Islam mengganasi rakyat atas nama membenteras terorisme dan pengganas.
Kezaliman menyebabkan kehancuran sesebuah negara. Ia adalah pemangkin yang paling tegar serta mukaddimah kepada kemusnahan sesebuah negara. Allah berfirman dalam surah Isra' ayat :16 حّقَ عَلَّيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَرْنَاهَا تَدْمِّيرًا َ َوَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُهِْلكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِّيهَا فَ َّفسَقُوا فِّيهَا ف Dan apabila Kami mahu membinasakan sesebuah negeri (atau negara), Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), tapi mereka menderhaka dan melakukan maksiat di dalamnya; maka wajarlah negeri itu binasa, lalu kami memusnahkannya sehancur-hancurnya. Dalam surah Al Kahf ayat :59 وَتِ ْلكَ الْقُرَىٰ أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم َموْعِدًا
1031
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Negeri atau negara itu Kami musnahkan apabila penduduknya melakukan kezaliman, dan Kami tetapkan tempoh masa yang tertentu untuk kemusnahan mereka.
HUKUMAN KEPADA PENZALIM
Jenis hukuman di dunia sangat pelbagai; berlandaskan jenis kejahatan yang dilakukan. Ini terserah kepada pengadilan yang benar dan adil di dunia. Setiap kejahatan telah dihuraikan oleh Allah jenis dan hukumannya. Hukuman membunuh ialah bunuh. Mencuri ada hukumannya yang tersendiri. Perkara ini dihuraikan dengan panjang lebar dalam bab Al Uqubat dalam perundangan atau Fiqh Islam.
Apabila pengadilan dunia korup, bisu dan beku untuk menindak kepada penzalim maka hukuman mereka akan diturunkan oleh Allah dengan segala kudrat kebesaran dan kekuatan-Nya. Jika tidak pengadilan akhirat akan menyelesaikan segala jenis kezaliman ini. Waktu itu Allah membayangkan suasana yang sangat gawat dilalui oleh setiap penzalim dalam firman-Nya dalam surah Yunus ayat 54: سطِ وَهُمْ لَا ْ وََلوْ أَنَ لِكُلِ نَ ّْفسٍ ظَلَ َمتْ مَا فِّي الْأَرْضِ لَافْتَ َدتْ بِهِ وََأسَرُوا النَدَامَةَ لَمَا رََأوُا الْعَذَابَ وَ ُقضِّيَ بَّيْنَهُم بِالْ ِق َُيظْلَمُون
Pada ketika itu sekiranya setiap penzalim (kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain) mempunyai segala yang ada di bumi, tentulah ia rela menebus dirinya dengan semuanya itu (dari azab yang akan menimpanya). Ketika itu mereka hanya memendam rasa kesal serta kecewa apabila mereka melihat azab (yang bakal menimpa mereka); kemudian Allah putuskan hukuman-Nya di antara mereka dengan adil, serta mereka tidak akan dianiaya.
Dalam surah al Zumar ayat 47 Allah membayangkan: ْوََلوْ أَنَ لِلَذِينَ ظَلَمُوا مَا فِّي الْأَرْضِ جَمِّيعًا وَمِثْلَهُ مَعَهُ لَافْتَ َدوْا بِهِ مِن سُوءِ الْعَذَابِ َيوْمَ الْقِّيَامَ ِة وَبَدَا لَهُم مِنَ اللَهِ مَا لَم َيَكُونُوا يَحْتَسِبُون
Dan sekiranya manusia penzalim (pada saat itu) mempunyai segala apa jua harta yang ada di bumi, dan yang sebanyak itu lagi ditambah , tentulah mereka sedia dan rela
1032
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
menebus diri mereka dengannya; daripada azab seksa yang dahsyat pada hari kiamat. Ketika itu baru mereka sedar akan (hukuman dan seksa Allah) serta azab yang mereka tidak pernah bayangkan sebelumnya.
.
JENIS HUKUMAN ALLAH KEPADA PENZALIM
1.
Hukuman Yang Di Segerakan atau Al-‘Uqubat al-Mu’ajjalah
Allah menyegerakan hukuman-Nya kepada penzalim di dunia ini untuk membuktikan keadilannya kepada mangsa-mangsa yang teraniaya. Juga agar menjadi pengajaran kepada manusia lain di samping melegakan rasa dendam dalam jiwa manusia yang berkenaan . Selaras dengan itu Allah memang menggalakkan manusia berjuang menentang kezaliman. Allah berfirman dalam surah Al Nisa’ayat 75: ِل وَالِنسَاء وَا ْلوِلْدَانِ الَذِينَ يَقُولُونَ رَبَنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَ ِذه ِ وَمَا لَكُمْ الَ تُقَاتِلُونَ فِّي سَبِّيلِ اللَهِ وَالْ ُمسْتَضْعَّفِّينَ مِنَ الرِجَا ك وَلِّيًا وَاجْعَل لَنَا مِن لَدُنكَ نَّصِّيرًا َ الْقَرْيَةِ الظَالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَنَا مِن لَدُن Mengapakah kamu enggan berjuang dan berperang di jalan Allah dan pergi membela golongan yang lemah baik lelaki, perempuan mahupun anak-anak? Padahal mereka sering berdoa: “Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri yang penduduknya zalim ini. Kurniakanlah kepada kami limpahan perlindungan-Mu dan berilah kami penolong daripada belas ehsan-Mu.”
Saidina Abu Bakar menerangkan bahawa beliau mendengar Rasulullh bersabda: Orang ramai kalau melihat orang zalim dan mereka tidak tampil mencegahnya maka mereka adalah diambang turunnya hukuman Allah yang menyeluruh. (Hadith Al Termizi)
Kemerosotan dan dekadensi moral mula memamah bangsa Yahudi apabila mereka tidak lagi bangkit menentang kezaliman. Abu Ubaidah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: ان بنّي إسراِّيل لما وقع فّيهم النقص كان الرجل فّيهم يرى اخاه على الذنب فّينهاه عنه فاذا كان الغد لم يمنعه ما َ لُعِنَ الَذِين: رأى منه ان يكون اكّيله وشريبه وخلّيطه فضرب اهلل قلوب بعضهم ببعض ونزل فّيهم القران فقال فقرأ حتى87 كَّفَرُواْ مِن بَنِّي ِإسْرَاِِّيلَ عَلَى ِلسَانِ دَاوُودَ وَعِّيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَِلكَ بِمَا عَّصَوا وَكَانُواْ يَعْتَدُونَ ( الماِدة 78 وََلوْ كَانُوا ُيؤْمِنُونَ بِاللَه وَالنَبِّيِ وَمَا أُنزِلَ إِلَّيْهِ مَا اتَخَذُوهُمْ َأوْلِّيَاء وَلَكِنَ كَثِّيرًا مِنْهُمْ فَاسِقُونَ( الماِدة: بلغ ال حتى تأخذوا على يد الظالم فتأطروه على الحّق أطرا: قال وكان نبّي اهلل متكئا فجلس فقال
1033
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Bani Israil mula merosot apabila berleluasa sikap tidak peduli seperti berikut. Mulamula apabila seseorang itu melihat saudaranya melakukan dosa dia akan datang mencegah dan menasihatinya. Tapi pada besoknya apabila ia menemui saudaranya yang masih tetap melakukan dosa tersebut ia tetap juga menjadikannya teman makan minum dan rakan pergaulannya. (Kejahatan dan dosa yang dilakukan oleh tmannya itu tidak menghalangnya untuk meneruskan persahabatannya) Kerana itu Allah bentur dan lagakan hati hati mereka (cetuskan permusuhan). Kemudian Allah terunkan firmanNya: Dilaknat golongan kafir daripada Bani Israel melalui ucapan lisan Nabi Daud dan Isa putera Mariam. Ini adalah kerana mereka derhaka dan suka melampau batas.Baginda baca surah ini sampai ayat: Seandainya mereka beriman kepada Allah, nabi dan apa yang diturunkan kepadanya, sudah pasti mereka tidak akan menjadikan orang-orang zalim itu sebagai orang kepercayaan mereka. Namun kebanyakan mereka ialah manusia yang berdosa. Perawi berkata: Pada mulanya baginda duduk berteleku tapi kemudian baginda meluruskan kedudukan baginda dan berkata; “Tidak (Jangan berbuat demikian) tapi hendaklah kalian jujut tangannya agar dia menurut kebenaran.” (Hadith
Sunan
Al
Termizi
no
3048)
Allah menegaskan dalam surah Al Ankabut ayat 40: ْض وَ ِمنْهُم مَن َ ْخسَّفْنَا بِهِ األَر َ ْفَكُال أَخَذْنَا بِذَنبِهِ فَمِنْهُم مَنْ أَ ْرسَلْنَا عَلَّيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُم مَنْ أَخَذَتْهُ الّصَّيْحَ ُة وَمِنْهُم مَن َأَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَهُ لِ َّيظْلِمَهُ ْم وَلَكِن كَانُوا أَن ُّفسَهُمْ َيظْلِمُون
Semua (umat silam yang malang itu) dimusnahkan kerana dosa masing-masing. Ada di antara mereka yang dimusnahkan dengan ribut hujan batu. Ada yang dimusnahkan oleh ledakan yang kuat, dan ada yang dibenamkan ke dalam perut bumi. Malahan ada juga yang ditenggelamkan ke dasar laut. Ingat, Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri kerana keingkaran mereka.
Hukuman dalam jenis ini dapat cerakinkan sebagai berikut: a)
Allah
mengharamkan
mereka
mendapat
kasih
sayang-Nya
Kalau dalam kesempatan tertentu Allah menyebutkan kasih dan sayangnya kepada orang yang berbuat baik dan beriman maka kita dapati pula Allah menegaskan
1034
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
sebaliknya bahawa Allah tidak menyayangi orang yang zalim. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 57: َوَأَمَا الَذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُواْ الّصَالِحَاتِ فَُّيوَفِّيهِمْ أُجُورَهُ ْم وَاللَهُ الَ يُحِبُ الظَالِمِّين
Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh pula, Allah akan menyempurnakan balasan kebaikan kepada mereka. Ingatlah, Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. Allah menegaskan perkara yang sama dalam ayat 140 dalam surah Ali Imran dan surah al-syura 40.
b)
Allah
menurunkan
bencana
alam
terhadap
mereka
Menjadi sunnatullah juga menghukum umat terdahulu ang zalim dengan bencana waba’, banjir besar, gempa bumi dan sebagainya: Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 82-83: َك وَمَا هِّيَ مِن َ فَلَمَا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِّيَهَا سَافِلَهَا وَأَ ْمطَرْنَا عَلَّيْهَا حِجَا َرةً مِن سِجِّيلٍ مَنضُودٍ مُسوَمَةً عِندَ رَِب ٍالظَالِمِّينَ بِبَعِّيد
Apabila saat kemusnahan yang Kami janjikan itu tiba, Kami terbalikkan negeri mereka; bahagian atasnya menjadi ke bawah dan Kami hujani negeri itu bertubi-tubi dengan batu daripada tanah yang berapi. Batu-batu itu diberi tanda oleh Tuhanmu. Batu-batu yang sedemikian itu tidaklah terlalu jauh untuk menimpa orang-orang yang zalim.
c)
Pengharaman
Dari
Mendapat
Hidayah
Salam surah al Baqarah ayat 258 Allah menegaskan : َوَاللَهُ الَ يَهْدِي الْ َقوْمَ الظَالِمِّين
Allah
tidak
memberi
pentunjuk
kepada
orang-orang
yang
zalim
Orang yang kembali kafir setelah Allah ajukan petunjuk dan hidayahnya tidak akan diberikan hidayah lagi . Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 86-87: َت وَاللَهُ الَ يَهْدِي الْ َقوْمَ الظَالِمِّين ُ حّقٌ وَجَاءَهُمُ الْبَّيِنَا َ َكَّيْفَ يَهْدِي اللَهُ َقوْمًا كَّفَرُواْ بَعْدَ إِيمَانِهِ ْم وَشَهِدُواْ أَنَ ال َرسُول َُأوْلَئِك جَزَاؤُهُمْ أَنَ عَلَّيْهِمْ لَعْنَةَ اللَ ِه وَالْمَال ِكَ ِة وَالنَاسِ أَجْمَعِّين
1035
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Bagaimana mungkin Allah memberi petunjuk kepada kaum dan golongan yang ingkar sesudah mereka beriman; malah sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah itu adalah benar; di samping sudah sampai pula kepada mereka bukti-bukti yang jelas dan nyata?. Ingat, Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. Golongan penzalim ini akan menerima laknat dan kutukan Allah, laknat para malaikat;
malah
kutukan
seluruh
manusia
(sebagai
balasan).
Manusia zalim tidak dapat memanfaatkan kurnia dan rahmat Allah. Mereka degil dan ingkar. Allah menegaskan lagi dalam surah Al Isra’ ayat 82: خسَارًا َ ال َ ِن وَالَ يَزِيدُ الظَالِمِّينَ إ َ وَنُنَزِلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا ُه َو شِّفَاء وَرَحْمَةٌ لِلْ ُمؤْمِنِّي
Daripada ayat-ayat suci al-Quran itu ada yang Kami turunkan untuk menjadi penawar dan rahmat kepada orang-orang yang beriman. Namun bagi orang-orang zalim, alQuran
itu
hanya
akan
menambahkan
lagi
kerugian
mereka.
d) Diharamkan Dari Mendapat Pertolongan Allah Ditegaskan berkali kali dalam al Quran bahawa penzalim tidak akan ada penolong pada hari kiamat kelak. Allah menegaskan dalam surah al Syura ayat 8: ٍوََلوْ شَاء اللَهُ لَجَعَلَهُمْ أُمَةً وَاحِ َدةً وَلَكِن يُدْخِلُ مَن َيشَاء فِّي رَحْمَتِهِ وَالظَالِمُونَ مَا لَهُم مِن وَلِّيٍ وَال نَّصِّير Sebenarnya, jika Allah mahu, nescaya Dia menjadikan manusia itu semuanya satu umat yang mendapat satu balasan yang serupa daripada-Nya. Tetapi kehendak-Nya adalah untuk memasukkan orang-orang yang dipilih-Nya ke dalam rahmat-Nya, dan menjadikan orang-orang yang tidak beriman dan zalim itu tidak mempunyai sesiapa pun yang menjadi pelindung yang dapat membantu mereka terselamat daripada seksaNya.
Ketika menceritakan penyiksaan terhadap orang zalim dan penyesalan mereka Allah berfirman dalam surah Fatir ayat 37: ُّصطَرِخُونَ فِّيهَا رَبَنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَّيْرَ الَذِي كُنَا نَعْمَلُ َأوَلَمْ نُعَمِرْكُم مَا يَتَذَكَرُ فِّيهِ مَن تَذَكَ َر وَجَاءَكُم ْ َوَهُمْ ي ٍالنَذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَالِمِّينَ مِن نَّصِّير Mereka berteriak di dalam neraka: “Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami, agar kami dapat mengerjakan kebaikan yang bukan seperti apa yang telah kami lakukan dahulu.
1036
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Mereka ditempelak: “Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu agar yang boleh berfikir dalam kalangan kamu dapat mengambil peringatan? Malah kamu telah pun dikunjungi seorang rasul yang memberi peringatan. Oleh itu, rasakanlah padahnya. Justeru, bagi orang-orang yang zalim, tidak akan ada sesiapapun sebagai penolong.” 2 – Hukuman Tertangguh “Al ‘Uqubat Al Muajjalah” Kebijaksanaan Allah terserlah dalam penangguhan hukuman-Nya kepada makhluk penzalim. Kalaulah Allah menyegerakan hukuman=Nya sudah pasti tiada sesiapa yang dapat hidup dibumi ini. Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 42: ُوَالَ تَحْسَبَنَ اللَهَ غَا ِفالً عَمَا يَعْمَلُ الظَالِمُونَ إِنَمَا ُيؤَخِرُهُمْ لِ َّيوْمٍ َتشْخَصُ فِّيهِ األَبّْصَار
Jangan sekali-kali engkau menyangka bahawa Allah alpa terhadap kekejaman yang dilakukan oleh manusia penzalim. Sebenarnya Allah menangguhkan hukuman-Nya kepada mereka sehingga Hari Kiamat; pada hari di mana mata mereka terbelalak kerana
dahsyatnya
apa
yang
disaksikannya.
Dalam surah Al Nahli ayat 61 Allah menerangkan: َوََلوْ ُيؤَاخِذُ اللَهُ النَاسَ ِبظُلْمِهِم مَا تَ َركَ عَلَّيْهَا مِن دَابَ ٍة وَلَكِن ُيؤَخِرُهُمْ إِلَى أَجَلٍ ُمسَمًى فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ الَ َيسْتَأْخِرُون َسَاعَ ًة وَالَ َيسْتَقْدِمُون
Kalaulah Allah ingin menghukum manusia disebabkan keingkaran mereka itu, sudah pasti tiada satu pun makhluk yang bergerak akan tinggal di muka bumi ini. Namun Dia hanya memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu. Apabila sampai tempoh tersebut, mereka tidak dapat menundanya atau mempercepat walaupun sesaat.
3- Hukuman Umum Hukuman ini merangkum yang segera dan kontan dengan yang dilambatkan secara nisbi. Isyarat tentang hukuman ini dapat kita lihat dalam surah al Kahfi ayat 87: سوْفَ نُعَذِبُهُ ثُمَ يُرَدُ إِلَى رَبِهِ فَّيُعَذِبُهُ عَذَابًا نُكْرًا َ قَالَ أَمَا مَن ظَلَمَ َف “Zulqarnaian berkata ; sesiapa yang zalim akan kami seksa dia kemudian diserahkan urusannya kepada Tuhannya yang akan menyiksanya dengan seksaan yang berat
1037
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Kaum Nuh – umpamanya- selain dari seksa dunia di mana mereka musnah dalam banjir besar, mereka juga dihukum di akhirat seperti yang diterangkan oleh Allah dalam surah al Furqan ayat 37: وَ َقوْمَ نُوحٍ لَمَا كَذَبُوا ال ُرسُلَ أَغْرَقْنَاهُمْ وَجَعَلْنَاهُمْ لِلنَاسِ آيَةً وَأَعْتَدْنَا لِلظَالِمِّينَ عَذَابًا أَلِّيمًا Kaum Nuh; apabila mereka mendustakan rasul-rasul Kami, Kami tenggelamkan mereka. Kami jadikan mereka teladan dan pengajaran untuk orang lain dan Kami sediakan azab yang pedih untuk orang-orang yang zalim.
Hukuman Umum ini boleh diperincikan sebagai berikut:
a) Gagal dan Tidak Mendapat Kejayaan Hukuman ini Allah takdirkan untuk penzalim dalam dua alam ; alam dunia dan akhirat. Firman Allah yang menegaskan :Bahawa mereka tidak akan berjaya sering dikaitkan dengan pendustaan mereka terhadap ayat ayat Allah .Allah berfirman dalam surah Al An’am ayat 21: َالظَالِمُون
ُيُّفْلِح
َال
ُإِنَه
ِبِآيَاتِه
َكَ َذب
َْأو
كَذِبًا
ِاللَه
عَلَى
افْتَرَى
ِمِمَن
َُأظْلَم
ْوَمَن
Siapakah yang lebih zalim antara orang yang mereka-reka pembohongan terhadap Allah dengan orang yang mendustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan mendapat kejayaan.
Dalam Surah yang sama ayat 135 Allah menegaskan lagi: َسوْفَ تَعْلَمُونَ مَن تَكُونُ لَهُ عَاقِبَةُ الدَارِ إِنَهُ الَ يُّفْلِحُ الظَالِمُون َ قُلْ يَا َقوْمِ اعْمَلُواْ عَلَى مَكَانَتِكُمْ إِنِّي عَامِلٌ َف Katakanlah, wahai Muhammad: "Wahai kaumku! Berbuatlah menurut apa jua pendirian kamu. Aku tetap akan berusaha menurut pendirianku dan arahan Tuhanku. Kelak akan kamu ketahui siapa yang akan mendapat tempat terbaik di Akhirat nanti di sisi-Nya. Orang-orang yang zalim sudah pasti tidak akan beruntung pada hari itu.
b) Hukuman Binasa dan Punah-Ranah Antara janji balasan Allah di dunia dan di akhirat untuk penzalim ialah kemusnahan dunia dan akhirat. Dalam surah Ibrahim ayat 13 dinyatakan: َفََأوْحَى إِلَّيْهِمْ رَبُهُمْ لَنُهْلِكَنَ الظَالِمِّين
1038
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Tuhan mereka mewahyukan kepada mereka bahawa Kami pasti membinasakan anusia yang zalim. c) Tidak Mendapat Perjanjian (‘Ahdu Allah) Antara pernyataan anacaman Allah yang umum kepada penzalim ialah mereka akan diharamkan dari mendapat mandate dan janji Allah. Allah berfirman dalam surah al Baqarah ayat 124: َوَإِذِ ابْتَ لَى إِبْرَاهِّيمَ رَبُهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَهُنَ قَالَ إِنِّي جَاعُِلكَ لِلنَاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِن ذُرِيَتِّي قَالَ الَ يَنَالُ عَهْدِي الظَالِمِّين Ingatlah, ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa suruhan dan larangan, lalu dia melaksanakannya dengan sempurna. Kemudian Allah berkata: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi pemimpin bagi seluruh manusia.” Dia berkata: “Dan juga anak cucuku?” Allah menjawab: “Permohonanmu diterima, namun “janji-Ku” ini tidak meliputi orang-orang yang zalim.”
d) Hukuman Laknat dan Kutukan Allah: Manusia penzalim akan dilaknat oleh Allah seperti yang diterangkan dalam surah Ghafir ayat 52: ِالدَار
ُسُوء
ْوَلَهُم
ُاللَعْنَة
ُوَلَهُم
ْمَعْذِرَتُهُم
َالظَالِمِّين
ُيَنّفَع
ال
ََيوْم
Pada hari pembelasan kelak oermohonan maaf manusia zalim tidak akan bermanfaat. Mereka sebaliknya menjadi sasaran kutukan laknat dan ditempatkan dikolong penyiksaan yang dahsyat. Laknat ini juga ditegaskan oleh Allah dalam surah Hud ayat 18. Malah laknat ini juga berkemungkinan berlaku di dunia lagi seperti yang diterangkan dalam surah Hud ayat 60, 99 dan
surah Al Qasas ayat 42.
PENUTUP
Kesimpulannya kezaliman adalah suatu dosa yang merangkum berbagai jenis kejahatan. Manusia perlu mengenali kejahatan tersebut serta berusaha sedaya upaya menghindarinya. Mereka mesti berazam untuk menjadi orang yang soleh dan berkebajikan demi kebaikan nasib mereka di dunia dan di akhirat Kalau kebetulan mereka sudah melakukan kezaliman maka mereka hendaklah bertaubat sebelum mati dengan taubat yang bersungguh atau disebut “Taubatan Nashuhan”.Allah berfirmn dalam Surah al Tahrim ayat 8:
1039
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
عسَى رَبُكُمْ أَن يُكَّفِرَ عَنكُ ْم سَّيِئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا َ يَا أَيُهَا الَذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَهِ َتوْبَةً نَّصُوحًا ّي وَالَذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ َيسْعَى بَّيْنَ أَيْدِيهِ ْم وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا َ ِاألَنْهَارُ َيوْمَ ال يُخْزِي اللَهُ النَب ٌّيءٍ قَدِير ْ َل ش ِ ُوَاغّْفِرْ لَنَا إَِنكَ عَلَى ك
Wahai orang yang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Muhadah-mudahan Tuhanmu akan melupuskankan dosa kalian dan memasukkan kalian dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai. Iaitu pada hari Allah tidak menghampakan (harapan) Nabi dan orang yang beriman bersamanya. Seri cahaya mereka bergemerlapan di hadapan dan di sebelah kanan mereka .Mereka berdoa :Hai Tuhan kami sempurnakan seri kegemilangan kami, ampunkan dosa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa melakukan apa sahaja yang Engkau Mahu.
Di samping itu ada dua syarat untuk mencapai ketenteraman dan keamanan dalam masyarakat. Pertama berpegang dengan dasar iman kepada ajaran yang benar dan adil. Kedua mendidik rakyat agar menjauhi perbuatan menganiaya dan menzalimi orang lain . Ini tentunya selaras dengan usaha menyejahterakan rakyat dari sudut keperluan ekonomi. sosial, spiritual. hak-hak asasi dan lain-lain. Allah berfirman dalam surah Al An’am ayat 82: َمُهْتَدُون
وَهُم
ُاألَمْن
ُلَهُم
َُأوْلَ ِئك
ٍِبظُلْم
إِيمَانَهُم
ْيَلْ ِبسُوا
ْوَلَم
ْآمَنُوا
َالَذِين
“Golongan yang beriman dan tidak mencampur-baurkan keimanan mereka dengan kezaliman itulah golongan yang akan menikmati keamanan; di samping mereka berada di dalam hidayah.”
Hai Tuhan kami ampunkahlah dosa kami , hapuskan dosa kejahatan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang baik-baik. Hai Tuhan, berikanlah kepada kami segala janjiMu yang baik seperti yang pernah Engkau janjikan kepada para RasulMu dan janganlah Engkau malukan kami serta hampakan harapan kami di akhirat kelak. Engkau memang tidak pernah menghampakan segala harapan dan janjijanji yang baik. Wallahu a’lam.
1040