Kesahan Ujian
Kesahan
Adakah suatu ujian itu mengukur apa yang sepatutnya diukur?
© 2002 ATGCI
Dr. Effandi Zakaria
Konsep kesahan Proses mengumpul dan membuat penilaian tentang maklumat kesahan Pengesahan ujian adalah proses dimana kita menentukan darjah keyakinan yang boleh kita beri kepada inferens yang kita buat tentang seseorang berdasarkan skor mereka dalam sesuatu ujian.
3
Kesahan Popham (1990) menyatakan konsep kesahan dalam pengukuran pendidikan adalah membincangkan tentang skor berdsarkan inferen. Inferen yang dimaksudkan berkait rapat dengan: a) Prestasi item yang dibina (kesahan kadungan) b) Prestasi berdasarkan sesuatu kriterion (kesahan kriterion) c) Darjah (degree) sesuatu trait psikologi atau konstruk yang diuji (kesahan konstruk)
4
Kesahan Oleh itu kesahan adalah satu konsep multifaceted yang memerlukan lebih daripada satu jenis kesahan untuk membuktikanya. Adalah menjadi tanggungjawab pembina ujian bagi menentukan kesahan sesuatu ujian.
5
2
Setakat manakah keputusan ujian memberi manafaat kepada kegunaan tertentu seperti yang diharapkan? Contoh: Ujian sikap Ujian pencapaian Ujian bakat melukis
6
1
Tiga kategori kesahan:
Kesahan kandungan
Secara umumnya terdapat tiga kategori kesahan: Kesahan kandungan Kesahan kriteria Kesahan konstruk
Dr. Effandi Zakaria
7
Takrifan Kesahan Kandungan Kesahan kandungan dapat ditakrifkan sebagai takat penyediaan item dalam sesuatu ujian yang benar-benar mewakili keseluruhan domain ujian yang hendak ditaksir oleh sesuatu ujian
9
Kesahan kandungan Kesahan kandungan pada asasnya melibatkan pemeriksaan sistematik ke atas kandungan ujian untuk menentukan samada isinya terbentuk daripada sampel daripada domain yang ingin diukur. Kalau seorang guru sejarah ingin menguji pelajarnya, sudah tentu dia tidak akan mengambil butiran daripada ujian Bahasa Melayu untuk dijadikan butiran ujiannya. 10
Kesahan kandungan Perkara berikut harus diberi perhatian: Adakah kandungan ujian selari dengan objektif kurikulum dari segi kandungan dan proses? Adakah penekanan kurikulum yang dibuat dalam ujian seimbang? Adakah ujian berkenaan bebas daripada keperluan awal yang tidak relevan? 11
Bagaimana menentukan kesahan kandungan?. Jadual Penentuan Ujian boleh digunakan untuk menyemak kesahan kandungan Dengan membina JPU bermakna guru inginkan ujian pencapaian yang dibina itu dapat memberi keputusan yang mewakili isi atau topik, dan objektif pengajaran yang ingin diuji Kesahan kandungan boleh juga ditentukan oleh pakar sesuatu bidang.
12
2
Kesahan muka Sesuatu ujian dikatakan mempunyai kesahan muka jika pada pandangan pertama, ujian berkenaan kelihatan mengukur kandungan atau trait yang hendak diukur. Ujian yang mempunyai kesahan kandungan selalunya mempunyai kesahan muka.
Kesahan berhubung dengan kriteria
Dr. Effandi Zakaria
13
Kesahan berhubung dengan kriteria Kesahan berhubung dengan kriteria terdiri daripada dua bentuk: Kesahan ramalan Kesahan serentak Kedua-dua bentuk ini merujuk kepada teknik empirikal dalam mengkaji hubungan antara markat ujian dengan pengukuran luaran atau disebut sebagai kriteria 15
Kesahan berhubung kriteria Kesahan berhubung kriteria merujuk kepada takat dimana skor seseorang individu di atas sesuatu ujian membenarkan kita membuat inferen prestasi pelajar di atas pembolehubah kriteria Teknik korelasi biasanya digunakan untuk tujuan menentukan kesahan kriteria 16
Kesahan Ramalan
Kesahan serentak
Kesahan ramalan adalah merujuk kepada bagaimana tepatnya skor ujian bagi pelajar pada masa sekarang boleh digunakan untuk meramal skor kriterion pada satu masa akan datang Contoh: Markat ujian kesediaan membaca digunakan untuk meramal pencapaian pelajar dalam kemahiran membaca pada masa hadapan.
Kesahan serentak merujuk kepada bagaimana tepatnya skor ujian bagi individu pada masa sekarang boleh digunakan untuk menanggarkan skor kriteria pada masa sekarang juga. Hanya digunakan bila terdapat kaedah penaksiran yang telah sedia ada dan kita memerlukan satu kaedah yang lebih baik daripada sedia ada. Kesahan bagi sesuatu ujian yang baru ditaksirkan dengan mengira pekali korelasi antara ujian yang berkenaan dengan ujian baru itu.
17
18
3
Kesahan Serentak Apakah sesuatu ujian yang baru dibina boleh mengantikan ujian yang kompleks atau kos yang mahal? Pengantian dapat dilakukan sekiranya: (a) terdapat pertalian yang rapat antara markat ujian dengan markat kriteria (b) Penggunaan ujian lebih menjimatkan belanja dan lebih mudah digunakan. 19
Kesahan serentak Kesahan serentak berbeza dengan kesahan ramalan sebab kesahan serentak melibatkan penggantian ujian untuk kriteria dan bukan membuat ramalan tentang kriteria.
20
Kesahan serentak
Kesahan konstruk
Seorang guru berminat untuk melihat hubungan antara prestasi suatu ujian dengan prestasi semasa ujian yang berlainan. Guru memperoleh kedua-dua pengukuran tersebut dalam masa yang hampir sama dan keputusannya dikorelasikan. Jika korelasinya tinggi, guru boleh mengunakan ujian itu pada masa hadapan untuk menanggar pengetahuan atau kemahiran tertentu.
Dr. Effandi Zakaria
21
Kesahan Konstruk Kesahan konstruk adalah merujuk kepada sejauh mana sesuatu markat ujian mengukur atau mengambil kira konstruk tertentu.
23
Kesahan konstruk Adakah murid mempunyai ciri-ciri psikologi tertentu, seperti kebolehan menaakul, kecerdasan, kerisauan, pemikiran kritis, dan kemahiran belajar? Apabila guru berhajat menginterpretasi ujian berdasarkan ciri atau trait psikologi, guru sebenarnya berbicara tentang kesahan konstruk. 24
4
Kesahan konstruk
Kesahan Konvergen
Contoh: Seorang guru membina ujian bagi mengukur kreativiti. Setelah dibina dan ditadbirkan, ujian kretiviti ini boleh dianggap mempunyai kesahan konstruk, sekiranya markat ujian itu mempunyai pertalian dengan pertimbangan yang dibuat daripada pemerhatian ke atas tingkah laku yang dikenal pasti oleh teori psikologi sebagai kreatif.
25
Jika ujian-ujian yang berlainan semuanya mengukur konstruk yang sama, konstruk itu mempunyai kesahan konvergen
26
Kesahan konvergen
Kesahan Diskriminan Konstruk tidak mempunyai perkaitan dengan faktor-faktor yang tak relevan.
Konstruk Penyelesaian Masalah
Contoh: Ujian pemikiran kritikal seharusnya tidak mempunyai korelasi yang tinggi atau positif dengan ujian sikap terhadap sekolah. 27
28
Kesahan Diskrminan Konstruk Penyelesaian Masalah KM1
KM2
Kaitan antara kesahan
Konstruk Pengetahuan Fakta KF1
KF2
rKM1, KF1 = 0.12 rKM1, KF2 = 0.09 rKM2, KF1 = 0.04 rKM2, KF2 = 0.11 29
Kesahan kandungan mestilah wujud terlebih dahulu sebelum kesahan kriteria dapat ditunjukkan. Untuk membina kesahan konstruk, ia memerlukan data dan digunakan untuk kedua-dua kesahan kandungan dan kesahan kriteria.
30
5
Untuk difikirkan:
Apakah konstruk yang diiukur oleh peperiksaan UPSR,PMR,SPM, Matrikulasi atau STPM ? Dr. Effandi Zakaria
6