KERTAS KERJA KANIVAL KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DAN JENIS KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2014 1.0
NAMA PROGRAM Karnival Kajian Tempatan Daerah Johor BahruTahun 2014
2.0
TEMPAT PROGRAM Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3, Johor Bahru
3.0
TARIKH PROGRAM 8 November 2014 / Sabtu/ Jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
4.0
ANJURAN Jawatankuasa KajianTempatan Daerah Johor Bahru.
5.0
OBJEKTIF i. Menaman semangat patriotisme serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid. ii. Menghargai dan mencintai alam sekitar.
6.0
SASARAN i. Panitia Kajian Tempatan Sekolah-sekolah Dalam Daerah Johor Bahru. ii. Murid-murid Tahap Dua( Tahun 5 dan 6). iii. Jawatankuasa Daerah dan Zon KajianTempatan.
7.0
SUMBER KEWANGAN Sumbangan sekolah-sekolah rendah dalam daerah Johor Bahru
8.0
AKTIVITI KARNIVAL KAJIAN TEMPATAN PERINGKAT DAERAH 2014 8.1 Aktiviti :
i. Pertandingan Menghasilkan Kolaj ii. Pertandingan Menghasilkan Poster
8.2 Tarikh - Peringkat zon tidak perlu mengadakan pertandingan. - Peringkat daerah akan diadakan pada 8 November 2014 - Semua sekolah dikehendaki menghantar seorang peserta bagi setiap pertandingan. 8.3 Yuran penyertaan: - Yuran penyertaan bagi peringkat daerah ini telah diputuskan sebanyak RM50.00 bagi setiap sekolah kecuali sekolah yang berstatus sekolah kurang murid (SKM) - Tiada pengecualian yuran bagi sekolah yang tidak menyertai. - Jamuan bagi peserta dan guru pengiring akan disediakan oleh pihak penganjur.
8.4 Pengadil / Hakim : - Setiap zon perlu menghantar dua orang guru Pendidikan Seni Visual sebagai pegadil
8.5 Hadiah dan Sijil - Tempat Pertama - Tempat Kedua - Tempat Ketiga - Saguhati - Sijil Penyertaan untuk semua peserta.
9.0 9.1
9.2 9.2.1
9.2.2
9.2.3
9.2.4
ANGGARAN DANA DAN PERBELANJAAN Anggaran Dana 92 buah sekolah X RM 50.00
RM 4,600.00
Anggaran Perbelanjaan Hadiah Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga Saguhati
2 X RM 50.00 2 X RM 40.00 2 X RM 30.00 40 X RM 20.00
RM 100.00 RM 80.00 RM 60.00 RM 800.00 RM 1,040.00
Cenderahati Hakim Kolaj Hakim Poster Perasmi
4 X RM 30.00 4 X RM 30.00 1 X RM 50.00
RM 120.00 RM 120.00 RM 50.00 RM 290.00
Jamuan Murid AJK Hakim Jemputan PIBG
184 X RM 7.00 140 X RM 7.00 8 X RM 8.00 8 X RM 8.00
RM 1,288.00 RM 1,050.00 RM 64.00 RM 64.00 RM 2,466.00
185 X RM 0.20 200 X RM 1.00 100 X RM 2.00 55 X RM 3.00
RM 37.00 RM 200.00 RM 200.00 RM 165.00 RM 200.00 RM 802.00
Peralatan Kertas Lukisan Sijil Buku Program Beg Hadiah Persiapan pentas
ANGGARAN JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN
RM 4,600.00
10.0
AHLI JAWATAN KUASA INDUK PROGRAM KARNIVAL KAJIAN TEMPATAN PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2014
Penaung Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru Penasihat En. Baba bin Ismail Ketua Unit Akademik PPD Johor Bahru. Pengerusi Encik Suremin bin Ithin Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3 Naib Pengerusi Puan Zanariah Binti Said Guru Penolong Kanan 1 SekolahKebangsaan Taman Perling 3 Setiausaha Puan Halimah Binti Mohd Aspar Ketua Panitia Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3 Bendahari Puan Fahriyah binti Ahmad Pembantu Tadbir Kewangan Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3 Ahli Jawatankuasa Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Damai Jaya Pengerusi Zon Nusajaya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir Pengerusi Zon Bandar Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Skudai Baru Pengerusi Zon Skudai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Sri Amar Pengerusi Zon Majidee 11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA KARNIVAL KAJIAN TEMPATAN PERINGKAT DAERAH 2014 i. ii. iii. iv. v. vi. vii.
Urus setia Pendaftaran Juruacara Jamuan Persiapan Tempat Hadiah / Cenderahati Jemputan / Sambutan
SK Taman Perling 3 SK Taman Sri Amar SK Taman Damai Jaya SK Taman Perling 3 SK Taman Perling 3 SK Taman Skudai Baru SK Taman Perling 3
viii. ix. x. xii.
Sijil penyertaan / Penghargaan Buku Program Bacaan Doa Hakim
SK Taman Bukit Mewah SJKC Foon Yew 2 SK Taman Perling 3 SK Sungai Danga
12.0 TENTATIF PROGRAM 7.30 – 8.00 8.00 – 10.30
-
10.30 11.15
-
12.30
-
Disediakan oleh :
Pendaftaran Pertandingan Menghasilkan Kolaj Melukis Potret Kudapan Majlis Penutup Bacaan Doa Ulasan Ketua Hakim Penyampaian Cenderamata kepada Hakim Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Ucapan Perasmi (Pengerusi) Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi Bersurai
Disahkan oleh:
PK 07 Minit Mesyuarat Panitia Kajian Tempatan Sekolah Rendah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan Daerah Johor Bahru Bil 2/2014
Tarikh
: 01 Oktober 2014 ( Rabu )
Masa
: 12.00 tengah hari
Tempat
: Bilik Mesyuarat, Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3
Pengerusi
: En. Suremin bin Ithnin
Kehadiran (Bilangan)
: 10 / 11
1.
Encik Suremin Bin Ithnin
-
Guru Besar SK Taman Perling 3
2.
Pn Rafidah Binti Mohd Yussup
-
Guru Besar, SK Kampong Pasir
3.
Puan Zanariah Binti Said
-
GPK 1, SK Taman Perling 3
4.
Puan Habibah Binti Hussin
-
GPK 1, SK Taman Damai Jaya
5.
Puan Mariyam Binti Ariffin
-
GPK HEM, SK Taman Sri Amar
6
Puan Halimah Binti Mohd Aspar
-
KP Kajian Tempatan,SK Taman Perling3
7.
Encik Mahadi Bin Mustapha
-
KP Kajian Tempatan SK Tmn Skudai Baru
8.
Puan Seri Farizareen Binti Mistoil
-
KP Kajian Tempatan SK Kampong Pasir
9.
Encik Rasid Bin Hussain
-
KP Kajian Tempatan SK Tmn Damai Jaya
1.
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI 1.1
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran Guru Besar dan wakil zon ke Mesyuarat Panitia Kajian Tempatan Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru Bil. 2/2014
1.2
Pengerusi memaklumkan Karnival Kajian Tempatan Daerah terpaksa ditunda tarikhnya kerana memberi laluan kepada pengulangan peperiksaan UPSR dan berharap penetapan tarikh baru dapat dicapai dalam mesyuarat ini nanti.
2.
MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1
Dibentang oleh Pn Halimah Binti Mohd Aspar Dicadang untuk disahkan oleh Puan Habibah Binti Hussin Disokong untuk pengesahan oleh Encik Rashid Bin Hussain
3.
PERKARA BERBANGKIT: 3.1
Pn Rafidah inginkan kepastian sama ada sijil penyertaan bagi peserta Karnival Kajian Tempatan Daerah pada tahun lalu telah disampaikan.atau pun belum..
3.2
Pengerusi memaklumkan sijil penyertaan itu telah pun disampaikan kepada peserta selepas karnival berlangsung. Tindakan: Makluman
4.
4.1
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/FOKUS MESYUARAT
PENETAPAN TARIKH BARU KARNIVAL KAJIAN TEMPATAN DAERAH JOHOR BAHRU
4.1.1
Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju Karnival Kajian Tempatan Daerah Johor Bahru diadakan pada 8 November 2014(Sabtu) bertempat di Sk Taman Perling 3. Tindakan: Makluman
4.2.
PENETAPAN SEMULA AKTIVITI KARNIVAL KAJIAN TEMPATAN DAERAH JOHOR BAHRU
4.2.1 Aktiviti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat bil 1/2014 yang lalu ialah :i)
Pertandingan Menghasilkan Poster
ii)
Pertandingan Menghasilkan Kolaj
4.2.2 Mesyuarat juga telah sebulat suara bersetuju menetapkan pertandingan di peringkat zon tidak perlu diadakan. 4.2.3 Pertandingan bagi peringkat daerah akan melibatkan semua sekolah rendah SK dan SJK daerah Johor Baru 4.2.4 Tarikh pertandingan bagi peringkat daerah akan diadakan pada 08 November 2014. 4.2.5 Yuran penyertaan bagi peringkat daerah ini telah diputuskan sebanyak RM50.00 bagi setiap sekolah kecuali sekolah yang berstatus sekolah kurang murid (SKM) 4.2.6 Tiada pengecualian yuran bagi sekolah yang tidak menyertai.
4.2.7 Jamuan bagi peserta dan guru pengiring akan disediakan oleh pihak penganjur. 4.2.8 Pengerusi Daerah telah diberi kuasa untuk menetapkan syarat-syarat bagi kedua-dua pertandingan. 4.2.9 Minit mesyuarat bil 2/2014, kertas kerja serta syarat-syarat pertandingan akan dimasukkan ke dalam laman web PPD Johor Bahru. Tindakan: Makluman
4.3.
5.
PELANTIKAN JAWATANKUASA KERJA KARNIVAL KAJIAN TEMPATAN DAERAH JOHOR BAHRU 4.3.1
Urus setia
SK Taman Perling 3
4.3.2
Pendaftaran
SK Taman Sri Amar
4.3.3
Juruacara
SK Taman Damai Jaya
4.3.4
Jamuan
SK Taman Perling 3
4.3.5
Persiapan Tempat
SK Taman Perling 3
4.3.6
Hadiah / Cenderahati
SK Taman Skudai Baru
4.3.7
Jemputan / Sambutan
SK Taman Perling 3
4.3.8
Sijil penyertaan / Penghargaan
SK Taman Bukit Mewah
4.3.9
Buku Program
SJKC Foon Yew 2
4.3.10
Bacaan Doa
SK Taman Perling 3
4.3.11.
Hakim
SK Sungai Danga
HAL-HAL LAIN 5.1
Pengerusi meminta pengerusi zon untuk memaklumkan lantikan jawatankuasa ini kepada sekolah-sekolah berkenaan di bawah zon masing-masing .
5.2
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pengerusi, GPK Pentadbiran atau setiausaha Panitia Kajian Tempatan Daerah Johor Bahru.
6.
PENUTUP
Akhir kata,Pengerusi Daerah meminta kerjasama semua Pengerusi Zon agar memudahkan perjalanan kerja dan aktiviti yang telah dirancang.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 petang
Disediakan oleh,
Tarikh : 06 Oktober 2014
Disemak oleh,
Tarikh : 06 Oktober 2014
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENGHASILKAN KOLAJ KANIVAL KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DAN JENIS KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2014 1. 2. 3.
4.
5. 6. 7.
8.
Jenis : Kolaj Tema : Mencintai Alam Sekitar Penyertaan : 3.1. Terbuka kepada semua murid Tahap II Tahun 5 dan 6 sekolah rendah yang sedang bersekolah di daerah Johor Bahru 3.2. Setiap sekolah hanya boleh menghantar seorang peserta bagi satu penyertaan sahaja. ( lelaki atau perempuan) Hasil karya dan saiz : 4.1. Teknik menghasilkan kolaj pada lakaran yang telah disediakan olah pihak penganjur bersaiz A3. (Sebarang penambahan lakaran dan tampalan pada karya dibenarkan) 4.2. Media/bahan yang telah ditetapkan:i. Bijirin ii. Tumbuh-tumbuhan iii. Fabrik iv. Cengkerang v. Alam semula jadi vi. Peralatan seperti gam, gunting, pisau, mounting board ( pelekat contoh ‘double sided’ tidak dibenarkan) 4.3. Media/bahan dan peralatan hendaklah disediakan sendiri oleh peserta. 4.4. Hasil karya hendaklah ditampalkan pada ‘mounting board’ bersaiz 37.5cm X 53cm Masa : 2 jam 30 minit ( masa tambahan tidak akan diberikan kepada peserta yang lewat hadir) Hadiah : Hadiah dan sijil serta sijil penyertaan diberikan kepada pemenang No 1, 2, 3 dan 20 saguhati Penghakiman : 7.1. Penyertaan akan diadili oleh panel hakim berpengalaman yang dilantik dan keputusan hakim adalah muktamad. 7.2. Skema penilaian : Teknik : 25 markah Warna : 25 markah Tona : 25 markah Kekemasan : 25 markah Hak Milik Ciptaan : Hasil karya Ekspresi Seni pemenang 1, 2 dan 3 menjadi hak milik penganjur untuk kegunaan publisiti
Hadiah-hadiah akan disampaikan pada Majlis Penyampaian Hadiah semasa Karnival yang akan diadakan pada 8 NOVEMBER 2014 nanti.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENGHASILKAN POSTER KANIVAL KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DAN JENIS KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2014 1. 2. 3.
4.
5. 6. 7.
Jenis : Poster Tema : Mencintai Alam Sekitar Penyertaan : 3.1. Terbuka kepada semua murid Tahap II Tahun 5 dan 6 sekolah rendah yang sedang bersekolah di daerah Johor Bahru 3.2. Setiap sekolah hanya boleh menghantar seorang peserta bagi satu penyertaan sahaja. ( lelaki atau perempuan) Hasil karya dan saiz : 4.1. Teknik bebas dalam penghasilan poster. 4.2. Teks poster dan tema mestilah mempunyai mesej kempen Alam Sekitar 4.3. Teks poster (mesej) perlu ada dalam poster yang dihasilkan. 4.4. Bahan menggunakan kertas lukisan. (Disediakan oleh penganjur) 4.5. Media hendaklah menggunakan warna poster (Buncho) Masa : 2 jam Hadiah : Hadiah dan sijil serta sijil penyertaan diberikan kepada pemenang No 1, 2, 3 dan 20 saguhati Penghakiman : 7.1. Penyertaan akan diadili oleh panel hakim berpengalaman yang dilantik dan keputusan hakim adalah muktamad. 7.2. Skema penilaian : Tema : 15 markah IIustrasi : 20 markah Keterbacaan : 15 markah Gubahan/Komposisi/Olahan : 25 markah Warna bebas : 15 markah Kemasan : 10 markah
8.
Sebarang contoh atau bahan rujukan dilarang dibawa ke dalam bilik pertandingan.
9.
Hak Milik Ciptaan : Hasil karya Ekspresi Seni pemenang 1, 2 dan 3 menjadi hak milik penganjur untuk kegunaan publisiti
Hadiah-hadiah akan disampaikan pada Majlis Penyampaian Hadiah semasa Karnival yang akan diadakan pada 8 NOVEMBER 2014 nanti.
KANIVAL KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DAN JENIS KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2014 BORANG PENYERTAAN
NAMA SEKOLAH : ________________________________________________ ( Cop sekolah ) JENIS PERTANDINGAN KOLAJ POSTER
DIsahkan oleh,
NAMA PESERTA
NO. KAD PENGENALAN / SURAT BERANAK