http://rosleyasin.blogspot.com
1 Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan
Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Usaha Parti-parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum
Pendidikan Alat Perpaduan
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri
Sistem Ahli
Pembentukan Parti Perikatan
Pilihan raya Negeri
Kelonggaran Syarat Kerakyatan Persekutuan
Pilihan raya Majlis Bandaran
Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
1
http://rosleyasin.blogspot.com
•
KEARAH MENCAPAI PERPADUAN KAUM • • •
Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di negara kita telah bermula sejak tahun 1949 melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan antara Kaum atau Community Liaison Committee (CLC) British telah mensyaratkan kerjasama antara kaum sekiranya mahukan kemerdekaan. penting dalam usaha menjamin kestabilan politik serta keharmonian masyarakat dan Negara. British bertindak dalam usahanya memastikan pertumbuhan ekonomi dan pelaburannya di Persekutuan Tanah Melayu tidak terjejas.
Jawatankuasa Hubungan antara Kaum (CLC), pada peringkat awal dianggotai oleh orang Melayu yang diwakili oleh Dato’ Onn Ja’afar (UMNO) dan orang Cina yang diwakili oleh Tun Tan Cheng Lock (Malayan Chinese Association MCA).
Mulai Ogos 1949, CLC dianggotai oleh seorang wakil daripada kaum India, Ceylon, Serani dan Eropah.
Sir Malcom MacDonald (Gabenor Jeneral Asia Tenggara) Penasihat CLC dan dipengerusikan oleh Dato’ E.E.C Thuraisingam.
UMNO mengemukakan memorandum mempertahankan ketuanan Melayu, sebaliknya CLC menolak memorandum tersebut
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
2
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
i. Syarat kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dilonggarkan. ii. Orang Melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaran. iii. Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat majlis bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan. iv. Membentuk sistem pendidikan mewajibkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Kesemua kompromi ini diterima sebagai satu langkah untuk melahirkan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka.
Hasil daripada tolak ansur, akhirnya satu kompromi telah dipersetujui iaitu: 2
http://rosleyasin.blogspot.com
3
Usaha Parti-parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum
1. Beberapa buah parti telah ditubuhkan dalam usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum di Tanah Melayu. 2. Parti Negara, Menteri Besar dan pihak British telah mengadakan Konferensi Nasional dalam usaha melahirkan kerjasama politik. 3. UMNO, MCA dan MIC telah bekerjasama membentuk Parti Perikatan. Persatuan Islam Se-Malaya turut bekerjasama dengan UMNO dalam Konvensi Nasional. 4. Kedua-dua Konferensi Nasional dan Konvensi Nasional adalah merupakan medan perbincangan untuk mencari jalan mewujudkan perpaduan kaum dan kepentingan mengadakan pilihan raya.
UMNO, ditubuhkan pada tahun 1946. Dato’ Onn Ja’afar berusaha mewujudkan perpaduan dengan membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu, melonggarkan syarat kerakyatan dan mencadangkan Sistem Ahli. UMNO semasa Tunku Abdul Rahman berusaha mewujudkan perpaduan dengan menubuhkan Parti Perikatan.
MIC ditubuhkan pada tahun 1946. Tokoh utamanya K.L Devaser berusaha mewujudkan perpaduan dengan menyokong perjuangan Dato’ Onn Ja’afar dan IMP tentang kerjasama kaum dalam sebuah parti dan menganggotai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Usaha Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum
IMP ditubuhkan pada tahun 1951. Tokoh utama IMP ialah Dato’ Onn Ja’afar berusaha untuk mewujudkan perpaduan dengan menegakkan jkonsep kerjasama kaum dalam sebuah parti dan membuka keahlian kepada semua kaum.
MCA ditubuhkan pada tahun 1949. Tokoh utamanya Tun Tan Cheng Lock menyokong perjuangan Dato’ Onn Ja’afar dan IMP berkaitan kerjasama kaum dalam sebuah parti dan menyokong Tunku Abdul Rahman membentuk Parti Perikatan.
•
•
Kesemua parti tersebut telah berusaha untuk mewujudkan perpaduan kaum dalam usaha mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Usaha murni ini diasaskan oleh Dato’ Onn dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman.
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
PAS ditubuhkan pada tahun 1951 dipimpin oleh Haji Ahmad Fuad. PAS menyokong usaha mewujudkan perpaduan dengan membuka keahlian parti kepada semua orang Islam tanpa mengira kaum dan menyertai Konvensi Nasional tajaan UMNO pada tahun 1954.
Parti Negara ditubuhkan pada tahun 1954 oleh Dato’ Onn Ja’afar. Beliau berusaha mewujudkan perpaduan dengan membuka keanggotaan Parti Negara kepada semua kaum, menerima kerakyatan jus soli dengan syarat ibu atau bapa telah menjadi warganegara Tanah Melayu dan mendukung konsep kerjasama kaum dalam satu parti. 3
Sekolah Vernakular Melayu http://rosleyasin.blogspot.com • • •
tahun 1950-an
4
Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan dibiayai oleh British. Pengajian hanya diperingkat rendah, dibina terutamanya di kawasan luar bandar dan persekitaran belajarnya sangat dhaif. Lulusan sekolah ini tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi kerajaan dan hanya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) untuk dilatih menjadi guru sekolah Melayu.
Sekolah Agama Islam pada tahun 1950-an a. Sekolah agama Islam terdiri daripada sekolah pondok, madrasah, sekolah agama rakyat dan sekolah agama. b. Bahasa Melayu atau bahasa Arab menjadi bahasa pengantar, dibiayai sendiri dan bebas daripada kawalan pihak British. c. Sekolah agama mempunyai sistem pengajian di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. d. Pelajar-pelajar sekolah agama berpeluang melanjutkan pelajaran ke Indonesi, Mesir dan India.
Pendidikan Alat Perpaduan (Sistem Pendidikan Sebelum Merdeka)
Sekolah Cina pada tahun 1950-an a. Sekolah Cina ditubuhkan sejak akhir abad ke-19 oleh pihak persendirian dan parti-parti politik. b. Sukatan pelajaran, tenaga pengajar buku teks telah dibawa masuk dari negara China. c. Sekolah Cina bertujuan untuk mengekalkan identiti kecinaan di Tanah Melayu. d. Sekolah Cina telah berkembang pesat sebagai institusi ilmu, budaya dan bahasa Cina di seluruh Tanah Melayu dan Singapura, serta mendapat sokongan penuh masyarakat Cina.
Sekolah Tamil pada tahun 1950-an Sekolah Inggeris pada tahun 1950-an a. Sekolah Inggeris ditubuhkan sejak abad ke-19 dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. b. Kerajaan British telah mengambil alih sekolah Inggeris kerana keperluan untuk mendapatkan tenaga kerja rendah di sektor kerajaan dan swasta. c. Kebanyakan sekolah Inggeris dibina di bandar, para pelajarnya berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej dan universiti dalam dan luar negeri. d. Pelajar Inggeris menjawat jawatan tinggi SMKsekolah Danau Kota, Jalan berpeluang Genting Klang, Kuala Lumpur dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
a. Sekolah Tamil ditubuhkan oleh pengurusan estet sebagai satu tanggungjawab social terhadap pekerja ladang. b. Sukatan pelajaran sekolah Tamil berasaskan sistem pendidikan di Negara India. c. Guru-guru yang mengajar dibawa dari India dan pengajiannya hanya di peringkat rendah sahaja. d. Pelajar sekolah Tamil tidak berpeluang untuk menjawat jawatan yang bergaji lumayan. e. Sekolah Tamil kurang mendapat sambutan kerana ibu bapa lebih suka anak-anak mereka membantu bekerja di ladang. 4
Laporan Fenn-Wu 1951
http://rosleyasin.blogspot.com
Laporan Barnes 1951
• •
•
Mewajibkan pendidikan peringkat sekolah rendah. Bahasa pengantar sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar di sekolah menengah.
• •
Menolak sistem pendidikan yang cadangkan oleh laporan Barnes. Mahu sistem pendidikan venakular Cina dikekalkan. Laporan Pelajaran bagi Merapatkan Jurang dan Perpaduan di Kalangan Penduduk di Tanah Melayu
5 Ordinan Pelajaran 1952 • • •
Mewajibkan pendidikan peringkat sekolah rendah. Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Laporan Razak 1956 a. Pendidikan di peringkat sekolah rendah adalah wajib b. Mengadakan sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan sekolah menengah. c. Mengadakan sekolah jenis umum yang menggunakan bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. d. Bahasa ibunda akan diajar sekiranya terdapat 15 orang pelajar dan mereka memohon untuk belajar. e. Menggunakan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan sistem nazir yang sama.
Rumusannya 1. Penolakan laporan Barnes oleh laporan Fenn-Wu kerana menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menyebabkan matlamat untuk menggunakan sistem pendidikan yang sama, tidak dapat dilaksanakan. 2. Bagaimanapun Laporan Razak menerima laporan Barnes dan dalam masa yang sama demi menjaga keharmonian politik, laporan Razak membenarkan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar selama sepuluh tahun selepas merdeka. 3. Sekolah-sekolah Venarkular ini akhirnya akan menjadi sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
5
http://rosleyasin.blogspot.com
Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri
SISTEM AHLI 1. Sistem Ahli telah diperkenalakan pada tahun 1951, untuk melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu. 2. Idea penubuhan sistem ahli telah dicetuskan oleh Dato’ Onn Ja’afar setelah berbincang dengan Sir Henry Gurney dan mendapat persetujuan daripada Raja-raja Melayu. 3. Sistem Ahli diperkenalkan pada bulan April 1951 sehingga bulan Jun 1955. 4. Ciri-ciri Sistem Ahli:i. Sistem kabinet bayangan yang terdiri beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk. ii. Anggota Sistem Ahli dikenali sebagai Ahli. iii. Perlantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu. iv. Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu (tiga orang Melayu, seorang India dan seorang China) dan empat orang pegawai Inggeris. v. Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi. 5. Antara anggota Sistem Ahli i. Dato’ Onn Jaafar, Ahli dalam Negeri ii. Tunku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid, Ahli Pertanian dan Perhutanan iii. Dr. Lee Tiang Keng, Ahli Kesihatan iv. E.E.C Thuraisinggam, Ahli Pelajaran v. Dato’ Mahmud Mat, Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan 6. Pada tahun 1955, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman wakil SMK Danau Kota,H.S. JalanLee Genting Klang, Kuala Lumpur UMNO dan Tun wakil MCA dilantik menganggotai Sistem Ahli bagi mencerminkan perpaduan kaum yang lebih kukuh di Tanah Melayu.
6
Kelonggaran Syarat Kerakyatan Persekutuan 1. Kelonggaran syarat kerakyatan diperingkat Persekutuan dan negeri bertujuan membolehkan golongan imigran mencurahkan taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu dan mengelakkan mereka menyokongan PKM. 2. Di peringkat Persekutuan, syarat kerakyatan dilonggarkan dengan cara:i. Kuat kuasa Undang-undang a. Seseorang rakyat raja di mana-mana negeri Melayu b. Seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang lahir di Negerinegeri Selat. ii. Secara Permohonan a. Seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang berumur 18 tahun ke atas, berkelakuan baik dan sedia mengangkat sumpah taat setia kepada Persekutuan. iii. Secara Naturalisasi a. Seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang telah menetap di negeri ini selama 10 tahun daripada 12 tahun secara berturut-turut. 3. Di peringkat negeri, syarat kerakyatan dilonggarkan dengan cara:i. Secara Kuat Kuasa Undang-undang a. Orang Asli di negeri-negeri Melayu b. Seorang Melayu yang dilahirkan di negeri Melayu c. Seorang bukan Melayu yang dilahirkan di negeri Melayu dan salah seorang daripada ibu atau bapa dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu. ii. Secara Permohonan a. Seseorang yang mencapai umur 21 tahun, dilahirkan di negeri Melayu, berkelakuan baik, mengangkat sumpah setia kepada Raja dan melepaskan kerakyatan Negara asal. 4. Kelonggaran ini menyebabkan, rakyat raja bukan sahaja terdiri daripada orang Asli dan orang Melayu tetapi juga termasuk golongan imigran. 5. Sebagai tukar ganti kelonggaran syarat kerakyatan, Lembaga Pembangunan Desa (RIDA) telah ditubuhkan untuk memajukan sosioekonomi orang Melayu khususnya masyarakat luar Bandar. 6. RIDA merupakan satu cara untuk memujuk orang Melayu supaya bersetuju dengan kelonggaran syarat kerakyatan. 7. Tukar ganti ini merupakan lambang kerjasama erat antara orang Melayu 6 dengan orang bukan Melayu demi merealisasikan perpaduan kaum.
http://rosleyasin.blogspot.com
7 1. British menyokong penubuhan Parti Perikatan kerana akan mewujudkan suasana politik yang stabil untuk kepentingan ekonominya di Tanah Melayu.
2. Pemimpin parti UMNO, MCA dan MIC berpendapat pembentukan Parti Perikatan akan dapat mewujudkan perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.
3. Kronologi penubuhan Parti Perikatan:i.
Pembentukan Parti Perikatan ii.
iii. 4. Kerjasama kaum dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan menjadi senjata untuk menolak pengaruh Parti Komunis Malaya.
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Pada tahun 1952, pakatan UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Selangor untuk menghadapi pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur. Pakatan ini memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertadningkan. Pemimpin UMNO dan MCA menyambut baik pakatan ini dan merundingkan pakatan yang lebih besar di peringkat Tanah Melayu. Pada tahun 1954, Konvensi Nasional telah diadakan, membawa kepada terbentuknya Perikatan UMNO dan MCA.Kerjasam ini telah diperluas ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu untuk mengahadapi pilihanraya negeri. Pada tahun 1955, MIC menyertai Parti Perikatan. Parti Perikatan menyertai Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan dan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
7
http://rosleyasin.blogspot.com Pilihan raya Majlis Bandaran
1. Sebelum merdeka , ahli-ahli Majlis Bandaran dipilih melalui pilihan raya. 2. Pilihan raya Majlis Bandaran memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan tanggungjawab mereka ke arah berkerajaan sendiri. 3. Pilihan raya Bandaran yang pertama telah diadakan di George Town pada bulan Disember 1951. 4. Dalam pilihan raya ini, parti radikal yang dianggotai pelbagai kaum telah memenangi enam daripada sembilan kerusi yang dipertandingkan. 5. Perikatan UMNO-MCA dibentuk untuk menghadapi pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur yang diadakan pada Februari 1952. 6. Dalam pilihan raya ini, UMNO dan MCA telah bekerjasama. UMNO di wakili oleh Dato’ Yahya Razak dan MCA oleh Tun H.S. Lee. Dalam pilihan raya ini gabungan UMNOMCA telah memenangi sembilan daripada dua belas kerusi yang dipertandingkan. 7. Dalam pilihan raya bandaran yang lain UMNO-MCA memenangi 26 daripada 37 kerusi yang dipertandingkan dan ini telah mendorong kerjasama UMNO-MCA di peringkat pusat hingga membawa kepada terbentuknya Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1954.
Pilihan Raya
Pilihan raya Negeri 1.Dalam pilihan raya negeri tahun 1954, Perikatan UMNO-MCA memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan. 2.Kemenangan ini membuktikan permuafakatan kaum dalam pelbagai parti dapat diterima oleh penduduk Tanah Melayu. 3.Konsep kerjasama ini mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap Parti Perikatan.
Kesimpulan
1. Perpaduan kaum merupakan perkara penting bagi perpaduan negara. 2. Kerjasama kaum menjadi pegangan pemimpin negara yang sentiasa berusaha merealisasikan perpaduan kaum di negara kita. 3. Kerjasama kaum adalah merupakan pendekatan terbaik yang diterima oleh masyarakat berbilang kaum di Persekutuan SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur Tanah Melayu.
8 (MPP) Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1. British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1954. 2. Jawatankuasa ini dianggotai oleh pemimpin Parti Negara, UMNO, MCA, MIC dan pegawai tinggi British. 3. Jawatankuasa ini mencadangkan 52 kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MMP dilantik oleh Pesuruhjaya British. 4. Parti Perikatan menyertai pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Julai 1955. 5. Manifesto Perikatan:i. Kemerdekaaan dalam masa 4 tahun. ii. Mewajibkan pendidikan rendah. iii. Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan. iv. Menamatkan darurat. v. Melindungi hak Raja-Raja Melayu. 6. Dalam pilihan raya ini Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan 1 kerusi dimenangi oleh PAS. 7. Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan kerana:i. Sikap tolak ansur parti yang bertanding dalam pembahagian kerusi pilihan raya ii. Kebijaksanaan pemimpin parti berunding menyelesaikan masalah politik iii. Kesediaan semua kaum berkongsi kuasa dalam politik negara. iv. Bersatu menolak pengaruh Parti Komunis Malaya. v. Semangat yang berkobar-kobar untuk mencapai kemerdekaan. vi. Manifesto pilihan raya diterima umum. 8. Kemenangan Parti Perikatan menggambarkan dasar kerjasama kaum dan politik merupakan pendekatan yang terbaik dalam masyarakat yang berbilang kaum. 8