KECIK KONET: FEMININ DAN MASKULIN DALAM BAHASA LISAN KEDAH Nasariah Mansor Faizah Ahmad Noor Aida Mahmor Yusniza Yaakub Abstrak Malaysia mempunyai penduduk Melayu yang menuturkan pelbagai dialek mengikut daerah tempat tinggal masing-masing, seperti Kelantan, Terengganu, Johor, Perak dan sebagainya. Dialek Kedah merupakan satu daripada kelainan bahasa Melayu yang terdapat di Malaysia. Sebagai sebuah bahasa daerah, dialek Kedah unik dari aspek sebutan, kosa kata, leksikal dan tatabahasanya berbanding dialek-dialek lain di Malaysia. Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu penguat hadapan, penguat belakang dan penguat bebas. Kertas kerja ini bertujuan membandingkan penggunaan bahasa lisan Kedah, khususnya kata penguat
antara penutur lelaki dengan
penutur perempuan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan dalam penggunaan kata penguat dalam dialek Kedah antara kedua-dua gender.
Kata kunci: dialek; kata penguat; kata adjektif
Pengenalan Asmah Haji Omar (2008) membahagikan dialek-dialek yang terdapat di Semenanjung (Malaysia Barat) kepada Dialek Utara atau Dialek Kedah, Dialek Perak, Dialek Selatan, Dialek Kelantan, Dialek Terengganu, Dialek Pahang dan Dialek Negeri Sembilan. Dialek Kedah terletak di bahagian Barat Daya Semenanjung, meliputi kawasan Kedah (termasuk 1
Pulau Langkawi), Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara sehingga Taiping.
Kawasan
penyebaran dialek Kedah, iaitu kawasan yang menjadi tempat tinggal penutur-penutur dialek Kedah melepasi sempadan negeri Kedah sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa sempadan politik bukanlah sempadan sebenar dialek Kedah, tetapi jauh lebih luas dengan menyeberangi sempadan negeri-negeri lain. Berdasarkan kawasan dialek Kedah itu, Asmah Haji Omar (2002) membuat inferensi bahawa mereka yang menuturkan dialek Kedah sejak zaman-berzaman memang tersebar luas melalui perpindahan penduduk, pertembungan yang disebabkan oleh perdagangan, peperangan dan sebagainya; dan bahawa dialek ini tersebar secara difusi atau serapan yakni secara menyerapkan bahasa berkenaan secara lisan. Perbezaan yang paling ketara antara dialek-dialek ialah aspek fonologi sementara aspek sintaksis menunjukkan kadar perbezaan yang paling rendah. Aspek perbendaharaan kata pula menduduki kadar kedua tertinggi dalam skema perbandingan antara dialek-dialek ini (Asmah 2008). Makalah ini akan membincangkan aspek perbendaharaan kata, khususnya kata penguat dalam dialek Kedah dengan melihat perbezaan antara penutur lelaki dengan penutur perempuan. Shahidi, A. H. dan Rahim Aman (2010) telah menjalankan satu kajian mengenai pengaruh dialek Kelantan
dalam
bahasa Melayu
standard yang ditururkan oleh penutur natif
Kelantan. Analisis spektrografik dibuat untuk melihat perubahan ciri fonetik bunyi vokal dan konsonan pada suku kata akhir, iaitu sama ada frekuensi forman vokal [a] pada suku kata akhir kekal atau berubah kepada [e], dan sama ada isyarat-isyarat akustik bunyi konsonan nasal akhir kata terbukti kekal atau hilang.
2
Zaharani Ahmad (2006) telah menghurai
dan menjelaskan
kepelbagaian dialek dalam
bahasa Melayu dengan meninjau kepelbagaian yang wujud dalam sistem fonologinya. Pengkaji meneliti alternasi fonologi yang didorong oleh kekangan syarat koda dalam enam dialek daerah bahasa Melayu, iaitu dialek Johor, dialek Kedah, dialek Perak, dialek Melaka, dialek Kelantan dan dialek Sarawak. Kajian ini menerapkan pendekatan tatatingkat kekangan daripada teori optimaliti untuk menjelaskan fenomena kewujudan pelbagai dialek dalam bahasa Melayu. Rohani Mohd. Yusof (2003). Meninjau dan meneliti variasi dialek Perak, iaitu subdialek Kuala Kangsar. Kuala Kangsar yang bersempadan dengan tiga buah bandar, iaitu Ipoh, Taiping dan Parit memperlihatkan ciri-ciri dialek yang bercampur aduk dengan dialek luar dan dialek pendatang . Subdialek Kuala Kangsar
dikategorikan kepada tiga kawasan
berdasarkan penyebaran ciri-ciri fonologi yang wujud, iaitu kawasan penyebaran ciri-ciri dialek Perak, kawasan penyebaran ciri-ciri dialek luar atau dialek pendatang dan kawasan penyelaan dialek. Dalam subdialek Kuala Kangsar terdapat ciri-ciri dialek luar yang bercampur aduk dengan dialek Perak yang membolehkannya menjadi kawasan atau zon peralihan antara dialek Perak dengan dialek-dialek lain. Kajian oleh Maslida Yusof, Marlyna Maros dan Muhammad Fadzeli Jaafar (2011) berkaitan strategi kesopanan dan penebus kesalahan mendapati kebanyakan permohonan maaf dimulai dengan kata maaf atau sorry sebagai leksikal asas. Dalam meningkatkan gaya perlakuan maaf, penutur menggunakan dua cara, iaitu menggunakan kata penguat dan memberi penghargaan kepada pendengar. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa semua strategi yang digunakan boleh dikuatkan dengan penggunaan kata penguat, seperti ‘minta maaf banyakbanyak’ dan ‘maaf sangat-sangat’. Ini bermakna dalam permohonan maaf, penggunaan kata penguat sangatlah penting. 3
Kajian Fazal Mohamed Sultan dan Nurulafiqah Suhaimi (2013) telah meneliti aspek sintaksis kata tanya ‘sapa’ dalam dialek Kedah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kata tanya sapa ‘siapa’ wujud di kedudukan in-situ atau akhir ayat berdasarkan data murni yang dikutip secara langsung daripada penutur natif Dialek Kedah. Kata Penguat Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2012) mengklasifikasikan kata penguat sebagai kata tugas, iaitu perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik: frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu. Dalam bahasa Melayu baku, kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Kata penguat dibahagikan kepada tiga jenis, kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas. Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa atau kata adjektif seperti terlalu tinggi, paling sedap, cukup indah dan makin mahal. Kata penguat belakang pula ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif seperti baik sekali, lambat benar, indah nian dan buruk betul. Manakala kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya atau kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif seperti amat kemas dan kemas amat, sungguh indah dan indah sungguh. Asmah Haji Omar (2009) pula mengkategorikan kata penguat sebagai frasa perbandingan yang letaknya di bawah
frasa sifat selapis. Frasa perbandingan ialah frasa sifat yang
menyatakan perbandingan antara dua atau tiga proposisi. Sesuatu cirri sifat tertentu 4
diletakkan dalam satu skala tatatingkat yang menunjukkan cirri lebih, cirikurang atau sebagainya. Kata penguat diletakkan di bawah tingkat kesangatan. Tingkat kesangatan ini tarafnya sama dengan tingkat kelebihan. Frasa sifat dalam tingkat kesangatan adalah seperti sangat baik, amat jahat, bagus sekali dan sebagainya. Kata Adjektif Kata adjektif merupakan subgolongan dari golongan kata karyaan (Asmah Haji Omar, 2009). Berdasarkan fungsinya dalam ayat, Asmah yang menggunakan istilah kata sifat bagi kata adjektif menyamakannya dengan kata kerja tak transitif kerana kedua-duanya tidak memerlukan objek. Namun kedua-duanya berbeza kerana kata sifat boleh memasuki skala perbandingan sedangkan kata kerja tidak. Penjenisan kata sifat yang dilakukan oleh Asmah ialah kata sifat tabii (nakal, tertib, lembut); kata sifat warna (putih, hitam, kuning); kata sifat ukuran (gemuk, pendek, tebal); kata sifat bentuk (bengkok, lengkung, kempis); kata sifat waktu (lama, baru, segera); kata sifat jarak (dekat, jauh, hampir); kata sifat indera yang dibahagikan pula kepada lima jenis: rasa (lazat, tawar, pahit), pandang (buruk, lawa, ayu), dengar (merdu, riuh, senyap), bau (wangi, hapak, tengik) dan sentuh (kasar, menggerutu, lembik); kata sifat gabungan indera (selesa, bersih, kotor); kata sifat kecepatan (lambat, laju, perlahan); kata sifat kuasa tenaga (lemah, tegap, segar); dan kata sifat taraf (ternama, masyhur, terkenal). Nik Safiah Karim (2012) pula mengatakan bahawa kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat, seperti amat sakit, sakit sungguh, terlalu banyak, banyak sekali, sangat pandai, gelap benar. Golongan kata ini yang diberikan oleh Nik Safiah Karim dapat digambarkan dalam Jadual 1 di bawah: 5
Jadual 1: Jenis Kata Adjektif Nik Safiah Karim (2008) 1. Kata adjektif sifatan/keadaan (pandai, takut, baik) 2. Kata adjektif warna (merah, putih, ungu) 3. Kata adjektif ukuran (panjang, nipis, kerdil) 4. Kata adjektif bentuk (bulat, bujur, leper) 5. Kata adjektif waktu (lama, awal, suntuk) 6. Kata adjektif jarak (jauh, dekat, rapat) 7. Kata adjektif pancaindera: rasa (sedap, manis, payau) pandang (cantik, comel, segak) dengar (bising, garau, lunak) bau (harum, hanyir, busuk) sentuh (halus, keras, licin) gabungan deria (bersih, selesa, tenteram) 8. Kata adjektif perasaan (rindu, cinta, gembira) 9. Kata adjektif cara (deras, gopoh, selalu)
Metodologi Kajian ini merupakan satu tinjauan tentang perbezaan penggunaan kata penguat antara gender dalam dialek Kedah. Responden kajian berjumlah 20 orang, sepuluh lelaki dan sepuluh perempuan yang terdiri daripada guru Bahasa Melayu yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Utara Malaysia dan kakitangan universiti. Rata-rata responden yang dipilih berusia antara 40 hingga 55 tahun. Responden ini dipilih kerana mereka menggunakan dialek Kedah sebagai medium komunikasi dalam kehidupan seharian mereka. Ini bertujuan untuk mendapatkan kata penguat yang tipikal, yang dapat mewakili dialek negeri Kedah. Responden diminta mengisi borang soal selidik yang mengandungi 40 kata adjektif yang sering digunakan oleh penutur-penutur dialek Kedah. Kata adjektif yang dipilih mencakupi enam jenis kata adjektif daripada sembilan jenis yang dikategorikan oleh Nik Safiah Karim (2008). 6
Dapatan Kajian Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara jantina dalam penggunaan kata penguat yang mengikuti kata adjektif dalam dialek Kedah. Jadual 2 hingga Jadual 8 memaparkan dapatan kajian ini. Jadual 2: Kata Adjektif Warna Kata Adjektif Hitam Hijau Merah Putih Kuning
Kata Penguat Perempuan Merelit, melegam, legam
Lelaki Legam, merelit, melegam, kemitam Merengau Merengau, menerang Menyala, ang-ang, Menerang, ang-ang, menyala, merengau Melepak, serelah, spo Melepak, serelah Merengak, berjahang, merengau, Menyala, merengau, merenga, ang, mencalat merengak, leceng
Jadual 3: Kata Adjektif Sifatan/Keadaan Kata Adjektif
Kering Basah Tumpul Panas Cerdik Bodoh Gelap Cerah Kedekut
Kata Penguat Perempuan Gedempon, kedempon, gedempol Ceroi, beroi, merehe Melimpah, melepu, melimpahruah Kontang, merekah Kuyup, lencun, ruyup Kiang Lit-lit, terik Piang, bangang Gelita, gulita, gelemat Menerang, benderang Pahit, piang, nak mampuih
Sejuk Gatal
Gedi, bedi Merenyam, gerenyam
Gemuk Cair Penuh
7
Lelaki Gedempol, botek, gedebab Ceroi, beroi, breh Repu, melepu, melimpah, tepu, buk Kontang, kiang Lokoih, lencun, kuyup, melejan Kiang Lit-lit, terik, merembang Piau, giler Piang, mereput Gelemat, gelita, pekat Menerang, benderang Tahi hidung masin, hangit, piang, pahit gedi Merenyam
Kurus
Kiang, kering, meleding, melidi
Kering, kiang, kedekiang, melidi
meleding,
Jadual 4: Kata Adjektif Pancaindera Kata Adjektif Manis Masam Masin Pahit Tawar Kasar Comel Licin Pedas Panas Gatal Busuk
Kata Penguat Perempuan Melecas Piang, berdengung, perit, purit
Lelaki Melecas, cas-cas Piang, berdengung, perit, berkerut, mencuka Perit, piang, pahit Piang, perit, pahit Berdengung Berdengung, piang, maung Hebiaq, hebe Hebiap, piau Gedegaq Gedegaq, cemerkap, tak sangga Lote Lote Liau, licau, merelit Berlumut Hau-hau, berdengung, meleding, Berdengung, berapi, bersiu, nak bengang mampoih Hau-hau Merenyam, merela Merenyam, merela Hau, hapak, masam, merengak, Hau, hapak, mengaum, masam, haring pahit
Jadual 5: Kata Adjektif Ukuran Kata Adjektif Tinggi Kecil Besar Luas Pendek
Kata Penguat Perempuan Lelaki Melayup, menguyup, melangit, Melayup, melayut, meruyup, lampai, merenjong, galah lampai, menyayok, menyayup, melangit, merenjong Konet, kenit, mone Molek, tet, cit, gedemit, konet Gajah, gedabak, gabai Gajah, ragam, gaban Terentang, gong Melaut, melangit, pelahang Kemetot, rendang, ketek, tet Kemetot, ketot, petot, seketot
Jadual 6: Kata Adjektif Bentuk Kata Adjektif Nipis Bulat
Kata Penguat Perempuan Melayang Tergolek
Lelaki Melayang, nyet-nyet Montek, bergolek 8
Jadual 7: Kata Adjektif Waktu Kata Adjektif
Kata Penguat Perempuan Mekngot, makngot, Berkarat -
Lambat Lama Baru
Lelaki terkemut-kemut, Tak sangga, makngot Nak mampoih Merelit
Jadual 8: Jadual Perbezaan Penggunaan Kata Penguat Antara Gender Kata Adjektif Persamaan Hitam Hijau Merah Putih Kuning Gemuk Cair Penuh Kering Basah Tumpul Panas Cerdik Bodoh Gelap Cerah Kedekut Sejuk Gatal Tinggi
Merelit, melegam, legam Merengau Menyala, ang-ang Melepak, serelah Merengak, merengau
-
Kata Penguat Perbezaan Perempuan Lelaki Kemitam
Spo Berjahang, ang, mencalat Gedempol Gedempon, kedempon Ceroi, beroi Merehe Melimpah, melepu Kontang Merekah Kuyup, lencun Ruyup Kiang Lit-lit, terik Piang Bangang Gelita, gelemat Gulita Menerang, benderang Pahit, piang Nak mampoih Bedi Gerenyam menguyup
Kecil Besar Luas
Gedi Merenyam, merela Melayup, merenjong, melangit, lampai Konet Gajah -
nipis Lambat
Melayang Makngot
Mekngot, terkemutkemut
Kenit, mone Gedabak, gabai Terentang, gong
9
Menerang Menerang, merengau Menyala, merenga, leceng Botek, gedebab Breh Repu, tepu, buk Kiang Lokoih, melejan Merembang Piau, giler Mereput Pekat Tahi hidung masin, hangit Melayut, meruyup, menyayok Tet, cit, gedemit Ragam, gaban Melaut, melangit, pelahang Nyet-nyet Tak sangga
Lama Baru Manis Masam
Berkarat -
Nak mampoih Merelit Cas-cas Berkerut, mencuka
Masin Pahit Tawar Kasar
Melecas Piang, berdengung, perit Piang, perit, pahit Berdengung Hebiaq Gedegaq
Hebe -
Comel Licin Pedas
Lote Berdengung
Panas Kurus
Kering, meleding, kiang, melidi Hau, hapak, masam Kemetot
Liau, licau, merelit Hau-hau, meleding, bengang -
Piang, maung Piau Cemerkap, tak sangga Berlumut Berapi, bersiu, nak mampoih Hau-hau Kedekiang
Merengak, haring Tergolek Rendang, ketek,tet
Mengaum, pahit Montek, bergolek Ketot, petot, seketot
Busuk Bulat Pendek
Perbincangan Kata penguat dalam dialek Kedah amatlah pelbagai berbanding kata penguat dalam bahasa Melayu baku yang agak terhad jumlahnya, seperti amat, sangat, terlalu, sungguh, benar dan nian. Berbagai-bagai kata penguat digunakan untuk kata adjektif warna. Kata penguat merengau [mau] digunakan untuk warna hijau, merah dan juga kuning. Terdapat juga kata penguat dalam dialek Kedah yang sama dengan perkataan dalam bahasa Melayu baku, seperti legam untuk hitam, menyala untuk kuning dan merah dan terik untuk panas. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan penggunaan kata penguat antara jantina. Bagi kata adjektif warna putih, responden perempuan memberi kata penguat sepo yang tidak digunakan oleh responden lelaki. Sementara bagi kata adjektif hijau, hitam dan merah, responden lelaki menggunakan kata penguat hitam kemitam, hijau menerang dan mreah merengau yang tidak digunakan oleh perempuan. Kata adjektif luas, lama, licin dan bulat langsung tiada persamaan antara jantina. Responden perempuan menggunakan luas 10
terentang dan luas gong manakala responden lelaki menggunakan kata penguat melaut, melangit dan pelahang untuk luas seperti yang terdapat dalam jadual 8. Dapatan kajian juga menunjukkan kata penguat piang digunakan dengan meluas oleh kedua-dua jantina untuk pelbagai kata adjektif seperti masam, masin, kedekut, pahit dan bodoh. Kajian juga menunjukkan kata penguat berdengung dan merengak turut digunakan untuk pelbagai kata adjektif seperti kuning merengak dan busuk merengak. Begitu juga dengan kata penguat berdengung yang digunakan untuk masam, masin dan pahit. Keunikan kata penguat dialek Kedah jelas tergambar dalam penggunaan responden sama ada lelaki ataupun perempuan. Untuk menguatkan maksud kecil umpamanya, penutur dialek Kedah menggunakan perkataan tet, cit dan mone. Sementara untuk menguatkan maksud besar digunakan perkataan gedabak, gabai dan gaban. Kata gajah juga digunakan untuk menguatkan maksud besar. Kesimpulan Sebagai sebuah bahasa daerah, dialek Kedah unik dari aspek sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasanya (morfologi dan sintaksis) berbanding dialek-dialek lain di Malaysia. Kata penguat dalam dialek Kedah memang sungguh pelbagai dan sangat rencam sifatnya. Ia boleh dalam bentuk kata tunggal, kata berimbuhan, kata ganda dan juga frasa. Di samping itu, terdapat juga kata penguat dalam dialek Kedah yang sama dengan kata penguat dalam dialekdialek Melayu lain di Semenanjung. Malah terdapat juga penggunaan kata penguat yang dipengaruhi oleh kata asing. Sebagai sebuah kajian awal, kajian ini hanya mengehadkan beberapa kata adjektif sahaja. Untuk masa akan datang, pengkaji sedang merangka kajian tentang kata penguat yang
11
mencakupi seluruh kawasan dialek Kedah yang merangkumi seluruh negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara.
12
Rujukan Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar. (2002). Dialek Kedah sebagai pencerminan sejarah budaya Kedah. www.mykedah2.com/10heritage/106_3_p4.htm
Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Nurulafiqah Suhaimi. (2013). Sintaksis kata tanya ‘sapa’ dalam dialek Kedah. GEMA Online Journal of Language Studies, 13(1), 43 – 59. Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maslida Yusof, Marlyna Maros & Muhammad Fadzli Jaafar. (2011). Ooops.. maaf: Strategi kesopanan dan penebus kesalahan. Jurnal Melayu (8), 27 – 50. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2012). Tatabahasa dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rohani Mohd. Yusof. (2003). Kuala Kangsar sebagai zon transisi dialek. Jurnal Bahasa, 3 (4), 588 – 604.
Shahidi, A. H. & Rahim Aman. (2010). Pengaruh dialek dalam pertuturan bahasa Melayu standard: Pencerakinan bunyi berasaskan spectrogram. Jurnal Bahasa, 10 (2) Zaharani Ahmad. (2006). Kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu: Analisis tatatingkat kekangan. Jurnal e-Bangi, 1 (1), 1 – 26. 13