Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
BAB B : PENDAFTARAN
KANDUNGAN M/S 1. Objektif
2
2. Tempoh Pendaftaran
2
3. Aset Yang Diterima Tanpa Penempatan
2
4. Aset Yang Dibekalkan Bersekali Dengan Bangunan
2
5. Aset Yang Disewa Beli
2-3
6. Aset Yang Disewa
3
7. Aset Lucut Hak
3
8. Pindahan Aset
3-4
9. Penempatan Aset
4
10. Pendaftaran Aset Alih Secara Hadiah
4
11. Pendaftaran Aset Alih Penyelidikan
4
12. Tatacara Pendaftaran Aset Alih
4-7
13. Pergerakan Aset Alih
7
14. Penyimpanan Daftar
7
15. Senarai Aset Alih Di Lokasi (KEW.PA-7)
7
16. Laporan Harta Modal dan Aset Bernilai Rendah/ Inventori (KEW.PA-8)
8
17. Carta Alir Pendaftaran
8-9
18. Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) 19. Daftar Inventori (KEW.PA-3) 20. Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4) 21. Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5) 22. Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-6) 23. Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) 24. Laporan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-8)
Page | 1
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
BAB B : PENDAFTARAN
TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH UNIVERSITI (TPAU) BAB B : PENDAFTARAN 1. OBJEKTIF Pendaftaran aset alih adalah bertujuan untuk:a. b. c. d. e.
Mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan kemaskini Memudahkan pengesanan dan pemantauan Membolehkan keadaan aset alih diketahui Memudahkan penyelenggaraan, pelupusan dan penggantian aset alih Memudahkan Unit Pengurusan Aset mengenalpasti aset/inventori yang berada di PTJ untuk tujuan perlindungan insuran dan juga tuntutan kerugian jika berlaku kehilangan/kebakaran. Aset alih yang tidak di daftarkan tidak akan dilindungi dan tidak akan diganti sekiranya berlaku kebakaran/kehilangan.
2. TEMPOH PENDAFTARAN Setiap aset alih hendaklah didaftarkan dalam tempoh 14 hari selepas barang diterima 3. ASET YANG DITERIMA TANPA PENEMPATAN Aset yang diterima tanpa penempatan hendaklah diletakkan nama Pegawai Aset dalam UFASt dan menandatangani KEW.PA-2 atau KEW.PA-3. Apabila aset tersebut telah ditentukan penempatan sebenarnya, maka perubahan penempatan pada KEW.PA-2 atau KEW.PA-3 hendaklah dikemas kini. 4. ASET YANG DIBEKALKAN BERSEKALI DENGAN BANGUNAN Aset alih yang dibekalkan bersekali dengan bangunan hendaklah didaftarkan mengikut tatacara ini. 5. ASET YANG DISEWA BELI Aset yang disewa beli hendaklah didaftarkan berdasarkan kepada terma dan syarat yang terkandung di dalam perjanjian sewa beli iaitu:5.1
Didaftarkan semasa diterima jika:a. Dalam perjanjian sewa beli dinyatakan aset tersebut telah menjadi milik PTJ bermula tarikh penerimaan/ penyerahan; dan b. Penyelenggaraan aset dilaksanakan oleh PTJ; atau c. Kos penyelenggaraan ditanggung oleh PTJ.
5.2
Didaftarkan selepas tamat tempoh perjanjian jika:-
Page | 2
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
BAB B : PENDAFTARAN
a. Dalam perjanjian sewa beli dinyatakan aset tersebut menjadi milik Universiti selepas sesuatu tempoh perjanjian; atau b. Dalam perjanjian dinyatakan aset akan diganti oleh syarikat/ pembekal sekiranya rosak atau aset yang lama diganti dengan yang baharu dalam tempoh perjanjian di mana; Penyelenggaraan aset dilaksanakan oleh syarikat/ pembekal; atau c. Kos penyelenggaraan semasa tempoh perjanjian ditanggung oleh syarikat/ pembekal aset berkenaan 5.3
6.
Senarai aset yang di sewa beli hendaklah disediakan semasa diterima oleh PTJ bagi tujuan rekod.
ASET YANG DISEWA Aset yang disewa daripada syarikat/ pembekal/ pengilang seperti mesin fotostat, kenderaan dan sebagainya tidak perlu didaftarkan di bawah tatacara ini. Satu senarai aset yang disewa hendaklah disediakan oleh PTJ bagi tujuan rekod.
7. ASET LUCUT HAK 7.1
PTJ yang bercadang untuk menggunakan aset lucut hak dikehendaki mendapatkan kelulusan MPU dan didaftarkan.
7.2
Aset lucut hak yang tertakluk di bawah akta tertentu adalah menjadi tanggungjawab kuasa-kuasa tertentu untuk menentukan tindakan yang diambil ke atas aset berkenaan bagi maksud Akta tersebut sahaja.
8. PINDAHAN ASET 8.1
Pindahan aset bermaksud memindahkan aset antara PTJ dengan PTJ yang lain setelah mendapat kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.
8.2
Aset baharu yang dibeli bagi tujuan pindahan ke PTJ lain, tidak perlu didaftar oleh PTJ yang membuat perolehan. PTJ yang menerima hendaklah mendaftarkan aset tersebut berdasarkan punca maklumat.
8.3
Bagi aset yang telah didaftarkan oleh PTJ pemberi, salinan asal KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 hendaklah diserahkan kepada PTJ penerima. KEW.PA-4, KEW.PA-5 dan KEW.PA-7 hendaklah dikemaskini oleh PTJ pemberi.
8.4
PTJ penerima hendaklah mengemaskini maklumat penempatan dalam KEW.PA-2 dan KEW.PA3 dan mengemas kini KEW.PA-4, KEW.PA-5 serta KEW.PA-7.
8.5
Aset yang dipindahkan antara PTJ bagi tujuan latihan dan pameran hendaklah didaftarkan semula oleh PTJ penerima.
Page | 3
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
8.6
BAB B : PENDAFTARAN
Aset yang dipindahkan untuk tujuan latihan atau pameran hendaklah digunakan bagi maksud tersebut sahaja. Contohnya kenderaan yang dipindahkan untuk latihan hendaklah digunakan untuk latihan sahaja dan tidak boleh digunakan semula di jalan raya selepas dibaiki.
9. PENEMPATAN ASET Aset yang dibeli oleh PTJ untuk di tempatkan kepada PTJ yang lain tindakan berikut hendaklah dilaksanakan:9.1
PTJ yang membuat pembelian aset hendaklah mendaftarkan aset tersebut dalam KEW.PA-2 dan KEW.PA-3. Nombor ID aset yang telah didaftarkan adalah kekal kerana aset tersebut milik PTJ asal;
9.2
Salinan asal KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 hendaklah diserahkan kepada PTJ penerima;
9.3
PTJ penerima hendaklah membuat penempatan ke atas aset dan menyediakan KEW.PA-7 secara berasingan;
9.4
PTJ penerima tidak perlu mendaftarkan semula aset tersebut; dan
9.5
Semua urusan pengurusan aset termasuk penyelenggaraan, pemeriksaan, pelupusan dan hapus kira kehilangan aset adalah di bawah tanggungjawab PTJ yang menerima.
10. PENDAFTARAN ASET ALIH SECARA HADIAH Aset alih yang diterima secara hadiah bagi tujuan pameran dan latihan/pembelajaran perlu didaftarkan di dalam UFAST dan cetak KEW.PA-2 / KEW.PA-3 dan ianya dikelaskan sebagai kategori aset alih yang diterima secara hadiah. 11. PENDAFTARAN ASET ALIH PENYELIDIKAN Aset alih yang diperolehi melalui pemberian geran dari semua agensi diklasifikasikan sebagai aset alih UKM. Kakitangan yang menerima geran atau terlibat dengan penyelidikan yang menggunakan geran perlu mengembalikan dan menyerahkan semua aset alih yang dibeli menggunakan geran tersebut kepada pihak Universiti melalui Ketua Jabatan masing-masing selepas projek penyelidikan selesai dijalankan. 12. TATACARA PENDAFTARAN ASET ALIH 12.1
Dokumen Rujukan Bagi mendaftar aset, dokumen berikut boleh dirujuk:12.1.1 Aset alih yang dibeli:-
Page | 4
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
a. b. c. d. e. f. g.
BAB B : PENDAFTARAN
Pesanan Rasmi Universiti Nota Serahan Invois Dokumen Kontrak Kad Jaminan Manual Pengguna Dokumen - dokumen lain yang berkaitan.
12.1.2 Aset alih yang disewa beli:a. Surat Ikatan Perjanjian; dan b. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan. 12.1.3 Aset alih yang diterima daripada pelbagai sumber lain untuk didaftarkan:a. Salinan Daftar Harta Modal atau Daftar Inventori jika aset diterima secara pindahan atau melalui serahan; b. Surat kelulusan menerima hadiah mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa berserta maklumat lengkap aset alih berkaitan; c. Salinan Perintah Lucut Hak bagi aset yang diterima berikutan Perintah Lucut Hak Mahkamah; d. Salinan dokumen-dokumen pembelian sekiranya diterima melalui agihan atau apaapa kelulusan khas;atau e. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan. 12.1.4 Aset alih yang belum berdaftar:Sekiranya tiada punca maklumat seperti di para 12.1.1, 12.1.2 dan 12.1.3, pendaftaran hendaklah berasaskan maklumat di fizikal aset alih berkenaan atau sumber-sumber lain yang berkaitan. 12.2
Dokumen Pendaftaran Bagi memudahkan urusan merekod dan mengesan sesuatu aset alih, dokumen yang digunakan adalah seperti berikut:a. b.
12.3
Daftar Harta Modal KEW.PA-2; dan Daftar Inventori KEW.PA-3.
Butiran Maklumat Butiran maklumat di dalam KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat.
12.4
Tandatangan Ketua Jabatan di KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 Page | 5
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
12.5
BAB B : PENDAFTARAN
12.4.1
Ketua Jabatan/Bahagian/Unit hendaklah menyemak dan mengesahkan maklumat yang terdapat dalam KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 sebelum menandatangani di ruangan tersebut.
12.4.2
Ketua Jabatan/Bahagian/Unit adalah dipertanggungjawabkan untuk menandatangani KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 bagi pihak terdahulu atau sebelumnya untuk daftar yang belum ditandatangani.
Penyediaan Senarai Daftar Harta Modal KEW.PA-4 dan Senarai Daftar Aset Alih Bernilai Rendah/Inventori KEW.PA-5 Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4) dan Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5) disediakan oleh Pegawai Aset di PTJ secara tahunan mengikut senarai Harta Modal dan Inventori untuk PTJ. KEW.PA-4 dan KEW.PA-5 hendaklah dikemas kini apabila terdapat aset baru, aset di lupus atau aset dihapus kira.
12.6
Pengemaskinian Daftar Aset Alih Daftar aset alih hendaklah dikemaskini apabila berlaku perkara-perkara berikut:i. ii. iii. iv. v. vi.
12.7
Perubahan penempatan Perubahan nama pegawai penempatan Penambahan/ penggantian/ penaiktarafan aset alih; Pemeriksaan aset alih; Pelupusan; dan Hapuskira.
Pelabelan Aset Alih 12.7.1 Semua aset hendaklah diberi tanda pengenalan dengan cara melabel atau mengecat atau mencetak timbul bagi menunjukkan tanda Hak Universiti Kebangsaan Malaysia dan nama PTJ yang berkenaan di tempat yang bersesuaian pada aset berkenaan. Bagi PTJ yang mempunyai pencetak label hendaklah cetak melalui sistem dan dilekatkan pada aset berkenaan. 12.7.2 Bagi aset yang digunakan bagi tujuan penyamaran dan risikan hendaklah dilabelkan di tempat yang tidak mudah dilihat. 12.7.3 Bagi aset yang sukar atau tidak praktikal untuk dilabel seperti keadaan fizikalnya kecil, tidak melekat, mudah rosak, kerap dicuci dan disteril atau aset tersebut digunakan dalam air dan seumpamanya menyebabkan label tertanggal dikecualikan daripada pelabelan. Nombor siri pendaftaran dicatat pada Lokasi Penyimpanan Aset berkenaan mengikut kesesuaian.
Page | 6
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
BAB B : PENDAFTARAN
12.7.4 Bagi memudahkan urusan pengesanan dan pelupusan aset yang dibeli/ diterima bersama induk maka komponen/ aksesori yang dibekalkan bersama aset alih tersebut hendaklah direkodkan di Bahagian Aksesori dalam UFASt. Contoh komponen/ aksesori bagi komputer adalah tetikus, papan kekunci, speaker dan monitor. Contoh komponen/ aksesori bagi kapal adalah enjin, sistem GPS dan binocular. 13. PERGERAKAN ASET ALIH Pergerakan Harta Modal / Inventori bagi tujuan gunasama, pinjaman atau penempatan sementara hendaklah direkod pada : i. ii.
iii.
Daftar Pergerakan Harta Modal Dan Inventori (KEW.PA-6) sekiranya pinjaman di dalam UKM atau Borang Kebenaran Membawa Keluar Aset Alih-Harta Benda UKM (UKM-SPKP-JP-PK11BO06) dan Buku Daftar Pergerakan Aset (KEW.PA-6) jika aset dibawa keluar dari UKM atau Borang Akuan Penerimaan Aset/Inventori (UKM-SPKP-PKU08-BO01) untuk alat penyelidikan seperti komputer riba, kamera, Ipad dan voice recorder
14. PENYIMPANAN DAFTAR 14.1
Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) dan Daftar Inventori (KEW.PA-3) hendaklah disimpan dalam fail kulit keras di dalam kabinet berkunci
14.2
KEW.PA-6 hendaklah disimpan di dalam kabinet berkunci
15. SENARAI ASET ALIH DI LOKASI (KEW.PA-7) 15.1
Senarai Aset alih mengikut lokasi Harta Modal / Inventori itu ditempatkan hendaklah disediakan oleh Pegawai Aset menggunakan Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) dalam dua (2) salinan.
15.2
Satu (1) salinan senarai hendaklah dipamerkan di lokasi tersebut manakala satu (1) salinan lagi disimpan oleh Pegawai Aset. Bagi aset yang kerap berlaku perubahan penempatan dan sukar untuk dikawal pergerakannya seperti kerusi/ meja di dalam kelas, KEW.PA-7 tidak perlu dipamerkan. Walau bagaimana pun Pegawai Aset hendaklah memastikan aset tersebut berada di pejabat berkenaan pada setiap masa;
15.3
KEW.PA-7 hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa apabila terdapat perubahan kuantiti, lokasi atau pegawai penempatan; dan
15.4
KEW.PA-7 hendaklah dikepilkan bersekali dengan nota serah tugas pegawai berkenaan apabila berlaku pertukaran/ persaraan dan sebagainya. Pegawai yang mengambil alih hendaklah menyemak dan mengesahkan aset di penempatan tersebut.
Page | 7
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
16.
BAB B : PENDAFTARAN
LAPORAN HARTA MODAL DAN ASET BERNILAI RENDAH/INVENTORI (KEW.PA-8) Unit Pengurusan Aset mengemukakan KEW.PA-8 setiap sukuan tahunan kepada Jawatankuasa Pengurusan Aset Universiti.
17.
CARTA ALIRAN PENDAFTARAN Carta Aliran Pendaftaran Aset Alih adalah seperti di Jadual 1
Page | 8
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
BAB B : PENDAFTARAN
Jadual 1
CARTA ALIRAN PENDAFTARAN ASET ALIH UNIVERSITI
1
Terima aset bersama punca maklumat
2
Kemaskini maklumat aset dalam UFASt selepas Akuan Penerimaan Barang diluluskan
3
Cetak Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) dan Daftar Inventori (KEW.PA -3)
4
Dapatkan tandatangan Ketua Jabatan dan pemegang/pengguna aset menggunakan Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) dan Daftar Inventori (KEW.PA -3)
5
Terima label dari Unit Pengurusan Aset atau cetak label bagi PTJ yang mempunyai pencetak
6
Tampal label pada aset
7
Cetak Senarai Harta Modal Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4) dan Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5) mengikut bulan atau tahunan melalui UFASt
8
Sediakan atau kemaskini Senarai Aset KEW.PA-7 sedia ada
9
Pemerkan KEW.PA-7 mengikut lokasi
10
Simpan Daftar Fail
KEW.PA-2 Page | 9
DAFTAR HARTA MODAL Jabatan/Bahagian/Unit:___________________________________ BAHAGIAN A Id Aset Keterangan Kategori Sub Kategori Jenis/Jenama/Model Buatan Jenis Dan No. Enjin No Casis/Siri Pembuat No Pendaftaran (Bagi Kenderaan) KOMPONEN/AKSESORI:
Harga Perolehan Asal Tarikh Diterima No. Pesanan Rasmi Tempoh Jaminan Nama Pembekal Dan Alamat:
Tarikh Baucar tahun
bulan
ID CETAKAN: KUANTITI:
Nama Jawatan Tarikh Cop
……………………….. Tandatangan Ketua Jabatan : : : :
**Sila rujuk lampiran bagi kuantiti aksesori melebihi 5
PENEMPATAN Tarikh
Lokasi
Tarikh
Rujukan Kelulusan
Status Aset
Nama Pegawai
PEMERIKSAAN Nama Pemeriksa
PELUPUSAN/HAPUS KIRA Tarikh Kaedah Pelupusan
Tandatangan
Tandatangan
Tandatangan
KEW.PA-2 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DAFTAR HARTA MODAL BUTIR-BUTIR PENYELENGGARAAN, KEROSAKAN, PENAMBAHAN, PENGGANTIAN DAN NAIKTARAF
Bil.
Tarikh
No. Kontrak/ No. PR
Nama Pelapor
BAHAGIAN B Butiran penyelenggaraan, kerosakan, penambahbaikan, penggantian dan naiktaraf
Nama Syarikat
Tempoh Jaminan
Kos(RM)
KEW.PA-3
DAFTAR INVENTORI Jabatan/Bahagian/Unit:___________________________________ BAHAGIAN A Id Aset Keterangan Kategori Sub Kategori Jenis/Jenama/Model Buatan Jenis Dan No. Enjin No Casis/Siri Pembuat No Pendaftaran (Bagi Kenderaan) KOMPONEN/AKSESORI:
Harga Perolehan Asal Tarikh Diterima No. Pesanan Rasmi Tempoh Jaminan Nama Pembekal Dan Alamat:
Tarikh Baucar tahun
bulan
ID CETAKAN: KUANTITI:
Nama Jawatan Tarikh Cop
……………………….. Tandatangan Ketua Jabatan : : : :
**Sila rujuk lampiran bagi kuantiti aksesori melebihi 5
PENEMPATAN Tarikh
Lokasi
Tarikh
Rujukan Kelulusan
Status Aset
Nama Pegawai
PEMERIKSAAN Nama Pemeriksa
PELUPUSAN/HAPUS KIRA Tarikh Kaedah Pelupusan
Tandatangan
Tandatangan
Tandatangan
KEW.PA-3 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DAFTAR INVENTORI BUTIR-BUTIR PENYELENGGARAAN, KEROSAKAN, PENAMBAHAN, PENGGANTIAN DAN NAIKTARAF
Bil.
Tarikh
No. Kontrak/ No. PR
Nama Pelapor
BAHAGIAN B Butiran penyelenggaraan, kerosakan, penambahbaikan, penggantian dan naiktaraf
Nama Syarikat
Tempoh Jaminan
Kos(RM)
KEW.PA-4
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SENARAI DAFTAR HARTA MODAL BAGI TAHUN ………….. Fakulti/Jabatan/Institut/Pusat :
BIL.
NOMBOR PESANAN RASMI
ID ASET
JUMLAH
NAMA ASET
NOMBOR APB
TARIKH LULUS PESANAN RASMI
HARGA PEROLEHAN ASAL (RM)
KEW.PA-5
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SENARAI DAFTAR INVENTORI BAGI TAHUN ………….. Fakulti/Jabatan/Institut/Pusat :
BIL.
NOMBOR PESANAN RASMI
ID INVENTORI
JUMLAH
NAMA ASET
NOMBOR APB
TARIKH LULUS PESANAN RASMI
HARGA PEROLEHAN ASAL (RM)
KEW PA-6
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DAFTAR PERGERAKAN HARTA MODAL DAN INVENTORI Nama Alat Id Aset Jenis Jenama dan Model No. Siri Pembuat Bil
Nama Peminjam
Pegawai Pengeluar
Catatan No telefon/HP
Jabatan
Tarikh Dikeluarkan
Jangka Dipulangkan
T/tangan Peminjam
Ketika Dikeluarkan T/tangan
Tarikh
Ketika Dipulangkan T/tangan
Tarikh
KEW.PA-7
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SENARAI ASET ALIH BAHAGIAN : _____________________________ LOKASI
: _____________________________
BIL
(a)
KETERANGAN ASET
KUANTITI
Disediakan oleh:
(b) Disahkan oleh:
…………………………………
…………………………………
Tandatangan Nama
: _______________________
CATATAN
Tandatangan Nama
: _______________________
Jawatan : _______________________
Jawatan : ______________________
Tarikh
Tarikh
: _______________________
: _______________________
Nota : a) Disediakan oleh Pegawai Aset b) Pegawai yang mengesahkan ialah pegawai yang bertanggungjawab ke atas aset berkenaan contohnya : i) Lokasi bilik Setiausaha Bahagian – disahkan oleh Setiausaha Bahagian ii) Lokasi bilik mesyuarat – disahkan oleh pegawai yang menguruskan bilik mesyuarat c) Dikemaskini apabila terdapat perubahan kuantiti, lokasi atau pegawai bertanggungjawab
KEW.PA-8
LAPORAN HARTA MODAL DAN INVENTORI BAGI SUKU ………….. TAHUN ………….. BAHAGIAN/ JABATAN : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BIL
OBJEK LANJUT
KATEGORI ASET
BILANGAN KEW.PA-2
JUMLAH NILAI HARTA MODAL (RM)
BILANGAN KEW.PA-3
JUMLAH NILAI INVENTORI (RM)
-
-
-
1 2 3 4 5 6 7 8 JUMLAH
-