1 “JOM LA…” rengek Syaima. “Malaslah…” “Sekejap aje…” Syaima masih tak mahu mengalah. “Awak punya sekejap tu seratus peratus tak boleh dipercayai, tahu?” Syifa menjawab. Sememangnya itulah hakikatnya. Tengku Syaima al-Humaira Tengku Abdul Huzaiman, sepupunya itu memang tidak boleh dipercayai sangat. Di mulut kata lain, dalam hati kata lain, badan dia pun kata lain! Pendek kata, semuanya tak sekatalah dengan Si Syaima tu! Syaima dah mula tunjuk muncung Donald Ducknya. “Alah Syifa… sekali. Sekali cuba aje. Okey? Bolehlah…” Syifa merengus lembut. “Yalah! Yalah! Sekali aje tau! Lepas tu kita pergi Popular. Janji?” Akhirnya Syifa mengalah. Jelas hatinya tidak rela dengan apa yang baru diucap mulut namun Syaima punya fasal, diturutkan jua. 1
Lamaran buat Syifa
Langkah kaki diatur dengan malas ke arked Timezone. Cis! Aku dah mula menyesal nih! Mana ada orang yang pakai tudung pergi ke tempattempat macam ni? Tambahan pula dengan baju yang mereka pakai sekarang ni. Okey. Mungkin ada la satu dua gitu tapi... direnung tampan sepupunya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Sungguh tak sesuai dengan tempat ni langsung! Argh! Syaima!!! “Yes!!!” Lengan Syifa dicuit Syaima tatkala matanya memandang permainan yang dicari. Sengihan Syaima melebar membuatkan Syifa turut menoleh pandang ke arah yang dimaksudkan sepupunya. Oh tidak!!! Syifa beri Syaima pandangan ‘no way!’ namun dijawab balik oleh Syaima dengan pandangan ‘yes way!’. Syaima siap jongket-jongket kening lagi menandakan yang dirinya memang sudah tidak sabar mahu main permainan itu! “Yuk!” Lantas lengan Syifa ditarik ke arah mesin yang memuatkan dua orang di dalamnya itu. “Syaima... kita takutlah. Kenapa nak main yang ni? Main permainan lainlah...” Syifa masih mahu memujuk walau diketahui yang peratusan kehendaknya dituruti Syaima teramatlah nipis, senipis kulit bawang. Tapi dia tetap nak cuba juga. Manalah tahu kut-kut Syaima boleh cair. But then again, knowing Syaima, she probably won’t! Si Syaima ni memang keras kepala dua macam! Dah bukan semacam lagi dah. Sampaikan mama dan papa dia pun kadangkala tak terkata apa dek perbuatan dia yang susah nak difahami. “Tapi wak…” Syifa membahasakan diri Syaima dengan panggilan ‘awak’. Memang sejak kecil 2
Ana Yunisza
lagi mereka menggunakan ganti diri ‘awak’ untuk awak dan ‘kita’ untuk saya. Kadang-kadang, acap kali jua panggilan ‘awak’ itu akan bertukar kepada ‘wak’ sahaja. Kata ganti diri itu sudah melekat di bibir kedua-duanya. Serasa janggal pula kalau nak menukar panggilan tersebut kepada ‘kau’ dan ‘aku’. Jadinya, hingga kini mereka tetap kekal menggunakan panggilan awak-kita. Lagipun, apa yang nak dikisahkan sangat? Memang di Singapura ni kebanyakan kanak-kanak (setahu Syifa la) menggunakan bahasa macam mereka tu. Tak tahu la pula kalau-kalau budak-budak zaman sekarang ni guna I-you aje. Tapi rasanya memang dia pernah dengar budak darjah satu yang guna I-you dengan kawan mereka. Ini sah-sah ikut bahasa mak bapak dia orang tu ha.... “Dah! Tak ada tapi-tapi lagi! Keputusan kita muktamad! Nyehehehe!” ujar Syaima berserta dengan ketawa jahat dia. Cet! Asbejus kau Syaima! Aku gayatlah nak main permainan tu. Mata Syifa dah mula berair namun ditahan kehendak hati yang memang tersangat hendak nangis kala ini. “Awak tunggu sini. Biar kita beli kad Timezone, okey! Nah, jagakan beg kita sekali.” Syifa menyambut huluran Syaima. Sekejap sahaja beg tangan kecil molek yang dipenuhi manik-manik halus berkilau itu sudah berada di tangan Syifa. “Syifa darliiing!” Erk. Meremang bulu roma Syifa mendengar suara gedik Syaima yang sengaja dibuat-buat. Begitulah Syaima... kalau hati sudah gembira, seribu satu gelagat yang akan dipaparkan percuma untuk khalayak umum. Dasar attention seeker! 3
Lamaran buat Syifa
Syaima kembali bersama kad Timezone yang ada nilai. Entah berapa dolarlah yang diisi ke dalam kad itu. Si Syaima ni bukan boleh dipercayai sangat. Silap-silap dia isi seratus dolar ke dalamnya. Yalah, dia tu memang kaki Timezone! “Okey, beg letak kat luar.” Syifa dah cuak. “Luar? Kalau kena curi macam mana?” Tidak dapat tidak Syifa menyuarakan kebimbangan hatinya. Teringat dia akan papan tanda yang sering dijumpai di perhentian bas, LOW crime doesn’t mean NO crime! “Ei... tak naklah!” Syaima berdiri bercekak pinggang di hadapan Syifa. “Dah tu awak nak bawa masuk plastik beg yang sebesar alam tu sekali ke dalam ke?” Syaima menuding jari ke arah beg plastik yang dipenuhi dengan balang berisi kuih di sebelah Syifa. “Ha. Yalah! Yalah! Beg plastik ni aje kat luar. Yang beg kecik ni kita bawak masuk.” Syifa akhirnya membuat keputusan memandangkan beg kecil mereka mengandungi barang-barang yang berharga. Tapi... kalau tercampak keluar macam mana? Syaima memandang ke atas apabila mendengar kata-kata Syifa. Dah tentu-tentu beg plastik tu akan diletakkan di sebelah mesin yang akan kita main. Insya-Allah tiada orang yang ambil punya! “Dah! Yuk! Awak masuk dulu. Kita nak zap kad ni.” Syaima mengarah sambil menggawangkan kad oren kuning bertulis Timezone Powercard di tangannya. Syifa menyusup masuk ke perut mesin. Tidak 4
Ana Yunisza
berapa lama kemudian, kedengaran pekikan lantang dua orang gadis.
SYAIMA KELUAR mendahului Syifa. Syifa yang sudah pening-pening lalat kala itu hilang imbangan badan lalu terpijak kaki seseorang. Sungguh! Pandangannya berpinar-pinar kala ini! Mesin yang mereka naiki tadi ialah mesin yang membuatkan si pemain merasakan keseronokan yang sama seperti menaiki roller coaster! Rasa yang sama Syifa rasakan ketika menaiki Roller Coaster Battlestar Galactica Human dan Cylon di Universal Studios Singapore dahulu. Cuma entah mengapa, impaknya seakan terasa lebih kuat di sini berbanding ketika di Universal Studios. Barangkali kerana material kerusi yang berlainan. Atau mungkin juga kerana sudah lama tidak melakukan ‘kerja gila’ sebegini. Ini semua Syaima punya fasal! “Maaf!” Walaupun sukar namun dipaksa juga mulutnya menuturkan kata meminta maaf pada tuan punya kaki yang telah dipijaknya secara tidak sengaja itu. Menjerit bukan kepalang orang yang dipijak kakinya itu! Yalah, siapa tak menjerit oi? Kalau dah kasut yang Syifa pakai adalah kasut tumit setinggi tiga inci! Kaki besi agaknya orang yang tak menjerit tu. Syaima yang tergamam dek kemalangan kecil itu hanya mampu menahan tawa.
5
Lamaran buat Syifa
“KENAPA dengan kaki kau, bro?” tanya Sanusi apabila terpandangkan temannya yang terhincuthincut berjalan mendekatinya. Takkan beli air sebotol di Valu$ di Basement One (B1) yang tak seberapa nak jauh tu sampai terhincut-hincut kakinya? Jarak antara Timezone di tingkat lima bangunan Causeway Point ni dengan B1 tu tak ada la sampai berjuta kilometer jauhnya. Setakat masuk lif, picit butang B1, lepas tu ta-da! Dah sampai dah pun kat B1. “Sakit...” balas Sufyan separuh mengerang. Jelas kelihatan urat lengan Sufyan tatkala lelaki itu menggenggam botol Green Tea Heaven & Earth yang baru dibelinya tadi dengan erat. Seakan melepaskan rasa sakitnya pada botol tersebut. Atau mungkin juga dia sedang menahan sakit. Itu aku pun tahu, la! “Kau jatuh ke? Terseliuh?” Tapi tengok buku lali tu macam okey aje... Cis! Kaki aku tengah sakit ni dia boleh banyak soal la pulak. “Kena pijak dek orang,” Semerta Sanusi tergelak besar. “Godzilla mana yang dah pijak kaki kau tu?” “Ha ya la tu. Godzilla yang pakai baju kurung,” Sufyan menggumam rendah. Nasib baik dia tak pijak sekuat tenaga tadi. Kalau tak, sah-sah aku kena masuk wad la ni jugak! “Siapa dia?” soal Sanusi dengan sisa tawa apabila telinganya menangkap suara daripada mulut Sufyan. “Tak ada siapalah!” gumam Sufyan dengan wajah berkerut seribu. Begitulah dia... kalau tengah tak ada mood, wajahnya serupa lempeng basi! 6
Ana Yunisza
“YA ALLAH... Saya minta maaf sangat-sangat! Saya tak sengaja tadi. Betul-betul tak sengaja!” beria-ia Syifa mempertahankan diri. Yalah, orang dah buat salah la katakan. Lagipun, siapa yang akan dengan sengajanya pijak kaki orang lain, kan? “Aduh.... Hei! Awak ni tak reti-reti nak duduk rumah ke? Hari raya macam ni pun masih nak main dekat arked? Cubalah duduk rumah bantu emak masak ke apa. Ada jugak faedahnya!” omel Sufyan. Hati tengah marah... apa sahaja boleh dijadikan modal untuk berbalah. Berdesing telinga Syaima mendengar komen Sufyan yang memang tak berlapik. “Excuse you, mister! Awak mengata orang, yang awak tu buat apa kat sini?” pedas sekali Syaima membalas kata. Rambut ikalnya sengaja ditolak ke belakang ala-ala iklan syampu rambut Sunsilk. Siap dengan bunyi hmph lagi! Dramatik habis la sepupu aku nih! bisik hati Syifa. Kadangkala naik seram juga dia dengan sikap sepupunya yang memang tak kenal erti takut itu. Jangan sekali-kali sesiapa ganggu orang yang dia sayang. She’s very defensive! Siapa-siapa sahaja yang berteman dengan Syaima memang beruntung. Dia amat pentingkan tali persahabatan, kekeluargaan dan segala tali-temali yang sama waktu dengannya la! Sufyan sedikit terkedu dengan serangan balas yang diterima daripada Syaima namun riak wajahnya dikawal sebaik mungkin daripada dikesan oleh kedua-dua gadis di hadapannya. Ya tak ya jugak eh. Tulah... mengata dulang, paku serpih, mengata orang, aku yang lebih! “Saya anak lelaki! Tak perlu nak tolong mak ke apa!” Mulut Sufyan masih mahu membalas kata 7
Lamaran buat Syifa
walaupun sesekali kedengaran suaranya mengerang halus. Tangannya pula gatal sahaja mahu menggosok kaki kirinya yang sakit akibat dipijak gadis bertudung itu namun kerana marahkan dia orang, terpaksalah ditahan kehendak hatinya yang satu itu. Ternganga mulut Syaima dengan jawapan yang diberi Sufyan. Jangan kata lalat, rasanya bermacam spesies kumbang dah boleh bertepek dalam mulut Syaima waktu tu. Nyata dirinya bengang dengan jawapan yang diterima. Mulutnya kemudiannya sengaja diherotkan bagi mengajuk apa yang barusan diperkatakan lelaki itu. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, untuk menyindir lelaki itu. “Dah la tu Syaima. Kita yang salah dalam hal ni. Kita balik, yuk.” Akhirnya Syifa bersuara setelah lama diam. Bukan tak nak kata apa-apa, tapi dah tak boleh nak buka mulut! Asal buka aje, terus rasa macam nak muntahkan segala isi perut. Ini pun dia bercakap dengan separuh mengetap gigi. Terasa ban mian yang baru dia makan di kedai makan Banquet Causeway Point sudah mula meragam dalam perutnya! Ibarat gunung berapi yang bakal mengeluarkan lahar. Kalau mereka berlama, kemungkinan besar dia akan memuntahkan isi perutnya di sini dan yang lebih Syifa tak mahu, kalau dia muntah di depan lelaki itu. “Eh heh! Nanti dulu! Awak nak pergi macam tu aje ke?” Ewah-ewah... dah kasi lebam kaki aku, ada hati nak jalan macam tu aje? Apa? Fikir muka kau orang tu baaanyak jambu? Silap hari bulan kaki aku ni boleh berlubang tau kalau tak dirawat dengan baik! 8
Ana Yunisza
“Nak apa?” soal Syaima tatkala Sufyan menghulur tangan seakan meminta sesuatu daripada mereka. Takkan nak mintak duit kut...? “Duit pampasan.” Hampir bersatu kening Syaima mendengar kata Sufyan. Biar betul! Mamat ni waras ke tak?
9
2 “APA TU, BRO?” tanya Sanusi. “Tak ada apa la.” Lekas-lekas disembunyikan kertas berwarna merah jambu itu ke dalam poket seluarnya. “Ha, bro! Minggu ni kau ikut tak?” “Ikut pergi mana?” tanya Sufyan bak orang dungu. Caramel Frappe disedutnya rakus. Dah penat-penat main bola keranjang, terus minum air sejuk. Ini semua Si Sanusi punya fasallah. Sufyan memang nak balik terus lepas main tadi tapi dah Sanusi yang beria-ia ajak dia ke McDonalds untuk minum air di McCafe, nak kata apa, kan? Kata Sanusi, dia yang belanja. Sufyan pula memang pantang kalau tolak rezeki! Walaupun kaki kirinya kini seakan punya mulut dan menjerit minta pulang. Memandangkan McDonalds di Woodlands Causeway Point agak sesak, mereka memutuskan untuk ke McDonalds di Woodlands Civic Centre sahaja. Jarak antara Causeway Point dengan Civic Centre tidaklah sejauh mana. Setakat dipisahkan 10
Ana Yunisza
dengan sebatang jalan sahaja. Seberang jalan di lampu isyarat aje dah boleh sampai ke Civic Centre dah. “NYPMSN, masa jalan-jalan raya la!” Telefon Sony Ericsson Xperia Arc di genggaman tangan digodeknya. Saja-saja nak baca balik mesej-mesej terdahulu sambil mengemas kini peti masuk mesejnya. “Oh... itu. Tak ah. Aku sibuk sikit minggu ni.” Sufyan memberi alasan. Anak matanya sengaja dilarikan daripada memandang wajah temannya. Sibuk? Cuti semester pun sibuk? Sanusi tepuk bahu Sufyan. “Jangan macam tu bro. Ada ‘dia’ tau.” Sanusi cuba memancing minat temannya untuk turut serta dengan mereka. NYPMSN ialah singkatan bagi Nanyang Polytechnic Malay Students Network. Sudah lama mereka rancang untuk berjalan raya sama-sama namun tarikh yang dipilih selalu sahaja tidak kena dengan sesetengah ahli NYPMSN. Tapi kalau nak ikut tarikh yang semua orang lapang, alamatnya tak berjalan rayalah mereka! Akhirnya, satu tarikh dipilih mengikut persetujuan ramai. Mereka adakan undian di laman Facebook NYPMSN. Inilah dia kelebihan Facebook. Kita boleh buat laman acara sendiri kemudian jemput ahli NYPMSN untuk undi sama ada mereka akan menghadiri acara tersebut atau tak. Nah... kan senang? Tak payah nak ber-SMS seperti dulu dah. Dunia dah maju. Zaman dah moden! “Tengoklah macam mana nanti...” balas Sufyan. Mindanya seakan tidak berada di situ bersama Sanusi sebaliknya menerawang memikirkan benda 11
Lamaran buat Syifa
lain.
“EI!!! GERAMNYA! Kenapa awak pilih untuk muntah waktu tu?” bebel Syaima. Teringat kembali dia saat Syifa dengan cepatnya mencatat sesuatu di atas kertas merah jambu lalu diberi kepada lelaki yang tidak mereka kenali. Tidak cukup dengan itu, Syifa menarik lengannya untuk berlalu pergi macam tu aje. Syaima jelas masih belum puas berbalas kata dengan pemuda itu tentang hal ‘duit pampasan’ itu. Nak buat macam mana... ban mian yang dimakan tadi dah tak nak duduk lama kat dalam perut kita, Syaima. Kita pun sebenarnya lebih rela kalau ban mian tu keluar ikut laluan bawah. Ini dia keluar ikut laluan atas! Peritnya tekak memang tak terkata. Hanyir yang dikeluarkan tak tertahan baunya dek hidung. “Sudah-sudah la tu. Sampai bila awak nak ‘menyanyi’ kat telinga kita ni? Kalau sedap tak apalah jugak. Ini... sumbang!” tegur Syifa akan Syaima yang sejak keluar dari Causeway Point tadi asyik meluahkan rasa tidak puas hatinya. Dan kini, di hadapan pintu rumah Syifa pun Syaima masih duk membebel lagi. Beg plastik di tangan dibetulkan pegangannya. Takut kalau-kalau terdapat kuih yang pecah dalam pegangannya yang sememangnya tak tahu nak bawa beg plastik tu dengan lemah lembut. Entah mengapa, hari ni macam hari malang dia. Sampaikan bawa beg plastik berisi kuih (yang selama ini tiada masalah buatnya) pun sampai tunggang-langgang 12
Ana Yunisza
balang-balang kuih di dalamnya. “Oh... mengata orang, ya? Meh sini, kita piat telinga awak!” Belum sempat Syaima bertindak, telinga mereka dahulu yang dipiat Raahah, ibu Syifa. Meraung bukan main mereka berdua dek cubitan Raahah yang sememangnya punya kuasa tahap Superman itu! “Ibu suruh kamu berdua pergi ambil kuih! Yang kau orang ni dari mana hah dah petang begini baru balik? Hei, anak burung tu dah balik ke sarang baru ibu nampak bayang kau orang ya? Malu la sikit dengan anak burung tu ha...” Raahah memulakan mukadimahnya. Ada ke ibu samakan kita orang dengan anak burung? Tak patut... tak patut sungguh! “Ampun bu... ampun!” hampir serentak, kedua-dua gadis itu memohon simpati. Tahu bahawa mereka di pihak yang salah. Itulah... lain kali kalau orang tua suruh ambil kuih dan balik cepat, dengar cakap mereka dan jangan asal boleh aje buat pelan sendiri nak buat ‘pit stop’ segala! Konon nak singgah sekejap aje. Akhirnya sekejap dah jadi lama, kan? Mulanya Syifa mahu singgah ke Popular Bookstore sebentar cuma. Sekadar mahu membeli pen sahaja. Tapi tiba-tiba Syaima ajak ke Banquet untuk isi perut. Macamlah di rumah tu kekurangan makanan. Padahal satu dapur penuh dengan bermacam jenis lauk. Rendang daging, ayam masak merah, lodeh, sambal goreng, ketupat, sate goreng, kuah kacang dan bermacam lagi hidangan buat santapan mereka sekeluarga. Namakan sahaja... semua ada! Dijamin halal! Cukup untuk tujuh 13
Lamaran buat Syifa
generasi rasanya masakan Raahah tu. Namun Syifa turutkan jua permintaan sepupunya sebab dia pun dah lama tak merasa ban mian kegemarannya di Banquet. Ban mian tu ialah sejenis mi yang diperbuat daripada tepung dan kemudian dimakan dengan sup berserta dengan ayam, ikan bilis, sayur dan telur. “Ki... kita singgah Causeway Point sekejap bu. Syifa nak beli pen. Tapi Syaima ajak pergi Banquet. Tu yang lambat balik bu!” Raahah memiat telinga Syifa dengan lebih kuat. Maklumlah, Syifa kan pakai tudung, jadi telinganya tak dapat dicubit dengan betul kalau nak dibandingkan dengan telinga Syaima yang sudah ketara merahnya. “Menjawab. Menjawab!” Mata Raahah membulat mendengar kata anak gadisnya. “Yang... sudahlah tu. Mereka pun bukannya budak lagi. Yang awak sampai nak piat-piat telinga mereka segala tu kenapa?” Kahar pula menyampuk dari dalam rumah. Raahah melepaskan cubitannya. Dia kemudian berdiri bercekak pinggang menghadap suaminya. “Abang tu selalu aje menangkan anak abang! Kalau macam tu saya tak boleh nak didik mereka la?” Menggunakan isyarat mata, Kahar menyuruh kedua-dua gadis itu masuk ke dalam. Keduadua mereka akur. Arif benar akan situasi begini. Sebentar lagi pasti si isteri mengalirkan air mata dan si suami pula gabra memujuk. Jadi sebelum perkara itu berlaku, ada baiknya mereka selamatkan diri masing-masing dahulu kalau tak mahu jadi mangsa yang tersepit di tengah-tengah ‘perbincangan’ 14
Ana Yunisza
pasangan suami isteri itu.
“ITULAH AWAK! Kita dah cakap tadi jangan singgah Causeway Point tapi awak nak jugak.” Syaima bersuara setibanya mereka di bilik Syifa. Pintu almari baju dibuka dan dia mencapai dua pasang baju tidur. Sepasang untuk dirinya manakala sepasang lagi buat Syifa. Lagak Syaima itu tak ubah seperti bilik itu biliknya sendiri! Yalah, bukan sekali dua dia menumpang tidur di rumah makciknya itu, malah sudah berkali-kali. Dan Syifa pun memang tak kisah langsung kalau Syaima buat bilik tu macam biliknya sendiri. Asal jangan Syaima buat bilik Syifa berselerakan macam biliknya di rumah sana sudahlah. “Eh! Kita nak singgah sebab nak beli pen aje. Itu pun tak dapat sebab dah kelam-kabut nak balik lepas kita muntah tadi. Siapa punya fasal, hah? Kita nak beli pen tu awal-awal, awak ajak menyinggah sana-sini.” Syifa memandang Syaima yang sudah berbaring di atas katil usai menyalin pakaian tidur. Syaima masih tayang muka tak bersalahnya. Tadi selepas Syifa memuntahkan segala isi perut, mereka terus pulang hingga tak sempat untuk singgah ke Popular kerana Raahah sudah mula bertanya, lebih kepada membebel daripada bertanya sebenarnya di mana mereka berdua berada ketika itu. Mereka pun apa lagi... terus memecut ke Woodlands Bus Interchange dan menaiki bas 903 untuk pulang. “Tepilah!” Kaki Syaima ditolak ke birai katil 15
Lamaran buat Syifa
agar dapat memuatkan tubuh mereka berdua di atas katil bujangnya. “Tapi kan wak... muka budak yang awak pijak kaki dia tu macam kita pernah nampaklah,” ujar Syaima tiba-tiba. “Yakah? Di mana?” duga Syifa yang sudah mengambil tempat di sisi sepupunya. “Tak tahu. Tapi serius! Kita macam pernah nampaklah muka dia! Cuma tak ingat kat mana...” bersungguh-sungguh Syaima berkata. Lengannya disilangkan ke dada. Mindanya ligat berputar memikir di mana pernah dia lihat wajah lelaki itu. “Nanyang Poly.” Pendek aje jawapan Syifa namun sudah cukup untuk membuatkan Syaima kalih pandang ke wajah sepupunya itu dengan muka pelik. “Mana awak tahu? Awak pernah jumpa dia ke sebelum ni?” Syaima berusaha untuk memalingkan badan sepupunya yang sudah membelakangkan dirinya di katil itu namun gagal. “Sort of.” Jawab Syifa mendatar, masih enggan mengulas dengan lebih lanjut membuatkan muka Syaima masam mencuka. “Alah bilanglah!” rengus Syaima. “Dah malamlah. Tidur ajelah.” Syifa memejamkan mata. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi dengkuran nafasnya. Syaima menjebik tak puas hati. Dalam diri berikrar akan membongkar cerita daripada sepupunya esok. Mesti! Wajib!
16
Ana Yunisza
“SELAMAT PAGI!” Hampir jatuh ke lantai tubuh Syifa disergah begitu oleh Syaima. Mana taknya? Dahlah tidur atas katil bujang ni berdua. Dah tu, apabila buka mata aje, tersembul wajah Syaima di depan mukanya. Hesy, nasib baik aku tak dapat serangan jantung. Syifa terpisat-pisat menggosok matanya. “Pagi...” balas Syifa dengan suara serak-serak basah. Baru bangun tidur la katakan.... “Dah... bangun, solat. Lepas tu... sambung cerita!” Ceria benar suara Syaima pagi itu. Syifa akur bak anak kecil menurut arahan yang diberi oleh ibunya. Tuala Winnie the Pooh yang disangkut di belakang pintu dicapai lalu dia mengorak langkah menuju ke bilik air dapur. Usai mengangkat wuduk, dia menunaikan solat subuh lalu kembali ke katil empuk yang dikongsi bersama Syaima sejak seminggu lalu. Saja Syaima nak menghabiskan masanya di rumah Syifa kerana mama dan papanya sibuk menguruskan perniagaan mereka di Istanbul. Jadi daripada dia menyambut raya berseorangan di rumah, ada baiknya dia tumpang tinggal di rumah Syifa sahaja. Setidaktidaknya ada juga teman untuk diajak berbual. Tidaklah dia kesunyian menyambut raya. Nak harapkan abang... hengh! Awal-awal lagi abang dah bercadang untuk beraya di rumah temannya! “Alah... sambunglah cerita!” Syaima jelas tidak mahu beralah. Masih belum dilupakan kisah semalam. Dia siap duduk bersila atas katil lagi dengan tangan menongkat dagu. Syifa yang sudah berbaring merenung pelik wajah sepupunya. 17
Lamaran buat Syifa
“Cerita apa?” “Mamat Timezone tu la!” Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula! Geram Syaima dengan perangai sepupunya yang suka berahsia. Kalau tak dia yang mula mendesak, jangan harap dia akan dapat tahu rahsia Syifa. Begitulah mereka selama ini. Bahkan sejak kecil lagi Syifa sukar berkongsi cerita melainkan kalau Syaima yang mendesak. Pun begitu, Syaima tahu batasnya. Kalau dah Syifa berkeras, dia tidak akan mendesak sangat. Dia kan, understanding orangnya! “Nanti-nantilah kita ceritakan pada awak kalau ada masa.” Syifa sudah mahu menyambung tidur. “I need my beauty sleep!” Syaima cuma mampu mendengus mendengar kata-kata Syifa itu. “Lepas subuh kan tak digalakkan tidur balik!” Sengaja dia guna ayat skema yang sering Syifa gunakan ke atasnya. Nah, kini dia mengembalikan semula ayat tu pada Syifa! Berdecit mulut Syifa apabila dirinya terusterusan diganggu Syaima. “Hari ini dikecualikan!” Mata Syaima dipicingkan sedikit, memberi amaran. “Kita pegang pada kata-kata awak ek!” Akhirnya itu yang terluah di mulut gadis itu walau sebenarnya dia teringin benar nak tepuk kaki sepupunya di depannya itu. Tak apa la... kasihan punya fasal. Dibiarkan sahaja Syifa menyambung tidur dan dia pun, apa lagi... join sekaki la dengan Syifa! Hehehe!
18
3 LAMBAT-LAMBAT Syifa bangun dengan malas. Dah agak dah. Memang betul pun aku kena bangun untuk buka pintu hari ni. Tudung basahan yang disangkut bersebelahan tuala mandi di belakang pintu bilik dicapai lalu disarung kemas di kepala. Langkah kaki diatur menuju ke arah pintu utama rumahnya. Kalau nak harapkan Syaima yang bangun untuk buka pintu, alamat bagai nak tunggu kucing bertanduklah gamaknya! Tombol pintu dipulas dan wajah seorang lelaki tersembul di depan matanya. Lelaki dalam lingkungan umur 30-an itu sedang memegang topi keledar hitam di tangan kirinya. Manakala tangan kanannya pula terdapat sejambak bunga ros merah. “Sudah...” Syifa menggumam di bawah sedar. Pandangan matanya yang masih kabur itu membuatkan Syifa menggenyeh-genyeh matanya berkali-kali di hadapan lelaki itu. Termasuk kali ini sudah tiga kali mulutnya menguap menahan 19
Lamaran buat Syifa
kantuk. “Miss...” belum sempat lelaki itu berkata apa, Syifa terlebih dahulu memotong ayatnya. “I know... I know. Where should I sign?” Syifa menandatangani surat yang menyatakan dia sudah menerima bunga tersebut. Kunci mangga dicapai lalu pintu gril dibuka. Huluran ros merah itu disambut Syifa.
“SIAPA TU, AWAK?” Syaima menggeliat kecil di atas katil. “Orang hantar bunga...” jawab Syifa dengan malas. “Lagi?” Kali ini mata Syaima celik. Tak percaya. That makes it... what? Dua kali dalam seminggu? Power la Uncle Har! Lantas kedua-dua mereka melepaskan tawa halus. Dah selalu sangat dah tengok babak seperti ini. Sebentar lagi pasti ada ‘drama’ yang menyayat hati. Mungkin pada orang yang baru pertama kali nampak, pada mereka episod itu boleh menyentuh hati mengalahkan cerita Kabhi Khushi Kabhi Gham namun bagi mereka berdua yang sudah sering kali menonton babak yang sama, tak adalah tersentuh hati sangat. Naik jelak pun ada kalau tengok. Dah selalu sangat taktik ni diguna dan ‘orang yang digula-gulakan’ pun memang senang nak digulakan. Satu... dua... tiga! Kedengaran suara tangis Raahah memecah kesunyian flat lima bilik yang mereka diami. Hampir serentak, kedua-dua mereka mendengus. 20
Ana Yunisza
“Nampaknya, wak... tak dapatlah kita sambung tidur semula!” rungut Syaima pada Syifa yang baru sahaja membaringkan tubuh di sebelahnya. “Eiii!” Kepala yang tidak gatal digaru Syifa. Sampai kusut-masai jadinya rambut Syifa. “Ibu ni kalau sehari tak berdrama tak boleh ke?” Kenapalah hidup aku dipenuhi dengan orang yang sungguh dramatik?
“PAGI, AYAH!” Kahar yang sedang bersarapan pagi di meja makan disapa Syifa. Dia mengambil tempat di hadapan ayahnya. “Selamat tengah hari, puteri ayah!” Kahar membetulkan ayat puterinya. “Syaima mana?” “Masih kat dalam bilik. Sambung tidur lagi agaknya. Dah ibu asyik meraung aje sejak dapat bunga tu, mana kita dapat nak lelapkan mata!” Sengaja dia cakap kuat-kuat untuk menyindir ibunya yang berada di sebelah kanan ayah. Kahar menahan senyum dengan sindiran puteri bongsunya. “Ha! Baguslah tu! Anak dara tidur sampai matahari dah tegak atas kepala pun belum bangunbangun lagi!” Raahah dah mulakan bebelannya. Syifa tayang senyum kambing. Terpaksa tadah telinga aje mendengar bebelan ibunya. Cis! Aku yang nak menyindir, akhirnya aku yang disindir balik oleh ibu! “Shh!” Jari telunjuk diletak rapat ke hujung bibir setelah isterinya berlalu ke dapur untuk menambah minuman dalam jag. “Kamu ni macam tak tahu aje perangai ibu 21
Lamaran buat Syifa
kamu tu. Nasib baik ayah tak payah nak leceh-leceh perah otak fikirkan macam mana nak memujuk dia. Kira senang la sikit tugas ayah...” ujar Kahar. Syifa menggeleng cuma. Pasti semalam ‘perbincangan’ mereka berakhir dengan ibu mengalirkan air mata dan ayah yang cuba untuk meleraikan salah faham ibu. Ibu memang begitu. Suka sangat nak jump into conclusion! Kalau betul tak apalah juga. Ini, selalu fikir benda yang luar otak! Contohnya, apabila tengah berbual fasal anak, nanti ibu akan timbulkan cerita yang tak ada kenamengena dengan topik langsung seperti, ‘Abang ada perempuan lain, kan?’ atau ‘Ahah tahu Ahah bukan isteri yang baik untuk abang’. Tapi semua salah faham ni akan terlerai dalam sehari cuma. Tengok sahajalah sekarang ini, ibu dah jadi isteri misali semula dengan menyiapkan sarapan pagi untuk ayah. Kata ayah, ada kisah di sebalik mengapa ibu mudah cair dengan bunga ros merah. Bunga ros merah akan mengingatkan ibu pada kisah kasih mereka dan bagaimana mereka berjaya mengharungi onak dan duri semata-mata untuk bersama dengan orang yang mereka cintai. Dengar khabar, keluarga ayah menentang keras dengan keputusan ayah memilih ibu sebagai permaisuri hatinya. Banyak yang telah mereka lalui sematamata untuk yakinkan keluarga masing-masing dengan pilihan hati. Dan bunga ros merah itu ialah kuncinya! Hati ibu yang rawan dengan tentangan kedua-dua belah keluarga akan terubat hanya dengan bayang ros merah di pintu rumahnya. Walau pada waktu itu, sering kali bunga ros itu dibuang Ah 22
Ana Yunisza
Ma, nenek Syifa, ibu tahu yang ayah masih ingatkan dirinya. Jadi secara simboliknya, bunga ros merah itu menandakan cinta ayah yang tak bertepi buat ibu. Bunga ros merah tanda kasih Abdul Kahar kepada Tan Raahah! Keluarga ayah begitu menjaga adat resam Melayu. Sebab itu mereka begitu menentang hasrat ayah untuk berkahwin dengan ibu yang berbangsa Cina. Keluarga ayah tidak yakin bahawa ibu boleh menukar cara hidup ibu. Meninggalkan segala yang sudah biasa bagi ibu dan mula mendalami agama baharu, Islam. Bersama-sama dengan sepupu ibu iaitu mama Syaima, ibu belajar dan mendalami agama Islam. Sesungguhnya Sofea Lee, yang dipanggil Mak Long oleh Syifa itu memang tidak lokek ilmu. Terlebih lagi ilmu yang berkaitan dengan agama baharunya. Bahkan Mak Long lebih gembira kerana ada seorang lagi anggota keluarganya yang turut mengikut jejaknya memeluk agama Islam. Memandangkan kedua-dua mereka berbangsa Cina, senanglah mereka berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka jikalau ada apa-apa yang ibu tak tahu atau kurang faham. Terlebih lagi mengenai hal agama. Ayah pula, tidak lupa untuk berterima kasih kepada sepupu rapat ibu itu kerana sudi membantu ibu mendalami agama Islam. “Anak ayah tak keluar jalan-jalan raya ke pagi ni?” soal Kahar menghabiskan suapan terakhirnya. “Ayah tak nak ke rumah Ah Ma ke?” teragakagak, Syifa menyoal balik. Selalunya rumah Ah Ma yang akan mereka tuju pada hari raya kedua namun sejak ‘hari itu’, Syifa sedar yang ibu dan ayahnya mula elakkan diri dari ke rumah Ah Ma. 23
Lamaran buat Syifa
Kahar berdiam cuma. Syifa dapat rasakan suasana dapur yang berubah tegang dalam sekelip mata. Kahar tersenyum memandang puterinya. “Nanti Chinese New Year kita visit Ah Ma ya sayang?” jawab Kahar seakan-akan Syifa itu ialah budak kecil berumur lapan tahun yang senang digula-gulakan. Rambut Syifa yang hitam berkilau itu dielus lembut dengan tangan kiri, tangan yang bersih. Kahar kemudiannya berlalu melangkah ke dapur untuk mencuci tangan. Syifa sebenarnya tidak suka keluarga mereka berantakan sebegini hanya disebabkan kakaknya. Lambat-lambat, Syifa mengeluh halus. Diteruskan jua mulut mengunyah ketupat dengan kuah lodeh yang disediakan ibu. Tiba-tiba ada tangan dari arah belakang meluku lembut kepalanya. Tapi taklah lembut sangat, sakit juga oi! “Wei shen me?” soal Syifa. Tiba-tiba rasa nak berbahasa Cina pula dengan ibu. Kenapa tiba-tiba saja kena luku ni? “Dah gosok gigi ke belum?” soal Raahah membuatkan Syifa menjegilkan mata. “LUPA!” Lupa? Ya la tu! Kalau bab makan, tak menyempat. Ada ke setiap pagi lupa nak gosok gigi? Hengh! Sebenarnya bukan lupa. Tapi jarak antara bilik tidur dengan meja makan lagi dekat daripada jarak antara bilik tidur dengan bilik air dapur! Jadinya, dirinya ‘terkandas’ di meja makan sebelum sempat ke bilik air untuk gosok gigi!
24
4 “HOLY BROCKOMOLI! Itu mamat yang awak kasik lubang kakinya, kan?” teriak Syaima. Tangan kiri pegang pipi kiri manakala tangan kanan menuding jari ke arah pemuda berkaca mata hitam. Matanya pula sengaja dibesarkan biar nampak bulat. Mulut Syaima pula... dah ternganga. Dramatik habis. Syifa menepuk dahi. Selenga la kau! “Mulut awak tu boleh zip sekejap tak?” rungut Syifa. Tangan Syifa mencapai lengan kanan Syaima. “Dan tangan tu... duduk diam sikit! Janganlah melebih sangat!” tambahnya bernada sedikit marah. Sungguh! Dia dah menyesal ikut Syaima sekarang ni. Tadi tu dia ingat nak bagi alasan aje pada sepupunya itu namun setiap patah katanya seakan sudah dijangka dek Syaima. Otak bergeliga sepupu aku tu. Baru nak bagi alasan, ‘Takut ayah kita tak kasi’, dia dah cakap, ‘Kita dah minta izin Uncle Har’. Dan... otak Syifa pun tak ada la geliga 25
Lamaran buat Syifa
mana. Satu tu aje alasan yang mampu dia berikan. Hengh! Tak apa la... memandangkan ni minggu ketiga Aidilfitri. Sedar tak sedar dah lima minggu Syaima berada di rumahnya. Tiga minggu lepas, hari raya. Yang dua minggu pertama tu, minggu peperiksaan mereka. Lepas aje peperiksaan semester dah habis, mereka pun hore-hore la menyambut raya! Syifa seronok Syaima ada kat rumah dengannya. Kalau nak harapkan Kak Mai yang dah berumah tangga tu, alamatnya sampai ke sudah pun tak datang-datang. Dah lama dia tak balik ke Singapura ni. Dah besar anak sedara Syifa tu. Minggu lepas baru Kak Mai hantar gambar terbaharu anak sulungnya merangkap anak saudara sulung Syifa. Betapa Syifa teringin benar untuk memeluk tubuh tembam si cilik! Betapa dia teringin bergurau senda dengan anak saudaranya sebagaimana yang dilakukan makcik-makcik lain terhadap anak buah mereka. Namun dia tahu, malahan terlebih tahu yang itu cuma angannya semata. Tak mungkin menjadi kenyataan! “Tapi itu dia la!” tegas Syaima dengan mata yang masih membulat. Seakan tidak percaya mereka akan bertemu kembali. Di lokasi yang hampir sama lagi tu! “Ha! Awak pun belum cerita apa kaitan awak dengan mamat tu, kan? Jadi?” Syaima dah paut lengan Syifa. Tenung mata Syifa dekat-dekat seakan cuba membangkitkan rasa takut sepupunya. “Jadi apa?” Jelas sekali Syifa tidak gentar dengan panahan mata Syaima. Dia buat muka tak kisah pada Syaima. 26
Ana Yunisza
Syaima tayang sengih Voldermort, watak dalam cerita kegemarannya, Harry Potter. Syifa memandang wajah sepupunya, hairan berbaur takut. Hatinya sedikit goyah melihat senyuman itu. Hampir terseliuh urat otaknya memikirkan apa yang mungkin bermain dalam otak Syaima kala itu. Syaima jongket-jongket kening, aksi kegemarannya yang selalu ditayangkan selepas senyum Voldermort dia. “Awak nak kita tanya dia sendiri ke?” Syifa menyedut nafas melalui mulut dalamdalam. Seakan dirinya terkejut yang teramat sangat hingga ternganga mulutnya. Cis! Aku pun dah ikut berdrama jugak ke? “You wouldn’t!” Matanya menjegil ke arah Syaima. Terdapat amaran yang disampaikan melalui pandangan tersebut. Syaima senyum mengugut. “Try me!” Syaima dah siap singsing kain kebaya hijau serinditnya. Sengaja menggertak Syifa seolah-olah dia akan menuju ke arah lelaki itu dan menyapanya. “Okey! Okey! Kita bilang!” Syifa sempat memaut hujung baju kebaya sepupunya. Syaima tersenyum menang. Tahu takut! bisik hatinya. Lucu memikirkan bagaimana Syifa cepat sahaja kalah di tangan sepupu sendiri. Lantas... sejarah pertemuannya dengan lelaki itu dikisahkan semula kepada Syaima yang setia mendengar.
27
Lamaran buat Syifa
SYIFA BERDIRI di atas lantai beralaskan tikar getah itu dengan mata yang terkebil-kebil. Tak ada pun. Bisik hatinya. Masuk kali ni dah hampir lima kali dirinya congak-cangit mencari arah kiblat. “Ah sudah! Aku give up dah!” bercakap kepada diri sendiri, kepalanya didongakkan ke atas. Menengadah siling. Bahunya pula jatuh sedikit ke bawah. Gaya yang menunjukkan dirinya dah give up tahap maksimum! Matanya merenung kosong ke arah sejadah yang dah dibentangkan di atas lantai beralaskan tikar getah itu. Entah betul entah tidak kiblat arah tu. Bisik hatinya kurang pasti. Aisey... leceh! Waktu-waktu macam ni la yang dia berharap sangat dia ada iPhone. Setidak-tidaknya iPhone membolehkan kita muat turun aplikasi yang menunjukkan arah kiblat. Yang tanda kiblat tu pun satu... nak main aci sorok dengan aku apa hal? Perlahan-lahan nafas ditarik dalam. Dihembus keluar sedikit-sedikit. Dia melorotkan beg galas di bahu lalu disandarkan di sebelah dinding ruangan yang tak seberapa besar itu. Cukup-cukup untuk tiga-empat orang untuk solat jemaah bersama. “Tunggu orang datanglah gini...” Syifa baru melabuh duduk apabila telinganya menangkap bunyi pintu dibuka dan dikatup semula. Ada orang ke? Kepala ditolehkan ke belakang. Tengok kalau-kalau ada orang naik tangga. Hampa. Kedengaran suara orang berbual dalam bahasa Cina yang semakin menjauh bunyinya. Pasti turun bawah ke kantin atau ke bilik tutorial. Sekali lagi Syifa menoleh ke arah tangga. Maklum sahajalah, politeknik ni bukan seperti Madrasah al-Irsyad, sekolah lamanya. Di sekolah lamanya, 28
Ana Yunisza
mereka disediakan waktu untuk solat dan tempat solat sekali gus. Pendek kata, cukup segala serbaserbi. Solat di masjid la katakan, memandangkan Madrasah al-Irsyad dan Masjid Muhajirin terletak sebelah-menyebelah. Tapi apabila dah grad ni, dah masuk politeknik, pandai-pandai la cari waktu solat sendiri. Nasib baik tempat solat ada disediakan di sini. Kalau tak, mahu dia meraung menyesali tindakannya memilih untuk mengambil diploma di Politeknik Nanyang daripada sambung belajar di madrasah sepenuh masa sahaja. Itu pun tempat solat yang disediakan terletak di bahagian atas sekali. Kena naik lif ke tingkat 7 lalu naik tangga untuk pergi ke bahagian teratas tangga. Di bahagian teratas tangga terdapat sedikit ruang jadinya tempat itu dijadikan musala. Bersyukur la.... Setidaktidaknya di situ ada plag. Jadi dapatlah mereka bersolat dengan selesa dengan kemudahan kipas yang disediakan. Mengenangkan sekolah lamanya, dia jadi sayu. Ada juga yang bertanya, “Dah bagus-bagus dapat masuk madrasah, kenapa nak teruskan dalam bidang akademik pula? Sambung sahajalah bidang ukhrawi...” Syifa berpendapat setiap orang punya minat mereka sendiri. Kalau dengar kata orang tapi diri sendiri tak rela dengan apa yang dipelajari, maka tak ada gunanya sebab by the end of the day, apa yang kita belajar takkan masuk otak, atau tak kekal lama kerana diri sendiri tak rela. Baik kita belajar apa yang kita minat. Diri pun tak terseksa. Syifa bukan tidak suka mempelajari Bahasa Arab. Tidak! Sama sekali tidak. Malahan, sewaktu 29
Lamaran buat Syifa
di madrasah dahulu, dia tergolong antara pelajarpelajar group A sewaktu di menengah empat – tahun mereka mengambil ujian peperiksaan Sijil Thanawi Empat (STE). STE ialah peperiksaan Bahasa Arab yang diwajibkan oleh pihak sekolah untuk setiap pelajar menengah empat. Alhamdulillah, berkat usaha gigih serta sokongan daripada ibu ayahnya dia berjaya merangkul tempat kelima. Tiba-tiba kedengaran derap langkah seseorang menaiki tangga. Hatinya girang tak terkata. Jam di tangan kanan diliriknya. Satu lima puluh minit. “Er... awak tahu arah kiblat tak?” Belum sempat kedua-dua tubuh yang baru masuk ke musala itu melangkah ke ruangan yang sama, Syifa sudah bertanya. Syifa hampa sekali lagi. Si perempuan tak toleh langsung ke wajah Syifa! Sebaliknya si lelaki pula yang merenung Syifa dengan pandangan yang redup. Tiba-tiba lelaki tu senyum padanya. Hampir terhenti jantung Syifa merenung wajah empunya diri tu. “Tak.” Sepatah aje lelaki itu menjawab. “Er...” Syifa kehilangan kata buat seketika. Dia tak tahu. Nak kata apa lagi ni? Terima kasih? Er... tak kena la gitu. Rasa macam nak garu kepala aje. Tapi entah kenapa apabila berdepan dengan lelaki tu, dia jadi beku. Kaku badannya. “Kejap ya?” Lelaki itu dah terbongkok-bongkok membuka ikatan tali kasutnya. Yang perempuan nampaknya masih dengan muka ala-ala bengis dia. Berdiri kat tangga lepas tu tukar kasut Conversenya kepada selipar getah yang disediakan buat mengangkat wuduk. Sesekali 30
Ana Yunisza
dia menguak rambutnya yang separas bahu itu ke belakang apabila ditiup angin. Angin yang datang dari ruang terbuka di musala itu tak ada la kuat mana pun, sebab dalam musala tu ada satu aje kipas. Tapi dah cukup untuk buat mulut si gadis tu berdecit. Walaupun perlahan namun cukup untuk telinga Syifa mendengarnya. Baru kena tiup sikit dah mengada-ada! desis hati Syifa. Lelaki tu dah melangkah masuk ke kawasan Syifa. Lelaki tu pandang atas, bawah, kiri, kanan. Semua penjuru menjadi santapan mata lelakinya. Tempat yang Syifa berdiri tu dikecualikan! Kagum sebentar dirinya akan keperibadian lelaki itu. Nyata dia seorang lelaki yang boleh dikategorikan dalam golongan orang yang bukan miang. Tiba-tiba lelaki itu alihkan kipas kecil di atas lantai. Entah kenapa Syifa rasa macam dirinya tersindir dek perbuatan lelaki tu. Mana taknya? Tanda arah kiblat terletak elok di bawah kipas angin kecil itu! Sekarang ni dia rasa macam nak hempuk kepala sendiri kat dinding la pula. Malu tak terkata! Tanda arah kiblat disembunyikan bawah kipas! Siapa la punya kerja ni? Kasihanilah aku. Aku ni freshman lagi tau! Tak baik betul senior-senior aku ni.... “Bingo!” Dia kalih pandang wajah Syifa yang masih tercegat berdiri di sebelah kirinya. Sebuah senyuman nipis terukir di bibir jejaka itu. Sudah-sudah la tu dengan senyuman kau! jerit hati Syifa. Naik geram dia tengok senyuman lelaki 31
Lamaran buat Syifa
itu. Mata lelaki itu pandang sejadah yang tadinya dibentangkan Syifa. Terus sahaja jari-jemari lelaki itu bergerak membetulkan letak duduk sejadah yang dibentangkan Syifa tadi. “Impressive! Awak hampir sahaja meneka arah kiblat dengan betul!” Suara lelaki itu menyentakkan Syifa yang tika itu seakan melamun. Mata Syifa turut memandang sejadah di atas lantai yang sudah dibetulkan arahnya mengikut arah kiblat yang betul. Syifa tersenyum sedikit. Memang betul kata lelaki itu. Tekaannya hampir mengena! Cuma senget sikit aje dari arah kiblat yang sebenar. Lelaki tu dah berlalu keluar dari kawasan zon selesa Syifa. Baru kini Syifa perasan yang lelaki itu bawa buku Mathematics with Calculus bersamanya. Budak engineering! bisik hati Syifa. “Er... kat sana ada telekung.” Dia tuding jari telunjuk ke arah almari kecil di bahagian belakang musala. Aik, kenapa dia cakap macam tu? Dah tentulah kat almari tu bertampal perkataan ‘Telekung’, mestilah telekung kat dalam tu, kan? Macam ada mesej yang dia nak sampaikan. Berkias ke? Aisey! Syifa rasa macam nak jadi halimunan. Kenapa aku tak terfikir? Kalau ikut arah kiblat, dia sedang berdiri di bahagian depan musala! Kan selalu yang solat di bahagian depan, lelaki! Aku rela mati cemgini! Berapa kali harus aku menanggung rasa malu? Pecah rekod betul kau ni Syifa. Baru hari pertama kat Nanyang Polytechnic (NYP), kau dah buat diri sendiri malu dengan jayanya! 32
Ana Yunisza
“Erm, tak apa la. Awak ambil kursus apa?” Syifa terkejut. Peramahnya dia! “Nanotechnology and Materials Science.” Syifa menjawab, masih dengan riak terkejutnya namun dikawal sebaik mungkin daripada dikesan oleh lelaki itu. Mata Syifa merenung ke arah lain. Manamana sahaja. Anywhere but his eyes! Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata yang pernah dibaca atau didengarnya suatu ketika dahulu. Tak ingat di mana pernah didengarinya. Mungkin dalam cerita Puteri Impian lakonan Amy Mastura dan Cico Harahap. Mungkin juga di Facebook. ‘Mata adalah jendela hati. Dari mata turun ke hati’. Hesy! Takutlah gitu! “Oh...” Oh aje? Tak nak beritahu awak punya course ke? Saya dah beritahu saya punya! Tak adil la gitu! Syifa menjebik dalam hati. Yalah, takkan nak tunjuk terang-terang kan? Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong! “Awak tinggal di mana?” dia tanya lagi. Cis. Aku tak nak jawab! “Woodlands.” Kenapalah mulut tak mahu dengar dan ikut kata hati.... “Oh... ye ke? Saya pun tinggal di Woodlands.” Dia bersuara sedikit teruja. Telinga Syifa dah macam telinga gajah dah kala ini. Woodlands? detik hatinya. Tak nak elaborate ke? Panjangkan la lagi ayat awak tu. Blok berapa? Nombor pintu berapa? Adik-beradik berapa orang? Mak ayah sihat ke tak? Melihatkan yang Syifa yang sudah bersiap sedia mahu menunaikan fardu zuhur, Sufyan pun 33
Lamaran buat Syifa
segera berlalu menuruni anak tangga. Syifa toleh ke arah tangga. Aik? Mana perginya budak perempuan tadi? Dia ambil wuduk barangkali...
“BRO, KAU KENAL ke budak berdua kat hujung sana tu?” Sanusi menjuih bibir ke arah dua orang gadis yang berdiri dekat dengan perhentian teksi berdekatan MRT Woodlands. Sufyan yang leka bermain permainan puzzle Phit Droid dalam Xperia Arc Sanusi itu tidak menoleh ke arah yang dimaksudkan. Mulanya nak cuba-cuba aje. Tapi lama kelamaan jadi ketagih pula dengan permainan tu. Sanusi menyiku lengan Sufyan. “Weh! Aku tanya kau ni!” bentak Sanusi pura-pura marah apabila temannya itu tidak mengendahkan pertanyaannya. “Apa dia?” jawab Sufyan sedikit marah dengan kening yang berkerut. Geram kerana konsentrasinya terganggu dek suara Sanusi yang agak kuat itu. “Perempuan berdua tu...” bibirnya dijuihkan ke arah perhentian teksi. “Kau kenal dia orang tak? Dari tadi asyik tengok ke arah kita aje.” “Alah... jangan-jangan dia orang minat kat kau kut?” gurau Sufyan, masih memandang skrin Xperia Arc Sanusi. “Tapi aku rasa mata dia orang macam tenung kat kau la bro. Bukan aku.” Kali ni Sufyan angkat wajah. “Mana? Siapa? What, who, where, when, why, 34
Ana Yunisza
how?” Sufyan cuba berlelucon. Kepalanya dipusing ke kiri dan ke kanan dengan setiap soalan yang keluar daripada mulut. “Yang kat sebelah perhentian teksi tu. Seorang pakai kebaya hijau, seorang lagi pakai baju kurung merah jambu. Nampak tak?” bersungguh-sungguh Sanusi menuturkan. Sufyan memicingkan matanya sedikit bagi memfokuskan pandangan ke arah ‘budak berdua’ yang dimaksudkan temannya. Akhirnya kedua-dua bahunya dijongket tanda tidak tahu. “Entah. Tak nampak sangatlah.” Figura mereka seperti pernah dilihat namun tidak diluahkan rasa itu pada Sanusi. Enggan memanjangkan cerita. Nak main Phit Droid punya fasal! “Oh well. Whatever you say bro!” Sanusi seperti tidak percaya akan kata-kata temannya. Kalau tak kenal, kenapa ditenung sampai macam nak tembus dinding kat belakang kita ni dengan renungan si manis berkebaya hijau tu? Si Manis? Hei Sanusi! Wake up man! Sejak bila playboy ni tunduk pada seorang perempuan? “Eh! Tu dia orang dah sampai!” Sanusi menarik lengan Sufyan membuatkan mulut lelaki itu berdecit dengan aksi spontan Sanusi yang jelas tidak disukainya. Terganggu permainan yang dimainkannya!
“TOLONG panggilkan Syaima dengan Syifa kat perhentian teksi tu boleh?” pinta Bro Nadzif sebaik sahaja dia mengimbas kad EZ-Link untuk keluar 35
Lamaran buat Syifa
dari Stesen MRT Woodlands dan bersalaman dengan Sufyan dan Sanusi. “Cuma kau orang berdua dengan dia orang aje yang tak dapat SMS daripada Kak Yana. Dia lupa.” Tambahnya lagi lalu menuding jari ke arah gadis berbaju kurung merah jambu terang dan berkebaya hijau di sebelahnya. Budak yang tenung-orang-sampai-naktembus-dinding tuh? “No problemo!” Hampir serentak Sanusi dan Sufyan menjawab. Setibanya mereka di perhentian teksi... “Awak...” Kedua-dua gadis itu menoleh pandang ke belakang. Hampir ternganga mulut Sufyan. Rasanya jangan kata lalat, bermacam jenis kumbang dah boleh bersarang kat dalam mulutnya kala itu. Dah boleh beranak pinak pun kumbang-kumbang itu.... Huh! “Mr Timezone!” Syaima tayang muka menyampah dia kat Sufyan manakala Sanusi masih terkebil-kebil dengan situasi mereka.
“KAU NI MEMANG...” “Memang apa?” Sufyan mengusir ingatan waktu dia dan Sanusi pergi panggil budak berdua tu. “Kawan tak guna!” “Tak guna pun... kau kawan jugak dengan aku.” Perli Sufyan. “Tak nak kawan lagi ah gini!” Muncung mulut 36
Ana Yunisza
Sanusi. Sufyan melepaskan tawa halus yang dibuatbuat. “Ala janganlah macam tu. You’re my pren...” sengaja disebut perkataan friend sebagai ‘pren’. Sanusi pun memang dah arif benar bahawa Sufyan akan guna perkataan ‘pren’ yang diolahnya kalau nak buat jenaka. Wajah Sufyan di sebelah yang dah macam orang tengah nak pujuk teman wanita tu dipandang dengan muka toya. Mana taknya? Sufyan kalau nak memujuk orang... ei! Geli-geleman Sanusi dibuatnya! Sejak zaman sekolah menengah lagi... apabila sahaja Sufyan nak pujuk orang, pasti dia akan tayang aksi gay dia. Entah tok guru mana yang ajar dia Sanusi pun tak tahulah! Sufyan memang tak ada bakat memujuk orang langsung! “Gay!” Akhirnya tawa meletus daripada mulut Sanusi dengan ucapannya sendiri. Begitulah mereka. Sering kali mengatakan diri masing-masing, gay! “Kau kata kau tak kenal dia orang, bro?” Sanusi menyoal Sufyan. “Aku cakap aku tak pasti la. Bila masa pula aku cakap aku tak kenal?” Sufyan cuba mempertahankan diri. Seingatnya, memang dia tidak mengatakan dia tak kenal kedua-dua gadis itu. Cuma tak nampak dengan jelas aje wajah mereka. Kalau dah tak nampak wajah dengan jelas, macam mana nak tahu kenal atau tak? Apa kau ingat jarak antara kedai bersebelahan Boots and Shoes dengan perhentian teksi Woodlands tu dekat? omel Sufyan dalam hati. “Eh! Kau kenenkanlah aku dengan yang si manis berkebaya hijau tu...” Kening Sufyan terjongket sebelah. Si manis 37
Lamaran buat Syifa
berkebaya hijau? Ditahan keinginan untuk ketawa dengan apa yang barusan dituturkan Sanusi. Dasar playboy! “Kau tak nak dia la... percaya cakap aku.” Minah tu... berbual dengan orang pun macam nak cari gaduh aje lagaknya. Komen hati Sufyan akan gadis berkebaya hijau itu. “Dah tu? Kau nak rekomen aku dengan yang pakai baju merah jambu tu ke?” tanya Sanusi. Spontan matanya melirik ke arah gadis yang duduk bersebelahan Kak Yana. Gadis itu bertudung. Tidak macam yang berkebaya hijau tu. Namun yang berkebaya hijau tu pun tak kurang ayunya! getus hati Sanusi nakal. Merah jambu? detik hati Sufyan. Matanya turut fokus pada gadis yang baru diketahui bernama Syifa itu. Dia sedang tertawa dengan tangan kanan menutup mulut. Sopan dan... manis! Entah kenapa dalam hatinya terasa lain macam. Tak semena-mena dirinya teringat akan peristiwa dahulu. Semerta bibirnya mengukir sengih dengan sendirinya. “Kau menungkan apa tu? Aku cakap dari tadi, tapi kau asyik sengih memanjang...” Sanusi bersuara tak puas hati. “Tak ada apa la.” Sufyan sengih lagi. Kali ini lagi lebar daripada tadi. “Seramlah aku tengok kau ni!” Suara Sanusi sekali lagi mematikan lamunannya. Mati terus senyuman di bibir Sufyan dengan komen temannya.
38
5 “ASSALAMUALAIKUM.” Syifa kalih pandang pada wajah si pemberi salam. “Wa’alaikumsalam,” jawabnya ringkas. Gelas berisi air oren Mirinda diletak di atas meja di hadapannya. Berdekatan dengan bekas-bekas berisi kuih raya. “Awak, Syifa?” Dah tahu namanya sebab dah berkali-kali juga didengar nama itu meniti di bibir Kak Yana. Cuma nak pastikan aje. “Saya.” Balas Syifa perlahan, hampir tak kedengaran suaranya. Awkward alert! Awkward alert! Balang kuih makmur Syifa capai dan buka, lalu sebiji kuih makmur diambil. Berlagak tenang la. Kononnya! Namun dalam hati dah macam ombak tsunami. Sufyan mengambil tempat di sisi gadis berbaju kurung merah jambu terang itu. Sebelahmenyebelah, namun di kerusi yang berasingan. “114515T?” dengan tenang mulut Sufyan 39
Lamaran buat Syifa
mengungkap semula ID pelajar NYP Syifa. Seakan nombor pendaftaran Syifa sudah terlekat kemas dalam kotak memorinya yang selama ini sukar menghafal nombor. Teringat dia akan nota merah jambu yang diterimanya di Timezone kelmarin. Nota itu mencatatkan e-mel NYP Syifa. Memang e-mel sekolah semuanya bermula dengan nombor pendaftaran pelajar. Baik di Politeknik Nanyang, Politeknik Republik, Politeknik Ngee Ann, Politeknik Singapura mahupun Politeknik Temasek. E-mel pelajar kelima-lima politeknik di Singapura semuanya menggunakan nombor pendaftaran pelajar di hadapannya manakala pada pangkal alamat e-mel tersebut pula mengikut nama politeknik pelajar itu sendiri. Semerta dia teringat kembali keadaan Syifa waktu kali terakhir mereka berjumpa. Saat itu muka gadis di hadapannya ini kelihatan pucat semacam. Tak seperti sekarang ni. Sekarang ni dah nampak macam manusia sikit. Kelmarin muka dia pucat tak berdarah macam Bella si puntianak tu pun ada. Hampir sahaja Sufyan melepaskan tawa halus dengan kata hatinya sendiri. Gulp. Syifa menelan air liur. Berpasir. Nasib baik belum sumbat kuih makmur dalam mulut. Kalau tak... dah mati tercekik agaknya! “Se... seb... sebenarnya saya kalut waktu tu. Tu yang saya terbagi e-mel NYP.” Bohong. Alasan semata. ‘Ter’ lagi tuh! Sebenarnya memang dia sengaja tak mahu bagi e-mel peribadinya. Takut kalau-kalau privasinya terganggu. Jadi e-mel sekolah yang diberi. Kalau ikutkan rasa hati, dia memang teringin sangat nak bagi e-mel peribadinya pada 40
Ana Yunisza
lelaki itu. Tapi dia punya rasa malu. Dia perempuan! Tak seharusnya dia memulakan langkah pertama. Walau dalam apa jua cara sekalipun! Dia punya harga diri yang harus dijaga, walau macam mana suka sekalipun dia pada lelaki itu! Dia tidak mahu jadi seperti perigi mencari timba. Kedua-dua kening Sufyan terjongket. Mulutnya sedikit muncung. Memikir barangkali. “Kalau macam tu bila nak kasi duitnya? Kaki saya belum pulih sepenuhnya tau....” Penyataan. Bukan pertanyaan. Syifa rasa macam nak lari jauh waktu tu jugak! “Erk. Saya tengok awak sihat walafiat aje. Dah boleh jalan-jalan raya pun kan?” Syifa memulangkan paku buah keras. “Ouch. Sakit...” Sufyan nak mula berdrama. “Kaki ke yang sakit?” soal Syifa tak beriak. “Tak. Hati saya.” Sufyan tayang sengih. “Kalau begitu maaf, saya tak dapat nak bantu.” Syifa ingin melangkah pergi namun dihalang dek suara lelaki itu yang memanggil namanya dengan kuat. “Ini rumah orang la! Awak tak rasa malu ke menjerit panggil nama saya macam tu?” marah Syifa. Jelas nampak rona merah terang telah mewarnai pipinya kini. Walaupun rumah Kak Yana yang mereka kunjungi sekarang ni dipenuhi dengan ahli NYPMSN dan agak bising, Syifa tetap rasa malu. Sufyan masih tayang sengih. Seakan tak terkesan langsung selepas baru dimarahi Syifa. “Setidak-tidaknya pun bagilah e-mel betul awak.” Sufyan masih tidak mahu mengalah. 41
Lamaran buat Syifa
Syifa menjeling wajah jejaka di sisinya. Eiii! Lelaki ni berjaya buat dia rasa menyampah, berdebar, malu, janggal, dan bermacam rasa lagilah yang sama waktu dengannya. Benci! Takkan nak bagi kut. Hesy! “Okey anak-anak! Makanan dah siap! Silalah jemput diri sendiri tu makan ya!” Tiba-tiba suara Mak Cik Safyah, ibu kepada Kak Yana melaung kuat. Mendengarkan pengumuman itu, Syifa pun apa lagi? Ca. Alif. Ba. Wau. Ta. Cabut!
“KENAPA MUKA TU macam baru nampak hantu aje lagaknya?” tegur Syaima di meja makan. Syifa yang sudah mengambil tempat di sisi Syaima menjawab (lebih kepada memarahi dan menyalahkan sebenarnya). “Awak la! Awak pergi mana tadi tinggalkan kita sorang-sorang kat situ?” “Ala coyi ya...” Alah sorry la. Bahu Syifa dipeluknya. “Terjumpa prince charming ke sampai bunyi jantung awak pun kita dapat dengar dari sini?” tegur Syaima tatkala dirinya dapat merasakan jantung Syifa yang tak reti nak duduk diam tu. Duk dup dap dup dap memanjang. Soalan Syaima itu dijawab dengan jelingan cuma. Dah tahu cerita sebenar tentang kes ‘mencari kiblat’ tu lagi ada hati nak menyakat aku. Gerutu hati Syifa. Cerita tentang pertemuan pertama Syifa dengan Sufyan itu diceritakan hingga ke saat kemalangan kecil mereka di Timezone serta apa yang ditulisnya di atas kertas nota merah jambu itu. Segalanya diceritakan pada sepupunya itu. Semua. 42
Ana Yunisza
Secara terperinci. Tak ada satu pun yang tertinggal ataupun tercicir daripada pengetahuan Syaima. Pendek kata, segala sejarah tentang lelaki tu dengan dia dah diceritakanlah! “Tak nak kawan la gini!” Muncung Syifa dah sedepa panjangnya. Syaima tertawa girang. “Apa dah jadi?” tanya Syaima. Pelukan di bahu sepupunya dilepaskan. Digantikan pula dengan soalan. Serius. “Dia mintak e-mel betul kita....” Lincah sahaja tangan Syifa menyenduk kuah lodeh ke dalam mangkuk berisi ketupat. Syaima yang dah makan dulu tu mengerling sekilas ke sebelahnya. “Dah tu awak bagi?” dia bertanya, sedikit teruja. “Tak.” Dah agak dah... “Kenapa tak bagi?” Syaima bersuara seakan menyalahkan kebodohan sepupunya. Dah suka tu bagi ajelah. Nanti kan dah tak payah susah-susah nak stalk dia kat Facebook. Syifa diam cuma. Tak punya jawapan pada soalan itu. Lebih tepat sekali, malas nak terangkan sebenarnya. Syaima dengan dirinya tu bagai langit dengan bumi. Tiba-tiba Syifa teringatkan sesuatu. “Awak jangan pandai-pandai nak bagi e-mel kita kat dia eh!” dia beri amaran maut kat Syaima. Si Syaima ni serius tak boleh nak percaya sangat! Silap-silap dia dengan sendirinya menawarkan diri untuk bagi e-mel Syifa pada Sufyan. 43
Lamaran buat Syifa
Erk. Mind reader ke sedara aku ni? “Hesy! Dak aih. Mana cek berani nak bagi e-mel sedara cek sendiri pada orang yang kita tak kenai.” Syaima dah mula guna loghat Pulau Pinang, berlelucon. Lagilah Syifa rasa susah nak percaya. Syifa merenung tajam wajah ayu sepupunya, memberi amaran pada gadis itu. “Awak... kita serius ni!” Orang betul-betul dia main-main pula. Suara Syifa sudah naik. Sungguh! Kalau boleh dia tidak mahu berdepan lagi dengan lelaki itu. Lelaki itu boleh membuatkan dia rasa bermacam-macam perisa dalam hati. Malu, segan, takut, gementar dan banyak lagilah! “Yalah! Kita pun serius ni!” Serius tak nak dengar apalagi ikut kata awak! Syifa picing mata sedikit merenung paras sepupunya. Cuba mencari kejujuran dalam katakata itu. “Makanlah, makanlah! Kita tak bilang!” Syaima cuba meyakinkan Syifa apabila sepupunya itu terus-terusan memandangnya dengan wajah penuh kerisauan. Syifa sekadar mengeluh cuma. “Kalau kita dapat tahu awak bilang jugak... kita merajuk sepuluh tahun sepuluh bulan sepuluh hari dengan awak. Ingat tu!” sekali lagi amaran diberi. “Eleh! Tak heranlah.... Kenapa tak merajuk for hundred years terus? Kira terror la jugak kalau awak mampu buat macam tu...” muncung bibir Syaima bertutur. “Smack kang!” Mintak kena lepuk aje tau sepupu aku ni!
44
6 “MACAM MANA awak boleh tersuka kat dia eh?” Sengaja ditekankan imbuhan ‘ter’ pada awal perkataan suka. “Setahu kita la... awak bukan jenis orang yang cepat jatuh sayang pada mana-mana lelaki. Even abang kita yang sikit punya maco tu pun awak tolak!” Syaima seakan tidak puas hati. Bukan dia kisah sangat pun kalau Syifa tu terima abang dia atau tak. Tapi dia hairan. Syifa cepat sangat suka kat Sufyan tu. Pertama kali jumpa lagi! Entah-entah Si Sufyan tu pakai ubat guna-guna tak kat sepupu aku ni? Eh, zaman moden berteknologi tinggi ni mana ada orang pakai ubat guna-guna lagi dah. Kalau zaman kampung dulu mungkin dia boleh percaya. Tapi sekarang ni dah zaman rumah batu la. Syifa sedikit tersentak mendengar komen Syaima. Abang Syairy. Bisik hatinya. “Entahlah wak... kita sendiri pelik dengan kata hati sendiri.” Jujur dia menjawab. “Kata hati?” Syaima sedut Milo Ice Blend yang 45
Lamaran buat Syifa
tinggal separuh itu. Syifa mengangguk sekali. “Uh huh. Hati kita yang kata dia suka kat lelaki tu. Atau mungkin sebab kita tak menjaga pandangan mata? Ah! Tak tahulah.” “Tak jaga pandangan yang macam mana tu?” Maklumlah Si Syifa ni lulusan madrasah. Aku ni takat lulus O-Levels sahaja. Syifa, ada sijil STE dan O-Levels. “Awak pernah dengar tak? Ada ayat alQuran yang mengajar supaya kita menundukkan pandangan?” Syaima tayang gigi putih bersihnya. Kepala digeleng, tanda dia tak tahu. Syifa membacakan sebahagian terjemahan ayat 31 Surah an-Nuur. “Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.” “Dalam ayat ni, Allah suruh kita tundukkan pandangan daripada memandang benda-benda haram.” Sambung Syifa. “Macam kalau tengok porno?” tanya Syaima. “Precisely!” Milo Ice Blend yang dibeli Syaima dari kedai Sweet Talk itu bertukar tangan. “Tapi tak tertakluk pada watching pornography aje. Banyak lagi benda yang diharamkan untuk kita tengok. Contohnya kalau tengok lelaki yang bukan muhrim pun kira haram atas kita orang perempuan ni. Sebabnya, lelaki tu bukan mahram kita! Bukanlah tak boleh tengok langsung. Tapi tak bolehlah kita tenung dia orang tu macam nak tembus. Ada 46
Ana Yunisza
faham, Tengku Syaima al-Humaira Tengku Abdul Huzaiman?” seloroh Syifa lalu menyedut Milo Ice Blend Syaima. Syaima rampas balik airnya yang dah disedut Syifa. Beli tak nak. Minum nak. Sepupu... sepupu. Eh, kejap! Pembetulan. Memandangkan ibu Syifa dan mamanya bersepupu, itu bermakna yang mereka berdua ni dua pupu. Tapi sejak kecil mereka tak boleh nak biasakan dengan istilah dua pupu tu. Panjang sangat. Jadinya mereka sepakat guna pangkat sepupu aje walau hakikatnya tidak. Lagi pula memang mereka ada pertalian kekeluargaan. Jadi tak kira la sepupu ke, dua pupu ke, saudara pupu juga! Mereka meneruskan perjalanan menuju Far East Plaza. Tadi apabila Bro Nadzif umumkan dalam bas yang mereka akan singgah bersolat di Masjid al-Falah, Syaima terus angkat tangan kata yang dia nak turun kat situ aje. Tak nak sambung jalan-jalan raya lagi dah. Syifa ikut aje. Tapi baru kini dia sedar, mereka jalan kat bandar pakai baju raya dengan kasut tumit tinggi! Dah macam nak pergi majlis kahwin! Mesti mat salih pelik tengok kita yang jambuuu. Hehehe. “Jauh lagi ke?” Syifa dah merungut. “Sakit tau pakai kasut tumit pastu jalan lama-lama.” “Alah tahan la. Sekejap lagi dah sampai. Ha! Tu kat depan tu aje.” Syaima menuding jari ke arah satu bangunan yang sedikit terlindung dengan kerja-kerja pembinaan. Mereka melangkah masuk ke Far East Plaza. “Tingkat berapa?” soal Syifa. “Erm... tak sure pulak. Tiga kut.” Syaima 47
Lamaran buat Syifa
menarik lengan Syifa. “Alah jalan ajelah!” Eiii... aku dah agak dah. Syaima ni kata aje nak beli Victoria’s Secret Sheer Love Body Mist tapi niat asalnya tak lain tak bukan nak berjalan la tu! “Eh, eh! Syifa! Awak nampak tak budak perempuan tu?” “Mana?” Mata Syifa turut menala pandang pada arah panahan mata Syaima tapi tak nampak apa yang dimaksudkan sepupunya. “Siapa?” “Tu ha! Kat dalam kedai tu!” Beria benar Syaima menuturkan sambil menuding jari ke arah kedai Talisman’s. “Budak yang tadi ada kat dalam bas dengan kita la. Eh! Awak perasan tak? Dia sikit pun tak berbual dengan siapa-siapa melainkan your Qibboy!” Syaima membahasakan Sufyan sebagai Qibboy kerana memang itulah yang dipinta Syifa saat dia menceritakan hikayat ‘mencari kiblat di NYP’ dulu. Pada Syifa, Sufyan adalah Qibboynya (singkatan bagi gelaran Qiblat Boy). Sebenarnya dah lama dia tahu yang Qibboy turut menyertai CCA NYPMSN dan kerana itulah dia tak mahu pergi NYPMSN mass jalan-jalan raya kerana takut terjumpa Qibboy. Dia tahu Qibboy ahli NYPMSN pun daripada Facebook (FB). Dekat Facebook, dia nampak bilangan orang yang dijemput bagi menghadiri NYPMSN jalanjalan raya bersama. Dan dari situ, dia nampak muka Qibboy, waktu tu dia tak tahu lagi nama Qibboy jadi dari situlah dia mula tahu nama sebenar Qibboy iaitu, Sufyan Khuzairy bin Akhfar. Sekarang ni, nama dia kedengaran handsome.... Gila! Budak tu... macam pernah kulihat. Tapi di mana ya? desis hati Syifa. 48
Ana Yunisza
“Awak kenal ke?” “Tak ah.” Pendek aje Syifa menjawab. “Tapi macam pernah nampak. Cuma tak ingat la kat mana...” tambahnya lagi. Mereka meneruskan langkah memasuki kedai yang menjual pelbagai jenis minyak wangi. Syaima menuju ke arah jurujual dan meminta pendapat akan minyak wangi apa yang patut dia beli. Mesti dah tak nak beli body mist dah tu! Si Syaima kalau dah masuk kedai minyak wangi, mulalah rambang mata. Itu nak, ini nak. Kalau boleh satu kedai ni dia nak kaut! Syifa masih lagi cuba mengingati di manakah dia pernah melihat raut wajah itu. Tiba-tiba Syifa menepuk tangan sekali. Begitulah dia. Kalau dah ingat sesuatu perkara yang dia lupa, pasti dia menepuk tangan sekali. Seakan excited sangat la tu apabila dah dapat ingat balik apa yang dia lupa. “Budak tu la yang dengan Qibboy waktu pertama kali kita jumpa Qibboy!” separuh berteriak, Syifa bersuara. “Minah tak de perasaan dalam cerita awak tu?” Syaima jongket kedua-dua belah keningnya, menyoal. “Huish! Merreps aje! Mana kita ada gambarkan dia macam tu?” Aku ada describe dia macam tu ke? Merreps. Istilah yang sering mereka gunakan untuk menggantikan merepek. Syaima cuba menyembunyikan senyum simpulnya daripada dilihat Syifa. “Ye la tu...” dia menggumam rendah sebelum kembali bertanya itu ini sama pekedai minyak wangi. 49