Inspirasi
TAMAN TROPIKA
Mampu Milik
DIBAW ION AKAN OLEH PO 1WLING & ART VIS
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG POWLING LANDSCAPE...
2O tahun pengalaman
Sudah cukup meyakinkan anda untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan
Profil Taman 1
LOKASI : Taman Setia Jaya, Sg Petani, Kedah NAMA PEMILIK : Goh Saik Chew JENIS KEDIAMAN : Teres KELUASAN TAMAN : 22 x 80 kaki KONSEP TAMAN : Rustik tropika TEMPOH HUNI : 10 tahun ANGGARAN KOS : RM 60 000
Kini Powling Landscape yang diterajui oleh Poh Eng Hua, menjadi pilihan utama bagi pelanggan di utara tanah air seperti Kedah, Pulau Pinang dan Perlis bagi soal membina taman serta menyelenggara kolam. Powling turut mendapat perhatian pemilik taman kediaman dari negeri seperti Perak dan Selangor. Pengalaman lama serta kredibiliti yang ada menjadikan Powling menjadi pilihan. Pakar dalam sistem penapisan kolam berkonsepkan eco-system yang digunakan pada semua projeknya, jelas terbukti ia diyakini ramai. Sistem ini dapat memastikan persekitaran hijau dan mengurangkan kos penyelenggaraan sehingga setahun. Powling mampu mengenali dan mengatasi segala masalah berkaitan landskap seperti kolam, penyelenggaraan, pemilihan tumbuh-tumbuhan yang bersesuaian dan sebagainya. Walau apapun bajet anda, Powling Landscape mampu merealisasikan impian selaras dengan kos yang diperuntukkan. Kecil atau besar sesuatu kolam, anda tidak perlu risau kerana Powling Landscape adalah antara peneraju eco-system ini.
2
Kolam ikan dibina sebagai perantara visual indah di antara ruang eksterior dan interior
PROJEK OLEH POWLING LANDSKAP
E
lemen air yang diterapkan di laman tidak pernah mengecewakan. Sama ada memberikan nilai tambah daripada aspek pesona yang berterusan pada laman mahupun menyejukkan mata yang memandang. Melihatkan kolam ikan yang terhampar di laman milik Goh Saik Chew ini, Powling Landscape ternyata memaparkan kepakarannya dalam membina struktur kolam yang bersambung dengan bahagian interior kediaman. Ini membolehkan pemilik bermain dengan ikan koi yang jinak melalui kolam yang berada di bahagian laman ataupun menerusi bahagian ruang tamu yang
Ruang Santai
dibina secara floating. Lantai berkaca membolehkan penghuni melihat gerakgeri ikan berona jingga, hitam dan putih ini sepanjang masa sehingga leka seketika dibuainya. Kehadiran kolam ikan ini turut membantu perkarangan laman tampil lebih hidup dan segar kerana ia memiliki banyak elemen kehidupan dan kelihatan semula jadi. Antaranya percikan air daripada water feature, ikan koi yang berenang bebas dan tanaman yang berada di sekeliling kolam seperti Costus spp. dan money plant. Menambah daya tarikan laman milik Goh ini ialah elemen rustik yang dipaparkan pada bahagian dinding water feature. Dinding simen ditampilkan raw dan bersahaja membentuk beberapa kepingan batu lalu menyemarakkan nuansa rustik dan unik.
FLOATING
3
Gazebo Indah CIPTA PRIVASI
L
aman yang satu ini begitu menyerlah dan tampil unik dengan kehadiran gazebo yang dibina bersambung dengan bahagian interior kediaman. Bagaikan sebuah spa, gazebo dibina dengan kayu cengal termasuk di keseluruhan sisi membentuk dinding yang bertujuan memberi privasi buat pemilik sekeluarga. Di sini wujudnya kolam ikan koi yang dibina berkedalaman 3 kaki yang pada asalnya dijadikan sebagai kolam mandi. Namun, lokasi kolam yang berada dalam gazebo mempengaruhi suhu kolam yang lebih sesuai dijadikan sebagai kolam ikan koi yang luas. Bahagian dinding dalam gazebo dibina dengan decorative wall dari kemasan
4
Kehadiran gazebo di laman dijadikan sebagai zon interaksi dan santai yang privasi dan tertutup untuk seisi keluarga. simen yang memaparkan keaslian dan kehalusan ukiran tangan. Elemen air pada laman ini juga diserlahkan dengan kehadiran water curtain yang memercikkan bunyi air yang tenang. Dengan biasan yang begitu menenangkan ini, pemilik sering menjadikan gazebo ini sebagai lokasi interaksi dan santai sesama ahli keluarga dan rakan yang bertandang. Menariknya, gazebo dihadirkan dengan daun pintu dan tingkap dari material kayu cengal yang membuatkan ia mirip kepada binaan rumah Melayu tradisional. Elemen tersebut dimantapkan lagi dengan adanya kaca berwarna dan pelita minyak tanah yang sinonim dengan kediaman Melayu kampung pada zaman lalu. Amat menggamit memori.
PROJEK OLEH POWLING LANDSKAP
Profil Taman 2
LOKASI : Taman Anggerik, Alor Setar, Kedah NAMA PEMILIK : Goh Tick Keem & Khoo Hong In JENIS KEDIAMAN : Teres KELUASAN TAMAN: 13 x 60 kaki KONSEP TAMAN : Tropika & Tradisional TEMPOH HUNI : 10 tahun ANGGARAN KOS: RM 20 000
MENARIKNYA, GAZEBO DIHADIRKAN DENGAN DAUN PINTU DAN TINGKAP DARI MATERIAL KAYU CENGAL YANG MEMBUATKAN IA MIRIP KEPADA BINAAN RUMAH MELAYU TRADISIONAL.
BERFUNGSI Sebagai
SHOWHOUSE 6
PROJEK OLEH POWLING LANDSKAP
Profil Taman 3 LOKASI : Sg Petani, Kedah NAMA PEMILIK : Poh Eng Hua JENIS KEDIAMAN : Semi D KONSEP TAMAN : Tropika TEMPOH HUNI : 10 tahun ANGGARAN KOS: RM 100 000
Powling Landscape menjadikan laman miliknya sebagai landskap contoh buat para klien mendapatkan ilham.
K
ediaman milik Poh Eng Hua yang merupakan pemilik dan pereka Powling Landscape ini bukan sahaja subur dengan tanaman tropika, malah sentiasa mengalu-alukan kehadiran para klien dan bakal kliennya. Berfungsi sebagai ‘showhouse’ atau rumah contoh, laman di sini menjadi tatapan dan pembuka idea buat para klien Powling Landscape. Di sini, bagi anda yang ingin mendapatkan khidmat Powling boleh melihat secara dekat dan mendalam rekaan landskap dan konsep yang ingin diaplikasikan.
7
LAMAN INI DISEMAI DENGAN ELEMEN RUSTIK MELALUI KEHADIRAN BANGKU KAYU, DINDING SIMEN DAN STEPPING STONE.
Secara tidak langsung pengguna yang hadir didedahkan dengan air tangan Powling sebagai pereka melalui elemen hardscape dan softscape yang ditampilkan. Kehadiran kolam ikan koi yang unik, hanya berkedalaman 6 inci memberi kelainan kepada laman ini. Kolam yang cetek ini turut membenarkan pertumbuhan tanaman air iaitu Caladium spp. yang begitu subur dan menghijau. Tidak hanya itu, kehadiran foliage segar mewujudkan ambiance persis resort tropika yang memukau. Laman ini turut disemai dengan elemen rustik melalui kehadiran bangku kayu, dinding simen dan stepping stone.
Jaminan 1 Tahun
PROJEK OLEH ART VISION
TANPA PENYELENGGARAAN Sistem tapisan kolam ekologi membantu pemilik memiliki sebuah kolam jernih, berkualiti dan tanpa bau
A
rt Vision iaitu kontraktor landskap yang kepakarannya adalah dalam binaan kolam berkonsepkan eco-system sememangnya sudah dikenali dalam industri ini. Bukan sedikit pemilik kediaman yang mendapatkan khidmat pemasangan kolam daripada mereka. Ini adalah kerana Art Vision tampil dengan ecological filtration system, yang dibawa masuk ke Malaysia oleh pemiliknya iaitu Sammy Liew. Individu yang mula-mula memperkenalkan sistem tapisan ekologi pada 2004. Teknologi yang bermula di Jepun kemudian dibawa masuk ke China dan seterusnya Malaysia ini, mampu menjanjikan satu teknologi hijau yang tidak lagi mengundang pelbagai masalah buat pemilik kediaman. Kebanyakan pemilik kediaman mahukan sebuah kolam bagi mengundang suasana alam semula jadi ke dalam halaman rumah tetapi kerap kali dikejutkan dengan pelbagai masalah kolam seperti:
Air hijau, berlumut dan berbau Kolam perlu diselenggarakan setiap bulan Kos tambahan setiap kali kolam di selenggara Menghabiskan masa yang banyak untuk proses pembersihan Saiz kolam lebih besar lebih merumitkan pemilik Menyajikan visual kurang menyenangkan buat pemilik Bertitik tolak daripada permasalahan berikut, ramai yang menolak untuk membina sebuah kolam kerana memikirkan kesan di kemudian hari. Tapi tahukah anda sebenarnya sistem penapisan yang baik bukan sahaja membuatkan kolam anda tampil indah tetapi menjimatkan wang anda setiap bulan.
BAGAIMANA ECOLOGICAL FILTERATION SYSTEM BERFUNGSI? Kolam ikan yang mengaplikasikan sistem tapisan ekologi ini secara semula jadi membentuk satu kesinambungan di antara sistem kitaran, sistem tapisan dan teknik ekologikal di mana kejernihan air sentiasa terjamin sekurang-kurangnya satu tahun tanpa penyelenggaraan kolam yang kerap. Kolam ikan yang mempunyai sistem tapisan ekologi ini menghasilkan sejumlah ‘animacules’ dan lain-lain bio elemen yang boleh memproses sisa buangan ikan, makanan dan juga sedimen lain. Sistem penapisan dan kitaran membolehkan air mengalir untuk mengekalkan suhu air dan membekalkan nutrien pada paras yang sama ke seluruh kolam. Hidupan air dalam kolam yang menggunakan sistem sihat ini akan memperoleh kebaikan. Ia hidup dan membesar dengan selesa dan berkualiti. Uniknya tentang sistem ini ialah, semua jenis ikan tropika sesuai hidup di dalamnya. Manakala kolam dijamin jernih dengan satu pemulihan serta satu tahun tidak perlu membersihkan dan menukar air.
9
Kolam Indah
PENENANG JIWA Mini air terjun pelengkap suasana taman menjadi tempat istirahat paling mengujakan
Profil Taman 4
LOKASI : Petaling Jaya, Selangor NAMA PEMILIK : Emilia & Jamal JENIS KEDIAMAN : Semi D KELUASAN TAMAN: 3000 kaki persegi KONSEP TAMAN : Inggeris Kontemporari
10
PROJEK OLEH ART VISION
M
enjadikan kolam sebagai penyeri sudut taman, pemilik telah mendapatkan khidmat binaan kolam daripada Art Vision Landscape Sdn Bhd. Bagi pemilik sebuah kediaman akan tampil kaku dan kurang hidup andai tidak dilengkapkan dengan elemen air. Justeru binaan kolam dengan sistem penapisan ekologi ini adalah jawapan tepat kerana pemilik tidak mahu mengambil risiko kolam ditimpa masalah kemudian hari. Bagi menyerlahkan gaya tidak formal, binaan kolam daripada ferosimen yang dibentuk seakanakan bongkah batu disusun menjadi mini air terjun buat kediaman pemilik. Saiz kolam berukuran 15 kaki x 15 kaki ini mempunyai air jernih dan tidak berbau membolehkan pemilik selesa apabila menghabiskan masa di taman. Manakala sebuah pelantar dibina sebagai laluan merentangi kolam bagi memberi peluang kepada mereka untuk berjalanjalan di kolam sambil melihat dasarnya yang jernih. Sebuah pelaburan yang berbaloi buat pemilik seisi keluarga.
11
BINAAN KOLAM SERLAH
Courtyard Profil Taman 5
LOKASI : Bukit Jelutong Shah Alam NAMA PEMILIK : Nor Aznim JENIS KEDIAMAN : Teres KELUASAN TAMAN: 10 kaki x 15 kaki KONSEP TAMAN : Tropika
Taman Couryard suntik elemen natural ke dalam kediaman
12
PROJEK OLEH ART VISION
KOMBINASI AIR JERNIH DAN TIDAK BERBAU, BINAAN STRUKTUR KOLAM DAN KEHADIRAN TUMBUHTUMBUHAN MEMBERI SUASANA KONDUSIF BUAT KEDIAMAN
M
emiliki sebuah laman di dalam kediaman adalah konsep yang jarang dimiliki oleh kebanyakan jenis kediaman di negara ini. Justeru apabila pemaju tampil dengan menyediakan ruang yang boleh dibina sebuah courtyard bagaikan satu bonus buat pemilik. Tidak mahu ruang tersebut tampil kaku dan diabaikan, pemilik lantas mendapatkan khidmat Art Vision Landscape Sdn Bhd bagi membina sebuah kolam yang bukan
sahaja menjadi wadah menyuntik damai buat mereka sekeluarga, tetapi turut menyumbang pemandangan menarik di dalam kediaman. Memandangkan courtyard ini terletak di dalam kediaman, maka kolam yang dibina mestilah mempunyai sistem yang baik, kerana pemilik tidak mahu kolam tersebut menghadapi pelbagai masalah dan mengundang bau kurang enak buat mereka sekeluarga. Justeru perkenalan dengan Art Vision adalah
13
keputusan tepat apabila sistem ekologi kolam yang dimiliki mereka mampu menyediakan sebuah water feature yang berkualiti buat kediaman ini. Kombinasi air jernih dan tidak berbau, binaan struktur kolam dan kehadiran tumbuh-tumbuhan memberi suasana kondusif buat ikan hiasan milik mereka dan dalam masa yang sama menyuntik suasana sejuk dan damai buat kediaman. Sebuah hasil berkualiti daripada Art Vision yang memenuhi kehendak pengguna.
ALGA TIADA Kolam Terjaga Sesebuah kolam yang berjaya adalah apabila ia mempunyai sistem penapisan yang baik yang mampu menjana kitaran kolam itu sendiri
PROJEK OLEH ART VISION
Profil Taman 6
LOKASI : USJ, Subang Jaya Selangor NAMA PEMILIK : Mr. Cheong JENIS KEDIAMAN : Semi D KELUASAN TAMAN: 3,825 kaki persegi KONSEP TAMAN : Tropika
J
ika kediaman mempunyai ruang di bahagian sisi, adalah lebih baik mengabdikan tanah tersebut sebagai binaan kolam. Kehadiran air ini bukan sahaja melengkapkan sebuah rupa natural taman tetapi dalam masa yang sama menyuntik bunyi damai buat kediaman. Salah satu projek yang dilaksanakan oleh Art Vision Landscape Sdn Bhd yang terletak di USJ ini, menggunakan sistem penapisan ekologi dari syarikat tersebut yang ternyata memberi nilai tambah buat kediaman pemilik. Paling menarik apabila kolam ini tidak perlukan sistem penyelenggaraan selama satu tahun serta tidak mengeluarkan bau busuk dan air kolamnya juga jernih. Paling menarik apabila lapisan dasar kolam dilapisi dengan ecological filter sand yang berupaya menjana ekosistem semula jadi dalam mengimbangi kehadiran ammonia, nitrate dan bahan buangan ikan yang lain. Oleh sebab itu, air kolam ini sentiasa diperbaharui kandungan bendasing di dalamnya dan secara tidak langsung menghalang pertumbuhan alga. Sesebuah kolam yang berjaya adalah apabila ia mempunyai sistem penapisan yang baik yang mampu menjana kitaran kolam itu sendiri. Pelbagai masalah kegagalan kolam dan pembaziran wang dapat dielakkan andai pemilik prihatin dan mengambil berat akan sistem filtration sebelum membina kolam.
15
Hubungi
ART VISION LANDSCAPE SDN BHD LOT 69, JALAN SG. BULOH, SELANGOR GREEN LANE, 47000 SG.BULOH, SELANGOR SAMMY LIEW: 0123131382
POWLING LANDSCAPE 251, LORONG KEMPAS 1, TAMAN KEMPAS, SUNGAI PETANI, KEDAH
PEJABAT: 04 4319709 POH ENG HUA: 012 4757203 / 012 4129932 EMAIL: POWLINGLANDSCAPE@ GMAIL.COM
EMAIL: ARTVISIONLANDSCAPE@ YAHOO.COM