KOLEJ POLY-TECH MARA KAMPUS CAWANGAN ALOR SETAR, KEDAH
PANDUAN KEPADA PENYELIA ORGANISASI/INDUSTRI
Disediakan oleh: Unit Latihan Industri Kolej Poly-Tech MARA Kampus Cawangan Alor Setar
1
KANDUNGAN MUKASURAT 1.0
PENGENALAN
1
1.1
Latarbelakang
1
1.2
Kursus Yang Terlibat Dengan Latihan Industri
1
2.0
MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI
1
3.0
OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
1
4.0
SKOP DAN PROGRAM LATIHAN
5.0
CATATAN DAN LAPORAN PELAJAR
6.0
PERANAN ORGANISASI/INDUSTRI
7.0
PENILAIAN LATIHAN
3
8.0
KEHADIRAN SEMASA LATIHAN
3
9.0
PENYELIA KOLEJ
10.0
INSURAN
4
11.0
PENUTUP
4
1-2 2 2-3
3-4
2
1.0
PENGENALAN 1.1 Latarbelakang Semua pelajar dari kursus di peringkat Diploma dikehendaki menjalani latihan industri semasa tempoh pengajiannya. Setiap pelajar dikehendaki menjalankan latihan industri ini tidak kurang daripada 16 minggu. Ia dilakukan selepas pelajar menamatkan semester 5 pengajian mereka di organisasi/industri yang berkaitan dengan kursus yang diikuti. 1.2 Kursus Yang Terlibat Dengan Latihan Industri Kursus-kursus di peringkat Diploma di Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar yang terlibat dengan Latihan Industri adalah seperti berikut:i) Diploma Teknologi Maklumat ii) Diploma Sistem dan Rangkaian Komputer iii) Diploma Perakaunan iv) Diploma Pengurusan Perniagaan vi) Diploma Pengurusan Pelancongan Usahasama Dengan UiTM
2.0
MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI Matlamat Latihan Industri ialah untuk mendapat pendedahan, pengalaman dan kemahiran profesional bagi melahirkan individu yang cekap dan bertanggungjawab.
3.0
OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI Objektif Latihan Industri ialah untuk membolehkan para pelajar: i) Mempelajari beberapa aspek pekerjaan di organisasi/industri bagi mendapat kemahiran asas profesional dalam jangkamasa yang ditetapkan. ii) Mempraktik teori yang dipelajari dalam situasi pekerjaan sebenar. iii) Menghayati nilai etika profesional. iv) Menjalin hubungan dengan ahli profesional di luar kampus. v) Membina daya kreativiti dan menyumbang buah fikiran yang berkualiti kepada organisasi/industri.
4.0
SKOP DAN PROGRAM LATIHAN Skop latihan merupakan segala pengalaman yang akan dilalui oleh pelajar di organisasi/industri berkenaan yang meliputi pelbagai aspek seperti: i) Memerhati operasi kilang ii) Mencadangkan pemasangan rangkaian bagi organisasai/industri yang bersetuju dan memerlukan. iii) Menjalankan kerja-kerja senggaraan dan pemulihan komputer. iv) Membina sistem yang sesuai dan boleh digunapakai oleh organisasi/industri berkenaan. v) Mengaplikasi prinsip dan kemahiran yang berkaitan dengan perakaunan, pengurusan, pemasaran, kewangan, ekonomi dan undang-undang perniagaan di mana aplikasi itu bermanfaat untuk sesuatu organisasi perniagaan. vi) Berkebolehan menggunakan teknik kemahiran serta perisian perakaunan untuk perlaksanaan perniagaan.
3
vii) Berkebolehan menunjukkan etika profesional dan tanggungjawab moral yang berkait rapat dengan sumber kemanusiaan serta pengurusan organisasi. Walau bagaimanapun skop dan program latihan yang sebenarnya adalah bergantung kepada jenis industri/organisasi yang terlibat. Pihak kolej berharap latihan yang diberi akan terdiri dari sebahagian besar aspek-aspek di atas. Perlu diingatkan program yang menghendaki pelajar menjalankan kerja “operator kilang” semata-mata adalah tidak memadai dan tidak akan diperakukan oleh pihak kolej. Penyelia Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar atau penyelia kolej cawangan (bagi tempat latihan industri di luar Kedah/Perlis/Pulau Pinang) akan melawat tempat latihan untuk melihat perkembangan pelajar serta berbincang dengan pihak organisasi/industri. Penyelia organisasi/industri dipohon untuk mengemukakan laporan sejurus selepas berakhirnya latihan industri. 5.0
CATATAN DAN LAPORAN PELAJAR Semua pelajar yang menjalani latihan industri dikehendaki oleh pihak kolej untuk: i) mencatatkan rancangan latihan (setelah berbincang dengan penyelaras latihan) dan kerja/aktiviti yang dilakukan semasa menjalani latihan di dalam buku log (weekly report) ii) menyediakan satu laporan akhir secara menyeluruh mengenai program latihan yang telah diikuti.
6.0
PERANAN ORGANISASI/INDUSTRI Untuk memastikan program latihan industri berjalan dengan lancar, organisasi/industri diharapkan dapat memainkan peranan yang dicadangkan seperti berikut:i)
Melantik penyelaras latihan Di antara tanggungjawab penyelaras latihan adalah:
4
ii)
merangka rancangan latihan (Industrial Training Schedule) secara keseluruhan setelah berbincang dengan wakil bahagian-bahagian yang terlibat dengan program latihan. Program yang dirangka sebolehbolehnya dapat memberi sebanyak mungkin pengalaman/pendedahan selaras dengan kemudahan yang ada di organisasi/industri serta mengambil kira tahap akademik pelajar. memberi taklimat mengenai latarbelakang organisasi/industri dan memaklumkan rancangan latihan kepada pelajar. melengkapkan laporan penyelaras organisasi/industri (Industrial Supervisor Report Form hendaklah diserahkan kepada pensyarah yang akan melawat pelajar) setelah berbincang dengan penyelia bahagian yang terlibat dengan program latihan, jika perlu.
Melantik penyelia bahagian Di antara tanggungjawab penyelia bahagian adalah: berbincang dengan pelajar untuk memperincikan aktiviti mingguan. menyelia kerja-kerja pelajar membuat penilaian mingguan bagi kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar di dalam buku log (weekly report). memberi maklumbalas mengenai prestasi pelajar kepada penyelaras, jika perlu. Penerangan (i) dan (ii) di atas ialah untuk keadaan di mana program latihan melibatkan pelbagai bahagian. Sekiranya program latihan melibat satu bahagian sahaja, penyelaras latihan dan penyelia bahagian boleh jadi pegawai yang sama dan oleh itu pegawai tersebut perlulah melaksanakan kedua-dua tanggungjawab (i) dan (ii) di atas.
iii) Memberi kemudahan yang munasabah kepada pelajar (contoh: komputer). iv) Mempertimbangkan pemberian elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri bagi meringankan tanggungan pelajar semasa menjalani latihan industri. v) Membenarkan kakitangan kolej membuat lawatan ke organisasi/industri bagi tujuan penyeliaan.
7.0
PENILAIAN LATIHAN Prestasi pelajar semasa menjalani latihan industri serta perkembangan sahsiahnya perlu dinilai oleh penyelaras latihan/penyelia bahagian dari organisasi/industri dan penyelia kolej. Antara perkara yang dinilai termasuklah prestasi kerja, hasil kerja dan sahsiah pelajar. Penilaian dibuat melalui cara-cara berikut: i) ii) iii) iv)
8.0
Lawatan oleh pensyarah KPTM 20% Laporan akhir 40% Laporan Penilaian Majikan 20% Persembahan di kolej (selepas tamat Latihan Industri) 20%
KEHADIRAN SEMASA LATIHAN Semasa menjalani latihan, pelajar perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh organisasi/industri. Pihak organisasi/industri tidak digalakkan memberi
5
kebenaran cuti kepada pelajar semasa latihan bagi tujuan menyelesai masalah peribadi (contohnya menghadiri kenduri kahwin dan sebagainya). Walau bagaimanapun di atas pertimbangan pihak organisasi/industri, ia boleh diluluskan dan pada masa yang sama pelajar tersebut DIWAJIBKAN menggantikan bilangan hari bercuti untuk memenuhi keperluan tempoh latihan. Sekiranya pelajar cuti kerana sakit (dibuktikan dengan sijil cuti sakit) dan yang seumpamanya, pelajar tidak diwajibkan untuk menggantikan bilangan hari yang beliau cuti. Sijil cuti sakit pada tarikh yang berkenaan hendaklah dilampirkan ke dalam buku log.
9.0
PENYELIA KOLEJ Pihak kolej akan menghantar penyelia yang terdiri dari kakitangan akademik (dari KPTM Alor Setar atau KPTM cawangan terdekat) untuk melawat organisasi/industri semasa pelajar menjalani latihan industri. Lazimnya lawatan ini dibuat dalam tempoh 4 minggu sebelum Latihan Industri berakhir. Tujuan lawatan ini ialah untuk memberi bimbingan kepada pelajar sekiranya terdapat apa-apa masalah yang tertentu semasa dalam latihan. Di samping itu, lawatan ini juga dapat memupuk persahabatan baik antara kolej dan organisasi/industri sambil berbincang perkara-perkara yang bersangkutan untuk kebaikan bersama.
10.0
INSURAN Semua pelajar KPTM Alor Setar mempunyai insuran secara berkumpulan di mana jenis perlindungan ialah berdasarkan 'Group Personal Accident Takaful (GPAT)' yang meliputi kecederaan tubuh (bodily injury) yang mungkin dialami oleh siswa, semasa menjalani latihan industri, tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang terkandung dalam sijil GPAT.
11.0
PENUTUP Dengan perlaksanaan latihan industri ini, adalah diharapkan semua pihak; pelajar, organisasi/industri dan kolej, mendapat faedah darinya serta memainkan peranan masing-masing dalam memberi sumbangan ke arah pembangunan negara.
6