SURAH AL-QADR Diturunkan di Mekah : 5 Ayat
IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 IeM¬GºMšOZ HæG¾MÃGš£G› GßQ‚GeMcG} £G›Gy (1) IeM¬GºMšOZ IæG¾MÃGšçI• HäQéƒÀMšG¯MœG} P£RœIý
( )
3 A®MÁG& IÜMšG} MãIN›D®MÃG‹IeM¬GºMšOZ HæG¾MÃGš
( )
4 A®M›G} INáH˜ãIN› âIÁIN…Ge IwMdIÇI…£GÁÃI• H`yS®šOZ Gy HæG¼IËQ郾G¿MšOZ HuR¯GÀG†
( )
5 I®M¨G¹MšOZI ÚG¾ƒMµG› QçR¥GŠ GçI„ KâQ郾G"
( ) MAFHUMNYA:
Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur’an ini pada Malam Lailatul Qadr. Dan apakah caranya Engkau dapat mengetahui kebesaran Malam Lailatul Qadr ini? Malam Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu akan turun Malaikat Jibril dengan izin Allah Tuhannya, lantaran membawa segala perkara (yang berkaitan dengan takdir, perkara yang berlaku pada tahun itu). Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar.
1
Al-Qadr
TERJEMAHAN SURAH AL-QADR
IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti.
IeM¬GºMšOZ IæG¾MÃGšçI• HäQéƒÀMšG¯MœG} P£RœIý Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur’an ini pada Malam Lailatul Qadr.
IeM¬GºMšOZ HæG¾MÃGš£G› GßQ‚GeMcG} £G›Gy Dan apakah caranya Engkau dapat mengetahui kebesaran Malam Lailatul Qadr ini?
A®MÁG& IÜMšG} MãIN›D®MÃG‹IeM¬GºMšOZ HæG¾MÃGš Malam Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan.
A®M›G} INáH˜ãIN› âIÁIN…Ge IwMdIÇI…£GÁÃI• H`yS®šOZ Gy HæG¼IËQ郾G¿MšOZ HuR¯GÀG† Pada malam itu akan turun Malaikat Jibril dengan izin Allah Tuhannya, lantaran membawa segala perkara (yang berkaitan dengan takdir, perkara yang berlaku pada tahun itu).
I®M¨G¹MšOZI ÚG¾ƒMµG› QçR¥GŠ GçI„ KâQ郾G" Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar.
2
Al-Qadr
Sinopsis Surah: Pokok perbincangan dalam surah ini adalah Al-Qur’an, iaitu sebuah perlembagaan dari Allah yang diturunkan untuk kepentingan manusia demi membentuk masyarakat yang beriman dan beramal. Keagungan Al-Qur’an itu dilihat sewaktu ianya diturunkan dan dikaitkan dengan barakah. Jibril as telah menurunkan Al-Qur’an dalam bentuk sekaligus, di malam Lailatul Qadr dari Al-Lauhul Mahfuz ke Baitul Izzati di langit dunia. Ianya kemudian diserahkan pula kepada malaikat yang berkaitan di langit berikutnya dan seterusnya diturunkan secara berdikit-dikit selama 23 tahun mengikut keperluannya. Sebenarnya proses penurunan Al-Qur’an secara sekaligus atau secara berdikit-dikit berlaku dalam bulan Ramadhan. Bezanya, ia berlaku secara sekaligus pada malam Lailatul Qadr dari Lauhul Mahfuz ke Baitul Izzati, dan secara berdikit-dikit dari Baitul Izzati kepada Rasulullah bermula dengan surah Al-‘Alaq, di Gua Hira’. Ini menggambarkan betapa mulianya Baitul Izzati di Persada Dunia (£GÃMœS¬šOZ
GYP飿R±šOZ ) ini selepas
Lauh Mahfuz. Al-Qur’an diturunkan oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril as) secara sekaligus ke dalam hati Rasulullah saw dan ianya diturunkan pada waktu malam. Al-Qur’an dan malam Lailatul Qadr menjelaskan kepentingan malam itu yang membawa suatu Hakikat Petunjuk yang tersempurna dan kepentingan jangka panjang Al-Qur’an itu dalam semua zaman di atas muka bumi ini. Ianya memberi gambaran kepada akal dan hati yang beriman pada Allah dengan menyatakan keperkasaan Nya, membezakan yang benar dengan yang batil dan menjelaskan bahawa semua perkara adalah dari Allah kepada umat manusia. Gambaran-gambaran yang terus hidup dalam minda kita yang dapat memberi kesan dan memperkasakan Islam dan iman kita kepada Allah.
3
Al-Qadr
Tafsiran Surah:
IeM¬GºMšOZ IæG¾MÃGšçI• HäQéƒÀMšG¯MœG} P£RœIý Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur’an ini pada malam Lailatul Qadr. Maknanya Al-Qur’an yang azali itu adalah sebuah Kitab yang diturunkan oleh Allah, bukan ditulis oleh manusia, dan ianya diturunkan oleh Jibril as pada malam Lailatul Qadr dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzati di Persada Dunia, mengikut Qada’ dan hukum Nya. Dari Persada Dunia ini pula, ia diturunkan secara berdikit-dikit selama 23 tahun kepada Nabi Muhammad saw. Persada dunia ini dianggap sebagai Rumah Wahyu, di mana darinyalah Al-Qur’an diwahyukan pada Nabi Muhammad saw. Pergerakan penurunan Al-Qur’an itu dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzati dibuat pada waktu malam dan bukan di siang hari.
IeM¬GºMšOZ HæG¾MÃGš£G› GßQ‚GeMcG} £G›Gy Dan dengan apa jalannya sehingga Engkau dapat mengetahui tentang Lailatul Qadr itu? Lalilatul Qadr ialah sesuatu yang tersembunyi pengertiannya, dan hanya diperkenalkan oleh Al-Qur’an kepada kita. Dari manakah Rasulullah dapat tahu mengenainya? Allah menjelaskan Lailatul Qadr itu melalui ayat seterusnya:
A®MÁG& IÜMšG} MãIN›D®MÃG‹IeM¬GºMšOZ HæG¾MÃGš Malam Lailatul Qadr lebih baik dari seribu bulan. Ia adalah satu malam di bulan puasa dan jika seseorang itu beramal dan beribadat di dalamnya, dengan ikhlas kepada Allah, maka ganjaran pahala yang Allah berikan kepadanya adalah sebanding pahala amalan selama 1000 bulan, atau 83 tahun 4 bulan lamanya. Amalan di sini hendaklah menepati pengertian Hadith masyhur ini:
. G®R‹GÆG†£G›Gy IäI¤MœGd MãI› GvR¬GºG†£G› HäGš G®¹I H” £@…£G±I¥MŠZGy £@œ£G¿ñIý IeM¬GºMšZ GæG¾MÃGš Gv£G– MãG› /G®R‹GÆG†£G›Gy IäI¤MœGd MãI› GvR¬GºG†£G› HäGš G®¹I H” £@…£G±I¥ƒMŠZGy £@œ£G¿MñIý Gw£G´G›Ge Gv£G' MãG›Gy (eZ®"êZ ܲ˜ ç• £¿˜) 4
Al-Qadr
Mafhumnya: “Sesiapa yang bersembahyang (berdiri melakukan ibadah) di malam Lailatul Qadr dengan penuh iman seikhlasnya, dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampuni semua dosa-dosanya yang telah lalu dan yang terkemudian. Dan sesiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan meletakkan pengharapan pada Allah seikhlasnya, maka diampunkan semua dosa-dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian”. (Begitulah terdapat catitan dalam buku Kasyful Asrar). Iaitu, dia beramal dan berpuasa kerana yakin dan percaya pada Allah, mengharap akan pahala dari Nya, dan melakukannya dengan hati yang ikhlas, ceria dan penuh rasa sukarela. Bilakah waktunya? Malam sepuluh terakhir bulan Ramadan? Atau mengikut witirnya? Malam 27 Ramadan? Atau malam terakhir bulan Ramadan? Sesungguhnya Allah telah menyembunyikan malam itu kerana ingin memberi rangsangan kepada manusia untuk beribadat, memperbanyakkan pahala dengan cara menghidupkan malam-malam ramadan, dengan harapan agar mereka akan terserempak dengan malam Lailatul Qadr ini. Keberkesanan ibadat puasa dan kewujudan malam Lalilatul Qadr seolah-olah satu perkara yang sama. Malam penurunan Al-Qur’an ini terlalu agung bukan kerana malamnya itu, tetapi ketepatan masa penurunan Al-Qur’an di malam itu oleh Jibril as dari Lauh Mahfuz ke Persada Dunia. Ia adalah malam yang diberkati Allah, yang diraikan oleh puluhan ribuan para malaikat Nya. Diberikan ganjaran pahala seperti 1000 bulan beramal kepada sesiapa yang benar-benar menghayati puasa itu dan ia merupakan satu galakan kepada manusia untuk beramal di malam hari dengan ikhlas, di bulan Ramadhan ini, bagi memerangkap ketepatan masa malam itu dengan malam yang diturunkan Al-Qur’an. Malam ini dijelaskan Allah dalam surah Ad-Dukhaan:
3 GãñIeIÀH›£RÀH˜£RœIý > AæG˜G®Q郤H› IæG¾ƒMÃGš çI• HäQéƒÀMšG¯œG} P£RœIý (5) GãÃI¾I"M®H› £RÀH˜£RœIý > P飜I¬ÀI“ MãIN› Z@®M›G} (4) AâÃI¼GŠ A®M›G} SáH˜ HqG®ƒM¹Hñ £GÁÃI• (6) HâÃI¾G·MšOZ HÚÃI¿ƒR±šOZ GÂH„ ôHäRœIý > GßIN…Re ãIN› @æG¿ƒMŠGe ( )
5
Al-Qadr
Mafhumnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur’an itu pada satu malam yang penuh berkat, kerana sesungguhnya Kami senantiasa memberi amaran dan peringatan agar hamba-hamba kami tidak terkena azab. Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam itu, kerana pada malam itu dijelaskan kepada para malaikat tiap-tiap perkara yang mempunyai hikmah dan yang tetap akan berlaku: iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmah kebijaksanaan Kami. Sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutuskan Rasul, untuk menyampaikan rahmat dari Tuhanmu Allah, kepada manusia. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala keadaan hambanya”. (Ad-Dukhaan: Ayat 3 - 6). Firman Allah:
A®M›G} INáH˜ãIN› âIÁIN…Ge IwMdIÇI…£GÁÃI• H`yS®šOZ Gy HæG¼IËQ郾G¿MšOZ HuR¯GÀG† (Pada malam itu) turun para malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Mafhumnya, demi menggambarkan kebesaran ibadah puasa, orang-orang yang berpuasa dengan ikhlas dan kewujudan malam itu, Allah memberitahu bahawa pada malam itu sehingga waktu terbitnya fajar, sekumpulan para malaikat yang diketuai oleh Jibril as, akan turun ke bumi ini untuk bertasbih dan memohon kepada Nya untuk mengampunkan dosa-dosa orang-orang yang berpuasa, lelaki dan perempuan, dari umat Muhammad. (Tafsir Musa Ar-Rusawi, m/s 484, Juz 10). Penurunan para malaikat ini semuanya adalah dengan izin Allah dan ianya sekaligus meraikan malam diturunkan Al-Qur’an, bulan Ramadan dan orang-orang yang ikhlas berpuasa. Ini adalah kerana mereka yang menghidupkan malam-malam Ramadan itu sangat berharap untuk mendekati Allah dan senantiasa memohon keredhaan Nya, sehinggakan Allah mengizinkan para malaikat Nya turun ke bumi pada malam itu.
6
Al-Qadr
Tugas malaikat yang turun pada malam itu bukan hanya untuk memohon Allah mengampunkan para pengamal malam yang berpuasa di siang harinya, tetapi juga untuk membawa penjelasan ke atas perkara-perkara yang telah ditakdirkan akan berlaku pada tahun seterusnya, samada yang baik, yang jahat atau yang ‘baik dan barakah’. Misalnya, memberitahu takdir kematian seorang muslim dalam rahmat Allah, atau untuk memberitahu tentang semua hal yang bakal berlaku ke atas manusia dengan mewujudkan sebab musabab tertentu atas satu-satu perkara itu.
I®M¨G¹MšOZI ÚG¾ƒMµG› QçR¥GŠ GçI„ KâQ郾G" Sejahteralah malam itu sehingga terbit fajar. Mafhumnya, apa saja yang turun pada malam itu adalah selamat, memberi munafaat dan kebaikan, dan tiada kedapatan yang buruk atau yang jahat. Dalam sebuah hadith, mafhumnya: “Jibril as turun pada malam Lailatul Qadr bersesama dengan kumpulan malaikat, bersama-sama berselawat dan memohon keselamatan dunia Akhirat ke atas setiap hamba Allah yang sedang bersembahyang atau yang duduk berzikir sehingga keluar fajarnya”. Kesimpulan: Kebesaran Ibadat Puasa Ramadan, di mana wujudnya malam Lailatul Qadr, malam termulia yang meraikan sejarah penurunan Al-Qur’an kepada manusia, yang membuka minda mereka kepada keimanan dan i’tiqad suci pada pencipta kita Allah, tidak habis di situ saja. Allah berjanji, kepada sesiapa yang beramal dengan ikhlas di malam bulan Ramadan, akan diberikan kesempatan untuk bertembung dengan Malam Lailatul Qadr. Malam di mana pahala yang diberikan adalah sama dengan beribadat selama 1000 bulan. Para malaikat yang diketuai Jibril as pula, dari waktu bermulanya malam itu hingga terbitnya fajar, akan terus menerus berdoa memohon kepada Allah untuk mengampunkan dosa-dosa mereka yang sedang beramal di malam itu. Inilah galakan dan janji Allah kepada hamba Nya, yang berpuasa dengan ikhlas dan memelihara ibadat puasanya itu pada siangnya, serta berusaha berjaga malam untuk beribadat dan berzikir kepada Nya. Ganjaran ini Allah berikan kepada mereka yang mahu bersyukur. 7
Al-Qadr