SURAH AL-INSYIRAH Diturunkan di Mekah : 8 Ayat
IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 GsGeMfIy GßMÀG“ £GÀM·GFGyGy (1) GsGeM¬G' GßGš M`G®M²Gœ MâGšG}
( )
4 GsG®M˜Id GßGš £GÀM·G•GeGy (3) GsG®MÁG’ G×GºMœG} |IRšOZ
( )
6 Z@®M±Hñ I®M±H·MšOZ GÚG› RwIý (5) Z@®M±Hñ I®M±H·MšOZ GÚG› RwIÇG•
( )
8 ÌG“MeO£G• GßIN…Ge QéçšIýGy (7) MÌG³œO£G• GÍM”G®G• ZGdIÇG•
( )
MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Bukankah Kami telah melapangkan bagi engkau dada engkau (wahai Muhammad). Dan Kami telah meringankan darimu semua beban tanggunganmu (kerana berdakwah untuk mengembangkan Islam). (Iaitu bebanan) yang memberatkan tanggungjawabmu itu. Dan Kami juga telah menaiktarafkan namamu untuk sebutan namamu itu. Oleh itu, tetapkan kepercayaanmu, bahawa setiap yang susah itu akan berakhir dengan kesenangan. Ditegaskan sekali lagi, setiap yang susah itu akan berakhir dengan kesenangan. Kemudian apabila engkau telah selesai tugas mutlakmu itu, maka tumpukan secara bersungguh-sungguh untuk beramal soleh. Dan kepada Tuhanmu Allah sahaja, hendaklah engkau mohon kegemaranmu.
1
Al-Insyiraah
TERJEMAHAN SURAH AL-INSYIRAH
IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti.
GsGeM¬G' GßGš M`G®M²Gœ MâGšG} Bukankah Kami telah melapangkan bagi engkau dada engkau (wahai Muhammad).
GsGeMfIy GßMÀG“ £GÀM·GFGyGy Dan Kami telah meringankan darimu semua beban tanggunganmu (kerana berdakwah untuk mengembangkan Islam).
GsG®MÁG’ G×GºMœG} |IRšOZ (Iaitu bebanan) yang memberatkan tanggungjawabmu itu.
GsG®M˜Id GßGš £GÀM·G•GeGy Dan Kami juga telah menaiktarafkan namamu untuk sebutan namamu itu.
Z@®M±Hñ I®M±H·MšOZ GÚG› RwIÇG• Oleh itu, tetapkan kepercayaanmu, bahawa setiap yang susah itu akan berakhir dengan kesenangan.
Z@®M±Hñ I®M±H·MšOZ GÚG› RwIý Ditegaskan sekali lagi, setiap yang susah itu akan berakhir dengan kesenangan.
2
Al-Insyiraah
MÌG³œO£G• GÍM”G®G• ZGdIÇG• Kemudian apabila engkau telah selesai tugas mutlakmu itu, maka tumpukan secara bersungguh-sungguh untuk beramal soleh.
ÌG“MeO£G• GßIN…Ge QéçšIýGy Dan kepada Tuhanmu Allah sahaja, hendaklah engkau mohon kegemaranmu. Sinopsis Surah: Dalam melaksanakan dakwahnya, Rasulullah rasa terlalu tertekan sehingga beliau rasakan seolah-olah rohnya semput kerana harus melaksanakan tugas yang terlalu mencabar, kerana jalan-jalan yang harus ditempuhi penuh berduri dan lunak untuk beliau bergerak, dan kerana tipu helah dan muslihat kafir Quraisy di sekelilingnya. Semuanya itu menyebabkan dada Rasulullah dihinggapi tekanan dan terasa bebanan itu terlalu berat untuk dipikulnya. Beliau perlu kepada sokongan moral, panduan matlamat dan bimbingan dari Allah. Al-Qur’an yang membawa surah ini dengan penuh kudus, membimbing dan memberi bantuan moral kepada Rasulullah dalam usaha dakwahnya.
3
Al-Insyiraah
Tafsiran Surah:
GsGeM¬G' GßGš M`G®M²Gœ MâGšG} Bukankah Kami telah melapangkan bagi engkau dada engkau? Dalam kata lain: “Tidakkah engkau merasa kelapangan dadamu dalam melaksanakan dakwah ini setelah Kami mengisikannya dengan iman dan hidayah? Tidakkah engkau merasa dipermudahkan kepadamu semua urusanmu itu? Dan Kami jadikannya sebati dan sehati dengan tugasmu itu sehingga menyenangkan engkau? Kami tunjukkan jalan mudah itu untuk mencapai pada akhirnya dengan penuh bahagia?”. Syed Qutub mentafsirkannya seperti berikut: “Telitikanlah dalam dadamu. Tidakkah engkau menemui pengisian pada rohmu, keselesaan pada dalaman dirimu, keriangan dan nur cahaya dalam benakmu? Bersedialah memikul bebanan ini dengan pemberian tersebut! Fahamilah setiap yang susah itu tentulah ada senangnya, yang penat itu ada kerehatannya dan yang meredhai setiap halangan itu dengan tabah ada kebaikannya?”. Terdapat sebuah hadith yang berkaitan dengan melapangkan dada Rasulullah dalam hadith riwayat Muhammad dari Ubai bin Ka’ab yang berkata bahawa Abu Hurairah sangat suka bertanyakan soalan yang tidak pernah ditanya oleh sahabat-sahabat lain. Di antaranya pertanyaan Abu Hurairah pada Rasulullah: “Ya Rasulullah, apakah petanda-petanda awal yang Engkau nampak tentang kenabianmu itu?” Jawab Rasulullah yang ketika itu sedang berdiri, mencapai kerusi dan duduk memulakan jawapannya: “Baik, wahai Abu Hurairah. Ketika aku berumur 10 tahun dan beberapa bulan, dan ketika itu aku berada di padang pasir. Tiba-tiba kedengaran dua suara lelaki yang berkata: “Betulkah yang ini?” Jawabnya: “Ya! Ya!….. Inilah dia!”. Kedua-dua lelaki itu menghampiriku. Aku melihat mukanya yang aku tidak pernah kenal, rohnya yang tidak pernah aku temui dan alami, dan bajunya tidak serupa baju yang pernah aku tahu! Kedua-duanya mendekati badanku dan salah seorang itu memegang badanku, tetapi tidak nampak dan tidak terasa gengamannya. 4
Al-Insyiraah
Dan kata salah seorang itu pada yang lainnya: “OK, baringkanlah dia sekarang!”. Maka aku pun dibaringkan. Kata orang tu lagi: “Masukkan tangan kau dalam dadanya dan buka dada itu!”. Aku nampak tangannya mengutil-ngutil sesuatu!
dimasukkan
dalam
dadaku
sambil
Kata suara itu lagi: “Keluarkan ketulan darah hitam tu!”. Aku nampak dia mengeluarkan seketul darah hitam dari dalam dadaku dan aku tidak nampak darah atau merasa sakit atas perbuatan mereka berdua itu. Darah hitam itu dicampak keluar dan kata orang itu pada kawannya: “Masukkan rasa kasih sayang (Ra’fah) dan rasa rahmat (Rahmah) ke dalamnya!”. Aku nampak seolah-olah seketul perak dimasukkan ke dalam dadaku itu. Kemudian mereka mengoncang jejari tangan kananku dan berkata: “Ha! Bangun. Engkau selamat!”. - (Ibnu Kathir, Juz 4, m/s 525). Mengikut tafsiran Ruhul Bayan, Juz 10, m/s 462, Ketulan Darah Hitam itu di kenali sebagai kotak Syaitan (w£µÃ²šZ
¯¿¸›)
iaitu seketul darah
hitam, di mana dengannya, menyebabkan seseorang itu cenderung mengikuti bisikan syaitan dan menjadi tidak taat kepada Allah dan suka kepada maksiat. Ianya adalah punca kepada ikutan nafsu yang mendorong manusia ke arah derhaka pada Allah.
GsG®MÁG’ G×GºMœG} |IRšOZ . GsGeMfIy GßMÀG“ £GÀM·GFGyGy Dan Kami telah meringankan darimu akan bebananmu melaksanakan dakwahmu, iaitu bebanan yang memberatkan tanggungjawabmu. Iaitu, Kami hilangkan bebanan yang boleh memberatkan belakang kamu untuk menanggungnya, Kami meringankan dada kamu dengan kelapangan dada sehingga engkau merasa ringan dan mudah, iaitu dengan mentaufiqkan kamu dan memudahkan dakwah kamu serta membuka lipatan-lipatan hati kamu dengan wahyu. Wahyu yang menyingkapkan sesuatu hakikat, yang boleh membantu ianya menyelinap ke dalam kalbu pelanggan kamu dengan penuh resapan dan kesenangan. 5
Al-Insyiraah
GsG®M˜Id GßGš £GÀM·G•GeGy Dan Kami menaiktarafkan namamu untuk sebutan. Iaitu Kami jadikan namamu itu disebut dimartabat tinggi, ke atas, ke bawah dan kepada semua yang wujud di dunia ini. Kami angkatkan namamu Muhammad itu agar sejajar dan selari dengan nama Allah ketika ianya diucapkan oleh dua bibir. Contohnya: “Lailahaillallah Muhammad Rasulullah!”. Bukan itu saja, diberi nilai taraf tinggi di mana dengan nilai itu mengasingkan nama Muhammad dari semua nama makhluk lain. Nama Muhammad disebut dalam Lauh Mahfuz, ditaqdirkan menjadi sebutan dari kurun ke kurun yang lain, dan jutaan bibir-bibir dibasahi dengan sebutan nama itu. Selawat dan salam yang mendampingkan rasa kasih dan sayang padamu wahai Muhammad. Jadi, dengan anugerah yang tertinggi ini, manalah ada lagi kesengsaraan, kesusahan dan halangan pada dakwah kamu itu! Sambil itu, Allah mahu memberi kata semangat pada Rasulullah dengan yang diceritakan melalui sebuah Hadith riwayat dari Othman bin Atta’a dari Az-Zuhri dari Anas ra, mafhumnya: Rasulullah pernah berkata: “Setelah selesai perbincanganku dengan semua urusan di langit, aku berkata pada Allah: “Wahai Rabb! Semua nabi-nabi sebelumku telah Engkau anugerahkan mereka dengan kemuliaan. Engkau jadikan Ibrahim as sebagai Khalil Mu, Nabi Musa sebagai Kalam Mu. Engkau permudahkan Nabi Daud dan Sulaiman dengan bukit dan angin. Engkau benarkan Nabi Isa menghidupkan yang telah mati, dan aku tidak apa-apa yang Engkau kurniakan!”. Jawab Allah: “Anugerah Ku padamu lebih dari semua itu. Bila manusia mengingati Ku bererti mereka mengingatimu juga. Aku jadikan hati-hati umatmu boleh menghafaz Al-Qur’an, dan ini tidak diberi pada umat sebelummu. Aku anugerahkan engkau dengan harta Arasy (Kanzul ’Arsyi), la haulawala quwwata illa biIlahi”.
Z@®M±Hñ I®M±H·MšOZ GÚG› RwIý . Z@®M±Hñ I®M±H·MšOZ GÚG› RwIÇG• (Tetapkanlah kepercayaanmu dan keyakinanmu) maka setiap yang susah itu akan berakhir dengan kesenangan. Sekali lagi ditegaskan, bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai dengan kemudahan.
6
Al-Insyiraah
Iaitu kesusahan ini akan berganding dengan kemudahan, dan inilah dia praktikal dalam hidup ini. Beginilah caranya Allah memujuk Rasulullah agar tetap pendirian dakwahnya, kuat semangatnya dalam melepasi tugas penting dakwahnya yang penuh dengan kesusahan dan rintangan itu. Bayangkanlah, betapa hati Rasulullah yang mendapat sokongan Allah itu akan terus aktif dan bersemangat.
ÌG“MeO£G• GßIN…Ge QéçšIýGy . MÌG³œO£G• GÍM”G®G• ZGdIÇG• Dan kemudian, apabila kamu telah selesai (melakukan tanggungjawab kamu itu pada satu-satu masa) maka bersungguh-sungguhlah secara proaktif mengusahakannya (seperti amal soleh dan lain-lain) dan ingat, kepada Tuhanmu Allah sajalah, hendaklah kamu mohon apa yang engkau kehendaki. Apabila selesai tugas kamu pada manusia dan pada bumi, maka usahakanlah bersungguh-sungguh dan dengan sepenuh hati, dalam melaksanakan ibadah, penelitian tugas, dan dalam perancangan dan fokus pada tugas-tugasan yang akan datang, dengan cara menjadikan Allah sebagai tempat memohon segala sesuatu. Bukan pertolongan dari manusia lain, dari wang atau dari kehebatan, TETAPI pertolongan hanya dari Allah, agar tertunailah konsep ikhlas dalam tugas-tugasanmu itu. Hanya ini sahajalah jalan yang boleh membawa kejayaan pada diri dan perjuangan jihad kamu. Kesimpulan: Dengan meresapkan penghayatan kita ke atas surah ini dan memahami bahawa ianya adalah bimbingan Allah kepada Rasulnya Muhammad saw, maka hasilnya akan melahirkan 2 jenis perasaan: Perasaan pertama ialah perasaan disayangi dan dikasihi oleh Allah. Ianya diresapkan ke dalam roh Rasulullah saw oleh Tuhannya Allah, yang Maha Prihatin, yang memberi rahmat dan kesegaran jiwa kepadanya. Perasaan kedua ialah perasaan bagaimana Allah mencurahkan kasih sayang Nya itu dengan sentuhan yang membina dan membimbing. Aduh! Bertuahnya Rasulullah mendapat bimbingan yang sedemikian hebatnya. Allahu A’lam.
7
Al-Insyiraah