SURAH AL-‘ALAQ Diturunkan di Mekah : 19 Ayat
IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 AÝG¾G“ MãI› GãQƒG±MœIîM OZ GÝG¾G‹ (1) GÝG¾G‹ |IRšOZ GßIN…Ge IâM"O£I… M} G®M–OZ
( )
4 IâG¾GºMšO£I… GâR¾G“ |IRšZO (3) HvG®M˜ GìM OZ GßS…GeGy M} G®M–OZ
( )
6 Péç¸MµGÚG GãQƒG±MœIîM OZ RwIýP RëG˜ (5) MâG¾M·Gñ MâGš£G› GãQƒG±MœIîM OZ GâR¾G“
( )
8 Péç·M‰S®šOZ GßIN…Ge QéçšIý RwIý (7) PéçÀM¸G¥M"OZ HxZGYRe wG}
( ) ( ( ( (
10) PçR¾G' ZGdIý Z@¬M¤G“ (9) QçGÁMÀGñ |IRšOZ GÍMñGYGeG}
12) P|GÂMºR¥šO£I…G®G›G} MyG} (11) P|G¬HÁMšOZ çG¾G“ Gw£G˜ wIý GÍMñGYGeG}
14) Q|G®Gñ GäNQ¾šZ RwGÆI… MâG¾ƒM·Gñ MâGšG} (13) PçRšGÂG†Gy G[RG˜ wI} GÍMñGYGeG}
16) AæGËI‘£G‹ AæG…IQƒG˜ AæGÃI'£Gœ (15) IæGÃI'£RÀšO£I…£=ƒG·G¹M±GÀGš IäG¥MÀGñ MâRš ãIËGš RëG˜ (
18) GæGÃIœ£G…R¯šOZ HnM¬GÀG" (17) ôHäGñIc£Gœ HnM¬GÃM¾G• (
19) [I®G¥M–ZGy M¬H¨M"OZ Gy HäM·IµH† Gê RëG˜
** (Lakukan Sujud Sajadah setiap kali selepas membaca surah ini.) Bacaan Dalam Sujud Sajadah
HxG®G³G…Gy HäG·M¿G" RÝG&Gy HäGºG¾G‹ |IR¾Iš GåIÁM‰Gy G¬G¨G" GãÃIºIš£GªMšOZ IãG±MŠG} HäQN¾šZ GsGe£G¤G¥G• IäI†R–H Gy IäIšMÂG©I… Sujudlah mukaku terhadap Allah yang menjadikannya, membentuknya, memberi pendengaran dan penglihatan dengan keupayaan dan kekuatan Nya. Maka berkat Allah sebaik-baik Pencipta.
1
Al-‘Alaq
MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Bacalah (Wahai Muhammad!) dengan nama Allah Tuhanmu, Pencipta sekelian makhluk. Dia mencipta manusia dari sebuku darah beku. Bacalah! Sesungguhnya Tuhanmu Allah itu, adalah Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar manusia dari apa yang tidak diketahui mereka. Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia itu tetap bersifat suka ‘melampaui batas’ dan melampau, kerana dia melihat diri-dirinya sudah cukup dengan apa yang dihajati mereka. Ingatlah dan waspadalah! Sesungguhnya kepada Tuhanmu Allah juga akhirnya kamu semua akan berpulang untuk menerima balasan dari sikap kamu itu. Adakah tidak engkau nampak (kebaikannya pada) orang yang cuba menghalang seorang hamba lain melakukan sembahyangnya? Atau adakah engkau nampak pula (keburukannya pada) orang yang berada di atas jalan yang betul? Atau ia menyuruh seseorang itu bertaqwa? Adakah engkau nampak (seseorang itu boleh terlepas dari azab Allah) jika ia berdusta (tentang ajaran yang dibawa oleh Rasulullah) dan kemudian dia berpaling tadah? Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Melihat segala amal buruknya dan akan membalasnya nanti? Jangan sekali-kali kamu menderhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti dari semua perbuatan buruk itu, nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya serta mengheretnya ke Neraka! Iaitu ubun-ubun orang yang menjadi pendusta dan yang bersalah. Kemudian biarlah ia cuba memanggil kumpulannya untuk membantunya. Dan Kami pula akan memanggil Zabaniah untuk menyeksanya. Ingatlah dan waspadalah (Wahai Muhammad!), jangan sekali-kali kamu mengikuti kehendak mereka, sebaliknya sujudlah dan dampingkanlah dirimu dengan Allah (penuh taat pada Allah dan beramal soleh).
2
Al-‘Alaq
TERJEMAHAN SURAH AL-‘ALAQ
IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti.
GÝG¾G‹ |IRšOZ GßIN…Ge IâM"O£I… M} G®M–OZ Bacalah (Wahai Muhammad!) dengan nama Allah Tuhan Mu, Pencipta sekelian Makhluk.
AÝG¾G“ MãI› GãQƒG±MœIîM OZ GÝG¾G‹ Dia mencipta manusia dari sebuku darah beku.
HvG®M˜ GìM OZ GßS…GeGy M} G®M–OZ Bacalah! Sesungguhnya Tuhanmu Allah itu, adalah Maha Pemurah.
IâG¾GºMšO£I… GâR¾G“ |IRšOZ Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.
MâG¾M·Gñ MâGš£G› GãQƒG±MœIîM OZ GâR¾G“ Dia mengajar manusia dari apa yang tidak diketahui mereka.
Péç¸MµGÃGš GãQƒG±MœIîM OZ RwIýP RëG˜ Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia itu tetap bersifat suka ‘melampaui batas’ dan melampau,
PéçÀM¸G¥M"OZ HxZGYRe wG} kerana dia melihat diri-dirinya sudah cukup dengan apa yang dihajati mereka.
3
Al-‘Alaq
Péç·M‰S®šOZ GßIN…Ge QéçšIý RwIý Ingatlah dan waspadalah! Sesungguhnya kepada Tuhanmu Allah juga akhirnya kamu semua akan berpulang untuk menerima balasan dari sikap kamu itu.
QçGÁMÀGñ |IRšOZ GÍMñGYGeG} Adakah tidak engkau nampak (kebaikannya pada) orang yang cuba menghalang
PçR¾G' ZGdIý Z@¬M¤G“ seorang hamba lain melakukan sembahyangnya?
P|G¬HÁMšOZ çG¾G“ Gw£G˜ wIý GÍMñGYGeG} Atau adakah engkau nampak pula (keburukannya pada) orang yang berada di atas jalan yang betul?
P|GÂMºR¥šO£I…G®G›G} MyG} Atau ia menyuruh seseorang itu bertaqwa?
PçRšGÂG†Gy G[RG˜ wIý GÍMñGYGeG} Adakah engkau nampak (seseorang itu boleh terlepas dari azab Allah) jika ia berdusta (tentang ajaran yang dibawa oleh Rasulullah) dan kemudian dia berpaling tadah?
Q|G®Gñ GäNQ¾šZ RwGÆI… MâG¾ƒM·Gñ MâGšG} Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Melihat segala amal buruknya dan akan membalasnya nanti?
4
Al-‘Alaq
IæGÃI'£RÀšO£I…£=ƒG·G¹M±GÀGš IäG¥MÀGñ MâRš ãIËGš RëG˜ Jangan sekali-kali kamu menderhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti dari semua perbuatan buruk itu, nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya serta mengheretnya ke Neraka!
AæGËI‘£G‹ AæG…IQƒG˜ AæGÃI'£Gœ Iaitu ubun-ubun orang yang menjadi pendusta dan yang bersalah.
ôHäGñIc£Gœ HnM¬GÃM¾G• Kemudian biarlah ia cuba memanggil kumpulannya untuk membantunya.
GæGÃIœ£G…R¯šOZ HnM¬GÀG" Dan Kami pula akan memanggil Zabaniah untuk menyeksanya.
[I®G¥M–ZGy M¬H¨M"OZ Gy HäM·IµH† Gê RëG˜ Ingatlah dan waspadalah (Wahai Muhammad!), jangan sekali-kali kamu mengikuti kehendak mereka, sebaliknya sujudlah dan dampingkanlah dirimu dengan Allah (penuh taat pada Allah dan beramal soleh). ** (Lakukan Sujud Sajadah setiap kali selepas membaca surah ini.) Bacaan Dalam Sujud Sajadah
HxG®G³G…Gy HäG·M¿G" RÝG&Gy HäGºG¾G‹ |IR¾Iš GåIÁM‰Gy G¬G¨G" GãÃIºIš£GªMšOZ IãG±MŠG} HäQN¾šZ GsGe£G¤G¥G• IäI†R–H Gy IäIšMÂG©I… Sujudlah mukaku terhadap Allah yang menjadikannya, membentuknya, memberi pendengaran dan penglihatan dengan keupayaan dan kekuatan Nya. Maka berkat Allah sebaik-baik Pencipta. 5
Al-‘Alaq
Sinopsis Surah: 5 ayat pertama surah ini diturunkan dalam bulan Ramadan, sewaktu Rasulullah berada di Gua Hira’. Sebuah Hadith menceritakan kedudukan ayat ini seperti berikut: Wahyu kepada Rasulullah bermula melalui mimpi benar dalam tidur beliau. Ianya seperti cerah waktu subuh dan menyebabkan Muhammad suka bersendirian. Beliau berkhalwat di Gua Hira’ dan beribadat malam. Beliau bergantung pada bekalan dan kemudian pulang semula kepangkuan Khadijah dan mengambil bekalannya. Ketika beliau berada di gua tersebut, datanglah Al-Haq (Malaikat Jibril as) dan kedengaranlah sebuah suara yang menyuruhnya membaca. Katanya: “Baca olehmu, wahai Muhammad!”. Jawab Muhammad: “Apa yang nak aku baca?”. Baginda dipeluk kuat sehingga 3 kali ulangan dan akhirnya suara itu membaca (mafhumnya): “Bacalah, dengan nama Tuhanmu, Pencipta yang mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah! Sesungguhnya Tuhanmu itu Maha Pemurah. Dia mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui mereka!”. Lantas selepas hilangnya suara itu, Muhammad pun pulang kepangkuan isterinya Khadijah memohon supaya beliau diselimutkan, kerana rasa penat dan terkejut. Sesudah itu, Khadijah membawa baginda berjumpa dengan sepupunya yang bernama Waraqah bin Naufal bin Assad bin Abd Al-Uzza bin Qusayy Al-Qurashi, penganut agama Nasrani, penulis agama dari bahasa Ibrani dan beliau adalah seorang yang buta. Khadijah meminta Muhammad menceritakan peristiwa suara itu kepadanya dan dijawab mudah oleh Waraqah bahawa suara itu adalah Namus (Jibril), yang pernah mendatangi Nabi Musa dan bahawa Muhammad akan mengeluarkan kaumnya dari kesesatan kepada Nur. Muhammad terkejut seolah-olah tidak percaya. Apa pun, Warakah berharap dapat membantu Muhammad dalam risalahnya itu, tetapi beliau meninggal dunia sebelum gerakan harakah dakwah Muhammad bermula. Ini bererti, bermulalah wahyu pertama kepada Muhammad untuk memulakan gerakan dakwahnya. Ayat-ayat 6 hingga 19 itu pula diturunkan kemudian, oleh kerana adanya kesesuaiannya dengan ayat di atas maka ianya disatukan dalam surah Al-‘Alaq ini.
6
Al-‘Alaq
Tafsiran Surah:
GÝG¾G‹ |IRšOZ GßIN…Ge IâM"O£I… M} G®M–OZ Bacalah (Wahai Muhammad) dengan menyebut nama Tuhanmu (Allah) yang telah menciptakan sekelian alam. Inilah surah terawal dan yang pertama diperkenalkan Allah sebagai wahyu pada Rasulullah dari keseluruhan Al-Qur’an. Ianya bermula dengan menyuruh Muhammad memulakan bacaannya dengan nama Allah. Inilah tujahan pertama: membaca, mencari, mengkaji dan memahami ilmu, dan dibuat dengan mendahulukan sebutan dan pegangan pada Allah. Inilah detik-detik awal pergerakan dakwah Rasulullah, yang pertama kalinya diajukan Allah kepada beliau. Pada masa yang sama, dia mengenengahkan Allah sebagai Pencipta kita dan sekelian alam. Atau dalam pengertian lain: “Bacalah wahai Muhammad apa-apa yang ditauhidkan pada engkau. Iaitu wahai Muhammad, katakanlah
IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I…
dan
kemudian baca dan carilah ilmu”. Siapakah Rabb itu? Dialah Penciptamu dan sekelian alam. Inilah dia nikmat pertama Allah kepada manusia, yang menyarankan kepada manusia supaya menekankan bacaan, kerana manusia itu boleh menerima sebarang ilmu sebagai satu keistimewaannya. Hanya dengan ilmu sahajalah manusia akan mengenali Rabbnya.
AÝG¾G“ MãI› GãQƒG±MœIîM OZ GÝG¾G‹ Dialah (Allah) yang telah menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Siapakah Allah yang mesti kita mulakan pencarian ilmu dengan sebutan nama Nya itu? Dialah Pencipta manusia dari tiada kepada ada. Dia mencipta manusia dari seketul darah beku yang terlekat di dinding rahim wanita. Iaitu dari sesuatu yang terlalu kecil dan hina, kepada seorang manusia yang boleh menerima ilmu, dan berfikir siapakah Penciptanya itu yang mesti disertakan dalam pencarian ilmunya dan ketika ia membaca.
7
Al-‘Alaq
Ayat kedua ini adalah dalil kuat yang menjelaskan pada kita tentang wujudnya Allah, kuasa Nya yang tersempurna dan ilmu serta hikmah Nya kepada manusia. Inilah dakwah pertama untuk menarik perhatian manusia kepada Allah sebagai Pencipta, di mana wujudnya kita adalah ditangan Nya. Kita tidak harus menyembah patung kerana patung itu sendiri adalah buatan/rekaan manusia.
. IâG¾GºMšO£I… GâR¾G“ |IRšOZ . HvG®M˜ GìM OZ GßS…GeGy M} G®M–OZ MâG¾M·Gñ MâGš£G› GãQƒG±MœIîM OZ GâR¾G“ Bacalah (dan terokailah ilmu) dan Allah Tuhanmu itu Termulia (Pemurah). Yang mengajar manusia melalui PENA dan TULISAN. Dia mengajar manusia dari apa yang tidak mereka ketahui (sehingga mengetahuinya). Ertinya, Allah menjelaskan pada Rasulullah dengan kata Nya: “Tuhan Mu Allah, mengarahkan kamu membaca bermula dengan menyebut nama Nya Allah. Dia adalah termulia dari segala-gala yang mulia”. Mulia kerana: a)
Telah menaikkan taraf seketul darah beku yang hina hingga menjadi seorang manusia yang boleh berilmu dan mengenali Tuhannya Allah.
b)
Dengan kemuliaan Allah, manusia boleh diajar, belajar dan mendalami ilmu melalui pena dan tulisan.
c)
Diberi akal dan fikiran untuk mempelajari sesuatu, daripada tidak tahu kepada mengetahuinya.
Jadi hakikatnya, pembelajaran manusia bermula apabila mereka boleh diajar, belajar dan mendalami ilmu melalui pena dan tulisan. Dengan yang demikian, pena itu mempunyai nilai kepada hidup manusia sebagai alat pembelajaran dan penulisan untuk mencari Tuhannya. Berlainan pula bagi Rasulullah, Allah menyampaikan ilmu Nya kepada Rasulullah secara WAHYU, terus ke dalam hati baginda dan tidak menggunakan pena atau penulisan. 8
Al-‘Alaq
Pembelajaran dan ilmu itu datangnya dari Allah, yang mengajar manusia dari tidak tahu, kepada tahu dan seterusnya kepada berilmu. Misalnya, pembelajaran dan ilmu tentang rahsia hidup ini sendiri, hubungan kita dengan Pencipta kita, kaitan di antara air mani dengan kejadian manusia, dan sebagainya. Inilah kaedah yang menyemarakkan IMAN dalam dakwah awal Allah, yang mensajikan dan menentukan risalah dakwah Rasulullah, bahawa setiap langkah, perkara dan amal hendaklah dimulakan dengan nama Allah. Dengan nama Allah inilah kita akan bergerak dan kepada Dia jualah tempat kita berpulang dan bersua nanti. Huraian di atas menjelaskan bagaimana saranan, tujahan dan petunjuk kepada wahyu pertama yang akan menukarkan manusia daripada sifat kebinatangannya kepada sifat kemanusiaan. Yang akan menukarkan manusia kepada manusia yang beriman dan berilmu, serta yang mengerjakan amalan yang bertuhankan Allah.
PéçÀM¸G¥M"OZ HxZGYRe wG} . Péç¸MµGÃGš GãQƒG±MœIîM OZ RwIýP RëG˜ Ingatlah! Sesungguhnya jenis MANUSIA ini suka melampaui batas, kerana dia menganggap dirinya sudah cukup dengan apa yang dihajatinya. Iaitu, jenis manusia pada prinsipnya ‘Melampaui Batas’. Di antaranya, melampui batas engkar pada Tuhannya, melampui batas dengan merasakan yang dirinya sudah cukup sempurna segala-galanya, melampui batas dengan bersikap negatif dan merosakkan diri mereka sendiri. Seolah-olah mereka akan terus kekal hidup di atas dunia ini.
Péç·M‰S®šOZ GßIN…Ge QéçšIý RwIý Ingatlah! Sesungguhnya kepada Allah Tuhan Mu, tempat kamu kembali, untuk balasan setimpal dengan perbuatanmu. Seolah-olah ayat di atas menyatakan: “Kepada Akulah Pemilik semua urusan kamu, wahai manusia! Termasuklah pulangnya kamu semua kepada Aku dengan jemputan maut dan dibangkitkan semula. Di situlah kamu akan lihat akibat dari sifat-sifat melampau kamu itu”.
9
Al-‘Alaq
Kenyataan ini dirumuskan seperti berikut: a) b)
Kamu akan balik semula kepada Allah setelah mati. Kamu semua akan dihisab atas pendapatan dan bagaimana dibelanjakan harta-harta kamu itu.
Kaedah ‘Berpulang Kepada Allah’ adalah kaedah dakwah kedua pentingnya dalam memupuk akidah manusia.
P|G¬HÁMšOZ çG¾G“ Gw£G˜ wIý GÍMñGYGeG} . PçR¾G' ZGdIý Z@¬M¤G“ . QçGÁMÀGñ |IRšOZ GÍMñGYGeG} PçRšGÂG†Gy G[RG˜ wI} GÍMñGYGeG} . P|GÂMºR¥šO£I…G®G›G} MyG} Beritahulah pada Ku apa baiknya jika seseorang manusia itu menghalang manusia lain dari bersembahyang? Beritahulah pada Ku buruknya jika seseorang itu menunjuk ajar ke arah hidayah Allah, atau menyuruh orang lain bertaqwa. Beritahulah pada Ku samada baik atau buruk jika seseorang itu berdusta dengan Allah dan berpaling tadah? Diriwayatkan bahawa Abu Jahal berkata pada satu kumpulan ramai, katanya: “Jika aku melihat Muhammad bersembahyang maka aku akan henyak kepalanya ke tanah!”. dan juga diriwayatkan Muhammad saw dicegah dari melakukan solat dan ada usaha untuk menghentak kepalanya dengan batu jika dia solat. Abu Jahal yang terserempak dengan Muhammad yang sedang solat itu tiba-tiba menarik diri dan ditanya oleh kumpulannya mengapa? Jawabnya: “Bila aku mendekati dia, aku rasa di antara aku dan dia terdapat parit yang penuh dengan api dan ini menghentikan perbuatanku itu!”. Persoalan di sini ialah: Baguskah perbuatan Abu Jahal menghalang Muhammad bersolat atau itukah seburuk-buruk tingkah laku untuk menghalang orang dari berbuat baik? Begitu juga soalan-soalan sinikal yang diutarakan bagi menjelaskan sikap melampaui batas manusia itu. Apakah buruknya jika seseorang itu menunjukkan seseorang yang lain ke arah jalan hidayah? Atau apa salah dan buruknya seseorang itu menyuruh orang lain supaya bertaqwa? 10
Al-‘Alaq
Soalan lain ialah: Tidakkah terlepas dari azab Allah jika manusia itu mendustakan ajaran Muhammad, atau tidakkah dia terlepas dari azab Allah jika dia berpaling tadah dari ajaran Rasulullah itu? Soalan-soalan sinikal tadi memperlihatkan manusia sombong yang melampaui batas yang tidak langsung memikirkan Allah, memikirkan kebaikan dan kejahatan. Dimanakah orang ini dengan Allah?
Q|G®Gñ GäNQ¾šZ RwGÆI… MâG¾ƒM·Gñ MâGšG} Tidakkah si pelampau tadi mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat segala amal perbuatannya itu? Iaitu, seolah-olah Allah memberi amaran kepada mereka supaya meninggalkan perbuatan buruk itu kerana Allah sentiasa melihatnya dan akan membalasnya nanti. Ertinya, manusia mestilah meninggalkan ‘ego’nya sebagai pelampau yang melanggar had susilanya.
AæGËI‘£G‹ AæG…IQƒG˜ AæGÃI'£Gœ . IæGÃI'£RÀšO£I…£=ƒG·G¹M±GÀGš IäG¥MÀGñ MâRš ãIËGš RëG˜ Jangan sekali-kali menderhaka! Demi sesungguhnya jika manusia itu tidak berhenti dari perbuatan buruk itu, nescaya kami akan menyentap ubun-ubunnya dan kemudian mengheretnya ke Neraka, iaitu ubun-ubun orang yang rosak, bersalah dan pendusta. Ertinya, lebih baiklah dia berhenti dari sikap sombong dan melampaui batas itu kerana ternyata buruknya. Jika dia masih meneruskannya, di Akhirat nanti Allah akan mengarahkan Zabaniah, penjaga Neraka, untuk menghina beliau dengan mengheretnya ke Neraka dengan cara menarik ubun-ubunnya. Bagi Abu Jahal yang mati dalam peperangan Badar, matinya dalam keadaan terhina dan diseret. Allah sangat menghina orang-orang pelampau begini dengan menyatakan “Inilah Dia!” kepada yang memiliki ubun-ubun yang pendusta, perosak dan jahat.
GæGÃIœ£G…R¯šOZ HnM¬GÀG" . ôHäGñIc£Gœ HnM¬GÃM¾G• Kemudian, biarlah dia panggil kumpulannya untuk mendapatkan pertolongan. Pada Allah, Zabaniah penjaga Neraka itu dipanggil untuk mengheretnya ke Neraka. 11
Al-‘Alaq
Begitulah gambaran penghinaan ke atas jenis manusia begini, melampaui batas, berusaha menggagalkan dakwah, bersikap sombong, bongkak dan perosak. Dinyatakan secara sinis, jika dia memanggil kumpulan kawan-kawannya untuk pertolongan, maka Allah pun boleh memanggil Zabaniah di Akhirat kelak untuk mengheretnya ke Neraka. Kesudahan dari keadaan adanya manusia begini, maka ada baiknya kita tidak usah melayan mereka. Firman Allah:
[I®G¥M–ZGy M¬H¨M"OZ Gy HäM·IµH† Gê RëG˜ Ingatlah Wahai Muhammad, janganlah engkau terus menurut kehendak mereka. Sebaliknya, sujudlah dan dampingkan dirimu itu kepada Allah dengan amal soleh dan taat. Maknanya, Rasulullah dinasihatkan meneruskan harakah risalah dakwahnya dan jangan ambil peduli atau taat kepada golongan begini. Teruskan amalan solat, dan perbanyakkan mendekati Allah dalam sujud, semuga segala masalah khianat golongan ini akan berakhir. Inilah dia cara Allah membantu Rasulullah dalam dakwah awalnya di Mekah dengan adanya penghalang-penghalang manusia pelampau ini agar dakwah beliau berjalan lancar. Allahu A’lam.
12
Al-‘Alaq