HONG LEONG BANK PROMOSI DEPOSIT DAN MENANG EMAS Terma & Syarat
Tarikh Akhir Kemaskini pada 1 Disember 2014
TEMPOH PROMOSI 1. “Promosi Deposit dan Menang Emas” (“Promosi”) Hong Leong Bank Berhad (“HLB”) bermula pada 1 Disember 2014 dan berakhir pada 28 Februari 2015, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Promosi”), melainkan diberitahu sebaliknya.
KELAYAKAN 2. Promosi terbuka kepada semua Pelanggan Individu dan Bukan Individu HLB yang merupakan Pemegang Akaun Utama Akaun Semasa atau Simpanan HLB (“CASA”) dan Akaun Deposit Tetap (“FD”) (“Pemegang Akaun”), tidak termasuk pelanggan Perbankan Persendirian. 3. Pelanggan Bukan Individu bermaksud Persatuan, Kelab, Sekolah, Pertubuhan, Organisasi Bukan Untung, Empunya Tunggal, Perkongsian, Amalan Profesional dan akaun klien Peguam Cara yang sempurna didaftarkan atau diperbadankan di Malaysia, tidak termasuk Sendirian Berhad, syarikat tersenarai dan Syarikat Multinasional. 4. Promosi terbuka kepada semua Pemegang Akaun baru dan sedia ada bagi Akaun Semasa atau Simpanan (“CASA”) Sertaan seperti berikut (“Akaun Sertaan”): (i) Akaun Simpanan atau Semasa Hong Leong a) Akaun Simpanan Asas Hong Leong b) Akaun Simpanan Hong Leong c) Akaun Simpanan Senior Savers Hong Leong d) Akaun Semasa Asas Hong Leong e) Akaun Semasa Hong Leong f) Akaun One Hong Leong g) Akaun Pay&Save Hong Leong h) Akaun SmartLink Hong Leong i) Akaun Simpanan Premium Hong Leong (ii) Deposit Tetap Hong Leong a) Akaun Deposit Tetap Hong Leong (Konvensional) 5. Yang berikut tidak layak menyertai Promosi ini: (i) Pemegang Akaun yang telah melakukan atau disyaki melakukan penipuan atau kesalahan berkaitan dengan mana-mana kemudahan yang diberi oleh HLB atau telah diisytiharkan muflis (menurut petisyen oleh sama ada bank atau oleh mana-mana pihak ketiga) atau bakal dikenakan prosiding kemuflisan pada bila-bila masa sebelum atau semasa Tempoh Promosi: (ii) Pemegang Akaun yang merupakan kakitangan HLB sama ada secara tetap atau kontrak, kakitangan mana-mana wakil atau ejen HLB (termasuk juruaudit luar, vendor, pembekal, ejen pengiklanan dan Peraduan) serta ahli-ahli keluarga terdekat masing-masing (cth. pasangan, anak-anak, ibu atau bapa, adik-beradik): dan (iii) Pemegang Akaun yang telah melakukan, atau ditentukan oleh HLB berpotensi melakukan manamana perbuatan salah yang disyaratkan di dalam ini.
Terma & Syarat – Promosi Deposit dan Menang Emas
Page 1 of 5
KAEDAH PROMOSI 6. Pemegang Akaun layak menikmati Kadar Promosi FD berikut dengan syarat memenuhi amaun minimum CASA dan Amaun Peletakan FD yang ditetapkan (“Pemegang Akaun Layak”) semasa Tempoh Promosi:
Tempoh FD 1 bulan (Gulung matang automatik selama 5 bulan yang berikutnya)
Kadar Promosi FD
Amaun Peletakan Minimum CASA (Peruntuk selama 6 bulan)
Amaun Peletakan FD
RM 5,000
RM 10,000 – RM 100,000
RM 10,000
RM 100,001 – RM 200,000
3.30% setahun
7. Pemegang Akaun dikehendaki mendeposit amaun minimum yang ditetapkan ke dalam mana-mana CASA Sertaan dan memperuntukkan amaun itu selama enam (6) bulan berturut-turut atau peletakan deposit di bawah Akaun Simpanan Premium Hong Leong selama satu ratus tujuh puluh sembilan (179) hari. 8. Peletakan CASA dan FD hendaklah dibuat serentak semasa Tempoh Promosi. 9. Pemegang Akaun Layak yang mempunyai lebih daripada satu (1) Akaun Sertaan boleh membuat lebih daripada satu (1) kali peletakan CASA dan FD sepanjang Tempoh Promosi. 10. Promosi ini terbuka kepada peletakan CASA dan FD yang dibuat menggunakan Dana Baru sahaja. “Dana Baru” ditakrifkan sebagai: (a) Wang tunai, GIRO antara bank, dana baru yang diterima melalui pindahan telegraf daripada bank lain, cek tempatan atau cek jurubank yang dikeluarkan oleh bank lain; (b) Dana unit amanah ekuiti, bon/sukuk dan Hong Leong Invest Safe yang ditebus dan didepositkan semula ke dalam mana-mana CASA. 11. Berikut ini tidak dianggap sebagai “Dana Baru”: (a) Deposit Tetap (“FD”), Deposit Bertempoh-i (“TDI”) Akaun Pelaburan Am (“GIA”) yang matang atau pengeluaran pramatang FD, TDI atau GIA; (b) Pindahan antara cawangan di dalam HLB dan Hong Leong Islamic Bank (“HLISB”) termasuk pindahan pihak ketiga (ke-3). 12. Faedah FD akan dikreditkan ke dalam CASA namaan Pemegang Akaun Layak setiap bulan. 13. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, Promosi ini merupakan Promosi FD satu (1) bulan dengan pembaharuan FD 1 bulan secara automatik dalam lima (5) bulan berikut di bawah Kadar Promosi FD. Jika sekiranya Pemegang Akaun Layak mengeluarkan FD pada bulan ketiga (ke-3), hanya Kadar FD Promosi pada bulan ketiga (ke-3) akan dilupuskan sedangkan Kadar FD Promosi bagi bulan pertama dan kedua ((ke-2) akan dikreditkan ke dalam CASA namaan Pemegang Akaun Layak. 14. Apabila Tempoh FD matang pada penghujung bulan keenam (ke-6), Amaun FD Pokok akan diperbaharui secara automatik pada kadar semasa bagi FD Konvensional 1 bulan.
Terma & Syarat – Promosi Deposit dan Menang Emas
Page 2 of 5
15. HLB berhak menolak balik dan memotong amaun setara dengan faedah yang dibayar bagi FD yang dikeluarkan sebelum matang, daripada Amaun FD Pokok semasa pengeluaran. 16. Pengeluaran sebahagian FD tidak dibenarkan. 17. Peletakan dan pengeluaran FD mestlah dibuat di cawangan asal bank.
PERADUAN 18. Selain Kadar FD Promosi, Pemegang Akaun Layak berpeluang memenangi satu (1) DeGem Gold Bar 50g (“Hadiah”) bernilai RINGGIT MALAYSIA SEPULUH RIBU (RM10,000) bagi setiap kitaran pusingan dengan syarat semua kriteria dipenuhi. Terdapat sejumlah tiga (3) Hadiah untuk dimenangi sepanjang tiga (3) kitaran kelayakan berikut menurut tempoh peruntukan masing-masing semasa Tempoh Promosi (“Kitaran Kelayakan”):
Kitaran1 Kitaran2 Kitaran3
Kitaran Kelayakan 1 Disember 2014 – 31 Disember 2014 1 Januari 2015 – 31 Januari 2015 1 Februari 2015 – 28 Februari 2015
19. Pemegang Akaun Layak berhak memperoleh penyertaan peraduan berdasarkan Transaksi Kelayakan berikut yang dilakukan semasa Tempoh Promosi: Transaksi Kelayakan Setiap peletakan RM5,000 ke dalam Akaun FD di bawah Kadar Promosi FD selama 3 bulan Setiap peletakan RM5,000 ke dalam CASA yang diperuntukkan selama 6 bulan
Penyertaan Peraduan 5 Penyertaan 5 Penyertaan
20. Bagi mengelakkan keraguan dan untuk Tujuan Peraduan, Pemegang Akaun Layak mestilah memenuhi syarat tempoh peruntuk yang ditetapkan serentak semasa Tempoh Promosi, yakni enam (6) bulan berturut-turut peletakan CASA dan tiga (3) bulan berturut-turut peletakan FD untuk layak menyertai Peraduan dan memperoleh Penyertaan Peraduan berkenaan. 21. HLB akan menjejaki penyertaan peraduan Pemegang Akaun Layak secara automatik selepas tiga (3) bulan bagi setiap Kitaran Kelayakan berdasarkan transaksi yang dimasukkan yang ditunjukkan dalam sistem HLB. Borang penyertaan peraduan atau pendaftaran penyertaan tidak diperlukan. 22. Jika sekiranya peletakan sama ada FD atau CASA dikeluarkan dan/atau dialihkan dalam tempoh peruntuk yang ditetapkan, maka Pemegang Akaun Layak tidak akan disaring untuk pemilihan pemenang Hadiah dan tidak berpeluang untuk memenangi Hadiah. 23. Hadiah tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga (ke-3) dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai muka, kredit, cek atau manfaat barangan lain. 24. Pemegang Akaun Layak hanya berhak memenangi satu (1) Hadiah sahaja dalam Peraduan.
PEMILIHAN PEMENANG HADIAH 25. Sepuluh (10) Pemegang Akaun Layak (“Pemegang Akaun Disaring”) akan dipilih secara rambang daripada setiap Kitaran Kelayakan selepas tiga (3) bulan setiap Kitaran Kelayakan dan akan dihubungi oleh HLB atau Pengurus Peraduan lantikannya, Dynamic Search Sdn. Bhd. (136574V) Terma & Syarat – Promosi Deposit dan Menang Emas
Page 3 of 5
(“Dynamic Search”) atas dasar usaha terbaik menggunakan nombor telefon terkini yang diberi oleh Peserta Disaring sepertimana ditunjukkan dalam sistem HLB satu (1) kali pada bila-bila masa semasa waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat antara 9:00 pagi hingga 5:00 petang) untuk sesi soal jawab untuk menjawab dua (2) soalan dengan betul dalam jangka masa yang terpantas. 26. Jika Pemegang Akaun Disaring gagal menjawab telefon selepas lima (5) kali dering atas apa jua sebab pun, Pemegang Akaun Disaring dianggap telah terlepas peluang menang dan HLB atau Dynamic Search mempunyai hak mutlak untuk memilih seorang lagi Pemegang Akaun Disaring jika perlu. 27. Hanya seorang (1) Pemegang Akaun Disaring daripada setiap Kitaran Kelayakan yang dapat menjawab soalan paling banyak dengan betul dalam masa terpantas akan diumumkan sebagai Pemenang (“Pemenang”). Jika sekiranya terdapat lebih daripada seorang (1) Pemegang Akaun Disaring yang berkongsi jangka masa yang sama ketika menjawab soalan (“Seri”), maka Pemegang Akaun Disaring yang mempunyai baki CASA agregat tertinggi akan menjadi Pemenang. 28. Pemegang Akaun Disaring tidak akan diberitahu pada masa itu juga sama ada dia adalah Pemenang setelah selesai sesi Soal Jawab. 29. Akaun Sertaan Pemenang mestilah kekal dibuka, aktif dan sah dengan baki akaun minimum sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000) dan sehingga 30 September 2015, jika tidak, Pemenang akan terlucut kelayakan untuk menebus Hadiah. 30. HLB akan memberitahu Pemenang melalui surat, panggilan telefon atau penyiaran nama Pemenang dalam laman web HLB di www.hlb.com.my (“Laman Web HLB”) atau dengan apa-apa cara lain yang dianggap sesuai oleh HLB tidak lewat dari 30 September 2015. 31. Pemegang Akaun Disaring yang tidak menerima pemberitahuan daripada HLB selewat-lewatnya 30 September 2015, maka dia dianggap BUKAN Pemenang bagi Kitaran Kelayakan berkenaan. 32. Pemenang akan bertanggungjawab memberitahu HLB melalui surat tidak lewat dari 31 Oktober 2015 jika tidak menerima Hadiah. 33. Pemenang dikehendaki mengambil Hadiah daripada cawangan asal bank masing-masing selewatlewatnya 31 Oktober 2015. HLB tidak akan bertanggungjawab atas Hadiah yang tidak dituntut selepas 31 Oktober 2015. 34. HLB tidak memberi representasi atau waranti berkenaan dengan kualiti Hadiah dan tidak akan bertanggungjawab menggantikan apa-apa Hadiah yang hilang, dicuri atau cacat disebabkan kecacatan bahan dan mutu kerja oleh syarikat pembuat di bawah waranti atau tidak. Pemenang hendaklah berurusan secara terus dengan Peniaga dan/atau syarikat pembuat bagi maklumat waranti tersebut atau sebarang tuntutan tanpa merujuk kepoada HLB. 35. Visual yang dipaparkan dalam semua bahan bercetak dan laman web adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Apa-apa prop, aksesori atau peralatan yang dipaparkan dengan visual dalam mana-mana bahan bergambar adalah untuk tujuan hiasan dan bukanlah sebahagian daripada Hadiah. 36. Pemenang mungkin diminta menghadiri upacara penyampaian hadiah. Tarikh, waktu dan tempatnya akan diberitahju oleh HLB. Segala perbelanjaan pengangkutan, penginapan, peribadi dan apa-apa kos lain yang dialami kerana menghadiri upacara penyampaian hadiah dan/atau menebus Hadiah akan ditanggung oleh Pemenang.
UMUM
Terma & Syarat – Promosi Deposit dan Menang Emas
Page 4 of 5
37. Dengan menyertai Promosi ini, Pemegang Akaun: (i) bersetuju untuk mematuhi Terma & Syarat Promosi; (ii) bersetuju untuk memberi keizinan dan kuasa kepada HLB untuk mendedahkan nama, nombor telefon dan alamat mereka kepada Dynamic Search untuk tujuan menjalankan Peraduan ini; (iii) bersetuju bahawa foto, nama dan/atau nombor Kad Pengenalan mereka (dalam bentuk terlindung) akan disiarkan dalam bahan media, pemasaran, pengiklanan atau Laman Web HLB untuk tujuan Promosi ini; (iv) bersetuju bahawa keputusan HLB atas semua hal berkaitan dengan Promosi dan Peraduan adalah muktamad dan mengikat ke atas semua Pemegang Akaun dan sebarang surat-menyurat dan/atau rayuan untuk mempertikaikan keputusan HLB tidak akan dilayani; dan (v) bersetuju untuk mengakses Laman Web HLB secara kerap untuk menyemak Terma & Syarat dan menentukan supaya sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau pindaan kepada Terma & Syarat ini. 38. HLB berhak: (i) dengan memberi notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar untuk menambah, menggugurkan, menggantung atau meminda Terma & Syarat yang terkandung di dalam ini, sama ada keseluruhan atau sebahagian, menurut budi bicara HLB dengan cara menyiarkannya dalam Laman Web HLB, atau dengan apa-apa cara yang dianggap sesuai oleh HLB; (ii) melucutkan kelayakan mana-mana Pemegang Akaun atas apa jua sebab yang dianggap wajar oleh HLB menurut budi bicara mutlaknya daripada menyertai Promosi ini; (iii) meminda Hadiah dan/atau menggantikan mana-mana atau kesemuanya dengan barangan alternatif yang sama nilainya menurut budi bicara mutlaknya, dengan cara menyiarkannya dalam Laman Web HLB atau dengan apa-apa cara lain yang dianggap sesuai oleh HLB, untuk memberi notis kepada Pemegang Akaun; dan (iv) melupuskan Hadiah dan/atau kelayakan Kadar FD Promosi jika sekiranya Terma & Syarat di dalam ini tidak dipatuhi. 39. Terma & Syarat di dalam ini dan Terma dan Syarat Am Akaun hendaklah dibaca sebagai suatu perjanjian keseluruhan. Terma-terma tertentu di dalam ini akan diutamakan jika sekiranya terdapat percanggahan. 40. Pemegang Akaun bertanggungjawab dan hendaklah menanggung sendiri segala cukai berkenaan, fi kerajaan atau apa-apa caj lain yang mungkin dikenakan terhadap mereka di bawah undang-undang berkenaan, jika ada, berkaitan dengan penyertaan mereka dalam Promosi ini. 41. Terma & Syarat di dalam ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan Pemegang Akaun bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa Mahkamah-mahkamah Malaysia. 42. Jika sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat ini dengan mana-mana bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain berkaitan dan/atau bersabit dengan Promosi dan Peraduan, maka terma dan syarat muktamad dalam Laman Web HLB akan diutamakan. Layak dilindungi PIDM
Terma & Syarat – Promosi Deposit dan Menang Emas
Page 5 of 5