PROMOSI GANDAKAN KADAR FAEDAH HONG LEONG TERMA & SYARAT (“Terma & Syarat”)
Dikemaskini pada 15 Mac 2016
TEMPOH PROMOSI 1. “Promosi Gandakan Kadar Faedah Hong Leong” (“Promosi”) Hong Leong Bank Berhad (97141-X) (“HLB”) bermula pada 15 Mac 2016 dan berakhir pada 30 Jun 2016, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Promosi”), melainkan diberitahu sebaliknya. KELAYAKAN 2. Promosi ini terbuka kepada pelanggan individu dan bukan individu warga Malaysia HLB yang merupakan Pemegang Akaun Utama baru dan sedia ada bagi Akaun Semasa dan Simpanan Konvensional sertaan (“CASA”) seperti berikut, termasuk pelanggan Perbankan Prioriti (“Pemegang Akaun”). 3. Pelanggan bukan individu warga Malaysia bermaksud Keempunyaan Tunggal yang hanya memiliki Akaun Semasa Konvensional tanpa faedah. 4. CASA Sertaan bagi Promosi ini adalah seperti berikut (“Akaun Sertaan”): (a) Akaun Simpanan Asas Hong Leong; (b) Akaun Simpanan Hong Leong; (c) Akaun Pay&Save Hong Leong; (d) Akaun Simpanan Junior Hong Leong; (e) Akaun Simpanan Senior Savers Hong Leong; (f) Akaun Top Yield Hong Leong; (g) Akaun One Hong Leong; (h) Akaun Semasa Hong Leong ; dan (i) Akaun Semasa BizOne Hong Leong. 5. Yang berikut TIDAK layak menyertai Promosi ini: (a) Pelanggan Perbankan Peribadi; (b) Pemegang Akaun Kedua Akaun Sertaan; dan (c) Pemegang Akaun yang telah melakukan atau disyaki melakukan apa-apa penipuan atau kesalahan undang-undang berkaitan dengan mana-mana kemudahan yang diberi oleh HLB atau telah diisytiharkan Muflis (menurut petisyen oleh sama ada Bank atau mana-mana pihak ketiga) atau bakal dikenakan prosiding kemuflisan pada bila-bila masa sebelum atau semasa Tempoh Promosi. PENYERTAAN 6. Untuk menyertai Promosi ini, Pemegang Akaun dikehendaki membuat pendaftaran satu (1) kali melalui Khidmat Pesanan Ringkas (“Pendaftaran SMS”) dalam format yang ditetapkan di dalam ini kepada 66600 (“Nombor Ditetapkan”) semasa Tempoh Promosi (“Peserta”): Kategori Pemegang Akaun Cara Pendaftaran (Melalui SMS) Format SMS : BONUS<jarak>IC<jarak>Nombor KP 12-angka Individu (Contoh: BONUS IC 780808012323) dan hantar kepada 66600 Format SMS: Bukan Individu
BONUS<jarak>AC<jarak>Nombor Akaun Semasa 11-angka (Contoh: BONUS AC 12345678910) dan hantar kepada 66600
Terma & Syarat – Promosi Gandakan Kadar Faedah Hong Leong
1
7. Semua SMS mestilah dikarang mengikut cara / format ditetapkan dalam fasal 6 di atas, jika tidak, SMS itu tidak akan sah dan pendaftaran itu tidak berjaya. 8. Akuan penerimaan pendaftaran berjaya (“Pendaftaran Berjaya”) akan dihantar kepada nombor telefon bimbit yang digunakan oleh Peserta untuk mendaftar melalui SMS. 9. Pendaftaran Berjaya tidak boleh dianggap sebagai (seperti ditakrifkan di bawah ini) untuk Promosi ini.
pemberitahuan
layak
terima
Faedah
Bonus
10. Peserta hendaklah bertanggungjawab: (i) Memastikan bahawa mereka mempunyai salah satu Akaun Sertaan sebelum membuat Pendaftaran SMS; (ii) Memeriksa dan memastikan bahawa penyedia perkhidmatan telekomunikasi mereka (“Telco”) berkemampuan menyokong penghantaran SMS kepada Nombor Ditetapkan untuk Promosi ini. HLB tidak akan dipertanggungjawab jika Telco Peserta mana-mana tidak mampu menyokong penghantaran SMS mana-mana kepada Nombor Ditetapkan; (iii) Membayar caj SMS standard sebagaimana dikenakan oleh Telco mereka masing-masing bagi setiap SMS yang dihantar untuk Promosi ini kepada Nombor Ditetapkan; dan (iv) Memastikan bahawa butir-butir dalam SMS yang dihantar kepada Nombor Ditetapkan adalah tepat, lengkap, mengikut format SMS yang ditetapkan dan mengikut Tempoh Promosi, jika tidak, SMS itu tidak akan diproses. 11. HLB tidak bertanggungjawab dan adalah di luar kawalan HLB jika berlaku kesesakan lalu lintas SMS, kegagalan dan/atau gangguan rangkaian yang mungkin dialami oleh Telco berkenaan semasa proses penghantaran SMS kepada Nombor Ditetapkan yang mungkin menyebabkan SMS itu lewat disampaikan. 12. HLB tidak bertanggungjawab dan berhak membatalkan SMS mana-mana tidak sah yang dihantar kepada Nombor Ditetapkan atas sebab-sebab termasuk tetapi tidak terhad kepada SMS duplikasi, KP atau Nombor Akaun Semasa tidak sah, kata kunci tidak sah, SMS tidak lengkap, format SMS tidak betul, mesej ralat, penghantaran SMS yang tak berjaya atau terlewat disebabkan oleh kegagalan dan/atau gangguan rangkaian dan/atau kesesakan lalu lintas di pihak Telco atau atas apa-apa sebab sekalipun yang dianggap wajar oleh HLB atas budi bicaranya yang mutlak tanpa menyatakan sebarang sebab. KAEDAH PROMOSI 13. Peserta yang mempunyai Baki Akaun Bertambahan selama empat (4) bulan berturut-turut dari bulan Pendaftaran Berjaya dalam Tempoh Promosi adalah layak menikmati Kadar Faedah Bonus berikut (“Peserta Layak”). Hanya Baki Akaun Bertambahan sehingga maksimum Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus (RM2,500) bagi setiap Bulan Sertaan akan layak menikmati Faedah Bonus iaitu tiada faedah bonus akan diberi selepas itu atas apa-apa Baki Akaun Bertambahan melebihi Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus (RM2,500). Bulan Sertaan Kadar Faedah Bonus Had Baki Akaun Bertambahan 1 2
0.5% setahun 1.0% setahun
RM2,500 RM5,000
3 4
2.0% setahun 4.0% setahun
RM7,500 RM10,000
Kadar efektif bagi Baki Akaun Bertambahan sehingga Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM10,000) selama 4 bulan berturutturut ialah 2.45% setahun.
14. Asas pengiraan Baki Akaun Bertambahan bagi setiap Bulan Sertaan ialah baki penutup hari terakhir dalam Akaun Sertaan satu (1) bulan sebelum bulan Pendaftaran Berjaya seperti tertera dalam contoh di bawah: Bulan Sertaan Baki Akaun Bertambahan Mac 2016 Baki Purata Harian (“DAB”) dari 1 Mac hingga 31 Mac 2016 tolak (Bulan Pendaftaran Berjaya) Baki penutup pada 29 Februari 2016 (Asas pengiraan) DAB dari 1 April hingga 30 April 2016 tolak April 2016 Baki penutup pada 29 Februari 2016 (Asas pengiraan) DAB dari 1 Mei to 31 Mei 2016 tolak Mei 2016 Baki penutup pada 29 Februari 2016 (Asas pengiraan) DAB dari 1 Jun hingga 30 Jun 2016 tolak Jun 2016 Baki penutup pada 29 Februari 2016 (Asas pengiraan)
Terma & Syarat – Promosi Gandakan Kadar Faedah Hong Leong
2
15. Bagi Peserta yang mempunyai lebih daripada satu (1) Akaun Sertaan, Baki Akaun Bertambahan dalam setiap Akaun Sertaan akan digabungkan untuk mengira jumlah Baki Akaun Bertambahan yang layak menerima Faedah Bonus. 16. Untuk layak menerima Faedah Bonus, Peserta mestilah menunjukkan Perkembangan Akaun Bulanan positif dengan menambahkan DAB dalam Akaun Sertaan mereka dalam empat (4) bulan berturut-turut dari bulan Pendaftaran Berjaya, jika tidak, Kadar Faedah Bonus akan diset semula supaya bermula dari Bulan Sertaan 1 iaitu 0.5% setahun bagi Baki Akaun Bertambahan sehingga Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus (RM2,500), diikuti dengan Bulan Sertaan 2 pada 1% setahun bagi Baki Akaun Bertambahan sehingga Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM5,000) dan seterusnya, sehinggalah akhir tempoh empat (4) bulan dari bulan Pendaftaran Berjaya. DAB = Hasil tambah baki penutup harian dalam setiap Bulan Sertaan Bilangan hari dalam setiap Bulan Sertaan 17. Perkembangan Akaun Bulanan ditakrifkan sebagai DAB Akaun Sertaan sepanjang Bulan Sertaan, ditolak DAB Bulan Sertaan terdahulu. Perkembangan Akaun Bulanan = DAB Bulan Sertaan semasa – DAB Bulan Sertaan terdahulu 18. Bagi tujuan penjadualan DAB, bilangan hari dalam setiap Bulan Sertaan tertera di bawah: Bulan Pendaftaran Berjaya
Mac 2016 April 2016 Mei 2016 Jun 2016
Bilangan Hari Bulan Sertaan 1
Bulan Sertaan 2
Bulan Sertaan 3
Bulan Sertaan 4
Mac 1 – 31 (31 hari) April 1 – 30 (30 hari) Mei 1 – 31 (31 hari) Jun 1 – 30 (30 hari)
April 1 – 30 (30 hari) Mei 1 – 31 (31 hari) Jun 1 – 30 (30 hari) Julai 1 – 31 (31 hari)
Mei 1 – 31 (31 hari) Jun 1 – 30 (30 hari) Julai 1 – 31 (31 hari) Ogos 1 – 31 (31 hari)
Jun 1 – 30 (30 hari) Julai 1 – 31 (31 hari) Ogos 1 – 31 (31 hari) September 1 – 30 (30 hari)
19. Contoh penjadualan kelayakan Faedah Bonus dipaparkan di bawah bagi pelanggan sedia dan juga pelanggan baru kepada bank: (i) Contoh 1 – Pelanggan sedia ada bank Seorang pelanggan bank sedia ada berjaya mendaftar dengan HLB pada 16 Mac 2016. Asas pengiraan ialah baki penutup Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM5,000) pada 29 Februari 2016. Mac 2016 Apr 2016 Mei 2016 Jun 2016 Bulan Sertaan (Bulan 1) (Bulan 2) (Bulan 3) (Bulan 4) RM15,000 Baki Akaun (DAB) RM6,000 RM11,000 RM11,100
Perkembangan Akaun Bulanan
Baki Akaun Bertambahan (DAB-Asas pengiraan) Kadar Faedah Bonus
RM1,000
RM5,000
RM100
RM3,900
(RM6,000– RM5,000)
(RM11,000– RM6,000)
(RM11,100– RM11,000)
RM15,000– RM11,100)
RM1,000
RM6,000
RM6,100
RM10,000
(RM6,000– RM5,000)
(RM11,000– RM5,000)
(RM11,100– RM5,000)
(RM15,000– RM5,000)
(had < RM2,500)
(had > RM5,000)
(had < RM7,500)
(had = RM10,000)
0.5% setahun
1.0% setahun
2.0% setahun
4.0% setahun
Terma & Syarat – Promosi Gandakan Kadar Faedah Hong Leong
3
Kelayakan Faedah Bonus*
RM0.42
RM4.11
RM10.36
RM32.88
(atas RM1,000)
(maksimum RM5,000)
(atas RM6,100)
(atas RM10,000)
* Kelayakan Faedah Bonus = [(Baki Akaun Bertambahan x Kadar Faedah Bonus) x (Bilangan Hari dalam setiap Bulan Sertaan dibahagi dengan 365 hari)
(ii) Contoh 2 – Pelanggan baru bank Seorang pelanggan baru bank membuka Akaun Sertaan dan berjaya mendaftar dengan HLB pada 10 April 2016. Asas pengiraan ialah baki penutup Ringgit Malaysia Sifar (RM0) pada 31 Mac 2016. April 2016 Mei 2016 Jun 2016 Julai 2016 Bulan Sertaan (Bulan 1) (Bulan 2) (Bulan 3) (Bulan 4) Baki Akaun (DAB) RM1,000 RM3,000 RM2,500 RM5,000 RM2,500 (RM500) RM1,000 RM2,000 Perkembangan (RM5,000– Akaun Bulanan (RM2,500– (RM1,000–RM0) (RM3,000–RM1000) RM2,500) RM3,000) Baki Akaun Bertambahan (DAB-Asas pengiraan) Kadar Faedah Bonus Kelayakan Faedah Bonus*
RM1,000
RM3,000
RM2,500
RM5,000
(RM1,000–RM0)
(RM3,000–RM0)
(RM2,500–RM0)
(RM5,000–RM0)
(had < RM2,500)
(had < RM5,000)
(had < RM7,500)
(had < RM2,500)
0.5% setahun
1.0% setahun
2.0% setahun
***0.5% setahun
RM0.41
RM2.55
**RM0.00
RM1.06
(atas RM1,000)
(atas RM3,000)
(tidak layak)
(atas RM2,500)
** Tidak layak mendapat Faedah Bonus dalam Bulan Sertaan 3 kerana Perkembangan Akaun Bulanan negatif (iaitu DAB Jun 2016 kurang daripada DAB Mei). *** Peserta mestilah menambahkan baki akaun mereka (DAB) dalam empat (4) Bulan Sertaan berturut-turut, jika tidak, Kadar Faedah Bonus akan diset semula supaya bermula balik dari Bulan Sertaan 1 (iaitu 0.5% setahun.) hingga akhir tempoh empat (4) bulan dari bulan Pendaftaran Berjaya.
20. Bagi tujuan Promosi ini, semua deposit ke dalam Akaun Sertaan mestilah Dana Baru. Bagi mengelakkan keraguan, Dana Baru adalah: (a) Wang tunai, GIRO Antara Bank, dana baru yang diterima melalui pindahan telegraf daripada bank lain, cek tempatan atau cek jurubank yang dikeluarkan oleh bank lain; dan/atau (b) Hasil daripada penebusan ekuiti, dana unit amanah, bon dan/atau Hong Leong Invest Safe yang didepositkan semula ke dalam mana-mana CASA/CASA-iHLB. 21. Dana Baru BUKANLAH: (a) Pindahan dana intra iaitu pindahan dana daripada akaun lain yang diselenggara dengan HLB; termasuk tetapi tidak terhad kepada CASA/CASA-i, Deposit Tetap/-i (“FD/FD-i”), Akaun Pelaburan Am (“GIA”) yang matang atau pengeluaran pramatang FD/FD-i atau GIA; dan/atau (b) Pindahan antara cawangan di dalam HLB termasuk pindahan akaun pihak ketiga (ke-3). 22. Faedah Bonus akan dikreditkan ke dalam Akaun Sertaan Peserta Layak seperti berikut: Bulan Pendaftaran Berjaya Tarikh Pengkreditan Faedah Bonus (tidak lewat daripada) Mac 2016 30 September 2016 April 2016 31 Oktober 2016 Mei 2016 30 November 2016 Jun 2016 31 Disember 2016 23. Bagi Peserta Layak yang mempunyai lebih daripada satu (1) Akaun Sertaan, Faedah Bonus akan dikreditkan kepada mereka mengikut urutan keutamaan seperti di bawah: (a) Akaun Pay&Save Hong Leong; (b) Akaun Simpanan Hong Leong; (c) Akaun Simpanan Asas Hong Leong; Terma & Syarat – Promosi Gandakan Kadar Faedah Hong Leong
4
(d) (e) (f) (g) (h) (i)
Akaun Simpanan Senior Savers Hong Leong; Akaun Simpanan Junior Hong Leong; Akaun Top Yield Hong Leong; Akaun One Hong Leong; Akaun Semasa BizOne Hong Leong; dan Akaun Semasa Hong Leong.
24. Faedah Bonus adalah tidak terakru, tidak terkompaun dan akan dibayar di samping faedah pada kadar semasa yang akan dibayar atas Baki Akaun Bertambahan dalam Akaun Sertaan (jika berkenaan). 25. Akaun Sertaan Peserta Layak mestilah kekal dibuka, aktif dan sah daripada Tempoh Promosi hingga Tarikh Pengkreditan Faedah Bonus bagi tujuan pengkreditan Faedah Bonus. Jika Akaun Sertaan ditutup atas apa jua sebab sekalipun pada bila-bila masa dalam Tempoh Promosi dan/atau sebelum Tarikh Pengkreditan Faedah Bonus, maka Peserta Layak akan terlucut kelayakannya daripada memperoleh Faedah Bonus. UMUM 26. Dengan menyertai Promosi ini , Peserta: (i) Bersetuju mematuhi Terma & Syarat Promosi; (ii) Bersetuju mengakses Laman Web HLB dari semasa ke semasa untuk menyemak Terma & Syarat dan memastikan sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau pindaan kepada Terma & Syarat; (iii) Bersetuju dan membenarkan HLB untuk mendedahkan butir-butir mereka, contoh nama, nombor telefon bimbit, Kad Pengenalan, Nombor Akaun Sertaan dan/atau alamat emel kepada penyedia perkhidmatan SMS seperti M3 Technologies (Asia) Berhad (482772-D) (“M3Tech”) yang dianggap wajar oleh HLB bagi tujuan Promosi ini; (iv) Bersetuju nama, Kad Pengenalan (dalam bentuk terlindung) Nombor Akaun Sertaan (dalam bentuk terlindung) atau foto mereka disiarkan atau dipaparkan dalam bahan media, pemasaran atau pengiklanan atau Laman Web HLB bagi tujuan Promosi ini (jika berkenaan); (v) Bersetuju bahawa apa-apa prop, aksesori atau peralatan yang dipaparkan dalam sebarang bahan bergambar adalah untuk tujuan hiasan sahaja; (vi) Bersetuju bahawa Faedah Bonus tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana pihak ketiga (ke-3) dan tidak boleh ditukarkan untuk wang tunai muka, kredit, cek atau manfaat barangan; (vii) Bersetuju bahawa keputusan HLB atas semua hal berkaitan dengan Promosi ini dan Faedah Bonus adalah muktamad dan mengikat ke atas semua Peserta dan sebarang surat-menyurat dan/atau rayuan untuk mempertikaikan keputusan HLB tidak akan dilayani; dan (viii) Bersetuju untuk menanggung sendiri segala cukai, fi kerajaan atau apa-apa caj lain yang mungkin dikenakan terhadap mereka di bawah undang-undang berkenaan, jika ada, bersabit dengan penyertaan dalam Promosi ini dan/atau penerimaan Faedah Bonus. 27. HLB berhak: (i) menambah, menggugurkan, menggantung atau meminda Terma & Syarat yang terkandung di dalam ini, sama ada keseluruhan atau sebahagian, termasuk tetapi tidak terhad kepada menggantikan Faedah Bonus dengan produk lain yang sama nilainya atas budi bicaranya yang mutlak, dengan cara menyiarkannya dalam Laman Web HLB, atau dengan apa-apa cara lain yang dianggap sesuai oleh HLB, untuk memberi notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pemegang Akaun; (ii) melucutkan kelayakan mana-mana Pemegang Akaun atas apa jua sebab sekalipun yang dianggap wajar oleh HLB daripada menyertai Promosi ini dan/atau layak mendapat Faedah Bonus; (iii) menggantikan Faedah Bonus dengan produk lain yang sama nilainya pada bila-bila masa dengan memberi notis awal; dan (iv) melupuskan Faedah Bonus jika Terma & Syarat di dalam ini tidak dipatuhi. 28. Terma & Syarat di dalam ini, Terma dan Syarat Am Akaun atau mana-mana terma dan syarat berkenaan yang mungkin ditetapkan oleh HLB dari semasa ke semasa hendaklah dibaca sebagai suatu perjanjian keseluruhan dan jika terdapat percanggahan, maka Terma & Syarat tertentu di dalam ini akan diutamakan setakat mengenai percanggahan tersebut. 29. Jika terdapat sebarang percanggahan antara Terma & Syarat ini berbanding dengan bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain berkaitan atau bersabit dengan Promosi ini, maka Terma & Syarat muktamad dalam Laman Web HLB akan diutamakan.
Terma & Syarat – Promosi Gandakan Kadar Faedah Hong Leong
5
30. Terma & Syarat di dalam ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan Pemegang Akaun bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa Mahkamah-mahkamah Malaysia.
Akaun Sertaan yang disenaraikan dalam Fasal 4 adalah layak dilindungi oleh PIDM.
Terma & Syarat – Promosi Gandakan Kadar Faedah Hong Leong
6