HOKI
Permainan Kecil Hoki 1:Melepasi Laluan 2:1-2-3-4 3:Hi-5 4: 4 lwn 1 5: HARTA KARUN 6: MENGHANTAR DAN MENERIMA 7: CARI RUANG 8: BERGANTI-GANTI 9: PEMAIN SAYAP 10: PERGERAKAN DENGAN SEBIJI BOLA
1:Melepasi Laluan
CARA BERMAIN 1- Lapan orang pemain dalam setiap kawasan 2- Apabila wisel dibunyikan setiap pemain akan bergerak dengan membawa bola sambil mengelecek melepasi sebanyak mungkin pintu laluan (Gol) 3- Kirakan gol yang dapat dilalui oleh setiap pemain 4- Ulang lagi aktiviti ini untuk memperbaiki skor. 5- Setiap sesi aktiviti 2 minit.
HOKI Permainan Kecil 2:1-2-3-4
CARA BERMAIN 1- Kumpulan berempat tau berlima dengan dinomborkan satu hingga empat atau lima 2- Bola dihantar ikut urutan dari satudua-tiga-empat –satu –dua dan seterusnya dalam kawasan yang ditandakan 3- Pemain berlatih secara statik pada peringkat awal 4- Setelah latihan peringkat awal tadi, pemain perlu bergerak ke kawasan lain setelah mereka menghantar bola tersebut 5- Buangkan penanda dan benarkan dua atau tiga kumpulan masuk ke dalam kawasan yang sama dan teruskan latihan
HOKI Permainan Kecil 3:Hi-5
CARA BERMAIN 1- Dua pasukan berempat atau berlima 2- Pasukan menyerang berselerak dalam kawasan permainan (setiap satu pertiga kawasan gelangang ) 3- Seorang pemain pasukan lawan bermula dengan menghadang 4- Selepas lima hantaran yang Berjaya pihak penyerang memperolehi satu mata dan penghadang lain turut serta 5- Teruskan sehingga semua pemain penghadang berada dalam kawasan permainan 6- Sekiranya bola tersebut dapat dihalang sebelum lima hantaran, seorang penghadang tambahan dibenarkan masuk ke kawasan permainan dan teruskan permainan dengan lima hantaran seterusnya 7- Main sehingga semua pemain penghadang berada dalam kawasan permainan, kemudian tukar peranan pasukan pemain. 8- Singkirkan penanda dan benarkan dua atau tiga kumpulan
HOKI Permainan Kecil 4: 4 lwn 1
CARA BERMAIN 1- Mulakan dengan lima orang pemain 2- Gunakan kawasan permainan dengan keluasan 10meter X 10meter 3- Empat orang pemain berada di luar kawasan permainan dan seorang pemain menjadi pemain menghadang 4- Pasukan penyerang mendapat satu mata sekiranya berjaya menghantar bola melintasi kawasan permainan 5- Tukar pasukan penghadang setiap satu minit
HOKI Permainan Kecil 5: HARTA KARUN
CARA BERMAIN 1- Lapan orang dibahagikan kepada empat kumpulan sama banyak. Setiap pasukan menentang satu sama lain 2- Seorang pada satu masa akan berlari ke bulatan tengah, ambil sebiji bola dan kembali semula ke bulatan rumah 3- Hanya sebiji bola dibenarkan pada satu masa 4- Apabila bulatan tengah telah kosong pemain bekerjasama meletakan kembali bola ke bulatan tengah. Ulangi aktiviti ini. 5- Setelah mereka membiasakan diri dengan permainan ini, benarkan mereka mengambil bola daripada lain apabila kaeasan tengah sudah kosong 6- Pemain mesti berlari mengikut arah jam untuk kembali semula ke bulatan rumah masing-masing
HOKI Permainan Kecil 6: MENGHANTAR DAN MENERIMA
CARA BERMAIN 1- Tandakan satu kawasan dengan satu garisan merentasi kawasan tengah dan dua gol yang besar di hujung 2- Setiap pasukan akan melakukan latihan di setiap hujung kawasan masing-masing 3- Setiap pemain bergilir-gilir menjadi penjaga gol 4- Dua orang pemain menghantar bola antara satu sama lain dan seterusnya menjaring. 5- Setelah berlatih mulakan permainan 3 Lawan 3 6- Setiap pasukan berada di kawasan masing-masing 7- Pemain menghantar bola antara satu sama lain dan menjaringkan gol. 8- Bermain semula dengan menggunakan pelbagai jenis hantara dan menjaringkan gol dengan cara berbeza
HOKI Permainan Kecil 7: CARI RUANG
CARA BERMAIN 1- Enam pemain dalam dua pasukan, penyerang dan pertahanan 2- Pertahanan hanya boleh menahan dan menghadang dalam zon mereka sahaja 3- Penyerang bermula dengan membuat hantaran dari garisan penghujung kawasan mereka dengan cuba mengelecek dan menghantar sesame sendiri untuk menewaskan setiap pemain pertahanan dalam zon mereka 4- Penyerang akan memperolehi satu mata setiap masa mereka merentasi sesuatu zon. Pertahanan akan mendapat 2 mata sekiranya dapat merampas kembali bola 5- Benarkan penyerang berlatih dua atau tiga kali dan kemudian tukar peranan selepas berbincang cara bermain permainan ini.
HOKI Permainan Kecil 8: BERGANTI-GANTI
CARA BERMAIN 1- Bahagikan kepada dua pasukan atau dua kumpulan 2- Buat laluan untuk aktiviti yang mengandungi bebarapa halangan/ tahap kesukaran 3- Pemain pertama akan melakukan aktiviti sehingga ke stesen penamat dan berlari ke tempat bermula untuk mendapatkan pemain kedua dan seterusnya. 4- Kumpulan yang dapat menghabiskan aktiviti dengan masa terpantas dikira pemenang. 5- Ulangi aktiviti tersebut.
HOKI Permainan Kecil 9: PEMAIN SAYAP
CARA BERMAIN 1- Lima orang pemain termasuk penjaga gol 2- Gelanggang ditanda 1.5 meter daripada setiap sebelah membentuk saluran 3- Apabila pemain bergerak masuk atau menerima bola di dalam zon sayap pemain lain perlu meninggalkan pemain itu berseorangan untuk berlari dengan bola 4- Galakkan pemain untuk menghantar atau membawa bola ke zon sayap 5- Pemain tidak boleh dihalang semasa berada di zon sayap 6- Pemain tidak boleh menjaring dari zon sayap tetapi menghantar bola tersebut kembali ke kawasan permainan untuk pemain lain membuat jaringan
HOKI Permainan Kecil 10: PERGERAKAN DENGAN SEBIJI BOLA
CARA BERMAIN 1- Setiap pemain perlu mempunyai sebiji bola 2- Buat satu garisan lurus bersambung dengan garisan melengkung yang menghala ke pintu gol sejauh 15 meter 3- Setiap pemain berlu membawa bola dengan menggunakan stik mengikuti garisan yang dilukis 4- Setelah sampai di garisan penghujung pemain boleh menolak/memukul bola kea rah pintu gol 5- Aktiviti ini diulang seterusnya.