GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK DI BAWAH PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR
Seksyen Kemiskinan Bandar (SKB) Bahagian Kesejahteraan Bandar Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
KANDUNGAN PERKARA
MUKA SURAT
1
Pendahuluan
3
2
Tujuan
4
3
Definisi
4
4
Matlamat
5
5
Kumpulan Sasar
5
6
Kawasan Liputan
5
7
Mekanisma Pelaksanaan
6
8
Kaedah Pembayaran Bantuan
7
9
Tarikh Kuat Kuasa
7
10
Bantuan dan Projek (i)
Bantuan Sewa Rumah
8
(ii)
Bantuan Perumahan Bandar
10
(iii)
Program Pembangunan Minda Insan
15
(iv)
Program Bina Upaya
18
(v)
Program Jana Pendapatan Keusahawanan
22
2
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
3
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
TUJUAN 1.
Garis panduan ini bertujuan memberi panduan mengenai pelaksanaan bantuan dan projek di
bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) yang diselaraskan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejateraan Bandar (KWPKB). DEFINISI 2.
“Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Bandar” bermaksud pendapatan isi rumah yang
ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. 3.
“Pendapatan Isi Rumah” bermaksud pendapatan kasar semua ahli isi rumah yang belum
ditolak untuk perbelanjaan pelbagai. 4.
“eKasih” bermaksud sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat
nasional bagi membantu merancang, malaksana dan memantau program pembasmian kemiskinan. 5.
“Ketua Isi Rumah (KIR)” bermaksud seseorang di kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat
kediaman yang bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal. 6.
“Ahli Isi Rumah (AIR)” bermaksud mereka yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat
kediaman yang dipilih. 7.
“Miskin” bermaksud sesebuah isi rumah yang berpendapatan bulanan isi rumah adalah kurang
daripada PGK, iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah berkenaan memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan yang membolehkan setiap ahlinya berfungsi di dalam masyarakat. 8.
“Mudah Miskin” bermaksud sesebuah isi rumah yang mempunyai pendapatan melebihi PGK
atau threshold di bawah RM1,500.00 bagi kawasan bandar. 9.
“Golongan Berpendapatan 40% Terendah (Golongan B40)” bermaksud sesebuah isi rumah
yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM2,300 sebulan. 10.
“Kemiskinan Bandar” bermaksud sesebuah isi rumah miskin dan mudah miskin yang tinggal di
bandar dalam kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan.
4
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
11.
“Kawasan Operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)” bermaksud kawasan yang ditetapkan
secara pentadbiran oleh PBT dan yang diberi perkhidmatan perbandaran mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Bagi agensi yang diberi kuasa PBT, kawasan operasi adalah seperti dikenalpasti oleh agensi. 12.
“Agensi Pelaksana” bermaksud Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Pembangunan
Negeri dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri (SDO). MATLAMAT 13.
Pelaksanaan PPKB kini adalah selari dengan hasrat Kerajaan dalam Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMK-10) iaitu untuk mengurangkan insiden kemiskinan daripada 3.8% pada tahun 2009 kepada 2.0% pada tahun 2015 dan meningkatkan purata pendapatan isi rumah berpendapatan 40% terendah (dirujuk sebagai B40) daripada RM1,440 pada tahun 2009 kepda RM2,300 pada tahun 2012. 14.
Secara khususnya, PPKB adalah bertujuan untuk : (i)
mengurangkan beban kewangan keluarga miskin;
(ii)
membina keyakinan dan jati diri golongan sasar;
(iii)
meningkatkan keupayaan dan kebolehan mereka, dan;
(iv)
meningkatkan kualiti hidup golongan B40 di bandar
KUMPULAN SASAR 15.
Kumpulan sasar PPKB adalah terdiri daripada isi rumah B40, iaitu terdiri daripada isi rumah
yang berpendapatan kurang daripada RM2,300 sebulan dan ini termasuklah isi rumah miskin dan mudah miskin (vulnerable income group). 16.
Kumpulan sasar PPKB hendaklah berstatus warganegara dan status kemiskinan mereka telah
disahkan di dalam eKasih atau Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan peringkat negeri atau daerah atau seperti diarahkan oleh Kerajaan. KAWASAN LIPUTAN 17.
Kawasan liputan PPKB adalah di kawasan operasi PBT dan Agensi yang diberi kuasa PBT.
5
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
BANTUAN DAN PROJEK 18.
PPKB terdiri daripada bantuan dan projek yang dikategorikan seperti berikut : a)
b)
Bantuan Kewangan / Kemudahan Asas (i)
bantuan sewa rumah
(ii)
bantuan perumahan bandar
Projek Pembangunan Kapasiti (i)
program pembangunan minda insan
(ii)
program bina upaya
(iii)
program jana pendapatan keusahawanan
MEKANISMA PELAKSANAAN 19.
PPKB dilaksanakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk agensi-agensi yang
diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri untuk menjalankan fungsi sebagai PBT di negeri-negeri yang ditadbir oleh parti Kerajaan Persekutuan atau di peringkat pejabat Pembangunan Persekutuan negeri / Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri (SDO) di negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh parti Kerajaan Persekutuan. 20.
KWPKB berfungsi sebagai penyelaras utama dari segi penggubalan dasar dan penetapan
kaedah pelaksanaan serta membuat perancangan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian impak program di peringkat Persekutuan. 21.
PBT / SDO hendaklah melantik seorang Pegawai Penyelaras PPKB yang sesuai bagi
menguruskan pelaksanaan PPKB di peringkat PBT / SDO. 22.
PBT / SDO boleh mengemukakan cadangan untuk melaksanakan program bersesuaian bagi
tujuan pembasmian kemiskinan untuk pertimbangan KWPKB. 23.
Sebarang cadangan penggunaan lebihan peruntukan atau bantuan yang tidak dapat diagihkan
oleh PBT / SDO hendaklah mendapat kelulusan KWPKB terlebih dahulu.
6
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
24.
PBT / SDO akan diminta mengemukakan laporan kemajuan pelaksanaan PPKB kepada
KWPKB apabila diperlukan. 25.
PBT / SDO hendaklah memaklumkan KPWKB mengenai prubahan maklumat seperti berikut : i.
isi rumah yang telah melepasi PGK yang ditetapkan
ii. isi rumah yang telah berpindah dan tidak dapat dikesan, tidak lagi layak menerima bantuan di bawah PPKB atau yang meninggal dunia dan iii. isi rumah didapati memberi maklumat palsu atau tidak tepat KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN 26.
Bantuan disalurkan kepada pemohon : i.
melalui PBT menggunakan Electronic Fund Transfer (EFT) kepada akaun khusus PPKB di PBT (bagi negeri-negeri yang ditadbir oleh parti Kerajaan Persekutuan); dan
ii. melalui SDO menggunakan waran peruntukan kecil (bagi negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh parti Kerajaan Persekutuan). 27.
Salinan senarai penerima yang telah diluluskan akan dibekalkan kepada PBT atau SDO.
28.
Garis Panduan PPKB yang disediakan ini meliputi garis panduan terperinci bagi pelaksanaan
semua bantuan dan projek di bawah PPKB seperti di Lampiran. TARIKH KUATKUASA 29.
Garis Panduan ini hendaklah dilaksanakan oleh KWPKB dan PBT / SDO berkuatkuasa mulai
dari tarikh Garis Panduan ini dan ia membatalkan Garis Panduan yang terdahulu. 30.
Sebarang pertanyaan mengenai pelaksanaan program ini boleh berhubung terus kepada :
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Seksyen Kemiskinan Bandar Aras G-7, Blok 2, Presint 2, Menara Seri Wilayah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya No.Tel : 03-8889 7638 & No.Fax : 03 8889 7640
7
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN SEWA RUMAH
MATLAMAT Untuk mengurangkan beban tanggungan keluarga dalam mendapatkan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat untuk didiami. KRITERIA KELAYAKAN 2.
Kumpulan sasar adalah isi rumah yang mempunyai ciri-ciri berikut : i.
Miskin (termasuk miskin tegar);
ii. Berdaftar dan disahkan status kemiskinan dalam eKasih atau oleh Mesyuarat Focus Group mengenai Pembasmian Kemiskinan pringkat Negeri atau Daerah; dan iii. Menyewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) disewa, rumah Majlis atau rumah milik persendirian 3.
Isi rumah yang menyewa rumah setinggan dan rumah sewa beli milik Kerajaan Negeri TIDAK
LAYAK mendapat bantuan ini. 4.
Bantuan sewa rumah akan dibayar untuk tempoh 2 tahun sahaja, atau sehingga keluarga
disahkan terkeluar daripada status miskin atau miskin tegar, mengikut mana yang terdahulu. 5.
Untuk membolehkan bantuan ini diteruskan bagi tahun berikutnya, isi rumah yang menerima
bantuan sewa rumah diperlukan mengikuti sekurang-kurangnya satu latihan kemahiran, kecuali jika diputuskan sebaliknya oleh KWPKB. KADAR BANTUAN 6.
Kadar bantuan sewa rumah adalah sejumlah RM124.00 sebulan atau kadar yang diluluskan
oleh KWPKB. Kadar dan pengiraan bantuan sewa rumah boleh berubah mengikut keperluan dan keputusan semasa Kerajaan. 7.
Bantuan sewa rumah dibayar untuk tahun semasa sahaja.
8
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM 8.
Pihak KWPKB akan menyediakan senarai nama KIR yang layak dipertimbangkan untuk
menerima bantuan sewa rumah bagi tahun berikutnya mengikut kriteria yang ditetapkan. 9.
Senarai nama KIR yang layak dipertimbangkan ini akan dikemukakan kepada PBT / SDO untuk
tujuan pengesahan sebelum 1 Oktober pada setiap tahun dalam bentuk hardcopy dan softcopy. 10. bentuk
Senarai penerima bantuan yang telah disahkan hendaklah dikembalikan kepada KWPKB dalam hardcopy dan softcopy selewat-lewatnya sebelum 30 November pada setiap tahun untuk
pemprosesan penyaluran bantuan. 11.
Bantuan sewa rumah akan dibayar atas nama penerima bantuan. PBT / SDO diminta
mengagihkan bantuan sewa rumah kepada KIR yang layak berdasarkan senarai yang diluluskan dalam tempoh 14 – 30 hari selepas menerima senarai nama dan peruntukan berkenaan dari KWPKB. 12.
Bagi sewaan rumah yang sewanya dikutip oleh Agensi Kerajaan Negeri seperti Bahagian
Perumahan Pejabat SUK Negeri, Lembaga Perumahan Sabah dan agensi yang berkaitan, PBT / SDO boleh membuat pembayaran terus kepada agensi terbabit. 13.
Sekiranya bantuan tidak dapat disalurkan kepada penerima bantuan atas sebab-sebab tertentu,
PBT / SDO perlu mendapatkan kelulusan KWPKB untuk menyalurkan bantuan tersebut kepada waris (AIR) penerima bantuan. PEMANTAUAN DAN PELAPORAN 14.
Agensi pelaksana diminta menyelia dengan rapi pelaksanaan program ini dan mengemukakan
laporan kemajuan kepada KWPKB selewat-lewatnya pada bulan April. 15.
Agensi pelaksana juga hendaklah menyimpan rekod mengenai penerima bantuan. Langkah ini
adalah bagi memastikan penerima bantuan tidak mendapat bantuan yang sama daripada agensi lain dan memudahkan langkah-langkah susulan. PENILAIAN 16.
Agensi Pelaksana juga akan dipohon untuk membantu melaksanakan kajian penilaian outcome
pelaksanaan prgram apabila dipohon.
9
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN PERUMAHAN BANDAR
MATLAMAT Untuk menyediakan tempat kediamanyang selamat dan selesa bagi menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti. KRITERIA KELAYAKAN 2.
Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak dipertimbangkan adalah seperti berikut: i.
Berstatus miskin (termasuk miskin tegar) dan mudah miskin;
ii. berdaftar dan disahkan status kemiskinan dalam eKasih atau oleh Mesyuarat Focus Group mengenai Pembasmian Kemiskinan peringkat Negeri atau Daerah; iii. rumah yang didiami rosak, usang, daif atau tidak lagi selamat untuk didiami; iv. memiliki tanah sendiri atau menumpang tanah milik orang lain / tanah Kerajaan dengan syarat pemilik tanah / pihak berkuasa yang berkenaan memberi kebenaran secara bertulis bagi membina atau membaik pulih rumah serta mendapatkan carian rasmi dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) yang berkenaan; dan v. keutamaan adalah kepada isi rumah melebihi 5 orang atau warga emas 3.
Permohona untuk tujuan pembesaran dan penambahan bahagian dalam atau luar rumah
TIDAK LAYAK dipertimbangkan. 4.
KIR yang mendiami rumah setinggan tidak layak menerima bantuan ini.
SKOP DAN KADAR BANTUAN 5.
Skop Program Bantuan perumahan Bandar adalah seperti berikut : i.
Bina Rumah Baru •
Layak bagi rumah yang daif atau terlalu uzur, tidak selamat dan tidak ekonomik untuk dibaiki
10
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
•
Kadar maksimum bantuan bina rumah baru di Semenanjung Malaysia ditetapkan seperti berikut : Rumah Batu : ◦ Rumah 2 bilik (581 kaki persegi) adalah RM 35,000.00 ◦ Rumah 3 bilik (643 kaki persegi) adalah RM 40,000.00
•
Kadar maksimum bantuan bina rumah baru di Sabah, Sarawak dan WP Labuan ditetapkan seperti berikut : Rumah Batu : ◦ Rumah 2 bilik (581 kaki persegi) adalah RM 38,000.00 ◦ Rumah 3 bilik (643 kaki persegi) adalah RM 43,000.00
•
Reka bentuk, pelan lantai Bina Baru bagi jenis rumah di atas adalah seperti berikut :
i. Rumah Batu 2 bilik – Apendiks A ii. Rumah Batu 3 bilik – Apendiks B •
PBT / SDO hendaklah melaksanakan projek selepas mendapat kelulusan KWPKB.
•
Rumah daif yang sedia ada hendaklah dirobohkan terlebih dahulu sebelum membina rumah baru memandangkan bantuan bina baru rumah adalah bagi menggantikan rumah daif yang sedia ada.
•
Peralatan perumahan seperti kipas siling dan almari dapur atau table top boleh disediakan sebagai kelengkapan rumah dengan kos tidak melebihi RM1000.00. Kos kelengkapan hendaklah dimasukkan dalam kos pembinaan rumah.
•
Skema warna adalah seperti berikut : Pilihan 1
Pilihan 2
Pilihan 3
Bumbung Merah
Biru gelap
Merah
Pintu
Warna asal kayu
Warna asal kayu
Warna asal kayu
Dinding
Kuning muda
Biru muda
Kelabu muda
11
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
•
Jika ada keperluan bagi pembinaan rumah papan, PBT / SDO hendaklah mengemukakan cadangan pelaksanaan termasuk butiran berikut : i.
pelan lantai yang telah diluluskan oleh Pegawai Teknikal;
ii. kadar dan keluasan maksimum adalah seperti berikut :
Rumah 2 Bilik
Rumah 3 Bilik
Keluasan
581 kaki persegi
643 kaki persegi
Kadar
RM38,000.00
RM43,000.00
iii. Bill of Quantity mengikut kadar ditetapkan; dan iv. jadual pelaksanaan. ii)
Baik Pulih Rumah ◦ Layak bagi rumah yang mengalami kerosakan kecil dan masih ekonomik untuk dibaiki. Bantuan baik pulih ini hanya melibatkan komponen-komponen asas rumah sahaja. ◦ Kadar maksimum bantuan baik pulih rumah yang ditetapkan adalah RM5,000.00.
6.
Bantuan baik pulih rumah tidak termasuk kerja-kerja membina / baikpulih bahagian luar rumah
seperti pagar, garaj, longkang, perigi dan lain-lain. 7.
Pegawai teknikal di PBT / SDO hendaklah mengesahkan dan memperakukan skop bantuan di
perenggan 5 (i) dan (ii). KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM 8.
PBT / SDO mengemukakan permohonan bagi bantuan baik pulih dan bina baru rumah KIR yang
layak dipertimbangkan kepada KWPKB. 9.
Permohonan bagi bantuan ini mestilah mengandungi perkara-perkara berikut : a)
Bina Baru Rumah ◦ Pengesahan dan perakuan oleh pegawai Teknikal / Jurutera di PBT / SDO;
12
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
◦ Gambar rumah yang sedia ada dan ◦ Dokumen-dokumen berkaitan yang dikeluarkan oleh PBT / SDO seperti : i.
pelan lantai dan lukisan terperinci yang dikeluarkan oleh pegawai Teknikal;
ii. Bill of Quantity (BQ) bagi projek tersebut; dan iii. jadula pelaksanaan b)
Baik Pulih Rumah ◦ Pengesahan dan perakuan oleh Pegawai Teknikal / Jurutera di PBT / SDO; dan ◦ Gambar di bahagian-bahagian rumah yang rosak untuk dibaikpulih.
10.
Peruntukan PBPB akan disalurkan ke PBT / SDO seperti berikut : i)
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
◦ Peruntukan disalurkan ke dalam akaun khusus PPKB melalui Electronic Fund Transfer (EFT). Catatan : PBT yang belum ada Akaun Khusu PPKB diperlukan membuka Akaun khusu PPKB (akaun semasa) atas nama Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di mana-mana bank tempatan di Malaysia. ii)
Pejabat
Pembangunan
Persekutuan
Negeri
atau
Jabatan
Pembangunan
Persekutuan (SDO) ◦ Peruntukan disalurkan melalui waran peruntukan kecil. TANGGUNGJAWAB PBT / SDO 11.
Selepas menerima kelulusan KWPKB untuk membaik pulih atau membina baru rumah, PBT /
SDO adalah bertanggungjawab untuk : ◦ Mengurus pelantikan kontraktor bagi melaksanakan projek mengikut prosedur dan tatacara kewangan yang sedia ada. ◦ Memaklumkan kepada KWPKB mengenai syarikat kontraktor yang berjaya dilantik; jadual pelaksanaan; dan prestasi pelaksanaan projek secara berkala.
13
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
◦ Memastikan kontraktor melaksanakan projek mengikut jadual yang telah ditetapkan. ◦ Memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor mengikut spesifikasi projek yang telah ditetapkan. ◦ Menyediakan plak maklumat untuk rumah yang dibina baru seperti di Apendiks C. ◦ Mengurus pembayaran kepada kontraktor mengikut tatacara kewangan yang digunapakai semasa.
◦ Sekiranya berlaku sebarang perubahan terhadap spesifikasi projek yang ditetapkan, ianya hendaklah dimaklumkan kepada KWPKB untuk tindakan selanjutnya.
PEMNTAUAN DAN PELAPORAN 12.
PBT / SDO hendaklah : i.
memantau pelaksanaan projek oleh kontraktor dan memastikan projek-projek siap mengikut jadual yang telah ditetapkan dan diserahkan kepada penerima bantuan seberapa segera;
ii. mengambil gambar rumah sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan projek untuk tujuan rekod; iii. mengemukakan laporan prestasi kewangan dan kemajuan fizikal bagi projek yang dilaksanakan apabila diminta berbuat demikian; dan
iv. mengisi dengan lengkap maklumat mengenai penerima bantuan mengikut format seperti di Apendiks D dan dikemukakan kepada KWPKB dalam tempoh 14 hari selepas projek siap. 13.
Carta Aliran Kerja bagi Program Bantuan Perumahan Bandar adalah seperti di Apendiks E.
14
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN MINDA INSAN
MATLAMAT Untuk meningkatkan jati diri kumpulan sasar. KRITERIA KELAYAKAN 3. Kumpulan sasar adalah Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) yang mempunyai ciriciri berikut : i.
Golongan berpendapatan 40% Terendah (B40)
ii. KIR / AIR berumur di antara 16 – 45 tahun (umur produktif) dan keutamaan diberikan kepada generasi kedua dan ketiga; dan
iii. berdaftar dan disahkan status kemiskinan dalam eKasih atau oleh Mesyuarat Focus Group mengenai Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah. 4. KIR / AIR yang telah menyertai program berbentuk sama anjuran PBT/SDO atau agensi lain TIDAK LAYAK dipertimbangkan untuk mengikuti Pembangunan Minda Insan. SKOP DAN KADAR BANTUAN 5. Program ini terdiri daripada modul motivasi, pembangunan minda (perubahan sikap) dan jati diri. Skop program hendaklah meliputi aspek-aspek kendiri, ekonomi, kesihatan dan sivik. 6. Kos pelaksanaan meliputi bayaran perkhidmatan penceramah / pengendali latihan, penginapan, makan minum, peralatan, pengangkutan dan logistik (tertakluk kepada syarat-syarat tawaran program). 7. Kos program akan dibayar kepada agensi pelaksana mengikut jumlah pelaksanaan program yang diluluskan oleh KWPKB.
15
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM 7. Agensi pelaksana hendaklah mengemukakan kertas cadangan pelaksanaan program yang sekurang-kurangnya mengandungi maklumat-maklumat berikut : a) Jadual pelaksanaan program (termasuk tarikh, masa dan tempat program); b) Kos pelaksanaan program; c) Senarai
nama
peserta
program
(sekurang-kurangnya
mengandungi
nombor
kad
pengenalan, nombor telefon dan alamat peserta); dan d) Cadangan modul mengikut kandungan program yang telah ditetapkan termasuk cadangan perubahan kandungan modul (sekiranya ada). 8. Perancangan pelaksanaan program hendaklah mencakupi semua skop program yang telah ditetapkan oleh KWPKB serta meliputi semua peringkat kumpulan sasar. Kertas cadangan program hendaklah dikemukakan kepada KWPKB dalam masa sekurang-kurangnya sebelum tarikh pelaksanaan program untuk pertimbangan dan kelulusan KWPKB. 9. Agensi pelaksana boleh melantik syarikat pengendali latihan yang mempunyai kepakaran khusus untuk memberi syarahan / ceramah atau mengendalikan latihan yang diperlukan. Segala urusan perlantikan dan pembayaran kepada syarikat pengendali latihan berkenaan adalah di bawah tanggungjawab agensi pelaksana. 10. Agensi pelaksana dikehendaki memaklumkan kepada peserta program tentang tarikh dan tempat latihan dilaksanakan secara bertulis. Pelaksanaan program hanya boleh dijalankan selepas KWPKB memuktamadkan senarai peserta program yang dikemukakan oleh agensi pelaksana. 11. Agensi pelaksana perlu memastikan peserta program menghadiri semua modul program dan merekodkan kehadiran peserta program untuk tujuan pemantauan. 12. Agensi pelaksana adalah bertanggungjawab untuk menguruskan logistik pelaksanaan program seperti berikut : a) menyediakan makan minum dan tempat tinggal yang sempurna kepada peserta program sepanjang tempoh latihan;
16
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
b) menyediakan tempat dan peralatan program termasuk salinan nota kepada peserta program dan lain-lain keperluan alat tulis untuk pengendalian program; c) menyediakan pengangkutan peserta ke tempat program dan balik ke rumah atau membayar tambang perjalanan peserta mengikut kadar yang diluluskan oleh KWPKB; d) menyediakan Sijil Tamat Program dengan memasukkan nama KWPKB serta nama agensi pelaksana ke dalam sijil tersebut; dan e) menyerahkan satu salinan asal nota program kepada KWPKB; PEMANTAUAN DAN PELAPORAN 13. Agensi pelaksana diminta supaya menyelia dengan rapi pelaksanaan program ini dari ia mula dilaksanakan sehingga siap dan mengemukakan laporan pelaksanaan program kepada KWPKB beserta dengan Rekod Kehadiran program selewat-lewatnya satu bulan selepas tarikh tamat program. 14. Agensi pelaksana hendaklah membenarkan pegawai-pegawai KWPKB yang berkenaan untuk bebas masuk bagi maksud penyeliaan dan pemantauan ke tempat latihan di mana program dikendalikan. PENILAIAN 15. Agensi pelaksana perlu membuat penilaian outcome ke atas peserta-peserta bertujuan menentukan keberkesanan pelaksanaan program.
17
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
PELAKSANAAN PROGRAM BINA UPAYA
MATLAMAT Untuk meningkatkan kemahiran kumpulan sasar supaya mereka mampu mendapat pekerjaan atau mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi. KRITERIA KELAYAKAN 2. Kumpulan sasar adalah Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) yang mempunyai ciriciri berikut : i.
Golongan berpendapatan 40% Terendah (B40)
ii. KIR / AIR berumur di antara 18 – 50 tahun (umur produktif) iaitu : a) tidak uzur dan mampu bekerja untuk menyara keluarga; b) telah tamat persekolahan; dan c) berminat dan berazam untuk menjalani program yang ditentukan. iii. berdaftar dan disahkan status kemiskinan dalam eKasih atau oleh Mesyuarat Focus Group mengenai Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah. 3. Keutamaan diberikan kepada KIR/AIR yang pernah mengikuti Program Pembangunan Modal Insan yang dianjurkan oleh KWPKB atau program berbentuk sama anjuran PBT/SDO atau agensi lain; 4. KIR / AIR yang telah menyertai program berbentuk sama anjuran PBT/SDO atau agensi lain TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
18
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
SKOP DAN KADAR BANTUAN 5. Peserta program boleh dipertimbangkan untuk mengikuti latihan kemahiran dalam semua bidang di semua sektor. Walau bagaimanapun, agensi pelaksana diminta menyesuaikan bidang-bidang kemahiran yang dipilih dengan minat dan kemampuan peserta serta kehendak pasaran semasa. 6. Kadar bantuan maksimum adalah bergantung kepada tempoh kursus. Item-item kos adalah meliputi bayaran perkhidmatan penceramah / pengendali kursus, penginapan, makan minum, paralatan, pengangkutan dan logistik (tertakluk kepada syarat-syarat tawaran program).
Jenis Program
Tempoh
Jangka Pendek
Kurang dari 3 bulan (mengikut kesesuaian)
Jangka Panjang
3 bulan hingga 1 tahun
KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM 7. Agensi pelaksana hendaklah mengemukakan cadangan pelaksanaan program yang sekurangkurangnya mengandungi maklumat-maklumat berikut : a) Jadual pelaksanaan program (termasuk tarikh, masa dan tempat program); b) Kos pelaksanaan program; dan c) Senarai
nama
peserta
program
(sekurang-kurangnya
mengandungi
nombor
kad
pengenalan, nombor telefon dan alamat peserta). 8. Perancangan pelaksanaan program hendaklah dipersetujui oleh KWPKB serta meliputi semua peringkat kumpulan sasar. Program latihan kemahiran yang dicadangkan perlu mempunyai nilai berdaya maju (viable) dan berdaya tahan (sustainable) serta mempunyai prospek pekerjaan atau peluang perniagaan yang boleh memberi peningkatan atau pendapatan tambahan kepada peserta program. 9. Cadangan program hendaklah dikemukakan kepada KWPKB dalam masa sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tarikh perlaksanaan program untuk pertimbangan dan kelulusan KWPKB.
19
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
10. Agensi
pelaksana
dikehendaki
untuk
melaksanakan
pencarian
peserta
kursus
dan
mengesahkan kehadiran peserta kursus berdasarkan senarai nama kumpulan sasar yang dibekalkan oleh KWPKB atau nama yang dikemukakan oleh PBT dan disahkan oleh KWPKB daripada daftar eKasih. Agensi pelaksana perlu menemu duga, mengenal pasti dan membuat penilaian terhadap minat, kecenderungan dan keperluan peserta kursus bagi membolehkan latihan kemahiran bersesuaian ditawarkan kepada peserta program. 11. Agensi pelaksana dikehendaki untuk mengemukakan senarai nama kehadiran peserta kursus kepada KWPKB untuk pengesahan dalam masa 3 hari sebelum tarikh pelaksanaan program. 12. Agensi pelaksana boleh mengenalpasti syarikat pengendali latihan yang mempunyai kepakaran khusus untuk memberikan syarahan / ceramah atau mengendalikan latihan yang diperlukan. Segala urusan pelantikan dan pembayaran kepada syarikat pengendali latihan berkenaan adalah di bawah tanggungjawab agensi pelaksana. 13. Agensi pelaksana bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan Program Bina Upaya adalah mengikut kandungan program yang telah dipersetujui. Walau bagaimanapun, sekiranya didapati perlu diubahsuai sesetengah kandungan modul, agensi pelaksana perlu mendapatkan kelulusan daripada KWPKB. 14. Agensi pelaksana dikehendaki memaklumkan kepada peserta kursus tentang tarikh dan tempat latihan dilaksanakan secara bertulis. Pelaksanaan kursus hanya boleh dijalankan selepas KWPKB memuktamadkan senarai peserta kursus yang dikemukakan oleh agensi pelaksana. 15. Agensi pelaksana perlu memastikan peserta program menghadiri semua modul program dan merekodkan kehadiran peserta program untuk tujuan pemantauan. 16. Di mana sesuai, AIR yang mempunyai kelayakan, boleh dipertimbangkan untuk diberikan bantuan kewangan untuk mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi latihan Kerajaan atau swasta yang menawarkan sijil-sijil yang diiktiraf oleh Kerajaan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan. 17. Agensi pelaksana adalah bertanggungjawab untuk menguruskan logistik pelaksanaan program seperti berikut :
20
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
a) menyediakan makan minum dan tempat tinggal yang sempurna kepada peserta program sepanjang tempoh latihan; b) menyediakan tempat dan peralatan program termasuk salinan nota kepada peserta program dan lain-lain keperluan alat tulis untuk pengendalian program; c) menyediakan pengangkutan peserta ke tempat program dan balik ke rumah atau membayar tambang perjalanan peserta mengikut kadar yang diluluskan oleh KWPKB; d) menyediakan Sijil Tamat Program dengan memasukkan nama KWPKB serta nama agensi pelaksana ke dalam sijil tersebut; dan e) menyerahkan satu salinan asal nota program kepada KWPKB; PEMANTAUAN DAN PELAPORAN 18. Agensi pelaksana diminta supaya menyelia dengan rapi pelaksanaan program ini dari ia mula dilaksanakan sehingga siap dan mengemukakan laporan pelaksanaan program kepada KWPKB beserta dengan Rekod Kehadiran Program selewat-lewatnya satu bulan selepas tarikh tamat program. 19. Agensi pelaksana hendaklah membenarkan pegawai-pegawai KWPKB yang berkenaan untuk bebas masuk bagi maksud penyeliaan dan pemantauan ke tempat latihan di mana program dikendalikan. 20. Setelah tamat program, agensi pelaksana hendaklah memastikan sekurang-kurangnya 75% daripada jumlah peserta program mendapat pekerjaan (makan gaji atau menjalankan perniagaan). 21. Pemantauan berterusan selama 3 bulan juga perlu dilaksanakan bermula sebulan selepas tamat kursus dan dalam tempoh tersebut, agensi pelaksana hendaklah membuat sekurangkurangnya 2 pelaporan akan status pekerjaan peserta program (makan gaji atau bekerja sendiri atau menjalankan perniagaan). PENILAIAN 15. Agensi pelaksana perlu membuat penilaian outcome menentukan keberkesanan pelaksanaan program.
21
ke atas peserta-peserta bertujuan
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
PELAKSANAAN PROGRAM JANA PENDAPATAN MELALUI KEUSAHAWANAN
MATLAMAT Untuk menggalakkan penyertaan kumpulan sasar dalam projek-projek keusahawanan. KRITERIA KELAYAKAN 2. Kumpulan sasar (peserta program) adalah Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) yang mempunyai ciri-ciri berikut : i.
Golongan berpendapatan 40% Terendah (B40)
ii. KIR / AIR berumur di antara 18 – 50 tahun (umur produktif) iaitu : i.
tidak uzur dan mampu bekerja untuk menyara keluarga;
ii. telah tamat persekolahan; dan iii. berminat dan berazam untuk menjalani program yang dipohon. iii. berdaftar dan disahkan status kemiskinan dalam eKasih atau oleh Mesyuarat Focus Group mengenai Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah. 3. Keutamaan diberikan kepada KIR/AIR i.
yang mempunyai pengalaman / kemahiran asas dalam program yang ingin diikuti dan
ii. pernah mengikuti Program Pembangunan Minda Insan / Program Bina Upaya yang dianjurkan oleh KWPKB atau program berbentuk sama anjuran PBT/SDO atau agensi lain. 4. KIR / AIR yang telah menyertai program berbentuk sama anjuran PBT/SDO atau agensi lain TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
22
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
SKOP DAN KADAR BANTUAN 5. Projek-projek keusahawanan bagi program jana pendapatan memberi tumpuan kepada empat (4) skop utama berikut :
i. Projek Keusahawanan Berasaskan Perniagaan Secara Kecil-Kecilan iaitu projek-projek ekonomi yang menjalankan aktiviti penjualan produk seperti makanan dan barangan sebagai aktiviti utama projek;
ii. Projek Keusahawanan Berasaskan Perkhidmatan iaitu projek-projek ekonomi yang memberikan perkhidmatan yang memerlukan daya kemahiran sebagai aktiviti utama projek seperti gunting rambut, solekan dan dandanan;
iii. Projek Keusahawanan Berasaskan Perusahaan Sumber Asas Tani iaitu projek-projek yang menjalankan aktiviti penghasilan produk / memproses bahan-bahan mentah pertanian; dan
iv. Projek Keusahawanan Berasaskan Aktiviti Pertanian yang bersesuaian iaitu projek-projek yang meliputi aktiviti tanaman, ternakan dan perikanan. 6. Bantuan diberikan dalam pelbagai bentuk termasuk latihan pra pelaksanaan projek, bimbingan, mesin, peralatan perniagaan, sewaan ruang niaga atau modal permulaan yang disalukan melalui agensi pelaksana. 7. Peruntukan akan dilaksanakan kepada agensi pelaksana setelah cadangan diluluskan oleh pihak Kementerian. KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM 8. Agensi pelaksana hendaklah mengemukakan cadangan pelaksanaan program yang sekurangkurangnya mengandungi maklumat-maklumat berikut : i.
Jadual pelaksanaan program (termasuk tarikh, masa dan tempat program);
ii. Kos pelaksanaan program; dan iii. Senarai
nama
peserta
program
(sekurang-kurangnya
pengenalan, nombor telefon dan alamat peserta).
23
mengandungi
nombor
kad
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
9. Projek keusahawanan yang dicadangkan perlu mematuhi perkara-perkara berikut : i.
menepati skop projek dan kumpulan sasar; dan
ii. berdaya maju (viable) iaitu boleh memberi peningkatan / tambahan pendapatan kepada peserta melebihi paras PGK Miskin semasa dan berdaya tahan (sustainable) serta mempunyai prospek pasaran dan berpotensi untuk berkembang bagi maksud dikomersilkan. 10. Projek boleh diuruskan secara berdikari oleh peserta sendiri atau diuruskan oleh agensi teknikal yang dilantik. Sekiranya perlu, peserta mendapat bimbingan / nasihat dan penyeliaan daripada agensi teknikal dari aspek-aspek seperti latihan, pemilihan lokasi premis, perancangan aktiviti, belanjawan, pelaksanaan, kualiti dan pemasaran produk / perkhidmatan. 11. Agensi pelaksana adalah bertanggungjawab memastikan pelaksanaan projek berjaya seperti dirancang. 12. Agensi pelaksana dibenarkan melantik anak syarikat / agensi pengendali / pengurus projek untuk mengendalikan projek yang diluluskan. Segala urusan pelantikan dan pembayaran kepada syarikat pengendali latihan berkenaan adalah di bawah tanggungjawab agensi pelaksana. 13. Agensi pelaksana perlu mengesahkan bahawa bantuan peralatan yang diberikan kepada peserta program adalah sesuai dan menepati piawaian. Agensi pelaksana perlu menyediakan senarai bekalan peralatan yang mengandungi maklumat jenis dan kuantiti yang diserahkan kepada KWPKB untuk pengesahan dan rujukan. i.
Peserta yang menerima bantuan peralatan hendaklah menandatangani perjanjian atau surat aku janji dengan KWPKB bertujuan memastikan peralatan yang dibekalkan tidak disalahgunakan.
ii. Agensi pelaksana dikehendaki mengenalpasti kemudahan perniagaan yang bersesuaian dengan peserta. Bantuan kemudahan perniagaan yang meliputi sewaan tapak atau ruang perniagaan di bawah seliaan PBT dan bayaran lesen penjaja hanya diberikan untuk tempoh 6 bulan sahaja. Selepas tempoh tersebut adalah menjadi tanggungjawab peserta program untuk menguruskan sendiri bayaran sewaan dan perolehan lesen penjaja dari PBT.
24
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN DAN PROJEK PPKB
PEMANTAUAN DAN PELAPORAN 14. Agensi pelaksana diminta supaya menyelia dengan rapi pelaksanaan program ini dari ia mula dilaksanakan sehingga siap dan mengemukakan laporan pelaksanaan program kepada KWPKB beserta dengan Rekod Kehadiran Program selewat-lewatnya satu bulan selepas tarikh tamat program. 15. Pemantauan berterusan selama 3 bulan juga perlu dilaksanakan bermula sebulan selepas program bermula dan dalam tempoh tersebut, agensi pelaksana hendaklah membuat sekurangkurangnya 3 pelaporan akan prestasi peserta. PENILAIAN 16. Agensi pelaksana perlu membuat penilaian outcome menentukan keberkesanan pelaksanaan program.
25
ke atas peserta-peserta bertujuan