ECC 423 : KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
BAB 2: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
HASIL PEMBELAJARAN
Menerangkan sejarah pendidikan Islam zaman sebelum merdeka
Menerangkan sejarah pendidikan Islam zaman selepas merdeka
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
Zaman Kerajaan Melayu Melaka
Kedatangan Islam ke Alam Melayu berlaku di sekitar tahun 630 Masehi, iaitu di Zaman hayat Rasulullah SAW atau dipertengahan abad ke 7 Masihi yang dibawa oleh saudagarsaudagar Arab dengan alasan bahawa hubungan perdagangan antara saudagar-saudagar Arab dengan Nusantara telah pun berlaku sebelum daripada itu. Dengan semangat dakwah Islamiah yang membara dan memikul tanggungjawab sebagai umat Islam, saudagarsaudagar tersebut tidak ketinggalan memperkenalkan Islam di rantau ini. Jika ditinjau sejarah kedatangan Islam ke Nusantara amnya dan ke Tanah Melayu khususnya ahli sejarah berselisih pendapat tentang tarikh yang tepat kedatangannya. Begitu juga dengan daerah di Tanah Melayu yang mula-mula didatangi atau menerima Agama Islam
Dalam konteks Pendidikan Islam di Tanah Melayu ia telah bermula sejak terdirinya Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15 Masehi, iaitu dari Zaman Kesultanan Melaka di mana tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru agama dari golongan pedagang, pengembara,
CATATAN:
ECC 423 : KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
pendakwah, utusan raja dan para tentera keturunan sayid dan sheikh. Mereka datang dari serata pelusuk seperti Mesir, Cina, India Jawa dan Parsi.
Kedatangan mereka ke Tanah
Melayu untuk singgah atau berdagang. Kehadiran mereka ini telah membantu golongan istana dan penduduk tempatan dengan hal-hal yang berkaitan dengan Agama Islam khasnya dalam Hukum Fiqh dan Pengajaran al Quran Pendidikan Islam di negara ini bermula dari rumah imam atau guru kemudian berkembang ke pondok-pondok selepas itu menjadi madrasah dan akhirnya menjadi sekolah-sekolah agama.
Haron Din dan Sobri Salamon (1988) menyatakan bahawa secara kasarnya perkembangan Pendidikan Agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu mengalami empat tahap, iaitu; i
Institusi Rumah Imam / Guru
ii
Institusi Pondok
iii
Institusi Madrasah
iv
Sistem sekular
Sistem Pendidikan Islam di zaman ini telah mantap dari segi sifatnya, sukatan pelajarannya dan institusinya termasuklah para guru dan pelajar. Tulisan Jawi menjadi dasar dan bahasa pengantar.
Namun kedatangan penjajah (Belanda , Portugis, Inggeris, Jepun) telah
menganggu corak Pendidikan Islam.
Penampilan pendidikan sekular Barat dan Jepun
telah memaksa masyarakat Melayu khususnya Pendidikan Islam menerima pengaruhpengaruh luar yang tidak selaras dengan akidah dan keimanan Islam
Zaman Penjajahan Penghakisan Pendidikan Islam oleh penjajah khususnya di Tanah Melayu di buat secara halus melalui
pengenalan Pendidikan Sekular bermula sejak tahun 1816 dengan
penubuhan Penang Free School. Kewujudan Sekolah Inggeris kurang dirasakan oleh orangCATATAN:
ECC 423 : KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
orang Islam kerana Pendidikan Madrasah atau Sekolah Arab masih kuat pengaruhnya.
Sekolah Inggeris yang ditadbirkan oleh mubaligh Kristian. Sekolah Melayu diproduk oleh British berpandukan kepada Sistem Grama yang telah diubahsuai. Sekolah Melayu yang ditaja oleh missionary bermatlamatkan sekular menghasilkan petani dan nelayan yang boleh mengenal angka dan huruf.
Pada masa yang sama juga wujud sekolah pondok yang
bertujuan untuk melahirkan imam-imam dan ulama-ulama .
Sepanjang zaman penjajah, sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu sentiasa mengalami konflik dengan pendidikan missionary.
Berbagai isu kontroversi dan prejudis sentiasa
memecahkan masyarakat Melayu dalam hal-hal yang berkaitan akidah dan budaya hidup yang tulin.
Pertelagahan ini timbul dalam masalah menyediakan tenaga profesional,
teknokrat dan ulama sehingga mewujudkan satu pertembungan dualisme pendidikan antara agama dan dunia.
Sekolah-sekolah Inggeris samada oleh kerajaan atau mubaligh telah membuka pintu seluasluasnya kepada anak-anak Melayu khususnya anak-anak orang berada di bandar-bandar. Proses pensekularisasi pendidikan anak-anak Melayu terus berlaku dengan pesat dan radikal. Pengajian Agama Islam dan al-Quran di Sekolah Melayu telah diketepikan dari jadual rasmi sekolah dan diarah supaya diajar pada waktu petang. Maka wujudlah jurang pemisah antara golongan moden dengan golongan tradisional. Golongan moden berpengaruh dan berkuasa sementara golongan tradisional sebaliknya.
Dalam situasi kemajuan sekolah sekular, sekolah-sekolah agama terbiar. Pihak penjajah dengan taktik ‘ hal-hal agama adalah hak Raja-raja Negeri’ telah melupakan samasekali kewujudan sekolah-sekolah agama atau Arab.
Sekolah-sekolah ini bergantung kepada
pembiayaan Majlis atau Jabatan-Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. Akibatnya kemudahan belajar terhad, biasiswa tidak diberikan dan kurikulum berbeza. Peperiksaan dikendalikan secara persendirian. Pengiktirafan sijil juga berbeza.
CATATAN:
ECC 423 : KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
Sistem Pendidikan Pondok Institusi pengajian pondok asalnya dimulai oleh sistem pengajian di rumah tok guru yang kebanyakannya tamat pengajian agama di Mekah. Apabila bilangan pelajar meningkat maka tempat pengajiannya dipindahkan ke masjid atau pun surau.
Sistem Pendidikan Islam dari Mesir, Madinah serta negara-negara Arab lainnya dijadikan model dalam sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu.
Pelajar-pelajar yang tamat
pengajiannya melalui sistem pondok telah melanjutkan pelajarannya ke negara-negara Timur Tengah dan apabila balik menubuhkan pondok-pondok dan kemudiannya menjadi sebagai sekolah Agama Arab atau Madrasah.
Terdapat juga yang masih meneruskan
sistem pondok dan enggan menukar namanya sebagai Sekolah Agama Arab . Contohnya Pengajian Pondok di Masjid al-Muhammadi, di Kota Baharu telah berkembang menjadi Ma’ahad al-Muhamadi (1915), Maahad Mahmud di Kedah asalnya Madrasah Al-Hamidiah (1936), Sekolah Menengah Agama Arab Sungai Bakap, yang dahulunya Sekolah Pondok.
Para pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Arab, pondok dan madrasah boleh menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi dalam dan luar negeri.
ZAMAN SELEPAS MERDEKA Selepas merdeka kerajaan Tanah Melayu telah merancang untuk membina kembali corak pendidikan Negara yang telah diruntuhkan oleh penjajah. Maka Resolusi Pendidikan telah dibentuk. Hasilnya penubuhan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan, yang kemudian lahirlah pelbagai bentuk Laporan, Penyata, Ordinan, Akta dan Jawatankuasa Pelajaran untuk memenuhi tujuan tersebut. Implikasi dari itu lahirlah Pendidikan Islam dalam Dasar Pendidikan Negara.
Pendidikan Islam telah berjalan di zaman penjajahan selama lebih 400 tahun sehinggalah wujudnya Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960). Dalam kedua-dua penyata tersebut, Pendidikan Islam telah dibicarakan untuk diletakkan bersama di dalam sistem
Pendidikan
CATATAN:
Kebangsaan.
Akta
Pelajaran
(1961)
dan
telah
memasukkan
ECC 423 : KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
matapelajaran Agama Islam di dalam jadual waktu.
Jawatankuasa khas telah dibentuk bagi menyusun dan melaksanakan Dasar Kebangsaan pada bulan Ogos 1955.
Pelajaran
Dasar ini bertujuan menyatupadukan kaum-kaum di
Tanah Melayu di samping menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta mengkaji semula sistem pelajaran, termasuk Undang-undang Pelajaran Tahun 1952 . Jawatankuasa Khas ini di pengerusikan oleh Datuk Abd.Razak Hussin yang terkenal dengan Laporan / Penyata Razak pada tahun 1957 .
Dengan penguatkuasaan
penyata tersebut lahirlah satu institusi baru yang beraliran
kebangsaan terkenal sebagai ‘ Sekolah Menengah Kebangsaan’. Institusi ini juga tidak ketinggalan memberi peruntukan bagi mendaulatkan pelajaran Agama Islam.
Dalam seksyen 49 Ordinan Pelajaran 1957 itu juga dinyatakan secara terperinci kedudukan agama Islam di sekolah-sekolah : i
Di mana dalam sebuah sekolah bantuan kerajaan, didapati 15 orang murid atau lebih yang beragama Islam, murid-murid itu hendaklah diajar Agama Islam
ii
Pelajaran Agama Islam hendaklah diajar sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengajaran am sekolah-sekolah
iii
Guru-guru Agama yang mengajar Agama Islam hendaklah terdiri daripada mereka yang dibenarkan oleh pihak berkuasa negeri
iv
Lembaga Pengurus atau Pengelola Sekolah hendaklah membuat persediaan yang sepatutnya bagi mengadakan pelajaran Agama Islam dengan syarat Lembaga Pengurus atau Pengelola dua buah sekolah atau lebih boleh membuat persediaan-persediaan bersama bagi pengajaran tersebut kepada murid-murid yang beragama Islam dalam sekolah-sekolah mereka
CATATAN:
ECC 423 : KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
Matapelajaran Pengetahuan Agama Islam dicadangkan supaya dimasukkan kedalam senarai matapelajaran untuk Sijil Rendah Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu . Peruntukan khas tentang pelajaran agama Islam dalam Laporan tersebut merupakan suatu langkah baru yang praktikal bagi menyusuli peruntukan khas tentang agama Islam dalam Perlembagaan Persekuatuan Tanah Melayu.
Dalam bahagian satu,
perkara 3 (1)
perlembagaan tersebut ada menyebut “ Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”
Dari segi kenyataan Ordinan
Pelajaran 1957
memperkukuhkan kedudukan pelajaran
Agama Islam di sekolah bantuan kerajaan tetapi dari segi perlaksanaannya, Seksyen 49 itu menghadapi kesulitan. Oleh itu perlaksanaannya tidak dapat berjalan dengan licin.
Walaupun secara tidak teratur pengajaran Agama Islam diperingkat sekolah rendah dan menengah menurut syor penyata Razak, terdapat sedikit perubahan dan diberikan perhatian oleh kerajaan.
Menurut Akta 1961 Seksyen 36 yang dikekal dan diguna pakai dalam Akta 1996 : Guru Agama yang telah mendapat kebenaran layak dan bertanggungjawab mengajar Agama Islam. Namun bilangan yang beragama Islam harus berjumlah 15 orang murid atau lebih. Tempoh masa minimum yang diperuntukkan untuk mengajar matapelajaran tersebut ialah dua jam seminggu. Mata pelajaran tersebut biasanya diajar pada waktu persekolahan. Pengajaran pada waktu yang lain hanya akan dibenarkan dengan mendapatkan kelulusan daripada Menteri Pelajaran.
Menurut seksyen 50 (1), pengajaran Agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri akan dijalankan apabila terdapat 5 orang murid atau lebih yang menganut
CATATAN:
ECC 423 : KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
Agama Islam.
Pengajaran dilakukan sekurang-kurangnya selama dua jam seminggu pada waktu pengajaran biasa atau waktu lain yang ditetapkan oleh Menteri Pendidikan dalam hal atau keadaan tertentu [ seksyen 50(2) ]. Seksyen 51 pula menyatakan bahawa pengelola bagi sesebuah institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan pengajaran agama selain Agama Islam tertakluk kepada syarat aktiviti pengajaran tersebut tidak boleh dibiayai dengan wang yang diperuntukkan oleh Parlimen [seksyen 51(a)].
Selain itu, mengikut
[seksyen 51(b)] tiada murid yang boleh mengikuti pengajaran agama selain agama yang dianutinya kecuali dengan kebenaran bertulis ibubapanya.
Hasil daripada Pendidikan Islam (Pengetahuan Agama Islam) dalam dasar pendidikan negara telah mewujudkan satu golongan pelajar yang kemudiannya mendesak supaya matapelajaran agama ditambah dan diajar di maktab-maktab perguruan. Pelajaran Agama Islam / Tamadun Islam juga perlu diajar di pusat-pusat pengajian tinggi. Universiti Islam hendaklah diwujudkan dan mata pelajaran Agama Islam wajib diambil dalam peperiksaan awam
Jika Akhir tahun 1980 an merupakan tahun-tahun reformasi dan penjelmaan kembali Pendidikan Islam dalam sistem Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara dengan berani telah menjadikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan sebagai teras dan dasar penjurusan segala aktiviti pendidikan.
Malah tidak keterlaluan dikatakan Falasah
Pendidikan Negara telah mendukung cita-cita dan hasrat falsafah Pendidikann Islam. Bertolak dari Falsafah Pendidikan Negara, keseluruhan struktur kurikulum Pendidikan Kebangsaan telah diubah suai agar setiap mata pelajaran sama-sama mendokong cita-cita FPN
dengan menerapkan nilai-nilai murni sejagat ( yang mana keseluruhan nilai-nilai
tersebut adalah nilai atau ajaran Islam). terdapat beberapa matapelajaran dengan Akidah dan Syariat Islamiah )
CATATAN:
Malah dari segi pendekatan pengajarannya,
(Sains dan Geografi (umpamanya) telah diterapkan
ECC 423 : KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
Institusi Pendidikan Islam di Malaysia Selepas Merdeka Satu kajian yang dibuat oleh Lembaga Penasihat Penyelarasan Pembelajaran dan Pendidikan Islam (LEPAI), melaporkan bahawa pada keseluruhannya Sekolah Agama di negara ini terletak di bawah tanggungjawab pihak–pihak berkuasa yang berlainan.
Dari segi pentadbiran, Sekolah Agama di Malaysia selepas merdeka terbahagi kepada empat jenis iaitu :
Sekolah Agama Kementerian Pendidikan (SMKA) Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN) Sekolah Agama Rakyat (SAR)
SMKA, terletak di bawah pengawasan Kementerian Pendidikan. SAN terletak di bawah penguasaan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri manakala SAR dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan pelajaran dan lain-lain. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kementerian Pendidikan (SMKA) SMKA terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Kementerian Pendidikan. Sekolahsekolah ini hanya bermula di peringkat menengah sahaja iaitu mulai dari tingkatan satu. Semua urusan dan keperluan SMKA ditadbirkan mengikut susunan tertentu melalui Pejabat Pendidikan dari peringkat daerah hingga ke peringkat negeri dan pusat. Keputusan-keputusan utama dan dasar-dasar dibuat oleh kementerian. Di samping itu terdapat pegawai-pegawai yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sekolah-sekolah ini. Manankala pengetua sekolah-sekolah tersebut juga diberi latihan bukan sahaja dalam bidang pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.
Sekolah Agama Negeri (SAN) SAN terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri. Ada juga di bawah kelolaan badan-badan tertentu seperti
Lembaga Pendidikan Islam
Melaka dan Yayasan Islam Kelantan Sekolah-sekolah ini ditadbir oleh Kerajaan Negeri . Oleh yang demikian terdapat perbezaan di antara sekolah-sekolah tersebut . CATATAN:
Sejak tahun
ECC 423 : KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
1963
SAN
telah menerima
Sukatan Pelajaran Kementerian Pendidikan dengan
mengadakan peperiksaan SRP (1963) dan SPM (1965), dan seterusnya Tingkatan Enam Aliran Agama (1968) untuk memasuki Fakulti Pengajian Islam di UKM
Sekolah Agama Rakyat (SAR) SAR dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan pelajaran dan lain-lain. Pentadbirannya di bawah kelolaan Lembaga atau Jawatankuasa sekolah masing-masing .
Tidak ada sebuah badan berkuasa
yang mewakili kerajaan
menjalankan peranan sebagai penentu dan mengawal perjalanan sekolah-sekolah tersebut. SAR tertakluk kepada undang-undang pentadbiran Agama Islam Agama Islam Negeri.
Majlis atau Jabatan
Oleh itu SAR digalakkan supaya mendaftar dengan Majlis atau
Jabatan Agama Islam Negeri . Pendaftaran ini bertujuan memudahkan pihak kerajaan ( negeri dan pusat) menyalurkan apa-apa bantuan dan nasihat. Walau bagaimanapun ada beberapa buah negeri yang menyerapkan kurikulum pelajaran agama dari negeri lain. Ini dilakukan kerana sijil yang dikeluarkan oleh sekolah berkenaan telah diiktiraf oleh beberapa buah institusi pengajian agama dari dalam dan luar negeri Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Pada
tahun
2005
SAR/SMAR/SAN
ke
Kerajaan Sekolah
Malaysia Agama
telah
Bantuan
meluluskan Kerajaan
pemindahan
(SABK).
sekolah
Pengambialihan
SAR/SMAR/SAN dengan dibuat melalui perjanjian. Sekolah‐sekolah berkenaan akan mendapat pelbagai kelebihan termasuk diberikan perhatian khusus dalam aspek pengurusan, keselamatan, dan penyelenggaraan oleh Kementerian.
Sekolah juga akan
mendapat bantuan penuh bagi membolehkan urusan pentadbiran pejabat, asrama dan pengajaran, serta geran perkapita dilaksanakan juga mendapat bantuan modal bagi menampung keperluan untuk menaik taraf dan membaiki kemudahan fizikal. Jawatan guru dan kakitangan diwujudkan secara hakiki. Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dikekalkan. Perbelanjaan pengurusan sekolah dan gaji guru serta kakitangan sekolah dapat dikurangkan. Jawatan guru pula dimasukan dalam sistem gred guru kebangsaan. 2011 ‐ 169 buah sekolah telah menjadi SABK.
CATATAN: