Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i) Terma dan Syarat Tawarruq CASA-i ini hendaklah dibaca secara keseluruhan dengan Terma dan Syarat Am bagi Akaun Deposit dan Deposit Perbankan Islam dan mana-mana terma dan syarat berkenaan lain yang mungkin kenakan oleh Hong Leong Islamik Bank Berhad (“pihak Bank”) dari masa ke masa dengan memberi notis terlebih dahulu, serta kaedah dan peraturan yang mengikat ke atas pihak Bank. 1. Definisi & Tafsiran 1.1 Definisi Dalam Terma dan Syarat ini, terma-terma dan ungkapan berikutnya haruslah mempunyai maksud yang ditetapkan kecuali di dalam konteks yang sebaliknya:“Ejen” bermaksud pihak Bank yang akan dilantik oleh Pelanggan untuk melakukan semua tindakan tertentu bagi pihak Pelanggan di bawah prinsip Syariah Wakalah dalam perkara-perkara berhubung dengan Tawarruq selaras dengan terma-terma dalam Terma dan Syarat ini. “Platform Komoditi” adalah platform pelbagai komoditi yang menyediakan perkhidmatan bagi urus niaga Tawarruq dan diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah HLISB. “Dagangan Tawarruq.
Komoditi” (CT) bermaksud urus niaga jual beli selaras dengan prinsip Syariah
“Komoditi” bermaksud barangan atau aset yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah HLISB. Jenis komoditi yang dipersetujui untuk dibeli adalah mengikut budi bicara mutlak pihak Bank sebagai ejen bagi pelanggan pada harga yang dipersetujui. “Kadar Keuntungan Kontrak” bermaksud kadar yang digunakan untuk mengira jumlah keuntungan Harga Jualan. “Tarikh Semasa” bermaksud hari bila urus niaga/peristiwa berlaku. “Penyerahan Komoditi” bermaksud penyerahan komoditi kepada pelanggan yang telah memohon untuk mengambil milikan fizikal komoditi. “Kadar Keuntungan Efektif” bermaksud kadar sebenar yang digunakan bagi akruan keuntungan dan pengkreditan keuntungan. “Penghujung Hari” adalah masa penutupan penghujung hari pada jam 2359. “Hari Apungan” bermaksud bilangan hari yang diperlukan untuk menunaikan cek. “Deposit Cagaran” bermaksud amaun yang dibayar oleh pihak Bank sebagai aku janji untuk membeli komoditi daripada pelanggan. “Murabahah” merujuk kepada jual beli aset di mana kos pengambilalihan/pembelian serta margin dinyatakan kepada pembeli. “Deposit Bersih” adalah baki Penghujung Hari pada Hari 1 atau apa-apa kenaikan deposit berikutnya pada baki Penghujung Hari pada mana-mana hari, tidak termasuk apungan. “Keuntungan” adalah perbezaan di antara Harga Belian dan Harga Jualan Komoditi.
HLISB/Tawarruq CASA-i_ V1/T&C/MAY2015
“Hari Pengkreditan Keuntungan ” juga dikenali sebagai “Tarikh Tamat Tempoh ” ialah di mana jumlah keuntungan terakru (akan dikreditkan ke dalam akaun pelanggan yang merupakan penyelesaian oleh pihak Bank ke atas baki Harga Jualan untuk urusniaga Murabahah bagi tempoh tersebut. “Harga Belian” adalah amaun bersamaan dengan Deposit Bersih pelanggan yang akan digunakan untuk membeli Komoditi pada Hari Dagangan . “Rebet” mewakili “pelepasan ke atas hak tuntutan” yang diberikan oleh seseorang kepada seorang yang lain yang mempunyai obligasi yang harus diberi. Dalam hal ini, dengan merujuk kepada 2.13, Rebet diberi oleh pelanggan kepada pihak Bank ke atas Harga Jualan. “Baki Hari” bermaksud bilangan hari dari Tarikh Semasa sehingga Tarikh Tamat Tempoh. “Harga Jualan” bermaksud amaun perlu dibayar oleh pihak Bank untuk membeli Aset daripada pelanggan berasaskan Murabahah yang terdiri daripada harga Belian Komoditi (Deposit Bersih) dan keuntungan. “Tolakan” bermaksud permintaan oleh satu pihak untuk melupuskan hutang melalui cara penolakan. Dalam struktur produk ini, pelanggan dan pihak Bank secara bersama bersetuju untuk menolak amaun deposit daripada pelanggan dan amaun pengeluaran sebelum Penghujung Hari. Situasi ini akan menentukan jumlah Deposit Bersih atau sebaliknya. “Sub Ejen” bermaksud pihak Bank melantik pihak ketiga (penyedia platform komoditi) di bawah prinsip Syariah Wakalah untuk mengambil tindakan tertentu bagi pihak Bank dalam perkara-perkara berhubung dengan Tawarruq selaras dengan terma dan syarat yang dipersetujui. “Tawarruq” merujuk kepada urus niaga jual beli berbilang dalam satu masa tertentu. Dalam produk ini, pelanggan akan membeli Komoditi pada Harga Belian daripada pembekal dan kemudian menjual Komoditi kepada pihak Bank pada Harga Jualan berasaskan Murabahah yang akan dibayar kepada pelanggan pada Akhir Tamat Tempoh (selepas mengambil kira apa-apa rebet, sekiranya ada). Pihak Bank selepas itu akan menjual Komoditi kepada pihak ketiga secara tunai. “Tempoh” bermaksud tempoh pengiraan dalam hari dari Tarikh Efektif hingga Tarikh Tamat Tempoh . “Tarikh Efektif” bermaksud Hari 1 selepas Tarikh Tamat Tempoh dan seterusnya hari di mana terdapat Deposit Bersih. “Tarikh Tamat Tempoh” juga dikenali sebagai “Hari Pengkreditan Keuntungan” bermaksud hari di mana keuntungan dikreditkan ke dalam akaun. Ini dianggap sebagai penyelesaian baki Harga Jualan bagi tempoh tersebut. “Hari Dagangan ” bermaksud hari-hari bila mana Dagangan Komoditi dilaksanakan dari Isnin hingga Ahad dan di mana platform komoditi dibuka untuk Dagangan . 2.
Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)
2.1
Akaun ini adalah berdasarkan prinsip Syariah Tawarruq.
2.2
Simpanan di bawah Tawarruq CASA-i hendaklah dalam Ringgit Malaysia (“RM”) dan jumlah minimum adalah yang ditentukan oleh pihak Bank dari masa ke masa dengan memberi notis terlebih dahulu.
HLISB/Tawarruq CASA-i_ V1/T&C/MAY2015
2.3
Tempoh (a) Tempoh (dalam hari) dikira dari tempoh Tarikh Efektif hingga tarikh Tamat Tempoh di mana: Bagi Tawarruq CA-i/SA-i dengan pengkreditan keuntungan bulanan - tarikh tamat tempoh ialah akhir bulan; bagi Tawarruq SA-i dengan pengkreditan keuntungan separuh tahunan - tarikh tamat tempoh ialah samada akhir Jun atau akhir Disember. (b) Bagi akaun yang dibuka dalam bulan berkenaan, Tarikh Efektif ialah tarikh pembukaan akaun. Dengan itu, tempoh dikira dari Tarikh Efektif sehingga Tarikh Tamat Tempoh. (c) Pada tarikh tamat tempoh, jumlah keuntungan terakru akan dikreditkan ke dalam akaun pelanggan yang merupakan penyelesaian baki Harga Jualan bagi urus niaga jualan yang telah dikontrakkan.
2.4
Deposit Cagaran akan dibayar oleh pihak Bank kepada pelanggan sebagai aku janji yang dibuat oleh pihak Bank untuk membeli komoditi daripada pelanggan. (a) Deposit Cagaran diperoleh daripada formula berikut yang dikira pada T: Formula: Deposit Bersih x Kadar Keuntungan Efektif x 1/365 (b) Perlaksanaan Deposit Cagaran adalah atas akruan harian ke atas Deposit Bersih sebelum Dagangan Komoditi. (c) Deposit Cagaran akan dibayar oleh pihak Bank kepada pelanggan sebagai aku janji yang dibuat oleh pihak Bank untuk membeli komoditi daripada pelanggan. (d) Sebaik sahaja Dagangan Komoditi dilaksanakan, Deposit Cagaran akan menjadi sebahagian daripada Harga Jualan. (e) Sebaik sahaja Deposit Cagaran dikira, pihak Bank akan membayar amaun tersebut dan pelanggan akan mengetahui amaun tersebut. Walau bagaimanapun amaun tersebut tidak boleh digunakan oleh pelanggan. (f) Deposit Cagaran akan dikembalikan kepada pihak Bank sekiranya pembelian komoditi oleh pihak Bank daripada pelanggan tidak berlaku. Walau bagaimanapun, pihak Bank boleh melepaskan haknya ke atas amaun Deposit Cagaran disebabkan penutupan akaun oleh pelanggan sebelum Dagangan Komoditi. (g) Deposit Cagaran akan dikembalikan kepada pihak Bank sekiranya pembelian komoditi oleh pihak Bank daripada pelanggan tidak berlaku disebabkan oleh pengembalian cek sebelum Dagangan Komoditi. Walau bagaimanapun pihak Bank boleh melepaskan haknya ke atas amaun Deposit Cagaran.
2.5
Dagangan Komoditi (CT) Pelanggan akan berurusniaga dalam jual beli bagi Komoditi-komoditi yang patuh Syariah untuk Deposit Bersih seperti berikut: (a) CT akan diurusniagakan setiap hari pada Hari Dagangan pada Penghujung Hari yang ditetapkan oleh pihak Bank; (b) Sebagai peraturan am, CT akan dilaksanakan ke atas baki Penghujung Hari pada Hari 1 atau apabila terdapat Deposit Bersih pada setiap hari berikutnya; (c) CT akan didagangkan pada T+1 berdasarkan Deposit Bersih (Harga Belian) pada T. Harga Belian pelanggan tidak termasuk cek apungan.
2.6
Bagi tujuan CT, pihak Bank akan bertindak bagi pihak pelanggan sebagai Ejen bagi jual beli komoditi. Perlantikan sebagai Ejen akan berkuatkuasa selepas pelanggan menandatangani kad spesimen atau apa-apa cara lain pada masa pembukaan akaun.
2.7
Pihak Bank, sebagai Ejen kepada Pelanggan hendaklah menjaga kepentingan Pelanggan dan dengan niat suci hati sepanjang tempoh deposit melaksanakan belian Komoditi secara tunai (“Transaksi Pembelian”) melalui perjanjian pembelian, sijil-sijil dan instrumen lain sebagaimana pelanggan boleh melakukan sendiri dan membuat rundingan dengan Pembekal bagi pihak Pelanggan yang sehubungan dengannya.
HLISB/Tawarruq CASA-i_ V1/T&C/MAY2015
2.8
Pihak Bank dengan ini berjanji untuk membeli Komoditi daripada pelanggan selepas pemilikan konstruktif Komoditi melalui Ejennya sebagaimana dibuktikan melalui e-sijil (atau mana-mana bukti pemilikan lain) daripada platform komoditi pada Harga Jualan yang dipersetujui (Harga Belian dan Keuntungan) ditentukan selepas simpanan deposit. Formula untuk mendapatkan Harga Jualan dinyatakan dalam perkara 2.11.
2.9
Pelanggan bersetuju untuk menanggung rugi pihak Bank terhadap: (a) semua tindakan, tuntutan, permintaan, liabiliti, kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan apa jua yang dikemukakan oleh mana-mana pihak terhadap pihak Bank akibat bertindak sebagai Ejen bagi pelanggan dalam transaksi CT. b) atau bagi mana-mana pelanggaran kewajipan pelanggan Pengecualian untuk sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh pengingkaran, peninggalan, kecuaian, pelanggaran kontrak oleh pihak Bank. Sekiranya pelanggan bertanggungjawab oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten atas sebarang kerosakan walau apa pun yang tersebut di atas, jumlah keseluruhan liabiliti pelanggan tidak boleh melebihi jumlah prinsipal bagi urus niaga yang terlibat yang menimbulkan tuntutan tersebut.
2.10
Struktur kadar keuntungan akan ditentukan oleh pihak Bank dari masa ke masa dengan memberi notis terlebih dahulu, berdasarkan yang berikut: (a) Satu kadar rata tertakluk kepada baki minima; (b) Satu kadar rata tanpa tertakluk kepada baki minima; (c) Kadar keuntungan berperingkat tertakluk kepada baki – di bawah struktur perletakan harga, keuntungan dan Harga Jualan akan sentiasa dikira pada kadar keuntungan peringkat tertinggi.
2.11
Pada Hari 1, keuntungan dan Harga Jualan akan dikira seperti berikut: (a) Keuntungan pada Hari 1 Formula: Keuntungan CT1 = Baki Penghujung Hari1 X Kadar Keuntungan Kontrak Tempoh/365
X
(b) Harga Jualan pada Hari 1 Formula: Baki Penghujung Hari1 + Keuntungan CT1 2.12
Selepas Hari 1, sekiranya deposit adalah melebihi pengeluaran, Keuntungan dan Harga Jualan akan dikira seperti berikut: (a) Keuntungan dalam bulan Formula: Keuntungan CTn = Baki (Penghujung Harin – Penghujung Hari n-1) X Kadar Keuntungan Kontrak X Tempoh /365 (b) Harga Jualan bagi deposit bersih (sekiranya ada) Formula: Baki (Penghujung Harin – Penghujung Harin-1) + Keuntungan CTn
2.13
Rebet oleh Pelanggan akan berlaku pada situasi yang berikut: (a) Pengeluaran melebihi deposit pada hari itu Formula: Perbezaan Amaun X Kadar Keuntungan Kontrak X Baki Hari /365 (b) Perubahan Kenaikan dalam Kadar Keuntungan Kontrak Formula: Baki Penghujung Hari X Kadar Keuntungan Kontrak terdahulu X Baki Hari /365 (Pelanggan dan Bank akan memeterai kontrak mengikut Kadar Keuntungan Kontrak yang baru setelah kotrak sebelum ini dibatalkan). (c) Apabila Kadar Keuntungan Kontrak adalah lebih tinggi daripada Kadar Keuntungan Efektif Formula: Baki Penghujung Hari X (Kadar Keuntungan Kontrak – Kadar Keuntungan Efektif) x1/365
HLISB/Tawarruq CASA-i_ V1/T&C/MAY2015
2.14
Harga Belian dan Keuntungan akan dikreditkan pada Tarikh Tamat Tempoh di mana urus niaga dianggap sebagai penyelesaian baki Harga Jualan untuk urus niaga Murabahah bagi tempoh tersebut.
2.15
Penyata akaun akan diberikan sebulan sekali atau pada tempoh yang ditetapkan oleh pihak Bank. Pelanggan juga akan menerima Notis Tawarruq yang dijana secara automatik pada setiap bulan dengan memperincikan bagaimana keuntungan diperolehi dan jumlah keuntungan berkala dikreditkan. Mod pemberitahuan adalah seperti berikut: (a) Bagi pelanggan akaun semasa, notis akan dihantar bersama dengan penyata akaun bulanan samada melalui mel biasa atau emel. (b) Bagi pelanggan akaun simpanan dengan buku bank, pelanggan mestilah mendaftar untuk epenyata di mana notis akan dihantar melalui emel. (c) Bagi pelanggan akaun simpanan dengan penyata, notis akan dihantar bersama dengan penata akaun bulanan samada melalui mel biasa atau emel. (d) Secara alternatif, pelanggan boleh meminta notis salinan fizikal dari mana-mana cawangan Hong Leong Islamic Bank atau Hong Leong Bank.
2.16
Pemilikan / Penyerahan Komoditi (a) Pelanggan mempunyai hak untuk memohon dan mengambil milikan fizikal. Penyerahan Komoditi kepada pelanggan adalah tertakluk kepada syarat-syarat minima dan memenuhi undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan oleh platform komoditi; (b) Permintaan bagi pemilikan dan penyerahan Komoditi boleh dilakukan di mana-mana cawangan HLISB atau HLBB pada waktu urusniaga perbankan; dan (c) Penyerahan atau penghantaran akan dibuat oleh platform komoditi kepada pelanggan di mana kos perbelanjaan akan ditanggung sendiri oleh pelanggan.
Terma dan Syarat ini adalah tambahan kepada Terma dan Syarat produk/ akaun yang tersenarai di dalam Terma- dan Syarat Am. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, kekaburan atau pertikaian dalam Terma dan Syarat ini dengan Terma dan Syarat bagi setiap produk / akaun, maka Terma dan Syarat bagi setiap produk / akaun akan digunapakai.
Deposit layak untuk perlindungan oleh PIDM
HLISB/Tawarruq CASA-i_ V1/T&C/MAY2015