Terima kasih kerana memuat turun sampel ebook daripada:
EbookTarbiyah.Com
114. SURAH AN-NAAS
Objektif Surah: Selepas mengkaji surah ini, mutarabbi dapat: 1. Merasakan bantuan & pertolongan Allah SWT kepada orang-orang yang menyembahNya, serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya. 2. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran daripada surah ini. 3. Sentiasa memohon perlindungan Allah SWT daripada kejahatan jin & manusia. 4. Bertawakkal kepada Allah SWT & bergantung kepada bantuanNya.
Pengenalan Surah:
Surah An-Naas adalah surah ke-114 dalam Al-Quran, tergolong dalam kategori Makkiyah & mengandungi enam ayat.
Ia merupakan salah satu daripada dua surah memohon pelindungan (mu’awwizatain) selain Surah Al-Falaq.
Ia mengandungi permohonan perlindungan Allah SWT daripada gangguan musuh manusia, iaitu iblis serta para pembantu atau penyokongnya daripada kalangan jin & manusia.
Golongan ini sentiasa memperdayakan manusia dengan berbagai bentuk perasaan was-was & gangguan. Kelebihan Surah: Daripada ‘Uqbah bin 'Amir RA bahawa Nabi SAW bersabda: Apakah kamu tidak melihat bahawa ada ayat diwahyukan kepadaku pada malam ini yang belum pernah dilihat sebelum ini? “Qul a’uzubirabbil falaq & Qul a’uzubirabbin naas.” (Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan An-Nasa’i)
Daripada Aisyah RHA, bahawa setiap kali Rasulullah SAW menderita sakit, baginda akan membaca Mu’awwizatain pada dirinya sendiri dan meniupkan (pada seluruh badannya). Dan ketika sakitnya semakin parah, maka Aisyah RHA membacakan Mu’awwizatain pada baginda serta mengunakan tangan baginda untuk mengusapnya ke seluruh badan bagi mengambil berkat dari kedua surah itu. (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud & An-Nasa’i)
Keterangan Ayat 1-3:
#"!
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
TSR QP
1. Katakanlah: “Aku berlindung dengan (Allah) Pemelihara Manusia.”
WVU
2. Raja (yang menguasai ) sekalian manusia.
ZY X
3. Tuhan sekalian manusia.
(
) ﻗُ ْﻞAllah SWT memerintahkan Rasulullah SAW & umat
Islam agar mengatakan:
Aku berlindung dengan Tuhan manusia yang menjaga & memeliharaku ketika aku masih kanak-kanak & lemah. Sesungguhnya Dia pemilik segala urusanku. Dia jugalah yang menguasai apa jua situasi yang aku hadapi.
Ar-Rab ialah sifat Allah yang Maha Memelihara, Mengasuh, Mengarah, Menjaga & Melindungi. Al-Malik ialah sifat Allah yang Maha Memiliki, Memerintah & Mentadbir. Al-Ilah ialah sifat Allah yang Maha Menguasai segala-galanya. (Fi Zhilalil Quran, Syed Qutb)
Aku berlindung kepada-Mu ya Allah, kerana Engkau-lah Raja yang menguasai manusia. Engkau-lah Tuhan manusia, dan aku pula adalah hamba-Nya. Hanya Engkau yang layak disembah, diberi ketundukan & tempat tumpuan. Di kalangan manusia ada yang memerintah & berkuasa, maka Allah SWT memberikan peringatan bahawa Dia-lah yang sebenarnya paling berkuasa, yang mesti dimohon pertolongan serta perlindungan, bukan raja-raja dan para pembesar. (Imam al-Qurtubi) Allah SWT yang telah menciptakan manusia & menjaga kita. Dia merupakan Pemilik urusan manusia & Dia-lah yang menguasai kita. Dia-lah tempat berlindung, yang memberi perlindungan, & juga tempat kita meminta bantuan.
Keterangan Ayat 4-6:
_^]\[
4. Daripada kejahatan bisikan syaitan yang bersembunyi.
edcba `
5. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada (hati) manusia.
ihgf
6. Daripada bangsa-bangsa jin dan manusia.
Kalimah
Maksud
]
Bisikan. Yang membisikkan kepada manusia. Ia mencampakkan ke dalam hati manusia berbagai bisikan jahat.
^
Syaitan yang bersembunyi. Asal kalimah al-Khannus iaitu kembali dan ke belakang. Ini adalah kerana apabila disergah, ia berhenti dan berpatah balik.
Ibnu ‘Abbas RA berkata: “Iaitu syaitan yang selalu bercokol di dalam hati manusia. Di mana jika manusia lengah & lalai, maka ia akan memberikan bisikan. Dan jika manusia mengingati Allah, maka syaitan itu akan bersembunyi.”
g
Bangsa-bangsa jin. Jin adalah makhluk tersembunyi yang tidak dapat diketahui hakikat sebenar penciptaannya melainkan Pencipta.
Sesungguhnya aku berserah & berlindung kepada-Mu ya Allah, agar Engkau menjagaku daripada kejahatan yang dibisikkan kepadaku. Aku berserah kepada-Mu daripada kejahatan para pembisik jiwa.
Pembisik tersebut memperhias perbuatan yang buruk; perkara yang jahat digambarkan sebagai baik. Bisikanbisikan tersebut akan berpaling jika ia dihalang. Syaitan sentiasa menghasut & membisikkan supaya manusia mematuhi & mentaatinya di samping menurut perintah serta suruhannya dengan cara yang sulit, lalu terus menembusi lubuk hati tanpa didengari oleh telinganya. (Imam al-Qurtubi)
Firman Allah SWT:
\[ZYXW VUT ^]
Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam & zuriatnya di dunia ini, & aku akan menyesatkan mereka semuanya,
cba` _
Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hambahambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”. (al-Hijr 15: 39-40)
Tadinya hati kita telah bulat untuk berjihad fi sabilillah, namun kerana bisikan yang menembus hati itu, kita tidak jadi berjihad. Kita akan jadi ragu akan maju ke muka (depan). Bisikan dalam hati yang menghasilkan ragu-ragu itu sangatlah menurunkan mutu kita sebagai manusia. Dan perasaan yang dibisikkan sesuatu di dalam dada itu telah diberi nama dalam ayat-ayat ini, iaitu waswas. (Tafsir Al-Azhar, HAMKA)
Walaupun Allah membenarkan Iblis melancarkan peperangan menentang manusia, tetapi Dia tetap menguasai Iblis itu. Dia hanya membiarkan Syaitan itu menakluk orangorang yang lalai dari Tuhan mereka sahaja, sedangkan orang-orang yang mengingati Allah akan terselamat daripada kejahatan dan bisikan Syaitan yang halus. Kini jelaslah bahawa kebaikan itu haruslah bersandar kepada kekuatan & hakikat Ilahi yang sejati yang tiada kekuatan & hakikat yang selain daripadanya, & pastilah bersandar kepada Allah Tuhan yang memelihara, Tuhan yang memerintah & Tuhan yang disembah. Sedangkan kejahatan pula bersandar kepada bisikan Iblis yang datang & menghilang, yang lemah apabila ditentang, yang mundur ke belakang apabila ditempur & yang tewas di hadapan perlindungan & naungan Allah. (Fi Zhilalil Quran, Syed Qutb)
Ia dibisikkan oleh kalangan jin atau makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata; mereka merupakan tentera iblis & anak-anaknya.
Atau mungkin juga oleh syaitan daripada kalangan manusia, iaitu seperti teman-teman yang jahat. Di kalangan jin ada syaitan. Dari kalangan manusia juga ada syaitan. Maka, hendaklah kamu memohon perlindungan dari syaitan manusia & jin. (Qatadah)
Saranan Tarbawi: Daripada surah ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut: 1. Memohon perlindungan Allah SWT daripada bahaya yang bersifat batiniah, iaitu perasaan ragu-ragu & ingatan buruk yang akan merosakkan iktikad, amal ibadah & akhlak. 2. Memperbanyakkan zikrullah & amal soleh, sebagai benteng yang dapat melemahkan ganguan syaitan. 3. Melindungi diri daripada syaitan dengan cara menjauhi & meninggalkan segala sesuatu (aktiviti atau tempat) yang disukai oleh syaitan. 4. Memilih rakan-rakan baik, serta berada dalam bi’ah yang selalu mengajak kepada kebaikan & ketaatan kepada Allah SWT.
Wallahu a’lam. Selamat beramal!
113. SURAH AL-FALAQ Objektif Surah: Selepas mengkaji surah ini, mutarabbi dapat: 1. Merasakan bantuan & pertolongan Allah SWT kepada orang-orang yang menyembahNya, serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya. 2. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran daripada surah ini. 3. Meminta perlindungan Allah SWT daripada kejahatan makhluk, sihir & hasad (dengki). 4. Bertawakkal kepada Allah SWT & bergantung kepada bantuanNya.
Pengenalan Surah:
Surah Al-Falaq adalah surah ke-113 dalam Al-Quran, tergolong dalam kategori Makkiyah & mengandungi lima ayat.
Ia merupakan salah satu daripada dua surah memohon pelindungan (mu’awwizatain) selain Surah An-Naas.
Ia mengandungi permohonan perlindungan Allah SWT dengan kemuliaan & kekuasaan-Nya daripada: i. gangguan seluruh makhluk ii. kejahatan & gangguan di waktu malam iii. gangguan para pendengki & ahli-ahli sihir Kelebihan Surah: Daripada ‘Uqbah bin 'Amir RA bahawa Nabi SAW bersabda: Apakah kamu tidak melihat bahawa ada ayat diwahyukan kepadaku pada malam ini yang belum pernah dilihat sebelum ini? “Qul a’uzubirabbil falaq & Qul a’uzubirabbin naas.” (Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan An-Nasa’i)
Daripada Aisyah RHA, bahawa setiap kali Rasulullah SAW menderita sakit, baginda akan membaca Mu’awwizatain pada dirinya sendiri dan meniupkan (pada seluruh badannya). Dan ketika sakitnya semakin parah, maka Aisyah RHA membacakan Mu’awwizatain pada baginda serta mengunakan tangan baginda untuk mengusapnya ke seluruh badan bagi mengambil berkat dari kedua surah itu. (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud & An-Nasa’i)
Keterangan Ayat 1-2:
#"!
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
87654
(1) Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.”
=<; :9
(2) Dari kejahatan makhluk yang Dia jadikan.
Kalimah
7
Maksud Menjadikan belahan. Membelah & menampakkan sesuatu. Maksudnya, semua benda yang dibelah oleh Allah. Allah membelah bumi dengan tumbuh-tumbuhan, gunung dengan mata air, awan dengan hujan, rahim dengan anak. Ibnu ‘Abbas RA mentafsirkan al-Falaq sebagai waktu subuh.
Mufassir mengatakan: “Waktu subuh disebut secara khusus dalam ayat ini kerana cahaya subuh terbit sesudah berlalunya suasana malam yang gelap yang begitu lama, memberikan harapan akan datangnya hari siang dengan suasana yang bersinar dengan cahaya mentari.” (
) ﻗُ ْﻞAllah SWT memerintahkan Rasulullah SAW & umat
Islam agar mengatakan:
Aku berlindung dengan Tuhan semua makhluk yang terbit daripada belahan langit & bumi, daripada segala kejahatan & kemudaratan yang disebabkan mereka. Semua makhluk ini, Allah-lah yang menciptakannya; baik langit dengan segala matahari, bulan gemintangnya, sampai kepada awan-awannya yang berarak. Atau bumi dengan segala isi penghuninya, lautnya & daratnya, bukitnya & lurahnya. Semuanya adalah ciptaan Tuhan, sedang kita manusia ini adalah satu makhluk kecil saja yang terselit di dalamnya. Dan segala yang dijadikan oleh Allah itu, bisa saja membahayakan bagi manusia, meskipun sepintas lalu kelihatan tidak apa-apa. (Tafsir Al-Azhar, HAMKA)
…setiap makhluk itu ada buruknya, & ada baiknya dalam keadaan-keadaan tertentu. Yang dipohon perlindungan di sini ialah daripada keburukan & kejahatannya agar kebaikannya sahaja yang tinggal. Allah yang menciptakan seluruh makhluk itu adalah berkuasa pula mengarah & mentadbirkan keadaankeadaan makhluk-makhluk itu supaya timbul yang baiknya, bukan yang buruknya. (Fi Zhilalil Quran, Syed Qutb)
Aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan & penyakit yang menimpa diriku, keluarga, dakwah & teman-temanku.
Keterangan Ayat 3:
CBA@? >
(3) Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Kalimah
@
Maksud Malam. Malam yang gelap gelita.
B
Apabila telah gelap gelita. Bila malam menyelubungi dan melitupi semua hidupan.
Aku juga berlindung dengan-Mu ya Allah daripada kejahatan malam, apabila ia gelap gelita & menyelubungi semua hidupan. Sesungguhnya kegelapannya menjadi tirai kepada semua penceroboh yang jahat. Dinyatakan supaya memohon perlindungan daripada gangguan malam adalah kerana pada waktu malamlah binatang-binatang buas keluar dari sarang & tempat persembunyian masing-masing. Demikian juga pencuri & penyamun yang biasanya melakukan kegiatan jahat mereka pada waktu malam. (ar-Razi) …pada malam hari juga timbulnya berbagai-bagai fikiran karut & berbagai-bagai perasaan duka nestapa yang mencekik & melemaskan. Kegelapan malam menolong Syaitan untuk bertindak & menggoda. Kegelapan malam & keseorangan pada malam hari juga menggerakkan nafsu syahwat manusia… (Fi Zhilalil Quran, Syed Qutb)
Keterangan Ayat 4-5:
IH GFED
(4) Dan daripada kejahatan wanita-wanita (tukang sihir) yang menghembus (menjampi) pada simpulansimpulan.
ONML KJ
(5) Dan daripada orang yang dengki apabila dia telah dengki.
Kalimah
Maksud
H
Pada simpulan-simpulan. Samada bermaksud simpulan tali, ataupun hubungan kasih sayang & hubungan antara manusia.
Aku berlindung dengan-Mu ya Allah, daripada jampi serapah yang dihembuskan kepada simpulansimpulan.
Maksud lain adalah; aku berlindung dengan-Mu ya Allah, daripada kejahatan manusia pengadu domba yang memutuskan ikatan kasih sayang.
Huruf ( )تpada kalimah (F) ditafsirkan untuk menunjukkan hiperbola (exaggeration - mubalaghah) bukannya untuk menunjukkan feminin (ta’nits).
Ia bermaksud, manusia pengadu domba berusaha & memerah fikiran kerana ingin menimpakan keburukan terhadap orang yang didengkinya. Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakannya. Hasad atau dengki dosa kepada Allah yang mula dibuat di langit, & dengki juga dosa yang mulamula dibuat orang di bumi. Dosa di langit adalah dengki Iblis kepada Adam AS. Dosa di bumi adalah dengki Qabil kepada Habil. (Tafsir Al-Azhar, HAMKA) Hasad dengki ialah perasaan cemburu hati terhadap sesuatu nikmat yang dikurniakan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang tertentu, serta bercita-cita supaya nikmat itu musnah & hilang samada si pendengki yang merasa cemburu hati itu bertindak untuk memusnahkan nikmat itu kerana ditekan dendam kesumat atau dia hanya sekadar menaruh perasaan cemburu hati sahaja, namun sesuatu kejahatan tetap akan berlaku selepas wujudnya perasaan cemburu hati itu. (Fi Zhilalil Quran, Syed Qutb)
Saranan Tarbawi: Daripada surah ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut: 1. Memohon perlindungan Allah SWT daripada bahaya zahir segala makhluk, supaya hanya kebaikan yang muncul daripadanya. 2. Memanfaatkan setiap alat atau kemudahan yang ada dengan sesuatu yang membawa kebaikan, bukannya ke arah keburukan & kemudaratan. 3. Memanfaatkan waktu malam sebagai waktu untuk berehat & beribadah kepada Allah. 4. Mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT kepada kita, & turut bergembira dengan nikmat yang diterima oleh orang lain.
Wallahu a’lam. Selamat beramal!
112. SURAH AL-IKHLAS
Objektif Surah: Selepas mengkaji surah ini, mutarabbi dapat: 1. Menilai diri melalui daripada surah ini.
pengajaran-pengajaran
2. Memantapkan diri dengan nilai-nilai rabbaniyah (ketuhanan), serta memerangi nilai-nilai maddiyah (materialisme). 3. Sentiasa mentauhidkan Allah SWT. 4. Bertawakkal kepada Allah SWT & bergantung kepada bantuanNya.
Pengenalan Surah:
Surah Al-Ikhlas adalah surah ke-112 dalam Al-Quran, tergolong dalam kategori Makkiyah & mengandungi empat ayat.
Surah ini mengesakan & menyucikan Allah SWT, kerana inilah asas pertama & tonggak utama bagi Islam.
Ia membincangkan beberapa sifat Allah SWT yang sempurna untuk menjadi pegangan kita sebagai khalifah di muka bumi.
Ia juga menolak kepercayaan orang Kristian yang mengatakan Allah itu tiga (konsep triniti), serta kepercayaan musyrikin bahawa Dia mempunyai zuriat & anak. Kelebihan Surah: Daripada Abu Said Al-Khudori RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada para Sahabat RA: “Tiadakah seorang daripada kamu yang mampu membaca 1/3 daripada Al-Quran dalam semalam?” Mereka menjawab: “Siapakah yang mampu ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab: “Allahu Ahad, As-Somad (Surah Al-Ikhlas) merupakan 1/3 Al-Quran!" (Riwayat Bukhari)
Surah ini sama dengan 1/3 Al-Quran kerana terdapat tiga asas umum di dalam Al-Quran iaitu: i. Tauhid ii. Batas-batas perlakuan makhluk iii. Perihal kiamat
Tiada siapa yang boleh menghalang anugerah Allah SWT. Dia berhak mengurniakan pahala membaca 1/3 Al-Quran bagi sesiapa yang membaca, menghayati & memahami isi kandungan surah ini. Sebab Turun Ayat: Daripada Ubai bin Kaab RA, bahawa orang-orang musyrik pernah berkata kepada Nabi SAW, “Wahai Muhammad, terangkan kepada kami nasab Tuhan-mu!” Maka Allah SWT pun menurunkan surah Al-Ikhlas ini sebagai jawapan. (Riwayat Imam Ahmad)
Keterangan Ayat 1:
#"!
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
%$#"!
(1) Katakanlah; “Dia-lah Allah Yang Esa.” Kalimah
Maksud
$
Esa. Tunggal pada dzat, sifat & perbuatan-Nya.
) ﻗُ ْﻞAllah SWT memerintahkan Rasulullah SAW & umat Islam agar mengatakan: (
Dia; Allah yang Esa! Yakni melalui berita pasti yang disokong kebenaran, & bukti yang tidak diragui.
Allah Esa pada dzat-Nya; yakni bukan berkomponen & berbilang-bilang.
Allah Esa pada sifat-Nya; yakni tiada sesiapa yang menyerupai sifat-Nya.
Allah Esa pada perbuatan-Nya, maka tiada perbuatan makhluk yang menandingi atau hampir-hampir menyerupai perbuatan-Nya.
Boleh jadi penggunaan gantinama “Dia” ( ) ُﻫ َﻮadalah untuk memperingatkan sejak awal lagi tentang peri penting & menariknya perbincangan yang akan dibawa. Ini menjadikan kita tercari-cari & terus berpaling kepada-Nya. Seterusnya mengajak kita memerhatikan apa pula yang dinyatakan selepas ayat tersebut. Maka, setelah ditampilkan tafsiran & penerangannya, maka ia akan menjadi lebih mantap di dalam jiwa. Soalan: Mengapakah digunakan lafaz nakirah (أﺣﺪ tidak digunakan lafaz ma’rifah (?)اﷲ اﻷﺣﺪ
)اﷲ,
Tujuan ayat ini adalah untuk membuktikan bahawa “Allah SWT itu Esa” ()اﷲ أﺣﺪ, & dzat-Nya tidak berbilangbilang. Jika menggunakan ()اﷲ اﻷﺣﺪ, ia difahami bahawa kita beriktikad dengan keesaan Allah SWT, namun ragu-ragu untuk mensabitkannya kepada-Nya. Sedangkan maksud yang dikehendaki adalah penafian bilangan, kerana orang musyrik beriktikad bahawa Tuhan berbilang-bilang. Maka Allah SWT berfirman; “Allah itu Esa!” (أﺣﺪ
)اﷲ
Kalimah Ahad lebih halus daripada kalimah Waahid, kerana Ahad menambahkan kepada Waahid pengertian tiada suatu yang lain bersama Allah, & tiada suatu yang setanding dengan Allah. (Fi Zhilalil Quran, Syed Qutb)
Keterangan Ayat 2:
('&
(2) Allah itu tempat meminta.
Kalimah
Maksud Tempat meminta. Hanya Dia yang memenuhi segala permintaan & keperluan.
'
Ibnu ‘Abbas RA mengatakan: “Yakni Rabb yang bergantung kepada-Nya semua makhluk dalam memenuhi segala keperluan & permintaan mereka.”
Tiada siapa yang mengatasi-Nya & Dia tidak memerlukan sesiapa. Bahkan semua makhluk yang memerlukan-Nya.
Hanya kepada-Nya tempat makhluk berserah ketika susah & menghadapi krisis. Maha Agung Allah SWT, & penuh berkah nikmat-Nya.
“Dia adalah Tunggal dalam ketuhanan-Nya & semua yang lain adalah hamba-Nya belaka. Dia-lah sahaja yang ditujukan untuk memenuhi hajat-hajat & Dialah sahaja yang menyahut seruan hamba-hamba-Nya yang mempunyai hajat. Dia-lah sahaja yang memutuskan segala perkara dengan keizinan-Nya & tiada siapa yang turut membuat keputusan bersamasama-Nya.” (Fi Zhilalil Quran, Syed Qutb)
Keterangan Ayat 3:
-,+ *)
(3) Tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Ayat ini membersihkan Allah SWT daripada sifat beranak dan diperanakkan. Ini menolak pandangan: Orang musyrik yang mengatakan bahawa: Malaikat merupakan anak perempuan Allah. (Al-Isra’ 17: 40) Orang Yahudi yang mengatakan: Uzair anak Allah; Orang Kristian mengatakan: Al-Masih (Isa AS) anak Allah. (At-Taubah 9: 30) Allah SWT tidak dilahirkan seperti dakwaan Kristian yang mengatakan Nabi Isa AS ‘anak’ Allah, kemudian mereka menyembahnya seperti menyembah ‘bapa’nya. Mustahil Allah SWT mempunyai anak, kerana anak merupakan pecahan daripada bapanya. Ini tidak syak lagi membawa maksud berbilang-bilang, baharu & penyerupaan dengan makhluk. Sedangkan Allah SWT tidak perlu kepada anak, lantaran Dia-lah Pencipta serta Penguasa alam semesta, langit & bumi ini.
Mustahil Allah diperanakkan, kerana ini jelas dan mudah tanpa perlu sebarang perbahasan lagi. Perkara yang tidak boleh disangkal bahawa anak memerlukan ayah dan ibu, susu dan penyusuan. Sedangkan Allah SWT bersih daripada segala unsur-unsur tersebut.
Keterangan Ayat 4:
3210/.
(4) Dan tidak ada sesuatu yang menyerupai-Nya.
Kalimah
1
Maksud Menyerupai. Setara, serupa & seumpama.
Ya, selagi Allah itu Esa pada Dzat-Nya, tidak berbilangbilang, & tidak menjadi bapa atau anak kepada sesiapapun, maka tiada makhluk yang menyerupai-Nya! Tiada yang sama, setara atau sekutu. Maha Suci Allah daripada segala apa yang mereka sekutukan.
Tuhan itu mutlak kuasa-Nya, tiada terbahagi, tiada separuh seorang, tiada gandingan, tiada bandingan dan tiada tandingan. Dan tiada pula Tuhan yang menganggur, belum bertugas sebab bapanya masih ada! Itulah yang diterima oleh perasaan bersih & murni. Itulah yang dirasakan oleh akal cerdas yang tulus. Kalau tidak demikian, kacaulah dia dan tidak bersih lagi. Itu sebabnya maka surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya sesuai dengan jiwa murni manusia, dengan logika, dengan berfikir teratur. (Tafsir Al-Azhar, HAMKA) Rumusan Surah: Surah ini sekalipun ringkas, tetapi telah menolak pandangan serta pegangan orang Arab musyrik, Kristian & Yahudi. Ia dinamakan surah Al-Ikhlas kerana mengandungi bukti keesaan Allah yang tidak mempunyai sekutu. Hanya Dia tempat mengadu & menunaikan permintaan, Dia tidak beranak & diperanakkan, serta tiada yang menyaingi & setara dengan-Nya. Semua ini menuntut keikhlasan menghadap hanya kepada Allah SWT.
beribadah
&
Saranan Tarbawi: Daripada surah ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut: 1. Mengesakan & mensucikan Allah SWT daripada sebarang iktikad & perbuatan yang boleh mempersekutukan-Nya. 2. Mengikhlaskan niat dalam setiap perbuatan & pekerjaan hanya untuk Allah SWT. 3. Menghindari diri daripada amalan khurafat seperti meminta hajat di kuburan, meminta bantuan jin & orang yang berhubung dengan jin, meminta daripada keramat & sebagainya. 4. Mengajak keluarga & sahabat handai mengesakan Allah SWT & menjauhi syirik.
Wallahu a’lam. Selamat beramal!