Terima kasih kerana memuat turun sampel ebook daripada:
EbookTarbiyah.Com
ILMU TAUHID TAJUK-TAJUK & OBJEKTIF KHUSUS: 1.
PENGENALAN ILMU TAUHID Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i. Menyatakan definisi iIlmu Tauhid ii. Menjelaskan bidang perbahasan Ilmu Tauhid iii. Menentukan kedudukan Ilmu Tauhid di antara ilmuilmu lain iv. Menjelaskan hukum mempelajari iIlmu Tauhid v. Menggambarkan keperihatinan Al-Quran kepada Ilmu Tauhid vi. Menjelaskan kesan penumpuan dan pengabaian umat Islam terhadap Ilmu Tauhid
2.
KEDUDUKAN ILMU TAUHID DALAM ISLAM Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Menjelaskan hubungan di antara Iman dan penerimaan amal oleh Allah Taala ii. Mengeluarkan dalil-dalil penolakan amalan orang Kafir oleh Allah Taala iii. Menjelaskan erti Dua Kalimah Syahadah sebagai Rukun Islam pertama iv. Mengaitkan di antara Syahadah dengan tuntutan Tauhid Tarbiyah Made Easy!!
2
3.
KEDUDUKAN ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Menjelaskan kesan buruk kejahilan umat Islam terhadap ilmu Tauhid. ii. Menjelaskan implikasi ilmu Tauhid dalam memperbaiki kehidupan manusia.
Tarbiyah Made Easy!!
3
* PENGENALAN ILMU TAUHID
TOPIK PERBAHASAN
MULA
5. AL-QURAN: KITAB TAUHID TERAGUNG
6. PERHATIAN UMAT ISLAM TERHADAP ILMU TAUHID
1. DEFINISI ILMU TAUHID
4. HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAUHID
TAMAT
2. BIDANG PERBAHASAN ILMU TAUHID
3. KEDUDUKAN ILMU TAUHID
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Pertama (1) Tarbiyah Made Easy!!
4
1. DEFINISI ILMU TAUHID
ِ ِ ﺚ ِﻓﻲ إِﺛْـﺒ ﺎت اﻟ َْﻌ َﻘﺎﺋِﺪ اﻟ ﱢﺪﻳْﻨِﻴﱠ ِﺔ ﺤ ﺒ ـ ﻳ ْﻢ ﻠ ﻋ ُ َ َْ ُ َ
“Ilmu yang membahaskan pengukuhan keyakinan-keyakinan (akidah) agama Islam…
ﺑِ ْﺎﻷَ ِدﻟﱠ ِﺔ اﻟْﻴَ ِﻘ ْﻴﻨِﻴﱠ ِﺔ اﻟ َْﻌ ْﻘ ِﻠﻴﱠ ِﺔ َواﻟﻨﱠـ ْﻘ ِﻠﻴﱠﺔ
…dengan dalil-dalil yang diyakini, aqli (akal) dan naqli (AlQuran dan Sunnah)…
ٍ اﻟﱠﺘِﻲ ﺗُ ِﺰﻳْﻞ ُﻛ ﱠﻞ َﺷ ﻚ ُ
…yang dapat menghapuskan segala keraguan.”
Daripada definisi ini, Ilmu Tauhid mendedahkan segala: i. ii.
kebatilan orang kafir; keraguan dan pendustaan yang mereka lakukan.
Memahami Ilmu Tauhid juga akan membuahkan: i. ketenangan jiwa ii. kelapangan hati iii. ketetapan iman Ilmu ini dinamakan Ilmu Tauhid kerana perbahasan utamanya ialah untuk mentauhidkan Allah Taala. Tarbiyah Made Easy!!
5
Firman Allah Taala:
. -, + * ) ( ' & % $ # " 210 /
Maka adakah orang yang mengetahui bahawa alQuran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang yang berakal sempurna. (Ar-Ra’d 13: 19)
Tarbiyah Made Easy!!
6
2. BIDANG PERBAHASAN ILMU TAUHID RUKUN IMAN • ALLAH • RASUL • KITAB • MALAIKAT • HARI AKHIRAT • TAKDIR
BIDANG PERBAHASAN ILMU TAUHID
Bidang perbahasan Ilmu Tauhid ialah Rukun Iman: 1. Keimanan kepada Allah, pengesaan-Nya, pengikhlasan diri dalam ibadah dan menjauhkan diri daripada syirik. 2. Keimanan kepada para Rasul yang membawa petunjuk Ilahi, sifat yang wajib dan mustahil bagi mereka, mukjizat serta bukti kebenaran risalah mereka. 3. Keimanan kepada semua Kitab Allah yang diturunkan kepada para Rasul-Nya sebagai petunjuk buat manusia di muka bumi sejak dulu, kini dan selamanya. 4. Keimanan kepada para Malaikat, tugas-tugas mereka dan hubungan mereka dengan kita di dunia dan di akhirat. 5. Keimanan kepada Hari Akhirat serta balasan yang dijanjikan kepada orang beriman dan orang kafir, iaitu syurga dan neraka. Tarbiyah Made Easy!!
7
6. Keimanan kepada takdir (qadar) yang telah ditentukan oleh Allah Yang Maha Bijaksana. Takdir inilah yang menentukan pergerakan semua benda yang wujud di alam ini. Firman Allah Taala:
p on m l k j i h g yxwvu tsrq |{ z
Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitabNya dan rasul-rasul-Nya. (Al Baqarah 2: 285) Sabda Rasulullah SAW:
ِ ورﺳﻠِ ِﻪ واﻟﻴـﻮِم اﻵﺧ ِﺮ َْ َ ُ َُ
ِ ِأَ ْن ﺗُـ ْﺆِﻣﻦ ﺑ ﺎﷲ َوَﻣﻼَﺋِ َﻜﺘِ ِﻪ َوُﻛﺘُﺒِ ِﻪ َ َوﺗُـ ْﺆِﻣ َﻦ ﺑِﺎﻟ َﻘ َﺪ ِر َﺧ ْﻴ ِﺮِﻩ َو َﺷ ﱢﺮِﻩ
“Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikatmalaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Hari Akhirat, dan beriman dengan ketentuan (qadar) baik dan buruk daripada-Nya.” (Riwayat Muslim)
Tarbiyah Made Easy!!
8
3. KEDUDUKAN ILMU TAUHID DI ANTARA ILMU-ILMU LAIN Lumrahnya, kemuliaan sesuatu ilmu terletak pada topik dan bidang perbahasannya. Contohnya, ilmu kedoktoran dikatakan lebih mulia daripada ilmu pertukangan, kerana ilmu pertukangan membahaskan tentang seni kayu kayan, sementara ilmu perubatan membahaskan tentang fungsi tubuh badan manusia.
Oleh demikian, ilmu Tauhid merupakan ilmu yang paling penting dan mulia kerana topik perbahasannya adalah: i. Allah Taala, Tuhan Yang Mencipta Semesta Alam. ii. Para Rasul yang suci dan mulia. iii. Hakikat, hikmah dan tujuan kewujudan manusia di bumi. iv. Kesudahan yang menanti manusia selepas kematian. Ilmu Tauhid adalah sumber bagi semua ilmu keislaman, sekaligus ilmu yang terpenting dan paling utama. Tarbiyah Made Easy!!
9
4. HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAUHID
FARDHU ‘AIN BELAJAR ILMU TAUHID FARDHU KIFAYAH
Fardu ‘Ain bagi setiap muslim (lelaki dan perempuan) hingga benar-benar: i. Teguh hatinya ii. Tenang akalnya iii. Yakin berada di atas agama yang benar. Perbincangan secara mendalam adalah Fardhu Kifayah. Jika sudah ada sekumpulan muslim mempelajarinya, muslim lain tidak lagi diwajibkan. Firman Allah Taala:
á à ß Þ ÝÜ
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah… (Muhammad 47: 19) Tarbiyah Made Easy!!
10
5. AL-QURAN ADALAH KITAB TAUHID TERAGUNG Topik asasi di dalam Al-Quran ialah ilmu Tauhid. Setiap helaiannya sentiasa menyebut dan menyerukan: • • • • • •
Keimanan kepada Allah Taala Keimanan kepada para Rasul-Nya Keimanan kepada Hari Akhirat Keimanan kepada para malaikat Keimanan kepada kitab-kitab samawi Keimanan kepada takdir (ketentuan-ketentuan Allah untuk perjalanan alam ini)
Selama 13 tahun, ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan di Makkah, hampir keseluruhannya berkisar mengenai ilmu Tauhid dan peneguhan akidah.
Tarbiyah Made Easy!!
11
6. PERHATIAN UMAT ISLAM TERHADAP ILMU TAUHID Perhatian Umat Islam pada Ilmu Tauhid didasari oleh perhatian Al-Quran terhadapnya: i.
Kita perlu memahami ilmu Tauhid agar dapat menyeru manusia lain ke jalan Allah SWT dengan berhikmah dan peringatan yang baik.
ii.
Kefahaman yang mendalam tentang ilmu Tauhid, akan membekalkan kita dengan dalil dan bukti dalam mengukuhkan akidah dan mendakwahkannya.
iii. Umat Islam terdahulu sangat prihatin dan menitikberatkan ilmu ini dalam kehidupan mereka, lalu mereka dimuliakan dan dijadikan pemimpin dunia. Wallahu a’lam…
Tarbiyah Made Easy!!
12
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Apakah yang bakal menimpa masyarakat yang mencuaikan Ilmu Tauhid (akidah & keimanan) dalam kehidupan mereka? (Akidah goyah & mudah diserang, amalan rosak, lemah & akhirnya dijajah musuh)
ii. Sebutkan contoh-contoh kemusyrikan yang wujud akibat kecuaian terhadap Ilmu Tauhid? (Perkara-perkara khurafat & Syirik) iii. Apakah peranan kita dalam membimbing masyarakat agar kembali memahami Ilmu Tauhid? (Mantapkan kefahaman dan keyakinan diri, berhujah dengan dalil-dalil aqli & naqli)
Tarbiyah Made Easy!!
13
* KEDUDUKAN ILMU TAUHID DALAM ISLAM TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. IMAN ADALAH ASAS DITERIMA AMAL
4. DUA KALIMAH SYAHADAH & TAUHID
2. DALIL-DALIL AMALAN ORANG KAFIR DITOLAK
3. PINTU MASUK ISLAM: DUA KALIMAH SYAHADAH
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Kedua (2)
Tarbiyah Made Easy!!
14
1. IMAN ADALAH ASAS DITERIMA AMAL Di antara syarat diterima sesuatu amalan ialah Iman dan Islam. IMAN ANTARA SYARAT DITERIMA AMAL ISLAM
Soalan: Mengapa Allah SWT hanya menerima amalan orang yang beriman sahaja? Bukankah ramai orang bukan Islam yang baik peribadinya, sering membantu sesama manusia dan malah memperjuangkan keadilan bagi yang tertindas.
Apakah hanya kerana mereka tidak beriman, semua amalan baik itu sia-sia dan tidak bermakna? Adilkah perkara ini?
Tarbiyah Made Easy!!
15
Analogi: Kisah Dua Orang Lelaki yang Masuk ke Kebun Lelaki pertama: Dia masuk dan terus memakan buah-buahan yang ada sehingga kenyang. Kemudian dia pun melakukan kerjakerja di dalam kebun tersebut. Ada pokok yang ditanam dan yang dicabut sesuka hatinya. Malah, tidak diendahkan langsung teguran wakil pemilik kebun itu. Lelaki kedua pula, Dia tidak berbuat apa-apa. Dia menunggu pemilik kebun atau wakilnya datang terlebih dahulu. Kemudian, dia mendengar segala arahan wakil pemilik kebun dan bekerja mengikutnya.
Soalan: Siapakah di antara kedua lelaki tadi akan lebih dihargai dan layak diberi upah oleh pemilik kebun? Mengapa begitu?
Tarbiyah Made Easy!!
16
Cuba kita kaitkan analogi ini dengan kewujudan manusia di muka bumi: i.
Bukankah seluruh alam ini dan makhluk yang di dalamnya dicipta dan dimiliki oleh Allah SWT?
ii.
Kemudian, Allah mengutuskan para Rasul sebagai wakil-Nya di bumi ini untuk mengenalkan manusia kepada Allah, beriman dengan segala tuntutan dan larangan-Nya, serta menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
iii. Orang-orang beriman menyambut risalah para Rasul dan hidup di bumi ini berpandukan pentunjuk Ilahi. Sedangkan orang-orang kafir engkar dan memusuhi para Rasul-Nya. Mereka berbuat sesuka hati tanpa mengendahkan perintah dan larangan Allah SWT.
ﷲ
Tarbiyah Made Easy!!
?
?
17
Oleh itu, antara sebab utama amalan orangorang Kafir tidak diterima adalah kerana mereka: Beramal bukan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah SWT.
Tidak takut pada azab-Nya dan mengabaikan halal dan haram.
Tidak berusaha mencari Ad-Deen Allah, iaitu Islam.
Tidak berusaha mendengar keterangan para Rasul.
Mengejek dan mentertawakan wahyu Allah yang dibacakan kepada mereka.
Tarbiyah Made Easy!!
18
Firman Allah Taala:
. -, + * ) ( ' & % $ # " 210 /
Maka adakah orang yang mengetahui bahawa alQuran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang yang berakal sempurna. (Ar-Ra’d 13: 19)
Tarbiyah Made Easy!!
19
2. DALIL-DALIL AMALAN ORANG KAFIR DITOLAK
IBARAT DEBU YANG BERTERBANGAN (Al-Furqan 25: 23)
IBARAT ABU YANG DITERBANGKAN ANGIN PADA HARI RIBUT YANG KENCANG (Ibrahim 14: 18)
IBARAT FATAMORGANA DI TANAH RATA (An-Nur 24: 39)
Tarbiyah Made Easy!!
20
i. Ibarat debu yang berterbangan. Firman Allah Taala:
JI HGFED CB
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. (Al-Furqan 25: 23) ii. Ibarat abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang. Firman Allah Taala:
½ ¼ » º¹ ¸ ¶ µ È Ç Æ Å Ä Ã Á À ¿ ¾ Ï Î Í Ì Ë ÊÉ
Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedahpun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran. (Ibrahim 14: 18) Tarbiyah Made Easy!!
21
iii. Ibarat fatamorangana di tanah rata. Firman Allah Taala:
LK J I HGF VUT SRQP ONM ] \ [ Z YX W
Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama fatamorgana di tanah rata yang disangkakannya air oleh orang yang dahaga, (lalu dia menuju ke arahnya) sehingga apabila dia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkakannya) dan dia tetapi mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah amat segera hitungan hisab-Nya. (An-Nur 24: 39)
Tarbiyah Made Easy!!
22
3. PINTU MASUK ISLAM: DUA KALIMAH SYAHADAH AL-ISLAM Mengucap Dua Kalimah Syahadah merupakan Rukun Islam yang pertama, dan merupakan pintu masuk ke dalam Islam. Oleh sebab itu, ia bukanlah suatu ucapan di mulut sahaja tanpa erti yang bermakna.
Kalimah syahadah pertama (اﷲ
)أﺷﻬﺪ أن ﻻ إﻟﻪ إﻻ
mengandungi erti bahawa kamu mengakui dan mempercayai bahawa: i.
Alam ini ada Tuhan yang mencipta, membuat, mengatur dan memerintahnya.
ii.
Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa yang tidak ada sekutu bagi-Nya.
iii. Kamu pula adalah sebahagian daripada ciptaanNya.
Tarbiyah Made Easy!!
23
Kalimah syahadah kedua (اﷲ
)وأﺷﻬﺪ أن ﻣﺤﻤﺪ رﺳﻮل
pula mengandungi erti bahawa kamu beriman, percaya dan yakin bahawa: i.
Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah Taala.
ii.
Baginda diutuskan untuk membawa hidayah dan keterangan tentang perkara halal yang diredhai Allah dan perkara haram yang dimurkai-Nya.
iii. Hanya dengan mengikuti (ittiba’) Nabi Muhammad SAW, kamu dapat melaksanakan ketaatan kepada Allah dengan cara yang benar.
Tarbiyah Made Easy!!
24
4. DUA KALIMAH SYAHADAH & TAUHID Syahadah yang dilafazkan itu adalah batil dan tidak sempurna jika seseorang itu tidak melaksanakan Tauhid. Kita mestilah mempelajari ilmu Tauhid agar syahadah, keislaman dan amalan benar-benar diterima. Begitulah kedudukan Tauhid di dalam Islam, sangat mulia dan penting sehingga segalanya akan rosak binasa tanpanya. Firman Allah SWT:
>=<;: 9 8 7 65 4 G F E D C B A @?
Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Ali Imran 3: 18) Wallahu a’lam… Tarbiyah Made Easy!!
25
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah mengubah STATUS seseorang kepada Muslim (Beriman). Apakah kepentingan status dalam kehidupan manusia? (Agar diiktiraf & mendapat hak-haknya; contoh status kewarganegaraan atau kemahasiswaan di Universiti)
ii. Amalan orang-orang kafir ditolak oleh Allah, namun bolehkah amalan orang-orang beriman ditolak? Contohnya? (Jika tidak ikhlas kerana Allah, bid’ah yang sesat) iii. Bagaimana cara terbaik menerangkan Syahadah kepada orang bukan Islam?
konsep
(Bincangkan contoh selain analogi 2 pemuda dan kebun)
Tarbiyah Made Easy!!
26
* KEPENTINGAN ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. KESAN KEJAHILAN ILMU TAUHID
2. PENGARUH ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Ketiga (3)
Tarbiyah Made Easy!!
27
1. KESAN KEJAHILAN ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
KESAN KEJAHILAN ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
• BUTA HAKIKAT KEHIDUPAN • MATERIALISTIK & INDIVIDUALISTIK • BERLELUASA KEROSAKAN
i. Buta Hakikat Kehidupan: Orang yang tidak kenal Penciptanya akan hidup seperti orang buta. Dia tidak tahu tujuan penciptaan dan hikmah kewujudannya di muka bumi ini. Kehidupannya di bumi akan tamat, tanpa dia sendiri ketahui kenapa ia bermula. Dia bakal keluar dari dunia, tanpa mengetahui tujuan sebenar dia dimasukkan ke dalamnya.
Tarbiyah Made Easy!!
28
Firman Allah Taala:
5 43 2 10 /. 876
…Dan (sebaliknya) orang-orang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Muhammad 47: 12) ii. Materialistik dan Individualistik:
Orang yang tidak beriman dengan Hari Akhirat akan terpedaya dengan kehidupan sementara di dunia. Dia akan menjadikan segala amal kerjanya hanyalah untuk mengejar kesenangan dunia sepuas hatinya sebelum mati. Dia akan berlumba-lumba kerana tamakkan habuan dunia dan mencari kemewahan dunia tanpa mengenal halal dan haram. Dia tidak menghiraukan bencana yang menimpa orang lain akibat tindakannya, bersifat individualistik dan hanya mengejar kepentingan diri sendiri. Tarbiyah Made Easy!!
29
Sikap individualistik ini akan memecah-belahkan masyarakat, merosakkan hubungan dan mencetuskan peperangan di antara satu sama lain. Hal ini sangat berbeza dengan masyarakat yang beriman teguh dengan akidah Islam. iii. Berleluasanya Kerosakan: Apabila kejahilan tentang ilmu Tauhid semakin meluas, maka akidah dan amalan manusia juga akan rosak binasa. Manusia tidak kenal lagi sempadan halal dan haram, pahala dan dosa. Akibatnya maksiat dan perbuatan keji akan bermaharajalela tanpa batasan. Tatkala itu, dibimbangi Allah Taala akan menurunkan azab ke atas umat Islam yang telah mengabaikan dan mensia-siakan agama mereka. Firman Allah Taala:
Ø× ÖÕÔ ÓÒ ÑÐ ßÞÝÜ ÛÚ Ù
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Rum 30: 41) Tarbiyah Made Easy!!
30
2. PENGARUH ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
PENGARUH ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
• JELAS HAKIKAT KEHIDUPAN • KESATUAN & KEHARMONIAN • KEBERKATAN & KEMENANGAN
i. Jelas Hakikat Kehidupan: Orang yang beriman kepada Allah dan para Rasul-Nya akan mengetahui hakikat penciptaan dan tujuan kehidupannya di dunia. Dia akan menjalani kehidupan di dunia di atas jalan yang lurus. Dia jelas akan permulaan dan pengakhiran hidupnya. Dia akan sentiasa jauh daripada kegelapan dan kesesatan.
Tarbiyah Made Easy!!
31
Firman Allah Taala:
Å Ä Ã Â ÁÀ¿¾½ ¼» ÇÆ
Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul), yang menyebabkan dia selalu jatuh) tertumus di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata? (Al-Mulk 67: 22) ii. Kesatuan dan Keharmonian: Tauhid menyatukan hati manusia di bawah naungan Tuhan yang satu, kitab yang satu, Rasul yang satu dan kiblat yang satu. Iman telah menjadikan manusia berkasihsayang dan bersaudara. Firman Allah Taala:
µ ´ ³² ± ° ¯ ® ¬ ¹¸¶
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujuraat 49: 10) Tarbiyah Made Easy!!
32
Masyarakat yang beriman sentiasa tolong menolong dalam melakukan kebajikan dan ketaqwaan. Mereka saling menasihati, menegah kemungkaran dan mendamaikan permusuhan. Setiap individu bekerja/beramal demi mendapatkan kejayaan dan keredhaan di sisi Allah Taala. Mereka sentiasa berhati-hati agar tidak menzalimi dan menganiayai hak orang lain. Mereka menjauhi segala perbuatan keji seperti mencuri, membunuh, menipu, berzina, rasuah, berdusta, hasad dengki, mengaibkan dan menyakiti orang lain. Ini semua adalah hasil keimanan mereka kepada Allah Taala dan takut untuk berdepan dengan-Nya di akhirat kelak. Firman Allah SWT:
43210/. :9 8 7 6 5
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)… (Ali Imraan 3: 110) Tarbiyah Made Easy!!
33
iii. Keberkatan dan Kemenangan: Apabila iman berkembang dalam masyarakat manusia, ia akan membuahkan pelbagai amal soleh yang diredhai Allah Taala. Dengan itu, pintu kebaikan akan dibuka dan dilimpahkan keberkatan dalam kehidupan mereka. Firman Allah Taala:
)('&% $#" ! ,+*
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi… (Al-A’raaf 7: 96)
Masyarakat yang beriman dan beramal soleh juga akan dikurniakan kekuatan dalam berhadapan dengan musuh mereka. Begitulah yang berlaku kepada generasi awal Islam. Asalnya mereka adalah golongan yang lemah dan fakir, namun dikurniakan kemenangan besar terhadap musuhmusuh mereka.
Tarbiyah Made Easy!!
34
Firman Allah Taala:
®¬«ª©¨§ ¦¥
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Muhammad 47: 7) Wallahu a’lam…
Tarbiyah Made Easy!!
35
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Sebutkan pelbagai isu semasa yang melambangkan kurangnya kefahaman dan keyakinan masyarakat terhadap Ilmu Tauhid. (Kaitkan isu-isu tersebut dengan kecuaian terhadap Ilmu Tauhid)
ii.
Jika kemantapan Akidah & Tauhid memberikan begitu banyak faedah, mengapa umat Islam masih mengabaikannya? (Belajar akidah untuk peperiksaan sahaja, dihafal tanpa penghayatan, sibuk dengan ilmu dunia)
iii. Bagaimana kita dapat menggerakkan perubahan melalui Akidah & Tauhid? (Membentuk individu, keluarga & masyarakat yang benar akidahnya melalui Tarbiyah Islamiyah yang syumul)
Tarbiyah Made Easy!!
36
Terima kasih kerana memuat turun sampel ebook daripada:
EbookTarbiyah.Com
RENUNG & FIKIRKAN 1 “MAKANAN KITA”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. HENDAKLAH MANUSIA MELIHAT PADA MAKANANNYA
2. SIFAT-SIFAT ALLAH DARIPADA TAFAKKUR TERHADAP MAKANAN
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Kelima (5) & Jilid 2: Fasal Kelapan (8)
1. HENDAKLAH MANUSIA MELIHAT PADA MAKANANNYA Allah Taala berfirman:
§¦¥¤ £
“Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.” (‘Abasa 80: 24) Soalan: Apakah hikmah bagi suruhan ini? Sebenarnya, Allah Taala menyuruh kita merenung dan berfikir tentang semua makhluk-Nya; termasuklah makanan, agar dapat dijelaskan kepada kita akan sifatsifat-Nya yang Maha Agung. Jadi, apakah sifat-sifat Allah Taala yang boleh dikenali melalui tadabbur tentang makanan? Mari kita renungi & fikirkan bersama! “Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya…”
2. SIFAT-SIFAT ALLAH DARIPADA TAFAKUR TERHADAP MAKANAN A. YANG MAHA MEMBERI REZEKI (ق ُ )اﻟ ﱠﺮَزا
Kita mulakan dengan merenung dan berfikir tentang keadaan manusia sejak di dalam rahim ibu:
• Nutfah (embrio) terbentuk dan menempel pada dinding dalam rahim ibu di tempat yang disediakan, lalu ia membesar membentuk janin. • Ketika itu, tiada sesiapapun yang mampu menyuapkan makanan (rezeki) kepada janin di dalam kandungan. Tidak ibu bapanya, tidak pula orang lain. • Maka, Allah Yang Maha Memberi Rezeki telah mencipta tali pusat untuk menghubungkan perut bayi dengan ibunya. Melalui tali pusat itulah makanan disalurkan selama lebih kurang 9 bulan. • Kemudian, apabila bayi itu selamat dilahirkan, dan tali pusat dipotong, Allah membuka pula saluran makanan baru dan set organ penghadaman yang terdiri daripada iaitu mulut, kerongkong dan perut buatnya.
Cuba kita fikirkan: • Adakah ibubapa kita yang menutup saluran tali pusat, dan seterusnya membina saluran mulut serta anggota penghadaman selepas kita dilahirkan? • Adakah alam semulajadi (nature) atau kerajaan yang bersusah payah merancang rezeki semasa kita di dalam perut ibu? Sudah pasti tidak! Sebaliknya, Allah Yang Maha Memberi Rezeki-lah yang merancang segalanya. Baiklah, mari kita bertafakur pula perihal susu ibu:
• Bayi yang baru lahir belum mampu memakan bijirin, buah-buahan, daging atau roti. Namun, Allah tidak sekali-kali membiarkannya tanpa rezeki. • Tiba-tiba sahaja buah dada ibu yang sebelumnya tiada susu, selepas kelahiran bayi penuh dengan susu.
• Lebih menghairankan lagi, bayi yang baru lahir itu mengerti pula bahawa bekalan makanannya sebelum ini; iaitu tali pusat telah tiada, dan dia perlu menggunakan mulut untuk meminum susu ibunya. • Siapakah yang mengilhamkan kepada bayi semua itu? Bukan ibubapanya, bukan alam semulajadi (nature) dan bukan juga kerajaan. Sebaliknya adalah Allah Yang Maha Memberi Rezeki!
Segala puji bagi Allah Yang Maha Memberi Rezeki!
Di samping itu, sedarkah kita bahawa Allah Taala telah menyediakan rezeki buat kita di mana-mana sahaja? Firman Allah Taala:
ª©¨§¦¥¤£¢¡ ±°¯®¬ «
“Dan Dia menentukan ada pada-Nya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.” (Fussilat 41: 10)
Buat makhluk-Nya, Allah Taala telah menyediakan: • Tanah yang sesuai bagi pertanian dan air untuk keperluan tumbuhan, haiwan serta manusia. Tumbuhan wujud dengan jumlah yang besar untuk menjadi makanan manusia dan haiwan.
Firman Allah Taala:
>=<; :987 HGF EDCBA@ ? K JI
“Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya.” (Al-Hijr 15: 19-20)
• Allah Taala juga menyediakan gas-gas seperti Oksigen, Karbon Dioksida serta cahaya matahari untuk proses fotosintesis (iaitu proses tumbuhan hijau membuat makanannya). Daripada proses ini, jadilah buah-buahan pelbagai jenis yang bertangkai dan bertandan.
• Bagi manusia dan haiwan disediakan gigi yang dapat memutus, mencarik, mengkisar dan menghancurkan makanan. Malah, diciptakan air liur yang membasahi mulut sebagai pelincir yang memudahkan kita makan, juga mempunyai enzim yang melarutkan makanan.
Alhamdulillah, segalanya telah Allah sediakan…
B. YANG MAHA MENGETAHUI (
)اﻟ َْﻌﻠِ ْﻴ ُﻢ
Sifat ini terbukti dengan: • Allah Taala mengetahui bahawa di suatu ketika bayi di dalam perut itu sudah perlukan makanan, maka disalurkan makanan melalui tali pusat. • Kemudian, Allah Taala mengetahui juga bahawa bayi itu telah keluar daripada perut ibunya, lalu disalurkan makanan melalui susu ibu pula. • Allah Taala mengetahui bahawa wujudnya air dan mineral di dalam tanah, maka diciptakan akar untuk tumbuhan menyedutnya. • Allah Taala mengetahui bahawa klorofil (titik-titik berwarna hijau) dalam tumbuhan hijau memerlukan cahaya matahari, maka disusun daun-daun sebegitu rupa agar mudah terdedah kepada cahaya matahari.
• Allah Taala mengetahui sekiranya matahari sentiasa memancar cahayanya pastilah akan terbakar habis semua tumbuhan. Maka, dipergilirkan siang dan malam untuk memberi ruang pada tumbuhan berehat di malam hari.
Siangnya tumbuhan “bekerja” melalui fotosentesis
Malamnya tumbuhan “berehat” pula dengan berespirasi
Firman Allah Taala:
=<;:9 87 D C B A @ ?>
“Allah jualah yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.” (Al-An’am 6: 96)
C. YANG MAHA BIJAKSANA (
ْﺤ ِﻜ ْﻴ ُﻢ َ ) اﻟ
Sifat ini terbukti tatkala kita melihat betapa: • Telitinya penciptaan tali pusat pada tubuh bayi, diameternya membesar seiring dengan tumbesaran bayi. Tali pusat itu dihubungkan pada tubuh ibu dengan begitu kompleks. • Buah dada ibu menghasilkan susu ibu yang sangat tepat komposisi kandungannya iaitu meliputi semua zat makanan seperti kanji, lemak, protein, garam dan vitamin yang sesuai untuk tumbesaran bayi. • Halus dan telitinya pembentukan tumbuh-tumbuhan. Seperti proses pengeluaran buah dan penjagaannya. D. YANG AMAT MENDALAM PENGETAHUAN-NYA ( Lihatlah bukti sifat-Nya ini pada:
)اﻟْ َﺨﺒِْﻴـ ُﺮ
• Kepakaran untuk menyalurkan makanan ibu yang dihadamkan ke dalam tubuh bayi melalui tali pusat. • Kepakaran untuk menyalurkan makanan ibu yang dihadamkan ke buah dadanya sebagai susu. • Kepakaran untuk mengeluarkan bijirin dan buah-buahan yang pelbagai bentuk, warna dan rasa. Padahal semuanya ditanam di tanah yang sama, serta disiram air yang sama, udara dan matahari yang sama.
Firman Allah Taala:
xwv utsr qpon § ¦ ¥¤ £ ¢ ¡ { |} ~ ﮯz y ¯ ® ¬ «ª © ¨
“Dan Dia-lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugusgugus,; dan dari pokok tamar (kurma), dari mayangmayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” (Al-An’am 6: 50)
E. YANG MAHA PENGASIHANI (
)اﻟْ ﱠﺮِﺣ ْﻴ ُﻢ
• Disebabkan ketidakupayaan janin dalam perut ibu untuk mengurus rezekinya, Allah Taala menyelamatkannya daripada kelaparan dengan disediakan tali pusat. • Allah Taala menciptakan pelbagai makanan yang sesuai kepada kita pada setiap fasa kehidupan; semasa di dalam perut, ketika bayi dan setelah dewasa. • Malah, Dia telah menyediakan segala keperluan seperti udara, cahaya matahari, air hujan, tanah dan garam mineral bagi membantu makhluk-Nya memperolehi sumber makanan untuk terus hidup. F. YANG AMAT MAHA MULIA (
)اﻟْ َﻜ ِﺮﻳْ ُﻢ
• Jika seorang manusia menanggung sara hidup sepuluh orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan, maka dia dianggap seorang yang mulia. • Sedangkan, Allah Taala telah sekian lama menjamin dan menanggung rezeki semua umat manusia dan pelbagai benda hidup lain. Maka, adakah sesiapa yang lebih mulia daripada-Nya? Subhanallah, Allah Taala telah menyediakan kepada kita semua rezeki.
Firman Allah Taala:
*)( '&%$#"!
“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya...” (Hud 11: 6) G. YANG MAHA MEMBERI PETUNJUK (
ِ )اﻟْﻬ ﺎدي َ
Untuk sifat ini, bukankah: • Allah Taala yang memberi petunjuk agar buah dada ibu penuh dengan susu apabila bayi telah dilahirkan. • Allah Taala yang memberi petunjuk kepada bayi agar menghisap buah dada ibunya apabila lapar. • Allah Taala yang memberi petunjuk kepada tumbuhan agar akarnya mengarah ke bawah (tanah) dan daundaun mengarah ke atas (menuju cahaya matahari). • Allah Taala yang memberi petunjuk kepada dedaunan agar tumbuh teratur; supaya semua daun terkena cahaya matahari.
Firman Allah Taala:
yxwv utsrqpo {z
“Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi, yang menciptakan dan menyempurnakan (penciptaanNya), dan yang menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk.” (Al-A’la 87: 1-3) H. YANG MAHA MENGHIDUPKAN (
)اﻟ ُْﻤ ْﺤ ِﻲ
• Tanah, udara, air dan cahaya matahari adalah benda mati yang tidak membesar, makan dan bernafas. • Namun, dengan benda-benda mati inilah, tumbuhtumbuhan hidup, bernafas, membesar, bergerak, makan dan berpasangan lalu menghasilkan buahbuahan serta bijirin. Subhanallah!
I. YANG MAHA MEMBENTUK RUPA (
ﺼ ﱢﻮُر َ )اﻟ ُْﻤ
• Lihatlah bagaimana sebidang tanah yang rata berubah menjadi kebun pokok buah-buahan. Tanah rata itu dihidupkan dengan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai bentuk, warna dan ciri-cirinya tersendiri. • Siapa lagi yang mampu menjadikan tanah, air, udara dan cahaya matahari lalu membentuk kebun yang indah dan cantik ini? Jika bukan Allah Yang Maha Membentuk Rupa?
Subhanallah… Maha suci Allah di atas segala penciptaan & kurniaan-Nya.
Firman Allah Taala:
®¬ «ª©¨§¦¥¤ £ º¹¸¶µ ´³²±°¯ ÃÂÁÀ¿¾½¼» ÇÆ ÅÄ
“Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit), kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya, lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayur-sayuran, Zaitun dan pohon kurma, kebun-kebun (yang) lebat, dan buah-buahan serta rumput-rumputan, untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu.” (‘Abasa 80: 24-32)
Wallahu a’lam
Terima kasih kerana memuat turun sampel ebook daripada:
EbookTarbiyah.Com
“MANUSIA PERLUKAN RASUL”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. PERSOALAN YANG GAGAL DIJAWAB
2. HIKMAH PENGUTUSAN RASUL KEPADA MANUSIA
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Sembilan (9); Jilid 2: Fasal Sepuluh (10)
1. PERSOALAN-PERSOALAN YANG GAGAL DIJAWAB Secara fitrahnya, manusia mempunyai beberapa persoalan yang sering bermain di pemikiran mereka, namun gagal untuk mendapatkan jawapan yang pasti. Antara persoalan tersebut adalah i.
Siapakah Pencipta manusia? Apakah perkara-perkara yang menyebabkan keredhaan-Nya? Apa pula yang mengundangkan kemurkaan-Nya?
ii.
Kenapa manusia dihidupkan? Apakah hikmah kewujudannya? Apakah manusia hidup untuk makan minum dan memenuhkan syahwat semata-mata?
iii. Kenapa manusia mesti mati? Dan apakah yang menanti selepas kematiannya kelak? iv. Apakah sistem terbaik untuk memperbaiki keadaan hidup manusia? Apakah yang akan menyelamatkan umat manusia daripada kebinasaan? Manusia cuba berfikir dan mencaricari sendiri jawapan bagi setiap persoalan di atas, namun berakhir dengan kebuntuan dan ketidakpastian.
2. HIKMAH PENGUTUSAN RASUL KEPADA MANUSIA Soalan: Apakah hikmah pengutusan para Rasul? Allah Taala mengutuskan para Rasul AS kepada manusia sebagai penunjuk jalan yang menuntun mereka mengerti persoalan-persoalan berikut:
KENALI ALLAH
SISTEM TERBAIK
HIDAYAH RASUL
HIKMAH KEWUJUDAN MANUSIA
HAKIKAT KEMATIAN & KEHIDUPAN AKHIRAT
Baiklah, mari kita lihat bagaimana para Rasul AS utusan Allah ini memberikan jawapan kepada manusia terhadap persoalan-persoalan tersebut!
i.
Mengenali Allah Taala, Tuhan dan Pencipta alam ini serta menyeru mereka supaya menyembah-Nya. Hal ini sangat penting dalam membentuk hala tuju kehidupan dan tingkahlaku seseorang. Dengan mengenal Pencipta, dia mengetahui hakikat bahwa dirinya dicipta dan dipunyai oleh Allah Taala. Dengan mengenal Tuhan juga dia akan mengetahui apakah perkara yang diredhai dan dimurkai-Nya. Firman Allah Taala:
+ * ) ( '&% $ #"! 0/ .- ,
Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadahlah kamu kepadaKu”. (Al-Anbiya’ 21: 25)
“Maha suci Tuhan Yang Maha Tinggi & segala pujian bagi-Nya.”
ii
Mengetahui hikmah kewujudan manusia di dunia ini. Seperti kita mengetahui bahawa setiap anggota badan, tangan, kaki, mata, hidung, mulut dan telinga mempunyai tujuan tertentu, maka begitulah juga kehidupan ini. Mustahil manusia sekompleks ini diciptakan dengan siasia tanpa ada hikmahnya. Maka, ketika itulah Rasul menerangkannya kepada kita. Firman Allah Taala:
§¦¥¤ £¢¡~ﮯ
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
³ ² ± ° ¯ ® ¬« ª © ¨ µ´
Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arasy yang mulia. (Al-Mukminun 23: 115-116)
Manusia tidak mampu mengetahui kenapa dia datang ke dunia ini kecuali melalui ajaran daripada Penciptanya. Pencipta yang menciptanya daripada tiada kepada ada. Allah Taala amat mengetahui bagaimana keadaan diri manusia dapat ditingkatkan, diperbaiki dan disucikan. Maka, Dia menunjukkan kita jalan yang membawa kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat melalui perantaraan para Rasul-Nya.
Firman Allah Taala:
¯®¬ «ª©¨§ ³ ² ± ° º¹¸¶µ´
(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. (Al-Baqarah 2: 151)
iii. Menjawab segala persoalan tentang hakikat kematian dan kehidupan selepasnya, kerana persoalan ini sangat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan manusia di dunia. Mari kita renungi bersama: Dirasakan seperti baru semalam zaman kanak-kanak berlalu, tapi hari ini kita telah menjadi seorang dewasa. Tidak lama selepas itu, kita pasti akan mati dan berpisah dengan keluarga, sahabat handai, harta, serta pangkat di dunia. Lebih 100 tahun lepas, kita di alam ghaib (tidak wujud di dunia ini). Dan selepas lebih 100 tahun kelak, kita akan kembali ke alam ghaib (selepas kematian).
Apakah pula yang menanti kita selepas kematian? Hakikat sebenar hal ini tidak mungkin mampu diketahui secara pasti oleh manusia, melainkan melalui pengkhabaran Tuhan yang menghantar kita ke dunia ini dan mengeluarkan kita daripadanya.
Maka, datanglah para Rasul AS untuk memberikan khabar gembira tentang nikmat berkekalan yang disediakan kepada orang mukmin sebagai balasan terhadap ketaatan mereka di dunia. Begitu juga untuk memberi amaran tentang azab yang pedih kepada orang kafir sebagai balasan terhadap kekufuran mereka di dunia. Firman Allah Taala:
UTS RQPON ^ ] \ [ Z YX W V
Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Firman Allah Taala juga:
(An-Nisa’ 4: 165)
ìëê éèç æåäãâ á àß õôóòñ ðï îí
Dan apabila dikatakan (kepada kamu): “Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar, dan hari kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya”, kamu berkata: “kami tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya”.”
,+ *)('&%$#"!
Dan (pada ketika itu) ternyatalah kepada mereka balasan kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, serta mereka diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek itu! (Al-Jathiyyah 45: 32-33) Firman Allah Taala lagi:
ÌËÊÉÈ ÇÆÅÄ ÃÂ ÕÔÓÒÑ ÐÏÎÍ
Dan sekiranya Kami binasakan mereka dengan sesuatu azab sebelum datangnya Rasul Kami membawa AlQuran ini, tentulah mereka akan berkata pada hari kiamat: “Wahai Tuhan kami! Mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada kami seorang Rasul supaya kami menurut ayat-ayat keteranganMu yang dibawanya, sebelum kami menjadi hina (dengan azab di dunia), dan mendapat malu (dengan azab di akhirat?”.
Ý Ü Û ÚÙ Ø × Ö âáàßÞ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Tiap-tiap seorang (di antara kita) sedang menunggu; maka tunggulah kami, Kemudian kamu akan mengetahui kelak siapakah orang-orang yang berada atas jalan yang lurus, dan juga siapa yang mendapat pertunjuk” (Toha 20: 134-135)
iv.
Memperkenalkan sistem (manhaj) terbaik yang akan memperbaiki keadaan manusia dan menyelamatkan mereka dari kebinasaan. Manusia berada dalam pertikaian yang berterusan dalam menentukan apakah manhaj yang terbaik untuk mereka. Setiap orang mendakwa manhaj mereka yang paling betul dan terbaik.
Kita tidak dapat mengetahui hal ini secara pasti, kecuali dengan petunjuk daripada Pencipta kita yang mengetahui apa yang membawa kebaikan dan keburukan kepada makhluk-Nya Firman Allah Taala:
ÚÙ Ø×ÖÕÔÓÒ á à ß Þ Ý ÜÛ
Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi pertunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (An-Nahl 16: 64)
Hanya dengan mengikut segala petunjuk Tuhan dan ajaran Pencipta manusia dan alam ini, segala urusan kita dapat diperbaiki. Firman Allah Taala:
T S R Q P O NM
…Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
[ Z Y X W V U a `_^]\ g fedcb
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maidah 5: 15-16) Para Rasul AS seterusnya menjadi teladan terbaik bagi manusia dalam mencapai cara hidup yang lurus, akhlak yang mulia, ibadah yang benar dan supaya sentiasa mengikut petunjuk Allah ini.
Firman Allah Taala:
Ì Ë Ê É È Ç Æ ÅÄ ÃÂ Á Ò ÑÐÏ ÎÍ
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Al-Ahzab 33: 21) Kemudian, manusia diperintah agar menegakkan sistem ini dan memeliharanya di muka bumi. Begitu juga mereka dilarang berpecah dalam urusan agama, dan hanya berhukum dengan wahyu Ilahi yang dibawa oleh Rasul. Firman Allah Taala:
SRQPONMLKJ ] \ [Z Y X W V U T ba ` _ ^
Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang Dia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadaMu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya…” (Asy-Syura 42: 13)
Wallahu a’lam
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Pengutusan Rasul yang menjawab persoalan-persoalan manusia adalah penyempurnaan bagi fitrah manusia. Apakah fitrah-fitrah yang disempurnakan tersebut? (Fitrah mengaku wujudnya Tuhan; fitrah ingin beribadah untuk mendapatkan redha Tuhan; fitrah inginkan kehidupan yang teratur serta harmoni)
ii.
Hari ini para Rasulullah SAW telah tiada, apakah jaminan bahawa hidayah yang dibawa oleh Baginda terus membimbing ummah dan masyarakat? (Tugas umat Islam sebagai “Ummatan Wasathan”; melaksanakan Syahadatul Haq; Al-Baqarah 2: 143)
Tarbiyah Made Easy!!
69