Buletin
KOLEJ Mac 2003
BIL 1 / 2003
SPM 100% Kolej telah berjaya mengembalikan kecemerlangannya dalam peperiksaan SPM apabila semua 150 orang calon telah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kejayaan ini ialah hasil kerjasama semua pihak yang berusaha bertungkus lumus untuk memastikan pencapaian ini. Mata pelajaran lain yang mencapai 100% ialah Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Pendidikan Seni dan Tasawwur Islam. Antara mata pelajaran yang mencatatkan keputusan yang cemerlang ialah Matematik, Pendidikan Agama Islam, Sejarah, Bahasa Melayu dan Prinsip Akaun. Seramai 72 orang calon telah mendapat 1A dalam mata pelajaran Matematik. Kegembiraan Kolej terus dirasakan apabila seorang pelajar Kolej telah terpilih sebagai pelajar terbaik negeri Kedah dengan mendapat keputusan 13 1A. Pelajar tersebut ialah Tan Yi Pin. Selain beliau, sembilan orang pelajar lagi telah mencatatkan kecemerlangan, iaitu mendapat keputusan 10A, 9A dan 8A. Pelajar-pelajar tersebut ialah Vinoda Raja 10 A Kishanraj 9A Lim Kheng Yon 9A Jamal Rawi 9A Ahmad Nashriq 9A Lim Hsin Chien 8A Taqyyudin b Ishak 8A Mohd. Shafiq Hashim 8A Eugene Lim 8A Semoga kejayaan yang dirintis oleh pelajar-pelajar cemerlang ini akan diikuti oleh pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Syabas Kolej! SIDANG PENGARANG
PENAUNG Tuan Pengetua
Ketua Penyelaras Pn.Rogayah Abdul Rahim
Penyelaras En. Koay Keng Kooi En. Azmi b. Ismail Pn. Muliati bt Hasim Pn. Sophia bt A. Hamid E. Lim Cheng Haw Pn. Roszilawati Bt. Yayah
Wartawan Suhaili Bt Ahmad Rasli Noor Fazira Bt Idris Saidatul Wahida Bt Abdullah Yusaini Bt Mohd Yusuf Sathiyevaani A/P Sinnappan Kumereshuaran A/L Gunasegaran Nagendran A/L Karuppiah Arfahiman B. Ahmad
STPM MEMBANGGAKAN Kolej telah mencatatkan keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan STPM tahun 2002. Secara keseluruhan telah berlaku peningkatan dalam pencapaian kelulusan satu mata pelajaran. Peratus yang dicatatkan ialah 93.24%. Mata pelajaran yang mencapai keputusan paling cemerlang ialah Pengajian Am. Sebanyak 43 orang calon mendapat Prinsipal A bagi mata pelajaran ini. Seramai 24 orang calon mendapat A dalam mata pelajaran Matematik T, 21 orang mendapat A dalam mata pelajaran Kimia dan 8 orang mendapat A dalam mata pelajaran Sejarah. Pencapaian mata pelajaran lain juga memberangsangkan. Tujuh orang pelajar dari Aliran Sains telah berjaya medapat kelulusan 4 prinsipal A dan seorang pelajar dari Aliran Sastera mencapai kelulusan 4 prinsipal A dan 1 prinsipal C. Pelajar-pelajar cemerlang tersebut ialah: Aliran Sains
Aliran Sastera
Cheng Choon Hsiang
Kang Yee Sun
Lai Chuang Chee Teh Teo Meng Lim Boon Haw Tan Eng Sheng
Ang Eng Sin Siw Tyng Tze
TAHNIAH! Pelajar terbaik STPM
BULETIN KOLEJ BIL 1 / 2003 Mac 2003
Muka 2
KOLEJ KEKAL 100% PMR Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah diumumkan pada bulan Disember 2002 lalu. Sekali lagi Kolej telah berjaya mengekalkan kecemerlangannya apabila mendapat kelulusan 100%. Seramai 32 orang pelajar telah mendapat kelulusan A dalam semua mata pelajaran. Walaupun mengalami sedikit penurunan dari segi kualiti pencapaian individu, tetapi Kolej tetap cemerlang dari segi peningkatan pencapaian gred mata pelajaran. Semua mata pelajaran mendapat kelulusan yang cemerlang. Ini merupakan satu cabaran dan perangsang kepada semua pelajar KSAH, terutama bagi yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.
Pelajar Yang Memperoleh 8A Pelajar Yang Memperoleh 7A Abdul Muiz b. Abdul Rahim Karthikeyan Mohan Annas bin Salleh Lee Soo Tian Joshua Chong Wei Kuang Phillipe Hong Tze Yang Lo Wenshao Tan Shu Pin Mohamad Faez Fakharie b Abdul Halim Charles Tan Ian Kun Mohamad Faiz b. Rasli Christopher Quah Wai Kheong Mohd. Aiman b. Abdul Malik Gopal A/l Paramasevam Mohd Arzlan Jais b. Ismail Tan Jee Eu Mohd. Hilmi b. Noh Viknesvaran A/l Selvaraju Mohd. Rustam Hakim b. Rohaizad Mohd. Sobri b. Ibrahim Mohd. Yassin b. Mohd Ibrahim Al-Fatihah Muhammad Hafiz b. Zakaria Muhammad Mus’ab Umairi b Md. Zulkiplee Wan Azlee Azreen b. Wan Azlan Warga Kolej mengucapkan Yew Yan Xi takziah kepada Zulhilmi b. Mohd Ismail Puan Muliati Hasim atas Ahmad Nu’aim b. Abdul Rahman kepulangan ke rahmatullah Mohamad Shafiq b. Abd. Rahim suaminya Allahyarham Mohamad Asrul b. Jamalani Dahari b. Abd. Hamid Mohd Fadhlan Nu’aim b. Mohd Nashri pada 6 Mac 2003 Mohamad Fahmi b. Jamil Muhammad Syammir b. Mahadzir
HARI INTERAKSI WARIS KALI PERTAMA 2003 Kolej Sultan Abdul Hamid telah menyusun program yang rapi bagi menentukan kecemerlangan pelajar dalam kurikulum berterusan. Antara aktiviti yang diberi penekanan ialah program interaksi waris. Matlamat penganjuran aktiviti ini ialah : • memberi peluang kepada pihak guru untuk menyampaikan atau melaporkan perkembangan diri pelajar (dari semua aspek) kepada ibu bapa. • Memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendapat maklumat secara terus daripada pihak guru. • Memberi peluang kepada pihak ibu bapa dan guru untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan untuk membantu meningkatkan Hari Interaksi Waris yang telah pada 16 Januari 2003 perkembangan diri pelajar. adalah seperti jadual berikut: • Memberi peluang kepada pihak ibu STPM - 8.30 - 10.30 pagi bapa dan guru untuk berkenalan SPM - 9.30 – 11. 30 pagi dengan lebih dekat lagi. PMR - 11.30 – 1.30 tengah hari Sambutan daripada semua waris amat memuaskan.
BULETIN KOLEJ BIL 1 / 2002 Mac 2003
PANCARAGAM KOLEJ SERTAI KONSERT DIRAJA 2003 Sempena hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ke-75 Jabatan Pendidikan sekali lagi mempersembahkan Konsert Diraja oleh putera puteri pendidikan. Acara gilang gemilang turut disertai oleh Pancaragam KSAH. Seramai 20 orang anggota pancaragam telah mengambil bahagian dalam persembahan tersebut. Pancaragam Kolej telah bergabung dengan pancaragam SMSAH untuk
mepersembahkan beberapa buah lagu.. Persembahan pancaragam Kolej telah mendapat sambutan yang hangat daripada para hadirin.
SELAMAT HARI KEPUTERAAN TUANKU
Muka 3
KOMBO KOLEJ DI PUTRAJAYA PUTRAJAYA Pada 10 Januari 2003 Kombo Kolej telah diberi peluang untuk membuat persembahan di hadapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Muhamad dan isteri serta para jemputan lain. Persembahan ini diadakan sempena Hari Raya Aidil Fitri anjuran SAHOCA Kuala Lumpur. Kombo Kolej telah mempersembahkan sebanyak empat buah lagu. Lagu-lagu tersebut ialah Be Same Mu Cho, My Way, Rindu Lukisan dan Happy Birthday. Lagu Happy Birthday ditujukan khas kepada Perdana Menteri. Persembahan Kombo Kolej telah mendapat sambutan hangat daripada hadiri yang terdiri daripada bekas pelajar Kolej dan keluarga masing-masing. Tuan Pengetua KSAH turut menghadiri majlis tersebut. Seramai 20 orang guru turut menyertai rombongan dari KSAH bagi memriahkan majlis tersebut. Sebelum majlis tamat pada pukul 7.30 malam rombopngan dari Kolej sempat merakamkan kenangan bersama Perdana Menteri dan isteri.
SUDUT BIMBINGAN DAN KAUNSELING: PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN BIDANG PENGKHUSUSAN • •
Sains (Kod M001) Perkaunan (Kod M003)
Kurikulum Sains Matematik Kimia Fizik dan Biologi Perakaunan Matematik Perakaunan Ekonomi Pengurusan Perniagaan
Di samping mata pelajaran bidang pengkhususan, pelajar-pelajar wajib mengikuti mata pelajaran-mata pelajaran berikut: Bahasa Inggeris Dinamika Kemahiran Pendidikan Islam Sains Informatik Dan pilihan satu daripada 3 mata pelajaran kokurikulum iaitu: Sukan atau Persatuan/kelab atau Kawat kaki PEMBIAYAAN Ditanggung sepenuh oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
BULETIN KOLEJ BIL 1 / 2002 Mac 2003
Muka 4
KEJOHANAN OLAHRAGA KSAH KEKE-78 Kejohanan olahraga KSAH telah diadakan dengan meriahnya pada hari Ahad 09.03.2003. Seperti biasa, upacara pembukan sukan berlangsung dengan gemilang disaksikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Tuanku Raja Muda. Pada kali ini,perbarisan rumah telah diiiringi oleh motor KARISMA yang telah ditaja oleh Chin Hin Motor. Satu rekod baru telah dicipta oleh saudara Ahmad Shazwan b. Ahmad Zaki dalam acara lompat tinggi kelas 3 iaitu setinggi 1.70 meter.Beliau juga telah menjadi olahragawan bagi kejohanan olahraga tahun ini. Manakala Nazhatul Shima Md.Diah pula telah dinobatkan sebagai olahragawati pada tahun ini Johan keseluruhan jatuh kepada rumah Kedah dengan pungutan mata sebanyak 705 mata. Diikuti oleh rumah Days dengan pungutan sebanyak 480 mata dan rumah Gurney sebnyak 478 mata.Tempat keempat dan kelima masing telah menjadi milik rumah Sultan dengan 455 mata dan Stuart dengan 449 mata. Dalam pertandingan perbarisan Rumah Gurney telah menjadi johan dan Rumah Sultan menjadi johan pertandingan hiasan rumah. Banyak sekolah telah mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti jemputan. Juara 4 x 100 meter perempuan dan 4 x 100 meter lelaki ialah Sekolah Menengah Tengku Anum,Jitra. Manakala juara jemputan 4 x 400 meter ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim.
Rumah Kedah Juara Keseluruhan
Acara kemuncak dalam kejohanan ini ialah acara tarik tali antara pasukan Tuanku Sultan dan pasukan Tuanku Raja Muda. Pasukan Tuanku Sultan telah menang dalam acara ini. Tarik tali antara pasukan SAHOCA dan JPN telah dimenangi oleh pasukan JPN. Tuanku Sultan telah mencemar duli untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Anugerah Lestari telah dianugerahkan kepada Dato’ Lim Teong Kiat yang merupakan bekas pelajar Kolej dan Presiden Badminton Kedah dari tahun 1982 hingga sekarang. Kejohanan ini tamat pada pukul 6.30 petang
MERENTAS DESA Pada 10.02.2003 acara merentas desa Kolej Sultan Abdul Hamid telah diadakan Semua pelajar Kolej mengambil bahagian dalam acara merentas desa ini. Jarak larian untuk pelajar lelaki ialah sejauh 6 km manakala jarak untuk pelajar perempuan pula sejauh 2.4 km. Secara keseluruhannya rumah Gurney telah mendapat tempat pertama.Tempat kedua ialah rumah Days manakala tempat ketiga ialah rumah Kedah dan diikuti oleh rumah Sultan dan rumah Stuart. Berikut ialah senarai pemenang mengikut kelas: Kelas 1- G. Kesavan (Gurney) Kelas 2 – Mohd. Nor Izwan (Kedah) Kelas 3 – Mohd. Syafiq Md. Zaki (Kedah) Kelas 4 – Mohd. Nor Azzahari (Kedah) Kelas 5 – Mohd. Hakimi Azmi (Gurney) Perempuan – Nur Asiah Saad (Gurney)
Pelajar bersiap sedia di garisan permulaan
BULETIN KOLEJ BIL 1 / 2002 Mac 2003
Muka 5
KOLEJ TEMPAT KETIGA OLAHRAGA MSSD MSSD 2003 telah berlangsung di Stadium Darul Aman selama 3 hari iaitu bermula dari 20 Mac hingga 23 Mac 2003. Kolej sudah pasti tidak ketinggalan untuk menghantar para atlet yang berpotensi bagi mewakili sekolah dalam pertandingan. Seramai 43 orang atlet KSAH yang diiringi oleh ketua jurulatih iaitu En. K. Segaran Nair serta guru-guru pengiring iaiti En.Rosli Endut,En. Azudin dan En.Abd.Hamid telah mengambil bahagian. Berikut keputusan acara yang telah dimenangi oleh para atlet KSAH semasa berlangsungnya MSSD 2003. Secara keseluruhannya kontijen KSAH telah memperolehi sebanyak 18 pingat iaitu 5 pingat emas, 6 pingat perak dan 7 pingat gangsa. Namun begitu kontijen KSAH tidak berjaya mengekalkan taktha sebagai johan keseluruhan MSSD yang telah dipegang selama 18 tahun. KSAH hanya berjaya menduduki tempat ketiga. Namun begitu, tahniah diucapkan kepada kontijen KSAH dan diharap janganlah berputus asa.
Keputusan acara yang telah dimenangi oleh para atlet Kolej Sultan Abdul Hamid PINGAT EMAS
PINGAT PERAK
Lompat kijang(K1) Lompat tinggi(K2) Lempar cakera(K2) Lontar peluru(K2) 200 meter(K1)
Heptatlon(K1) 110 meter(K2) Lompat tinggi(K1) Lompat kijang(K1) 4 x 400 meter(K1) 400 meter(K1)
PINGAT GANGSA Lompat kijang(K2) Heptatlon(K1) Rejam lembing(K2) 4 x 400 meter(K2) 110 meter(K2) 110 meter(K1) 5 km jalan kaki(K2)
PEMANDU F1 SAUBER PETRONAS DI KOLEJ Pemandu F1 Sauber Petronas iaitu Nick Heidfeld dan Harald Frentzen telah datang ke Kolej pada hari Sabtu 15 Mac 2003. Selain itu krew dan pembantu pembantu teknikal di Petronas Malaysian Grand Prix 2003 turut hadir bagi memeriahkan aktiviti Petrosains . Program ini diadakan sempena Kejuaraan F1 Malaysia 2003. Pada hari tersebut pemandu Sauber Pertronas telah membuat pertunjukkan di pekarangan Stadium Darul Aman. Sempena acara tersebut, Jabatan Sains dan Matematik telah mengadakan Program Petrosains selama 3 tiga hari di Kolej Sultan Abdul Hamid. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pada hari Rabu iaitu 12.03.2003 satu taklimat tentang Petronas Malaysia Grand Prix 2003
Pelajar Kolej bersama pemandu F1 Sauber Petronas
Seramai 50 orang pelajar telah mengikuti taklimat ini. Pelajarpelajar ini terdiri daripada 25 orang pelajar Kolej dan 25 orang pelajar Sultanah Asma.
Pada 15.03.2003 hingga 16.03.2003 pula seramai 250 orang pelajar Kolej dan pelajar Sultanah Asma diiringi oleh 30 orang pegawai diberi taklimat dan penerangan yang lebih lanjut tengtang Formula One dan Motocross Team. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk minat terhadap sains dan teknologi dalam diri pelajar khasnya mengenai sukan bermotor. Selain itu, program ini juga dapat memupuk minat di kalangan pelajar sekolah dalam bidang kejuruteraan automotif.
KOLEJ JOHAN BAHAS BAHASA MELAYU DAERAH KOTA SETAR 2003 Buat pertama kalinya sejak mula diadakan, pasukan Kolej telah berjaya menjadi johan pertandingan ini. Pertandingan diadakan selama tiga hari iaitu 22, 24, dan 26 Mac yang lalu di SMK Jabi bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Usul-usul yang di bincangkan ialah : Pertambahan penduduk yang pesat di kawasan bandar membawa banyak keburukan. Pembangunan menjejaskan alam sekitar. Masalah sosial berpunca daripada masalah keluarga. Penggunaan kad kredit mendatangkan banyak kebaikan. Hukuman merotan patut diteruskan bagi mendisiplinkan pelajar.
KEDUDUKAN RUMAH SEKOLAH SEHINGGA 30 MAC 2003 RUMAH : Gurney Kedah Days Sultan Stuart
MARKAH : 5228 5198 4843 4710 3959
TANPA SEMANGAT TIDAK ADA SATU PERKARA BESAR DAPAT DICAPAI
Emerson (1803-1882)
Peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan tiga, empat dan lima. Mereka ialah Syafiz Amar Bin Abd. Majid , Khairol Azhar bin Abd Jalil,dan Anwar Hussain bin Shaik Mohd dari tingkatan lima Alfa. Mohd Hafiz bin Zakaria dari tingkatan empat Alfa dan Syed Nabil Shahabuddin bin Syed Zulkifklee dari tingkatan tiga Alfa. Antara sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah SMK. Mergong, SMK. Sharifah Rodziah, SMK. Jabi dan SM. Teknik Lebuh Raya. KSAH menjadi johan dalam pertandingan perbahasan pada kali ini menewaskan SM Teknik Lebuhraya, yang merupakan juara bertahan. Khairol Azhar b. Abdul Jalil telah terpilih sebagai pembahas terbaik Daerah Kota Setar. Pasukan bahas Kolej akan mewakili Daerah Kota Setar ke peringkat negeri pada 30 April 2003 di SMK. Jabi. Koelj telah membawa penyokong dari tingkatan 4 Omega dan pelajar Pra U1 untuk memberi sokongan.
Tahniah pasukan bahas ala parlimen!
BAHASA KITA KATA SERAPAN SALAH BETUL aked arked atlit atlet audien audiens fotostet fotostat hajjah hajah insuran insurans komisyen komisen kuartza kuarza lanskap landskap pantomin pantomim