MORFOLOGI – GOLONGAN KATA (Soalan Sebenar STPM: 2001-2005)
01
Ayat yang manakah menggunakan kata bilangan dengan betul? A B C D
Beribu ekor ikan didapati mati akibat air sungai yang tercemar. Dia menunggu bas di tepi jalan di hadapan rumahnya setiap hari. Sebagai anak kita patut menghargai pengorbanan kedua ibu bapa kita. Berbagai langkah telah diambil untuk memperkenalkan kraftangan tradisional. 2001:32
02
Ayat yang manakah mengandungi kata arah? I II III IV
Bayi itu tidur di pangkuan ibunya. Ayah ke dalam hutan mencari rotan. Sampah itu dibuang di belakang rumah. Dia memancing di tepi tasik setiap minggu.
A I dan II B I dan III
C I, II dan IV D II, III dan IV 2001:33
03
Ayat yang manakah mengandungi kata penegas bebas? I II III IV
Bagaimanakah peristiwa itu berlaku? Mereka ingin juga menyertai peraduan itu. Dia bersedia menghadapi apa juga masalah. Dialah orang yang memberi pertolongan kepada kami semalam.
A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV 2001:34
04
Ayat yang manakah menggunakan kata adjektif sebagai pelengkap? A B C D
Keadaan politik di negara jiran semakin genting. Bendera negara-negara peserta berkibaran di sekeliling stadium. Malaysia akan menjadi negara pengeksport kenderaan yang terkenal. Dia tercengang apabila namanya diumumkan sebagai pemenang peraduan itu. 2001:35
05
Ayat yang manakah mengandungi kata kerja aktif transitif? A B C D
Kebanyakan pekerja kilang itu tinggal di rumah pangsa. Penyalahgunaan dadah mengancam kesejahteraan masyarakat. Penyakit Pak Ali beransur sembuh sejak dua minggu yang lalu. Pembangunan di luar bandar menjadi semakin pesat kebelakangan ini. 2001:36
2
06
Pilih keterangan yang benar tentang morfem bebas. I II
Kata tunggal Kata berimbuhan
A I, II dan III B I, II dan IV
III IV
Kata yang dapat berdiri sendiri Dapat berfungsi sebagai ayat minimal.
C I, III dan IV D II, III dan IV 2001:37
07
Sementara menunggu bas tiba, pelajar itu membaca nota ringkas.
Kata hubung dalam ayat di atas ialah kata hubung A relatif B keterangan
C komplemen D gabungan bertentangan 2001:41
08
Antara yang berikut, yang manakah yang menggunakan kata pemeri dengan betul? I II III IV
Guru yang baru itu adalah adik kepada Pengetua. Kayu yang sesuai ialah yang berukuran 20 meter. Ceramah itu adalah khusus untuk pelajar Tingkatan 6. Langkah yang terpenting ialah usaha menyedarkan remaja.
A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV 2002:32
09
• • •
Malu bertanya sesat jalan. Linda amat rindu akan ibunya. Suka dan duka ialah asam garam kehidupan.
Kata-kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat di atas ialah kata adjektif A sifat B keadaan
C perasaan D pancaindera 2002:33
10
Antara yang berikut, yang manakah menggunakan kata penegas? A B C D
Lelaki itu bukan kaya sangat tetapi pemurah. Masalah itu dirasai juga oleh penduduk di sini. Persembahan peserta itu sungguh di luar dugaan. Mereka masih bertenang dalam saat-saat begini. 2002:35
3 11
Rakyat negara itu telah memberontak demi menuntut hak pemerintahan sendiri. Kata kerja yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah kata kerja A transitif B transitif aktif
C tak transitif berpelengkap D tak transitif tanpa pelengkap 2002:39
12
Perkataan yang berikut mempunyai sisipan pembentuk kata adjektif kecuali A serabut B seruling
C gemerlap D gelembung 2002:40
13 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang tidak mempunyai kata hubung pancangan keterangan? A B C D
Pemuda yang kena tangkap itu telah diberi amaran. Pekerja-pekerja itu akan mogok, jikalau perundingan gagal. Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung. Apabila senja tiba, kelelawar berterbangan keluar mencari makanan. 2002:41
14 Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah yang mengandungi kata kerja aktif transitif dengan dua objek? I II III IV
Abang membelikan ayah sebuah rumah. Adiknya melukis lukisan yang cantik itu. Gadis itu menjahitkan ibunya sehelai baju. Baginda merasmikan pameran yang bersejarah itu.
A I dan III B I dan IV
C II dan III D III dan IV 2002:56
15 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang mengandungi kata ‘yang’ yang berfungsi sebagai penanda nama? I II III IV
Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga. Keluarga mangsa wabak JE yang mati itu telah diberi bantuan. Yang digemari oleh pelancong itu ialah permainan tradisional. Pelajar yang tekun berusaha tanpa mengenal penat sahaja akan berjaya.
A I dan III B I dan IV
C II dan III D III dan IV 2003:32
4 16
Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri kata adjektif? A Boleh menjadi predikat ayat. B Boleh mengikuti kata penguat.
C Boleh diikuti unsur keterangan D Boleh hadir di hadapan kata kerja 2003:33
17
Walaupun hari telah beransur senja, Pak Dollah dan isterinya masih di ladang. Pasangan itu sedang rancak memetik hasil tanamannya. Mereka mahu menjual buah-buahan yang dipetik itu di pasar malam. Bagi pasangan itu, sebahagian daripada buah-buahan itu boleh disedekahkan kepada jiran mereka. Kata bantu ragam yang terdapat dalam petikan di atas A telah, masih B mahu, boleh
C sedang, mahu D masih, sedang 2003:34
18 Antara perkataan yang berhuruf condong berikut, yang manakah terdiri daripada kata kerja pasif? Ramlah terpesona melihat pertunjukan silap mata itu. Ketika keluar dari A tempat itu, bahunya terlanggar oleh seorang pemuda menyebabkan dia B terjatuh. Ramlah cepat-cepat bangun dan dia tersenyum memandang C D pemuda itu. 2003:35 19
Antara yang berikut, yang manakah kata tugas yang termasuk dalam prafrasa? I II
Kata arah Kata penegas
A I dan II B I dan IV
III IV
Kata perintah Kata pembenar
C II dan III D III dan IV 2003:36
20
Pilih ayat yang menggunakan kata pemeri dengan betul? A B C D
Kereta api yang baru tiba itu adalah dari Johor Bahru. Encik Hashim adalah ketua kumpulan kami yang baru. Adalah dimaklumkan bahawa tugasan ini perlu disiapkan dengan segera. Latihan merumus karangan itu adalah bukan untuk semua pelajar dalam kelas ini. 2003:37
5 21
Pilih ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. A Ikan peliharaannya semakin membesar hari demi hari. B Walaupun dalam kemiskinan, dia tetap tabah membesarkan anak-anaknya. C Kerajaan sedang memperbesar pasukan tentera laut setanding dengan negaranegara jiran. D Sikap sesetengah pihak yang lebih suka membesar-besarkan perkara yang kecil sangat dikesali. 2003:38
22 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang menggunakan kata ‘untuk’ sebagai kata sendi nama? I II III IV
Kita perlu berhati-hati untuk melaksanakan tugas ini. Kereta baru ini untuk kegunaan isteri saya di kampung. Rumah untuk pekerja-pekerja ladang itu sedang dibaiki. Untuk menyelesaikan masalah itu, mereka telah mengadakan mesyuarat.
A I dan III B I dan IV
C II dan III D II dan IV 2003:39
23
Objek + kata ganti nama tunjuk + X + kata kerja pasif X dalam rumus di atas boleh diisi dengan kata ganti diri A orang ketiga sahaja B orang kedua sahaja
C orang pertama sahaja D orang pertama dan orang kedua 2003:42
24 Antara yang berikut, ayat yang manakah yang menggunakan kata hubung keterangan musabab? A Mereka terpaksa pindah juga ke bandar walaupun mereka agak keberatan. B Oleh sebab mereka datang lambat, mereka tidak mendapat tempat di barisan hadapan. C Mereka bersorak sehingga suaranya serak apabila pemain pasukan mereka menjaringkan gol. D Andai kata saya lulus peperiksaan dengan cemerlang, saya akan berpuasa selama seminggu. 2004:33 25
Antara yang berikut, ayat yang manakah yang menggunakan kata penguat bebas? I II III IV
Anak buahnya itu berani sungguh. Adik bongsunya itu terlalu manja. Hasil kraf tangan orang itu amat halus. Tingkah laku anak gadis Pak Mat baik sekali.
6
A I dan II B I dan III
C II dan IV D III dan IV 2004:36
26
Ayat yang manakah yang mengandungi kata kerja aktif transitif? I II III IV
Kanak-kanak itu tertelan biji durian. Mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Nelayan di Pantai Remis tertangkap anak dugong. Pendatang asing yang lemas kebanyakannya terjerlus ke dalam lumpur.
A I dan II B I dan III
C II dan IV D III dan IV 2004:37
27
Antara yang berikut, ayat yang manakah yang menggunakan kata pemeri yang betul? A B C D
Tindakan yang diambil oleh pertubuhan bukan kerajaan untuk menyelesaikan masalah itu adalah salah dari segi undang-undang. Nasihat ibu bapa kepada anak-anak ialah untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka. Sumbangan beliau yang tidak dapat kita lupakan ialah dari segi pendidikan anakanak yatim. Pukat payang yang sesuai untuk sesetengah perairan adalah yang berukuran 200 meter panjang. 2004:40
28 Unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu dikenal sebagai A bunyi B fonem
C morfem D suku kata 2005:32
29
Pilih padanan yang betul antara jenis kata penguat dengan contohnya.
A B C D
Kata penguat hadapan Terlalu Paling Benar Agak
Kata penguat belakang Sungguh Nian Paling Amat
Kata penguat bebas Sekali Amat Sungguh Nian 2005:33
7 30 Pilih padanan yang betul antara kata bilangan yang digunakan dalam ayat dengan jenisnya. Ayat Ketiga-tiga orang mangsa banjir itu I selamat. Jarak dari rumahnya ke sekolah ialah II setengah kilometer. Pemain itu menjalani latihan setiap hari di III dewan sekolah. Para peserta kursus diminta berdiri IV apabila pengarah tiba.
A B C D
I Q P Q P
II S S S Q
III R Q P R
Jenis kata bilangan P
Tak tentu
Q
Himpunan
R
Pisahan
S
Pecahan
IV P R R S 2005:34
31
Antara yang berikut, yang manakah ayat yang mempunyai kata kerja pasif? A B C D
Pak Kaduk berbajukan kertas. Dia termenung di dalam bilik itu. Haji Kassim saya temui pagi tadi. Penyakit nenek saya semakin beransur sembuh. 2005:36
32
Ayat yang manakah yang mempunyai kata kerja yang membawa maksud lokatif? A B C D
Dia sedang membaiki keretanya. Pelajar itu suka melayari internet. Mereka menuruni bukit curam itu. Kerajaan mengawasi mutu barangan import. 2005:40
33
Pilih ayat yang mempunyai kata bantu aspek. A B C D
Dia tidak dapat menerima kekalahannya. Semua rakyat Malaysia perlu bekerjasama. Gadis itu sudah bersedia untuk berumah tangga. Kini banyak pemuda yang mahu bekerja sendiri. 2005:41
Susunan SuhaimiMohdSalleh – SMKSultanOmar, 2009
8
SKEMA
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
B C A B C B B C C B
11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.
D B A A A D B B A A
21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30.
A C D B B B A C B A
31. C 32. C 33. C