Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
KATA-KATA ALUAN Terlebih dahulu berbanyak syukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah kurnia dan izinNya, maka terhasillah e-book ini yang diharap dapat menjadi sumber rujukan berguna kepada semua pembacanya.
E-book ini dihasilkan atas usaha sendiri berpandukan pengalaman penulis yang terlibat dalam Program Affiliate serta merujuk kepada pelbagai bahan rujukan yang terdapat di Internet sama ada secara berbayar atapun percuma.
E-book ini diedarkan secara percuma kepada semua yang berminat memilikinya dan anda boleh memberikannya kepada sesiapa sahaja yang anda inginkan sama ada sebagai hadiah, bonus ataupun saguhati dengan syarat segala isi kandungan e-book ini tidak diubah dan ianya diberikan secara percuma. Anda boleh mengedarkannya secara sendiri ataupun hubungkan mereka ke www.affiliatejaya.com untuk muat turun secara percuma.
Akhir kata, jadikanlah e-book ini sebagai salah satu daripada sumber rujukan untuk anda menambahkan lagi ilmu berkaitan perniagaan Internet amnya, dan Program Affiliate khususnya.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
2
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
KANDUNGAN
Subjek
Mukasurat
Kata-kata Aluan
2
Kandungan
3
Pengenalan
4
Bab 1 : Program Affiliate
5
Bab 2 : Membina Website Bagi Program Affiliate
22
Bab 3 : Promosi
26
Bab 4 : Kelebihan Program Affiliate
38
Bab 5 : Tips Memilih Program Affiliate
40
Bab 6 : Panduan Bermula
42
BONUS : Google AdSense
45
Penutup
57
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
3
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
PENGENALAN
Tentu ramai orang sudah mengetahui tentang keupayaan internet untuk menjana pendapatan yang sungguh lumayan dari rumah. Mungkin ramai juga yang sudah memulakannya dan sedang memperolehi pendapatan lumayan hari demi hari. Baguslah bagi mereka yang sudah mempunyai produk atau perkhidmatan yang boleh dipasarkan di internet.
Bagaimana pula mereka yang tiada apa-apa yang boleh dipasarkan di internet? Adakah ini bermakna mereka tidak boleh menjana pendapatan lumayan melalui internet? Jawapannya tentu sekali tidak. Program Affiliate adalah penyelesai masalah!
Ingin tahu dan pelajari apakah Program Affiliate dan berminat menyertainya? Jika jawapan anda ‘YA’, anda sebenarnya telah memilih satu e-book yang betul kerana inilah e-book pertama dalam Bahasa Melayu yang menyediakan segala panduan yang diperlukan berkenaan Program Affiliate.
Semoga segala maklumat dan ilmu yang diperolehi daripada e-book ini mampu memberikan banyak manfaat kepada anda, dan seterusnya membolehkan anda memulakan perniagaan Internet anda sendiri melalui Program Affiliate.
Ayuh kita bermula!!!
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
4
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
BAB 1: PROGRAM AFFILIATE
APAKAH PROGRAM AFFILIATE Secara ringkasnya begini. Anda membawa seseorang (pelayar Internet) ke suatu website dan mereka ini membeli produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh website tersebut ataupun mereka ini 'sign-up' untuk sesuatu di website tersebut, maka anda dibayar komisyen. Mudah bukan?
Atau dengan lebih jelasnya begini.
Program Affiliate adalah suatu program perkongsian keuntungan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat yang memasarkan produk/perkhidmatan. Anda akan dibayar komisyen jika berjaya 'menghantar' seseorang pelanggan ke syarikat tersebut sama ada secara online (Internet) ataupun offline.
Satu lagi BONUS untuk anda! Ada juga sesetengah Program Affiliate yang membayar komisyen cukup sekadar jika anda mampu membawa seseorang ke website mereka (iaitu mereka
klik
pada
‘link’
yang
anda
sediakan),
walaupun
tidak
membeli
produk/perkhidmatan yang mereka jual. Menarik bukan? Penerangan lanjut tentangnya akan diterangkan dalam bahagian seterusnya.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
5
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
BAGAIMANA MENYERTAINYA?
Sebenarnya, untuk menyertai Program Affiliate adalah sungguh mudah. Sekarang ini, banyak syarikat yang menganjurkan program ini dengan tujuan meluaskan lagi pasaran mereka dan secara tidak langsung ianya adalah suatu bentuk pengiklanan untuk produk/perkhidmatan mereka. Setakat diketahui, hampir semua Program Affiliate ini boleh disertai secara percuma. Ya! Percuma!!!
Perlu diingat, untuk menyertainya adalah sungguh mudah. Mudah menyertainya bukan bermakna mudah juga untuk menjana pendapatan melalui program ini. Anda perlu mempelajari dan mendalami selok-belok program ini supaya usaha dan masa yang anda curahkan berbaloi.
Selain itu, tentu anda tidak mahu tergolong
bersama ribuan orang yang menyertai
Program Affiliate tetapi gagal menjana pendapatan yang diidamkan. Namun, untuk berjaya di dalam program ini tidaklah terlalu sukar dan sofistikated seperti mempelajari teori sains.
Percayalah, jika anda mampu memiliki e-book ini dengan usaha sendiri (maksudnya tahu menggunakan komputer dan Internet) dan diiringi keazaman kuat untuk berjaya dalam program ini, tentu kejayaan besar menanti anda!
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
6
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Secara umumnya, untuk menyertai Program Affiliate adalah mengikut langkah-langkah berikut:-
1) Kenalpasti syarikat yang menawarkan Program Affiliate yang ingin anda sertai.
2) Baca, fahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan dalam setiap program (berbeza dari satu program ke satu program lain) semasa mendaftarkan permohonan.
3) Masukkan link di dalam website anda untuk menghubungkan pelanggan ke website syarikat tersebut.
4) Tunggu bayaran komisyen anda (jika ada).
E-book ini hanya mennumpukan kepada salah satu cara yang boleh digunakan untuk mempromosikan Program Affiliate yang anda sertai, iaitu melalui penggunaan website. Sebenarnya terdapat pelbagai cara lain yang boleh digunakan seperti melalui penggunaan artikel, e-book, newsletter/e-zine, e-mail, forum dan lain-lain lagi. Untuk mencuba Program Affiliate tanpa penggunaan website, anda boleh dapatkan panduan daripada Chris Carpenter's Google Cash
Langkah (1) hingga (3) sungguh mudah dan hampir semua orang mampu melakukannya. Langkah (4) itulah yang membezakan kejayaan seseorang di dalam program ini. Sebenarnya website anda adalah penentu bagi segalanya. Dari langkah (3) untuk sampai ke langkah (4) sebenarnya memerlukan usaha yang bijak, sunguh-sunguh dan berterusan.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
7
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Sudah jelas dengan gambaran dan penjelasan yang diberikan? Tentu ada yang menjawap 'YA'...dan ada juga yang akan menjawap 'TIDAK'.
Tak mengapa, e-book ini akan terus membawa anda mendalami sedikit demi sedikit ilmu yang berkaitan dengan program ini. Yang pastinya, anda tidak perlu bimbang untuk terus membaca e-book ini kerana seperti dinyatakan awal-awal lagi di atas sana…semua maklumat di sini adalah amat mudah diikuti!
Sekarang apa yang anda sudah pelajari?
(1) Pengertian tentang Program Affiliate (2) Cara bagaimana untuk menyertainya.
Tentu No.(2) lebih menarik minat anda bukan? Jadi, marilah kita sama-sama terus menerokainya. SELAMAT BELAJAR!
Untuk lebih memudahkan anda dan sebagai kesinambungan dari kandugan di atas, elok jika kita dalami keempat-empat langkah tersebut satu demi satu. Mari bermula terus tanpa membuang masa.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
8
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
1) Kenalpasti syarikat yang menawarkan Program Affiliate yang ingin anda sertai
Terdapat banyak syarikat di Internet yang menawarkan Program Affiliate untuk anda sertai. Bermula dari syarikat yang terlibat dalam penjualan buku, muzik, DVD movies atau games, barangan elektronik, makanan kesihatan, alatan sukan, pakaian, dan lain-lain lagi.....sehinggalah kepada syarikat yang memasarkan perkhidmatan seperti web hosting, web design, search engine optimization (SEO), direktori, seminar perniagaan, dan bermacam-macam lagi. Pendek kata.....'MaCaM-mACaM Ada' .
Perlu
diingat!
Sertailah
Program
Affiliate
dari
syarikat
yang
menawarkan
produk/perkhidmatan paling bermutu kerana anda tentu sekali tidak ingin dilabelkan sebagai orang yang mempromosikan sesuatu yang tidak bermutu atau dengan lain perkataan, sesuatu yang 'hampeh'. Lebih dari itu, ini akan memberikan reputasi buruk kepada website anda dan anda akan kehilangan pengunjung ke website anda.
Lebih bagus sekiranya anda mempromosikan syarikat yang anda sendiri adalah salah seorang daripada pelanggan kepada produk/perkhidmatan mereka. Dengan cara ini, anda tentu tidak bermasalah untuk meyakinkan pelawat website anda untuk 'klik' pada link yang menghubungkannya ke syarikat yang anda sertai Program Affiliate nya. Bukankah selama ini (offline) kita lebih mudah membeli produk/perkhidmatan yang dipromosikan oleh pengguna produk/perkhidmatan tersebut sendiri. Situasi yang sama juga sebenarnya berlaku bagi produk/perkhidmatan yang dipasarkan secara online.
Beberapa contoh program yang bagus untuk anda sertai adalah seperti yang dianjurkan oleh Sitesell.com (terbaik) , Amazon.com , Wordtracker.com, dan banyak lagi.
Untuk rujukan lebih, anda boleh ke Affiliatejaya.com bagi mencari pelbagai senarai Program Affiliate yang boleh anda sertai. Senarainya sentiasa dikemaskini.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
9
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Seterusnya....langkah ke-dua, iaitu:
2) Baca, fahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan dalam setiap program (berbeza dari satu program ke satu program lain) semasa mendaftarkan permohonan.
Ini amatlah mudah. Secara logiknya, sesuatu perjanjian antara dua pihak berjalan setelah dipersetujui bersama. Sebagai contoh bila membuat pinjaman wang, anda perlu menandatangani suatu perjanjian antara pihak peminjam (anda) dan juga pihak pemberi pinjaman (bank). Biasanya dalam perjanjian ini akan dinyatakan apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak seperti jumlah pinjaman, kadar faedah, cara pembayaran dan sebagainya.
Samalah juga bila anda menyertai Program Affiliate, iaitu anda perlu mencapai persetujuan bersama terhadap syarat-syarat berkaitan program tersebut seperti jumlah komisyen, cara bayaran, cara promosi, dan sebagainya. Bezanya cumalah satu. Dalam perjanjian Program Affiliate tidak memerlukan tandatangan kerana ianya dijalankan secara online. Sebagai ganti, anda hanya perlu klik 'SETUJU (AGREE)' atau 'TIDAK SETUJU (DISAGREE)' pada ruangan khas yang disediakan semasa anda mendaftar untuk menyertai sesuatu Program Affiliate.
Ingat! Bacalah dengan teliti dan fahami segala isi kandungan perjanjian tersebut sebelum membuat sebarang keputusan. Ini amatlah penting bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari seperti masalah pembayaran, cara promosi, tempoh luput dan sebagainya. Langkah ini yang nampaknya sungguh mudah tidak harus dipandang remeh sama sekali.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
10
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Seterusnya langkah ke-tiga iaitu:
3) Masukkan link di dalam website anda untuk menghubungkan pelanggan ke website syarikat tersebut.
Sebelum bermula ingin dinyatakan di sini bahawa langkah ke-tiga inilah sebenarnya yang amat memerlukan perhatian paling serius dan teliti jika anda betul-betul ingin menjadikan Program Affiliate sebagai suatu sumber pendapatan yang berkesan.
Untuk memudahkan anda, eloklah dibahagikan langkah ini kepada dua bahagian iaitu:-
Langkah A- Bagi mereka yang sudah mempunyai website.
Langkah B- Bagi mereka yang belum mempunyai website.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
11
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Penerangan lanjut untuk Langkah A:-
Jika anda sudah mempunyai website yang memasarkan sesuatu produk/perkhidmatan, anda sebenarnya sudah berada hampir separuh daripada perjalanan yang perlu ditempuhi di dalam Program Affiliate.
Namun, perlu diingatkan bahawa tema website anda perlulah selari dengan produk/perkhidmatan yang anda rujukkan melalui Program Affiliate yang anda sertai. Sebagai contoh, anda mempunyai website yang sedang giat memasarkan buku-buku di Internet atau dengan kata mudah 'Online Bookstore'. Sudah tentu Program Affiliate yang terbaik untuk anda sertai adalah berkaitan dengan pemasaran buku, contohnya yang ditawarkan oleh Amazon.com.
Samalah juga jika anda mempunya website dengan tema-tema lain seperti muzik, sukan, pelancongan, handphone, kereta, web services, agama, kesihatan, dan lain-lain....anda perlulah hanya menyertai Program Affiliate yang tema produk/perkhidmatannya adalah selari dengan tema website anda.
Ironinya, cuba bayangkan jika anda sedang melayari website berkaitan pelancongan, dan anda di'link'kan ke website yang memasarkan handphone. Sudah tentu anda akan meninggalkan website tersebut tanpa berlengah lagi kerana apa yang anda harapkan adalah sesuatu maklumat berkaitan pelancongan, bukannya pasaran handphone (walaupun mungkin ada yang terfikir bahawa handphone amat penting untuk melancong).
Jika anda adalah pemilik laman web tersebut, sekarang cuba lihat kesan daripada tindakan anda di atas yang kurang bijak itu. Pengunjung website anda akan terus meninggalkan website syarikat Program Affiliate yang anda hubungkan itu dengan satu klik sahaja.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
12
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Usah kata nak bayangkan komisyen yang bakal anda terima melalui pembelian di website yang anda hubungkan itu, peluang untuk pengunjung yang anda rujukkan itu melayarai website tersebut pun agak mustahil.
Lebih parahnya lagi, kemungkinan besar pengunjung laman web anda akan turut sama meninggalkan website anda kerana bosan dengan link dari website anda dan mungkin dia merasa tertipu.
Jadi, anda sudah kehilangan pelanggan berpotensi untuk produk pelancongan anda. Kedua-duanya anda terlepas. Seperti kata pepatah, 'Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran'.
Jadi,
Kata kunci yang pertama dalam Program Affiliate adalah.......
'SELARIKAN TEMA WEBSITE ANDA DENGAN PROGRAM AFFILIATE ANDA'
atau 'SELARIKAN PROGRAM AFFILIATE ANDA DENGAN TEMA WEBSITE ANDA'
O.K……..
Sekarang anda sudah mempunyai website sendiri, dan telah pun berjaya menjumpai Program Affiliate dengan tema yang selari dengan website anda. Ini sudah bagus! Adakah ini saja sudah cukup untuk menjamin anda menjana pendapatan yang diidamkan melalui Program Affiliate yang anda sertai? Tentu sekali tidak!
Kenapa pula? Ikuti penerangan seterusnya…
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
13
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Memanglah
anda
sudah
mempunyai
website
sendiri
yang
memasarkan
produk/perkhidmatan anda. Persoalannya ialah….berapakah bilangan pengunjung ke website anda setiap hari? Adakah seramai 10, 50, 100, 500 atau lebih dari 1000 orang sehari? Ataupun susah untuk mendapatkan seorang pengunjung ke website anda?
Jika website anda sedang dikunjungi oleh lebih dari 500 orang sehari, anda bolehlah mengabaikan maklumat berkaitan seterusnya, dan bolehlah terus menuju selangkah ke hadapan. Ini kerana kajian mendapati, untuk menjamin kejayaan cemerlang sesuatu Program Affiliate yang disertai, website anda perlulah dikunjungi tidak kurang dari 500 orang sehari. Ada juga yang kata angka sesuai adalah tiga kali ganda lebih dari itu!
Walau apa pun angkanya, apa yang kita perlu diberi perhatian di sini ialah jumlah pengunjung yang ramai. Lagi ramai yang mengunjungi website anda, lagi tinggi lah kebarangkalian mereka yang akan ‘klik’ pada website Program Affiliate yang anda sertai. Seterusnya, semakin ramai yang ‘klik’ pada website yang anda hubungkan, maka semakin tinggi lah kebarangkalian untuk mereka membeli produk/perkhidmatan yang ditawarkan. Jika ini berlaku, maknanya anda sekarang sudah berada di langkah ke-empat (iaitu menunggu bayaran komisyen).
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
14
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Penerangan lanjut untuk Langkah B:-
Bagi yang belum mempunyai website, anda tentu sekali perlu melakukan usaha yang lebih berbanding dengan mereka yang sudah mempunyai website. Ini kerana secara logiknya, anda sebenarnya ketinggalan satu langkah ke belakang kerana masih tidak mempunyai website. Apa yang lebih memeritkan lagi ialah langkah yang anda tertinggal itu, iaitu membina website, adalah langkah yang paling banyak memerlukan kemahiran dan masa anda.
Tidak lupa juga, inilah satu-satunya langkah yang mungkin memerlukan duit. Anda boleh menjalankan Program Affiliate dari sebuah website yang percuma, namun untuk nampak lebih professional dan supaya anda lebih bersungguh-sungguh, adalah dinasihatkan untuk anda memiliki website berbayar bagi tujuan ini.
Perlu diingat, bagi anda yang belum mempunyai website, peluang untuk anda berjaya di dalam Program Affiliate tetap cerah sekiranya anda melengkapkan diri anda dengan segala ilmu yang diperlukan secukupnya dan memiliki ciri-ciri yang telah dinyatakan sejak awal-awal lagi di dalam e-book ini.
O.K. Sekarang anda belum lagi mempunyai website. Jadi, mudah saja…
Anda perlulah membina website anda!
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
15
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Tentu ada pula yang berkata, bagaimana nak bina website kalau tak reti. Jawapannya, ada dua cara:-
1- Belajar cara buat websiste sehingga pandai dan membinanya sendiri. 2- Sediakan sedikit duit untuk mengupah pereka web melakukanya untuk anda.
Apa pun pilihan anda, ia tentunya baik bagi anda. Namun, yang mana satu pilihan anda itu sebenarnya tidak lah terlalu penting dalam menentukan kejayaan sesuatu Program Affiliate yang anda sertai. Asalkan anda memiliki website untuk memulakan Program Affiliate (tak kisah cara 1 atau 2), itu sudah memadai. Jadi, janganlah terlalu lama menghabiskan masa memikirkan pilihan mana yang hendak diikuti.
Kalau begitu apa pula yang penting dalam langkah ini? Soalan yang bagus!
Jawapan nya sama seperti bagi mereka yang sudah mempunyai website sendiri iaitu ‘TEMA’.
Ya betul, tema website anda adalah paling penting untuk menentukan keberkesanan Program Affiliate yang anda sertai itu. Dengan lain perkataan penentu kejayaan anda.
Seperti dinyatakan di atas sana, tema website anda mestilah selari dengan Program Affiliate yang anda sertai, atau sebaliknya. Jadi, bagi anda yang belum mempunyai website, satu kelebihan untuk anda ialah anda boleh:-
1
Bina website dan kemudian cari Program Affiliate dengan tema yang selari. atau
2- Cari Program Affiliate dan kemudian bina website dengan tema yang selari.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
16
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Supaya anda tidak lupa, eloklah diulangi sekali lagi kata kunci pertama kerana ianya sangat penting (sama ada anda sudah mempunyai website ataupun belum) iaitu:-
'SELARIKAN TEMA WEBSITE ANDA DENGAN PROGRAM AFFILIATE ANDA'
atau 'SELARIKAN PROGRAM AFFILIATE ANDA DENGAN TEMA WEBSITE ANDA'
Untuk meringkaskannya, setelah memiliki website yang bersesuaian dengan Program Affilite, anda juga perlulah mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan website anda dikunjungi oleh bilangan pengunjung yang ramai setiap hari. Ini kerana, faktor kebarangkalian untuk anda menjana pendapatan dalam Program Affiliate adalah sama seperti diterangkan sebelum ini (dalam bahagian mereka yang sudah mempunyai website).
Jadi, sebelum meninggalakan langkah ketiga, eloklah anda semua fahami secara mendalam kata kunci kedua bagi Program Affiliate iaitu:-
‘UNTUK BERJAYA DALAM PROGRAM AFFILIATE, WEBSITE ANDA PERLU MEMILIKI JUMLAH PENGUNJUNG YANG RAMAI’
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
17
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Sekarang timbul pula satu persoalan baru tentang website yang sudah dibina, iaitu bagaimana pula caranya unutk menarik seramai mungkin pengunjung ke website anda. Untuk menjawap persoalan ini, mari kita kaji statistik di bawah:
Sehingga Disember 2005, jumlah pengguna Internet mencecah 1.0 billion orang di seluruh dunia dan diramalkan mencecah 1.8 billion pada 2010. Amerika Syarikat mempunyai pengguna Internet paling ramai (200 juta) diikuti China (120 juta) dan Jepun (86 juta).
Bagaimana pula dengan Malaysia? Jumlahnya menghampiri 10 juta pengguna pada 2005 dengan penetrasi berbanding populasi sebanyak 36.7%.
Bagi Asia Tenggara pula, statistic penggunaan Internet adalah seperti jadual berikut:-
Negara
Tahun 2000
Tahun 2005
Peningkatan (%)
Myanmar
1 000
63 000
6 000
Indonesia
2 juta
18 juta
800
Filipina
2 juta
7.8 juta
291
Thailand
2.3 juta
8.4 juta
266
Malaysia
3.7 juta
10 juta
171
Singapura
1.2 juta
2.4 juta
101
Brunei
30 000
56 000
86
Sebenarnya, apa yang paling dicari oleh majoriti pengguna Internet baik di seluruh dunia mahupun di Malaysia ialah ‘Informasi’. Jadi, secara logiknya, website yang menyediakan banyak ‘Informasi’ kepada pengunjungnya pasti menjadi popular untuk dikunjugi.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
18
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Perlu anda ingat, ‘Informasi’ yang dicari oleh mereka ini meliputi semua perkara. Tak perlulah dinyatakan di sini satu persatu, kerana apa yang mereka cari itu pastinya sesuatu yang berguna kepada mereka sama ada untuk hiburan, keuntungan perniagaan, kesihatan, dan sebagainya. Percayalah, mereka ini sanggup membayar harga untuk setiap ‘Informasi’ yang mampu memberikan pulangan yang nilainya jauh lebih tinggi dari apa yang dibayar.
Sebagai contoh, jika anda mampu menyediakan kaedah bagaimana unutk memiliki asset bernilai ratusan ribu ringgit tanpa mengeluarkan wang dari poket sendiri, tentu ramai yang sanggup membayar untuk ‘Informasi’ tersebut.
Kesimpulannya, semakin banyak dan bernilai ‘Informasi’ yang anda sediakan dalam website anda, maka semakin tinggilah kebarangkalian untuk website anda mendapat ramai pengunjung. Malah, jika ianya sunguh bernilai, tak mustahil mereka akan membelinya dari anda.
Anda boleh layari dan dapatkan khidmat Sitesell.com untuk menghasilkan website yang amat bermutu (bermaklumat, dikunjungi ramai dan mampu membuat jualan).
Seperti dinyatakan di atas, langkah menyediakan website dengan tema yang selari dengan Program Affiliate yang anda sertai merupakan kaedah yang memerlukan banyak kemahiran dan usaha. Jadi, anda boleh mempelajarinya dengan lebih mendalam lagi dalam bab seterusnya iaitu Bab 2 : ‘MEMBINA WEBSITE BAGI PROGRAM AFFILIATE’.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
19
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Kata kunci ketiga bagi Program Affiliate adalah:
‘DALAM PROGRAM AFFILIATE, JUALAN TIDAK DILAKUKAN DARI WEBSITE ANDA.’
Ramai mungkin menganggap apabila memasuki Program Affiliate, anda perlu melakukan promosi 'melampau' bagi jualan sesuatu produk/perkhidmatan di website anda. Tanggapan ini sama sekali adalah salah kerana cara ini adalah merujuk kepada sistem promosi secara konvensional (offline) iaitu anda bertindak sebagai wakil sesebuah syarikat yang akan mendapat komisyen hasil daripada jualan produk/perkhidmatan yang anda promosikan.
Sebenarnya di dalam Program Affiliate, tugas menjual produk/perkhidmatan bukan merupakan tanggungjawab anda. Sebalikya jualan akan dilakukan oleh syarikat yang memasarkan produk/perkhidmatan itu sendiri. Sebagai peserta kepada Program Affiliate, tugas anda sangat mudah iaitu hanya menghubungkan seseorang bakal pelanggan yang mengunjungi website anda ke website yang menganjurkan Program Affiliate tersebut. Ini dapat dilakukan dengan mendorong seseorang ‘klik’ pada link yang terdapat di dalam website anda.
Setelah anda berjaya menghantar pelanggan anda ke sana, tugas anda sudah selesai. Biarkan syarikat tersebut menjalankan tugas mereka untuk menjual produk/perkhidmatan kepada bakal pelanggan tersebut. Proses jualan hanya boleh dilakukan oleh syarikat yang menyediakan produk/perkhidmatan itu sendiri kerana mereka lah lebih berkemahiran dan berpengetahuan untuk mencipta keuntungan yang mereka ingini.
Jika jualan berjaya dilakukan, maka anda akan mendapat komisyennya. Sebagai kesimpulannya, website anda bukan melakukan proses jualan, tetapi hanya melakukan proses pra-jual.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
20
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Sekarang, anda sudah melengkapkan ketiga-tiga langkah yang diperlukan. Program Affiliate anda hanya akan sempurna dengan adanya langkah ke-empat iaitu:-
4) Tunggu bayaran komisyen anda (jika ada).
Sebenarnya tiada apa yang perlu dipelajari di sini kerana ianya adalah milik anda, bukannya milik sesiapa yang lain. Jadi terpulanglah kepada anda bagaimana untuk menerima bayaran komisyen tersebut, dan seterusnya terpulanglah kepada anda apa nak dibuat dengan duit tersebut. Ini semua adalah hasil dari usaha anda sendiri dan bukannya orang lain. Jadi hanya anda lah saja yang berhak!
Cuma satu perkara yang perlu diingat, cara dan tempoh penerimaan komisyen perlu dinyatakan (dipilih) semasa anda mengisi borang permohonan untuk menyertai Program Affiliate.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
21
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
BAB 2: MEMBINA WEBSITE BAGI PROGRAM AFFILIATE * Perlu diingatkan, bab ini bukannya bertujuan untuk menunjuk cara-cara membuat grafik website
Sama ada anda membina website dahulu dan kemudian mencari Program Affiliate yang selari, ataupun mencari Program Affiliate dahulu kemudian baru membina website dengan tema yang selari, kedua-duanya menjadi tidak bermakna jika website anda tidak mampu menarik bilangan pengunjung yang ramai.
Oleh kerana majoriti pengguna Internet melayari mana-mana website adalah untuk mencari informasi, maka untuk menarik pengunjung ke website anda, ianya perlulah penuh dengan informasi yang dicari-cari. Untuk mengetahui informasi apakah yang paling dicari-cari mudah sahaja sebenarnya. Berpandukan statistik, populasi pengguna Internet adalah terlalu besar iaitu satu billion orang di seluruh dunia.
Jadi, sudah tentunya informasi yang dicari oleh mereka ini adalah berbeza-beza. Ini merupakan berita baik bagi anda kerana secara tidak langsung kategori informasi yang dicari-cari juga adalah sangat luas. Maka, anda pilih sahaja mana-mana kategori informasi unutuk diletakkan di dalam website anda, pasti akan ada mereka diluar sana yang sedang mencari informasi tersebut.
Perkara paling penting dalam proses membina website ialah kandungannya. Satu konsep utama bagi memudahkan prosess membina website ialah dengan memilih tema yang anda mempunyai banyak maklumat tentangnya. Apa yang dimaksudkan di sini ialah anda perlulah mempunyai kemahiran dan minat yang sangat tinggi tentang kandungan yang ingin anda letakkan dalam website tersebut.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
22
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Ini kerana lebih berkemahiran anda tentang sesuatu perkara maka lebih mudahlah bagi anda untuk menjelaskan perkara tersebut kepada orang lain. Tambahan pula, lagi tinggi minat anda kepada sesuatu perkara maka lebih menyeronokkan lagi lah untuk anda menceritakan perkara tersebut kepada orang lain.
Dengan ini, anda mungkin tidak lagi menganggap membina website tersebut adalah suatu ‘kerja’, tetapi lebih kepada melakukan sesuatu yang menyeronokkan. Lebih beruntung lagi ialah apabila hasil daripada website tersebut nanti mampu meberikan anda pendapatan melalui Program Affiliate yang anda sertai.
Jika inilah situasinya, maka anda sebenarnya telah berjaya menukarkan hobi anda(yang selama ini hanya sekadar hobi) kepada suatu kegiatan yang memberikan anda wang tanpa perlu bekerja keras.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
23
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
TEMA Apakah perkara-perkara yang boleh anda jadikan tema dalam website anda? Sebenarnya semuanya boleh. Tetapi untuk lebih realistik, biarlah perkara yang ingin anda pilih sebagai tema itu mempunyai nilai tersendiri ataupun dicari oleh ramai orang.
Cuba fikirkan sesuatu yang anda lakukan setiap hari, atau apa anda lakukan di tempat kerja, atau apa yang pernah anda lakukan pada zaman kanak-kanak atau remaja dulu, atau apa yang anda selalu perhatikan rakan atau ahli keluarga anda lakukan. Pasti ada antara perkara-perkara tersebut yang memang menjadi kegemaaran anda, lantas anda tentu penuh bermaklumat tentang perkara tersebut.
Bagi membantu membuka minda anda untuk mencari perkara-perkara yang boleh dijadikan tema website anda, di sini disenaraikan antara perkara-perkara yang boleh anda pertimbangkan:
*Sukan
*Games
*Elektronik
*Seni
*Hobi
*Perundingan
*Kesihatan
*Muzik
*Pelaburan
*Kosmetik
*Pelancongan
*Makanan/minuman
*Hiburan
*Komunikasi
*Pembangunan
*Agama
*Kanak-kanak/bayi
*Keselamatan
*Pendidikan
*Ubat
*Undang-undang
* Buku
*Perniagaan
*Kerjaya
*Sains
*Kejuruteraan
*Fesyen
*Teknologi
*Hartanah
*Lain-lain
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
24
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Nah! Sekarang kenapa tidak jadikan salah perkara tersebut sebagai tema untuk kandungan dalam website anda. Kemudian, dari website tersebut anda sertai Program Affiliate yang berkaitan dan untuk melengkapkannya, anda sediakan ‘link’ untuk menghubungkan pengunjung website anda ke website syarikat tersebut. Tidakkah ini semua sungguh mudah?
Tahukah anda? SiteBuildIt menyediakan khidmat 'brainstorming' untuk anda mencari tema yang sesuai bagi website anda.
Perlu anda ingat, jika pengunjung website anda tidak pergi kepada website yang anda hubungkan lantas tidak membeli produk yang syarikat Program Affiliate anda jual, maka anda tidak mengalami sebarang kerugian. Yang berlaku hanyalah anda tidak mendapat komisyen dari Program Affilaite yang anda sertai.
Apa nak dipedulikan sangat kerana anda menyertainya secara percuma dan apa yang anda lakukan (membina website) adalah suatu perkara yang anda seronok dengannya dan anda sudah tidak menganggapnya suatu ‘kerja’. Jadi anda tidaklah berharap sangat pada pendapatan melaluinya. Kalau ada ianya suatu bonus, dan kalau tiada, tidak mengapa. Biarkan saja dan teruskan hidup anda seperti biasa. Untuk lebih baik, anda boleh mengambil usaha untuk memperbaiki atau meningkatkan mutu website anda pada masa akan datang. Mana tahu…….‘Untung Sabut Timbul, Untung Batu Tenggelam’.
Anda boleh menggunakan pelbagai software yang terdapat di pasaran untuk membina website(jika anda memilih untuk melakukannya sendiri). Antara software yang amat mudah digunakan (user friendly) untuk tujuan tersebut ialah Microsoft Frontpage.
E-book dalam Bahasa Melayu tentang kaedah membina website dengan menggunakan Microsoft Frontpage akan diedarkan secara PERCUMA di www.affiliatejaya.com tidak lama lagi. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatkannya!
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
25
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
BAB 3: PROMOSI
Sesudah anda menyedikan website, tahukah anda apa yang perlu dilakukan untuk memastikan orang ramai tahu akan kewujudan website anda di Internet. Adakah dengan mengiklankannya di suratkhabar, majalah ataupun media elektronik? Ataupun dengan mengedarkan poster, pamplet atau brochure berkaitan website anda di tempat-tempat awam?
Memanglah tidak salah untuk mengikut kaedah-kaedah tersebut, tetapi usaha itu sahaja tidak cukup jika anda berurusan di zaman informasi ini iaitu berurusan di Internet. Terdapat banyak lagi cara-cara lain yang lebih berkesan (efektif) untuk mempromosikan website anda yang hampir kesemuanya boleh dilakukan melalui Internet. Cara-cara ini adalah lebih bersesuaian dan mudah dilakukan disamping boleh dilakukan secara percuma ataupun hanya memerlukan modal yang amat minimum.
Antara cara-cara utama yang boleh anda lakukan untuk mempromosikan website anda ialah melalui Search Engine, Email, E-Zine/Newsletter, Directory, Newsgroup, Forum, Link dan tempahan iklan di website lain. Tak lupa juga satu lagi cara yang paling berkesan adalah menyediakan Program Affiliate di website anda.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
26
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Search Engine (Enjin Pencari)
Apa yang dimaksudkan di sini adalah mendaftarkan website anda ke Search Engine, dan ini merupakan langkah paling utama yang harus anda lakukan. Ini adalah suatu kemestian kerana Search Engine lah yang akan digunakan oleh seseorang untuk mencari website yang berkaitan dengan perkara yang mereka cari. Tugas sebenar Search Engine ialah menyenaraikan semua alamat website yang berkaitan dengan kata kunci yang telah di berikan oleh pengguna Search Engine tersebut.
Sebagai contoh, jika anda memberikan kata kunci ‘bolasepak’, maka Search Engine tersebut akan menyenaraikan semua website yang berkaitan dengan bolasepak. Jika ada beribu ataupun berjuta website berkaitan bolasepak, maka sebanyak itulah yang akan disenaraikan oleh Search Engine tersebut di dalam ‘result’nya. Antara Search Engine yang paling popular di masa ini ialah :-
1
www.google.com
2
www.yahoo.com
3
www.msn.com
Sedarkah anda bahawa menggunakan Search Engine mungkin adalah perkara pertama yang kita pelajari di dalam ilmu Internet?
Jadi, sekarang anda tentu sudah jelas tentang kepentingan mendaftarkan website anda ke dalam Search Engine. Perlu diingat, anda perlu menunggu giliran untuk Search Engine tersebut memasukkan website anda ke dalam database mereka kerana terdapat terlalu banyak website yang sedang menunggu giliran untuk didaftarkan di dalam Search Engine tersebut. Ini kerana pendaftarannya adalah secara percuma. Kadang-kadang memakan masa berminggu atau berbulan lamanya. Jadi anda perlulah bersabar!
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
27
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Jika anda ingin website anda didaftarkan dengan lebih cepat (kurang dari satu jam), anda boleh melakukannya dengan membayar kepada Search Engine tersebut untuk setiap klik yang anda terima. Kaedah ini di panggil pay-per-click. Search Engine yang paling popular dalam menyediakan perkhidmatan ini ialah Google melalui Google AdWords. Kaedah ini akan memastikan kedudukan website anda sentiasa pada bahagian atas atau tepi (‘Sponsored Links’) dalam Search Engine tersebut, jika anda membuat bidaan tertinggi.
Sungguh mudah untuk menyertainya, hanya klik pada logo
yang
anda jumpa di mana-mana website atau blog (contohnya: Dollar4all) dan ikuti langkah seterusnya.
Pilihan lain yang anda ada untuk memastikan website anda tersenarai dengan cepat dan mempunyai ranking yang baik di Search Engine adalah dengan penggunaan ‘meta-tag’ dan SEO (Search Engine Optimization). Antara yang pakar dalam bidang ini adalah seperti SEO Elite dan EZ SEO.
DOMAIN NAME DAN KATA KUNCI Dua perkara utama semasa mendaftarkan website ke Search Engine adalah domain name dan juga kata kunci. Anda dinasihatkan memiliki domain name sendiri (berbayar) sebagai identiti website anda. Jika anda inginkan perkhidmatan domain name dan webhosting tempatan, anda boleh memilih MercuMaya kerana ianya adalah penyedia perkhidmatan domain name dan webhosting #1 di Malaysia. Untuk perkhidmatan antarabangsa #1 anda boleh gunakan GoDaddy.
*Portal Affiliatejaya.com amat berpuashati dengan khidmat domain name dan hosting GoDaddy. Untuk mencubanya, KLIK DI SINI
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
28
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, senarai keputusan dari sesebuah Search Engine bergantung kepada kata kunci yang ditaip pada Search Engine tersebut.
Bagaimanakah anda ingin mengetahui kata kunci yang paling sesuai yang anda perlu gunakan semasa mendaftarkan website anda ke dalam Search Engine? Jika anda merasakan anda boleh meletakkan apa saja kata kunci yang berkaitan website anda (yang anda rasakan sesuai) ke dalam Search Engine, anda sebenarnya telah memilih jalan yang salah.
Jika kata kunci yang anda daftarkan ke dalam Search Engine bersama website anda adalah kata kunci yang tidak popular (maknanya jarang ditaipkan di Search Engine), ini bermakna akan kurang lah kebarangkalian untuk Search Engine menyenaraikan website anda di dalam ‘result’nya. Jadi, website anda akan terus terpinggir dan tidak diketahui orang.
Di sini, petua yang paling mudah sekali untuk anda ingat bagi mempopularkan website anda ialah ‘daftarkan website anda ke Search Engine yang popular dengan menyertakan kata kunci yang popular’.
Jadi, untuk mengetahui bagaimana cara menentukan kata kunci yang popular di Internet, anda tentu sekali memerlukan khidmat Wordtracker
Dengan Wordtracker juga anda boleh mencari apakah perkataan yang paling kerap ditaip di search engine setiap hari. Ini penting bagi sesiapa yang sedang mencari idea untuk memulakan perniagaan di Internet kerana salah satu petua memulakaan perniagaan di Intenet ialah dengan menentukan permintaan terlebih dahulu, kemudian barulah menentukan produknya Bukan itu saja, anda juga boleh menentukan berapakah bilangan pesaing yang sudah wujud untuk sesuatu produk.
Sebagai BONUS kepada anda, dapatkan 'free trial' perkhidmatan Wordtracker DI SINI!
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
29
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
E-mail Ini merupakan salah satu lagi aplikasi Internet yang paling popular di serata dunia pada hari ini. Ini mungkin disebabkan oleh keupayaannya dari segi penyampaian dan penerimaan sesuatu maklumat atau berita dengan amat pantas. Jadi, penggunaan E-mail adalah ‘wajib’ untuk tujuan mempromosikan website anda.
Sebenarnya anda boleh menggunakan E-mail sebagai alat promosi melalui dua cara, iaitu:-
1) Menuliskan alamat website anda di bahagian ‘signature’ untuk setiap email yang anda hantar. Dengan cara ini anda dapat memastikan yang promosi untuk website anda dijalankan setiap kali anda menghantar E-mail kepada semua orang.
Satu lagi kelebihannya adalah apabila anda menghantar E-mail dengan cerita atau gambar yang menarik, mungkin penerimanya (kawan-kawan atau kenalan anda) ingin berkongsi apa yang anda hantarkan dengan orang lain pula (kawan-kawan atau kenalan mereka). Untuk itu, mereka akan forwardkan E-mail yang anda hantarkan (bersama ‘signature’ yang tertera alamat website anda) kepada orang lain yang mungkin anda tidak kenali.
Jadi, secara tak langsung mereka telah menjadi agen promosi untuk website anda tanpa mereka sedari. Bukankah ini semua amat menarik? Contoh ‘signature’ yang anda boleh buat adalah seperti di bawah.
Thanks and Regards, Zakuan R. www.affiliatejaya.com -Pendapatan Tanpa Sempadan-
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
30
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
2) Menuliskan E-mail kepada kenalan anda dan nyatakan secara terus-terang tentang kewujudan website anda. Seelok-eloknya, ceritakan serba sedikit tentang kandungan website anda kepada mereka agar mereka mendapat gambaran ringkas sebelum berkunjung ke website anda. Jangan lupa memberikan alamat website anda yang betul.
E-zine/Newsletter E-zine/Newsletter merupakan satu lagi cara yang amat berkesan untuk mempromosikan website anda dan telah diperakui serta menjadi amalan para ‘sifu’ Internet sejak bertahun dulu.
Apa itu E-zine/Newsletter? Biasanya E-zine/Newsleter adalah satu bentuk email yang mengandungi informasi tertentu yang dihantar kepada orang tertentu pada masa-masa tertentu.
Informasi yang dimaksudkan adalah sebarang informasi yang berkaitan dengan website anda yang ingin disampaikan untuk menarik minat orang mengunjungi website anda.
Saluran ini biasa juga digunakan untuk memaklumkan tentang sebarang perubahan (update) dalam website anda untuk menarik perhatian mereka yang pernah mengunjungi website anda agar berkunjung semula ke website anda.
Anda boleh menulis sendiri artikel di dalam E-zine/Newsletter tersebut ataupun mendapatkannya secara percuma di Internet. Pastikan artikel tersebut adalah berkaitan dengan tema website anda.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
31
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Di dalam E-zine/Newsletter ini anda perlu lah menyatakan dengan jelas URL website anda ataupun paling terbaik anda sediakan terus ‘link’ ke website anda.
Perlu diingat, hantarkan E-zine/Newsletter anda hanya pada mereka yang bersetuju untuk menerimanya. Ini penting bagi mengelakkan E-zine/Newsletter yang anda hantar dianggap sebagai ‘Junk Mail’.
Selain itu, ini juga dapat menggambarkan sikap anda yang lebih professional berbanding dengan mereka yang menghantar email promosi kepada sesiapa sahaja yang mereka suka.
Tentu anda pernah melayari website dan diminta mengisikan email address anda untuk menerima sesuatu secara percuma dari website tersebut kan? Contohnya keahlian percuma, ebook percuma, laporan percuma, E-zine/Newsletter percuma dan bermacam-macam lagi.
Ini merupakan salah satu cara terbaik untuk mendapatkan email address dari ramai orang. Dari senarai email address yang anda terima ini, anda boleh mengedarkan E-zine/Newsletter bagi tujuan promosi website anda. Senang bukan?
Biasanya E-zine/Newsletter akan dihantar secara berjadual sama ada setiap hari, minggu atau bulan bergantung kepada anda. Paling baik adalah tetap secara mingguan ataupun bulanan.
Anda boleh juga menghantar E-zine/Newsletter pada bila-bila masa yang anda rasakan sesuai terutamanya jika ada sebarang perubahan (update) dalam website anda. Jangan pula menghantar E-zine/Newsletter secara tahunan kerana ini pasti akan membuatkan orang lupa pada website anda!
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
32
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Directory
Apa yang dimaksudkan di sini adalah anda perlu mendaftarkan (submit) website anda ke pelbagai directory yang wujud di Internet pada hari ni. Secara mudahnya, directory adalah seperti suatu database yang menyimpan senarai URL website mengikut kategori-kategori tertentu.
Sebagai contoh, jika website anda berkaitan sukan, maka directory tersebut akan menyenaraikan URL website anda dalam kategori sukan.
Sebenarnya ada dua kelebihan yang akan anda dapat jika anda mendaftarkan website anda ke directory:
1) Membolehkan orang lain tahu akan kewujudan website anda apabila mereka mencarinya di dalam directory yang berkaitan.
2) Memudahkan website anda mendapat index (bagi website yang baru di submit ke Search Engine) dan menaikkan Page Rank website anda kerana website anda mempunyai backlink dengan website (directory) yang mempunyai Page Rank lebih tinggi.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
33
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Forum
Menyertai forum-forum yang terdapat di Internet juga merupakan salah satu cara untuk anda mempromosikan website anda dengan berkesan. Tapi ingat, sebelum membuat promosi, anda kena pastikan dahulu bahawa forum tersebut membenarkan anda berbuat demikian. Lagi satu, pilihlah forum dan thread yang bersesuaian untuk anda membuat promosi tentang website anda.
Ada tiga cara anda boleh gunakan forum untuk tujuan promosi:-
1) Membuka thread baru dan terangkan tentang website anda.
2) Memberi maklumbalas (respond) kepada post-post dari orang lain sambil menyelitkan informasi tenang website anda. Gunakan kreativiti sendiri untuk mengolah ayat-ayat bersesuaian. Jangan lupa, sertakan URL anda!
3) Gunakan signature anda. Letakkan informasi ringkas tentang website anda ataupun URL website anda pada bahagian signature. Setiap kali anda postkan artikel ke forum tersebut, signature anda akan mempromosikan website anda secara automatik.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
34
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Link
Langkah ini adalah antara yang paling simple sekali. Anda berbaik-baik dengan webmaster lain dan minta diletakkan link ke website anda dalam website mereka. Sebagai balasan, anda perlulah pula meletakkan link ke website mereka dalam website anda. Ini dianggap sebagai pertukaran link suka sama suka. Sebaiknya, anda letakkanlah link anda di dalam website yang popular dan mempunyai ramai pengunjung.
ValueExchange menyediakan perkhidmatan pertukaran link dengan website yang benar-benar bermutu dan berkaitan dengan website anda. Pendaftaran adalah sungguh mudah dan ianya 100% PERCUMA! Untuk mencubanya, KLIK DI SINI
Banner
Satu lagi cara adalah dengan mereka cipta satu banner untuk website anda. Kemudian letakkan banner tersebut di website lain untuk mempromosikan website anda. Anda boleh meletakkan banner anda di website yang menyediakan kemudahan ini sama ada secara percuma ataupun berbayar. Pastikan banner tersebut mempunyai link untuk menghubungkan orang lain ke website anda. Banner yang simple dan ringkas boleh di rekacipta secara percuma sahaja di Internet. Anda boleh cuba di Animationonline
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
35
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Iklan Berbayar
Terdapat banyak website yang menyediakan perkhidmatan iklan berbayar di mana anda boleh meletakkan iklan website anda di dalam website mereka. Iklan-iklan ini boleh disediakan dalam pelbagai bentuk, sama ada text, grafik, banner dan lain-lain. Kadar bayaran yang dikenakan juga berbeza-beza. Anda pilih saja mana yang anda mampu.
Program Affiliate
Ya...anda tidak sepatutnya melupakan kaedah ini. Mengikut kajian, Program Affiliate mampu mempromosikan bukan sahaja produk anda, malahan website anda juga berkali ganda lebih dari cara promosi yang lain.
Jika anda menjual produk yang bermutu dan mempunyai banyak permintaan, jangan berlengah lagi. Sediakan Program Affiliate dan dapatkan seramai mungkin orang menyertainya.
Disamping
mempromosikan
produk
anda,
mereka
juga
sebenarnya
mempromosikan website anda!
Untuk menganjurkan Program Affiliate, anda memerlukan suatu perisian khas yang
anda
boleh
dapatkannya
di
Internet.
Contoh
terbaik
adalah
AffiliateTrackingSystem.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
36
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Lain-lain
Sebenarnya terdapat banyak lagi cara lain yang boleh anda gunakan unutk mempromosikan website anda sama ada secara percuma mahupun berbayar. Saya hanya menerangkan beberapa cara yang utama sahaja.
Percayalah, jika anda mempraktikkan cara-cara yang telah dinyatakan di atas, anda sebenarnya sudah mampu mempromosikan website anda kepada umum dengan jayanya.
Ingat, langkah mempromosikan website bukanlah hanya dilakukan sekali sahaja. Ianya perlu diulang secara konsisten untuk memastikan supaya ramai orang tahu akan kewujudan website anda.
Jangan lupa sentiasa membuat analisa tentang bilangan pengunjung website anda dan lakukan penambahbaikkan langkah promosi.
Selagi anda belum rasa jemu untuk makan nasi setiap hari, selagi itulah sepatutnya anda tidak boleh jemu untuk mempromosikan website anda.
INGAT!
Kejayaan sesuatu perniagaan di Internet bergantung kepada kejayaan anda menarik bilangan pengunjung ke website anda!
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
37
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
BAB 4: KELEBIHAN PROGRAM AFFILIATE
Seperti diketahui umum, terdapat bermacam-macam peluang perniagaan di Internet yang wujud pada zaman ini. Salah satunya ialah Program Affiliate yang terbukti mempunyai banyak kelebihannya seperti tersenarai di bawah:-
1. Tidak memerlukan produk sendiri. Ya, memang benar! Anda tidak perlu memeningkan kepala memikirkan untuk menghasilkan produk sendiri untuk dijual.
2. Mudah disertai dan boleh bermula dengan segera. Berbeza dengan jenis perniagaan lain di Internet yang memerlukan bayak masa sebelum boleh dimulakan, Program Affiliate boleh dimulakan dalam masa yang amat singkat. Jangan terkejut jika dikatakan ada yang boleh dimulakan dalam masa kurang dari 10 minit!
3. Boleh disertai secara PERCUMA!!! Selain itu, tiada had untuk anda menyertai seberapa banyak Program Affiliate yang ada di Internet. Dalam lain perkataan, tiada had bagi anda menjana pendapatan sebanyak mungkin.
4. Teknik pemasaran sudah disediakan oleh syarikat. Apa yang anda cuma perlukan ialah, pilih mana yang sesuai dan letakkan dalam website anda. Lebih menarik lagi, ada juga sesetengah syarikat yang menyediakan website bagi anda bila anda menyertai Program Affiliate mereka.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
38
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
5. Tidak perlu terlibat dalam urusan jual-beli, sokongan teknikal mahupun khidmat lepas jualan bagi produk tersebut kerana ianya akan diuruskan oleh pemilik produk. Lebih penting dari itu anda tidak perlu risau tentang komen dari pelanggan kerana semuanya akan pergi kepada pemilik produk.
6. Tidak memerlukan sebarang perisian atau teknik untuk mengesan jualan yang berjaya anda hasilkan kerana semuanya akan disediakan oleh syarikat yang menawarkan Program Affiliate tersebut.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
39
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
BAB 5: TIPS MEMILIH PROGRAM AFFILIATE Terdapat banyak sekali Program Affiliate yang anda boleh sertai di Internet pada hari ini dan ianya akan terus bertambah dari hari ke hari tanpa kita sedari. Namun, bagi memastikan hasil yang diperolehi dari Program Affiliate yang kita sertai adalah berbaloi, kita perlulah membuat pilihan yang bijak sebelum menyertai mana-mana Program Affiliate. Beberapa tips mudah yang menjadi amalan mereka yang telah berjaya dalam Program Affiliate adalah:-
1. Memilih Program Affiliate yang menawarkan komisyen yang lumayan, sekurangkurangnya 30% daripada hasil jualan yang dibuat.
2. Memilih Program Affiliate yang menawarkan produk yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran. Contoh terbaik adalah produk informasi kerana tujuan utama orang menggunakan Internet adalah untuk mencari informasi.
3. Memilih Program Affiliate yang mempunyai website menarik serta strategi jualan yang berkesan. Tiada gunanya jika kita berjaya menghantar ramai orang ke website Program Affiliate yang kita sertai, tetapi tiada satu pun jualan berjaya dilakukan kerana syarikat tersebut tidak mempunyai startegi jualan yang berkesan.
4. Memilih Program Affiliate yang menyediakan statistik menyeluruh berkenaan prestasi peserta Affiliate (anda). Paling penting adalah statistik bilangan orang yang telah klik pada ‘link’ dari website anda dan juga bilangan jualan berjaya dihasilkan. Pastikan juga statistik tersebut sentiasa dikemas kini bagi menilai sejauh mana prestasi semasa anda.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
40
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
5. Memilih Program Affiliate yang menyediakan bantuan semaksimum mungkin kepada anda, bermula daripada teknik bagaimana cara menyertai, teknik pemasaran berkesan sehinggalah kepada teknik meningkatkan potensi jualan.
6. Memilih Program Affiliate yang menyediakan peluang untuk anda mengajukan sebarang pertanyaaan ataupun memohon apa-apa bantuan yang berkaitan Program Affiliate yang anda sertai. Biasanya syarikat yang bagus akan memberikan respon dalam masa yang amat singkat. Yang terbaik adalah dalam masa kurang dari 48 jam.
7. Memilih Program Affiliate yang menawarkan komisyen lebih dari satu level. Ini bermaksud jika ada orang yang klik pada link di website anda kemudian turut menyertai Program Affiliate yang sama dan mampu menghasilkan jualan dari websitenya, anda juga turut menerima komisyen. Program Affiliate yang membayar komisyen sepanjang masa (lebih dari sekali) juga amat bagus untuk disertai.
8. Memilih Program Affiliate yang menyediakan pelbagai bentuk ‘text link’, grafik, banner dan iklan yang menarik untuk anda letakkan di dalam website anda.
9. Memilih Program Affiliate yang menunjukkan bukti sahih tentang kejayaan peserta-pesertanya. Jika ramai pesertanya memperolehi hasil yang lumayan, ini bermakna Program Affiliate tersebut adalah program yang bagus untuk disertai. Biasanya, contoh teknik pemasaran yang digunakan oleh peserta yang berjaya ini juga akan dikongsi atau diajar kepada anda.
10. Memilih Program Affiliate yang menyediakan newsletter atau e-zine khas untuk pesertanya. Ini penting bagi memudahkan anda memperolehi sebarang maklumat terkini berkenaan program yang anda sertai. *Untuk menyertai Program Affiliate yang memenuhi kesemua kriteria diatas KLIK DI SINI
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
41
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
BAB 6: PANDUAN UNTUK BERMULA
1. Tetapkan Matlamat -
Seperti setiap pekerjaan lain yang kita lakukan, matlamat yang ingin dicapai dari Program Affiliate perlu ditetapkan dengan jelas. Pastikan anda mempunyai target untuk dicapai dalam suatu tempoh tertentu daripada Program Affiliate yang disertai. Contohnya: “ Saya ingin memperolehi pendapatan RM100 sebulan melalui Program Affiliate yang disertai”
2. Cari Tema (Niche) -
Ingat, anda sekarang sedang merancang suatu perniagaan. Jadi pastikan memilih tema yang mampu meberikan keuntungan kepada anda. Wordtracker pastinya mampu membantu anda dalam memilih niche yang sesuai manakala SiteBuildIt mampu membantu anda membangunkan idea tersebut. Jika masih buntu mencari ‘niche’ anda, dapatkan khidmat percuma SearchIt.
3. Pilih Syarikat Affiliate -
Anda boleh merujuk ke pelbagai directory di Internet untuk mencari Program Affiliate yang bersesuaian dengan topik yang telah anda pilih. Ingat! Tumpukan pada program yang menawarkan komisyen tertinggi hasil daripada jualan produk/perkhidmatan yang bermutu. ‘5 Pillar’ adalah Program Afiliate No.1 (terbaik) setakat hari ini.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
42
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
4. Bina Website -
Mulakan usaha membina website berdasarkan topik yang telah anda pilih. Jika membinanya sendiri, dapatkan panduan dari James Martell. Jika perlukan pihak lain membangunkannya untuk anda, saya rekemenkan SiteBuildIt. Yang pastinya kedua-dua contoh ini khas membantu anda menyediakan website untuk Program Affiliate.
5.
Masukkan Affiliate Link Untuk semua artikel yang anda tulis berkenaan website anda, pastikan anda memasukkan Affiliate Link dengan ID anda yang betul ke dalamnya. Anda tentu sekali tidak mahu komisyen anda dibayar kepada orang lain akibat kesilapan memasukkan Affiliate Link dengan ID orang lain.
6.
Promosikan Website -
Letakkan usaha yang paling banyak di peringkat ini. Pastikan ianya berterusan kerana kejayaan sesuatu Program Affiliate paling banyak bergantung kepada sejauh mana ketekunan dan kejayaan anda mempromosikan website anda kepada orang lain. Gunakan segala kaedah promosi yang dinyatakan di dalam e-book serta kaedah-kaedah lain yang anda ketahui. Penggunaan search engine, e-mail, newsletter, directory dan link dengan website lain adalah kaedah-kaedah yang wajib anda lakukan. Ingat! Lakukannya secara professional dan elakkan SPAM.
7.
Tambah Informasi Dalam Website -
Sentiasa mengemaskini website anda dengan menambahkan informasi atau maklumat terkini. Jangan biarkan website anda ‘kaku’ dengan kandungan yang tak pernah berubah-ubah sejak sekain lama. Pengunjung akan hanya berkunjung lagi ke website kita jika ada apa-apa perubahan baru.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
43
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
8.
Luaskan Rangkaian Link -
Cuba kenali dan mulakan networking anda dengan pemilik-pemilik website yang lain dan sentiasa mencari website-website baru untuk anda masukkan link ke website anda. Dengan ini anda akan mampu meluaskan lagi promosi website anda. Untuk kemudahan mencari link sesuai, seterusnya memulakan networking website anda dengan meluas secara percuma, sila KLIK DI SINI
9.
Bersabar -
Ingat! Kemunculan website anda adalah hanya salah satu daripada berpuluh ribu website baru yang muncul setiap hari. Jadi, jangan mudah berputus asa jika website anda masih belum mendapat jumlah pengunjung yang memuaskan hati dalam 3-4 bulan pertama. Teruskan usaha anda menambah baik mutu website dan kerja-kerja promosi. Pastikan anda sentiasa memantau prestasi anda. Sentiasa tanamkan dalam diri anda bahawa setiap kejayaan itu adalah beralaskan kesabaran.
10.
Mulakan Langkah Pertama -
Ini merupakan penentu segalanya kerana jika anda tidak bermula dengan langkah pertama, tiada apa pun yang akan berlaku untuk mengubah nasib anda. Tiada gunanya segala teori dan ilmu yang anda pelajari kerana ianya tak akan memberikan ganjaran kepada anda selagi anda tidak BERMULA!!!
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
44
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
BONUS: ‘GOOGLE ADSENSE’ Jika anda sudah mempunyai website, sama ada memasarkan produk/perkhidmatan sendiri ataupun menjalankan perniagaan melalui Program Affiliate, ‘Google AdSense’ adalah satu lagi cara mudah untuk menjana pendapatan di Internet.
Adalah satu kerugian yang besar jika anda tidak menyertai ‘Google Adsense’ terutamanya jika website anda sentiasa dikunjungi oleh ramai pengunjung.
APA ITU GOOGLE ADSENSE?
Kata orang, sebelum nak pandai membaca, kenalah belajar mengeja dari ABC dahulu, barulah boleh membaca. Jadi, samalah seperti program ini, sebelum nak dapat duit dari Google, kenalah tahu dulu apa itu ‘Google AdSense’.
‘Google AdSense’ sebenarnya adalah merupakan sebuah program pengiklanan yang dijalankan oleh Google. Menerusi program ini, Google akan membayar semua pemilikpemilik website yang sudi memaparkan iklan-iklan anjuran Google di website mereka. Pengiraan bayaran pula adalah berdasarkan kaedah “Pay-per-click”. Maksudnya, kalau ada orang klik iklan tu, baru dia bayar. No Click No Pay.
Wah! Bankrup lah Google macam nie? Berapa juta orang yang join program ni! Mampu ker Google nak bayar orang-orang tu semua?
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
45
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Opsss! Jangan risau. Sebenarnya, duit yang digunakan untuk membayar pemilik-pemilik website itu bukanlah duit dari Google. Tetapi duit tersebut sebenarnya diperolehi dari pihak
yang
ingin
mengiklankan
website
mereka
di
Google.
Pada mulanya, Google meletakkan iklan-iklan orang yang membayar ini di website Google sahaja.
Jika anda perasan, setiap kali apabila anda membuat carian di website Google, anda akan dapati, terdapat beberapa keputusan yang dipaparkan di dalam kotak di sebelah kanan yang bertajuk ‘Sponsored Link’ seperti di bawah:
Iklan-iklan yang dipaparkan dibahagian tersebut sebenarnya adalah merupakan iklaniklan yang berbayar. Pemilik-pemilik iklan tersebut akan membayar Google dengan amaun tertentu setiap kali orang ramai klik pada iklan tersebut.
Tetapi kini, dengan program AdSense, Google telah membuka peluang pengiklanan tersebut kepada pemilk-pemilik website yang lain pula.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
46
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Jika dulu, iklan tersebut hanya dipaparkan di website Google, kini iklan-iklan berbayar tersebut boleh dipaparkan di website anda.
Jika dulu Google yang mendapat wang apabila orang ramai klik pada iklan-iklan tersebut, tetapi kini anda pula yang akan mendapat duit apabila orang ramai klik pada iklan-iklan tersebut.
Wah!! Bodohnya Google…orang bagi dia buat duit suruh buat iklan, dia bagi pulak duit tu kat orang lain!
Oh tidak. Google bukan sebodoh itu. Sebenarnya, bayaran yang dibuat oleh pengiklanpengiklan itu tidak lah 100% masuk ke dalam poket anda. Google sebenarnya telah memecahkan wang tersebut kepada 2 bahagian iaitu satu bahagian untuk anda dan satu bahagian lagi untuk Google.
Peratusan pecahan itu pula tidak diketahui berapa jumlahnya, mungkin 40-60, mungkin 30-70, atau mungkin 20-80. Itu hanya anggaran sahaja, pecahan peratusan yang sebenar tidak didedahkan oleh pihak Google.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
47
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
BAGAIMANA MENYERTAINYA? Mudah sahaja, hanya dua langkah sahaja:
Langkah Pertama: Mempunyai Website Anda perlulah mempunyai sebuah website. Sebaik-baiknya, website anda menggunakan Bahasa Inggeris. Jika anda masih tidak mempunyai sebuah website, binalah satu. Jika anda tidak tahu membinanya, anda boleh belajar atau mengupah orang lain untuk membinanya.
Kemudian, dapatkan webhosting & nama domain yang berbayar. Jangan meletakkan website anda di tapak-tapak webhosting yang percuma seperti Geocities atau Freewebs. Google tidak akan menerima website-website yang menggunakan perkhidmatan webhosting percuma.
Oleh itu, dapatkanlah perkhidmatan webhosting berbayar. Untuk mendapatkan perkhidmatan webshosting dan nama domain No.1 di Malaysia, KLIK DISINI! Kos untuk mendapatkan webhosting & nama domain kini sungguh murah, lebih-lebih lagi dengan kemunculan pelbagai penyedia perkhidmatan webhosting di Malaysia seperti Mercumaya dan banyak lagi.
Jangan anggap wang yang anda keluarkan itu sebagai kos, tetapi anggaplah ia sebagai modal pelaburan. Ini kerana wang yang anda boleh dapati dari program AdSense ini lebih banyak dan jauh lebih besar lagi nilainya berbanding modal pelaburan anda.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
48
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Walaubagaimanapun jika anda sememangnya seorang yang sangat miskin dan kedekut serta tidak mampu untuk mengeluarkan sebarang kos, ada satu lagi cara untuk anda memiliki website, iaitu dengan menggunakan penyedia perkhidmatan weblog percuma.
Anda boleh menghasilkan sebuah weblog untuk diri anda sendiri secara percuma di Blogspot.com, Blogdrive.com, Danchan.com atau penyedia-penyedia weblog yang lain. Terdapat beratus-ratus penyedia perkhidmatan weblog di internet yang menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma.
Anda hanya perlu daftar dan bina weblog anda.
Sebagai contoh anda boleh lawati weblog berikut untuk melihat bagaimana Google Adsense dimanfaatkan:
http://dollar4all.blogspot.com http://affiliatejaya.blogspot.com http://freegolftips.blogspot.com
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
49
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Langkah Kedua : Jadi Ahli AdSense
Setelah anda mempunyai website@weblog, anda perlulah memohon menjadi ahli AdSense (membuka akaun AdSense).
Untuk membuka akaun Google AdSense, mudah sahaja. Pergi ke salah satu weblog di
atas (dollar4all, affiliatejaya atau freegolftips) dan cari logo
.
Kemudian klik pada logo tersebut, anda akan dihnatar ke Google AdSense Page.
Kemudian klik pada butang ‘Click Here To Apply’ untuk memohon menyertainya. Masukkan maklumat anda dengan lengkap. Pastikan maklumat yang anda masukkan adalah betul dan tepat. Jangan tipu-tipu, kalau tidak, cek anda tidak akan sampai nanti ataupun sampai pada orang lain.
Setelah anda selesai mengisi borang dan mendaftar, anda perlulah menunggu 1-2 hari untuk Google menyemak permohonan anda dan kemudiannya memberikan kata putus kepada anda sama ada permohonan anda diterima atau tidak. Keputusan akan dimaklumkan menerusi email.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
50
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Jika permohonan anda diluluskan… TAHNIAH! Anda sudah boleh menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Anda sudah boleh mulakan ‘copy & paste’ kod HTML yang diberikan oleh Google ke dalam website anda.
Anda boleh memaparkan iklan tersebut secara menegak atau melintang di mana-mana sahaja bahagian di website anda. Anda juga boleh menukarkan warna iklan tersebut supaya ia bersesuaian dengan tema warna website anda.
Iklan-iklan yang dipaparkan pula adalah merupakan iklan-iklan yang berkaitan dengan website anda.
Untuk makluman anda, Google telah berjaya membina satu teknologi yang dapat mengesan topik serta kandungan di dalam website anda. Jika website anda bercerita mengenai komputer, maka, iklan-iklan yang akan dipaparkan adalah iklan-iklan yang berkaitan dengan komputer sahaja.
Namun begitu, terdapat juga keadaan di mana iklan-iklan yang dipaparkan tidak berapa berkaitan dengan kandungan yang terdapat di dalam website anda. Ini kerana, ia juga bergantung kepada iklan-iklan yang terdapat di dalam database pengiklanan Google.
Contohnya, anda telah membina sebuah website yang menyediakan maklumat mengenai silat melayu, oleh itu, Google sepatutnya memaparkan iklan-iklan yang berkaitan dengan silat di website anda.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
51
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Tetapi malang, tiada satu pun iklan yang berkaitan dengan silat di dalam database Google. Dalam erti kata yang lain, tiada satu pun pihak yang menjual peralatan-peralatan seni bela diri mengiklankan website mereka di Google.
Oleh itu, tidak akan ada iklan yang berkaitan silat dapat dipaparkan di website anda. Sehubungan itu, anda mungkin akan melihat iklan-iklan lain pula seperti iklan mencari teman atau pun iklan-iklan yang tertulis ‘Iklan Layanan Masyarakat’.
Untuk makluman, anda tidak akan menerima sebarang bayaran jika orang klik pada iklan-iklan yang mempunyai tag ‘Iklan Layanan Masyarakat’ di website anda. Oleh itu, anda perlulah mengubah topik yang terdapat di website anda kepada topik yang lain yang dirasakan lebih sesuai.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
52
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Itu cerita bagi permohonan mereka yang berjaya diluluskan. Bagaimana pula jika permohonan anda ditolak? Jika permohonan anda ditolak, jangan mudah berputus asa. Anda mungkin boleh cuba lagi kerana ianya adalah percuma. Antara sebab-sebab mengapa permohonan anda ditolak ialah mungkin:-
1. Anda menggunakan webhosting percuma 2. Website anda menggunakan Bahasa Melayu. 3. Website anda tidak teratur dan terlalu banyak broken link. 4. Website anda adalah website peribadi yang menceritakan tentang hal-hal peribadi anda. Google biasanya tidak menerima website seperti ini kerana ia tidak mempunyai topik yang spesifik. 5. Website
anda
adalah
website
ciplak
atau
fotostat
atau
template.
Terdapat banyak pihak di Internet yang menjual template-template website yang kononnya mempunyai katakunci yang bagus yang mampu memberikan wang yang banyak apabila orang ramai klik pada iklan Google yang terdapat di dalam website template tersebut. Jangan menggunakan website seperti ini, permohonan anda bukan sahaja tidak diterima, malahan jika anda sudah mempunyai akaun Google AdSense, akaun anda mungkin akan digantung dan dibatalkan.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
53
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
PANDUAN DAN ETIKA
Ini adalah merupakan amaran keras kepada mereka yang mempunyai nafsu yang tamak, gelojoh, ingin cepat kaya serta bodoh, yang cuba menipu atau mengambil kesempatan terhadap program AdSense.
Saya telah menjumpai ramai orang-orang seperti ini yang telah mengambil tindakan bodoh dengan cara menipu supaya mereka dapat duit yang banyak dari program ini dengan cepat. Kebanyakkan dari mereka mengalami nasib yang serupa di penghujungnya, iaitu, akaun mereka dibatalkan.
Antara tindakan-tindakan bodoh yang dilakukan oleh mereka ini ialah:-
1. Klik sendiri pada iklan-iklan yang dipaparkan diwebsite mereka. 2. Menyuruh atau mengupah orang lain atau rakan-rakan mereka klik pada iklan Google di website mereka. 3. Pergi ke cybercafe dan kemudiannya klik pada iklan Google di website sendiri. 4. Pergi ke komputer orang lain dan klik pada iklan di website sendiri lagi. 5. Menggunakan template/website fotostat yang sama yang telah digunakan oleh beribu-ribu orang yang lain di Internet. 6. Menyertai komuniti yang berpakat untuk klik pada iklan Google sesama mereka.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
54
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
Saya menyeru kepada anda supaya kita sama-sama menggunakan kaedah yang telus dan benar. Jaga nama baik rakyat Malaysia. Saya tidak mahu perkara yang sama yang berlaku di Clickbank berulang.
Tahukah anda, suatu masa dahulu Clickbank adalah merupakan sebuah program penjanaan wang yang amat berkesan di Internet. Pada ketika itu, ramai rakyat malaysia berpeluang mengaut keuntungan dari Internet dengan menyertai program ini.
Namun begitu, disebabkan oleh tindakan orang-orang Malaysia yang tamak, gelojoh dan nak cepat kaya, pihak Clickbank telah menyekat program mereka dari disertai oleh orang-orang dari Malaysia. Ini kerana, mereka dapati, terdapat terlalu banyak penipuan yang dilakukan oleh akaun-akaun yang didaftarkan di Malaysia.
Oleh itu, jangan biarkan perkara yang sama berlaku kepada program Adsense! Jadilah orang yang jujur. Buangkan pemikiran jumud dan songsang yang mengatakan anda boleh jadi kaya dengan cepat. Tidak ada perkara seperti itu di dunia ini.
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
55
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
TIPS Sebenarnya terdapat banyak cara ataupun tips yang berguna yang boleh anda pelajari dan praktikkan bagi menambahkan pendapatan anda melalui Google AdSense.
Jika anda betul-betul serius inginkan pendapatan lumayan daripada Google AdSense, saya cadangkan anda berguru dengan Joel Comm. atau lebih terkenal dengan nama panggilan Dr. AdSense. Pendapatannya melalui Google AdSense tidak boleh diragui lagi seantero dunia. ‘The AdSense Code’ adalah salah satu #1 Best-selling di Amazon.com
Selain itu, blog Dollar4all juga menyediakan tips yang amat berguna sebagai rujukan anda untuk berjaya dalam Google AdSense. Paling menarik, anda boleh dapatkan semua tips tersebut secara percuma dan site tersebut hanya menempatkan artikel-artikel berkenaan Google AdSense sahaja. Tak perlu buang masa lagi. Yang pasti, Dollar4all betul-betul menjimatkan masa anda!
(Diedit dari artikel asal wangcyber.com)
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
56
Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar Zakuan R.
PENUTUP Semoga segala isi kandungan e-book ini telah sedikit sebanyak dapat membantu membuka minda anda dalam perkara berkaitan Program Affiliate, iaitu salah satu daripada berpuluh jenis perniagaan Internet yang boleh diceburi pada hari ini.
Ingatlah bahawa kita sekarang berada di zaman informasi dan Internet. Jika anda tidak menggunakan Internet sebagai salah satu sumber pendapatan, sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang rugi.
Sekalung penghargaan buat: •
Keluarga dan rakan-rakan -Hidup pasti tak bermakna tanpa anda semua-
•
Portal tuahemas.com -Bantuan dan panduan yang diberikan tak terhingga banyaknya-
•
Anda semua, pembaca budiman.
•
Semua yang melayari www.affiliatejaya.com
•
Dan akhir sekali, semua yang terlibat dalam penghasilan e-book ini serta website www.affiliatejaya.com sama ada secara langsung dan tidak langsung.
*Sebarang maklumbalas, pertanyaan, komen, dan apa sahaja berkenaan e-book ini boleh dihantar terus ke
[email protected]
-Salam AffiliateCopyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM
57