STPM/S913
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
BAHASA ARAB Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh
Sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu.
1
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
2
PRAKATA Sukatan Pelajaran Bahasa Arab yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Bahasa Arab sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun 2000. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaan pertama yang menggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Bahasa Arab ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia terhadap sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang sedia ada. Melalui sistem peperiksaan yang baharu ini, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal. Tujuan utama Majlis Peperiksaan Malaysia memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan universiti. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Bahasa Arab ini merupakan proses pengemaskinian tajuk, kandungan, dan kemahiran supaya selaras dengan perkembangan semasa. Sukatan pelajaran ini akan memberikan pendedahan kepada calon di peringkat prauniversiti tentang system bunyi dan tulisan Arab, tatabahasa dan morfologi, kebolehan berbahasa (lisan, penulisan, kefahaman, dan rumusan), penghayatan kesusasteraan Arab (puisi dan prosa) dan, balahgah/prama sastera (ilmu ma’ani, ilmu bayan, dan ilmu badi’). Di samping itu, teks kajian telah dipilih dengan teliti sepaya mewakili genre dan zaman yang berlainan serta mengandungi nilai-nilai murni dan estetika. Selain itu, sukatan pelajaran ini juga memberi penekanan dalam aspek meningkatkan kemahiran menulis, mencari dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan calon. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar sukatan pelajaran ini dapat menghasilkan calon prauniversiti yang berfikiran matang, berpengetahuan luas, dan berupaya untuk menyampaikan idea secara berkesan dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi. Selain itu, sukatan pelajaran ini juga mewajibkan calon menjalankan kerja kursus. Aspek ini difikirkan penting kerana melalui kerja kursus, calon bukan sahaja belajar menguasai ilmu tertentu tetapi juga dapat menerapkan kemahiran insaniah ke dalam diri mereka melalui pengalaman yang ditempuhi semasa menyiapkan tugasan tersebut. Pengalaman ini akan membantu calon dalam melaksanakan kerja kursus di peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan. Sukatan pelajaran ini mengandungi tajuk, waktu pengajaran, dan hasil pembelajaran mengikut penggal, di samping bentuk peperiksaan, pemerihalan prestasi, dan soalan contoh. Usaha menggubal sukatan pelajaran ini telah dilaksanakan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Profesor Madya Dr. Abdul Rahman bin Chik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Anggota jawatankuasa yang lain terdiri daripada beberapa orang pensyarah universiti dan maktab perguruan, wakil dari Bahagian Pendidikan Islam, dan guru-guru yang berpengalaman dalam pengajaran bahasa Arab di tingkatan enam. Bagi pihak Majlis Peperiksaan Malaysia, saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa ini atas khidmat yang telah diberikan. Oleh yang demikian, Majlis Peperiksaan Malaysia berharap agar sukatan pelajaran ini menjadi panduan kepada guru dan calon dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semoga pelaksanaan sukatan pelajaran ini berjaya mencapai matlamatnya.
Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia
3
KANDUNGAN Sukatan Pelajaran 913 Bahasa Arab
Halaman Matlamat
1
Objektif
1
Kandungan Penggal 1
1
5
Penggal 2
6
9
Penggal 3
10
20
Kerja Kursus (Kerja Projek)
21
Skim Pentaksiran
22
23
Pemerihalan Prestasi
24
Senarai Rujukan
25
Kertas Soalan Contoh Kertas 1
27
32
Kertas 2
33
38
Kertas 3
39
44
Kertas 4
45
50
Kertas 5
51
52
4
SUKATAN PELAJARAN BAHASA ARAB Matlamat Sukatan pelajaran ini bertujuan meningkat dan memperkukuhkan pengetahuan dan kecekapan pelajar dalam bahasa Arab dan pelbagai laras bahasa serta kesediaan pelajar dalam menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan bahasa Arab secara ilmiah. Di samping itu, sukatan ini dapat memupuk minat pelajar yang berterusan dalam mempelajari bahasa Arab bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi serta memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Objektif Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar (a)
menguasai tatabahasa dan laras bahasa serta mengaplikasikannya dalam pertuturan, pembacaan, dan penulisan;
(b)
memahami teks Arab yang didengar dan dibaca dengan baik serta merumus isi-isi penting;
(c)
menulis dan mengolah idea dalam bahasa Arab dengan menggunakan gaya bahasa yang betul;
(d)
berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa Arab standard; dan
(e)
melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan dalam proses pembelajaran sepanjang hayat.
Kandungan Kandungan sukatan pelajaran Bahasa Arab ini terbahagi kepada tiga penggal seperti berikut: (i) Penggal 1
(a) Kemahiran Bahasa (Pemahaman, Penulisan, dan Pertuturan) (b) Tatabahasa Fungsian (Saraf dan Nahu)
(ii) Penggal 2
(a) Kemahiran Bahasa (Pemahaman, Penulisan, dan Pertuturan) (b) Tatabahasa Fungsian (Saraf dan Nahu) (c) Balaghah
(iii) Penggal 3
(a) Kemahiran Bahasa (Pemahaman dan Pertuturan) (b) Tatabahasa Fungsian (Saraf dan Nahu) (c) Teks Sastera (d) Kerja Kursus: Kerja Projek
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
Kerja Kursus (Kerja Projek) 1.0
Pengenalan Setiap calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab wajib melaksanakan kerja kursus Bahasa Arab sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal ketiga. Wajaran markah bagi komponen kerja kursus ini adalah sebanyak 12%. Markah pentaksiran kerja kursus hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan. Pentaksiran pencapaian calon dalam kerja kursus ini berdasarkan kepada aspek yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Arab. Panduan dan arahan tugasan kerja kursus akan diberikan melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my.
2.0
Objektif Kerja kursus ini disediakan untuk menilai keupayaan calon dalam (a) Kemahiran kognitif: menguasai tatabahasa dan laras bahasa serta mengaplikasikannya dalam pertuturan, pembacaan, dan penulisan; memahami teks Arab yang didengar dan dibaca dengan baik serta merumus isi-isi penting; menulis dan mengolah idea dalam bahasa Arab dengan menggunakan gaya bahasa yang betul; berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa Arab standard; dan melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. (b) Kemahiran manipulatif: mencari dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat daripada pelbagai sumber; memperoleh sumber melalui aktiviti memerhati, merekod, menemubual, dan mengkaji selidik; memperoleh sumber melalui kajian perpustakaan, penulisan agensi kerajaan, dan swasta serta daripada sumber internet; dan mempersembahkan data serta maklumat yang diperolehi dalam bentuk grafik, jadual, rajah, carta, dan tulisan. (c) Kemahiran insaniah (soft skills), iaitu: berkebolehan untuk berkomunikasi secara lisan dan tulisan; berkebolehan untuk bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan bekerja sebagai satu pasukan; berupaya mengawal aktiviti kerja kursus yang disediakan secara berkesan; berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan; berupaya menyelesaikan masalah; berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif; mampu menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik; berkebolehan untuk menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika; dan berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi. 21
Skim Pentaksiran Penggal Pengajian
Kod dan Nama Kertas
Penggal 1
913/1 Bahasa Arab 1
Jenis Ujian
Ujian Bertulis
70 (28%)
Bahagian A: Kemahiran bahasa Pemahaman Soalan esei Jawab 1 soalan yang diberikan Penulisan Soalan esei 4 soalan diberikan Jawab 1 soalan daripada 4 soalan (100 perkataan) Bahagian B: Tatabahasa fungsian Saraf Soalan esei Jawab kedua-dua soalan yang diberikan Nahu Soalan esei Jawab kedua-dua soalan yang diberikan
Penggal 2
913/2 Bahasa Arab 2
Markah (Wajaran)
Ujian Bertulis
Bahagian B: Tatabahasa fungsian Saraf Soalan esei Jawab 1 soalan yang diberikan Nahu Soalan esei Jawab kedua-dua soalan yang diberikan Bahagian C: Balaghah Soalan esei Jawab 1 soalan yang diberikan
22
Pentadbiran
2 jam
Pentaksiran berpusat
2 jam
Pentaksiran berpusat
20
10
20
20
70 (28%)
Bahagian A: Kemahiran bahasa Pemahaman Soalan esei Jawab 1 soalan yang diberikan Penulisan Soalan esei 4 soalan diberikan Jawab 1 daripada 4 soalan yang diberikan (120 perkataan)
Masa
10
10
10
20
20
Penggal Pengajian
Kod dan Nama Kertas
Penggal 3
913/3 Bahasa Arab 3
Jenis Ujian
Ujian Bertulis
Markah (Wajaran) 50 (20%)
Bahagian A: Kemahiran bahasa Pemahaman Merumuskan teks pendek Soalan esei Jawab 1 soalan yang diberikan Bahagian B: Tatabahasa fungsian Saraf Soalan esei Jawab 1 soalan yang diberikan Nahu Soalan esei Jawab 1 soalan yang diberikan Bahagian C: Teks sastera Soalan esei Jawab kedua-dua soalan yang diberikan
Masa
Pentadbiran
1½ jam
Pentaksiran berpusat
10
10
10
20
913/4 Bahasa Arab 4
Ujian Lisan Bahasa Arab Bacaan, Tatabahasa, dan Perbualan
30 (12%)
15 minit
Pentaksiran berpusat
913/5 Bahasa Arab 5
Kerja Kursus: Esei Tugasan adalah berdasarkan tajuk daripada penggal 1 atau penggal 2.
30 (12%)
Sepanjang penggal 3
Pentaksiran oleh guru sekolah bagi calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan Pentaksiran oleh pemeriksa yang dilantik bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu
23
Pemerihalan Prestasi Gred A Calon berupaya menjawab soalan dengan tepat dan huraian yang jelas serta mencukupi. Calon berupaya menggunakan perkataan, ejaan, dan tanda baca dengan jelas dan tepat. Calon berupaya menggunakan struktur ayat yang betul dan gaya bahasa yang menarik. Calon berupaya mengemukakan fakta yang tepat dengan sokongan hujah yang kukuh. Calon berupaya mengolah isi kandungan dan merumus dengan cara yang sistematik. Calon berupaya menyebut perkataan dengan fasih berserta ton dan intonasi yang sesuai. Calon berupaya mempraktikkan kemahiran kognitif, afektif, dan insaniah di tahap tinggi.
Gred C Calon menjawab soalan dengan tepat tanpa huraian. Calon menggunakan perkataan, ejaan, dan tanda baca dengan kurang jelas. Calon menggunakan struktur ayat yang betul dan gaya bahasa yang tidak menarik. Calon mengemukakan fakta dengan sokongan hujah yang tidak kukuh. Calon mengolah isi kandungan dan merumus dengan cara yang tidak sistematik. Calon menyebut perkataan dengan kurang fasih berserta ton dan intonasi yang tidak sesuai. Calon mempraktikkan kemahiran kognitif, afektif, dan insaniah di tahap rendah.
24
Senarai Rujukan Bahagian bahasa 1.
Al-Jarim, Ali dan Amin, Mustafa, t. th. al-Nahw al-Wadih. Kaherah: Dar al-Ma‟arif.
2.
Al-Jarim, Ali dan Amin, Mustafa, t. th. Mulakhkhas al-Nahw al-Wadih. Lubnan: Dar al-Ma‟arif.
3.
Al-Rajihi, Abduh, 1974. Tatbiq al-Sarfi. Beirut: Dar al-Nahdah al-Arabiyyah.
4.
Mukarram, Abd al-„Al Salim, 1975. Tatbiqat Nahwiyyah wa Balaghiyyah. Kuwait: Dar alBuhuth al-Alamiyyah.
5.
Ni‟mah, Fuad, t. th. Mulakhkhas Qawaid al-Lughah al-Arabiyyah.
6.
Sulaiman, Abd al-Jawwad, t. th. al-Rafiq fi al-Lughah al-Arabiyyah. Kaherah: Kosta Thomas.
Bahagian kesusasteraan 7.
Al-Fakhuri, Hana, 1987. Tarikh al-Adab al-Arabi. Beirut: al-Matba‟ah al-Bulisiyyah.
8.
Shams al-Din, Ibrahim, 2003. Marja’ al-Tullab fi Taysir al-Insha’. Casablanca: Maktabah al-Salam al-Jadidah.
9.
Yusuf Husni „Abd al-Jalil, 2001. Fi al-Nas al-Abbasi wa al-Andalusi Dirasah wa Tahlil. Kaherah: Muassan al-Mukhtar.
10. Zainal Abidin Ají Abdul Kadir, 1987. Mudhakirah fi Tarikh al-Adab al-‘Arabi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
25
26
27
913/1 28
913/1 29
913/1 30
913/1 31
32
33
913/2 34
913/2 35
913/2 36
913/2 37
38
39
913/3 40
913/3 41
913/3 42
43
44
45
913/4 46
47
48
49
913/4 50
51
913/5 52