SAH 123 : AKHLAK
BAB 4: PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA
HASIL PEMBELAJARAN
Menerangkan maksud pembentukan akhlak mulia.
Menjelaskan kepentingan pendidikan Iman
Menghuraikan peranan guru dalam pembentukan akhlak.
Pembentukan Akhlak Mulia
Akhlak
adalah sesuatu
yang boleh diubah dan dibentuk. Sama ada ia berubah kepada akhlak yang
mulia
kepada
atau
akhlak
pun yang
buruk. Pelbagai contoh yang
boleh
bagaimana manusia
kita
lihat akhlak
berubah.
Contohnya seperti yang berlaku kepada Khalifah Kedua Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin Saidina Umar al-Khattab, perubahan akhlak yang berlaku kepada beliau sesudah memeluk agama Islam berbanding semasa berada di zaman jahiliyyah. Sebelum memeluk Islam, Saidina Umar dikatakan seorang yang terlalu garang, keras kepala, tegas dalam mempertahankan pendiriannya, dan menyeksa hambanya yang memeluk Islam hingga ada yang mati. Menurut sejarah, 11 orang pernah diseksa oleh Umar hingga ada yang mati dan tercedera. Walaubagaimanpun, setelah memeluk Islam, beliau telah merubah akhlak dan peribadi diri kepada akhlak mulia. CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
Beliau seorang yang zuhud, berdisiplin, membantu orang susah, amanah, dan sebagainya. Di sini dapat dirumuskan bahawa akhlak boleh dibentuk, ia bukan sesuatu yang kekal dan tidak boleh diubah. Imam Ghazali ditanya tentang “Bolehkah akhlak seseorang diperbaiki? Bolehkah sikap
seseorang
dibentuk?.
Beliau
menjawab
“Boleh”.
Imam
Al
Ghazali
menyambung lagi: "Jikalau akhlak (sikap) tidak boleh menerima perubahan, nescaya tidak bergunalah (tidak bermaknalah) nasihat, pesanan, (ingatan) dan didikan (tarbiyah)". Kerana akhlak dan sikap boleh berubah dan dibentuklah, maka kita disuruh hidup saling pesan memesan, nasihat menasihati, berkhutbah, bertazkirah dan berdakwah.
Islam meletakkan akhlak di tempat yang tinggi. Bukti kepada pengiktirafan kedudukan akhlak dalam agama Islam dapat dilihat atas beberapa sebab:
a) Matlamat pengutusan Rasulullah S.A.W. adalah untuk memperbaiki akhlak manuisa sebagaimana dalam hadith baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
b) Dalam hadith lain Nabi S.A.W. telah menyebut bahawa perkara yang paling berat timbangannya di akhirat kelak ialah akhlak yang baik. c) Islam meletakkan orang yang berakhlak baik sebagai mempunyai darjat keimanan yang tinggi. d) Orang yang berakhlak lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. di hari akhirat kelak. e) Nabi S.A.W. sendiri, walaupun telah diketahui umum sebagai insan yang paling tinggi akhlaknya, masih memohon kepada Allah agar diperelokkan akhlaknya.
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
Pendidikan Iman sebagai Asas Akhlak
Persoalan akhlak dan moral ada kaitannya dengan iman. Orang yang beriman kepada Allah ialah orang yang sentiasa takut untuk melakukan perbuatan yang terlarang di samping mengerjakan yang disuruh Allah. Iman ini harus dimiliki dan menjadi benteng penghalang pengaruh-pengaruh negatif. Orang yang beriman ialah orang yang berakhlak mulia ( bermoral dan memiliki nilai murni ), orang yang sentiasa melakukan yang baik dan menjauhi dosa iaitu tidak melakukan perbuatan negatif yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat.Sekiranya hal ini tidak diberi perhatian yang serius, maka pembentukan moral dan insan yang murni akhlak tidak akan berhasil.
Pendidikan adalah perkara yang sangat penting dalam mencorak manusia menjadi seseorang yang beriman. Iman adalah asas kepada akhlak Islam. Tidak akan sempurna iman seseorang jika tidak disertai oleh akhlak yang baik.
Pentingnya pendidikan Iman dapat dilihat pada ayat-ayat al-Quran yang sentiasa menyeru manusia berbuat baik dan mencegah manusia daripada melakukan perbuatan mungkar. Ayat yang biasanya dimulai dengan "Wahai orang-orang yang beriman" kemudian barulah diikuti dengan perintah atau larangan. Iman yang teguh tetap memerlukan akhlak yang teguh. Jika berlaku kemerosotan akhlak di kalangan manusia, puncanya adalah kelemahan iman dan tertakluk kepada kefasikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seseorang.
Semakin kuat iman, maka semakin bertambah sensitiviti seseorang itu daripada melakukan perkara-perkara yang syubhah dan haram. Manakala sebaliknya, semakin lemah iman akan menurunkan sensitiviti tersebut, kata Abdullah ibn Mas’ud RA berkata: “Orang mukmin melihat dosa-dosanya seolah-olah dia sedang berada di kaki gunung; dia takut kalau gunung itu akan menghempapnya. Manakala ahli maksiat CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
melihat dosanya hanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya maka mudah untuk menghalaunya.”
Pendidikan iman bolehlah disimpulkan sebagai suatu pemulihan tenaga keimanan seseorang supaya dapat mempertahankan diri manusia daripada segala kerendahan dan keburukan serta dapat mendorong manusia ke arah kemuliaan.
Pembentukan Akhlak Melalui Latihan dan Bimbingan
Pendidikan mempunyai maksud yang luas iaitu tunjuk ajar dan latihan tersusun serta berterusan untuk membentuk akhlak, kemampuan akal, pembentukan displin dan lain-lain. Kedua ibubapa merupakan institusi yang paling asas dalam pendidikan anak-anak.
Pendidikan
yang
diberikan itu hendaklah bermula
dari
rumah
yang ditangani oleh ibu bapa.
Selepas
itu
barulah berpindah ke peringkat
sekolah
hingga
ke
pengajian
tinggi
pendidikan formal.
pusat bagi
berbentuk Ibu
bapa
seharusnya mempunyai keperibadian dan akhlak yang mantap sebagai pendidik dan pembimbing seperti lemah lembut dalam pertuturan, pergaulan, sabar, lapang dada, istiqamah, berwawasan dan seumpamanya.
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
Anak-anak adalah amanah Allah SWT bagi ibu bapa. Ia diibaratkan sebagai kain putih yang mudah menerima apa yang di corak kepada anak samada kearah kebaikan ataupun keburukan seperti sabda Rasulullah SAW: “Tiap-tiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan suci bersih maka kedua ibu bapanyalah yang menyebabkan ia menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi”. (Riwayat At Tabrani)
Hadith ini memberi pengertian peranan ibu bapa adalah penting dan menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Di samping itu setiap tindak tanduk manusia di dunia akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Firman Allah SWT dalam Surah At-Tahrim ayat 6, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan anak isterimu daripada seksa api neraka”.
Menurut Profesor Madya Dr. Saedah A. Ghani, ibu bapa berperanan penting dalam menunjuk hala yang betul untuk kehidupan anak-anak. Katanya, anak-anak sekarang memerlukan bimbingan dan galakkan bagi mendapatkan seberapa banyak ilmu yang ada. Ilmu dan pelajaran memang penting untuk hidup dan membangunkan diri mereka sendiri, malah anak-anak yang mempunyai ilmu lebih berkeyakinan diri. Dalam erti kata yang lain, latihan dan bimbingan daripada ibu bapa sangat penting dalam membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak. Agar anak-anak akan menjadi insan yang mempunyai modal insan yang baik dan cemerlang dunia akhirat.
Peranan Guru dalam pembentukan Akhlak
Guru adalah satu golongan masyarakat yang khas. Atan Long (1980) mendefinisikan guru sebagai satu golongan masyarakat untuk memberikan pendidikan secara formal dan bersistematik kepada generasi muda dalam masyarakat itu. Memang dikatakan guru memainkan peranan penting dalam menjayakan pendidikan moral dan nilai CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
kerana ketika anak-anak berada di sekolah guru-gurulah yang memainkan peranan sebagai ibu bapa.
Oleh itu peranan guru dan ibu bapa sama penting dalam pendidikan.Sebagaimana ibu bapa, guru-guru juga dipandang oleh anak-anak didiknya sebagai contoh atau ‘role model’. Kalau tidak masakan ada pepatah berbunyi “ Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”.
Oleh itu, setiap guru mesti memiliki akhlak yang mulia agar sifatsifat mulia itu dapat diteladani dan diikuti. Apa kata kalau guru sendiri
tidak
dapat
menjadi sebagai ‘role model’ yang baik, bak kata
pepatah
tadi,
muridnya tentu tidak berguna. Tegasnya, anak-anak didik akan menjadi lebih biadap lagi.Sebagai ‘role model’ bukan mudah. Segala gerak geri, tingkah laku dan perwatakan menjadi ikutan. Cara guru bercakap, berjalan, berpakaian dan paling utama dari segi akhlaknya diperhatikan.
Guru yang baik disenangi anak-anak didiknya. Apatah lagi kalau guru ini jujur dan ikhlas, segala tunjuk ajar, ingatan atau nasihat serta bimbingan yang diberikan mudah diterima.Kejayaan dalam menerapkan nilai-nilai murni bergantung kepada kesabaran guru kerana guru merupakan orang yang paling berpengaruh dalam pembentukan sahsiah dan ‘mind set’ seseorang individu pada tahun-tahun formatif anak-anak didiknya.
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
Di dalam Hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda: “Seseungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia.” (Hadis Riwayat Tirmizi (3685) disahihkan oleh Al-Albani.)
Bagi membolehkan guru memainkan peranan bagi melahirkan generasi yang berakhlak, ianya boleh dilihat dari lima peranan penting dalam melahirkan insan yang mempunyai akhlak yang mulia. Peranan tersebut ialah seperti berikut: a) Menyampaikan ilmu (Mu’allim).
Ilmu pengetahuan yang benar dan diyakini akan menjadikan seseorang individu itu berpegang teguh dalam amalannya. Guru berperanan untuk menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan yang bermoral. Guru harus menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan lebih berkesan tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu. Ini bersesuaian dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
menekankan nilai-nilai murni merentasi kurikulum (Saharudin, 2008:10).
b) Menjayakan proses pendidikan/tarbiyah (Murabbi).
Guru sejati, guru cemerlang dan guru yang baik adalah guru yang menjayakan proses tarbiyyah. Proses ini adalah dari mendidik anak-anak tidak tahu membaca kepada bolah membaca sehingga menjadi pemimpin Negara. Guru Murabbi adalah guru segala-galanya. Oleh yang demikian, guru seharusnya sentiasa peka kepada perubahan. Perubahan yang berkaitan dengan profesionnya dan juga perubahan lain yang berlaku di sekelilingnya. Guru Murabbi sentiasa berpegang teguh dan memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk mengajar dan mendidik serta memberi teladan kepada murid-muridnya. Guru Murabbi juga sentiasa faham dengan tugas guru yang mulia. Beliau menjadikan sekolah sebagai rumah dan syurganya, yang sentiasa memerangi kejahilan, kebodohan, kelemahan dan kelalaian diri dan murid-muridnya (Saharudin, 2008:10).
c) Memperkembangkan kemahiran (Mudarris).
Guru-guru berperanan untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-muridnya. Kemahiran dalaman guru menurut Ranjit Singh Malhi dalam bukunya, “Success depends on Teachers” memberi ulasan kepada PIPP yang merangkumi empat aspek utama iaitu; kemahiran sikap peribadi (personal attributes), kemahiran penampilan diri (interpersonal), kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran membuat keputusan.
Kemahiran sikap peribadi (personal attributes), melibatkan berpegang teguh kepada etika kerja, kemahiran menghormati iaitu menghormati pelanggan dan orang-orang lain
serta
persekitarannya.
Contohnya
guru
perlu
mempunyai
kemahiran
menghormati murid sebagai pelanggan operasi, seperti tidak mengaitkan apa-apa yang boleh menyentuh perasaan secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
kesat dan menghina mereka (Saharudin, 2008:10). Kemahiran penampilan diri (interpersonal) pula berkaitan kemahiran seseorang guru dalam menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Kemahiran luaran melibatkan kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dengan lain perkataan kemahiran menggunakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengajaran atau pedagogi
pengajaran.
Contohnya,
guru
seharusnya
mempunyai
kemahiran
menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap dan kebolehan murid. Proses pengajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan, sekiranya guru menggunakan peralatan bantu mengajar terkini seperti komputer, alat tayang digital (LCD) dan mahir melayari internet untuk mendapatkan sumber maklumat dan ilmu terkini selaras dengan misi untuk mewujudkan sumber maklumat dan ilmu terkini selaras dengan misi untuk mewujudkan sumber pendidikan bertaraf dunia dan seterusnya mencapai misi nasional (Saharudin, 2008:10).
d) Mendidik adab dan budi pekerti (Mu’addib).
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan untuk mengembangkan potensi insan yang berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Guru mu’addib adalah guru yang menganjarkan adab dan budi pekerti. Dalam hal ini, guru berusaha memastikan adab dan budi pekertinya adalah ditahap yang cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan masyarakat sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul. Perbuatan ini amat dibenci oleh Allah (Tuhan sekalian Alam) seperti firmannya “amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu menyatakan apa-apa yang kamu tidak berjalan” (Surah Ash-Shaff ayat 3).
Guru Mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Antara nilai murni yang perlu ada pada seseorang guru adalah sifat daya tahan dan tidak mudah menyerah kalah. Sifat yang demikian akan menjadikan guru lebih bermotivasi, kreatif dan inovatif. Guru yang CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
mu’addib akan memandang ke hadapan dan tidak mudah menyerah kalah. Guru seperti ini sentiasa berfikir “Jika tidak boleh melalui satu pintu, saya akan keluar mengikut pintu lain atau saya akan buat pintu lain. Sesuatu yang saya mahu akan menjadi, sama ada dalam gelap atau dalam terang”. Sikap inilah yang boleh menjadikan martabat guru dijulang tinggi dan terus berusaha tanpa mengira jemu dan putus asa terutama dalam mendidik generasi akan datang (Saharudin, 2008:11).
e) Melahirkan pemimpin generasi akan datang (Mursyid).
Guru adalah pemimpin bahkan juga kepada pemimpin yang sedia ada. Di dalam sajak Usman Awang, beliau menyatakan, “jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, jika hari ini seorang raja menaiki tahta, jika hari ini seorang presiden sebuah Negara, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa”. Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan yang berat dan ini adalah peranan dan tugas yang terletak di bahu guru. Dilihat dari sejarah kita, ramai pemimpin Negara ini asalnya seorang guru dan para pemimpin mendapat didikan dari guru. Oleh yang demikian, sejarah membuktikan bahawa guru Mursyid adalah pemimpin dan membentuk kepimpinan insaniah (Saharudin, 2008:11).
CATATAN: