Suasana meriah di kawasan dermaga menunjukkan “hong”, iaitu pejabat dan kediaman syarikat-syarikat perniagaan Eropah di Guangzhou (Canton), yang boleh didapati pada mangkuk cenderamata seperti ini digunakan sebagai kenangan untuk saudagar asing.
Keghairahan Seluruh Dunia untuk Mengumpul Porselin, 800–1900 tahun masihi hingga 14 Disember 2014
Mangkuk Hong China, sekitar tahun 1785 Porselin, diameter 36 sm
PROGRAM Saturdays@ACM – 2 Ogos dan 1 November 2014 Saturdays@ACM: Berbesaran – 4 Oktober dan 6 Disember 2014 1 hingga 5 petang Masuk percuma Pesta Bulan Bahasa 6 dan 7 September 2014 1 hingga 5 petang Masuk percuma Lawatan Berpandu oleh Kurator 19 September dan 21 November 2014 7.30 malam $15 Lawatan Berpandu oleh Direktor Muzium 10 Oktober 2014 7.30 malam $50 ACM After Dark 25 Oktober 2014 7 malam hingga lewat Masuk percuma
Piring England, Worcester, sekitar tahun 1765–75 Porselin lembut Pemberian dari En. dan Puan Toshio Egawa
1 Empress Place, Singapore 179555 www.acm.org.sg • Waktu Operasi: Setiap hari 10 pagi – 7 malam • Jumaat 10 pagi – 9 malam
Apakah itu porselin atau tembikar?
China Mania! Keghairahan Seluruh Dunia untuk Mengumpul Porselin, 800-900 tahun masihi
Porselin. Seramik putih yang dihasilkan dengan membakar campuran tanah liat khas di dalam tanur dengan suhu lebih kurang 1300° C. Membentuk bahan berupa kaca lut cahaya yang boleh menghasilkan bunyi berdering apabila diketuk. Porselin Cina biasanya dihasilkan dengan menggunakan tanah liat yang kaya dengan silikat iaitu kaolin (gaoling 高岭). Marco Polo, iaitu seorang pengembara dari Venice (1254–1324) telah melihat penghasilan porselin di China di istana Kublai Khan. Beliau mengelarnya sebagai porcellana, iaitu bahasa Itali yang membawa erti sejenis kulit cengkerang berwarna putih, dan tidak lama kemudian ia menjadi istilah rasmi di seluruh Eropah.
China telah membekalkan porselin yang berkualiti tinggi kepada pasaran dunia selama lebih daripada seribu tahun. Porselin Cina yang lut cahaya, anggun dan tahan lasak dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna telah menjadi rebutan dan sering ditiru. Dari dinasti Tang (618–906) sehingga kurun ke-20, tanur di sekitar China telah menghasilkan pelbagai jenis porselin, dari karya pameran yang menakjubkan ke jumlah mangkuk dan pinggan yang banyak untuk kegunaan harian. Kapal yang dipenuhi porselin berjaya mencapai pasaran di serata dunia. Sepertimana dengan semua produk yang berjaya, porselin Cina mempunyai saingan. Apabila ketidakstabilan menggangu eksport Cina, Asia Tenggara dan Jepun mengisi kekosongan itu dengan seramik yang meniru kecantikan porselin. Lebih banyak saingan datang dari Eropah yang mengalami kesukaran menghasilkan porselin. Perdagangan antarabangsa berjaya menyebarkan teknologi pengilangan, bentuk dan gaya sekaligus mencetuskan penghasilan pelbagai jenis objek yang cantik dan menarik.
Penunu kemenyan Piring dengan wanita-wanita Parsi China, Jingdezhen, dinasti Ming (1580–1644) Porselin, diameter 53.1 sm
Tembikar batu. Biasanya berwarna kelabu atau perang; dibakar dengan suhu yang lebih rendah iaitu kira-kira 1100 hingga 1250° C. Tembikar. Seramik yang dibakar dengan suhu di bawah 1100° C. Sepuh. Bahan gemerlap yang digunakan untuk menyalut dan menghias seramik. Ia dibakar ke atas tanah liat di dalam tanur. Sepuh mampu mewarnakan, mengukuhkan atau memberikan kesan kalis air kepada seramik.
Dipasang di Eropah, kurun ke-18 Kuda porselin: China, zaman Kangxi (1662–1722) Cawan-cawan Lakuer: Jepun, kurun ke-17 Gangsa bersalut: Perancis, sekitar tahun 1750 Ketinggian 25 sm
Perdagangan seramik di Asia Tenggara
Jurang Ming
Porselin Cina jauh lebih bermutu berbanding dengan tembikar buatan tempatan. Oleh itu negara China menguasai pasaran tersebut sehingga kurun ke-14. Kebanyakan tanur di China, terutamanya di daerah Fujian, Guangdong, Zhejiang dan Jiangxi, telah menghasilkan porselin untuk dijual ke Asia Tenggara.
Semasa pemerintahan maharaja Hongwu pada zaman Ming (1368– 98), perdagangan luar negara telah diharamkan dan eksport porselin telah berkurangan. Tanur di negara Thai dan Vietnam berjaya mengisi kekurangan ini dengan pantas. Tukang tembikar di Vietnam utara menyalut barang tembikar batu dengan larutan putih (campuran tanah liat dan air) untuk meniru gaya dan warna porselin Cina. Banyak barangan tembikar Vietnam telah berjaya tiba di Filipina, Jawa, Sulawesi, Semenanjung Tanah Melayu, malah Jepun dan Turki.
Bekas penuang air labu air China, dinasti Yuan (sekitar tahun 1300) Porselin, ketinggian 11 sm
Porselin seperti bekas penuang air ini dengan sepuh lutsinar berwarna biru yang dipanggil qingbai (bahasa Cina yang bererti biru dan putih), telah diimport masuk dengan banyak ke dalam rantau ini. Corak berbintik begini amat popular
Piring China, Longquan, dinasti Ming (kurun ke-16) Tembikar batu bersepuh warna hijau muda (seladon), diameter 37.5 sm
Negara China telah menghasilkan banyak jenis porselin bersepuh hijau, dalam rona warna dari hijau buah zaitun muda ke kelabu-biru. Porselin yang menyerupai jed ini digemari kerana kecantikannya dan sejumlah besar telah dieksport ke Asia Tenggara. Balang Vietnam utara, kurun ke-15 Tembikar batu, 89 sm
Balang (Balang “Tradescant”)
Tepak Sireh
China Selatan, dinasti Ming (kurun ke-16) Tembikar batu, ketinggian 31.5 sm
Porselin, Vietnam, kurun ke-16 atau 17 ikatan: Makassar (Indonesia), kurun ke-19. Lebar 34 sm
Balang simpanan yang popular ini telah dieksport ke Indonesia, Thailand dan Filipina. Ia diberikan nama sempena ahli botani Sir John Tradescant (meninggal dunia tahun 1627), yang mengumpul balang jenis ini semasa pengembaraan beliau di Asia Tenggara.
Tepak sireh ini dibuat daripada porselin Vietnam dan bingkai bersalut perak.
Jalan Perdagangan dan Kapal Karam Bangkai kapal telah mendedahkan kapasiti dan kecanggihan tanur Cina, sambil membuktikan citarasa yang berubah menjalang masa. Rangkaian perkapalan berjaya menghubungkan China ke pelabuhan-pelabuhan di serata dunia lalu menyebabkan pertukaran barangan dan idea yang berterusan. Tetapi malangnya banyak kapal hilang di lautan. Barangan seramik disimpan di tingkat paling bawah di dalam kapal untuk menjadi pemberat, tetapi juga kerana ia kalis air dan berjaya bertahan di dalam lautan walaupun selepas beratus-ratus tahun.
Mangkuk China, sekitar tahun 830 Tembikar batu, diameter 15.2 sm Dari kapal karam Tang, Pulau Belitung
Salah satu daripada 55,000 mangkuk yang dihasilkan secara besar-besaran di tanur Changsha yang telah ditemui daripada bangkai kapal Tang berhampiran pulau Belitung di Lautan Jawa.
Sebahagian daripada laluan utama perdagangan porselin, 1500-1850
Porselin Lambang Kebangsawanan
Piring besar berjata China, sekitar 1738 Porselin, diameter 23 sm
Perkakas makan yang mempamerkan lambang kebangsawanan ini adalah hasil buatan yang paling terperinci dari negara China untuk Britain. Ia menunjukkan jata Leake Okeover (1702– 1765), bersilang dengan jata isterinya, Mary Nichols (meninggal dunia 1764). Seperti piring-piring tempahan yang lain, corak ini berdasarkan lukisan yang dihantar ke China pada tahun 1738.
Pasaran yang berkembang
Pertukaran budaya kesenian antara China dan Timur Tengah
Pada kurun ke-16, penubuhan laluan perdagangan yang tetap oleh pihak Portugis telah membawa banyak porselin Cina ke Eropah. Tanur di China telah diupah untuk menghasilkan bentuk dan corak tertentu yang biasanya tidak dikenali di China seperti mangkuk dan bekas penuang air. Penghasilan barang porselin ini terdiri daripada barangan khas yang sangat mahal serta barangan kegunaan harian yang dihasilkan secara besar-besaran.
Semasa pemerintahan Abbasid Empayar (750–1258), tukang seni di negara Arab dan Persia mula menghasilkan seramik anggun yang mempunyai sepuh legap dan corak kecil. Barangan seramik seperti ini mendapat ilham daripada porselin Cina dan memperoleh sambutan yang sangat menggalakkan.
Ketika keruntuhan dinasti Ming pada tahun 1600an, naungan diraja terhadap industri porselin telah menjadi semakin berkurangan. Tukang tembikar di China terpaksa mencari pasaran baharu bagi menggantikan permintaan tempatan yang semakin berkurangan.
Mangkuk dengan sebai palma Empayar Abbasid (Iraq), kurun ke-9 Tembikar, sepuh biru kobalt cat, diameter 24.6 sm
Warna biru kobalt ditambahkan sebagai perhiasan pada barangan seramik Persia. Corak “biru dan putih” ini amat digemari dan secara langsung mempengaruhi porselin biru dan putih yang dihasilkan di China pada permulaan kurun ke-9. Sepuh pigmen kobalt telah dieksport dari Iran ke China.
Kegiatan perdagangan telah mempengaruhi gaya seramik di kedua-dua rantau ini selama berkurun-kurun. Sesetengah barangan seramik Timur Tengah, yang mendapat ilham daripada barangan tembikar Cina, mempunyai bentuk atau perhiasan Iran. Sebaliknya, porselin Cina yang dieksport ke dunia Islam mempunyai ukiran Arab dan corak geometri yang rumit dalam warna hijau dan merah jambu. Set piring berbentuk khinzir China, Jingdezhen, 1620an Porselin, lebar 9.5 sm setiap satu
Set piring kecil dalam bentuk yang menghiburkan amat popular di Jepun untuk menghidangkan makanan bagi mengiringi majlis teh.
Bekas penuang air dalam bentuk wanita yang menari China, Jingdezhen, kurun ke-16 Porselin, ketinggian 30 sm
Wanita yang menari ini sebenarnya merupakan jag air: tangannya yang ternaik merupakan muncung; tangan yang terturun pula merupakan pemegang. Satu bekas penuang air yang hampir serupa juga dimiliki oleh maharaja Jahangir dari zaman Mughal yang menunjukkan bahawa porselin Cina dengan bentuk menarik juga giat dikumpul oleh kerajaan di serata dunia.
Piring China, kurun ke-18 Porselin, 26 x 34 sm
Corak bunga pada piring ini dikenali sebagai “daun tembakau” apabila piring seperti ini mula-mula tiba di Eropah pada kurun ke-18 (akan tetapi ia mungkin meniru gaya tumbuhan Asia Tenggara). Corak ini amat popular terutamanya di Portugal.
Tiga mangkuk China, bertarikh 1297 Hijrah (1879–80) dan 1301 Hijrah (1883–84) Porselin dengan enamel bercat, diameter 36.6 sm setiap satu
Mangkuk-mangkuk besar ini merupakan sebahagian daripada perkakas yang dihasilkan untuk Putera Zill al-Sultan (1850-1918), iaitu anakanda ketiga Shah Nasir dari Iran.
Tiruan
Porselin Zhangzhou
Semasa penghasilan barangan seramik tergendala di China, pedagang Belanda terdesak mencari barangan pengganti dan beralih ke Jepun. Barangan seramik berwarna cerah yang diperolehi di sana telah menjadi begitu popular sehingga pihak Cina bergegas meniru gaya Jepun apabila eksport Cina disambung semula.
Pada kurun ke-16 dan 17, tanur di sekitar Zhangzhou 漳州 (daerah Fujian) telah menghasilkan porselin secara besar-besaran untuk dieksport ke Jepun dan Asia Tenggara. Porselin jenis ini telah lama digelar sebagai porselin “Swatow”, sempena pelabuhan Shantou 汕头 (daerah Guangdong). Walau bagaimanapun, penggalian ekspedisi di tapak tanur menunjukkan bahawa semua seramik ini sebenarnya dihasilkan di sekitar Zhangzhou.
Piring China, Zhangzhou, kurun ke-16 atau 17 Porselin, diameter 38 sm
Piring-piring besar seperti ini amat popular untuk majlis makan beramai-ramai di Jawa dan Sumatra. Kebanyakan piring mempunyai ukiran dalam bahasa Arab yang menunjukkan bahawa ia dihasilkan untuk pasaran Islam di Asia Tenggara dan juga Timur Tengah. Piring
Piring
China, Jingdezhen, kurun ke-17 Porselin, diameter 35 sm
Jepun, Arita, sekitar 1700 Porselin, diameter 54.5 sm
Porselin Cina dianggap begitu berharga sehingga negara-negara Eropah cuba menghasilkan porselinnya sendiri. Itali dan Perancis menghasilkan porselin tiruan berbakar suhu tinggi, tetapi hanya pada tahun 1708 porselin lut cahaya yang keras dan putih berjaya dihasilkan di Meissen, Jerman. Piring porselin lembut Inggeris dibawah merupai satu corak popular Cina.
Kamcheng
Teko kopi
China, Jingdezhen, akhir kurun ke-19 atau awal kurun ke-20 Porselin, diameter 20.1 sm
China, awal kurun ke-20 Porselin, 15.3 x 18.5 sm
Porselin Peranakan Piring
Piring
China, dinasti Qing (zaman Kangxi, 1662–1722) Porselin, diameter 28.2 sm
England, Worcester, 1770an Porselin lembut, diameter 22.2 sm Pemberian dari En. dan Puan Toshio Egawa
Dari kurun ke-19 hingga sekitar tahun 1930an, porselin licau lampau berenamel dihasilkan di Jingdezhen untuk masyarakat Peranakan Cina yang kaya di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Barangan porselin ini biasanya digunakan hanya untuk upacara tertentu atau majlis perayaan istimewa, manakala barangan porselin biru dan putih yang lebih ringkas (juga digunakan oleh masyarakat Cina di sekitar Asia Tenggara) digunakan untuk menghidangkan makanan harian.