UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI & PENGKOMERSIALAN (UPIK)
PANDUAN PENULISAN DIGES PMS 1.
PENGENALAN DIGES PMS merupakan platform
bagi perkongsian idea, maklumat dan hasil
penyelidikan di kalangan staf PMS. Ia meliputi pelbagai bidang pendidikan seperti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan, keusahawanan, e-pembelajaran, teknologi, sains dan lain-lain sesuai dangan perkembangan globalisasi abad ke – 21.
2.
BAHASA PENGHANTARAN Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
3.
PROSEDUR PENGHANTARAN Penulisan yang telah diedit mengikut panduan penulisan diges hendaklah diemelkan kepada Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan dan hard copy kepada wakil UPIK jabatan beserta Borang Pengesahan Penulisan yang lengkap (Lampiran 1).
4.
KEASLIAN KARYA Penulis bertanggungjawab untuk memastikan karyanya tidak melanggar mana-mana hak cipta. Editor dan penerbit tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perlanggaran hak oleh penulis. Artikel yang telah diterbitkan sama ada dalam bentuk prosiding, jurnal dan sebagainya tidak boleh digunakan atau diterbitkan sekali lagi dalam diges PMS.
5.
PENILAIAN Artikel akan dinilai oleh seorang penilai pakar dalam bidang sama ada penilai dalaman atau luaran yang dilantik oleh pihak Pusat Penyelidikan, Inovasi Politeknik (PPIP), JPP. Keputusan mengenai penerimaan artikel adalah berasaskan cadangan penilai sama ada diterima tanpa pembaikan, diterima dengan pembaikan 1/6
UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI & PENGKOMERSIALAN (UPIK) (minor/major) atau ditolak. Kriteria penilaian adalah berdasarkan kesesuaian karya untuk dimuatkan dalam DIGES, nilai sumbangan terhadap disiplin, kesesuaian karya dari aspek konseptual dan teknikal serta kejelasan persembahan penulisan.
6.
PANDUAN PENYEDIAAN ARTIKEL Penulis perlu menyediakan artikel seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 2. Artikel yang tidak disediakan mengikut panduan ini akan dikembalikan semula kepada penulis untuk dibuat pembaikan. Sila rujuk jadual 3 sebagai panduan rangka sebuah artikel.
7.
SKOP BIDANG Penyelidikan pendidikan dan inovasi berasaskan Technical Vocational Education and Training (TVET).
Jadual 1: Format layout Jurnal BIL PERKARA
CATATAN
1
Processor
Microsoft Words
2
Paper format
A4
3
Margins
1. 2.
4
Jenis Font
Times New Roman
5
Saiz Font
12
6
Spacing
Single
7
Bilangan surat
8
Catatan
Atas, bawah dan kanan: 2.5 cm Kiri: 3.0 cm
muka 5 – 12 muka surat 1. 2.
3. 4.
Hyphenations tidak dibenarkan. Set perkataan kepada italic bagi penggunaan bahasa yang berbeza. Contoh: Cara pemasangan flywheel pada engin. Tiada headers atau footers. Tidak perlu set nombor muka surat.
2/6
UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI & PENGKOMERSIALAN (UPIK) Jadual 2: Format Penulisan BIL BAHAGIAN 1
2
3
4
5
6
Tajuk Artikel
PERKARA
CATATAN
Jenis Font
Times New Roman (Huruf besar& Bold)
Saiz Font
14
Bil Patah Perkataan
Maksimum 15 patah perkataan
Kedudukan Tajuk
Centered
Maklumat Jenis Font Penulis (Nama, Saiz Font Jabatan dan Kedudukan Tajuk emel)
Times New Roman
Abstrak
Jenis Font
Times New Roman (italic)
Saiz Font
11
Kedudukan Abstrak
1 perenggan sahaja, justify& single spacing
Bil Patah Perkataan
Antara 130-250 patah perkataan
Jenis Font
Times New Roman (italic)
Saiz Font
10
Bil kata kunci
Maksimum 5 kata kunci
Kedudukan Kata Kunci
Align left
Jenis Font
Times New Roman
Saiz Font
12
Spacing
Single
Kedudukan perenggan
Justify
Kata Kunci
Teks Jurnal
Tajuk Utama Jenis Font (First-order Saiz Font Headings) Kedudukan Tajuk Contoh Tajuk kecil ke- Jenis Font 2 (SecondSaiz Font order Kedudukan Tajuk Headings) Contoh Tajuk kecil ke- Jenis Font 3 (Third-order Saiz Font Headings) Kedudukan Tajuk Contoh
11 Centered
Times New Roman (Bold) 12 Align left 2. LITERATURE REVIEW Times New Roman (Italic) 12 Align left 2.1 Green Supply Chain Times New Roman (Italic) 12 Align left 2.1.1Life Cycle Assessment 3/6
UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI & PENGKOMERSIALAN (UPIK) BIL BAHAGIAN
PERKARA
Tajuk kecil ke- Jenis Font 4 (Forth-order Saiz Font Headings) Kedudukan Tajuk 7
8
9
Label Jadual / Carta / Gambarajah
Rujukan
Lain-lain bahasa
CATATAN Times New Roman (Italic) 12 Align left
Contoh
2.1.1.1Types of Assessment
Jenis Font
Times New Roman
Saiz Font
10
Kedudukan label jadual
Atas jadual align left
Kedudukan label carta
Bawah carta centered
Kedudukan label gambarajah
Bawah gambarajah centered
Warna carta
Guna lorekan untuk membezakan sesuatu bahagian.
Warna jadual / gambarajah
Perlu tukar greyscale.
Gaya
APA
Jenis Font
Times New Roman
Saiz Font
12
Sumber
Tidak melebihi kebelakang
Bahas Arab
Saiz Font: 14
kepada
10
format
tahun
4/6
UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI & PENGKOMERSIALAN (UPIK) Jadual 3: Rangka Sebuah Artikel Untuk Diges atau Jurnal BAHAGIAN STRUKTUR Tajuk
KETERANGAN
Abstrak
Pendahuluan
Metodologi
Tajuk artikel haruslah ringkas, jelas dan melambangkan perbahasan utama artikel. Tajuk yang baik seeloknya menarik perhatian pembaca untuk membacanya. Abstrak artikel perlu mengandungi pendahuluan ringkas tentang kajian. Penulis perlu menerangkan objektif utama dan objektif terperinci kajian. Metodologi kajian perlu dijelaskan dengan terperinci. Ia melibatkan reka bentuk kajian, populasi serta kaedah persampelan. Penulis juga perlu menyenaraikan dapatan kajian secara ringkas mengikut turutan objektif kajian. Abstrak kajian juga perlu disertakan secara ringkas implikasi kajian terhadap amalan semasa ataupun sumbangan kajian terhadap badan ilmu. Pendahuluan artikel perlu mempunyai latar belakang kajian serta teori yang mendasari kajian tersebut. Penulis juga perlu menjelaskan kajian-kajian terdahulu yang pernah membincangkan persoalan yang serupa. Ini bagi membolehkan pembaca melihat kedudukan kajian terbaru ini dalam badan ilmu. Seterusnya, penulis perlu membentangkan pernyataan masalah kajian yang mendorong kajian itu dilakukan. Begitu juga, apakah bentuk sumbangan kajian baru ini terhadap badan ilmu secara keseluruhannya. Kemudian, penulis perlu menyatakan persoalan kajian ataupun hipotesis kajian. Nombor mungkin boleh diperimbangkan sekiranya persoalan kajian itu melebihi satu. Kesemua elemen ini harulah diletakkan di bawah pendahuluan dan dibezakan oleh perenggan yang berbeza. Bahagian ini perlu diringkaskan dan biasanya tidak melebihi 3 halaman. Citation yang cukup perlu dilakukan penulis bagi menunjukkan bahawa penulis telah menguasai literatur secukupnya. Sebaiknya juga segala perbahasan perlulah dirujuk kepada sumber rujukan utama dan bukannya diambil dari sumber yang kedua seperti penulisan tesis dan sebagainya. Sebagai contohnya, jika penulis bercakap mengenai Teori Fuller, maka rujukan sepatutnya menggunakan buku Fuller itu sendiri dan bukannya tesis atau buku orang lain yang datang selepas itu. Pada bahagian ini, penulis perlu menjelaskan reka bentuk kajian yang digunakan seperti kajian eksperimen, tinjauan, kajian kes, kajian tindakan, kajian campuran metode (mixed method), analisis dokumen ataupun kajian kepustakaan. Penulis juga harus menerangkan latar belakang populasi, teknik persampelan, jumlah bilangan sampel kajian serta rasional bilangan 5/6
UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI & PENGKOMERSIALAN (UPIK) BAHAGIAN STRUKTUR
KETERANGAN
Dapatan kajian
Perbincangan
Kesimpulan dan cadangan
Penutup
tersebut, pemilihan responden dan juga lokasi kajian yang terlibat. Selain itu, penulis juga harus menerangkan bentuk-bentuk instrumen yang digunakan, serta teknik kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang penulis gunakan. Bagi kajian kualitatif pula sebagi contohnya, penulis harus menerangkan apakah teknik kesahan yang digunakan seperti teknik kesahan Cohen Kappa dan sebagainya. Sekiranya penulis menggunakan akronim, maksud akronim tersebut perlu dijelaskan. Penulis juga perlu menerangkan bentuk teknik analisis yang digunakan seperti penggunaan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS), Rasch Model, Structural Equation Modelling (SEM) dan sebagainya. Seeloknya, dapatan kajian perlu disusun mengikut susunan persoalan kajian supaya para pembaca dan penilai dapat mengaitkannya dengan persoalan kajian yang disebut terlebih dahulu. Walaupun begitu, corak persembahan data ini haruslah teliti, jelas, tersusun dan sistematik dalam bentul jadual dan lain-lain. Penulis perlu menyatakan apa yang diperolehi dan membuat kesimpulan secara superficial (sepintas lalu sahaja). Bahagian ini menunjukkan penguasaan penulis dalam membincangkan isu utama penulisan. Seeloknya perbincangan ini disusun mengikut susunan persoalan kajian supaya pembaca dapat fokus dan mengaitkannya dengan dapatan. Penulis perlu membincangkan persoalan kajian secara kritis satu persatu berpandukan dapatan kajian dan ulasan literatur yang mantap. Ia juga perlu disokong oleh teori dan kajian-kajian yang lepas. Seterusnya, penulis harus merumuskan apakah bentuk penemuan baru atau penemuan yang menyokong dapatan terdahulu yang menyumbang kepada badan ilmu dan amalan semasa. Perbincangan perlu ditulis secara sistematik, akademik dan tidak meleret-leret. Setiap pernyataan harus diperkuatkan dengan bukti yang boleh diambil daripada kajian-kajian yang lepas. Elakkan membuat pernyataan secara ‘syok sendiri’ tanpa disertakan buktinya. Apa yang penting, perbincangan seharusnya dalam bentuk yang akademik.
Dalam bahagian ini, penulis harus membuat rumusan secara ringkas tentang kajian yang dilakukan dan apakah bentuk sumbangan kajian tersebut kepada badan ilmu. Penulis juga harus mengemukakan cadangan-cadangan baru yang terhasil daripada penemuan kajian yang dilakukan. terhadap keadaan semasa.
Dalam bahagian ini, penulis harus mengemukakan secara ringkas 6/6
UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI & PENGKOMERSIALAN (UPIK) BAHAGIAN STRUKTUR
Rujukan
KETERANGAN
tentang kajian yang dibuat, penemuan-penemuan yang penting dan implikasi kajian. Penulis harus mengelakkan diri daripada membuat citation baru. Penulis harus memastikan bahawa setiap citation yang dibuat dalam teks harus disebut dalam bahagian rujukan. Dalam penulisan artikel, penulis perlu memperbanyakkan penggunaan rujukan yang terkini, seboleh-bolehnya 60 peratus terdiri daripada bahan yang berumur kurang daripada 5 tahun daripada tahun artikel itu ditulis.
*Rangka ini hanya sebagai panduan umum sahaja.
7/6
UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI & PENGKOMERSIALAN (UPIK) LAMPIRAN 1
BORANG PENGESAHAN KEASLIAN PENULISAN BAHAGIAN A Nama: Jawatan: Gred: Jabatan: BAHAGIAN B (Silasertakansatusalinankertaskerja) Kategori: (Kajian/Inovasi/Penulisan) Tajuk:
Ahli KumpulanPenulis: (Jika ada) BAHAGIAN C Dengan ini saya/kami* mengakubahawakesemuamaklumat yang diberikandan kajian/inovasi/penulisan / dan lain-lain yang disertakanbersamasamainiadalahhasilkerjatulensaya/kami*. …………………………………… (Namapenulis) Tarikh: PengesahanKetuaJabatan: Sayamengesahkanbahawapenuliskajian/inovasi/cerpen/penulisan / dan lain-lain adalahpensyarah di jabatansaya. …………………………………… (CopKetuaJabatan) Tarikh:
Diterimaoleh:
Ulasan :
…………………………………… (TandatanganPegawai UPIK / Sidang Editor) Tarikh:
________________________________________ ________________________________________
8/6