LAPORAN TAHUNAN MASJID AS-SOBIRIN BAGI TEMPOH 1 JUN 2011 SEHINGGA 31 MEI 2012
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya bagi Allah, Rabb bagi sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabat Baginda Syukur kita kehadrat Allah swt di atas kesempatan yang diberiNya bagi membolehkan pembentangan laporan tahunan Masjid As-Sobirin untuk kali ke 3 bagi sesi tempuh 1 Jun 2011 sehingga 31 Mei 2012. Setelah kira-kira tiga tahuan barisan Pegawai dan Ajk sesi 2009 - 2012 menjalankan amanah yang telah diberikan oleh Allah swt serta tanggung jawab yang diberi, kami mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga di atas bantuan dan sokongan serta kerjasama erat yang diberikan oleh ahli kariah sekelian. Segala kemajuan dan perkembangan syiar Islam di kariah ini khasnya dan di Negeri Selangor amnya adalah hasil daripada hubungan yang erat dikalangan kita. Kami berasa syukur kehadrat Allah swt. kerana setiap aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan kesemuanya mendapat sokongan padu daripada ahli kariah. Kehadiran dalam sesuatu majlis umpamanya kuliah selepas maghrib, kuliah zohor dan kursus haji bersiri amat membanggakan.
Petunjuk-
petunjuk inilah yang memberikan semangat dan perangsang kepada kami untuk lebih berdaya maju. PENTADBIRAN Senarai Pegawai dan Ahli Jawatankuasa bagi tempoh 1 Jun 2010 hingga 31 Mei 2011 adalah seperti di Jadual 1.
JAWATAN
NAMA
KETUA BIRO
Nazir Timbalan Nazir Setiausaha Bendahari Penolong Setiausaha
Hj. Mohd Amin Bin Hashim Ust. Kamarulhysham Bin Mohd Suhut Hj. Mohamad Zaid Bin Johan Hj. Mohiju Bin Kassiman Hj. Mohamed Hisham Bin Subahir
Imam 1 Imam 2 Imam 3 Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa
Ust. Osman Bin Daud Ust. Mohd Yuti Bin Ismail Ust. Wan Samukti Bin Wan Salim En. Zabidi Bin Ramli Hj. Ibrahim Bin Karim En. Azli Bin Anuar Hj. Roslee Bin Ab. Rahman
1
Tugas-Tugas Khas
Infrastruktur, Pembangunan dan Kebersihan
Ekonomi dan Kebajikan Tanah Perkuburan Ceramah, Kuliah dan Forum Teknologi Maklumat
Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ajk Wakil Wanita Ajk Wakil Pemuda Bilal 1 Bilal 2 Siak 1 Siak 2 Pemeriksa Kira-Kira 1 Pemeriksa Kira-Kira 2
Hj Abdullah Baba Hj. Ismail Bin Hamid Hjh. Marsiah Bt. Abd Manan En. Wan Mohd Tarmizy Bin Wan Hamzah En. Hanafiah Bin Abdul Rahman Hj. Ayob Bin Samat Hj. Mohd Isa Bin Abd Rahim Hj. Zakaria Bin Ismail Hj. Abdol Rauf Bin Jasman
Pendidikan dan Kursus Keselamatan dan Amar Makruf Nahi Munkar Muslimat Pemuda, Remaja dan Kanak-Kanak
Jadual 1 : Senarai Pegawai dan AJK Masjid As-Sobirin bagi tempoh 1 Jun 2011 – 31 Mei 2012 Sepanjang tempoh 1 Jun 2011 hingga 31 Mei 2012, sebanyak 9 kali mesyuarat pegawai dan AJK telah diadakan. Kehadiran mesyuarat pegawai dan AJK diadakan adalah seperti di Jadual 2. Bil
Nama
1
Hj. Mohd Amin Hashim
2
Ust. Kamalulhysham Mohd Suhut
3
Hj. Mohamad Zaid Bin Johan
4
Hj. Mohiju Bin Kassiman
5
Hj.Mohamed Hisham Bin Subahir
6
Hj. Ibrahim Bin Karim
7
Hj Abdullah Baba
8
Hj. Ismail Bin Hamid
9
Hj. Roslee Bin Abd. Rahman
10
Azli Bin Anuar
11
Zabidi Bin Ramli
12
W. Mohd Tarmizy Bin W. Hamzah
13
Hjh. Marsiah Bt. Abd Manan
14
Ust. Osman Bin Daud
15
Ust. Mohd Yuti Bin Ismail
16
Ust. Wan Samokti Bin Wan Salim
17
Mohamad Hanapiah Bin Abd Rahman
18
Hj. Ayob Bin Samat
19
Hj. Mohd Isa Bin Abdul Rahim
11.6.11
9.7.11
10.9.11
29.10.11
3.12.11
23.1.12
18.2.12
2.4.12
20.5.12
Jumlah
/ X / / / X / / / / / / / X / / X
/ X / / / / / / / / X / / X / X X
/ X / / / / / / / / X / / X / X X
/ / / / / X / / / / / X / X / X /
/ / / / / / X / / / X X / X X X /
/ X X / / X / / / / X / / X / / /
X / / / / / / / / / / / / / / / /
/ / / / / / / / / / / / / X / X /
/ / / / / / / / / / / / / X / / /
8/9
/ /
X /
X /
X X
/ /
/ /
/ /
/ /
/ /
6/9
Jadual 2 : Kehadiran Mesyuarat Pegawai dan AJK Masjid telah melantik dua orang setiausaha kerja iaitu En Azli Anuar dan Tn Hj. Mohd Isa Abdul Rahim. Mereka menjalankan tugas pejabat seperti mengendalikan urusan pejabat, sistem pengurusan fail, mengatur dan mengendali program yang telah dirancang, membantu mengurus kewangan masjid, berhubung dengan ahli kariah yang memerlukan perkhidmatan, memantau kerja-kerja pembersihan 2
5/9 8/9 9/9 9/9 6/9 8/9 9/9 9/9 9/9 5/9 7/9 9/9 1/9 8/9 4/9 6/9 8/9
masjid yang dijalankan oleh petugas pembersihan serta lain-lain tugas yang diberi dari semasa ke semasa. Alhamdulillah mengikut KPI yang telah yang telah dihantar kepada pihak JAIS secara berkala. Alhamdulillah masjid As-Sobirin berada ditahap yang sangat baik ( 4 bintang).
Hampir semua
maklumat yang dikehendaki dalam borang penilaian KPI tersebut kita penuhi.
AKTIVITI MASJID i.
Kuliah, Ceramah dan Forum
Untuk menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan dan pengislahan masyarakat kuliah-kuliah agama seperti Kuliah Subuh, Dhuha, Zohor, Asar dan Maghrib serta ceramah dan forum merupakan aktiviti tunjang masjid dalam mencapai hasrat.
Penceramah yang dipilih adalah berdasarkan kepada
kepakaran masing-masing dalam bidang akidah, fiqh, tasawwuf, hadis dan sebagainya. Kaedah pengajaran/kuliah yang dijalankan adalah menggunakan rujukan atau kitab-kitab yang terpilih. Penceramah
jemputan atas tajuk-tajuk tertentu akan diundang untuk mengisi program-program
tertentu. Jadual kuliah harian dicetak, dipamirkan di papan kenyataan, dipaparkan di ’electronic board‟ serta dimuatkan dalam laman sesawang masjid. Pada sambutan maulidur rasul 1432H masjid dan surau-surau telah mengadakan perarakan sejauh kira-kira 3km bermula dari Masjid dan berakhir di padang berhampiran Surau At-Takwa. ii.
Teknologi Maklumat
Dalam perkembangan dunia IT, masjid As-Sobirin juga tidak terlepas dalam menggunakan media maya dalam menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan Islam dan aktiviti-aktiviti semasa di masjid ini. Melalui infoblast TM, sistem pesanan ringkas (sms) dapat dihantar secara berkelompok. Edaran cetakan, jadual kuliah, aktiviti masjid, kuliah audio visual (u-tube) boleh didapati melalui laman sesawang masjid iaitu www.masjidassobirin.com. Kelajuan capaian ke internet telah dipertingkatkan dengan menggunakan UNIFI/TM dari STREAMYX/TM. Ahli kariah yang berkelapangan dan mempunyai peralatan komputer (notebook, handphone) dan ingin melayari Internet / Wi-Fi boleh mendapatkan katalaluan dari pejabat masjid. Laman sesawang yang menarik ini dikemaskini secara kerap supaya maklumat yang dimuatkan adalah yang kemaskini.
3
iii.
Ihya’ Ramadhan
Berbagai aktiviti dan program untuk menghidupkan Ramadhan (Ihya‟ Ramadhan) telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan 1432H. Malam-malam Ramadhan telah diisi dengan solat tarawih 20 rakaat, tazkirah ringkas serta tadarus al-Qur‟an. Iftar jamaie dianjurkan setiap hari. Sepanjang 10 hari terakhir bulan Ramadhan, masjid ini dibuka bagi membolehkan
orang ramai ber‟iktikaf serta
berqiamullail yang dipimpin oleh ustaz yang dipilih. Makanan untuk bersahur disediakan disepanjang 10 malam terakhir tersebut. Selain daripada itu ceramah khas seperti sempena Nuzul al-Qur‟an, kuliah zohor hari Sabtu dan Ahad diadakan sepanjang bulan Ramadhan. iv.
Pemuda, Remaja, Kanak-kanak
Golongan kanak-kanak dan remaja adalah menjadi benteng harapan kepada ummah. Pengurusan masjid melihat golongan kanak-kanak dan remaja perlu didampingi, dibelai, diberikan tunjuk ajar dan disantuni.
Program cuti sekolah seperti smart solat diadakan untuk membimbing golongan ini.
Semasa Ramadhan 1432H, seramai lebih kurang 100 orang kanak-kanak dan remaja dipimpin dalam tadarus selepas solat tarawih. Disamping itu remaja dan kanak-kanak ini sentiasa didampingi dan digalakkan untuk datang ke masjid. Pihak masjid menyarankan kepada semua ahli jamaah masjid ini supay dapat menegur dan membimbing mereka ini. Berikut disenaraikan antara program-program lain yang dilaksanakan sepanjang tempoh setahun ini. Bil 1 2
Nama program Mengadakan program Tadarus remaja sempena program ihya‟ Ramadhan Mengadakan motivasi “Persiapan Rohani SPM 2011- Suatu Bimbingan Rohani Pra &Pasca SPM”
3
Mengadakan Kem Remaja Islam Selangor 2011 anjuran bersama Kelab Belia Amal Gombak yang dikenali dengan KRIS‟11 untuk anak-anak kariah sempena cuti persekolahan hujung tahun.
4
Mengadakan program riadhah “Kembara Mengenal Pencipta- Bukit Tabur Hiking Adventures 2012” anjuran bersama Kelab Belia Amal & Kelab Belia Masjid Gombak ke Bukit Tabur Taman Melawati
5
Mengadakan Kem Smart Solat 2012 dengan bimbingan Imam Muda Amiril sempena cuti pertengahan persekolahan
Tarikh
Tempat
Ramadhan 1432H
Masjid As-Sobirin
16 Oktober 2011
Masjid As-Sobirin
23, 24 & 25 Disember 2011
Kem Isi Rimba, Kemensah
24 Mac 2011
Bukit Tabur, Taman Melawati
31 Mei 2011
Masjid As-Sobirin
4
v.
Qurban dan Aqiqah
Program Qurban dan aqiqah merupakan program tahunan di masjid ini. Pada Eidul Adha 1432 Hijrah sembelihan qurban telah dilakukan pada hariraya kedua iaitu pada 7 November 2011 disebabkan oleh masalah masa dan logistik. Sebanyak 20 ekor lembu dan 3 ekor kambing telah diqurbankan/disembelih. vi.
Kursus Asas Haji Bersiri
Kursus Asas Haji Bersiri (KAHB) telah diadakan di Masjid As-Sobirin pada setiap hari Ahad, mulai jam 9.00 pagi, selama 17 minggu berturut-turut bermula dari Februari 2011. Kursus Asas Haji Bersiri ini adalah anjuran bersama Masjid As-Sobirin dengan Lembaga Tabung Haji Wilayah Persekutuan. Seramai kira-kira 400 orang peserta telah menghadiri Kursus Asas Haji Bersiri kali ini, Kursus ini dipimpinan oleh Ustaz Drs. Sapawi Che Mat. vii.
Infrastruktur, Pembangunan dan Kebersihan
Infrastruktur, pembangunan dan kebersihan di Masjid dan persekitarannya perlu dijaga dan diberikan perhatian kerana ianya akan memberikan keselesaan dan ketenangan kepada pengunjung dan mereka yang beribadah didalamnya. Beberapa sesi gotong royong membersihkan persekitaran dan dalaman masjid telah dijalankan bagi tempoh Jun 2011 hingga Mei 2012 seperti membersihkan kawasan persekitaran masjid. Infrastruktur masjid secara amnya tidak banyak diubah di mana tumpuan banyak diberikan untuk keselesaan para jemaah beribadah. Diantara kerja-kerja yang telah dilakukan ialah: i.
Mengubahsuai tempat solat muslimat, kolah takungan air telah dibuang untuk dijadikan ruang solat. Tempat wuduk yang lebih selesa dan tertutup telah dibina di bahagian belakang ruang solat muslimat.
ii. Memasang bumbung tempat letak motosikal. iii. Memasang bumbung pada tempat wuduk di luar masjid. iv. Menukar pintu masjid kepada jenis „sliding‟ Pihak masjid merancang untuk membuat ubah suai dimana kawasan tandas sedia ada akan dijadikan bilik kuliah/mesyuarat/perjumpaan. Ruang tandas/bilik air akan dipindahkan ke belakang berhampiran tapak permainan. Anggaran kos pembinaan ini ialah RM 150 ribu. viii.
Muslimat Diantara aktiviti yang telah dijalankan oleh Biro Muslimat ialah:
5
BIL
TARIKH
AKTIVITI
1
28 Ogos 2011 (Ahad) 28 Ramadhan 1432H
Bergabung program dengan masjid-masjid kawasan Hulu Kelang iaitu iaitu Masjid Al-Ridhuan, Masjid Al-Hidayah dan Masjid Al-Mardhiyah, mengadakan program seperti solat sunat dhuha, tasbih, hajat dan tadarus Al-Quraan. Seramai 250 orang telah mengambil bahagian
2.
5 Feb 2012 (Ahad) 12 Rabiulawal 1433H
Pada hari keputeraan Nabi Muhammad (S.A.W) muslimat Masjid As-Sobirin telah mengambil bahagian dalam perarakan bersama-sama dengan surausurau di bawah Masjid As-Sobirin iaitu Surau Al-Falah, Surau Mustaqim, Surau At-Taqwa & Surau Taman Permata. Seramai 60 orang muslimat telah mengambil bahagian.
3.
12 Feb 2012 (Ahad) 19 Rabiulawal 1433H
Muslimat Masjid As-Sobiriin telah mengadakan Ceramah Maulidul Rasul oleh Ustaz Kamal Ashaari yang bertajuk „ Rasulullah S.A.W. Qudwah Sepanjang Zaman‟ Kehadiran seramai 200 orang muslimat.
4.
17 Mac 2012 (Sabtu) 24 Rabiulakhir 1433H
Seramai 20 orang muslimat Masjid As-Sobirin telah menghadiri Kursus Pembangunan Modal Insan (S.P.I.E.S.) yang telah di adakan di Masjid AlMardhiyah, Fasa 5, Jalan Taman Melawati, Taman Melawati.
5.
19 – 20 Mac 2012 (Isnin – Selasa) 26 – 27 Rabiulakhir 1433H
Biro Muslimat telah menghantar 2 orang muslimat untuk menyertai kursus Kemantapan Muslimah Masjid di Institut Latihan dan Dakwah, Sabak Bernam..
6.
14 April 2012 (Sabtu) 22 Jamadiakhir 1433H
Biro Muslimat Masjid As-Sobirin telah mengadakan Kursus Jenazah yang di hadiri oleh 33 orang peserta.
7.
13 Mei 2012 (Ahad) 21 Rejab 1433H
Biro Muslimat telah menghantar seramai 50 orang muslimat ke Jemputan Meraikan Sambutan Hari Ibu 2012 Peringkat Hulu Kelang di Dewan MPAJ AU2, Taman Keramat.
ix.
Tanah Perkuburan
Biro Perkuburan ditubuhkan untuk membantu mengelolakan urusan-urusan jenazah ahli kariah Masjid As-Sobirin, dan menguruskan Tanah Perkuburan Lembah Keramat di AU 4 dan disertai oleh wakilwakil dari Surau-Surau Kariah dan Masjid Al Khairiah AU 3. Kadar bayaran bagi urusan jenazah di Masjid As-Sobirin ialah RM 500.00 bagi jenazah dewasa, dan RM 250.00 bagi jenazah kanak-kanak. Bagi surau-surau dan Masjid Al-Khairiah pula ialah RM400.00 bagi jenazah dewasa dan RM200.00 bagi kanak-kanak.
6
Kawasan Tanah Perkuboran ini sentiasa dibersihkan dan rumput dipotong setiap bulan supaya ianya kelihatan kemas dan mudah bagi sanak saudara untuk menziarahi pusara ahli keluarga mereka. Sepanjang tempoh Jun 2011 hingga MeI 2012, sebanyak 90 jenazah dewasa dan 20 jenazah kanakkanak telah disemadikan di tanah perkuburan ini. x.
Keselamatan dan Amar Makruf Nahi Mungkar
Pihak masjid tidak terlepas daripada tanggungjawab menjalankan amar makruf serta mencegah kemungkaran di dalam Kariah Masjid As-Sobirin. Pegawai masjid iaitu nazir, siak dan bilal telah diberi kad kuasa oleh pihak JAIS untuk membuat pemeriksaan dan tangkapan jika ada perlakuan maksiat dalam sesuatu premis seperti khalwat dan sebagainya. Tugas ini dilakukan dengan bantuan dan kerjasama daripada pihak polis dan pihak JAIS. Beberapa kejadian memecah masuk ke dalam masjid telah berlaku. Diantara barangan yang telah hilang ialah dua unit tv plasma. xi.
Biro Tugas-Tugas Khas
Diantara aktiviti yang telah disempurnakan oleh Biro ini ialah: i.
Menjawab semua persoalan dan kemusykilan yang diajukan dalam sesawang masjid.
ii.
Mengurus program tuisyen anak-anak yatim di bawah kariah masjid.
iii.
Membanci dan mengemaskini data fakir miskin dan orang kurang upaya di bawah kariah masjid.
iv.
Membanci dan mengemaskini data anak-anak yatim kariah.
v.
Menyediakan kertas kerja dasar bagi program-program masjid seperti Ihya‟ Ramadhan,Kursus Haji Bersiri,Forum Perdana,Kem Remaja,Smart Solat,Tahsinul Quran, Motivasi Keluarga Sakinah “AnakKu SyurgaKu” dan lain-lain.
vi.
Menyediakan Kelas Fardu Ain bagi orang dewasa dan remaja di Wangsa Melawati secara percuma.
vii.
Menyelia dan membantu biro-biro lain dalam menjayakan program-program yang telah dirancang.
ix.
Menyelaras jadual imam dan khatib Jumaat sepanjang minggu.
7
Penutup Pegawai dan Ahli Jawatankuasa masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kariah yang telah memberikan kepercayaan, sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program dan aktiviti masjid selama setahun yang lepas dengan harapan agar sokongan dan kerjasama ini akan diteruskan dimasa-masa hadapan. Sesungguhnya sumbangan idea, masa, wang ringgit, tenaga dan lain-lain lagi yang dicurahkan oleh ahli kariah dan pengunjung masjid merupakan penggerak kepada semua program yang dijalankan oleh pihak masjid. Kami mendoakan semoga segala sumbangan tenaga, wang ringgit dan sebagainya akan dikira oleh Allah swt sebagai amal yang soleh.
Disediakan oleh:
Disemak oleh:
Hj. Mohamad Zaid Johan
Hj. Mohd Amin Hashim
Setiausaha
Nazir
8