MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH BERKENAAN TOPIK BELANJAWAN TUNAI DENGAN MENGGUNAKAN AKRONIM Oleh RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah 62520 Putrajaya ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalahmasalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM dalam menjawab soalan belanjawan tunai. Kajian ini dilaksanakan oleh 20 orang pelajar Tingkatan 5 terdiri daripada 10 orang pelajar 5Cita dan 10 orang pelajar 5Bestari, Sekolah Sultan Alam Shah. Tinjauan awal dilaksanakan dengan membuat pemantauan semasa ujian bulanan dan peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah. Hasil tinjauan didapati pelajar tidak mahir dalam menyelesaikan masalah bagi topik ini dengan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan dan ketinggalan satu rekod. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati oleh pelajar selama 30 minit dan kajian ini dilaksanakan selama 4 minggu. Keputusan ujian pos menunjukkan pelajar lebih mengingati, memahami dan mudah dalam menyelesaikan soalan-soalan belanjawan tunai dengan menggunakan teknik Akronim bagi formula.
1.0
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Analisa keputusan peperiksaan menunjukkan pelajar tidak mahir dan cekap dalam menjawab soalan belanjawan tunai. Pelajar mengambil masa yang lama dalam menjawab soalan ini. Selain itu, pelajar ramai yang tertinggal catatan dan memperolehi jawapan yang tidak tepat. Beberapa persoalan sering ditimbulkan oleh pelajar seperti “susah nak jawab soalan belanjawan”, “nampak macam senang tapi kenapa tak boleh dapat markah penuh”, “cikgu, macamana nak buat belanjawan tunai” dan lain-lain. Persoalan-
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
persoalan ini menyebabkan saya terfikir mencari satu alternatif baru untuk memudahkan anak murid saya menjawab soalan belanjawan dengan mudah dan dalam masa yang singkat. 2.0
ISU KEPERIHATINAN Saya telah menganalisa soalan tahun-tahun lepas Prinsip Perakaunan SPM dan mendapati bahawa item belanjawan tunai merupakan satu item yang mudah jika ianya disoal dalam SPM. Soalan ini menyumbang antara 10 hingga 12 markah. Jadi sekiranya topik ini pelajar menguasainya dengan baik dan tepat, peluang untuk mereka mendapatkan gred yang tinggi adalah sangat tinggi. Masalah yang wujud dalam menjawab soalan belanjawan adalah pelajar tidak mahir menentukan butiran penerimaan atau pun pembayaran dengan tepat dan tidak mengingati formula dengan tepat. Saya yakin dan percaya dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah ini dengan mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Menurut Gardner (1991), ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek.
3.0
OBJEKTIF KAJIAN 3.1
Objektif Am Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar-pelajar dalam Belanjawan Tunai Prinsip Perakaunan dengan menggunakan Akronim.
3.2
Objektif Khusus 3.2.1 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam membuat belanjawan tunai. 3.2.2 Meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan dengan tepat dan mudah serta dalam masa 10 minit ke bawah.
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
3.2.3 Membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi individu dalam peperiksaan. 3.2.4 Memudahkan pelajar memahami Prinsip Perakaunan dengan lebih tepat dan menyeronokkan semasa pembelajaran. 4.0
KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan kepada 20 orang pelajar terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki Tingkatan 5 Bestari dan 10 orang pelajar 5 Cita, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
5.0
PELAKSANAAN KAJIAN 5.1
Tinjauan Masalah 5.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pemerhatian dilaksanakan sebelum dan semasa teknik Akronim diperkenalkan. 5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan pelajar dalam topik belanjawan tunai. Item belanjawan yang diuji adalah soalan 3 SPM Kertas 2 tahun 2004. Selepas semakan jawapan, saya tidak memulangkan jawapan kepada pelajar dan saya membuat penerangan teknik akronim. Seminggu selepas itu, saya membuat ujian pos 1 dengan menggunakan soalan yang sama. Minggu seterusnya selepas itu saya membuat ujian pos 2 dengan menggunakan soalan 4 SPM Kertas 2 tahun 2007.
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
5.1.3 Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan dengan belanjawan tunai sebelum dan selepas teknik Akronim diperkenalkan. 5.2
Analisa Tinjauan Masalah 5.2.1 Analisa Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dilaksanakan : a) Pelajar lebih yakin dalam menjawab soalan belanjawan tunai dengan mudah dan cepat. Dapat menjawab soalan dalam masa kurang daripada 15 minit. b) Pelajar berjaya dan boleh mengesan dan membetulkan kesalahan yang dibuat. c) Suasana
pembelajaran
lebih
meyakinkan
dan
menyeronokan. 5.2.2 Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos
Markah
Ujian Pra
Ujian Pos 1
Ujian Pos 2
Bilangan Pelajar
10 – 12
5
16
18
08 – 09
4
1
2
06 – 07
7
2
0
04 –05
2
1
0
02 – 03
1
0
0
00 – 01
1
0
0
Jadual 1 : Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar. Dapati pelajar yang pada awalnya lemah tetapi dapat meningkatkan prestasi bagi ujian seterusnya.
5.2.3 Analisa Soal Selidik Pelajar telah memberikan respon yang positif bagi soal selidik yang telah dilaksanakan. Berikut adalah analisa soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar. Skala :
1.
Sangat tidak setuju
2.
Tidak setuju
3.
Kurang setuju
4.
Setuju
5.
Sangat setuju
SKALA
Bil 1. 2. 3. 4. 5.3
1
ITEM Prinsip Perakaunan adalah satu subjek yang mudah Belanjawan Tunai adalah tajuk yang mudah Teknik Akronim lebih memudahkan saya menjawab soalan belanjawan Saya lebih suka dengan teknik sendiri
2
3
4
BILANGAN PELAJAR 0
0
0
12
8
0
0
0
9
11
0
0
0
0
20
17
2
1
0
0
Tindakan yang dijalankan 1. Selepas pelaksanaan ujian pra, saya telah membimbing serta memberikan penerangan tentang teknik Akronim kepada pelajarpelajar.
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
5
2. Selepas penerangan dengan jelas, saya menjalankan ujian pos 1 dan ujian pos 2. Jawapan pelajar dipulangkan semula dan dibincangkan sebagai latihan pengukuhan. 3. Setiap kali latihan pembubaran, saya pasti akan mengingatkan pelajar dengan teknik Akronim.
5.4
Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian Kajian tindakan ini dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu. Semasa melaksanakan kajian ini saya telah menyelesaikan bab Belanjawan Tunai. Sebelum menggunakan Teknik Akronim saya mendapati pelajar tidak dapat memahami topik yang dipelajari dengan mudah. Ini dibuktikan dengan ujian pra yang telah dilaksanakan pada minggu pertama. Selepas penerangan dan pendedahan berkaitan dengan Teknik Akronim pada minggu kedua, apa yang saya dapati pelajar telah memahami dengan baik dan ditunjukkan dalam ujian pos 1 yang telah dilaksanakan pada minggu kedua. Seterusnya pada minggu ketiga saya telah menguji pelajar semula keberkesanan Teknik Akronim dalam soalan yang lain. Penilaian memang membanggakan kerana peningkatan dalam pemahaman perakaunan lebih baik serta masa menjawab soalan yang diberi dengan lebih cepat. Minggu keempat saya telah membuat tinjauan dengan menggunakan soal selidik terhadap pelajar-pelajar dalam mempelajari Prinsip Perakaunan dengan pendekatan Teknik Akronim. Pelaksanaan Teknik Akronim adalah seperti berikut : 1. Pelajar diberi soalan belanjawan tunai dan sehelai kertas kosong. 2. Guru menerangkan teknik Akronim kepada pelajar iaitu “Bukit
Bintang Terang Benderang Lampu Kalimantan Hot Bangat”. 3. Guru menerangkan dengan satu per satu maksud iaitu :
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
a. Bukit Bintang
: Baki b/b
b. Terang
: Penerimaan
c. Benderang
: Pembayaran
d. Lampu Kalimantan
: Lebihan / Kurangan
e. Hot Bangat
: Baki h/b
4. Guru menunjukkan format sebenar dalam Belanjawan tunai dan kaitkan dengan akronim tersebut. Nama Perniagaan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir ....... Butir
Bulan 1
Bulan 2
Bulan 3
Baki b/b PENERIMAAN
Jumlah Penerimaan PEMBAYARAN
Jumlah Pembayaran Lebihan/Kurangan Baki h/b 5. Baca soalan yang diberi dan buat analisis dengan menulis T jika butiran menunjukkan penerimaan dan B jika butiran menunjukkan pembayaran. 6. Selepas selesai analisis, barulah pindahkan kepada jawapan dengan terus merangka format yang lengkap. 7. Semasa memindahkan jawapan hendaklah ditulis untuk kesemua bulan yang berkaitan. Jawab mengikut soalan satu per satu. Kosongkan bahagian baki b/b, jumlah penerimaan, jumlah pembayaran dan baki h/b.
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
8. Selepas semua soalan telah dipindahkan, jumlahkan bahagian penerimaan dan pembayaran. 9. Kemudian dengan mengikut formula (Jumlah Penerimaan tolak Jumlah Pembayaran)
isikan bahagian Lebihan / Kurangan. Jika
jawapan adalah positif bermaksud Lebihan dan jika negatif bermaksud Kurangan. 10. Seterusnya, kirakan baki h/b dengan formula (baki b/b tambah Lebihan @ tolak Kurangan). Jika jawapan negatif tuliskan kurungan pada jawapan. 11. Akhir sekali, jawapan yang diperoleh hendaklah dipindahkan ke baki b/b untuk bulan seterusnya.
5.5
Refleksi Kajian Pencapaian pelajar dalam Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 menunjukkan Teknik Akronim boleh diterima pakai dalam menjawab soalan Belanjawan tunai Prinsip Perakaunan dengan lebih mudah. Dapatan juga menunjukkan Teknik Akronim dapat mengurangkan masa menjawab kepada 5 hingga 10 minit bagi soalan yang dikemukakan. Saya berasa gembira dan terharu apabila ada pelajar yang telah berjumpa dengan saya dan memberitahu Teknik Akronim amatlah menyeronokkan dan sekarang dia boleh mengetahui kesilapan yang dibuat dalam menjawab soalan dengan lebih mudah. Dengan teknik ini juga, pelajar lebih seronok dalam mempelajari ilmu perakaunan.
6.0
CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :1. Menggunakan konsep BADLEH dalam semua penerangan bagi setiap topik Prinsip Perakaunan.
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
2. Mencipta kaedah dan teknik dalam mempelajari topik-topik tertentu seperti pembubaran dan tafsiran penyata kewangan. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan kepada semua pelajar dan guru. RUJUKAN Atan bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Adabi Sdn Bhd. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke-XIII 2006, 20 – 22 November 2006, Hotel Berjaya Palace, Kota Kinabalu, Sabah. Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia.
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online