UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA National University of Malaysia
Sidang Editor
Edisi Julai : Bil. 3
BULETIN
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
Edisi Julai : Bil. 3
Penasihat Prof Madya Dr. Hafizh Husain Ketua Editor Cik Seri Mastura Mustaza
30 Mac 2009
Aktiviti Pelajar :
Kem Keyakinan Diri & Motivasi Pelajar JKEES
P
ada 14-15 Ogos yang lalu, satu kem keyakinan diri telah dianjurkan oleh JKEES di Nur Lembah Pangsun. Tahniah dan syabas kepada 27 orang pelajar JKEES tahun 2 dan 3 yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini! Matlamat utama kem ini adalah untuk meningkatkan tahap keyakinan diri para pelajar dalam mencapai kecemerlangan diri. Seramai 5 orang fasilitator terdiri dari pensyarah, tutor dan staf JKEES telah bersama-sama menyusun pelbagai aktiviti bagi mencapai objektif perkhemahan ini.
Editor Pn. Farizah Ansarudin Cik Aida Baharuddin Editor Bersekutu Prof. Dr. Azah Mohamed Pn. Hamimi Fadziati En. Mohd Faisal Ibrahim Cik Junaidah Damri
Kandungan... Kem Keyakinan Diri & Motivasi Pelajar JKEES
1
Digi Deep Green Challenge for Change
2
Lawatan Hanyang Technical High School, Korea
3
Anugerah Inovasi: Empat Warga JKEES cemerlang
4
Lawatan Pelajar ke IBM
5
Majlis Konvokesyen ke– 34: Adila Zaira, penerima Anugerah Naib Canselor
6
Hari pertama perkhemahan dimulakan dengan aktiviti ‘indoor’ seperti ‘ice breaking’, ‘kenali diri’, ceramah motivasi dan teknik belajar berkesan Aktiviti ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar dengan menggalakkkan pelajar berinteraksi, berkomunikasi dan bersosial di kalangan rakan pelajar dan fasilitator. Peserta juga menjadi lebih mesra daripada aktiviti-aktiviti ini walaupun daripada tahun pengajian yang berbeza. Pada hari ke dua, aktiviti rekreasi seperti ‘flying fox’, ‘wall climbing’ dan ‘pond rafting’ telah diadakan dan telah berjaya menceriakan
Atas: Peserta Kem Keyakinan Diri & Motivasi Bawah: Antara aktiviti pelajar di perkhemahan ini
kem ini dan menaikkan semangat dan kesungguhan dikalangan pelajar untuk bekerjasama di dalam kumpulan kecil yang dibentuk. Reaksi negatif sebelum menghadirkan diri ke kem telah berjaya dikikis dan perasaan positif tersebut dapat diterjemahkan dari
muka pelajar yang sentiasa tersenyum kegembiraan walaupun penat. Matlamat utama kem ini tercapai setelah berakhirnya perkhemahan ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat! Artikel ini disumbangkan oleh Pn. Hamimi Fadziati
Bil. Bangi, 3 (Julai - 1 Sidang Editor, Jabatan Kejuruteraan ELektrik, ELektronik & Sistem, Fakulti Kejuruteraan, UniversitiBuletin KebangsaanJKEES, Malaysia, 43600, Selangor2009) Darul Ehsan. Tel : 603-8921 6322 ; Faks : 603-8921 6146 ; Email :
[email protected] Laman Sesawang : www.eng.ukm.my/~jkees
Edisi Julai : Bil. 3
Pelajar JKEES di Pertandingan Perngkat Kebangsaan:
DiGi Deep Green Challenge for Change
D
iGi, salah satu Telecom servis terbesar di Malaysia telah menganjurkan “Deep Green Challenge for Change” bagi universiti-universiti di Malaysia pada Julai 2009. Cabaran pada peringkat pertama pertandingan ini termasuk penulisan kertas cadangan bagi dua penyataan masalah iaitu “bagaimana untuk mengurangkan kos tenaga untuk pangkalan radio stesen DiGi” (how to reduce DiGi’s existing Radio Base Station (RBS) ener gy cost) dan “bagaimana untuk memperbaiki kekurangan perkhidmatan bagi sesetengah komuniti di Malaysia”. Kertas cadangan bagi tajuk pertama iaitu mengenai pengurangan kos tenaga adalah sangat mencabar dan cadangan ang terbaik berpeluang unt uk membu kti kan cadangan mereka dengan lebih lanjut dan seterusnya berpeluang untuk memperoleh Harta-Intelek bersama (joint IP) bagi pengurangan penggunaan tenaga RBS. Pada peringkat awal, 18 pasukan daripada 8 universiti di Malaysia yang bertanding. Keputusan bagi peringkat pertama ini telah diumumkan pada 17 September 2009 di DiGi House, Shah Alam oleh wakil daripada Kemente-
Prof. Dr. Saran, Dr. Nowshad dan Dr. Hussein bergambar bersama pelajar yang terlibat.
rian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia. Pasukan Greenish-UKM yang terdiri daripada tujuh pelajar tahun tiga dibawah penyeliaan Associate Professor Dr. Nowshad Amin adalah pasukan pertama diumumkan sebagai finalis. Detik kegembiraan berterusan apabila pasukan UKM yang kedua iaitu UKM Greenminds yang terdiri daripada 7 lagi pelajar tahun tiga dibawah seliaan Dr. Hussain Shareef diumumkan sebagai finalis ke-enam. Keenam-enam finalis layak ke pusingan kedua dan ketiga, dimana di perngkat ini kumpulan perlu mengemukakan
perlaksanaan yang praktikal bagi kertas cadangan yang telah diusulkan kepada DiGi Deep Green Challenge For Change dalam peringkat pertama. Berikut adalah 6 finalis bagi pertandingan ini:
Kesem ua perserta menghargai dan berterima kasin diatas sokongan dan naungan Dekan FKAB, Prof. Mohd Marzuki Mustafa, Timbalan Dekan, Prof. Azah Mohamed serta Ketua JaGreenish, UKM batan KEES Prof. Madya Fresco, USM Dr. Hafizah Hussain. Ter The Origin, UNITEN ima kasih juga diucapkan Feng, UNIMAS kepada Timbalan Naib Canselor Prof. Dr. Saran Regen, USM diatas sokongan beliau Greenminds, UKM pada Majlis PengumuFinalis akan menghadiri mam pada 17 September peringkat persediaan bagi di Digi House. pusingan berikutnya iaitu Development Camp dan Study Trip pada 1 hingga Artikel ini disumbangkan oleh 4 October 2009 di Sabah. Prof. Dr. Azah
Buletin JKEES, Bil. 3 (Julai 2009) - 2
Edisi Julai : Bil. 3
Lawatan Hanyang Technical High School, Korea
S
eramai 15 orang delegasi iaitu guru -guru daripada Hanyang Technical High School, Seoul Korea telah mengadakan lawatan ke Fakulti pada 3 Ogos 2009. Delegasi yang diketuai oleh Mr. Kang Moon Seok, Pengetua Hanyang Technical High School juga disertai oleh Mr. Lee Tae Soo, wakil daripada The Korean Sunday Times. Sesi bergambar kenang-kenangan bersama para pelawat
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat kepakaran yang ada dalam bidang teknologi robotik dan IT serta menanda aras bidang pengajian dengan percambahan minda. Kesempatan ini juga diambil untuk meninjau bidang industry di Negara ini. Ia juga bertujuan untuk memahami kaedah pembangunan sumber manusia dalam
sektor kejuruteraan dan tren serta prospek teknologi industri. Lawatan yang bermula jam 10 pagi bertempat di B. Mesy. Fakulti itu telah dipengerusikan oleh PM Dr. Hafizah Husain, Ketua JKEES dengan penerangan sedikit sebanyak mengenai Jabatan. Pertemuan itu diteruskan dengan sesi soal jawab dan juga perbincangan di antara kedua-dua pihak yang lebih menjurus kepada program-program prasiswazah yang ditawarkan di Jabatan. Disamping itu delegasi ini juga ingin menerokai bidang praktis dan pengajaran yang boleh dikongsi bersama. Delegasi ini telah dibawa untuk melawat makmal pengajaran dan
Penerangan oleh Ketua JKEES kepada para delegasi
makmal robotik jabatan. Mereka menyambut baik apa juga bentuk kolobarasi antara UKM dan Hanyang Techinical High School yang dapat dimanafaatkan bersama. Delegasi seterusnya di bawa melawat ke makmal-makmal Jabatan iaitu Makmal Pemprosesan mikro & Mikrokomputer dan juga Makmal Robot bagi mininjau kemudahan
yang sedia ada serta aktiviti-aktiviti makmal ini. Lawatan tersebut di akhiri dengan sesi penyampaian cenderamata daripada kedua-dua pihak dan juga sesi bergambar kenangan.
Artikel ini disumbangkan oleh Cik Junaidah Damri
Para pelawat diberikan sedikit sebanyak penerangan mengenai robot
Buletin JKEES, Bil. 3 (Julai 2009) - 3
Page 4
Edisi Julai : Bil. 3
Anugerah Sarjana Bestari Ke-4:
Empat Warga JKEES Cemerlang
P Dr Mohd Syuhaimi Ab-Rahman
Puan Siti Zaida Yasir
En. Mohd Nor Azman Jamaluddin.
ada 7 Ogos 2009, Jawatankuasa Induk Anugerah Bestari Ke-4 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan satu majlis pengiktirafan dan penghargaan kepada kakitangan UKM yang terpilih menerima Anugerah Khas Kualiti bagi tahun penilaian 2008. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Mazlan Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM dan Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM. Majlis Anugerah Sarjana Bestari kali ini menyenaraikan 14 kategori anugerah iaitu, Anugerah Kualiti Naib Canselor, Anugerah Kecemerlangan dalam Meningkatkan Citra UKM, Anugerah Pengurusan Maklumat Berkomputer, Anugerah Penerbitan, Anugerah Pengajar Cemerlang, Anugerah Kreativiti, Inovasi dan Reka Cipta, Anugerah Pengurusan Makmal, Anugerah Penyelidikan Muda/ Individu/ Kumpulan, Anugerah Persatuan/ Urusetia/ Projek/ Mahasiswa Cemerlang, Anugerah Khidmat Masyarakat, Anugerah Budaya Kualiti, Anugerah Kakitangan Mithali, Anugerah Perkhidmatan Kaunter, dan Anugerah Pekerja Inovatif. Seramai 85 orang dipilih untuk menerima pelbagai anugerah ini.
Dr. Syuhaimi menerima Anugerah Penyelidik Muda UKM
Warga JKEES ternyata cemerlang kerana telah bejaya menggondol 3 anugerah iaitu Anugerah Penyelidikan Muda melalui Dr Mohd Syuhaimi Ab-Rahman dan Anugerah Pengurusan Makmal Kategori Berkumpulan melalui penyertaan oleh kakitangan makmal tahun 2 iaitu En. Farouk Razali dan En. Mohd Nor Azman Jamaluddin. Puan Siti Zaida Yasir juga berjaya mengharimkan nama
JKEES dengan memenangi anugerah Anugerah Pengurusan Makmal Kategori Individu. Tahniah dan Syabas diucapkan !!! Semoga kejayaan ini member semangat kepada ahli jabatan yang lain untuk mencapai kecemerlangan yang sama dan seterusnya mengharumkan nama jabatan.
En. Farouk Razali
Buletin JKEES, Bil. 3 (Julai 2009) - 4
Page 5
Edisi Julai : Bil. 3
Aktiviti Pelajar:
Lawatan Pelajar JKEES ke IBM
“
Jauh perjalanan, luas pengalaman”. Sinonimnya frasa tersebut dengan aktiviti rutin lawatan teknikal yang dijalankan oleh pihak Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem (JKEES) tidak dapat disangkal lagi. Tanggal 14 Oktober 2009, para pelajar JKEES sekali lagi mendapat peluang untuk mengadakan lawatan ke salah sebuah syarikat multinasional tersohor dunia iaitu IBM di Plaza IBM, Damansara Utama, Selangor. Seramai kira-kira 16 orang pelajar Tahun 4 program Kejuruteraan Komunikasi dan Komputer telah menyertai rombongan ini yang diiringi oleh 2 orang pensyarah JKEES, Pn. Siti Salasiah Mokri dan En. Mohd Faisal Ibrahim serta pegawai sains JKEES, Cik Aida Baharuddin. Lawatan ke syarikat gergasi yang diberi jolokan “Big Blue” ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai suasana dan budaya kerja di sebuah syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam industri pengkomputeran. Di samping itu, ia juga bagi menanam minat para pelajar untuk menyelami selok-
Pelajar mengambil gambar kenangan bersama pensyarah pengiring
belok kerjaya jurutera dalam dunia yang kompetitif dan mencabar. Rombongan JKEES telah disambut oleh beberapa kakitangan eksekutif IBM antaranya pengurus besar bahagian HR dan pengurus bahagian penyelidikan IBM Malaysia. Dalam lawatan ini, para pelajar telah diberi taklimat tentang beberapa perkara berkaitan IBM terutamanya servis IT yang dijalankan oleh IBM seperti aplikasi pelayan, servis integrasi komunikasi, servis data dan simpanan serta pelbagai
lagi. Para pelajar juga didedahkan kepada konsep baru perniagaan IBM iaitu “Smarter Planet”yang merangkumi teknik penyelesaian masalah berdasarkan 3I – instrumented, interconnected dan intelligent. Di akhir sesi lawatan, para pelajar telah dibawa melawat sekitar pusat operasi IBM di dalam bangunan yang sama. Para pelajar telah berpeluang melihat teknologi perisian dan perkakasan yang dibangunkan oleh IBM serta melihat suasana tempat kerja yang kondusif di pejabat IBM. Secara keseluruhannya, sasaran lawatan ini telah dapat dicapai dengan jayanya. Lawatan ini menjadi satu lagi titik tolak untuk memberi pendedahan awal dan mendekatkan lagi para pelajar dengan dunia pekerjaan yang akan mereka hadapi kelak. Maka, benarlah kata-kata “Jauh perjalanan, luas pengalaman, tambah pengetahuan”. Artikel ini disumbangkan oleh En. Faisal Ibrahim
Dr. Syuhaimi menerima Anugerah Penyelidik Muda UKM
Buletin JKEES, Bil. 3 (Julai 2009) - 5
Edisi Julai : Bil. 3
Konvokesyen UKM ke-34 :
Adilah Zaira Menerima Anugerah Naib Canselor
P
ada Majlis Konvokesyen UKM ke34 yang lalu, yang telah berlangsung pada 15-19 Ogos 2009 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar), seorang pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elketronik dan Sistem telah terpilih untuk menerima Anugerah Khas iaitu Anugerah Naib Canselor. Adilah Zaira Abu Bakar yang memperolehi Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan Dengan Kepujian (Cemerlang) dalam bidang Kejuruteraan dan Elektronik dari menerima hadiah wang tunai RM2500 dan buku terbitan Penerbitan UKM. Antara kirteriakriteria yang diambil kira bagi penganugerahan ini adalah mencapai sekurang-kurangnya PNGK 3.67, sumbangan dengan
cemerlang terhadap pembangunan dan kebajikan warga kampus, mengharumkan nama university dan lain-lain lagi. Adilah sememangnya memenuhi kriteria-kriteria ini. Beliau bukan sahaja mendapat PNGK yang cemerlang malah banyak menyertai pertandinga-pertandingan di peringkat kebangsaan seperti Robocon, CANSAT dan EPSCOM. Beliau juga sangat aktif dengan persatuan IEEE (pelajar) UKM. Beliau adalah penerima Pingat Emas Institut Jurutera Malaysia (IEM) – Best Engineering Student bagi sesi 2008/2009. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Adilah. Tenaga pengajar di JKEES sangat berbangga dengan pencapaian beliau. Wajah ceria kedua ibu bapa Adilah diatas pencapaian anak mereka
Buletin JKEES, Bil. 3 (Julai 2009) - 6