International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
EPISTEMOLOGI RASM DAN DABT AL-QURAN: SUATU PENGENALAN ASLAM FARAH BINTI SELAMAT HAYATI BINTI HUSSIN Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bangi, Selangor.
[email protected] MOHD FAIZULAMRI BIN MOHD SAAD Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor ABSTRAK Rasm dan Dabt merupakan salah satu cabang dari ilmu-ilmu al-Quran. Ilmu mengenai penulisan dan perletakan tanda al-Quran ini merupakan antara usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh para ulama dalam memartabatkan al-Quran dalam masyarakat Islam. Oleh itu, artikel ini merupakan satu usaha penulis untuk memperkenalkan kepada masyarakat akan kepentingan Rasm dan Dabt dalam penulisan dan pembacaan al-Quran. Metodologi kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, Individu yang memahami dan menguasai ilmu Rasm dan Dabt ini akan dapat mengaplikasikannya di dalam pembacaan al-Quran. Ianya juga dapat mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam penulisan al-Quran disamping menghayati sejarah bermulanya ilmu Rasm dan Dabt ini. Kata Kunci: Pengenalan, rasm, dabt, penulisan, penandaan PENGENALAN Rasm merupakan kaedah penulisan al-Quran mengikut gaya penulisan yang telah di tetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga, Sayyidina cUthman bin Affan r.a. Kaedah penulisan al-Quran ini mempunyai kaitan dengan ilmu Qiraat dimana setiap kalimah al-Quran itu ditulis dengan mengambil kira aspek perbezaan bacaan al-Quran atau lebih dikenali dengan ilmu Qiraat. Oleh itu, ia dinamakan dengan Rasm Uthmani. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam penulisan Rasm Uthmani merangkumi enam perkara, iaitu al-Hazaf, al-Ziyadah, al-Humaz, al-Ibdal, al-Wasl wa al-Fasl serta apa yang mengandungi dua wajah qiraat. Manakala dabt pula merupakan suatu ilmu yang membahaskan mengenai tanda untuk membunyikan sesuatu huruf dari segi icrab. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dilakukan terhadap beberapa teks al-Quran yang dirujuk berdasarkan beberapa buah kitab arab. Kajian ini tertumpu kepada penulisan dan penandaan yang terdapat pada teks al-Quran. Penulisan dan penandaan tersebut dikaji berdasarkan kaedah-kaedah tertertentu yang telah digariskan oleh para ulama’ al-Quran. Seterusnya memberikan pendedahan kepada pembaca dalam membezakan antara Rasm dan Dabt 1
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
yang terdapat dalam penulisan al-Quran serta mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam penulisan al-Quran.
SEJARAH RASM Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril AS secara berperingkat dalam tempoh 23 tahun. Setiap wahyu yang disampaikan, baginda akan terus menghafaznya dan akan menyampaikannya kepada para sahabat. Setiap tahun pada bulan Ramadan, baginda akan membacanya dihadapan malaikat Jibril AS. Setiap kali terdapat penambahan atau pemansukhan baginda segera menghafaznya dan mengaplikasi dari apa yang sampaikan kepadanya. Pada tahun terakhir sebelum kewafatan baginda, baginda membaca dua kali dihadapan Malaikat Jibril AS. Ketekunan para sahabat pada ketika itu, ada dikalangan mereka mengambil inisiatif untuk menghafaz dan memperelokan bacaannya serta mengikut bentuk-bentuk qiraat sepertimana yang telah disampaikan oleh baginda SAW. Ada dikalangan mereka yang menulis sebahagian ayatayat, surah, dan surah-surah. Ada juga sahabat yang menulis keseluruhan al-Quran dan menghafaznya. Antaranya ialah Abu Bakar as-Siddiq RA, Umar al-Khatab RA, Uthman al-Affan RA, Ali bin Abi Talib KW, Thalhah RA, Saad RA, Ibn Mas’ud RA, Huzaifah RA, Salim Maula Huzaifah RA, Abu Hurairah RA, Ibn Abbas RA, Amru bin al-‘As RA, Mu’awiyah RA, Ibn Zubair RA, Abdullah bin al-Saib RA, Aisyah RA, Talhah RA, dan Ummu Salamah RA. Mereka ini adalah dari kalangan muhajirin. Manakala Ubay bin Kaab RA, Mu’az bin Jabal, Zaid bin Thabit RA, Abi Darda’ RA, Abi Zaid RA, Mujamma’ bin Harithah RA, dan Anas bin Malik RA pula dari Ansar. Mereka semuanya mengumpukan keseluruhan al-Quran pada zaman Rasulullah SAW. Penulis wahyu pertama dikalangan sahabat di Makkah ialah Abdullah bin Abi Sarh. Akan tetapi, beliau telah murtad selepas hijrah dan melarikan diri dari Madinah ke Mekkah. Beliau kembali memeluk agama Islam selepas pembukaan kota Mekkah. Manakala penulis wahyu pertama di Madinah pula ialah Abu Munzir (Ubay bin Kaab RA), dan kemudian beberapa orang sahabat Baginda SAW meneruskannya selepas hijrah, iaitu Zaid bin Harithah RA, dan kemudiannya Muawiyah bin Abi Sufyan RA selepas pembukaan kota Mekkah. Mereka menulis di pohon-pohon tamar, kulit-kulit kambing, tulang-tulang yang bersih, baju-baju, dan lain-lain. Pada Zaman Rasulullah, seluruh ayat-ayat al-Quran ditulis, tetapi tidak dikumpulkan menjadi satu dan tidak juga disusun mengikut susunan surah-surah (Al-Dibba’,1999). Pada zaman pemerintahan khalifah Abu Bakr Al-Siddiq RA, telah berlaku suatu peperangan menentang golongan murtad dan tidak membayar zakat. Ianya dinamakan sebagai peperangan Yamamah. Pada ketika itu, seramai 700 orang huffaz al-Quran telah syahid dimedan peperangan. Mengetahui berita ini, Umar al-Khatab RA, menasihati Abu Bakr RA untuk mengumpulkan keseluruhan al-Quran untuk memelihara al-Quran, dikhuwatiri akan hilang alQuran dengan wafatnya para huffaz al-Quran. Setelah Khalifah Abu Bakr RA bersetuju menulis dan mengumpulkan semula al-Quran , Beliau melantik Zayd bin Thabit untuk melaksanakan tugas ini. Sebagaimana Khalifah Abu Bakr RA, Zayd bin Thabit juga teragak-agak untuk menerima perlantikan tersebut pada peringkat 2
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
permulaannya, malah beliau berkata “Demi Allah! Kalau mereka membebankan aku dengan tugas untuk mengaihkan bukit sekalipun, aku tidak terasa lebih berat dari tugas menghimpunkan al-Quran ini”. Namun, setelah dipujuk beberapa kali oleh Saidina Abu Bakr RA, akhirnya Allah SWT membuka pintu hatinya untuk menerima tugasan tersebut. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Abu Bakr As-Siddiq RA memilih Zayd bin Thabit RA untuk melaksanakan tugas tersebut. Faktor yang paling utama ialah beliau merupakan satu-satunya sahabat yang hadir semasa Rasulullah menyemak al-Quran dengan Malaikat Jibril buat kali terakhir. Disamping itu juga, beliau merupakan seorang sahabat yang sentiasa menulis setiap wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW sejak beliau dilantik menjadi penulis wahyu (Sya’ban,1997). Beliau juga merupakan seorang yang dikenali di kalangan para sahabat sebagai seorang yang paling sempurna penghafalan al-Qurannya, baik sebutan huruf-hurufnya, menguasai qiraatqiraatnya, dan juga seorang yang mempunya daya pemikiran yang cerdik hinggakan beliau hanya mengambil masa hanya sembilan belas hari sahaja untuk mempelajari ilmu-ilmu alSirraniyyah. Selain itu, beliau juga memiliki sifat benar, warak, adil, amanah serta terkenal sebagai seorang yang mempunyai ilmu yang mendalam temtang agama. (al-Muhaysin,1989). SEJARAH DABT
Mushaf Uthmani selesai ditulis pada zaman pemerintahan Uthman bin Affan RA. tanpa sebarang baris dan titik bersesuaian dengan prinsip dan peranannya yang mengandungi pelbagai qiraat. Umat Islam pada ketika itu boleh membaca al-Quran dengan baik sebahagian daripada mereka bertalaqqi dengan Nabi SAW dan sebahagian yang lain bertalaqqi dengan para sahabat yang hidup bersama mereka. Disamping itu juga, mereka menguasai Bahasa Arab dengan sempurna. (Al-Dibba’,1999). Pada Zaman pemerintahan Mucawiyah bin Abi Sufiyan, semakin ramai orang yang bukan berbangsa Arab telah memeluk agama Islam. Dengan sebab itu, antara masalah awal yang berlaku di kalangan mereka ialah apabila mereka membaca al-Quran yang tidak mempunyai baris. Para Ulama’ al-Quran membahagikan penandaan kepada dua bahagian, iaitu nuqat I’rab dan nuqat I’jam. Nuqat I’rab merupakan penandaan pada huruf yang berkaitan dengan baris, sukun, sabdu, mad, dan sebagainya. Mereka berselisih pendapat dalam menentukan orang pertama yang meletakkan tanda pada penulisan al-Quran. Ada dikalangan mereka mengatakan Khalil bin Ahmad, ada juga yang berpendapat Nasr bin Asim, dan Yahya bin Yu’mar. Ada pula yang mengatakan Abdullah bin Abi Ishak al-Hadhrami dan sebahagian lain berpendapat al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi. Sepertimana yang telah dipersetujui oleh sekumpulan ulama’ al-Quran iaitu Al-Dani, Abu Daud dan Abu Hatim, mereka berpendapat bahawa orang yang pertama yang meletakkan penandaan ialah Abu Aswad al-Duwali atas arahan Ziyad bin Abi Ziyad, menteri di Basrah pada zaman 3
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
pemerintahan khalifah Mucawiyah bin Abi Sufyan. Ini adalah pendapat yang paling sohih. (Muhaysin, 2002) Satu riwayat menceritakan bahawa pada suatu ketika, Mucawiyah bin Abi Sufiyan telah mengarahkan Ziyad bin Abi Sufiyan yang menjadi gabenor Basrah pada ketika itu, supaya beliau menghantar anaknya cUbayidillah bin Ziyad untuk menghadapnya. Dalam pertemuan itu, Mucawiyah dapati terlalu banyak kesalahan tatabahasa yang telah dilakukan oleh cUbaydillah dalam percakapannya. Oleh itu, sewaktu cUbaydillah dihantar pulang, Mucawiyah telah mengutuskan sepucuk surat kepada Ziyad dengan mengecam beliau kerana beliau membiarkan anaknya bertutur tanpa menurut tatabahasa yang betul. Setelah membaca surat itu, Ziyad terus memikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kemudian beliau memanggil Abu al-Aswad al-Du’ali, iaitu seorang ulama al-Quran yang terkemuka pada ketika itu dan berkata kepada beliau: “Sesungguhnya bahasa Arab telah dicemari dan dimasuki unsur-unsur yang merosakkan. Maka sekiranya anda boleh mencipta sesuatu yang dapat menjadikan manusia mengawal bahasa mereka dari kesalahan dan mereka boleh membaca ayat-ayat- al-Quran dengan betul.” Akan tetapi pada peringkat permulaannya, Abu al-Aswad al-Du’ali enggan menerima cadangan tersebut tanpa sesuatu sebab tertentu. Keputusan Abu al-Aswad al-Du’ali itu tidak mengecewakan Ziyad, malah beliau terus memikirkan cara untuk lebih meyakinkan Abu al-Aswad dan seterusnya mencipta sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah yang sedang terjadi. Akhirnya beliau menyuruh seorang lelaki duduk ditepi jalan yang biasa dilalui oleh Abu al-Aswad dan berkata pada lelaki itu : “Bila Abu al-Aswad lalu di hadapanmu, kamu bacalah sesuatu ayat al-Quran dan lakukan sedikit kesilapan”. Kemudian lelaki itu pun duduk di tepi jalan dan apabila Abu al-Aswad melintas dihadapannya, beliau pun membaca firman Allah s.w.t. dalam surah al-Taubah ayat 3: )) (( iaitu dengan baris kasrah pada huruf lam, ( ِ)ورسولِه. Dan apabila Abu al-Aswad mendengar bacaan lelaki itu, beliau sangat terperanjat lalu berkata : “Mahasuci Allah memutuskan tanggung jawab terhadap rasulNya,” Kemudian beliau segera pergi bertemu dengan Ziyad dan berkata kepadanya: “Baiklah, saya sanggup memenuhi permintaan tuan, dan saya melihat perlu mulakan dengan i’rab al-Quran”. Maka selepas itu, dipilih beberapa orang lelaki dari kabilah Abdul Qays, dan sebahagian pendapat mengatakan dari kabilah Quraiysh, dan beliau berkata kepada lelaki tersebut: “Ambillah al-Quran itu dan tandakan dengan dakwat yang berbeza warna dengan warna penulisan al-Quran yang asal. Maka apabila mendapati huruf tersebut berbaris atas, letakkanlah tanda satu titikdiatas huruf itu. Apabila berbaris hadapan, letakkanlah tanda satu titik dibahagian hadapan huruf itu. Dan apabila berbaris bawah, letakkanlah tanda satu titik dibawah huruf itu. Dan apabila terdapat huruf yang didengungkan selepasnya iaitu huruf yang bertanwin, maka letakkanlah dua titik, sehingga akhir al-Quran itu”(al-Muhaysin, 2002).
4
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Dapatlah kita melihat dari kisah ini, seorang anak yang hebat juga tidak terlepas melakukan dari kesilapan dalam membariskan perkataan, apatah lagi orang-orang ‘ajam biasa yang semakin ramai memeluk agama Islam, yang mana mereka tidak mempelajari kaedah nahu, tetapi ingin membaca al-Quran. Itulah antara kelebihan dabt diletakan pada penulisan al-Quran. Ianya memudahkan umat Islam untuk membaca al-Quran seterusnya dapat memelihara kesucian al-Quran itu sendiri. Bermula dari peletakkan tanda oleh Abu al-Aswad Al-Du’ali, para ulama’ mengaplikasikan perletakan tanda tersebut, dan membuat penambahbaikan sehingga ke zaman Daulah Abasiyah. Tersebarlah keilmuwan Khalil bin Ahmad al-Basri yang membuat transformasi perletakan tanda berdasarkan peletakkan tanda yang telah dibuat oleh Abu alAswad Al-Du’ali. Beliau memasukkan penambahbaikan dengan menjadikan tanda fathah kepada alif kecil melintang; kerana fathah apabila disebut lahir daripadanya alif, dan tanda dammah kepada waw kecil; kerana dammah apabila disebut lahir daripadanya waw, dan tanda kasrah kepada ya kecil; kerana kasrah apabila disebut lahir daripadanya ya. Inilah yang dinamakan syakl atau permbarisan. Disamping itu, beliau juga menambahkan tanda tasydid yang diambil dari kepala syin dan tanda sukun daripada kepala kha selain dari perletakan hamzah, ikhtilas (raum), dan isymam. HUBUNGKAIT RASM DAN DABT DAN KEPENTINGANNYA Al-Muhaysin (2002) mendefinisikan Dabt al-Quran dari sudut bahasa sebagai mencapai objektif dalam memelihara sesuatu. Manakala dari segi istilah pula ialah suatu ilmu yang diketahui dengannya apa yang menunjukkan pada sesuatu huruf dari segi baris, sukun, tasydid, mad atau lain-lain yang berkaitan. Ianya juga dinamakan sebagai Syakl (baris). Pada tulisan (khat) al-Quran yang kita baca itu terdapat berbagai tanda bacaan demi untuk membantu setiap pembacanya supaya membaca dengan betul dan tepat mengikut hukum bacaan al-Quran. Penulisan Rasm Uthmani sangat memberi kesan pada Dabt Qiraat. Ianya sangat meraikan keseluruhan Qiraat Mutawatirah yang ada. Dengan berasaskan rangka penulisan Rasm Uthmani, ianya boleh meraikan semua qiraat yang ada apabila diletakkan dabt iaitu pembarisan dan perletakan titik pada huruf tertentu. Sebagai contoh, kalimah ( )يرجعونyang terdapat dalam surah al-Ahzab boleh membawa empat bacaat qiraat yang berbeza, iaitu يُرجَعونadalah bacaan bagi Ibn Kathir, يَرجِعونadalah bacaan bagi Hamzah, تَرجِعونadalah bacaan bagi Kisaie, dan تُرجَعونadalah bacaan bagi Kholaf (Al-Habsy, 1999). Al-Zarqani (2001) mengatakan bahawa perubahan mushaf al-Quran seiring dengan perubahan masa yang mana ramai dalam kalangan umat Islam merasa tertekan untuk membaca dan memahami isi kandungan al-Quran. Masalah ini merupakan faktor utama pengicraban dan pengicjaman al-Quran yang bertujuan untuk memelihara al-Quran sebagaimana asal penurunannya. Al-Zarqani menegaskan, sekiranya mashaf tersebut dibiarkan tanpa berlaku sebarang perubahan positif seperti perletakan titik dan baris, ditakuti akan berlaku pula perubahan yang negatif yang merosakkan mushaf tersebut. 5
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Imam al-Nawawi (1987) menjelaskan, mejoriti ulama bersetuju dalam meletakkan titik dan baris bertujuan untuk memelihara al-Quran daripada kesalahan penyebutan huruf yang tidak jelas serta tidak fasih semasa membaca al-Quran. Bahkan umat Islam dapat mengaplikasikannya sebagai rujukan dan penyelidikan manakala ayat-ayat al-Quran pula diukir indah dibangunanbangunan dan sebagainya. Muhammad bin Sayf, Mansur bin Zadhan, Ibn Sirin, Nafic bin Abu Nucaym, Rabicah bin Abi Abd Rahman, Khalaf bin Hisham al-Bazzar, al-Kisai, dan al-Nawawi menyatakan bahawa, penambahbaikan dalam mushaf dibolehkan bertujuan untuk menjaga kemaslahatan umat Islam. Bahkan al-Ashcath bin al-Hasan menambah, pembaharuan ini tidak bertentangan dengan kaedah nahu (al-Dani, 1960; al-Sijistani 1986). c
Abu cAmru al-Dani dalam kitab Tarikh Mushaf juga menyokong kenyataan tersebut dengan penjelasan bahawa, sejak zaman tabicin sehingga kini, para ulama sentiasa mencari jalan dalam mempermudahkan penggunaan mushaf disamping mushaf rujukan para ulama yang mana kesemuanya boleh buat pembaharuan di dalamnya. JAMINAN PEMELIHARAAN AL-QURAN Al-Quran merupakan khazanah pemeliharaan Allah SWT berbanding dengan kitab-kitab lain yang tanggungjawab pemeliharaannya adalah tanggungjawab pemeliharaanya adalah kepada umat itu sendiri. Sebagai dalil, Allah SWT sendiri telah memberi jaminan akan menjaganya dari sebarang penyelewengan, penambahan, pengurangan dan sebagainya. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9 : Maksudnya: “ Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya ”. HUKUM INOVASI DALAM MUSHAF AL-QURAN Segala pembaharuan dalam mushaf al-Quran yang dilakukan pelbagai tanggapan dan spekulasi. Sesetengah dalam kalangan terbuka manakala terdapat juga dalam kalangan mereka yang dilakukan. Oleh yang demikian, dibawakan segala pandangan penerimaan dan penolakan pembaharuan tersebut.
oleh ulama dabt mempunyai ulama menerima dengan hati menolak segala inovasi yang dan hujah mereka dari sudut
Golongan Yang Menolak Ulama pada era permulaan Islam menolak inovasi dalam Mushaf al-Quran seperti meletakkan titik dan baris kerana mereka mereka risau akan berlaku penyelewengan dalam al-Quran bahkan mereka juga ingin memelihara al-Quran dengan mengekalkan mushaf tersebut sebagaimana rasm asalnya. Mereka berpandangan, sebarang usaha pemulihan dan inovasi terhadap al-Quran seolah-olah memperkecilkan para sahabat, memutuskan amanah mereka bahkan seolah-olah 6
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
menafikan tindakan mereka terhadap al-Quran sekalipun usaha yang dilakukan bertujuan untuk memperelokkan al-Quran tersebut. Bahkan mereka menilai, mushaf al-Quran bersifat tauqifi (iaitu sesuatu yang terhenti pada era Rasulullah SAW dan haram memperbaikinya). Diriwayatkan daripada Ibn Mascud RA, “Biarlah al-Quran dengan keadaan asalnya dan janganlah kamu mencampurkannya dengan unsur-unsur lain” (Muhaysin,1980). Hujah Ibn Masud menjadi sandaran golongan salaf untuk menolak sebarang perubahan dalam al-Quran. Bahkan Imam Malik, Ibn Sirin, Imam al-Syacbi dan Nakha’i juga menolak penambahan al-Quran seperti titik, baris, tanda waqaf, dan sebagainya di zaman mereka (al-Zarqani, 2001) tetapi Imam Malik mengharuskan perletakan titik di dalam mushaf hanya untuk mengajar kanak-kanak sahaja. (al-Dani,1960; al-Zarkashi, 1979) Pandangan Imam Malik disokong oleh al-Sakhawi (alNawawi, 1987) kerana al-Quran akan terus kekaldengan keasliannya. Golongan Yang Menerima Al-Zarqani (2001) mengatakan bahawa perubahab mushaf al-Quran seiring dengan perubahan masa yang mana ramai dalam kalangan umat Islam merasa tertekan untuk membaca dan memahami isi al-Quran. Masa inilah merupakan faktor utama kepada pengicraban dan pengicjaman al-Quran yang bertujuan untuk memelihara al-Quran sebagainama asal penurunannya. Al-Zarqani menegaskan, sekiranya mushaf tersebut dibiarkan tanpa berlaku sebarang perubahan positif seperti perletakan baris dan titik, ditakuti akan berlaku pula perubahan negatif yang merosakkan mushaf tersebut. Imam al-Nawawi (1987) menjelaskan, mejoriti ulama bersetuju dalam meletakkan titik dan baris bertujuan untuk memelihara al-Quran daripada kesalahan penyebutan al-Quran daripada kesalahan penyebutan huruf yang tidak jelas serta tidak fasih semasa membaca al-Quran. Bahkan umat Islam dapat mengaplikasikannya sebagai rujukan dan penyelidikan manakala ayat-ayat al-Quran pula diukir indah di bangunanbangunan dan sebagainya. Muhammad bin Sayf, Mansur bin Zadhan, Ibn Sirin, Nafic bin Nucaym, Rabciah bin Abi c Abd al-Rahman, Khalaf bin Hisyam al-Bazzar, al-Kisa’i, dan al-Nawawi menyatakan bahawa, penambahbaikan dalam mushaf dibolehkan bertujuan untuk menjaga kemaslahatan umat Islam. Bahkan al-Ashcath bin Hasan menambah, pembaharuan ini tidak bertentangan dengan kaedah nahu (al-Dani, 1960; al-Sijistani, 1986). Abu cAmru al-Dani dalam kitab Tarikh al-Mashaf juga menyokong kenyataan tersebut dengan penjelasan bahawa, sejak zaman tabicin sehingga kini, para ulama sentiasa mencari jalan dalam mempermudahkan penggunaaan mushaf disamping mushaf rujukan ulama yang mana kesemuanya boleh dibuat pembaharuan di dalamnya (al-Akrat,2008). Selain itu, kebanyakkan umat Islam menjadi lebih mudah terhadap peletakan tanda titik dan baris seperti membarikan surah-surah, menomborkan ayat di samping merasamkan khumus dan usyur (Muhaysin 1989). Mereka melihat isu ini diharuskan dengan sebab menjaga dan memelihara keaslian al-Quran. Tujuan utama meletakkan baris dalam mushaf adalah untuk memelihara al-Quran dan mengelakkan daripada berlakunya kesalahan penyebutan huruf, baris bacaan dan kalimah. Bahkan umat Islam dapat memahami dengan baik terhadap isi kandungan al-Quran serta maksud yang tersirat disebaliknya disamping mentadabbur dengan penuh penghayatan serta menghalusi 7
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
sharah mufradat dan maknanya. Sebenarnya, pembaharuan yang dilakukan tidak menjejaskan alQuran sama sekali kerana Rasulullah SAW sendiri tidak menjelaskan secara khusus bentuk penulisannya dan baginda tidak melarang penulis wahyu menulis wahyu tersebut atas dasar yang khusus. Namun, sekiranya penghafaz berpandangan penyelarasan al-Quran merupakan suatu unsur asing dalam al-Quran, ia adalah sunnah hasanah berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “ Barangsiapa yang mensunnahkan Islam dengan sunnah yang baik, maka orang selepasnya akan mengamalkannya, Bahkan dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang melakukannya malah pahalanya tidak berkurang sedikitpun.” Hadis ini menyuruh umat Islam memulakan sesuatu yang baik dan berfaedah. Malah Abu Aswad al-Du’ali merujuk hadis ini sebelum beliau mengasaskan perletakan baris dalam mushaf. Al-Nawawi menambah, bentuk-bentuk yang dilakukan terhadap mushaf tidak dikira sebagai penambahan kerana ia sebahagian daripada binaan susunan kalimah (iaitu sesuatu yang tidak sempurna melainkan memasukkan tanda dan bentuk). Oleh itu, membariskan kalimah-kalimah ini dilihat sebagai satu usaha murni dalam membantu para pembaca supaya menggunakan bahasa yang betul dan selamat sebagaimana yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sepertimana Icrab mempunyai kesan yang kuat terhadap sesuatu makna. Justeru, baris-baris ini terikat kukuh dengan makna kalimah. Sayyidina Ali RA juga mengetahui inovasi yang dilaksanakan oleh Abu Aswad al-Du’ali kerana beliau pernah ditanya soalan berkaitan dengan pembaharuan dalam al-Quran. Sayyidina Ali RA menjawab: “Alangkah baiknya jika aku yang menyusunnya” (al-Zabidi,1984; al-Dhahabi,1984; Ibn Jazari,1982). Abu Hatim menjelaskan, ulama Madinah, Makkah, Iraq dan Sham mempunyai gaya tersendiri dalam menuqtahkan mushaf mereka. Kemudian mereka mengikut cara nuqt al-I’rab ulama Basrah hasil ciptaan Abu al-Aswad al-Du’ali (al-Dani, 1960). Hal ini menunjukkan bahawa, pelbagai cubaan yang dilakukan ulama dabt bertujuan untuk memudahkan umat Islam. Melalui nukilan Abu cAmru al-Dani, pengkaji berpendapat inovasi yang dilakukan oleh ulama Madinah, Makkah, Iraq dan Sham tidak sempurna sehingga wujudnya kaedah dabt Abu alAswad al-Du’ali yang dinamakan dabt ahl al-Basrah dimana kaedah beliau adalah kaedah yang terbaik dan lengkap pada ketika itu. Berdasarkan hujah para ulama, Dr Salim Muhaisin (1980) menggariskan bahawa pembaharuan dalam al-Quran diharuskan bertujuan untuk memudahkan umat Islam membaca dan memahami isi kandungan al-Quran. Boleh dikatakan, semua mushaf diseluruh dunia pada masa kini dicetak berdasarkan tatacara perletakan titik dan baris. Dengan itu, kajian ini menyokong pandangan tersebut berdasarkan hujah-hujah yang telah dikemukakan.
1
Lihat Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi 7: 104. 1978M. Cetakan kedua. Darul Fikir. Beirut.
8
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
RUKUN PEMBACAAN AL-QURAN Rasm al-Quran perlu diketahui oleh para pembaca al-quran kerana ianya merupakan salah satu dari rukun-rukun al-Quran. Sepertimana telah bersepakat para ulama al-Quran bahawa rukun bacaan al-Quran yang betul ada tiga perkara. Rukun yang pertama, ia hendaklah bertepatan dengan salah satu daripada mashaf-mashaf Rasm Uthmani, sama ada yang dihantar oleh Sayyidina Uthman ke Makkah, Madinah, Kufah, Basrah, Syam, ataupun Mashaf al-Imam yang disimpan sendiri oleh beliau. Dua lagi rukun dalam bacaan al-Quran ialah hendaklah mutawatir sampai kepada Rasulullah SAW serta bertepatan dengan salah satu daripada wajah-wajah bahasa Arab (Sya’ban, 1997;Syalabi,1999; Nuh Al-Faqir, 2003). Selain dari tiga rukun di atas, terdapat satu lagi faktor penting yang membuktikan bahawa Rasm Uthmani itu sangat perlu diutamakan dalam penulisan al-Quran iaitu, ia bertepatan dengan pembentangan terakhir al-Quran oleh Rasulullah bersama Malaikat Jibril. RAHSIA PENULISAN RASM UTHMANI Rasm Uthmani mempunyai banyak rahsia disebalik penulisan yang diwahyukan. Ianya menunjukkan keaslian pada bentuk dan huruf perkataan tersebut seperti perkataan إيتاءى ذى القربى dan سَُأوْرِيكُمyang dikekalkan pada tulisan walaupun tidak dilafazkan huruf tersebut. Juga pada penulisan kalimah الزكوة، الصلوةdan الحيوةyang dikekalkan penulisan waw menggantikan alif. Selain itu, penulisan Rasm Uthmani menunjukkan sebahagian dari bahasa-bahasa yang fasih. Seperti penulisan ha’ ta’nith dengan ta’ majrurah pada bahasa Ti’, dan hazaf ya mudhari’ bagi selain dari jazam, pada يوم يأت ال تكلم نفسpada bahasa Huzail. Disamping itu juga, penulisan Rasm Uthmani boleh membawa sesuatu kalimah kepada pelbagai maksud dengan memisahkan dan mencantumkan sebahagian perkataan. Contohnya, seperti أم من يكون عليهم وكيالdan أمن يمشي سويا, jika terpisah kalimah أمdan منmembawa maksud بلtanpa menyambungkannya. Sementelahan pula, Rasm Uthmani juga membawa Qiraat yang pelbagai dari lafaz penulisan dengan satu jenis Rasm. Contohnya, وما يخدعون إال أنفسهمdan وتمت كلمة ربك صدقا وعدال. Jika yang pertama itu ditulis dengan وما يخادعون, maka akan hilanglah bacaan يخدعون, dan jika yang kedua itu ditulis dengan alif yang menunjukkan qiraat jama’, maka akan hilanglah bacaan qiraat mufrad. Juga ditulis dengan ta’ majrurah untuk memberi faedah kepada apa yang disebutkan. Ianya juga tidak memberikan petunjuk secara hakikat dalam pembacaan melainkan ketika diwakafkan. Kesibukan setiap ilmu itu sangat bernilai dalam memeliharanya. (Al-Dibba’,1999) Rasm Uthmani ditulis berdasarkan dalil yang kuat dan hujah yang jelas yang menjadi bukti kesahihan al-Quran dan kemutawatirannya serta menjadi satu mukjizat al-Quran itu sendiri. Selain itu, kaedah penulisan Rasm Uthmani mengandungi pelbagai rahsia dari segi penambahan, pembuangan dan pengekalan huruf dalam sesuatu kalimah. 9
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
al-Zuhri telah berkata bahawa pada suatu ketika terdapat percanggahan untuk menentukan huruf untuk digunakan, samaada التابوتatau التابوه. Maka telah berkata orang-orang Quraisy ejaan perkataan yang betul ialah التابوتakan tetapi Zaid telah berkata ejaan perkataan yang betul ialah التابوه. Maka, mereka berjumpa dengan Saidina Uthman Bin Affan bagi menyelesaikan masalah ini. Setelah itu, Saidina Uthman berkata, “Tulislah dengan التابوتkerana sesungguhnya ianya telah diturunkan dalam lisan orang Quraisy”(al-Dani,2010;al-‘Arabli,2010). Maka jelaslah disini, rahsia perbezaan dalam penulisan al-Quran. Walaupun satu huruf dihujung ianya membawa pebezaan yang besar. Terutama ketika diwaqafkan pada kalimah tersebut. Disamping itu, antara rahsia lain yang tersirat yang penuh hikmah yang terdapat dalam penulisan al-Quran Rasm Uthmani adalah pada penambahan huruf waw ( )وpada ( )أولىuntuk membezakan kalimah tersebut dan kalimah huruf Al-Jar ()إلى, dan penambahan pada ( ) أولئك untuk membezakan kalimah tersebut dan kalimah ( )إليكbegitu juga dengan penambahannya pada kalimah ( وأوالت،أولوا, dan )وأوالئكمyang membawa kepada kata seertinya (Sya’ban, 1997). Oleh kerana itu, pengkaji merasa amat perlu untuk dipelajari dan difahami oleh pembaca al-Quran. Hal ini supaya masyarakat yang dididik dengan al-Quran dapat memahami, menguasai dan menghayati ilmu-ilmu al-Quran supaya tidak lagi berlaku kesilapan yang berterusan agar kesucian al-Quran sentiasa terpelihara.
PENUTUP Berdasarkan dapatan kajian ini, penulis menyarankan agar setiap individu muslim haruslah mempelajari ilmu Rasm dan Dabt ini. Hal ini kerana, mereka yang memahami dan menguasai ilmu Rasm dan Dabt ini akan dapat mengaplikasikannya di dalam pembacaan al-Quran. Ianya juga dapat mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam penulisan al-Quran disamping menghayati sejarah bermulanya ilmu Rasm dan Dabt ini.
RUJUKAN Muhaisin, Muhammad Salim Muhaysin.2002.Irsyad al-Thalibin ila Dabt al-Kitab al-Mubin. Dar Muhaisin. Kaherah. Al-Quran Syamil, 2007, Jakarta. Al-Quran.(2001). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Quran. Darulfikir. Kuala Lumpur. Abu Daud.1999.Sunan Abi Daud al-Musamma al-Sunan.Dar al-Arqam.Beirut. Abu Mardhiyah. 2010. Panduan Penulisan al-Quran Rasm Uthmani Riwayat Hafs an ‘Asim. AlJenderaki. Kuala Lumpur. Al-‘Arabli , Abdul Majid al-‘Arabli.2010.Sirr al-Maqtu’ wal Mausul Wa al-ta’aat Allati Basathat Fi al-Rasm al-Qurani.Dar Yafa Al-Alamiyah Linasyru wat Tauzi’.Amman. Al-Akrat,cAbd al-Tawwab Mursi Hasan. 2008. Al-Dabt al-Mushafi Nash’atuhu wa Tatawwuruhu. Cetakan pertama. Maktabah al-Adab. Al-Qahirah. Al-Dani, Abi Amru Uthman bin Said al-Dani. 1960. Kitab al-Nuqt. Muhammad al-Sadiq Qamhawi.(pnyt). t.tp: Maktabat al-Kulliyyat al-Azhariyyah. 10
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Al-Dani, Abi Amru Uthman bin Said al-Dani. 1960. Al-Muhkam fi Nutq al-Masahif. cIzzah Hassan (pnyt). Dimashq:t.pt. Al-Dani, Abi Amru Uthman bin Said al-Dani. Al-Muqnic fi Macrifah Marsum Masahif Ahl alAmsar.Tahqiq Naurah Bint Husin. Dar al-Tadmuriyah.KSA. Al-Dhahabi, Muhammad bin Ahmad. 1984. Macrifat al-Qurra’ al-Kibar cala al-Tabaqat wa alAcsar.Cetakan Pertama. cAwwad Macruf et.al. Mu’assasat al-Risalah. Beirut. Al-Dibba’, Ali Muhammas al-Dibba’.1999.Samir al-Talibin fi Rasm wa Dabt al-Kitab alMubin.Maktabah al-Azhariyah Liturath. Mesir. Al-Habsy.1999. Al-Qiraat al-Mutawatirah wa Atharuha Fi al-Rasm al-Qurani wa al-Ahkam alSyariyah. Dar al-Fikr. Beirut. Dimasyq. Al-Muhaysin, Muhammad Salim Muhaisin. 2002.Irsyad al-Talibin Ila Dabt al-Kitab alMubin.Dar Muhaisin Littib’ah wa al-Nasyr wa al-Tauzi’. Kaherah. Al- Muhaysin, Muhammad Salim Muhaisin. 1989. Fi Rihab al-Quran.Juz 1. Dar al-Jil. Beirut. Al-Nawawi, Abu Zakaria Yahya bin Syarf. 1987. Al-Tibyan fi Adab Hamlah al-Quran. Dar alNafais. Beirut. Al-Qadduri, ‘Abdul Ghanim Qadwuri.(1984) Rasm Mashaf Dirasah Lughawiyah Tarikhiyah. Dar Ammar linnasyru al-Tauzi’. Al-Suyuti. Jalaluddin. 1996. Al-Itqan fi Ulum al-Quran. Dar Ibn Kathir. Dimasyq, Beirut. Al-Sijistani, Abu Daud Sulaiman bin Ashcath. 1986. Kitab al-Masahif. al-Haram: Mu’assasah Qurtubah. Al-Tirmizi, Abi Isa Muhammad Bin Isa Bin Saurah. 2002. Sunan Al-Tirmizi. Al-Jami’ al-Sohih. Dar Ma’rifah. Beirut. Al-Zabidi, Muhammad bin al-Hasan.1984. Tabaqat al-Nahwiyyin wa al-Lughawiyyin. Cetakan kedua. Muhammad Abu Fadl Ibrahim (pnyt). Dar al-Macrif. Misr. Al-Zarkashi, Badr al-Din Muhammad bin cAbd Allah. 1979. Al-Burhan fi cUlum al-Quran. Muhammad Abu Fadl Ibrahim (pnyt).Dar al-Jil. Beirut. Al-Zarqani, Muhammad Abd al-Azim al-Zarqani.1995.Manahil al-Irfan Fi Ulum al-Quran. Juz al-Awwal.Dar Kitab al-Arabi.Beirut. Ibn al-Jazari, Shams al-Din Abu Khayr Muhammad bin Muhammad. 1982. Ghayat al-Nihayah fi Tabaqatal-Qurra.Cetakan ketiga.Dar al-Kutub al-cIlmiyah. Beirut. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. 2007. Panduan Rasm Uthmani. Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Kuala Lumpur. Manna’ Qitan. 1983.Mabahith Fi Ulum al-Quran. Mansyurat al-‘Asr al-Hadith.Riyadh. Noresah bt. Baharom.2013.Kamus Dewan Edisi Keempat.Dewan Bahasa dan Pustaka. Utusan Printcorp Sdn. Bhd. Selangor. Nuh Al-Faqir.2003.Ibq al-Raihan fi Ulum al-Quran.Maktabah Dandis.Amman. Sya’ban, Muhammad Ismail.1997.Rasm al-Mushaf wa Dabtuhu Baina al-Tauqif wa al-Istilahat al-Hadithah.Dar al-Salam. Kaherah. Syalabi, Abdul Fatah Ismail Syalabi. Rasm al-Mushaf al-Uthmani wa Awham al-Mustshriqin fi Qiraat al-Quran al-Karim.Maktabah Wahbah. Kaherah.
11