International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
KHILAF ULAMA’ DALAM BERAMAL AL-QURAN RASM UTHMANI: SUATU SOROTAN. Shaharuddin Pangilun Pensyarah Jabatan Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat, Akademi Islam. KUIS.
ABSTRAK: Kemukjizatan al-Quran adalah bersifat syumul dan sempurna yang meliputi kehidupan manusia. Di samping penulisan, penyalinan, penerbitan dan pengedaran mushaf al-Quran di jana demi keperluan umat Islam yang semakin bertambah. Namun persoalannya, penerbitan mushaf al-Quran terdapat dalam pelbagai bentuk serta metode yang pelbagai menimbulkan tandatanya sejauhmanakah mushaf al-Quran itu dapat dipelihara dan dijamin kesuciannya. Dalam kertas ini penulis cuba mengambil pendekatan metode perbandingan dalam menghurai persoalan kaedah yang digunakan di dalam kedua-dua mushaf al-Quran yang mempunyai metode yang berbeza, di samping melihat secara dekat apakah maksud Rasm Uthmani dan Imla’i yang menjadi punca persoalan ini. Metode persejarahan juga digunakan untuk melihat perkembangan penulisan sehingga timbul dua metode yang berbeza sebagai latar perbahasan ini. Seterusnya pengkaji akan mendedahkan perbahasan di kalangan ulama’ terhadap perbezaan pandangan dan kupasan serta kehujjahan di kalangan mereka. Pada akhir kajian, penulis mendapati bahawa terdapat tiga pendapat ulama’ yang menjadi pegangan mereka dan ikutan masyarakat Islam umumnya. Oleh itu penulis menyarankan sebagai titik-tolak dalam penyelesaian persoalan ini supaya tidak berlarutan bahawa kita perlu kembali kepada metode penulisan asal. Di samping itu tidak pula meninggalkan pembaharuan yang telah dilakukan oleh para alim ulama’ selagi mana tidak terpesong dari matlamat penurunan al-Quran yang sebenar, di mana kita perlu manafaatkan perubahan tersebut demi kebaikan ummah sejagat. Kata kunci: Mushaf, Al-Quran Al-Karim, Quran Majid, Rasm Uthmani, Rasm Imla’i. PENDAHULUAN Kemukjizatan Al-Quran adalah bersifat syumul dan sempurna. Namun bila menyentuh dari sudut penulisan dan penerbitan al-Quran para ulama’ telah banyak memberi ulasan dan pandangan serta pendirian mereka terhadap Rasm Uthmani atau Ram Imla’i dengan tujuan menjaga kepentingan ummah Islam. Dalam menjamin keaslian dan kesucian al-Quran pemeliharaan kaedah penulisan al-Quran yang telah diperakui oleh Rasulullah S.A.W. menjadi topik perbahasan ulama’ salaf dan khalaf. Oleh itu jumhur ulama’ menyarankan kepada mereka yang hendak menulis al-Quran hendaklah mengikut penulisan awal dan melarang menulis al-Quran selain daripada Rasm Uthmani.1
1
Abdul Karim Ibrahim ‘Iwadh Saleh, Al-Muthaf fi Rasm al-Mushaf, (Tanta Mesir: Dar al-Sahabah li alTurath. 2006), m.s. 91.
PENGENALAN Al-Rasm (
) berarti
2
yang bermakna bekas, peninggalan. Mengikut bahasa Arab al-
rasm memiliki beberapa persamaan makna seperti
dan
yang memberi erti sama,
iaitu ‘tulisan’. Menurut Syeikh Ali Muhammad al-Dabba’, Rasm Uthmani ialah satu ilmu yang menjelaskan perbezaan penulisan dalam Masahif Uthmani dengan kaedah penulisan Imla’i.3 Dr. Sya‘ban pula berpendapat Rasm Uthmani ialah satu keterangan yang membicarakan mengenai tulisan dalam Masahif Uthmaniyyah yang dihantar ke kota-kota Islam ketika itu. Di mana kaedah penulisan dalam mushaf tersebut merangkumi tujuh huruf al-Qur’an, ditulis tanpa baris dan titik, bacaan Rasulullah S.A.W. semasa semakan terakhir di hadapan Jibril A.S. serta bacaan yang tidak dimansuhkan4. SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN RASM UTHMANI DAN RASM IMALA’I Sejarah telah mencatat dalam peperangan al-Yamamah yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah S.A.W., ramai sahabat yang menghafaz al-Quran yang menemui syahid ialah seramai tujuh ratus orang5. Peristiwa ini telah menjadikan Umar Ibn al-Khattab R.A. memberi pandangan kepada Abu Bakr al-Siddiq R.A. untuk mengumpul al-Quran. Bagi melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang besar ini, beliau telah memilih Zaid Ibn Thabit R.A.6 Setelah selesai penulisan al-Quran, ia disimpan oleh Abu Bakr al-Siddiq R.A. dan setelah beliau meninggal dunia ia diambil oleh Umar Ibn al-Khattab R.A. Apabila Umar R.A. meninggal dunia Suhuf tersebut disimpan oleh anaknya dan juga isteri Rasulullah S.A.W. iaitu Hafsah Binti Umar R.A.. Sumbangan yang mereka lakukan adalah amat besar sehinggakan Ali Ibn Abi Talib R.A. berkata, manusia yang paling banyak mendapat ganjaran dalam berkhidmat kepada al-Quran ialah Abu Bakr, semoga Allah merahmati Abu Bakr, sesungguhnya dia adalah orang pertama mengumpul al-Quran.7 Penyalinan semula mushaf al-Quran8 semasa khalifah Uthman Ibn Affan R.A.berlaku apabila Huzaifah ibn al-Yaman R.A. telah menyertai peperangan al-Rayyi9 yang berada dalam kawasan Azarbaijan. Dalam perjalanan, beliau telah melihat perbalahan dan 2
Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A’lam, cet 30, (Bairut: Dar al-Masyriq. 1986), m.s. 259 dan lihat Ibn Manzur, Lisan al-‘Arabi, jilid 12, cet.1, (Bairut: Dar Sadir. 1990), m.s. 241 3 Ali Muhammad Dabba’, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, cet. 1, (Kaherah: Maktabah alAzhar li Turath. 1999), m.s. 22 4 Dr. Sya‘ban Muhammad Ismail, Al-Qira’at Ahkamuha wa Masdaruha, (Kaherah: Dar al-Salam.1986M/ 1406H) ,m.s. 84. 5 Ali Muhammad Dabba’, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, Cet 1, (Kaherah: Maktabah alAzhar li Turath. 1999), m.s. 9. Terdapat beberapa pendapat tentang bilangan sahabat R.A. yang mati syahid dalam peperangan di Yamamah, Syeikh Abdul ‘Azim al-Zarqani dalam kitabnya Manahil al-Irfan berpendapat bilangan sahabat R.A. yang syahid di Yamamh sama bilangan semasa peperangan Bi’ru Ma’unah jumlah keseluruhanya ialah 140 orang. Al-Zarqani, Manahil al-‘Irfan, jld. 1, m.s.. 136. Bagi Syeikh Ali Dabba’ dan Syeikh Makki Nasar, mereka berpendapat sahabat R.A. yang syahid dalam peperangan di Yamamah ialah seramai 1,200 orang dan 700 daripadanya ialah kalangan Qurra’. 6 Muhammad Makki Nasr al-Juraisi, Nihayat al-Qaul al-Mufid Fi Ilmi Tajwid al-Quran, cet 1, (Beirut: Dar alKutub al-Ilmiyyah. 2003), m.s. 189. 7 Muhammad Abdul ’Azim Al-Zarqani, Manahil ’Irfan Fi ’Ulum al-Quran, jilid 1, cet. 2, (Beirut: Darul Kutub Ilmiyyah. 2004), m.s. 141. 8 Ali Muhammad Dabba’, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s. 10. 9 Peperangan ini berlaku pada tahun 30 Hijrah.
2
pertelingkahan umat Islam yang masing-masing mendakwa bacaan merekalah lebih baik dari bacaan yang lain. Peristiwa tersebut telah diberitahu kepada Uthman Ibn Affan R.A. dan beliau telah mengambil langkah yang tepat dengan menyalin al-Quran dalam bentuk mushaf. Di masa itu sahabat R.A. berjumlah dua belas ribu orang dan mereka bersepakat setuju supaya seluruh manusia membaca dengan al-Quran yang satu dan pertelingkahan tidak berlaku lagi. Uthman Ibn Affan R.A. telah menjadikan suhuf yang ditulis pada zaman Abu Bakr alSiddiq R.A. sebagai rujukan. Ketua Jawatankuasa penulisan al-Quran kali yang kedua ini ialah Zaid Ibn Thabit R.A. dan telah dibantu oleh Abdullah Ibn al-Zubair, Said Ibn al-As, Abdul Rahman Ibn al-Harith Ibn Hisyam R.A..10 Mereka telah menulis dengan teliti tanpa mengubah, menukar, mendahulukan atau mengemudiankan dan tidak terdapat perbezaan kecuali pada kalimah seperti
, sebahagian mereka menyatakan ditulis dengan ta marbutah
dan sebahagian lagi menyatakan di tulis dengan ta’ maftuhah. Perkara tersebut
telah dirujuk kepada ’Uthman bin Affan R.A. dan beliau memutuskan bahawa ditulis dengan ta’ maftuhah kerana ia merupakan bahasa Quraisy11. METODE RASM UTHMANI Ulama’ telah mengkaji secara teliti dan mereka merumuskan bahawa terdapat enam usul dalam mushaf Rasm Uthmani iaitu al-Hazf, al-Ziadah, al-Badl, al-Wasl wa al-Fasl, al-Hamz dan Ma Fihi Qiratan Kutiba ‘Ala Ihdahuma12. i. Al-Hazf. Al-Hazf (buang) ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimahkalimah tertentu. Dalam Rasm ‘Uthman, al-hazf bermaksud huruf-huruf yang tidak boleh ditulis tetapi wajib dibaca, sama ada ketika wasl atau waqf. Terdapat lima huruf13 yang dibuang mengikut kaedah Rasm ‘Uthmani iaitu alif, ya', waw, nun dan lam. Contohnya , huruf ya’ seperti
buang huruf alif seperti , buang huruf nun seperti
huruf waw seperti
dan buang huruf lam seperti
.
ii. Al-Ziadah. Al-Ziadah bermaksud tambahan huruf pada sesuatu kalimah. Huruf yang berkaitan dalam al-ziadah ini ialah alif, ya’ dan wau. Antara kalimah ziadah alif seperti dalam surah al-Naml, surah al-Zariyat dan
dalam surah al-Kahf. kalimah ziadah ya’ seperti:
dalam
dalam surah al-An’am dan ziadah wau pada empat
10
________ Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s. 11. Muhammad Makki Nasr al-Juraisi, Nihayat al-Qaul al-Mufid Fi Ilmi Tajwid al-Quran, m.s. 191. 12 Ahmad bin Muhammad al-Banna, Ittihaf Fadala’ al-Basyar, tahqiq. Dr. Sya’ban Muhammad Ismail, juz. 1, cet. 1, (Kaherah: Makabah Kulliyyah al-Azhar. 1987M/1407H), m.s 83. 13 Abdul Karim Ibrahim ‘Iwadh Saleh, Al-Muthaf fi Rasm al-Mushaf, (Tanta Mesir: Dar al-Sahabah li alTurath. 2006), m.s.21. 11
3
kalimah berikut iaitu:
dan
di mana jua dalam al-Quran,
dalam surah al-
Talaq. iii. Al-Badl. Penukaran huruf dalam metode Rasm Uthmani mengikut syarat-syarat ketentuan. AlBadl terbahagi kepada 5 bahagian seperti berikut: i.
Ibdal alif kepada ya’. Contoh
ii.
Ibdal alif kepad wau Contoh
surah al-Anfal, ayat 17. surah al-Nur.
iii. Ibdal thulathi wau kepada alif . Contoh
surah al-Baqarah.
surah al-Baqarah, ayat 218.
iv. Ibdal ta' marbutah kepada ta maftuhah. Contoh v.
surah al-Isra’ , ayat 42.
Ibdal nun taukid khafifiah kepada alif. Contoh
iv. Al-Wasl wa al-Fasl. Al-Wasl wa al-fasl ialah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf atau kalimah-kalimah yang tertentu. Di dalam penulisan Rasm ‘Uthmani terdapat banyak kalimah yang ditu1is dengan cara bersambung pada sesuatu tempat, tetapi ditulis dengan cara berpisah pula pada tempat yang lain dan begitu juga sebaliknya. Contohnya ditulis dengan bersambung pada kalimah ditulis
dalam al-Quran, melainkan pada sepuluh tempat
dan semua kalimah
ditulis dengan memisahkan yang didahului
dengan huruf fa’ dan lam, seperti v.
.
dan lain-lain lagi.
Al-Hamz. Al-Hamz, terbahagi kepada dua iaitu pertama, hamzah wasl ditulis dengan alif sama ada didahului oleh huruf atau tidak, dan di atasnya diletak tanda kepala shod kecil seperti dan
. Kedua, hamzah qat‘ di dalam al-Quran terletak sama ada di pemulaan, di
pertengahan atau di hujung kalimah. Dalam mushaf ‘Uthmani, keadaan penulisan hurufhuruf hamzah tersebut pula adalah berbeza antara satu sama lain berpandukan kepada kedudukannya. Contohnya huruf hamzah di pangkal kalimah semua ditulis dengan surah (rumah) alif, sama ada fathah, kasrah atau dammah seperti
.
.
dan huruf hamzah dammah atau pun sukun dan sebelumnya dammah, ia ditulis dengan surah wau seperti
.
.
vi. Ma Fihi Qiraatan Kutiba ‘Ala Ihdahuma. Ialah kalimah yang mengandungi dua wajah qira’at, ditulis berpandukan salah satu daripadanya. Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa wajah qiraat, kalimah itu ditulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat tersebut. Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang termasuk dalam bahagian ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, pertama bertepatan tulisannya dengan dua wajah qiraat. Kedua ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat, ketiga penambahan di sebabkan wajah qiraat yang berbeza. Contohnya kalimah yang ditulis tanpa huruf alif (hazaf alif), tetapi bacaannya bertepatan dengan dua wajah qiraat iaitu sama ada dengan alif (panjang) atau tanpa alif (pendek) seperti kalimah
yang boleh dibaca 4
dengan panjang atau pendek pada huruf fa’ dan kalimah
ditulis dengan huruf
sad walau pun terdapat sebahagian qiraat yang membaca dengan huruf sin dan huruf zai yang diisymamkan. Ini di sebabkan bacaan dengan sad itu adalah lebih mashyur dan banyak digunakan dalam qiraat-qiraat yang mutawatir jika dibandingkan dengan bacaan-bacaan yang lain. METODE RASM IMLA’I Rasm Qiyasi bermaksud menulis lafaz menggunakan huruf ejaan dengan mengambil kira permulaan dan akhirannya. Kaedah Rasm Imla’i mempunyai lima usul seperti berikut: 1.
Menentukan huruf ejaan yang sama dengan sebutan lafaz. Contoh
2.
Tidak mengurang huruf ketika menulis lafaz. Contoh
3.
Tidak menambah huruf ketika menulis lafaz. Contoh
4.
Memisahkan tulisan lafaz dengan kalimah sebelumnya dengan menjaga tulisan permulaannya. Contoh
5.
.
.
Memisahkan tulisan lafaz dengan kalimah selepasnya dengan menjaga tulisan akhiranya14. Contoh
.
Kajian yang teliti telah dilakukan kepada Quran Majid bagi melihat penggunaan Rasm Uthmani apakah Quran tersebut ditulis dengan Rasm Imla’i keseluruhan atau tidak. Kajian mendapati seperti berikut: 1.
Kalimah
lam surah Ghafir pada ayat 50 ditulis dengan hazf alif selepas
huruf ’ain. Manakala kalimah yang sama dalam surah al-Ra’d ditulis dengan ithbat alif. Hazf alif dalam surah Ghafir adalah mengikut pandangan Abu Amru dan juga Abu Daud15. 2.
Kalimah
dalam surah al-Anfal, ayat 42, ditulis dengan hazf alif selepas huruf
‘ain, namun ditempat lain ditulis dengan ithbat alif seperti ayat 9, surah Ali ’Imran. Hazf alif dalam surah al-Anfal ialah mengikut dua Imam iaitu Abu Amru dan Abu Daud16. 3.
Dalam surah al-Zumar, ayat 69 dan al-Fajr, ayat 23 iaitu kalimah
edua-dua
tempat tersebut ditulis dengan ithbat alif. Tulisan ini mengikut pandangan Abu Daud yang dinaqalkan dari sebahagian mushaf al-Quran al-Karim17. 4.
Dalam surah al-Kahfi, ayat 23, iaitu kalimah
ditulis dengan ithbat alif. Tulisan ini
disepakati dua Imam iaitu Abu Amru dan Abu Daud18.
14
Ali Muhammad Dabba’, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s.. 20. _______ Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s.. 40. 16 _______ Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s.. 40. 17 _______ Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s.. 54. 18 _______ Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s.. 54. 15
5
5.
Namun begitu terdapat beberapa kalimah yang tidak ditulis mengikut pandangan Abu Amru atau Abu Daud iaitu seperti kalimah dengan satu huruf ya’ sahaja dan juga kalimah
dalam surah al-Qalam, ayat 6, ditulis dalam surah al-Zariyat, ayat 47 yang
ditulis dengan satu huruf ya’ sahaja. Sedangkan Abu Amru dan Abu Daud telah ittifaq menulis dua kalimah tersebut dengan ziadah alif19. Al-Quran yang dibuat kajian dalam penulisan ini ialah Quran Majid keluaran Maktabah Abdullah wa Auladuh dan al-Quran al-Karim cetakan Mujamma’ al-Malik Fahd keluaran tahun 1412 dan 1426 Hijrah. HUKUM DAN KEHUJJAHAN DI KALANGAN ULAMA’ Salah satu syarat rukun bacaan al-Quran yang maqbul adalah muwafaqah dengan Mashahif Uthmaniyah iaitu muwafaqah secara sarih (jelas) atau ihtimal (samar), selain sesuai dengan kaedah bahasa Arab dan memilki sanad yang bersambung sampai Rasulullah S.A.W.20 Secara umum hukum penulisan al-Quran dengan Rasm Uthmani mengikut ijma’ jumhur ulama’ adalah wajib. Walau pun terdapat pelbagai pendapat berkenaan beramal dengan Rasm Uthmani, setidaknya pendapat jumhur inilah yang banyak diikuti oleh majoriti umat Islam. Namun begitu, dalam perkembangannya ’ilm Rasm dan ulum al-Quran, para ulama’ berbeza pendapat tentang hukum penulisan al-Quran dengan Rasm Uthmani, secara asasnya hanya sekitar perbicaraan Rasm Uthmani yang menjadi tajuk perbezaan pendapat, apakah ianya bersifat tauqifi atau ijtihadi. Terdapat tiga aliran21 pendapat yang masyhur dan berkembang sehingga ke hari ini iaitu; i. Pendapat menyatakan bahwa tulisan al-Quran hendaklah sesuai dengan penulisan Mushaf Rasm Uthmani adalah wajib, karena Rasm Uthmani bersifat tauqifi. Walau pun penulisan tersebut menyalahi kaedah bahasa ’Arab iaitu nahwu dan saraf dan penulisan tersebut menyebabkan kesilapan dalam bacaan bila tiada harakat, lebih-lebih bagi orang yang kurang memahami al-Quran Rasm Uthmani. Pendapat ini banyak diikuti oleh jumhur ulama’ salaf dan khalaf.22 Di antara mereka ialah al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi (m. 170 H), Yahya bin Ya‘mar (m. 89 H), Mujahid bin Jabar (m. 104 H), ‘Abd al-Rahman bin Hurmuz (m. 117 H), Ibn Syihab al-Zuhri (m. 124 H), Malik bin Anas (w. 179 H), Yahya al-Naisaburi (w. 226 H), Ahmad bin Hanbal (w. 241 H0, Abu Amru al-Dhani (w. 444 H), al-Baihaqi (w. 457 H ). ii. Pendapat yang mengatakan, bahwa Al-Quran adalah bacaan umum, harus ditulis menurut kaedah bahasa ’Arab, akan tetapi harus sentiasa menjaga mushaf Al-Quran yang ditulis dengan Rasm Uthmani sebagai suatu yang penting dan harus dipelihara serta dijaga
19
_______ Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s.. 55. Abu ‘Abdillah Muhammad bin Syuraikh al-Ru‘aini al-Andalusi, Al-Kafi fi al-Qiraat al-Sab’, cet. 1, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. 2000M/1421H), m.s. 9-10. Lihat Ahmad bin Muhammad al-Banna, Ittihaf Fadala’ al-Basyar, m.s. 70-71. 21 Abd al-Fatah al-Qadi. Tarikh al-Mushaf al-Syarif. (Kahirah: Jumhuriyyah Misyr al-‘Arabiyyah al-Azhar. t.t) m.s. 43 22 Jalaluddin ‘Abdul Rahman al-Suyuti, Al-Itqan fi ‘Ulum al-Quran, cet. 3. Jilid 2, (Beirut: Dar al-Fikr. 1951M /1370H), m.s. 166/167, lihat Sya‘ban Muhammad Isma‘il, Rasm al-Mushaf wa Dabtuh baina al-Tauqifi wa alIstilahi al-Hadithah, (Makkah al-Mukarramah: Dar al-Salam. 1997M/1417H), m.s.. 63. 20
6
kerana ia merupakan warisan para ulama yang terdahulu.23 Pendapat ini oleh Abu Muhammad al-Maliki24 disebutnya sebagai pendapat moden, dipelopori oleh Syaikh Izzudin bin Abdul Salam, kemudian diikuti oleh pengarang kitab al-Burhan25 dan alTibyan26. Seterusnya diikuti oleh Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah dan al-Azarqani.27 iii. Pendapat yang menyatakan, bahwa tulisan al-Quran tidak harus sesuai dengan Rasm Uthmani, kerana rasmuthmani itu bukanlah tauqifi tetapi hanya ijtihadi,28 atau hanya sekadar istilah rekabentuk penulisan yang dipersetujui oleh Khalifah Uthman29. Dengan demikian menuliskan al-Quran bebas dengan mengikuti kaedah bahasa ’Arabiyah secara umum tanpa terikat dengan Rasm Uthmani, terutama bagi yang belum mengenalinya. Pendapat ini dikemukakan oleh al-Qadhi Abu Bakar al-Baqilani dalam kitabnya “alIntishar”, Abu Abdul Rahman bin Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah30 dan juga sebahagian ulama-ulama semasa.31 Ulasan Pandangan Syeikh al-’Izzuddin Abdul Salam. Terdapat pandangan dari Syeikh al-’Izzuddin Abdul Salam yang menyatakan bahawa: Tidak harus menulis mushaf sekarang ini mengikut penulisan pertama yang diistilahkan oleh imam-imam supaya tidak berlaku perubahan bacaan di kalangan orang jahil. Pandangan ini terdapat dalam kitab al-Ithaf yang dikarang Syeikh Ahmad Ibn Muhammad al-Banna al-Dumyati (w. 1117H) yang dinaqal dari kitab al-Lataif al-Bayan oleh syeikh Syihabbuddin Ahmad Ibn Muhammad Ibn Abi Bakr al-Qastalani (w. 923H). Pandangan Syeikh al-’Izzuddin Abdul Salam berkaitan penulisan al-Quran ini telah diulas oleh Dr. Asyraf Muhammad Tal'at dalam kitabnya Safir al-'Alimin dengan menegaskan bahawa tidak dapat menerima kesahehan nas tersebut datangnya dari Syeikh al-’Izzuddin Abdul Salam. Menurut Dr Asyraf, nas yang dinasabkan kepada al-’Izzuddin Abdul Salam tidak terdapat dalam kitab-kitabnya seperti Kitab al-Fawaid, al-Isyarah, Qawaid al-Ahkam dan kitab al-Fatawa. Bahkan pandangan tersebut sebenarnya berlawanan maksud antara ayat permulaan dengan akhirnya. Bagaimana boleh berkata (tidak harus menulis mushaf sekarang ini) kemudian diikuti dengan katanya (mengikut penulisan pertama yang diistilahkan oleh imam-imam). Dengan maksud melarang menulis al-Quran di permulaan nas tetapi mengakui bahawa ia adalah istilah yang dikemukan oleh imam-imam yang muktabar.
23
Muhammad ‘Abdul ‘Azim al-Zarqani, Manahil al-‘Irfan fi ‘Ulum al-Quran. Tahqiq. Ahmad bin ‘Ali. (Kaherah: Dar ul-Hadith. 2001M/1422H), m.s. 323. 24 Abu Muhammad al-Maliki, Syarh Kitab al-Taisir li al-Dani fi al-Qira'at, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. 2003M/1424H), m.s. 74 25 Muhammad Rajab Farjani.. Kaifa Nata'adab ma'a al-Mushaf. (Kaherah: Dar al-I'tisham. 1978M/1397H), m.s. 87. 26 Abu Muhammad al-Maliki, Syarh Kitab al-Taisir li al-Dani fi al-Qira'at, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. 2003M/1424H), m.s. 72. 27 Muhammad Rajab Farjani, Kaifa Nata'adab ma'a al-Mushaf, (Kaherah: Dar al-I'tisham. 1978M/1397H), m.s. 87. 28 Abu Muhammad al-Maliki, Syarh Kitab al-Taisir li al-Dani fi al-Qira'at, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. 2003M/1424H), m.s. 72. 29 Manna‘ al-Qattan, Mabahith fi ‘Ulum al-Quran, cet 2, (Riyad: Mansyµrah al-Hasr wa al-Hadith. 1393H/1973M), m.s. 147. 30 ___________, Mabahith fi ‘Ulum al-Quran, cet 2, (Riyad: Mansyµrah al-Hasr wa al-Hadith. 1393H/1973M), m.s. 148. 31 Sya‘ban Muhammad Isma‘il, Rasm al-Mushaf wa Dabtuh baina al-Tauqifi wa al-Istilahi al-Hadithah, (Makkah al-Mukarramah: Dar al-Salam. 1997M/1417H), m.s. 17-18.
7
Seterusnya Dr. Asyraf mengulas, sesungguhnya tidak layak orang yang bergelar seorang sultan ulama' yang telah mengakui bahawa penulisan pertama yang diistilahkan oleh imam-imam dari kalangan ulama' sahabat R.A. tetapi di waktu yang sama melarang dari mengikutinya. Pandangan ini wujud pada kurun 7 Hijrah iaitu selepas hampir 600 tahun lamanya umat Islam mengamal dan membaca penulisan mushaf yang telah diijma' oleh salaf al-saleh tanpa ada bangkangan. Hujah pandangan tersebut ialah supaya tidak berlaku perubahan bacaan di kalangan orang jahil. Alasan ini tidak boleh diterima kerana seolah-olah dunia Islam tidak pernah wujud orang jahil sepanjang 6 kurun yang lepas sehingga kurun yang ke-7 barulah kejahilan berlaku di kalangan umat Islam secara tiba-tiba. Pandangan Ibn Khaldun Terhadap Penulisan al-Quran. Antara yang berpandangan sedemikian ialah Ibn Khaldun R.A. melalui kitabnya alMuqaddimah. Beliau menyatakan bahawa penulisan ‘arab pada permulaan Islam belum sampai ke peringkat yang sempurna kerana bangsa arab yang hidup secara badwi dan jauh dari kemajuaan. Lihatlah kepada mushaf yang mereka tulis dengan khat yang tidak sempurna dan kemas serta bersalahan dengan kaedah penulisan. Golongan tabien telah mengikuti penulisannya hanya untuk mengambil berkat dengan apa yang ditulis oleh Sahabat Rasulullah S.A.W.. Ibn Khaldun seterusnya menyatakan, supaya jangan melihat kepada tanggapan orang mughaffal yang menyatakan bahawa sahabat R.A. adalah golongan yang mantap seni tulisanya. Pandangan Ibn Khaldun di atas telah diulas oleh Syeikh Ali Muhammad Dabba’. Pandangan tersebut hendaklah dinilai dari beberapa sudut antaranya; i. Ibn Khadun merupakan seorang pakar ketamadunan atau disebut bapa kemodenan. Dalam bab ini (penulisan al-Quran) kita hendaklah lebih cenderung kepada pandangan ulama’ yang mempunyai sumbangan dalam bidang al-Quran. Syeikh Ali Muhammad al-Dabba’ mengulas pandangan Ibn Khaldun ini dengan menyatakan ia merupakan pandangan ahli sejarah yang keterlaluan dan menasihati agar jangan terpedaya dengan pandangan tersebut. Jangan mengikut apa yang disebut sebahagian ahli sejarah bahawa kewajipan mengikut rasm mushaf adalah di permulaan Islam sahaja adapun pada masa ini ditakuti berlaku kekeliruan32. ii. Golongan tabien adalah golongan yang kedua terbaik selepas Rasulullah S.A.W. dan mereka adalah golongan yang berilmu dan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. Pengamalan mereka tentang sesuatu perkara bukan hanya mencari keberkatan sematamata tetapi ia juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan. iii. Pandangan Ibn Khaldun ini dianggap sebagai pandangan peribadinya dan dalam perkara ini kita mengutamakan fatwa Imam Malik, Imam Ahmad, al-Ja’bari dan pandangan jumhur ulama’. Berdasarkan kepada ulasan ulama’ terhadap dua pandangan dari Ibn Khaldun dan Syeikh al-’Izzuddin Abdul Salam, maka dapat disimpulkan bahawa wujud kelemahan dalam pandangan mereka dan terdapat keraguan dalam menasabkan pandangan kepada mereka. Oleh itu pandangan jumhur ulama’ adalah amat sesuai diamalkan.
32
Ali Muhammad Dabba’, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s. 16.
8
RUMUSAN Hasil perbahasan bersama dengan hujjah-hujjah mereka, penulis lebih cenderong untuk berpegang kepada pendapat Syeikh Ali Muhammad al-Dabba’,33 di mana penulis mushaf hendaklah mengguna dan mengikuti Rasm Uthmani ketika menulis al-Quran. Bagi menguatkan lagi pandangan tersebut, dinyatakan di sini pandangan ulama’ dan dalil berkaitan kewajipan mengikuti Rasm Uthmani. Ianya adalah seperti berikut: i. Imam Malik34 telah ditanya pandangannya berhubung adakah mushaf hari ini boleh ditulis dengan penulisan semasa ketika itu. Beliau menyatakan: Bermaksud: Aku tidak berpandangan begitu tetapi hendaklah menulis (Mushaf) mengikut penulis pertama (penulis wahyu). Pandangan Imam Malik ini telah diriwayatkan oleh al-Dani35 dalam kitabnya al-Muqni’ dan beliau telah menegaskan bahawa tidak terdapat ulama’ yang menyalahi pandangan Imam Malik. Antara lain, Imam Malik juga pernah berkata: Sesungguhnya al-Quran ditulis mengikut apa yang mereka (penulis wahyu) dengar dari bacaan Rasulullah S.A.W..36 ii. Imam al-Baihaqi37 dalam kitabnya Syu’ab al-Iman: Sesiapa yang menulis mushaf hendaklah menjaga ejaan yang telah ditulis dalam mushaf terdahulu dan jangan menyalahi mereka dalam penulisan, jangan mengubah sedikit pun apa yang mereka tulis. Sesungguhnya sahabat R.A. mempunyai lebih banyak ilmu, lebih betul hati dan lidah, lebih beramanah berbanding kita, justeru tidak selayaknya kita mengesyaki sesuatu dan mencari kesalahan mereka. iii. Syeikh Zakariyya al-Ansari38 menegaskan bahawa: Apa yang sahabat R.A. menulis kalimah al-Quran dengan tanpa alif maka wajib ditulis dengan tanpa alif, begitu juga jika sebaliknya. Jika mereka menulis kalimah al-Quran dengan bersambung maka wajib ditulis dengan bersambung, begitu juga sebaliknya. Apa yang mereka tulis dengan huruf ta’ maka wajib ditulis dengan ta’. Dan jika mereka menulis dengan huruf ha’ maka wajib ditulis dengan ha’. Sesiapa menyalahi perkara tersebut adalah berdosa. iv. Al-Qadhi ’Iyadh telah menyebut di akhir kitabnya al-Syifa: Sesungguhnya telah ijma’ seluruh umat Islam bahawa al-Quran yang dibaca di seluruh pelusuk bumi, ditulis dalam mushaf yang bermula dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah al-Nas. Sesungguhnya ia adalah kalam Allah dan wahyuNya yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. kandungannya adalah benar. Sesiapa yang mengurang, menambah, menukar satu huruf dengan sengaja sedangkan ia tidak terkandung dalam mushaf yang telah diijma’kan sesungguhnya ia adalah kafir. Perkara ini telah dikuatkan dengan pandangan al-Mulla Ali al-Qari dan al-Syihab al-Khafaji, mereka menambah perkataan Qadhi al-Iyadh ”Atau menambah satu huruf sama ada penulisan atau bacaan”39. v. Ijma’ sahabat R.A. adalah hujjah. Ijma’ para sahabat R.A. dalam sesuatu perkara merupakan hujjah yang mesti diterima. Antara perkara yang disepakati oleh para sahabat R.A. ialah penulisan al-Quran. Ini menepati sebagaimana hadith Rasulullah S.A.W.: 33
_________, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s.. 14-17. Abdul Fattah al-Sayyid Ajami al-Mirsafi, Hidayah al-Qari Ila Tajwid Kalam al-Bar, cet 1, (Kaherah: Dar Majd Islam. 2008), m.s. 703. 35 _________, Hidayah al-Qari Ila Tajwid Kalam al-Bari, m.s. 679. 36 Ali Muhammad Dabba’, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s. 19. 37 Abdul Fattah al-Sayyid Ajami al-Mirsafi, Hidayah al-Qari Ila Tajwid Kalam al-Bari, m.s. 633. 38 _________, Hidayah al-Qari Ila Tajwid Kalam al-Bari, m.s. 653. 39 Ali Muhammad Dabba’, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s. 14-16 34
9
Sabda Rasulullah S.A.W:
Maksudnya: Aku berwasiat kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah, beramal, mendengar dan taat kepada pemimpin sekalipun dia seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang masih hidup di kalangan kamu mereka akan melihat perselisihan yang banyak maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-khulafa al-Rasyidin yang diberi hidayah, pegangi sunnah tersebut dengan kuat dan kukuh. Hindarilah kamu dari perkara bid’ah sesungguhnya setiap bid’ah adalah sesat. Hadith di atas adalah jelas memberi maksud agar mengikuti dan mengamalkan apa yang dibuat oleh para sahabat R.A. Antara perkara yang mereka lakukan ialah menulis mushaf dengan sahabat R.A. yang masih hidup ketika itu ialah seramai dua belas ribu orang41. Umat Islam telah bersepakat bahawa mengikut para sahabat R.A. dan ijma’ sahabi adalah satu hujjah sebagaimana diputuskan oleh Ulama’ Usul. Oleh itu wajib kepada kita mengikuti apa yang mereka tulis dan menyalahi mereka adalah dianggap menyalahi ijma’42. PENUTUP Kesimpulannya al-Quran Rasm Uthmani ini mempunyai kelainnya yang tersendiri sehinggakan ianya terlalu sukar untuk diperkatakan. Hanya mereka yang mengkaji dan memperhalusinya sahaja yang akan dapat menafsirkan keunikannya ini. Berdasarkan kepada realiti dan apa yang telah dikaji oleh para ulama’, oleh itu sebahagian besar di kalangan mereka berpendapat bahawa al-Quran Rasm Uthmani ini adalah suatu kaedah penulisan yang wajib dipelihara dan diamalkan. Walau pun di sana terdapat pendapat yang mengatakan bahawa kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani ini tidak wajib diamalkan, namun pendapat tersebut ditolak oleh kebanyakkan ulama’ kerana ia boleh membawa kepada penambahan atau pengurangan huruf-huruf al-Quran serta mendedahkan al-Quran kepada perubahan dan penyelewengan. Ketahuilah bahawa setiap huruf al-Quran mempunyai kemukjizatan dan jaminan Allah S.W.T.. Oleh itu al-Quran Rasm Uthmani perlu diserlahkan sebagai suatu kaedah penulisan yang wajib dipelihara melalui media cetak dengan mencetak, menerbit, membaca dan diamalkan.
40
Muhammad ibn ‘Isa bin Surah bin Musa bin Dahak al-Turmidzi, Jami’ Kabir, no. Hadith 2676, jilid 4, tahqiq, Basyar ‘Iwadh Ma’ruf, (Beirut: Dar al-Gharb al-Islami. 1998). m.s 341. Hadith ini adalah Hadith Hasan Sahih. 41 Ali Muhammad Dabba’, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s. 14. 42 __________, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s. 14.
10
RUJUKAN Abu ‘Abdillah Muhammad bin Syuraikh al-Ru‘aini al-Andalusi. (2000M/1421H). Al-Kafi fi al-Qiraat al-Sab‘. Cet. 1. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Abd al-Fatah al-Qadi. (t.t). Tarikh al-Mushaf al-Syarif. Kaherah: Jumhuriyyah Misyr al‘Arabiyyah al-Azhar. Abdul Fattah al-Sayyid Ajami al-Mirsafi. (2008). Hidayah al-Qari Ila Tajwid Kalam alBari. Cet 1. Kaherah: Dar Majd Islam. Abdul Karim Ibrahim ‘Iwadh Saleh. (2006). Al-Muthaf fi Rasm al-Mushaf. Tanta Mesir: Dar al-Sahabah li al-Turath. Ahmad bin Muhammad al-Banna. (1987M/1407H). Ittihaf Fadala’ al-Basyar. Tahqiq. Dr. Sya’ban Muhammad Ismail. Juz. 1, Cet. 1. Kaherah: Makabah Kulliyyah al-Azhar. Ali Muhammad Dabba’. (1999). Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin. Cet 1. Kaherah: Maktabah al-Azhar li Turath. Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A’lam. 1986. Cet 30. Bairut: Dar al-Masyriq. Dr. Asyraf Muhammad Fuad Tala’at. (2003). Safir al-‘Alamin fi Idah wa Tahrir wa Tahbir Samir al-Talibin fi Rasm wa Dabt al-Kitab al-Mubin. jilid 1. Brunei: Universiti Brunei Darus Salam. Ibn Manzur. (1990). Lisan al-‘Arabi. Jilid 12. Cet.1. Bairut: Dar Sadir. Jalaluddin ‘Abdul Rahman al-Suyuti. (1951M/1370H). Al-Itqan fi ‘Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Fikr. Manna‘ al-Qattan. (1393H/1973M). Mabahith fi ‘Ulum al-Quran. Cet 2. Riyad: Mansyurah al-Hasr wa al-Hadith. ___________ (2000). Studi Ilmu-Ilmu Al-Quran. Terj. Drs. Mudzakir AS. Jakarta: Pustaka Litera Pintar Nusa. Muhammad ‘Abdul ‘Azim al-Zarqani. (2001M/1422H). Manahil al-‘Irfan fi ‘Ulum alQuran. Tahqiq. Ahmad bin ‘Ali. Kahirah: Dar ul-Hadith. ___________(2004). Manahil ’Irfan Fi ’Ulum al-Quran. Cet 2. Beirut: Darul Kutub Ilmiyyah. Muhammad ibn ‘Isa bin Surah bin Musa bin Dahak al-Turmidzi. (1998). Jami’ Kabir. no hadith 2676. Jilid 4. Tahqiq. Basyar ‘Iwadh Ma’ruf. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami. Hadith Hasan Sahih. Muhammad Makki Nasr al-Juraisi. (2003). Nihayat al-Qaul al-Mufid Fi Ilmi Tajwid alQuran. Cet 1. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Sya‘ban Muhammad Ismail. (1986M/1406H). Al-Qira’at Ahkamuha wa Masdaruha. Kaherah: Dar al-Salam. __________ (1997M/1417H). Rasm al-Mushaf wa Dabtuh baina al-Tauqifi wa al-Istilahi al-Hadithah. Makkah al-Mukarramah: Dar al-Salam. Zainal Arifin Madzkur, MA . (2011). Urgensi Rasm Utsmani. Jurnal Khatulistiwa – Volume 1. No. 1. Journal Of Islamic Studies.
11