CARA MUDAH DAPATKAN WANG DIRUMAH Fikirkan Cara Mendapat Wang Tambahan , Ahli Keluarga Juga Boleh Turut Membantu DENGAN semua harga barangan semakin meningkat, anda mungkin merasakan bahawa anda perlu mendapatkan sedikit wang tambahan dan ini boleh dilakukan dengan bekerja dirumah. Mendapatkan wang dengan cara ini mempunyai pro dan kontra tetapi terlebih dahulu kita lihat siapakah yang boleh melakukannya. SIAPA BEKERJA DARI RUMAH? Ramai orang mempunyai alasan mereka sendiri untuk bekerja dari rumah. Antaranya: *Untuk membesarkan anak Kadangkala wanita terpaksa berhenti kerja dalam usaha untuk menjaga anak mereka kerana mereka percaya bahawa mereka sendiri dan bukannya orang gaji yang sesuai untuk membesarkan anak mereka. *Bayaran jagaan anak tinggi Kerana datuk dan nenek tidak mampu menjaga anak mereka dan akibat bayaran jagaan anak yang tinggi, mereka yang berpendapatan rendah mungkin mendapati tidak menguntungkan untuk terus bekerja dipejabat atau kilang. *Pendapatan tambahan disamping kerja tetap. Mereka yang mempunyai banyak masa yang terluang selepas waktu kerja mungkin mendapati mereka boleh menggunakannya untuk mendapatkan wang tambahan. *Pesara yang melakukan untuk mengelakkan rasa bosan dan sunyi Pesara yang telah lama bekerja sehingga 30 tahun atau lebihmungkin berasa bosan dan sunyi setelah meninggalkan hari bekerja. *Cacat. Mereka mungkin mendapati sukar untuk bekerja diluar rumah. KEBAIKAN Bagi mereka yang terkurung didalam pejabat sepanjang hari, bekerja dari rumah mungkin menajdi satu penyelesaian yang baik. Memang tidak dapat diragui lagi terdapat beberapa kebaikan dengan bekerja dirumah. Berikut ini mungkin merupakan beberapa kelebihan dan kebaikan bekerja dirumah.
1
*Menjimatkan kos. Tidak perlu kepejabat bermakna anda boleh menjimatkan wang untuk tambang atau petrol. Anda juga dapat berjimat kerana tidak perlu makan tengahari diluar. Penjimatan juga boleh dibuat kerana anda tidak perlu lagi berbelanja untuk pakaian bekerja. *Menjimatkan masa. Ini kerana anda tidak perlu lagi berulang alik ketempat kerja. Masa yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk melakukan perkara lain yang lebih bermanafaat. *Bekerja mengikut keperluan sendiri. Jika anda bukan pencari nafkah utama, kuranglah sedikit tekanan dan anda boleh mengambil temapahan yang sesuai dengan masa anda untuk keluarga. *Anjal. Bekerja dirumah bermakna anda boleh menentukan kerja anda supaya ia sesuai dengan waktu sekolah anak-anak, kelas tuisyen dan sebagainya. Jumlah waktu anjal bergantung kepada jenis kerja yang anda lakukan dirumah. Jika kerja anda mudah maka ia lebih anjal. Anda juga boleh menyuruh anak-anak kesekolah dengan berbasikal. *Ahli keluarga boleh membantu. Ahli keluarga mungkin boleh membantu kerja itu sendiri (sebagai contoh dengan membancuh tepung atau menghantar barang). Ia boleh dianggap sebagai usaha keluarga. KEBURUKAN Bagaimana pun bekerja dari rumah tidak selalunya menarik seperti yang dijangkakan. Sebenarnya ia mungkin tidak berjalan lancar. Berikut adalah beberapa konta bekerja dari rumah. *Boleh menjejaskan kehidupan keluarga. Untuk melakukan kerja anda perlu berdisiplin supaya anda boleh melakukan kerja mengikut masa yang diperlukan dan kemudian menghabiskan masa bersama keluarga. Ini bukanlah satu tindakan yang mudah dan tekanan yang ditanggung oleh anda dan mungkin menjejaskan kehidupan keluarga. * Anda mungkin terganggu. Hasilnya anda mungkin melakukan perkara lain berbanding menumpukan kepada kerja sambilan anda dirumah. *Kerja mungkin memakan masa. Kerjanya mungkin mudah dan anda boleh melakukannya sambil menonton TV tetapi ia mungkin berulangan dan membosankan sebagai contoh ialah apabila memasukkan dawai kokot kedalam kotak kecil. Lebih malang lagi pendapatannya mungkin tidak sepadan. *Anda boleh kehilangan wang. Jika anda tidak menentukan kos produk anda dengan sempurna,jualan mungkin baik kerana ia murah tetapi anda mungkin tidak membuat sebarang keuntungan. Sebaliknya jika harganya terlalu tinggi , mungkin tidak mendapat permintaan yang baik.
2
Jika produk itu munasabah harganya tetapi anda tidak mengiklankannya dengan baik, jadi permintaannya sudah tentu kurang dari sasaran. Dan risikonya menjadi lebih besar jika anda membeli peralatan khas atau tambahan dalam memenuhi permintaan untuk produk anda. APAKAH JENIS KERJA? Apakah yang seseorang boleh dan sanggup lakukan untuk mendapatkan wang dari rumah? Ianya bergantung kepada apakah jenis perkhidmatan dan juga produk yang anda boleh tawarkan dan peluang yang diperolehi daripada jiran dan kalangan sekitar anda. Berikut ini ada beberapa idea untuk mencari wang dari rumah *Melakukan kerja lama anda dirumah. Sebagai contoh jika anda seorang bekas kerani akaun, anda boleh menawarkan perkhidmatan perakaunan anda dan bekerja dari rumah anda. Anda boleh menguruskan dengan bekas majikan anda untuk melakukan kerja yang sama dirumah. Sudah tentu syarat pekerjaan mungkin tidak sama. Begitu juga guru yang bersara, mungkin boleh memberikan tuisyen kepada anak-anak jiran untuk menghabiskan masa dan memperolehi pendapatan tambahan. *Tukarkan minat kepada perkhidmatan yang menguntungkan. Jika anda sukakan anakanak dan anak anda sendiri semakin membesar, anda mungkin boleh menimbangkan pendapatan tambahan dengan menjadi pengasuh. *Memastikan hobi anda mendapat bayaran. Jika hobi anda membuat kuih, membel aikan , mengambil gambar, membuat grafik, menulis dengan computer dan sebagainya, pastikan hobi anda itu akan mendapat bayaran dan keuntungan *Menyewakan bilik. Anda boleh mengambil penyewa jika anda mempunyai bilik dan ia tidak akan menjejaskan keluarga anda. Bagaimanapun anda perlu berhati-hati terhadap mereka sebagai penyewa. *Bekerja untuk orang lain. Bagi sesetengah orang bekerja seperti memasukkan dawai kokot, melipat kotak barangan, mengulung wayar untuk barangan elektronik mungkin lebih mudah kerana ia boleh dilakukan mengikut keperluan mereka sendiri. Bagaimanapun seseorang itu perlu berhati-hati dengan perkerjaan dari rumah seperti ini. Anda mungkin pernah melihat iklan diakhbar yang menjanjikan pendapatan yang tinggi untuk kerja yang mudah yang boleh dilakukan dirumah. Ada sesetengah daripadanya merupakan penipuan sahaja dan tidak kurang pula yang benar-benar berfungsi dengan baik. Anda tidak digalakkan memberikan wang anda untuk menyertai skim-skim yang memerlukan wang tanpa mendapat apa-apa produk atau perkhidmatan.
3
MELAKSANAKANNYA Pendekatan yang berbeza diperlukan bergantung kepada apa yang anda putuskan untuk mendapatkan wang tambahan. *Modal. Jika anda memulakannya secara kecil-kecilan kemungkinan tidak memerlukan banyak wang. Sebagai contoh jika anda ingin menceburi pembuatan kek anda mengkin perlu melabur untuk membeli ketuhar yang besar untuk memenuhi permintaan dan untuk menjimatkan masa. Jika anda hanya menjadi pengasuh anda mungkin perlu melabur untuk membeli katil bayi itu pun jika anda sudah membuang katil yang lama. Penyewa mungkin mahukan perabut dibilik mereka jadi anda perlu mengeluarkan sedikit belanja ke atas kelengkapan perabot. *Pengiklanan. Anda perlu memasarkan barangan atau perkhidmatan yang anda jual. Salah satu cara ialah mencetak risalah, mengiklan produk atau perkhidmatan anda. Risalah ini boleh dimasukkan kedalam kotak surat atau diletakkan pada pengelap cermin kereta. Risalah ini juga boleh diletakkan ditempat strategik seperti pasaraya tempatan yang popular. Sebagai alternative, anda boleh mendapatkan pekedai untuk mengambil barangan anda berdasarkan jualan atau pulangan dengan pekedai mengambil komisen bagi setiap jualan. Untuk mendapatkan permintaan anda boleh memberikan contoh percuma kepada kilang dan pejabat. Jika salah seorang daripada rakan saudara anda bekerja dipejabat atau kilang, anda boleh mengambilnya untuk mengawasi produk anda dan mengambil tempahan daripada anda. Sudah tentu mereka perlu diberikan ganjaran kerana membantu anda.
KOS YANG DIPERLUKAN Apa yang boleh anda kenakan bayaran untuk produk anda bergantung kepada apa yang pelanggan anda bersedia untuk membayarnya dan apakah bayaran saingan bagi perkhidmatan atau produk yang sama. Selepas memeriksa kesemuanya anda akan mempunyai idea apakah kadar pasaran dan lebih atau kurang yang boleh anda kenakan. Persoalan yang seterusnya ialah bolehkah anda membuat keuntungan dengan harga itu dan berapa banyakkah jualah yang diperlukan untuk mendapatkan keuntungan. Anda perlu melihat kepada kosnya. Kos pula boleh dibahagikan kepada kos tetap dan kos berubah.
4
Kos tetap ialah kos yang tidak berubah dengan jumlah yang anda hasilkan dimana anda perlu membayarnya malah jika anda berhenti menghasilkannya pun anda masih perlu membayarnya. Kos berubah pula turun naik berdasarkan jumlah yang anda hasilkan, sebagai contoh ialah mengenai bahan atau ramuan yang digunakan dalam produk anda. Anda juga perlu mengandaikan angka yang realistic daripada apa yang boleh hasilkan dan dijual dalam tahun pertama. Hanya selepas itu anda boleh mengetahui kosnya dan apabila anda memotong daripada harga jualan yang memberikan anda margin keuntungan. Adakah margin keuntungan cukup menarik? Bolehkah anda mencari jalan untuk mengurangkan kosnya? Kos yang realistik akan membolehkan anda memutuskan sama ada anda boleh memperolehi keuntungan dirumah. “Orang yang lemah menunggu datangnya kesempatan, orang yang kuat membuat kesempatan” Untuk bekerja dan mencari wang dirumah anda juga perlu mencari pengetahuan dan iulmu kerana tanpa kedua-dua perkara ini amat mustahil untuk melaksanakan usaha anda. Pengetahuan boleh didapati sama ada melalui pengalaman sendiri, pengalaman orang lain, daripada pergaulan. Pengetahuan juga boleh diperolehi daripada buku-buku tertentu yang khusus dalam suatu bidang kerjaya. Meniru kejayaan dan mengikuti langkah-langkah kejayaan orang lain mungkin juga usdah menjadi perkara biasa. Pergaulan yang luas dan baik juga akan mendatangkan banyak peluang. Fikiran yang terbuka dan sentiasa dapat menerima perkara baru yang positif juga akan mempercepatkan kejayaan. Penggunaan teknologi baru akan dapat mengurangkan kos dan meningkatkan keupayaan kerja anda. Pelbagai maklumat boleh anda dapati secara percuma melalui INTERNET. Malah banyak peluang juga boleh didapati dalam dunia maklumat yang boleh menghasilkan pulangan lumayan.
5
BERIKUT INI ADALAH IDEA PERNIAGAAN DIRUMAH YANG BOLEH DIJALANKAN PERKHIDMATAN *Menyimpan akaun *Memelihara binatang *Mengasuh bayi *Taska *Menajda keluarga tua *Katering *Mencuci pakaian *Hiburan & lawak *Konsultan computer *Kurier *Desktop publishing *Gardening services *Dandanan *Mengecat dan hias rumah *Image konsultant *Dobi *handuman *Perancang parti /majlis *Membuat frame gambar *Memasang tali raket *Menyewa dan menjaga bunga *Pool maintenance *Seminar organizer *Khidmat kesetiausahan *Juru gambar video MENGAJAR *Silk screening *Menyusun bunga *Kegunaan herba *Menjahit *Menyulam *Kecantikan *Memasak *Kelahiran anak *Muzik *Tuisyen *Pensyarah sambilan
6
MENULIS *Buku *Artikel majalah *Puisi *Penulisan umum *Kelas penulisan *Program *Pelan perniagaan
7