BUKU PANDUAN PERATURAN ASRAMA
INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL (MAIWP)
LOT 1363, JALAN PERKASA, OFF JALAN KAMPUNG PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR.
TEL PEJABAT: 03-92814054 TEL ASRAMA : 03-92815046 FAX : 03-92814052
www.ipb.edu.my
Pengenalan Institut Profesional Baitulmal (IPB) merupakan sebuah pusat Pengajian Tinggi Swasta yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Sehubungan dengan penubuhan Institut ini MAIWP telah berjaya membina dua blok asrama yang terletak di kawasan Kampus Institut Profesional Baitulmal, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Dua Blok Asrama Puteri setinggi sepuluh (10) tingkat yang dapt menampung hampir 1,200 pelajar perempuan, manakala Asrama Lelaki setinggi tujuh (7) tingkat yang dapat menampung seramai 234 pelajar. Kampus IPB ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’Seri Dr. Mahathir b. Mohamed, Perdana Menteri Malaysia pada 20 Januari 1998 bersamaan 21 Ramadhan 1418H. Asrama ini mula diduduki pada 1/3/1998 secara berperingkat-peringkat. Dalam usaha menjaga imej, disiplin dan reputasi pelajar, pihak pengurusan pentadbiran asrama menyediakan buku panduan “PERATURAN ASRAMA”. Buku panduan ini ditakrifkan sebagai “PERATURAN ASRAMA”yang dapat memberi panduan dan juga peraturan Disiplin Pelajar semasa berada di dalam kampus. Semoga dengan terbitnya BUKU PANDUAN dan PERATURAN ASRAMA ini dapat memberi panduan dan tunjuk arah ke era generasi berwawasan berkonsepkan Islam dan penghayatannya.
Sekian, Wassalam.
PERATURAN ASRAMA UMUM Institut Profesional Baitulmal menyediakan kemudahan asrama bagi semua peserta Survivor 360’. Semua pelajar dibenarkan pulang pada hari minggu. Pada masa ini Institut mempunyai asrama-asrama seperti berikut:-Asrama Wanita -Asrama Lelaki
2. KELUAR MASUK ASRAMA 2.1
Pelajar hanya dibenarkan keluar masuk asrama pada masa yang ditetapkan sahaja dan menyerahkan kad pelajar kepada pengawal bertugas. Pelajar dikehendaki masuk semula ke asrama sebelum pukul 11.00 malam.
2.2
Pada waktu cuti pelajar tidak dibenarkan berada di asrama kecuali dengan kebenaran warden dan pihak pengurusan.
2.3
Pelajar tidak dibenarkan keluar asrama selepas jam 10.30 malam kecuali atas sebab-sebab kecemasan.
2.4
Sekiranya pelajar terpaksa keluar atau masuk asrama selain dari waktu tersebut, kebenaran warden adalah diperlakukan.
2.5
Tindakan tatatertib akan diambil jika pelajar tidak mematuhi peraturan keluar masuk asrama.
3. CUTI HUJUNG MINGGU 3.1
Pelajar-pelajar dibenarkan bercuti hujung minggu. Bagaimanapun cuti hujung minggu akan dengan sendirinya terbatal sekiranya IPB mempunyai aturcara tertentu pada hari itu.
3.2
Permohonan cuti hujung minggu hendaklah dimajukan kepada warden tidak lewat daripada hari Khamis pada minggu berkenaan.
3.3
Pelajar asrama yang bermalam diluar tanpa kebenaran warden merupakan satu kesalahan dan tindakan tatatertib boleh diambil.
3.4
Penghuni asrama yang cuti hujung minggunya telah diluluskan hendaklah menulis butir-butir yang diperlukan di dalam Kad Keluar Masuk serta meninggalkan kad tersebut pada warden / pengawal bertugas.
3.5
Kad Keluar Masuk tersebut hendaklah diambil kembali daripada warden / pengawal bertugas sebaik sahaja penghuni kembali ke asrama.
4. MAKAN / MINUM 4.1
Asrama tidak menyediakan makan minum untuk pelajar.
4.2
Terdapat kemudahan untuk membeli makanan di Kafeteria IPB atau kedai-kedai yang berhampiran dengannya.
4.3
Memasak makanan di asrama adalaha dilarang sama sekali.
4.4
Kebersihan diutamakan apabila membawa makanan atau minuman ke bilik-bilik. (IPB tidak menggalakan makanan di bawa ke bilik).
4.5
Setiap sisa makanan atau minuman hendaklah dibuang di tempat yang disediakan.
5. MENGOSONGKAN BILIK / UNIT 5.1
Sejurus tamat program Survivor 360’ bilik-bilik hendaklah dikosongkan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari pada hari mula bercuti.
5.2
Kunci bilik / unit hendaklah diserahkan kepada warden atau pegawai yang bertugas. Sekiranya kunci tidak dipulangkan caj RM5.00 dikenakan terhadap pelajar.
5.3
Gotong royong bagi membersihkan bilik hendaklah diadakan pada sebelah malam sebelum penghuni asrama meninggalkan asrama.
5.4
Bilik hendaklah dipastikan dalam keadaan bersih dan kemas sebelum meninggalkan asrama.
5.5
Segala kerosakan hendaklah dilaporkan segera kepada warden.
5.6
Asrama hanya akan dibuka semula pada hari terakhir cuti.
5.7
Penghuni asrama boleh mendapatkan kunci bilik dari warden antara jam 8.30 pagi – 5.00 petang pada hari terakhir cuti tersebut / pendaftaran pelajar.
5.8
Sebarang kerosakan dan kehilangan semua peralatan, barang-barang dan lain-lain kepunyaan penghuni yang ditinggalkan di bilik semasa cuti panjang, pihak Institut tidak bertanggungjawab.
6. KELENGKAPAN ASRAMA 6.1
Perabot dan kelengkapan yang ada di asrama merupakan hak IPB dan tidak boleh diubah alih atau sebagainya tanpa kebenaran warden.
6.2
Perabot dan keperluan dan kelengkapan yang disediakan hendaklah dijaga dengan sempurna supaya berada di dalam keadaan baik.
6.3
Tiap-tiap penghuni asrama dibekalkan dengan :a) Katil bujang bertingkat b) Tilam c) Almari d) Meja Tulis e) Kerusi f) Kipas g) Bakul sampah
6.4
Kerosakan atau kehilangan kelengkapan asrama hendaklah dilaporkan dengan segera kepada warden.
6.5
Penggunaan cadar dan sarung bantal diwajibkan kepada penghuni asrama.
7. PERALATAN ELEKTRIK 7.1
Semua jenis radio, telefon bimbit dibenarkan penggunaannya. Manakala penggunaan peralatan elektrikyang lain hendaklah mendapat kelulusan warden terlebih dahulu.
7.2
Penghuni bertanggungjawab terhadap peralatan elektrik dan hendaklah memastikan penggunaan yang munasabah dan tidak menganggu ketenteraman awam.
7.3
Segala aduan disebabkan oleh peralatan elektrik boleh diambil tindakan dan sekiranya didapati benar, alat tersebut akan dirampas.
8. ROKOK 8.1
Merokok di kawasan kampus tidak dibenarkan.
8.2
Jika ditangkap merokok, penghuni asrama akan diambil tindakan serta dikenakan kompoun. Kadar kompoun akan ditentukan oleh Jawatankuasa Tatatertib IPB.
9. PEMBERSIHAN BILIK 9.1
Bilik tidak akan dibersihkan oleh pekerja am / pencuci kecuali ruang laluan di hadapan. Kebersihan bilik adalah tanggungan sendiri.
9.2
Penghuni diminta memberi kerjasama dengan membuang sampah pada tempat yang disediakan.
9.3
Gotong-royong akan diadakan sebulan sekali dan penghuni-penghuni asrama diwajibkan menyertainya.
9.4
Bilik-bilik hendaklah dalam keadaan kemas, bersih dan teratur sebelum penghuni asrama pergi ke kuliah. Pakaian dan buku-buku hendaklah disimpan atau disusun ditempat yang sesuai.
10. POSTER, IKLAN, NOTIS DAN HIASAN 10.1
Tidak dibenarkan menampal sebarang poster, iklan, notis di dalam bilik kecuali yang dikeluarkan oleh IPB.
11. TETAMU DAN PELAWAT 11.1
Waktu lawatan pada cuti umum / cuti hujung minggu / hari bekerja bermula dari 10.00 pagi – 10.00 malam.
11.2
Pelawat hendaklah melaporkan diri pada pengawal atau warden sebelum berjumpa pelajar.
11.3
Pelawat tidak dibenarkan memasuki bilik pelajar. Pertemuan hanya dibenarkan di ruang tamu atau tempat-tempat yang dibenarkan sahaja.
11.4
Pelawat tidak dibenarkan bermalam di asrama.
12. MEMASAK 12.1
Memasak adalah dilarang sama sekali.
12.2
Penggunaan cerek elektrik (automatik) boleh dipertimbangkan oleh warden dan mengikut syaratsyarat yang ditetapkan.
13. BILIK REKREASI 13.1
Kegunaan bilik rekreasi bagi “indoor games” hanya dibenarkan sehingga 6.30 petang.
14. SURAU 14.1
Tidak dibenarkan tidur atau melepak di dalam surau.
14.2
Pelajar-pelajar digalakkan berjemaah di surau.
14.3
Pelawat boleh menggunakan surau untuk sembahyang.
14.4
Aktiviti di surau yang melibatkan Penceramah luar hendaklah mendapat kebenaran Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPB terlebih duhulu dan dimaklumkan kepada pihak pentadbiran.
15. SURAT MENYURAT 15.1
Surat menyurat hendaklah menggunakan alamat asrama.
16. KEBAKARAN 16.1
Sekiranya berlaku kebakaran, para pelajar hendaklah bertenang dan melaporkan kepada pengawal / warden dengan segera.
16.2
Gunakan pemadam api yang disediakan.
16.3
Sekiranya amaran kebakaran telah dibuat, sila turun ke kawasan selamat dengan segera.
16.4
“Ketua Floor” hendaklah memastikan semua ahli selamat.
16.5
Penggunaan ubat nyamuk elektrik dibenarkan.
17. KENDERAAN 17.1
Penghuni hendaklah memastikan kenderaan yang digunakan tidak menganggu ketenteraman awam.
17.2
Semua kenderaan hendaklah didaftarkan dan “sticker”kebenaran dipamerkan.
17.3
Pihak asrama tidak bertanggungjawab menyediakan tempat meletak kenderaan.
17.4
Pihak asrama tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan kenderaan berkenaan.
18. DISIPLIN 18.1
Penghuni hendaklah mematuhi Peraturan Asrama dan juga Peraturan Institut Profesional Baitulmal.
18.2
Penghuni hendaklah berada di bilik masing-masing sebelum / pada jam 11.30 malam.
18.3
Penghuni hendaklah bertanggungjawab menjaga segala kemudahan atau peralatan asrama yang disediakan. Sebarang kerosakan boleh diambil tindakan.
18.4
Keharmonian di kalangan penghuni-penghuni hendaklah di utamakan dan sikap bermasyarakat dengan jiran-jiran juga perlu diambil berat.
18.5
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar masuk asrama selepas jam 11.00 malam. Nama baik asrama serta Institut Profesional Baitulmal hendaklah sentiasa dipelihara.
18.6
Sesiapa pun tidak dibenarkan memasuki bilik orang lain dan tinggal di dalam bilik tersebut, kecuali bagi tujuan lawatan dan bertanya khabar di kalangan sesama jantina. Peraturan ini dikecualikan pada mana-mana pegawai atau wakil bahagian pengurusan yang menjalankan tugas.
18.7
Pelajar dan orang luar yang tidak mendapat kebenaran dairipada pihak IPB tidak dibenarkan sama sekali memasuki asrama atau tinggal di asrama.
18.8
Sekiranya terdapat penghuni asrama yang membenarkan pelajar luar atau orang luar tinggal atau memasuki asrama, pihak pengurusan IPB tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas dengan menyingkirkan pelajar-pelajar yang terlibat dari asrama.
19. PENGGUNAAN AIR DAN ELEKTRIK 19.1
Penghuni hendaklah bekerjasama menjimatkan penggunaan air dan elektrik.
19.2
Lampu koridor hendaklah ditutup pada jam 11.00 malam . Manakala lampu di dalam bilik hendaklah ditutup pada jam 12.00 malam supaya tidak menganggu penghuni lain. Pelajar dibenarkan memasang lampu belajar selepas jam 12.00 malam.
20. TELEFON DAN KOMPUTER 20.1
Pemasangan telefon persendirian adalah satu kesalahan.
20.2
Penggunaan komputer hanya dibenarkan setelah mendapat kebenaran daripada warden secara bertulis.
20.3
Penggunaan telefon di pejabat asrama dilarang sama sekali kecuali mendapat kebenaran warden.
21. TAMAN REKREASI 21.1
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di taman rekreasi selepas jam 11.00 malam.
22. PEMERIKSAAN ASRAMA 22.1
Pihak Institut akan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa tanpa diberitahu kepada para pelajar terlebih dahulu. Semua kakitangan lelaki IPB dibenarkan untuk membuat pemeriksaan di asrama perempuan.
**Segala perubahan peraturan tertakluk dari semasa ke semasa**