BRUNEI FUTSAL LEAGUE 2015 [ BFL 2015 ]
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AM
NFABD Brunei Futsal League 2015
1
1.
2.
NAMA KEJOHANAN Kejohanan ‘BRUNEI FUTSAL LEAGUE sebagai BFL 2015 ANJURAN Persatuan Bolasepak Darussalam [NFABD]
2015’ atau dikenali
Kebangsaan
3.
TARIKH KEJOHANAN 01 Februari hingga 14 Jun 2015
4.
TEMPAT KEJOHANAN Venue kejohanan adalah seperti berikut :
5.
Negara
Brunei
i.
Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas
ii.
Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas
TUJUAN DAN MATLAMAT 5.1
Untuk meningkatkan mutu sukan futsal di kalangan pemain pemain
5.2
Untuk mencungkil bakat dan potensi di kalangan pemain-pemain untuk diserapkan kedalam skuad Kebangsaan untuk latihan diperingkat belia dan senior
5.3
Untuk membolehkan NFABD mengenal pasti pemainpemain yang akan diketengahkan bagi mewakili Negara di kejohanan-kejohanan peringkat serantau dan antarabangsa separti AFF, AFC dan FIFA dan lainlain kejohanan futsal
NFABD Brunei Futsal League 2015
2
6.
5.4
Merupakan projek jangka panjang dan berterusan NFABD dalam mengembangluaskan sukan futsal di Negara Brunei Darussalam
5.5
Memberikan peluang kepada semua kelab futsal di Negara Brunei Darussalam untuk bergiat aktif dalam sukan futsal
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN / PENDAFTARAN PASUKAN 6.1
Terbuka kepada Persatuan-Persatuan dan Kelab Kelab yang berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
6.2
Pendaftaran Persatuan dan Kelab hendaklah dibuat ke Urusetia Kejohanan dengan menghadapkan ‘Registration of Society’ [ROS] berserta yuran BND$50.00 setahun
6.3
Pemain-Pemain yang di daftarkan hendaklah seramai 20 orang dan 5 orang daripadanya mestilah berumur 21 tahun kebawah
6.4
Setiap Penyertaan dikenakan bayaran penyertaan sebanyak BND$300.00 [Ringgit Brunei : Tiga Ratus Sahaja]
6.5
Pemain-Pemain yang berdaftar dalam bolasepak padang tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini terutama sekali pemain-pemain yang bermain dalam Liga Super, Liga Perdana, Piala FA DST 2014/2015 dan Liga-Liga yang dianjurkan oleh Persatuan-Persatuan Bolasepak Keempat-empat daerah
6.6
Pegawai-Pegawai yang disenaraikan dalam bolasepak padang tidak dibenarkan untuk disenaraikan dalam kejohanan ini seperti Liga Super, Liga Perdana, Piala FA DST 2014/2015 dan Liga-Liga yang dianjurkan oleh Persatuan-Persatuan Bolasepak Keempat-empat daerah NFABD Brunei Futsal League 2015
3
6.7
Jurulatih yang didaftarkan hendaklah mempunyai lesen kejurulatihan futsal atau sekurang-kurangnya mengikuti kursus kejurulatihan futsal yang dikendalikan oleh NFABD
6.8
Setiap penyertaan hendaklah mengisi Borang pendaftaran / penyertaan [Borang ‘A’] yang disediakan oleh pihak penganjur dan dihadapkan ke pihak penganjur bersama-sama dengan Wang Pendaftaraan. Penyertaan yang diterima tanpa bayaran tidak akan diterima
6.9
Setiap Kelab hanya dibenarkan menyenaraikan seramai empat belas [14] orang pemain sahaja untuk setiap perlawanan dan Lima [5] orang Pegawai Pasukan seperti berikut dibawah ini; Pengurus Pasukan Penolong Pengurus Jurulatih Penolong Jurulatih Perubatan Pemain di bawah 21 tahun Pemain di atas 22 tahun Jumlah
-1 -1 -1 -1 -1 -3 - 11
Orang Orang Orang Orang Orang Orang Orang
- 19 Orang
6.10 Jika terdapat mana-mana pemain yang didaftarkan lebih dari satu pasukan, maka pemain terlibat akan dibatalkan pendaftarannya dan ditegah daripada menyertai kejohanan ini 6.11 Setiap kelab hendaklah menyenaraikan nama-nama pemain satu jam [60minit] sebelum bermulanya perlawanan bermula dan pemain yang disenaraikan tidak boleh diganti dengan nama pemain lain 6.12 Kelab yang belum memenuhi senarai 20 orang pemain sesudah kejohanan bermula, bolehlah membuat pendaftaran pemain dua [2] minggu sebelum kelab tersebut bermain NFABD Brunei Futsal League 2015
4
6.13 Senarai akhir nama pemain-pemain yang disahkan didaftarkan semasa membuat pendaftaran oleh Pengurus-Pengurus pasukan adalah Muktamad 6.14 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-Undang permainan Futsal FIFA dan Jawatankuasa Liga Futsal Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 7.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN PENGURUS PASUKAN 7.1
/
MESYUARAT
PENGURUS-
Borang-borang yang telah di isikan dengan lengkap berserta Wang penyertaan hendaklah dikembalikan kepada pihak Penganjur tidak lewat pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut : Tarikh Tutup Penyertaan Tarikh Hari Waktu Tempat
7.2
: : : :
26/1/2015 Isnin 3.00 petang NFABD House
Mesyuarat pengurus-pengurus pasukan akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut : Tarikh Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan Pada Hari Waktu Tempat
: : : :
30/1/2015 Jumaat 2.30 petang NFABD House
NFABD Brunei Futsal League 2015
5
8.
PERSIAPAN PERLAWANAN 8.1
Gelanggang dan peralatan perlawanan seperti bola akan diuruskan dan disediakan oleh Pihak Penganjur
8.2
Setiap pasukan mestilah menyediakan 2 set jersi [baju] yang berlainan warna dan sentiasa membawanya pada setiap perlawanan disepanjang kejohanan
8.3 Jika terdapat pasukan memakai warna jersi [baju] yang sama, maka pasukan yang disebut kemudian [away team] didalam jadual perlawanan akan dikehendaki menukar pakaiannya. Jika pasukan tersebut gagal berbuat demikian dalam tempoh masa 10 minit, maka pasukan tersebut dikira kalah [walkover] 8.4 Pemain hendaklah memakai pakaian yang lengkap iaitu baju, seluar pendek / panjang yang bersesuian dan stokin yang seragam, sementara penjaga gol hendaklah memakai jersi yang berlainan warna daripada rakan sepasukannya dan juga pihak lawan 8.5 Semua jersi [baju] dimestikan mempunyai nombor seperti yang didaftarkan dalam borang penyertaan dan hendaklah menggunakannya disepanjang kejohanan ini 8.6 Pendaftaran nombor jersi pemain adalah DIMESTIKAN menggunakan nombor mengikut bilangan dari nombor 1 [satu] hingga nombor 20 [dua puluh] sahaja termasuk penjaga gol. Jika pasukan tersebut atau pemain tidak memakai / menggunakan [gagal berbuat demekian] nombor jersi yang disyaratkan pemain atau pasukan tersebut TIDAK DIBENARKAN UNTUK BERMAIN 8.7 Pelindung kaki [SHIN PADS / GUARDS] adalah DIMESTIKAN untuk dipakai semasa bermain yang mana NFABD Brunei Futsal League 2015
6
ianya termasuk dalam undang-undang permainan. Pemain yang gagal memakai pelindung kaki TIDAK AKAN DIBENARKAN BERMAIN 8.8 Pemain-pemain hanya dibenarkan menggunakan kasut yang mempunyai permukaan tapak getah yang rata. Warna tapak kasut mestilah berwarna putih / kuning atau yang bersusuaian. Tapak kasut yang bergigi atau berwana hitam TIDAK DIBENARKAN 8.9 Pemeriksaan kelengkapan pemain akan dibuat 30 minit sebelum perlawanan dijalankan oleh pegawai yang bertugas [Pengadil] 8.10 Setiap pasukan / pemain gantian dimestikan memakai BIB semasa dibangku duduk atau melakukan pemanasan badan [warm-up] 8.11 Pengurus dan Jurulatih dimestikan memakai pakaian kemas yang bersesuaian dan tidak dibenarkan memakai SANDAL atau SELIPAR dibangku simpanan 8.12 Orang-orang yang tidak berkenaan tidak dibenarkan duduk / berada di kawasan pasukan yang bermain dan jika didapati mereka ini akan diarahkan keluar daripada kawasan pasukan tersebut 9.
UNDANG-UNDANG PERLAWANAN 9.1 Kejohanan ini mengikut Peraturan dan Undang-undang Futsal yang telah ditetapkan oleh pihak Federation de Football Association [FIFA], Asian Football Conferderation [AFC], ASEAN Football Federation [AFF] dan Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam [NFABD]
NFABD Brunei Futsal League 2015
7
PERTUKARAN PEMAIN 9.2 Bilangan penggantian [pertukaran pemain] dalam satu – satu perlawanan tidak terhad asalkan pemain terbabit ada dalam senarai pendaftaran pasukan dan dibolehkan untuk bermain 9.3 Pertukaran pemain boleh dibuat / dilakukan disepanjang perlawanan / permainan sedang berlangsung pada bila-bila masa tanpa memberhentikan masa perlawanan termasuk pertukaran penjaga gol [Undang-Undang Futsal, Laws of the Game, 2011, Peraturan 3 –Bilangan Pemain] KAD KUNING 9.4 Mana-mana pemain yang mendapat dua [2] kad kuning akan digantung satu perlawanan KAD MERAH 9.5 Mana-mana pemain yang diperintahkan keluar gelanggang permainan [DIBERIKAN KAD MERAH] oleh pengadil secara automatik digantung dua [2] perlawanan berikutnya. Jika pemain yang menerima kad merah tersebut melakukan satu kesalahan yang besar maka kesnya, pemain tersebut akan diputuskan oleh Lembaga Tatatertib bagi tindakan selanjutnya 9.6 Pemain yang menerima kad merah semasa perlawanan sedang berjalan, pemain tersebut hendaklah meninggalkan gelanggang permainan dan tidak dibenarkan duduk dibangku pasukannya. Pasukan yang mengalami perkara ini bolehlah memasukan pemain gantian bagi mencukupi bilangan pemain lima [5] orang setelah dua [2] minit dan setelah menerima arahan daripada pegawai yang bertugas [Pengadil 3]. Jika sekiranya dalam tempoh masa tidak sampai dua [2] minit pasukannya kemasukan jaringan gol dengan sendirinya pemain gantian dibenarkan masuk didalam permainan itu [Undang-
NFABD Brunei Futsal League 2015
8
Undang Futsal Laws of the Game, 2011, Peraturan 11, Pelanggaran-Pelanggaran dan Kelakuan Buruk] DUA KAD KUNING SATU KAD MERAH 9.7 Mana-mana pemain yang menerima dua kad kuning dalam satu masa perlawanan sedang diadakan dan diberikan kad merah, maka secara automatik pemain tersebut digantung satu perlawanan berikutnya.Tertaklok kepada jika pemain berkenaan tersebut melakukan satu kesalahan yang besar maka kesnya,pemain tersebut akan diputuskan oleh lembaga tatatertib bagi tindakan selanjutnya . 10.
TATATERTIB 10.1 Sebarang permasalahan dalam hal ehwal tatatertib kejohanan ini akan berpandukan kepada NFABD Disciplinary Code 2014 dan NFABD Code of Ethics 2014 10.2 Pegawai, pemain serta penyokong pasukan hendaklah mematuhi tatatertib perlawanan. Mereka yang gagal mematuhinya akan diambil tindakan 10.3 Setiap pasukan adalah bertanggongjawab kepada pemain, pegawai dan penyokong-penyokongnya 10.4 Semua pasukan hendaklah menunjukan semangat kesukanan yang tinggi. Mana-mana pasukan yang didapati menimbulkan HURU - HARA semasa perlawanan atau kejohanan akan disingkirkan dari menyertai kejohanan ini dan perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib 10.5 Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kecelakaan atau kecederaan pemain mahupun pegawai - pegawai pasukan semasa kejohanan dijalankan
NFABD Brunei Futsal League 2015
9
10.6 Pegawai-pegawai dan pemain-pemain pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan menjaga kebersihan dewan sebelum, semasa dan selepas perlawanan diadakan 10.7 Mana-mana pasukan boleh membuat bantahan. Hanya pengurus pasukan sahaja yang dibenarkan membuat bantahan dan bantahan itu hendaklah dibuat secara bertulis kepada pihak penganjur dalam tempoh masa 24 jam setelah tamat perlawanan berakhir dan hendaklah disertakan dengan Wang cangaran [desposit] sebanyak BND$500.00 [Ringgit Brunei: Lima Ratus Sahaja] TUNAI dan ianya tidak akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak berjaya, maka wang tersebut adalah menjadi hak milik pihak Jawatankuasa Futsal NFABD 11.
PEGAWAI TEKNIKAL DAN PENGADIL PERLAWANAN 11.1 Pihak penanjur akan melantik Pegawai - Pegawai teknikal dan Pengadil - pengadil Futsal Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam [NFABD] serta Persatuan Pengadil Bolasepak Negara Brunei Darusslam 11.2 Laporan pengadil perlawanan mengenai sebarang kejadian yang melibatkan amaran bertulis atau perintah keluar gelanggang permainan, hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur dalam tempoh masa 24 jam selepas satu - satu perlawanan selesai dan seterusnya dihadapkan kepada Lembaga Tatatertib Disiplin, jika perlu 11.3 Keputusan PENGADIL adalah MUKTAMAT.
NFABD Brunei Futsal League 2015
10
12.
PEMBATALAN PERLAWANAN 12.1 Perlawanan tidak boleh ditanggohkan [dibatalkan] kecuali atas kehendak dan ketatapan pihak penganjur
13.
PENGUNDURAN PASUKAN 13.1 Mana-mana Kelab yang menarik diri selepas perlawanan bermula atau setelah lebih separuh kejohanan dijalankan maka kelab terbabit akan di denda tidak kurang dari BND$500 [Ringgit Brunei: Lima Ratus sahaja] dan kelab, pegawai serta pemain akan digantong dari pertandingan dan sebarang kejohanan akan datang bagi tempoh yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib. Manamana mata [point] yang diperolehi oleh pasukan – pasukan dari hasil perlawanan dengannya akan dibatalkan [tidak dikira] 13.2 Mana-mana pasukan yang memberikan kemenangan percuma kepada pasukan lain [lawannya], maka kelab terbabit akan di denda tidak kurang dari BND$500 [Ringgit Brunei: Lima Ratus sahaja] dan pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaanya. Kelab, pegawai serta pemain akan digantong dari pertandingan dan sebarang kejohanan akan datang bagi tempoh yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib. Manamana mata [point] yang diperolehi oleh pasukan – pasukan dari hasil perlawanan dengannya akan dibatalkan [tidak dikira] 13.3 Jika terdapat pengunduran pasukan berlaku pada perlawanan peringkat akhir atau menentukan tempat ketiga, maka kemenangan dengan sendirinya diberikan kepada pihak lawan. Pasukan yang mengundur diri akan di denda tidak kurang dari BND$500 [Ringgit Brunei: Lima Ratus sahaja] dan perlu menghadapkan laporan bertulis mengenai NFABD Brunei Futsal League 2015
11
pengunduran tersebut dalam tempoh 24 jam. Laporan ini akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan selanjutnya 13.4 Mana-mana pasukan yang menarik diri atau dikeluarkan oleh pihak penganjur dari meneruskan perlawanan dikejohanan ini atas sebab-sebab yang tertentu maka bayaran masuk penyertaan kejohanan ini tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik pihak penganjur dan akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan selanjutnya 14.
BORANG PERLAWANAN 14.1 Pengurus atau Jurulatih pasukan hendaklah menyerahkan BORANG PERLAWANAN [BORANG ‘B’] kepada Urusetia pengawas perlawanan selewatlewatnya lima belas [15] minit sebelum perlawanan pasukannya bermula 14.2 Borang tersebut bolehlah didapati di meja urusetia / pengawas perlawanan satu [1] jam sebelum perlawanan bermula
15.
FORMAT PERLAWANAN 15.1 Hanya 12 kelab futsal yang akan di pilih untuk menyertai Liga Futsal Brunei 2015 15.2 Perlawanan di jalankan secara Liga satu pusingan [round robin] 15.3 Kelab yang memperolehi mata yang tertinggi di dalam liga akan di istiharkan sebagai juara dan di ikuti yang kedua dan ketiga
NFABD Brunei Futsal League 2015
12
15.4 Sistem mata kemenangan adalah seperti berikut :MENANG 3 mata SERI 1 mata KALAH 0 mata WALKOVER 0 mata [Pasukan yang hadir diberikan kemenangan 3 mata dan 2 jaringan gol]
mata
15.5 Sekiranya terdapat dua [2] atau lebih pasukan yang terikat dengan jumlah mata yang sama atau seri, maka penentuan pasukan yang teratas dan yang kedua di kumpulan tersebut akan ditentukan mengikut susunan hiraki seperti berikut : i. Pasukan yang terbanyak
mempunyai
jaringan
gol
ii. Jika masih seri, pasukan yang mempunyai perbezaan gol yang banyak iii. Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah kemenangan yang banyak iv. Jika masih seri, pasukan yang menang dalam perlawanan dengan pihak lawannya v. Jika masih seri, maka Jawatankuasa Teknikal Kejohanan Brunei Futsal League 2015 anjuran NFABD akan menentukannya atau cara lain yang difikirkan sesuai untuk membuat keputusan 16.
JANGKAMASA PERMAINAN 16.1 Jangkamasa perlawanan adalah selama dua puluh [20] minit bagi masa pertama dan dua puluh minit [20] minit masa kedua. Rehat diberikan selama 15 minit. Perlawanan akan menggunakan ‘Standard Time Rule’
NFABD Brunei Futsal League 2015
13
16.2 Time-Out akan diberikan satu minit(1)setiap separuh masa pertama dan seminit(1) separuh masa Kedua semasa peerlawanan dijalankan 17.
JAWATANKUASA TATATERTIB [DISCIPLINE] 17.1 Jawatankuasa Tatatertib terdiri pengerusi dan empat orang ahli
dari
seorang
17.2 Pengerusi adalah terdiri dari Ahli Jawatankuasa penganjur dan ahli-ahlinya terdiri dari penguruspengurus pasukan yang mengambil bahagian dan pengurus pasukan yang terlibat dalam kes yang berkenaan tidak dibenarkan untuk hadir 17.3 Jawatankuasa Tatatertib akan bermesyuarat dalam masa 24 jam selepas tamat perlawanan berkenaan 17.4 Jawatankuasa tatatertib akan menentukan mengenai perkara-perkara berikut :
18.
i.
Kes pemain yang dibuang padang
ii.
Sebarang salahlaku pemain, pegawai atau penyokong kelab berkenaan yang dilaporkan atau dibawa untuk perhatian Jawatankuasa tersebut
iii.
Aduan atau bantahan bertulis daripada pengurus pasukan yang menyertai kejohanan ini. Sebarang aduan atau bantahan bertulis mestilah diserahkan kepada pengerusi jawatankuasa Penganjur atau wakilnya selewat-lewatnya 24 jam selepas insiden tersebut
JAWATANKUASA RAYUAN [APPEAL] 18.1 Jawatankuasa Rayuan terdiri dari seorang pengerusi dan empat orang ahli NFABD Brunei Futsal League 2015
14
18.2 Pengerusi adalah terdiri dari Ahli Jawatankuasa penganjur dan ahli-ahli yang dilantik oleh ahli jawatankuasa pengajur / NFABD 18.3 Jawatankuasa Rayuan akan bermesyuarat apabila diperlukan bagi menentukan mengenai perkaraperkara berikut : i. Rayuan mengenai kes pemain, pegawai, pasukan atau penyokong yang telah dijatuhi hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib ii. Rayuan hendaklah secara bertulis dan diserahkan kepada pengerusi jawatankuasa Penganjur atau urusetia penganjur untuk dibawa ke perhatian Jawatankuasa Rayuan 19.
HADIAH / MEDAL Hadiah-hadiah akan diberikan kepada Juara, Naib Juara dan Tempat ketiga. Pemenang akan menerima hadiah seperti berikut : JUARA : BND$3000.00 Piala pusingan,Piala Iringan dan Medal NAIB JUARA : BND$2000.00 Piala Iringan dan Medal TEMPAT KE-3 : BND$1000.00 Piala Iringan dan Medal
20.
Pindaan / Perubahan Pihak Penganjur berhak membuat sebarang pindaan / perubahan mengenai dengan peraturan-peraturan dan syarat-syarat kejohanan / perlawanan pada bila-bila masa sahaja jika ianya difikirkan perlu
NFABD Brunei Futsal League 2015
15