BAI’AH & MENGHINDARI PENYELEWENGAN BAI’AH bermakna memberikan ikrar atau janji setia atau persetiaan. Namun ia bukanlah amalan yang meluas dan diketahui oleh kebanyakan umat Islam.
Tetapi relevankah bai’ah dalam konteks hari ini? Ia dikaitkan antara faktor yang membawa tindakan sesat golongan sebahagian gerakan pembangkit Islam yang melampau yang didakwa melakukan pengganasan. TAKRIF BAI’AH [Bai’ah, berasal dari kata dasar ba-ya-‘a [menjadi bā’a] yang bererti menjual. Bai’ah adalah kata terbitan yang mengandungi erti “perjanjian”, “janji setia” atau “saling berjanji dan setia”, kerana dalam perlaksanaannya selalu melibatkan dua pihak secara sukarela. Bai’ah juga bererti “berjabat tangan untuk bersedia menjawab akad transaksi barang atau hak dan kewajiban, saling setia dan taat.”]1 BAI’AH DARI SEGI PERBUATAN [Adat untuk memberi dan mengambil bai’ah menurut amalan Rasullullah saw ialah dengan meletakkan kedua-dua belah tangan seseorang penerima bai’ah itu dan yang pemberi bai’ah itu antara satu sama lain. Untuk perempuan pula, selapis kain akan diletakkan di atas tangan mereka supaya tidak bersentuhan. Namun, kelakuan meletak tangan atas tangan ini tidaklah wajib. Ucapan secara lisan juga diterima. Di dalam sebarang perjanjian, apabila perjanjian itu sudah dibuat, kita harus mengamanahkannya. Hukumnya adalah haram dari segi Syariah jika kita mengingkarinya. JENIS BAI’AH Rasulullah saw telah mengambil bai’ah selama beberapa kali pada masa yang berlainan. Ini telah berlaku pada masa pemelukan Islam ataupun untuk melaksanakan beberapa perkara berkenaan dengan ajaran Islam. Kadangkala, Rasulullah saw mengambil bai’ah untuk mengelakkan ataupun menjauhkan daripada beberapa perkara yang dilarang ataupun perkara yang berdosa.
1
Abdul Azis Dahlan, Ensiklopedia Hukum Islam, hal. 179. 1996. PT Intermasa, Jakarta, Indonesia.
Bai’ah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iatu: a. Bai’ah untuk Islam: Ia ditentukan apabila seorang kafir atau musyrik meninggalkan kepercayaan lama mereka dan memeluk ajaran Islam seraya bertaubat. b. Bai’ah untuk Berjihad: Antara Bai’ah jenis ini ialah Bai’ah ArRidwan, yang berlaku di Hudaibiyah. Ikrar setia diberikan kepada Rasulullah saw untuk memerangi musuh serta mereka tidak akan meninggalkan medan peperangan dan menghadapi musuh hingga tamat peperangan. Firman Allah swt bermaksud:
ﻕ َ ﷲ ﹶﻓ ْﻮ ِ ﷲ َﻳﺪُ ﺍ َ ﻚ ﹺﺇﱠﻧﻤَﺎ ﻳُﺒَﺎﹺﻳﻌُﻮ ﹶﻥ ﺍ َ ﹺﺇﻥﱠ ﺍﱠﻟﺬِﻳ َﻦ ﻳُﺒَﺎﹺﻳﻌُﻮَﻧ ﰱ ﺴ ِﻪ َﻭ َﻣ ْﻦ ﹶﺃ ْﻭ ﹶ ِ ﺚ ﹶﻓﹺﺈﱠﻧﻤَﺎ َﻳْﻨﻜﹸﺚﹸ ﻋَﻠ َﻰ َﻧ ﹾﻔ ﹶﺃْﻳﺪِﻳ ﹺﻬ ْﻢ ﹶﻓ َﻤ ْﻦ َﻧ ﹶﻜ ﹶ ﺴُﻴ ْﺆﺗِﻴ ِﻪ ﹶﺃ ْﺟﺮًﺍ َﻋﻈِﻴﻤًﺎ َ ﷲ ﹶﻓ َ ﹺﺑﻤَﺎ ﻋَﺎ َﻫ َﺪ َﻋﹶﻠْﻴﻪُ ﺍ “Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.”2
Ayat ini telah diturunkan pada bulan Dzulkaedah tahun keenam Hijriyiah. Nabi Muhammad saw beserta pengikut-pengikutnya hendak mengunjungi Mekkah untuk melakukan ‘umrah dan melihat keluargakeluarga mereka yang telah lama ditinggalkan. Setibanya di Hudaibiyah, Baginda berhenti dan mengutus ‘Uthman bin Affan terlebih dahulu untuk ke Mekkah. Ini adalah untuk menyampaikan maksud kedatangan beliau dan kaum muslimin. Mereka menanti-nantikan kembalinya Uthman. Rupa-rupanya Uthman ditawan oleh kaum musyrikin, kemudian tersiar lagi khabar konon Uthman dibunuh. Ketika itu, Nabi menganjurkan agar kaum muslimin melakukan Bai’ah kepada beliau. Mereka pun mengadakan persetiaan dengan Nabi bahawa mereka akan memerangi kaum Quraisy bersama Nabi hingga mencapai
2
Surah Al-Fath:10
kemenangan. Perjanjian setia ini telah diredhai Allah sebagaimana tersebut di dalam ayat 18 surah ini, kerana itu disebut Bai’ah Ar-Ridwan.
ﺖ َ ﺤ ْ ﻚ َﺗ َ ﲔ ﹺﺇ ﹾﺫ ﻳُﺒَﺎﹺﻳﻌُﻮَﻧ َ ﷲ َﻋ ﹺﻦ ﺍﹾﻟﻤُ ْﺆ ِﻣﹺﻨ ُ ﺿ َﻰ ﺍ ِ ﹶﻟ ﹶﻘ ْﺪ َﺭ ﺴﻜِﻴَﻨ ﹶﺔ َﻋﹶﻠْﻴ ﹺﻬ ْﻢ ﰱ ﹸﻗﻠﹸﻮﹺﺑ ﹺﻬ ْﻢ ﹶﻓﹶﺄْﻧ َﺰ ﹶﻝ ﺍﻟ ﱠ ﺠ َﺮ ِﺓ ﹶﻓ َﻌِﻠ َﻢ ﻣَﺎ ﹺ َﺸ ﺍﻟ ﱠ َﻭﹶﺃﺛﹶﺎَﺑ ُﻬ ْﻢ ﹶﻓْﺘﺤًﺎ ﹶﻗﺮﹺﻳﺒًﺎ “Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mu’min ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemengangan yang dekat (waktunya).”3
Bai’ah Ar-Ridwan ini menggetarkan kaum musyrikin, sehingga mereka melepaskan Uthman dan mengirim utusan untuk mengadakan perjanjian damai dengan kaum muslimin. Perjanjian ini terkenal dengan nama Sulhul Hudaibiyah.
ﷲ ﹺﺇﺫﹶﺍ ﻋَﺎ َﻫ ْﺪُﺗ ْﻢ َﻭ ﹶﻻ َﺗْﻨﻘﹸﻀُﻮﺍ ﹾﺍ َﻷْﻳﻤَﺎ ﹶﻥ َﺑ ْﻌ َﺪ ِ َﻭﹶﺃ ْﻭﻓﹸﻮﺍ ﹺﺑ َﻌ ْﻬ ِﺪ ﺍ ُﷲ َﻳ ْﻌﹶﻠﻢ َ ﻼ ﹺﺇﻥﱠ ﺍ ﷲ َﻋﹶﻠْﻴ ﹸﻜ ْﻢ ﹶﻛﻔِﻴ ﹰ َ َﺗ ْﻮﻛِﻴ ِﺪﻫَﺎ َﻭﹶﻗ ْﺪ َﺟ َﻌ ﹾﻠﺘُﻢُ ﺍ ﻣَﺎ َﺗ ﹾﻔ َﻌﻠﹸﻮ ﹶﻥ “Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan.”4
Pada ayat ini, frasa atau rangkai kata “apabila kamu berjanji” merujuk dua makna. Pertama, ia berupa kewajiban rohani, moral dan sosial seseorang itu. Makna kedua ialah ia merangkumi kesemua perjanjian yang diberikan oleh seseorang kepada seseorang yang lain.
3 4
Surah Al-Fath:18 Surah An-Nahl:91
c. Bai’ah Untuk Khalifah: Bai’ah yang diberikan kepada seseorang sebagai khalifah (ketua sekalian Muslimin), yang akan menjadi pemimpin. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, para sahabah dengan sebulat suara, telah menerima Sayidina Abu Bakr Siddiq sebagai Khalifah dan memberi Bai’ah kepadanya dan sistem ini telah berterusan ketika mereka melantik Khalifah-khalifah seterusnya. d. Bai’ah menghindari Dosa Besar: Quran:
Ini tercatat di dalam Al-
ﻚ ﻋَﻠ َﻰ ﹶﺃ ﹾﻥ ﹶﻻ َ ﺕ ُﻳﺒَﺎﹺﻳ ْﻌَﻨ ُ َﻳﹶﺄﱡﻳﻬَﺎ ﺍﻟﱠﻨﹺﺒ ﱡﻲ ﹺﺇﺫﹶﺍ ﺟﺂ َﺀ َﻙ ﺍﹾﻟ ُﻤ ْﺆ ِﻣﻨَﺎ ﲔ َﻭ ﹶﻻ َﻳ ﹾﻘُﺘ ﹾﻠ َﻦ َ ﺴ ﹺﺮ ﹾﻗ َﻦ َﻭ ﹶﻻ َﻳ ْﺰﹺﻧ ْ ﷲ َﺷْﻴﺌﹰﺎ َﻭ ﹶﻻ َﻳ ِ ﺸ ﹺﺮ ﹾﻛ َﻦ ﺑﹺﺎ ْ ُﻳ ﲔ ﹺﺑُﺒ ْﻬﺘَﺎ ٍﻥ َﻳ ﹾﻔَﺘﺮﹺﻳَﻨ ُﻪ َﺑْﻴ َﻦ ﹶﺃْﻳﺪِﻳ ﹺﻬ ﱠﻦ َ ﹶﺃ ْﻭ ﹶﻻ َﺩﻫُ ﱠﻦ َﻭ ﹶﻻ َﻳ ﹾﺄِﺗ ﻑ ﹶﻓﺒَﺎﹺﻳ ْﻌ ُﻬﻦﱠ ﻭَﺍ ْﺳَﺘ ْﻐ ِﻔ ْﺮ ٍ ﰱ َﻣ ْﻌﺮُﻭ ﻚ ﹺ َ َﻭﹶﺃ ْﺭﺟُِﻠ ﹺﻬ ﱠﻦ َﻭ ﹶﻻ َﻳ ْﻌﺼِﻴَﻨ ﷲ ﹶﻏﻔﹸﻮ ٌﺭ ﱠﺭﺣِﻴ ٌﻢ َ ﷲ ﹺﺇﻥﱠ ﺍ َ ﹶﻟ ُﻬﻦﱠ ﺍ “Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuanperempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatupun dengan Allah; tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah keampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 5 Daripada kumpulan hadis yang utama, Rasullulah SAW ada mengambil persetiaan seperti berikut. e.
Mengambil Bai’ah demi kewajipan agama
Menurut riwayat Auf bin Malik AshJaee r.a. bahawa pada satu ketika dulu, ada beberapa orang (8 -9 orang) yang mengelilingi Rasulullah saw, lalu ditanya, “Mengapa mereka tidak mahu mengambil Bai’ah dari tangan Rasullullah sendiri?”
5
Surah Al-Mumtahanah:12
Mereka berkata,”Kami telah menghulurkan tangan kami kepada Rasullulah saw dan bertanya atas dasar apakah harus kita mengambil Bai’ah, Ya Rasulullah? Rasullullah saw berkata,”Atas dasar kamu menyembah hanya kepada Allah swt yang satu, menunaikan salat 5 waktu setiap hari serta menunaikan semua yang disuruhnya.” Dengan suara yang perlahan, Baginda berkata lagi,”Janganlah kamu meminta-minta dari sesiapa pun.” Auf bin Malik Al-Asyja’ie berkata bahawa dia memerhatikan para Sahabah tidak gemar meminta sesiapa berbuat sesuatu untuk mereka, bahkan walaupun cambuk mereka terlepas daripada genggaman, mereka tidak akan menyuruh sesiapa untuk mengambilnya, lantas mereka sendiri akan turun daripada kuda mereka dan mengambil semula cambuk itu dengan sendirinya.6 Daripada kelakuan mereka ini, jelaslah bahawa Rasullah saw mengambil Bai’ah pada masa hijrah, kemenangan, kematian dan perbuatanperbuatan dan masa-masa tertentu.]7 f. Bai’ah Berzikir: Kesanggupan atau kesetiaan seorang murid di hadapan gurunya untuk mengamal dan mengerjakan segala amalan dan kebajikan yang diperintah oleh guru dan ia adalah Zikir. Bai’ah ini diberi apabila seseorang itu ingin menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang salah dan berniat untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Reformasi ini juga boleh dikecapi tanpa kebiasaan yang selalu dilakukan iaitu meletakkan tangan atas tangan, tetapi hanyalah lebih baik lagi kalau dilakukan kerana ia mengeratkan lagi perhubungan spiritual antara Mursyid dan anak muridnya. Bai’ah murid-mursyid boleh disusur sejak zaman Rasulullah saw. AlQuran menyebutnya sebagai TAZKIYAH. Menurut amalan Rasulullah saw, ia dikenali sebagai IHSAN yang sekarang ini dikenali sebagai Tasauf. Terdapat banyak hadis yang menerangkan peristiwa Nabi saw mengambil Bai’ah daripada para sahabat. Diriwayatkan oleh imam Ahmad dan At-Tabrani dari Syaddad Bin Aus bahawa Rasulullah saw pernah memBai’ahkan sahabat-sahabat beliau secara berkumpulan dan juga secara perseorangan:
6
Riwayat Tabrani, Abu Nuaim, AlHakim, Al-Baihaqi dan Ibn Asakir dll Petikan dari “Reality of Bai’ah in Shariah”. http://members.tripod.com/worldupdates/baiah/id15.htm. 7
َﻫ ﹾﻞ ﻓِﻴ ﹸﻜ ْﻢ: ﷲ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ﹺﺇ ﹾﺫ ﹶﻗَﺎ ﹶﻝ ُ ﹶﺃﻧَﺎ ﹶﻟ ِﻌْﻨ َﺪ ﺍﻟﱠﻨﹺﺒ ّﹺﻲ ﺻَﻠ ﱠﻰ ﺍ ﺏ ﹶﻓﹶﺄ َﻣ َﺮ ﹺﺑ َﻐ ﹾﻠ ﹺﻖ ﺍﹾﻟﺒَﺎ ﹺ، ﻻﹶ: ُﺏ ﹶﻓﻘﹸ ﹾﻠﺖ ﺐ َﻳ ْﻌﻨﹺﻰ ِﻣ ْﻦ ﹶﺃ ْﻫ ﹺﻞ ﺍﹾﻟ ِﻜﺘَﺎ ﹺ ٌ ﹶﻏﺮﹺﻳ : ﹸﺛﻢﱠ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ،ُ ِﺍ ْﺭﹶﻓﻌُﻮﺍ ﹶﺃْﻳ ِﺪَﻳﻜﹸ ْﻢ َﻭﻗﹸﻮﻟﹸﻮﺍ ﹶﻻ ﹺﺇﻟﹶﻪ َﹺﺇﻻﱠ ﺍﷲ:َﻭﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﻚ َﺑ َﻌﹾﺜَﺘﻨﹺﻰ ﹺﺑ َﻬ ِﺬ ِﻩ ﺍﹾﻟ ﹶﻜِﻠ َﻤ ِﺔ َﻭ َﻭ َﻋ ْﺪَﺗﻨﹺﻰ َﻋﹶﻠْﻴﻬَﺎ َ ﷲ ﺍﻟﱠﻠ ُﻬﻢﱠ ﹺﺇﱠﻧ ِ ِ ﺤ ْﻤ ُﺪ َ ﹶﺍﹾﻟ ﷲ َ ﺸﺮُﻭﺍ ﹶﻓﹺﺈﻥﱠ ﺍ ِ ﹶﺃْﺑ: ﹸﺛﻢﱠ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ،َﺨِﻠﻒُ ﺍﹾﻟﻤِﻴﻌَﺎﺩ ْ ُﻚ ﹶﻻ ﺗ َ ﺠﱠﻨ ﹶﺔ َﻭﹺﺇﱠﻧ َ ﺍﹾﻟ .ﹶﻗ ْﺪ ﹶﻏ ﹶﻔ َﺮ ﹶﻟ ﹸﻜ ْﻢ “Pada suatu ketika kami berada dekat Nabi saw dan beliau bersabda, bermaksud: “Adakah antara kamu orang asing?” (Yakni dari golongan ahli kitab). Maka jawab saya: Tidak ada! Lalu Rasullullah saw menyuruh menutup pintu dan berkata: “Angkat tanganmu dan ucapkanlah ‘LA ILAHA ILLALLAH”, lantas beliau menyambung, segala puji bagi Allah, wahai Tuhanku! Engkau telah mengutus aku dengan kalimat ini dan Engkau menjadikan dengan ucapannya kurnia syurga kepadaku dan bahawa Engkau tidak sekali-kali memungkiri janji.” Kemudian ujarannya ketahuilah, gembiralah sesungguhnya Allah telah mengampuni kamu semua.”8 Begitu juga dengan maksud sabda Rasullullah saw yang diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tabrani dari Anas:
ﻚ ﹺﺇﻻﱠ َ ﱃ ﹶﻻ ﻳُﺮﹺﻳﺪُﻭ ﹶﻥ ﹶﺫِﻟ ﷲ َﺗﻌَﺎ ﹶ َ ﻣَﺎ ِﻣ ْﻦ َﹶﻗ ْﻮ ﹴﻡ ِﺍ ْﺟَﺘ َﻤﻌُﻮﺍ َﻳ ﹾﺬ ﹸﻛﺮُﻭ ﹶﻥ ﺍ ﺴﻤَﺎ ِﺀ ﻗﹸﻮﻣُﻮﺍ َﻣ ْﻐﻔﹸﻮﺭًﺍ ﹶﻟ ﹸﻜ ْﻢ ﹶﻗ ْﺪ َﻭ ْﺟ َﻬﻪُ ﹺﺇﻻﱠ ﻧﹶﺎﺩَﺍ ُﻫ ْﻢ ُﻣﻨَﺎ ٍﺩ ِﻣ َﻦ ﺍﻟ ﱠ ﺕ ٍ ﺴﻨَﺎ َ ﺖ ﹶﻟ ﹸﻜ ْﻢ َﺳّﹺﻴﺌﹶﺎِﺗ ﹸﻜ ْﻢ َﺣ ُ َﺑﺪﱠﹾﻟ “Tidak akan ada segolongan manusia pun yang berkumpul dan melakukan zikrullah dengan tidak ada niat lain melainkan untuk Tuhan semata-mata kecuali nanti akan datang suara dari langit. Bangkitlah kamu semua, kamu sudah diampunkan dari segala dosa dan sudah ditukarkan kejahatanmu yang lampau dengan kebajikan.”٩
8 9
Hadis riwayat Ahmad dan At-Tabrani dari Syaddad Bin Aus Hadis riwayat Ahmad dan At-Tabrani dari Anas
Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam ‘Jami’ Al-Ulum Wal Hikam Fi Syarh Khamsin Hadithan Min Jawami’ Al-Kalim’ mengatakan:
ﷲ ِ ِﺫ ﹾﻛﺮُ ﺍ:َ ﻀﻞﹸ؟ ﻗﺎﹶﻝ َ ﻱ ﺍﹾﻟ َﻌ َﻤ ﹺﻞ ﹶﺃ ﹾﻓ ﹶﺃ ﱡ: ﺱ َﻭﺳُِﺌ ﹶﻞ َﻋ ﹺﻦ ﺍْﺑ ﹺﻦ َﻋﺒﱠﺎ ﹴ ﺏ ُ ﷲ َﻳَﺘﻌَﺎ ﹶﻃﻔﹸﻮ ﹶﻥ ﻓِﻴ ِﻪ ِﻛﺘَﺎ ِﺕﺍ ِ ﺖ ِﻣ ْﻦ ُﺑﻴُﻮ ٍ ﰱ َﺑْﻴ ﺲ ﹶﻗ ْﻮ ٌﻡ ﹺ َ َﻭﻣَﺎ َﺟﹶﻠ ﺤِﺘ ﹺﻬ ْﻢ َ ﻼِﺋ ﹶﻜﺔﹸ ﺑَِﺄ ْﺟﹺﻨ ﷲ ﻓِﻴﻤَﺎ َﺑْﻴَﻨ ُﻬ ْﻢ َﻭَﻳَﺘﺪَﺍ َﺭﺳُﻮ ﹶﻥ ﹺﺇﻻﱠ ﹶﺃ ﹶﻇﻠﱠْﺘﻬُﻢُ ﺍﹾﻟ َﻤ ﹶ ِﺍ ﰱ ﻚ َﺣﺘﱠﻰ َﻳﺨُﻮﺿُﻮﺍ ﹺ َ ﷲ ﻣَﺎ ﺩَﺍﻣُﻮﺍ ﻋَﻠ َﻰ ﹶﺫِﻟ ِﻑﺍ َ ﺿﻴَﺎ ْ َﻭﻛﹶﺎﻧُﻮﺍ ﹶﺃ .ﺚ ﹶﻏْﻴ ﹺﺮ ِﻩ ٍ َﺣﺪِﻳ Telah ditanya Ibnu Abbas : “Apakah sebaik-baik amalan?” Beliau berkata : Zikir kepada Allah dan tidaklah sesuatu kaum itu duduk disebuah rumah dari rumah-rumah Allah dan membaca al-Quran serta mempelajari antara mereka kecuali akan dilindungi para malaikat dengan sayap-sayapnya dan sesungguhnya mereka itu merupakan tetamu-tetamu Allah selain berada di sana sehingga mereka mula memasuki pembicaraan yang lain.
ﻉ ِﻟﻤُﺪَﺍ َﺭ َﺳ ِﺔ ﺏ ﹾﺍ ِﻻ ْﺟِﺘﻤَﺎ ﹺ ﺤﺒَﺎ ﹺ ْ ﻭَﺍ ْﺳَﺘ َﺪﻝﱠ ﹾﺍ َﻷ ﹾﻛﹶﺜﺮُﻭ ﹶﻥ ﻋَﻠ َﻰ ﺍ ْﺳِﺘ ﺏ ﺤﺒَﺎ ﹺ ْ ﺚ ﺍﻟﺪﱠﺍﱠﻟ ِﺔ ﻋَﻠ َﻰ ﺍ ْﺳِﺘ ِ ﺠ ْﻤﻠﹶﺔ ﹺﺑ ﹾﺎ َﻷﺣَﺎﺩِﻳ ُ ﰱ ﺍﹾﻟ ﺍﹾﻟ ﹸﻘﺮْﺁ ِﻥ ﹺ ﻉ ﺍﻟ ِّﺬ ﹾﻛ ﹺﺮ ﻀﻞﹸ ﹶﺃْﻧﻮَﺍ ﹺ َ ﻉ ﻟِﻠ ِّﺬ ﹾﻛ ﹺﺮ ﻭَﺍﹾﻟ ﹸﻘﺮْﺁ ِﻥ ﹶﺃ ﹾﻓ ﹾﺍ ِﻻ ْﺟِﺘﻤَﺎ ﹺ Dan ramai para ulama telah mendatangkan dalil tentang baiknya berkumpul untuk tujuan mempelajari Al-Quran secara kumpulan dengan membawa hadis-hadis yang menunjukkan tentang kebaikan berkumpul untuk tujuan berzikir dan sebaik-baik zikir ialah membaca Al-Quran.
Oleh kerana itu, Allah swt berfirman:
ﻚ ﻫُ َﻮ ﺍﹾﻟ ﹶﻔ ْﻮ ُﺯ َ ﺸﺮُﻭﺍ ﹺﺑَﺒْﻴ ِﻌﻜﹸﻢُ ﺍﱠﻟﺬِﻯ ﺑَﺎَﻳ ْﻌُﺘ ْﻢ ﹺﺑ ِﻪ َﻭ ﹶﺫِﻟ ِ ﻓﹶﺎ ْﺳَﺘْﺒ ﺍﹾﻟ َﻌﻈِﻴ ُﻢ
“Maka bergembiralah dengan bai’atmu yang telah kamu lakukan itu adalah kejayaan yang agung”10. Tentang Bai’ah perseorangan, pernah diceritakan dengan sanad yang sah bahawa Saiyidina ‘Ali ra telah bertanya kepada Rasullullah saw (Riwayat At-Tabrani dan Al-Bazzar): Bermaksud:
ﷲ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ُ ﷲ َﻭ ْﺟ َﻬﻪُ َﺳﹶﺄ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻨﹺﺒ ﱠﻲ ﺻَﻠ ﱠﻰ ﺍ ُ ﺎ ﹶﻛ ﱠﺮ َﻡ ﺍﹶﺃﻥﱠ َﻋِﻠﻴ ﷲ ِﱃﺍ ﻕ ﹺﺇ ﹶ ﺏ ﺍﻟﻄﱡﺮُ ﹺ ُﺩﱠﻟﻨﹺﻰ ﻋَﻠ َﻰ ﹶﺃ ﹾﻗ َﺮ ﹺ.... ﷲ ِ ﻳَﺎ َﺭﺳُﻮ ﹶﻝ ﺍ: ﹺﺑ ﹶﻘ ْﻮِﻟ ِﻪ ﹶﻓﻘﹶﺎ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻨﹺﺒ ﱡﻲ ﺻَﻠ ﱠﻰ.ﱃ ﻀِﻠﻬَﺎ ِﻋْﻨ َﺪﻩُ ﺗَﻌﹶﺎ ﹶ َ َﻭﹶﺃ ﹾﻓ،َِﻭﹶﺃ ْﺳ َﻬِﻠﻬَﺎ ﻋَﻠ َﻰ ِﻋﺒَﺎ ِﺩﻩ ﹶﻓﻘﹶﺎ ﹶﻝ.ﺍ َﻭ َﺟ ْﻬﺮًﺍﷲ ِﺳﺮ ِ ﻚ ﹺﺑ ُﻤﺪَﺍ َﻭ َﻣ ِﺔ ِﺫ ﹾﻛ ﹺﺮ ﺍ َ َﻋﹶﻠْﻴ: ﷲ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ُﺍ ﷲ ِ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ َﺭﺳُﻮ ﹸﻝ ﺍ.ﺸ ْﻰ ٍﺀ َ ﺼﻨﹺﻰ ﹺﺑ ﺨﱠ ُ ﺱ ﺫﹶﺍ ِﻛﺮُﻭ ﹶﻥ ﹶﻓ ﹸﻛﻞﱡ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﹺ: َﻋِﻠﻲﱞ ﻀﻞﹸ ﻣَﺎ ﹸﻗ ﹾﻠُﺘ ُﻪ ﹶﺃﻧَﺎ ﻭَﺍﻟﱠﻨﹺﺒﻴﱡﻮ ﹶﻥ ِﻣ ْﻦ ﹶﻗْﺒﻠِﻰ ﹶﻻ َ ﹶﺃ ﹾﻓ:ﷲ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ُ ﺻَﻠ ﱠﻰ ﺍ ﲔ ﻓِﻰ ِﻛﻔﱠ ٍﺔ َﻭ ﹶﻻ ﹺﺇﹶﻟ َﻪ ﹺﺇﻻﱠ َ ﺿ ِ ﺕ َﻭﹾﺍ َﻷ َﺭ ِ ﺴ َﻤﻮَﺍ َﻭﹶﻟ ْﻮ ﹶﺃﻥﱠ ﺍﻟ ﱠ.ﷲ ُ ﹺﺇﹶﻟ َﻪ ﹺﺇﻻﱠ ﺍ ﺽ ﺖ ﹺﺑ ﹺﻬ ْﻢ َﻭ ﹶﻻ َﺗﻘﹸﻮ ُﻡ ﺍﹾﻟ ِﻘﻴَﺎ َﻣﺔﹸ َﻭﻋَﻠ َﻰ ﹾﺍ َﻷ ْﺭ ﹺ ْ ﺤ َ ﷲ ﻓِﻰ ِﻛﻔﱠ ٍﺔ ﹶﻟ َﺮ َﺟ ُﺍ ﻒ ﹶﺃ ﹾﺫ ﹸﻛﺮُ؟ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ َ ﹶﻓ ﹶﻜْﻴ: ﹸﺛﻢﱠ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ َﻋِﻠﻲﱞ.ﷲ ُ َﻣ ْﻦ َﻳﻘﹸﻮ ﹸﻝ ﹶﻻ ﹺﺇﹶﻟ َﻪ ﹺﺇﻻﱠ ﺍ ﻚ ﻭَﺍ ْﺳ َﻤ ْﻊ ِﻣﹺﻨّﻰ ﹶﻻ َ ﺾ َﻋْﻴَﻨْﻴ ْ ﹶﻏ ِّﻤ: ﷲ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ُ ﺍﻟﱠﻨﹺﺒ ﱡﻲ ﺻَﻠ ﱠﻰ ﺍ ﹸﺛﻢﱠ ﹶﻓ َﻌ ﹶﻞ،ُﺕ ﹸﺛﻢﱠ ﹸﻗ ﹾﻠﻬَﺎ ﹶﺛﻼﹶﺛﹰﺎ َﻭﹶﺃﻧَﺎ ﹶﺃ ْﺳ َﻤﻊ ٍ ﺙ َﻣﺮﱠﺍ ﻼ ﹶ ﷲ ﹶﺛ ﹶ ُ ﹺﺇﻟﹶﻪ َﹺﺇﻻﱠ ﺍ .ﺕ ِ ﺼ ْﻮ ﻚ ﹺﺑ َﺮ ﹾﻓ ﹺﻊ ﺍﻟ ﱠ َ ﹶﺫِﻟ “Sesungguhnya ‘Ali karramallahu wajhahu (semoga Allah memuliakan wajahnya), bertanya kepada Nabi Muhammad saw dengan perkataannya: Ya Rasulullah, tunjukkanlah aku akan sedekat jalan kepada Allah dan sesenangnya atas hambaNya dan yang paling utama disisiNya.”Nabi saw berkata:. “Hendaklah engkau perbanyakkan zikir kepada Allah dalam keadaan sunyi dan nyaring.” Maka Ali berkata: “Setiap manusia berzikir, maka khusususkanlah bagiku dengan sesuatu.” Rasullulah saw menjawab: “Semulia-mulia apa yang aku katakan dan Nabi10
Surah At-Taubah:111
Nabi sebelum daripada aku ialah ‘La Ilaha Illallah’, dan sekiranya sekelian langit dan bumi diletakkan di dalam satu daun neraca dan ‘La Ilaha Illallah’ di dalam daun neraca yang lain maka akan lebih berat neraca yang diisikan oleh ‘La Ilaha Illallah’, dan tidak berlakunya qiamat selagi ada di atas muka bumi yang mengatakan “La Ilaha Illallah.” Selepas itu berkata ‘Ali: “Maka bagaimana aku menyebutnya?” Nabi Muhammad saw menjawab: “Pejamkan kedua matamu dan dengar daripadaku ‘La Ilaha Illallah’ tiga kali selepas itu katakanlah ia sebanyak tiga kali dan aku mendengar.” Selepas itu Sayidina Ali membuat sedemikian dengan mengangkat suaranya. Demikianlah caranya Bai’ah zikir yang telah disampaikan kepada ‘Ali bin Abi Talib r.a. oleh Rasulullah saw11 BATAL BAI’AH GURU ATAU KETUA SESAT Teras Islam ialah janji setia berlaku pada mereka yang teguh di jalan Allah. Andai seorang murid yang sudah berbai’ah mendapati gurunya sudah menyeleweng, apakah wajar murid itu tetap setia? Menurut para ulama muktabar, Bai’ah itu tidak sah lagi, kerana guru yang berkenaan sudah terkeluar dari ajaran Islam. [Guru tidak sama atau bertaraf serupa Nabi dan Rasul. Meskipun para nabi dan rasul adalah manusia seperti kita, namun mereka adalah utusan khas yang senantiasa dilindungi Allah swt daripada penyelewengan akidah. Mereka senantiasa ditegur dan diperbetul oleh Allah swt. Mereka dijamin masuk syurga. Keistimewaan para nabi dan rasul tadi tidak diberikan kepada manusia biasa pada zaman kini. Jaminan maksum (bersih dari dosa) para nabi terpapar dalam maksud firman Allah swt:
ﹺﺇ ﹾﻥ ﻫُ َﻮ ﹺﺇ ﹼﻻ َﻭ ْﺣ ٌﻰ ﻳُﻮﺣَﻰ.َﻭﻣَﺎ َﻳْﻨ ِﻄﻖُ َﻋ ﹺﻦ ﺍﹾﻟ َﻬﻮَﻯ “dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Qur’an) menurut kemahuan hawa nafsu yang diwahyukan (kepadanya). Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” 12
11 12
Hadis riwayat At-Tabrani dari Al-Bazzaar Surah An-Najm:3-4
Seseorang itu haruslah menilai atau membuat penyelidikan terhadap seseorang Mursyid untuk kesahihannya supaya mereka tidak tergolong di dalam ajaran-ajaran yang bertentangan dengan Islam. Malah di dalam Al-Quran juga ada mengatakan bahawa ciri-ciri seorang mursyid itu hendaklah menuruti ajaran dan budi pekerti Baginda:
ﺿﻞﱠ ﺻَﺎ ِﺣﺒُﻜﹸ ْﻢ َﻭﻣَﺎ ﹶﻏﻮَﻯ َ ﻣَﺎ “kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru.” 13
ﻚ ﹶﻟﻌَﻠ َﻰ ﺧُﻠﹸ ﹴﻖ َﻋﻈِﻴ ﹴﻢ َ َﻭﹺﺇﱠﻧ “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”14 Perkataan ‘khuluq’ di dalam Surah Al-Qalam menyifatkan akhlak dan budi pekerti seseorang itu dan tabi’at serta sifat semula jadi keperibadian seseorang itu. Imam Abu Na’im di dalam kitab Ad Dala-il-nya dan Imam Wahidi, kedua-duanya telah mengetengahkan sebuah hadis dengan sanad yang diriwayatkan oleh Siti Aisyah r.a yang berkata: “Tiada seorang pun di antara sahabat-sahabat dan keluargnya memanggilnya, melainkan beliau menjawab, Labbaika (aku sahut panggilanmu).''] 15 Ada beberapa hadis juga yang mengatakan bahawa menurut Aisyah r.a. dalam membicarakan tentang Rasulullah saw selepas beliau wafat, seringkali menekankan:
ﻛﹶﺎ ﹶﻥ ُﺧﹸﻠ ﹸﻘ ُﻪ ﺍﹾﻟ ﹸﻘﺮْﺁ ﹶﻥ “Akhlaknya itu adalah Al-Qur’an.” 16 Kesimpulannya ialah ketaatan umat Islam terhadap Rasullullah SAW tidak bersyarat, sementara Bai’ah yang diberikan kepada guru-guru agama yang lain, bersyarat serta mempunyai batasan yang harus dipenuhi. Dalam membentangkan dasar kepentingannya, Allah telah berfirman: 13 14 15 16
Surah An-Najm:2 Surah Al-Qalam:4 Petikan dari Mahfuh Halimi “JI’s Jihad Ideology, Bai’ah & Ummah” (Riwayat Muslim, Tabari dan Hakim)
ﱃ ﷲ َﻭﹶﺃﻃِﻴﻌُﻮﺍ ﺍﻟ ﱠﺮﺳُﻮ ﹶﻝ َﻭﺃﹸﻭ ﹺ َ َﻳﹶﺄﱡﻳﻬَﺎ ﺍﱠﻟﺬِﻳ َﻦ ﺀَﺍ َﻣﻨُﻮﺍ ﹶﺃﻃِﻴﻌُﻮﺍ ﺍ ﷲ ِﱃ ﺍ ﰱ َﺷ ْﻰ ٍﺀ ﹶﻓ ُﺮﺩﱡﻭ ُﻩ ﹺﺇ ﹶ ﹾﺍ َﻷ ْﻣ ﹺﺮ ِﻣْﻨ ﹸﻜ ْﻢ ﹶﻓﹺﺈ ﹾﻥ َﺗﻨَﺎ َﺯ ْﻋُﺘ ْﻢ ﹺ ﻚ َ ﷲ ﻭَﺍﹾﻟَﻴ ْﻮ ﹺﻡ ﺍﹾﻵ ِﺧ ﹺﺮ ﹶﺫِﻟ ِ ﻭَﺍﻟ ﱠﺮﺳُﻮ ﹺﻝ ﹺﺇ ﹾﻥ ﹸﻛْﻨُﺘ ْﻢ ُﺗ ْﺆ ِﻣﻨُﻮ ﹶﻥ ﺑﹺﺎ ﻼ ﺴﻦُ َﺗ ﹾﺄﻭﹺﻳ ﹰ َ َﺧْﻴ ٌﺮ َﻭﹶﺃ ْﺣ “Wahai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul(Nya), dan orang-orang yang mengetahui urusan dari kalangan kamu. Sekiranya kamu berselisih pendapat tentang sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”17 Perkataan ‘athi’u’ (mematuhi) di dalam rangkap di atas ini, digunakan sebanyak dua kali – untuk Allah swt dan rasul-Nya. Ia tidak mengulangi perkataan ‘athi’u tetapi terus menyebut ‘wa ulil amri minkum”. Dengan ini amatlah jelas bahawa mematuhi selain daripada Allah swt dan RasulNya hanya dibolehkan jikalau mereka itu mematuhi Allah swt dan rasul-Nya saja. [Kepatuhan yang tidak bersyarat itu ditekankan lagi dalam maksud firman-Nya:
ﷲ َﻭ َﺭﺳُﻮﹸﻟ ُﻪ ُ َﻭﻣَﺎ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ ِﻟﻤُ ْﺆ ِﻣ ﹴﻦ َﻭ ﹶﻻ ﻣُ ْﺆ ِﻣَﻨ ٍﺔ ﹺﺇﺫﹶﺍ ﹶﻗﻀَﻰ ﺍ ﷲ َﺺﺍ ﺨَﻴ َﺮﺓﹸ ِﻣ ْﻦ ﹶﺃ ْﻣ ﹺﺮ ِﻫ ْﻢ َﻭ َﻣ ْﻦ َﻳ ْﻌ ﹺ ِ ﹶﺃ ْﻣﺮًﺍ ﺃﹶﻥ ﱠﻳﻜﹸﻮ ﹶﻥ ﹶﻟﻬُﻢُ ﺍﹾﻟ ﻼ ﹰﻻ ُﻣﺒﹺﻴﻨًﺎ ﺿﹶ َ ﺿﻞﱠ َ َﻭ َﺭﺳُﻮﹶﻟﻪُ ﹶﻓ ﹶﻘ ْﺪ “Tidak patut bagi seorang mukmin lelaki dan juga perempuan apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.” 18
17 18
Surah An-Nisaa:59 Surah Al-Azhab:36
Walaupun Rasulullah saw yang bersifat serta berakhlak mulia dan sebagai pemberi hukum-hukum kepada rakyatnya yang telah dilantik oleh Allah swt sendiri, telah berpesan untuk umatnya supaya “mendengar & mentaati” sesiapa, ada batasannya. Beliau bersabda: “Tidak ada ketaatan yang kemudiannya membawa kepada perkara yang berdosa: sesungguhnya, ketaatan hanya demi kebenaran semata.” 19 “Tiada ketaatan kepada sesiapa yang tidak taat kepada Allah.”20 “Tiada ketaatan kepada sesiapa yang ingkar kepada Allah.”21
Sudah menjadi kewajiban kita untuk sentiasa meneliti guru kita demi memastikan ajaran dan pekertinya tidak bertentangan dengan lunas-lunas Islam (Al-Qur’an dan Sunnah serta Ahli Sunnah Wal Jamaah). Seseorang murid tarikat atau sesuatu gerakan hendaklah berani kerana benar -- sanggup bertanya tentang ajaran-ajaran yang diterimanya agar tidak menyalahi ajaran Islam. Memanglah patut jika Bai’ah itu dibatalkan atas sebab-sebab itu. Perintah yang diajukan oleh guru-guru itu yang menyuruh kepada perbuatan-perbuatan yang berdosa ataupun dengan sengaja tindakantindakan yang berlawanan dengan ajaran Al-Qur’an seperti membunuh yang tidak bersalah, menjahanamkan prasarana (infrastruktur) serta kemudahan am akan membuat Bai’ahnya tidak sah lagi. Dalam hubungan ini, Nabi Muhammad saw bersabda dengan maksud: “Bai’ah mengikat seseorang Muslim, sama ada ia suka atau tidak dengan ikatan itu - selagi ia tidak disuruh melakukan perkara berdosa. Tetapi jika ia disuruh melakukan dosa, maka tiada lagi janji setia.”22 “Demi Tuhan yang nyawaku di dalam Tangan-Nya! Kamu mestilah melaksanakan yang benar dan mencegah yang salah, jika tidak Allah akan pasti menurunkan
19 20 21 22
Riwayat Muslim Riwayat Ahmad Riwayat Ahmad Riwayat Bukhari dan Muslim
balasan-Nya, meskipun setelah itu kamu berdoa, namun Dia tidak akan mengendahkan kamu lagi.”23 ]24
23 24
Riwayat At-Tirmizi Petikan dari tulisan Mahfuh Halimi “JI’s Jihad Ideology, Bai’ah & Ummah”