BAB I
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Bidang perancangan guna tanah dan alam sekitar sering berdepan dengan pelbagai kesukaran terutama di dalam proses pembuatan keputusan. Kesukaran ini adalah akibat daripada kegiatan pembangunan yang pesat yang mencetus berbagai masalah di bandar seperti setinggan, pencemaran air, pencemaran udara dan banjir kilat. Ini sekali gus memerlukan suatu alat yang dapat membantu mewujudkan sistem maklumat bandar termasuk untuk tujuan perancangan, pengurusan dan pengawalan terhadap masalah yang berlaku. Kemajuan dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah mencipta suatu peluang untuk memudahkan penyelesaian terhadap masalahmasalah sedemikian.
GIS merupakan satu daripada bidang teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat serta diguna pakai di seluruh dunia. Ini kerana GIS menyediakan berbagai fungsi termasuk menginput, menyimpan, mengurus, mengolah, menganalisis dan memaparkan segala maklumat yang ada rujukan geografi. Keupayaan GIS yang terpenting adalah kebolehannya menangani data spatial (ruangan) dan data atribut (bukan ruangan) yang berkaitan dengan sesuatu objek (Ahris, 1994). Dengan perkataan lain, GIS menyediakan kerangka bagi mengintegrasi jumlah data spatial dan atribut yang banyak daripada berbagai-bagai sumber dan masa tertentu. Ini membantu memudahkan suatu bentuk analisis spatial dilakukan. Kesudahannya, suatu
2
proses pembuatan keputusan yang baik dapat diputuskan berdasarkan beberapa senario semasa yang dihasilkan menggunakan fungsi GIS.
Sehubungan dengan itu, kajian ini cuba mengenengahkan kepakaran GIS di dalam bidang sains sosial (social science) untuk menjelaskan kesan guna tanah setinggan terhadap pencemaran air sungai di sekitarnya. Masalah pencemaran air sungai akibat guna tanah setinggan sudahpun diketahui umum terutama melalui maklumat yang disebarkan oleh media dan kesannya amat ketara sekali. Mengikut laporan Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMK8), guna tanah setinggan dikenalpasti sebagai salah satu punca utama yang menyebabkan berlaku pencemaran sungai melalui pelepasan sisa domestik. Ini termasuk pencemaran Sungai Juru dan Prai di Pulau Pinang; Sungai Air Baloi, Tukang Batu, Segget, Kempas dan Rambah di Johor; Sungai Landas dan Ibai di Terengganu; Sungai Balok dan Cherating di Pahang dan Sungai Klang di Selangor (Jabatan Alam Sekitar, 1999).
Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini sama ada dari segi mengawal dan memantau perkembangan setinggan serta kesan-kesannya terhadap alam sekitar terutama pencemaran sungai.
1.2
Pernyataan Masalah
Keupayaan GIS sebagai alat (tools) untuk membantu menangani masalah yang berhubung dengan guna tanah setinggan dan kualiti air sungai sudahpun terbukti berjaya. Ini dapat dilihat kepada kajian-kajian terdahulu seperti oleh Sen et al. (2003), Musa (1998), Ahris dan Healey (1994) dan Ahris (1991) yang berkaitan dengan guna tanah setinggan, manakala oleh Nyon dan Taher (2000) merupakan satu contoh aplikasi GIS di dalam kajian yang berkenaan dengan kualiti air sungai. Walaupun begitu, setakat ini belum ada lagi suatu kajian yang betul-betul menggunakan fungsi analisis spatial GIS untuk melihat kesan guna tanah setinggan terhadap kualiti air sungai di sekitarnya.
3
Sekalipun ada, kajian-kajian berkenaan hanya menggunakan kaedah konvensional atau teknik-teknik kejuruteraan alam sekitar tanpa melibatkan fungsi GIS. Ini termasukan kajian yang dijalankan oleh Mohd Rosli (2001); Ahmad Zamani (2001); Mohamad Hidayat (2002), Ismail (2001), Zaharul (2002) dan Zakaria (2002). Melalui kaedah konvensional, penghasilan kajian hanya terhad kepada bentuk laporan dan jadual. Ini menyukarkan kecapaian terhadap maklumat-maklumat yang dihasilkan sama ada maklumat guna tanah setinggan mahupun maklumat sungai.
Kelemahan ini dapat diatasi melalui fungsi GIS kerana menjadi keupayaannya menyediakan kerja-kerja seperti menginput, mengurus, memanipulasi, menganalisis serta memaparkan maklumat guna tanah setinggan (seperti lokasi, taburan, jaraknya dari sungai) dan maklumat sungai (seperti segmen sungai, stesen persampelan, data kualiti air) ke dalam bentuk spatial. Sementara itu, pangkalan data GIS memudahkan integrasi data spatial dan data atribut yang diperlukan untuk menjalankan analisis spatial bagi menjelaskan kesan guna tanah setinggan terhadap kualiti air sungai di sekitarnya. Kerja-kerja mengubahsuai dan menambah data-data baru di dalam pangkalan data juga dapat dilakukan dengan lebih mudah tanpa mengganggu proses keseluruhan sistem.
Dalam hal ini, kepakaran mengurus maklumat spatial sangat penting. Ini kerana petempatan setinggan merupakan entiti spatial yang mempunyai tatatur, topografi serta kedudukan yang tertentu dan bukan suatu petempatan yang terasing daripada bandar, malahan ia sebahagian daripada kawasan bandar yang mempunyai rumah, jalan, kedai, masjid, rangkaian air/ sungai dan sebagainya.
Suatu kekurangan lain yang tertonjol daripada kajian-kajian berkenaan ialah tidak melibatkan suatu pengkajian yang menyeluruh, tetapi hanya mengkaji berasaskan persampelan kualiti air di tapak. Maka, punca-punca sebenar di kawasan setinggan yang menyebabkan pencemaran air sungai tidak dapat diketahui. Skop dan kaedah yang digunakan di dalam kajian-kajian tersebut serta hasil penemuannya boleh dirumuskan seperti pada Rajah 1.1.
4
Aliran Kajian Mengemukakan Isu Pencemaran Sungai
RUMUSAN KAJIAN LEPAS Pembuktian (Kajian di Lapangan)
Kaedah Fenomena semasa, bahanbahan rujukan dsbgnya
Penemuan
Pengujian terhadap Parameter (DO, BOD, COD, SS, NH3 N, pH), Pengamatan di Tapak & Borang Soal Selidik
Perubahan Kualiti Air Sungai Berhampiran Setinggan - Laporan, - Jadual, - Graf.
Rajah 1.1: Skop dan kaedah kajian lepas
Melihat kepada kekurangan tersebut, maka suatu kajian yang lebih bersifat menyeluruh dan mendalam seperti kajian ini amatlah diperlukan bagi menjelaskan keadaan atau gambaran yang sebenar di tapak. Ini selaras dengan pendekatan yang disyorkan oleh Vesilind et al. (1994) yang menjelaskan bahawa pencemaran air boleh difahami dengan lebih baik, dengan cara menghuraikannya dalam konteks ekosistem dan kemudian mengkaji satu aspek khusus daripada ekosistem tersebut. Sebagai contohnya ialah aspek guna tanah setinggan.
Kajian ini memfokus untuk mengkaji kesan guna tanah setinggan terhadap perubahan kualiti air sungai, memandangkan masalah tersebut sangat besar pengaruhnya terhadap keselesaan atau kualiti hidup manusia. Kehidupan di kawasan setinggan yang serba-serbi daif serta kualiti air sungai yang tercemar telah menampakkan ketidakmampanan alam sekitar dan kehidupan sosial. Maka, sekiranya dibiarkan keadaan tersebut berterusan berlaku tanpa sebarang usaha untuk menanganinya, sudah tentu kualiti kehidupan generasi akan datang akan terjejas. Di dalam “Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar” yang disediakan oleh KetuaKetua Kerajaan Komenwel di Langkawi pada 21 Oktober 1989, ada menyatakan bahawa disebabkan masalah alam sekitar “semakin meruncing dan mengancam”, apa jua “kelewatan mengambil tindakan untuk membenteras keadaan yang meruncing itu akan mengakibatkan kerosakan yang kekal.” (Salleh, 2002).
Sementara itu, mengikut kajian yang dibuat oleh Mohd Rosli (2001) dan Ahmad Zamani (2001), sisa-sisa kumbahan domestik yang dihasilkan oleh penduduk setinggan dialirkan terus ke perparitan dan masuk ke sungai. Sampah sarap juga kerap
5
dibuang ke dalam sungai. Musa (1999) mendapati bahawa segmen-segmen sungai yang dikelilingi guna tanah setinggan mengalami pencemaran yang tertinggi berbanding dengan segmen sungai berhampiran guna tanah lain. Pandangan Lee Lam Thye, “Kami tidak boleh menjamin seratus peratus bahawa setinggan tidak akan mencemari sungai. Oleh yang demikian, lebih eloklah sekiranya pihak setinggan berkenaan dapat ditempatkan semula.”(TV3, Local Highlights). Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Datuk Chua Soi Lek pula, pernah menyatakan bahawa punca utama pencemaran sungai ialah kesan pembuangan sampah dan sisa kumbahan dari kawasan-kawasan perumahan terutamanya setinggan yang terletak di sepanjang sungai (Berita Harian, Sabtu, 28 April 2001). Contoh fenomena di kawasan-kawasan setinggan yang menunjukkan pencemaran sungai yang serius boleh ditunjukkan seperti pada Rajah 1.2.
Rajah 1.2: Fenomena pencemaran sungai di kawasan setinggan
Di Johor Bahru, beberapa sungai yang dikenalpasti sebagai sederhana tercemar dan tercemar yang antara punca utamanya adalah daripada setinggan adalah seperti pada Jadual 1.1.
6
Jadual 1.1: Status sungai sederhana tercemar dan tercemar di Johor Bahru Lembah Sungai Sederhana Tercemar Skudai Tebrau Danga Tercemar Air Baloi Segget Kempas
Nama Sungai
Jum. Stesen
Purata WQI
Kelas
Skudai Plentong Tebrau Danga
8
2
68 54 72 60
III III III III
Air Baloi Segget Kempas
3 5 2
57 45 42
III IV IV
5
Sumber: Laporan Kualiti Alam Sekeliling, 1997 (JAS)
Persoalannya, bagaimana untuk menjelaskan secara tepat kedudukan taburan setinggan dan intensiti serta kesannya terhadap pencemaran sungai di sekitarnya supaya langkah-langkah pengawalan dan pemantauan dapat dilaksanakan di samping membantu usaha perancangan dan pembasmian setinggan. Persoalan-persoalan berkenaan akan diambil kira untuk membantu menjayakan kajian ini.
1.3
Tujuan dan Objektif Kajian
Menyedari akan keupayaan GIS sebagai alat bantu yang berupaya menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan data ruang dan bukan ruang, maka tujuan kajian ini adalah “untuk melihat kesan dan punca-punca perubahan kualiti air sungai di kawasan setinggan berasaskan ciri-ciri sosioekonomi dan fizikalnya dengan bantuan fungsi-fungsi GIS”
Bagi mencapai matlamat di atas, beberapa objektif kajian telah digariskan sebagaimana berikut:
i.
Untuk mengkaji ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal setinggan bagi mengenalpasti dan menjelaskan punca-punca pencemaran air sungai berasaskan ciri-ciri tersebut,
7
ii.
Untuk mengumpul maklumat sungai, sosioekonomi setinggan dan fizikal serta data-data sokongan bagi membangun sebuah pangkalan data GIS yang memenuhi keperluan analisis kajian, dan
iii.
Untuk memperlihatkan keberkesanan pendekatan GIS sebagai alat bantu bagi menjelaskan kesan dan kadar potensi ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal di kawasan setinggan menyebabkan pencemaran air sungai di sekitarnya.
1.4
Skop Kajian
Skop atau limitasi kajian mencakupi kawasan kajian, model dan kaedah serta tumpuan utama analisis adalah diutarakan sebagaimana berikut:
i.
Kajian kes adalah taburan guna tanah setinggan yang terletak di sepanjang Sungai Tebrau Johor Bahru seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.3. Walaupun di sana wujud lebih dari 40 petempatan setinggan dengan jumlah penduduk lebih kurang 7000 orang, tetapi kajian ini hanya akan meninjau beberapa petempatan sahaja berasaskan kepada ciri-ciri yang ditetapkan,
ii.
Soal selidik yang dibuat terhadap ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal kawasan setinggan mencakupi keseluruhan aspek termasuk maklumat asas kependudukan (seperti tempoh menetap, ciri-ciri bangunan, kemudahan dan fasiliti, kaedah pembuangan air sisa, kaedah pembuangan sampah sarap dan sebagainya); maklumat penghuni (seperti jantina, warganegara, pendidikan, pekerjaan, ahli isirumah dan sebagainya) serta pandangan-pandangan berkaitan alam sekitar khususnya pencemaran sungai,
iii.
Kaedah analisis melibatkan fungsi GIS yang digabungkan dengan modelmodel kualiti air sungai termasuk model simulasi Qual2E (keputusan permodelan VisualQual2E) dan model Indeks Kualiti Air (IKA) atau DOEWQI serta kaedah MCDA,
8
Kawasan Kajian
Pelan Kunci
Rajah 1.3: Pelan kawasan kajian
iv.
Walaupun terdapat beberapa punca pencemaran sungai seperti aktiviti industri, pembangunan tanah atau kerja tanah, pertanian, aktiviti kumbahan penduduk, tetapi kajian ini hanya akan memberi penumpuan kepada guna tanah setinggan sahaja.
1.5
Metodologi Kajian
Untuk mencapai tujuan dan objektif serta skop yang telah ditetapkan, maka suatu pendekatan atau metodologi kajian yang baik dan tepat amat diperlukan. Sehubungan dengan ini, satu bab khusus telah ditetapkan untuk membincangkan secara lebih terperinci mengenai metodologi kajian iaitu pada Bab IV. Bahagian ini hanya mengemukakan aliran perlaksanaan kajian yang mencakupi pemahaman masalah, penetapan halatuju, kajian literatur, metodologi, analisis dan penemuan serta kesimpulan dan penutup yang ditunjukkan seperti pada Rajah 1.4. Pemahaman
9
mengenai Rajah 1.4 boleh didapati daripada perbincangan ringkas tentang struktur penulisan tesis di Bahagian 1.7.
Pembacaan awalan/ Literatur & tinjauan awal di tapak
PENEMUAN ISU & MASALAH
MATLAMAT & OBJEKTIF KAJIAN
Penentuan kawasan kajian
Pembentukan hala tuju kajian
1) Implikasi Guna Tanah Setinggan Terhadap Kualiti Sungai Air Di Kawasan Sekitarnya dan Model Kualiti Air
KAJIAN LITERATUR
2) Pendekatan GIS dan Multicriteria Decision Analysis (MCDA) Sebagai Alat Bantu Pembuatan Keputusan
Ÿ Data Guna Tanah Setinggan (spt. Taburan, jumlah unit, jumlah penduduk dan sbgnya) Ÿ Data Sungai (spt. segmen-segmen sungai, stesen persampelan, data kualiti air dan sbgnya) Ÿ Data sokongan (spt. sempadan, guna tanah, rangkaian jalan & utiliti, topografi & sbgnya)
METODOLOGI KAJIAN
Pembangunan Pangkalan Data Penentuan Aplikasi
Kajian di lapangan & pengumpulan data sekunder
Reka Bentuk Pangkalan Data Data Spatial (Ruang)
Kemasukan Data Ruang & Atribut
Data Atribut
PANGKALAN DATA GIS 1) Gabungan GIS dengan a. Model Simulasi Qual2E (keputusan permodelan VisualQual2E), b. Model Kualiti Air DOE-WQI, c. MCDA
Pembangunan Aplikasi Kaedah/model
ANALISIS & PENEMUAN 1) Paparan nilai kualiti air sungai di kawasan setinggan kajian menggunakan model simulasi kualiti air VisualQual2E dan Model DOEWQI yang dihubungkan dengan fungsi GIS dan, 2) kadar potensi kawasan-kawasan setinggan kajian mencemarkan sungai di sekitarnya (punca-punca pencemaran sungai)
KESAN DAN PUNCA-PUNCA PENCEMARAN SUNGAI DI KAWASAN SETINGGAN KAJIAN
KESIMPULAN & PENUTUP
Rajah 1.4: Carta alir perlaksanaan kajian
10
1.6
Kepentingan Kajian
Kajian ini pada asasnya adalah untuk melihat keberkesanan pendekatan dan fungsi GIS sebagai alat bantuan bagi menjelaskan mengenai fenomena pencemaran sungai di kawasan setinggan. Implikasinya adalah ke arah mencari langkah-langkah jangka pendek yang lebih berkesan bagi mengawal pencemaran tersebut. Oleh itu, beberapa agensi kerajaan yang turut mendapat faedah daripada kajian ini termasuk PBT, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Kajian ini turut menyumbang kepada pengembangan ilmu akademik dan memberi manfaat kepada penduduk-penduduk setempat.
a)
Agensi kerajaan
PBT dan agensi-agensi kerajaan yang lain boleh mengguna pakai hasil kajian ini di dalam membantu pembuatan keputusan berhubung dengan masalah pencemaran sungai di kawasan setinggan dan memanfaatkan pangkalan data serta model analisis yang dibangunkan.
Pangkalan data GIS menyediakan ruang untuk melihat, mengambil dan memanipulasi serta mengguna pakai segala maklumat yang dihasilkan dengan lebih mudah. Ini membantu mengelakkan pembaziran masa untuk melakukan kerja-kerja teknikal seperti menyusun dan mengemaskini data, malahan mempercepatkan proses pembuatan keputusan.
Model analisis pula boleh dijadikan sebagai rujukan bagi membangunkan fungsi GIS untuk lain-lain tujuan penyelidikan/ penelitian yang berkaitan. Oleh itu, pada asasnya kajian ini banyak membantu ke arah memperkasakan PBT dan agensiagensi berkaitan terutama di dalam proses membuat keputusan perancangan dan mencari jalan untuk melibatkan masyarakat setempat di dalam menangani masalah yang dihadapi.
11
b)
Bidang akademik
Kajian ini memberi sumbangan terhadap penerokaan kepakaran baru teknologi GIS termasuk mempertingkatkan kegunaan GIS di dalam bidang penyelidikan sains sosial terutama berhubung guna tanah setinggan dan kualiti air sungai, memperkenalkan pendekatan GIS bersama MCDA dan analisis spatial GIS bersama model-model kualiti air. Hasil kajian ini sekali gus boleh dijadikan rujukan penting terutama oleh pelajar-pelajar yang ingin mengembangkan kepakaran di dalam bidang GIS.
c)
Penduduk setempat
Penduduk setempat turut mendapat manfaat daripada kajian ini. Ini termasuk langkah-langkah pengawalan punca-punca pencemaran sungai di kawasan kediaman mereka dan bantuan-bantuan lain yang berupa khidmat nasihat penjagaan alam sekitar, bantuan fasiliti dan kemudahan dan sebagainya. Ini secara tidak langsung menghasilkan sebuah persekitaran hidup yang lebih selesa di samping kegiatan sosial dan alam sekitar yang mampan.
Kepentingan lainnya, kajian ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan dalam RMK-8 untuk menggalakkan pengukuran prestasi alam sekitar dan memperkukuhkan pangkalan data bagi membuat keputusan mengenai alam sekitar (Malaysia, 2001).
1.7
Struktur Penulisan Tesis Penulisan kajian ini dibahagikan kepada enam bab. Kandungan perbincangan
bab-bab boleh diringkaskan sebagaimana berikut:
a)
Bab pertama Bab ini mengenai pengenalan kajian yang menghuraikan tentang
permasalahan kajian, tujuan dan objektif kajian, skop kajian dan kepentingan kajian. Selain itu, metodologi dan gambaran hasil akhir kajian turut dinyatakan secara umum.
12
b)
Bab dua dan bab tiga
Bab dua adalah penemuan kajian literatur mengenai fenomena guna tanah setinggan dan kesannya terhadap kualiti air sungai yang dilihat kepada ciri-ciri sosioekonomi dan fizikalnya. Ini termasuk faktor kewujudan/ pertumbuhan setinggan, isu kualiti air di Malaysia dan punca-punca pencemaran air sungai di dalam dan di luar negara, kaedah pengukuran kualiti air di Malaysia menggunakan model DOEWQI dan hasil permodelan kualiti air Sungai Tebrau menggunakan model kualiti air VisualQual2E.
Bab tiga pula menerangkan penemuan kajian literatur mengenai pendekatan GIS dan kaedah analisis keputusan multikriteria (Multicriteria Decision AnalysisMCDA) sebagai alat bantu pembuatan keputusan terutama di dalam permasalahan yang berhubungan dengan pencemaran sungai di kawasan setinggan. Ini termasuk kefungsian GIS, konsep asas MCDA dan pendekatan GIS bersama MCDA di dalam menjelaskan kadar potensi setinggan terhadap pencemaran sungai berasaskan penelitian terhadap ciri-ciri sosioekonomi dan fizikalnya.
c)
Bab empat
Bab ini menjelaskan mengenai metodologi kajian secara keseluruhannya. Ini termasuk kaedah pemilihan kawasan kajian, pembangunan pangkalan data dan pembangunan aplikasi. Ini telah ditunjukkan secara rangka kasar pada Rajah 1.4 (di halaman 9). Metodologi kajian sebahagian besarnya adalah berasaskan penemuan literatur daripada perbincangan pada Bab II dan Bab III. Fungsi analisis spatial GIS merupakan alat analisis utama kajian yang dihubungkan dengan model-model kualiti air iaitu Qual2E (keputusan permodelan VisualQual2E) dan DOE-WQI serta dengan pendekatan MCDA . Teknik-teknik pengiraan statistik mudah seperti perisian Microsoft EXCEL dan SPSS turut digunakan untuk membantu memperkemaskan lagi hasil analisis secara keseluruhan.
13
d)
Bab lima
Bab ini merupakan bahagian analisis dan penemuan. Tiga peringkat analisis utama kajian yang terlibat. Pertama, analisis tahap kualiti air/ kesan guna tanah setinggan terhadap pencemaran sungai di sekitarnya melalui hasil permodelan daripada VisualQual2E dan analisis spatial GIS bersama model DOE-WQI.
Kedua, analisis kadar potensi kawasan setinggan menyebabkan pencemaran sungai di sekitarnya melalui pendekatan GIS dan MCDA. Daripada hasil analisis ini, punca-punca utama pencemaran sungai di kawasan setinggan dapat dikenalpasti.
Peringkat analisis terakhir ialah perbandingan keputusan di antara hasil/ penemuan analisis pertama dan kedua. Perbincangan akhir bab ini adalah menjelaskan mengenai kepakaran GIS sebagai alat yang berupaya membantu menjayakan perlaksanaan analisis kajian yang selari dengan tujuan dan objektif di samping merumuskan segala penemuan yang dihasilkan.
e)
Bab enam
Bab ini membincangkan mengenai cadangan dan penutup. Ini termasuk mengenai cadangan-cadangan tindakan pengawalan masalah pencemaran sungai di kawasan setinggan, sumbangan kajian kepada bidang sains sosial dan sains GIS, dan pembatasan kajian serta cadangan kajian-kajian lanjutan untuk mempertingkatkan atau memperluaskan lagi kefungsian GIS di dalam penyelidikan khususnya bidang sains sosial. Selain itu, untuk memperkemaskan kaedah dan hasil kajian secara keseluruhannya dengan cara mengaplikasi model/ kaedah kajian.
Bahagian selanjutnya dalam penulisan ini ialah bahagian senarai bahan-bahan rujukan dan lampiran atau fakta-fakta atau maklumat-maklumat yang menyokong hasil kajian secara keseluruhannnya.
14
1.8
Kesimpulan
Bab ini telah membincangkan secara terperinci mengenai pengenalan kajian secara keseluruhan yang mencakupi pernyataan masalah kajian, tujuan dan objektif, skop, metodologi secara umum, kepentingan kajian dan rumusan kandungan bab-bab penulisan. Berdasarkan perbincangan tersebut, telah jelas bahawa kajian ini memang wajar dilaksanakan terutama untuk menjelaskan fenomena sebenar mengenai permasalahan guna tanah setinggan terhadap kualiti air sungai di sekitarnya di samping mencari beberapa alternatif yang lebih berkesan untuk mengatasi masalah tersebut bagi membantu pihak-pihak terbabit di dalam pembuatan keputusan dan tindakan yang berkenaan dengannya.