BAB I
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Dalam menghadapi segala cabaran yang ada, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sentiasa membuat perubahan yang berterusan bukan sahaja untuk memperbaiki pentadbiran dan pengurusan tetapi juga boleh mendorong memperbaiki kualiti perkhidmatan termasuk memantapkan nilai kompetensi supaya anggota polis lebih peka dengan tuntutan undang-undang dan hak asasi manusia. Pasukan tidak akan dihormati masyarakat andaikata anggota-anggotanya bertindak melampaui batas undang-undang (Zakaria, 2006).
Usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pegawai-pegawai awam termasuk anggota dan pegawai Polis sentiasa dititik beratkan. Rancangan Malaysia Kesepuluh antara lain menjelaskan bahawa langkah untuk memperkemaskan dan memperkukuhkan sektor guna tenaga sektor awam akan diteruskan bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan sektor ini. Sistem pendidikan dan latihan sentiasa dikaji bagi memenuhi keperluan tenaga terlatih dan berkompeten yang diperlukan negara. Pengurusan secara cekap dan profesional sering diberi penekanan oleh kerajaan dalam perkhidmatan awam di
negara ini. Pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam termasuk anggota PDRM digesa supaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih efisien dan efektif (Ahmad Sarji, 1992).
Secara amnya kompetensi merupakan kebolehan seseorang melaksanakan tugas atau aktiviti dalam pekerjaannya ke tahap yang dikehendaki. (Young & Dulewicz, 2005). Ini bererti seseorang yang tidak mempunyai kompetensi tidak dapat melaksanakan tugas atau aktiviti dalam pekerjaannya dengan baik dan sempurna sebagaimana kehendak pengurusan dalam sesebuah organisasi, dengan kata lain tidak dapat memberikan sumbangan yang bermakna dengan baik dan sempurna. Kekurangan dalam kompetensi mengakibatkan organisasi itu tidak memperolehi hasil yang memuaskan daripada pekerjannya dan kekurangan ini membawa kepada kerugian atau kelemahan kepada organisasi itu (Yildirim, 2007).
Justeru, beberapa cabaran yang mempengaruhi pengurusan PDRM berikutan dengan perkembangan globalisasi dan liberalisasi serta perubahan persekitaran perlu disedari dan diberi perhatian yang serius. Apa yang boleh diramalkan adalah perkhidmatan kepolisan memerlukan anggota yang profesional dan kompeten, berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju. Pemimpin dalam perkhidmatan awam termasuk pengurusan PDRM perlu berfikiran strategik dan sejagat serta mampu bertindak sejajar dengan apa jua keadaan untuk memenuhi keperluan negara (Jamaludin A. Damanhuri, 2001).
Ini kerana pengurusan PDRM melibatkan tahap keprofesionalan yang tinggi apabila
kemahiran serta kompetensi yang dimiliki oleh individu dalam
melaksanakan pekerjaannya yang merangkumi beberapa ciri atau elemen sehingga boleh dinamakan dengan profesionalisme . Profesionalisme adalah elemen yang penting dalam menggerakkan pengurusan perkhidmatan sektor awam dan swasta di Malaysia. Dekad mutakhir ini menyaksikan aliran kerja baru dalam pengurusan awam dan swasta yang bermatlamatkan pengurusan organisasi yang beretika tinggi, cekap dan efektif yang mampu memenuhi kepuasan semua pihak. Ini menuntut
setiap sektor meletakkan satu bentuk perkhidmatan yang perlu mencapai tahap tertinggi iaitu melihat kepada penekanan pengurusan organisasi dan tenaga kerjanya (Sharifah Hayaati Ismail al-Qudsy et al, 2007).
Tugas dan tanggungjawab PDRM sebagai penguatkuasa utama undangundang negara kian bertambah. Ledakan teknologi maklumat dan kemakmuran ekonomi negara ketika ini boleh mencetuskan keadaan yang tidak menentu. Aliran jenayah kini membuktikan tentang wujudnya segolongan penjenayah profesional, berpendidikan, berstatus sosial cemerlang dan berkedudukan tinggi. Justeru, kredibiliti pegawai dan anggota PDRM seharusnya berada pada tahap yang paling kompeten dari aspek pengetahuan, kemahiran serta sikap yang proaktif dalam memastikan matlamat serta objektif yang disarankan oleh pengurusan PDRM mampu dicapai terutama pada era transformasi pengurusan negara yang menitikberatkan
Indeks Prestasi Utama (KPI) di bawah enam teras Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah seperti yang di sarankan oleh Y.A.B
Perdana
Menteri
Malaysia
baru-baru
ini.
(Pemandu. Government
Transformation Programme The Road Map 2.0, 2011)
Kesinambungan dari itu, jelaslah bahawa kompetensi setiap pegawai dan anggota PDRM memerlukan satu anjakan paradigma yang besar memandangkan ia menjadi penentu kepada Indeks Prestasi Utama (KPI) seluruh pengurusan PDRM terutama dalam memastikan kejayaan terhadap pengurusan menurunkan indeks kadar jenayah di seluruh negara yang menjadi fokus utama kajian ini.
1.2
Latar Belakang kajian
Sejarah pasukan PDRM bermula sejak kurun ke 18 lagi dan penubuhan rasminya sebagai Pasukan Polis Negara bermula di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807 dengan berpaksikan menguatkkuasa Piagam Keadilan harter of Justice (Lee King Chun, 2009).
Pentadbiran dan pengurusan pasukan Polis dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu Ibu Pejabat Persekutuan di Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen di setiap 14 buah negeri dan Ibu Pejabat Daerah di setiap daerah. Di peringkat Ibu Pejabat Persekutuan di Bukit Aman PDRM diketuai oleh Ketua Polis Negara (KPN) dan dibantu oleh Timbalan KPN termasuk tujuh orang pengarah bagi jabatanjabatan iaitu Pengurusan, Ketenteraman Awam, Jenayah, Jenayah Perdagangan, Cawangan Khas, Logistik dan Jenayah Narkotik. Rantaian perintah dan kawalan ini diikuti di peringkat kontinjen dan daerah- daerah (Zakaria, 2006).
Ibupejabat Polis Daerah Kulaijaya (IPD Kulaijaya) mula ditubuhkan pada 1hb Mac 2008 hasil daripada Program Pembangunan Wilayah Iskandar, Johor. Kawasan pentadbiran IPD Kulaijaya pada asalnya di bawah seliaan IPD Johor Bahru Utara. IPD Kulaijaya telah dibahagikan kepada 5 buah Balai Polis iaitu Balai Polis Kulai, Balai Polis Senai, Balai Polis Lapangan Terbang Sultan Ismail, Balai Polis Kelapa Sawit dan Balai Polis Air Bemban. Sehingga 31hb Mei 2013 kekuatan Pegawai dan Anggota di IPD Kulaijaya adalah seramai 562 orang dengan diketuai oleh Ketua Polis Daerah berpangkat Superintendant dan dibantu oleh seorang Deputy Superintendant Polis (DSP). Sehingga Ogos 2013 kekuatan keseluruhan anggota dan pegawai Polis di IPD Kulaijaya adalah seramai 565 orang. IPD ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah pada 31hb Mei 2013.
Sebagai sebuah organisasi pentadbiran awam, etika dan fungsi perkhidmatan Polis antara lain menegaskan bahawa setiap pegawainya dan anggotanya mestilah menumpukan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Raja dan Negara, dan pasukan Polis DiRaja Malaysia serta perlu memberi perkhidmatan yang cemerlang, adil, berani, tegas ,sabar, dedikasi dan sentiasa peka terhadap kehendak-kehendak masyarakat . Sememangnya tugas-tugas dan tanggungjawab polis mengikut Seksyen 20 (3) Akta Polis 1967, iaitu pegawai mengambil langkah yang sah untuk melakukan perkara-perkara berikut mengikut undang-undang
umpamanya
menangkap, memproses risikan keselamatan, menjalankan pendakwaan, memberi bantuan dalam melaksanakan tugas yang berkaitan hasil, eksais, kebersihan, kuarantin, imigresen, dan pendaftaran dan sistem trafik.
Di samping itu Polis juga bertanggungjawab memberi bantuan mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang, menguatkuasakan peraturan kelautan dan pelabuhan. Seterusnya PDRM juga melaksanakan tugas berkaitan saman, sepina, waran penjara, melindungi harta yang tidak dituntut atau hilang serta mencari pemunyanya serta kerja-kerja menyita binatang yang berkeliaran dan mempamerkannya dalam kandang awam. Pendek kata pelbagai tugas kepolisan yang berkaitan dengan masyarakat untuk ketenteraman dan kesejahteraan rakyat dan negara dipertanggungjawabkan kepada PDRM yang memerlukan nilai kompetensi yang tinggi selaras dengan pelbagai usaha yang diadaptasikan melalui fungsi pengurusan yang teratur oleh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang di Malaysia.
Kesinambungan dari itu, dalam usaha mengekang kadar indeks jenayah yang menjadi salah satu fokus utama pengurusan PDRM , kerajaan melalui program transformasi negara telah merealisasikan aspirasi enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah (Pemandu. Government Transformation Programme The Road Map 2.0, 2011). Ia bertujuan memberi penekanan ke arah satu sistem pengurusan
pengurangan kadar jenayah di seluruh negara dengan memberi tumpuan kepada aspek berikut :
1) Mencapai pengurangan berterusan dalam jenayah indeks yang dilapor, dengan tumpuan terhadap jenayah jalanan yang dilapor, iaitu, curi ragut, samun tanpa senjatapi dan samun berkawan tanpa senjatapi.
2) Mempertingkatkan
persepsi
awam
tentang
keselamatan
dengan
menggalakkan penyertaan orang awam dan tanggungjawab bersama menerusi kesukarelawanan, khususnya di kalangan belia dan berbilang kaum
3) Mendorong kecemerlangan operasi dalam sistem keadilan jenayah untuk membina
keyakinan
awam
serta
memperkuatkan
kebanggaan
profesionalisma ke seluruh sistem
(Sumber : Malaysia Economic Monitor, 2009)
Pada Ogos 2009, PDRM telah melancarkan suatu usaha komprehensif untuk mengurangkan jenayah sebanyak 20% menjelang Disember 2010 seperti dalam Rajah 1.1. Ia tertumpu kepada empat negeri iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, dan Selangor. Usaha ini bertindak pada setiap peringkat sistem keadilan jenayah, bermula dari pencegahan jenayah hinggalah ke penempatan semula pesalah.
Rajah 1.1: Inisiatif Komprehensif Mengurangkan Jenayah Jalanan Sumber : Dokumen Hala Tuju Pelan Transformasi Kerajaan Mengurangkan Jenayah (2010)
Walaupun menurut Laporan Tahunan 2011 Program Transformasi Kerajaan (GTP), indeks jenayah turun 11.1 peratus manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus sekali gus menunjukkan keberkesanan pelbagai program pencegahan oleh anggota keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun indeks kepuasan orang ramai terhadap kualiti dan kompetensi anggota PDRM mendapati sekitar 70.5 peratus responden berpendapat PDRM masih belum menepati sasaran
terbaik seperti yang diharapkan dalam perlaksanaan NKRA menangani jenayah (Utusan Melayu, 2012)
Justeru usaha untuk mengurangkan perasaan takut rakyat termasuk menggalakkan kehadiran Polis di jalanan dengan menugaskan kembali Pegawai Polis kanan membuat rondaan, memastikan bahawa polis berhubung dengan orang awam ketika bertugas dan mengerah lebih ramai kakitangan penguatkuasaan di kawasan-kawasan hot spot. Antara pendekatan terkini yang diambil bagi mencapai matlamat mengurangi kadar jenayah di Malaysia adalah ;
Kepolisan berprofil tinggi (High Profil Policing)
Melibatkan pegawai-pegawai kanan polis (berpangkat Inspektor dan ke atas) yang terlibat dalam tinjauan mesra di kawasan komersil, jalanan dan kawasan perumahan sekurang-kurangnya 5 jam seminggu. Dengan berpakaian seragam penuh, mereka akan membuat rondaan bersama yang bertugas untuk sekurang-kurangnya tiga jam dalam seminggu. Kehadiran mereka akan membantu meyakinkan rakyat tentang kesungguhan kepimpinan kanan PDRM dalam menangani jenayah.
Berhenti dan Berbual (Stop and Talk)
Kereta Peronda Polis (MPV) dan motor Polis Masyarakat (POLMAS) akan berhenti untuk berbual bersama orang awam selama 10–15 minit bagi setiap jam ketika rondaan biasa. Perbualan bersama orang awam ini termasuk mengumpul maklumat, mendapatkan maklumbalas dan memberi maklumat, mengedarkan risalah keselamatan dan sebagainya. Ini akan memberikan orang awam lebih banyak peluang untuk mengutarakan kebimbangan mereka kepada polis dan berkenalan dengan pegawai tempatan mereka.
Memperbaiki dan memperluas program “Feet on Street”
PDRM dengan bantuan sukarelawan, akan membuat rondaan di kawasankawasan hot spot untuk mencegah penjenayah dan meyakinkan masyarakat awam. Sebuah program khas akan dilaksanakan menerusi Sukarelawan Polis (PVR), yang akan menyerap ahli-ahli RELA dan JPAM untuk menyertai rondaan lazim, dengan itu meningkatkan kehadiran polis di mana-mana. Usaha ini juga akan diperluaskan untuk turut melibatkan polis bantuan dan SUKSIS (Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi).
Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy)
Kerajaan telah memperkenalkan salah satu strategi yang dikenali sebagai National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang mana strategi ini mengambilkira keberkesanan jalinan kerjasama antara jabatan kerajaan yang lain. Secara contoh PDRM telah bekerjasama dengan Angkata Tentera Malaysia membuat rondaan berkala di kawasan- kawasan perumahan dan tumpuan ramai. Berteraskan daripada kejayaan tersebut pihak kerajaan khususnya di dalam keputusan Mesyuarat National Strategy Execution Summit (NSES) pada 17 Januari 2012 telah melancar perlaksanaan 5th Wave National Blue Ocean Strategy (NBOS).
Perlaksanaanya ialah untuk meningkatkan
kawasan-kawasan omnipresence di kawasan-kawasan Hot Spot di seluruh negara. Malahan meletakkan sasaran sebanyak 100,000 orang anggota keselamatan melalui pendekatan Civil Policing yang melibatkan Anggota RELA, JPAM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Skim Rondaan Sukarela (SRS), serta polis bantuan untuk melaksanakan rondaan dan apa jua aktiviti pencegahan jenayah menjelang MAC 2012. Penambahan anggota RELA dan JPAM bagi membantu rondaan bersama PDRM bagi Kontinjen Terengganu adalah sebanyak 1000 anggota dari RELA dan JPAM sebanyak 250 anggota.
Komunikasi Atas Talian
PDRM telah berusaha untuk mendekati masyarakat dengan mewujudkan pelbagai laman portal dan laman sosial. Sebagai contoh, PDRM ada mewujudkan website, laman Facebook, Twitter, applikasi Community Alert dan sebagainya bagi memberikan perkhidmatan yang cepat dan berkesan. Masyarakat boleh berhubung secara terus dengan PDRM melalui lamanlaman komunikasi atas talian yang disediakan dengan mengutarakan sebarang aduan, pandangan dan komen. Pihak pengendali portal dan laman web akan memberikan maklumbalas secara terus dan cepat.
1.3
Pernyataan Masalah
Berdasarkan temubual pengkaji dengan Ketua di Bahagian Pengurusan IPD Kulaijaya ASP Awalludin B. Mat Som mendapati sehingga Januari 2013, tiada model kompetensi yang berdokumen menjadi rujukkan dalam perlaksanaan pengurusan mengurangi jenayah di IPD Kulaijaya. Malah, tiada model kompetensi yang boleh dijadikan rujukkan oleh pegawai dan anggota Polis bagi memantau dan memperbaiki pembangunan kerjaya. Berdasarkan pengamatan pengkaji, PDRM memerlukan pelan kompetensi bagi tujuan pembangunan diri dan kerjaya sebagai panduan berguna bagi mempertingkatkan kompetensi. Kriteria sistem penilaian dan penentuan prestasi diri yang kurang jelas tanpa dokumen dan bahan rujukan rasmi menjadikan pegawai dan anggota membuat penilaian mengikut penilaian sendiri, dan berdasarkan arahan penyelia. Menyebabkan, kompetensi yang dimiliki tidak sejajar dengan tahap kompetensi yang sepatutnya.
Menurut Wickramasinghe dan Zoyza (2009) penting untuk mengenalpasti apakah tahap kompetensi yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi