APERTURE
Aperture adalah bukaan pada lensa yang membenarkan cahaya melaluinya dan jatuh ke atas sensor. Semakin besar bukaan aperture, semakin banyaklah cahaya yang masuk dan gambar akan lebih terang. Aperture merupakan kawalan cahaya yang masuk melalui bukaan cahaya pada lensa. Kawalan di dalam lensa ini adalah dengan membuka bukaan lubang cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop.
Kawalan f/stop adalah : f/1 f/1.4 f/2 f/2.8 f/4 f/5.6 f/8 f/11 f/16 f/22 Aperture mempunyai beberapa peranan yang sangat penting dalam fotografi: 1.Mengimbang kemasukan cahaya mengikut shutter speed 2. Mengawal kesan depth of field 3. Memberikan kesan sharpness yang paling tinggi pada sesuatu lens.
Bukaan aperture dan Nombornya.
Kesan Aperture kepada Kecerahan Gambar Perhatikan impak aperture yang berbeza terhadap satu gambar yang sama, dengan setting ISO dan shutter speed yang sama. Perhatikan impak aperture yang berbeza terhadap satu gambar yang sama, dengan setting ISO dan shutter speed yang sama.
Gambar diatas mempunyai Exposure yang cukup dengan Aperture f4.
Apabila kita mengubah aperture kepada f/8, gambar menjadi lebih gelap kerana cahaya yang masuk semakin berkurangan, akibat bukaan aperture yang semakin kecil.
Apabila kita mengubah Aperture kepada f/2.8, dan ISO serta Shutter speed masih sama, gambar menjadi lebih terang. Ini disebabkan bukaan aperture lebih besar dan cahaya masuk lebih banyak. Gambar ini dipanggil gambar overexposed kerana details seperti warna baju sudah terlalu terang.
Aperture dan Depth Of Field Aperture juga digunakan untuk mengawal kreativiti depth of field. Dengan aperture besar seperti f/2.8, anda boleh mendapat depth of field nipis seperti bunga dibawah. Perhatikan subjek sharp dan latar sudah out of focus.
Aperture f/2.8
Dan dengan aperture yang kecil, anda boleh mendapat Depth of field yang luas seperti gambar dibawah. Depth of field yang luas memberikan ketajaman imej sehingga kepada latarbelakangnya.
f/16
Untuk memahami lebih lanjut lagi, perhatikan dua contoh Depth Of field yang berbeza dibawah, menggunakan aperture yang berbeza
SHUTTER SPEED Shutter speed bertujuan untuk mengawal kemasukkan cahaya mengikut masa. Sekiranya kita ingin memegunkan sesuatu pergerakkan itu, kita perlu menggunakan shutter speed yang tinggi. Kadang2 apabila kita menghadapi masalah kekurangan cahaya, maka kita terpaksa menggunakan shutter speed yang perlahan untuk membenarkan lebih cahaya masuk ke sensor kita Kawalan Shutter Speed adalah seperti berikut : 1s 1/2 s 1/4 s 1/8 s 1/15s 1/30s 1/60s 1/125s 1/250s 1/500s 1/1000s atau lebih… setiap pertukaran speed ini dipanggil 1 stop. 1/1000s bermaksud, shutter akan dibuka bersamaan dengan 1/1000 saat cahaya yang masuk. 1/4s bermaksud, shutter akan dibuka selama 1/4 saat.
Dalam fotografi, kita bukan saja perlu merakam subjek statik, tapi kita juga perlu merakam subjek yang bergerak. Bagaimana caranya untuk merakam subjek yang bergerak?
Subjek Statik dan Sharp Cara pertama adalah dengan menghentikan terus moment tersebut, mendapatkan subjek yang sharp dan statik. Untuk mendapatkan imej sharp seperti dibawah, shutter speed yang laju amat diperlukan. Sebagai contoh, shutter selaju 1/1000 boleh digunakan untuk mendapatkan gambar statik seperti ini.
Anda boleh gunakan Mode S atau TV dengan menetapkan shutter kepada 1/1000. Nilai aperture akan ditetapkan secara automatik oleh kamera
HUBUNGAN APERTURE, SHUTTER SPEED
Aperture
FUNGSI Mengawal saiz bukaan lensa
Shutter Speed
Mengawal kelajuan
ISO
Mengawal sensitivity sensor kamera kepada cahaya
ISO
NO KECIL Aperture besar membenarkan banyak cahaya masuk ke dalam kamera Contoh f/2 Tempoh bukaan sekejap, membekukan aksi Contoh 1/2000s Kurang sensitif kepada cahaya Contoh ISO 100
NO BESAR Aperture kecil, kurang cahaya masuk ke dalam kamera Contoh f/16 Tempoh bukaan panjang, gambar lebih terang Contoh 1/15s Lebih sensitif kepada cahaya Contoh ISO 800
Berikut adalah masa-masa anda boleh pertimbangkan menggunakan ISO tinggi.
Merakam waktu senja, tanpa tripod. Dan Cahaya tidak cukup terang untuk menggunakan kelajuan lebih tinggi dari 1/60s. Apabila anda menggunakan kurang dari 1/60s, risiko gegaran tangan lebih tinggi. Apabila menggunakan telefoto lens dan tidak cukup cahaya untuk menggunakan shutter speed pada nombor yang sekurang-kurangnya sama dengan nombor focal length. Sebagai contoh, apabila menggunakan lensa 200mm, sebaiknya gunakan shutter speed 1/200saat untuk mengurangkan risiko kamera bergegar. Apabila merakam subjek yang pantas bergerak, dan cahaya tidak cukup pantas untuk memberikan kita menggunakan shutter speed yang sesuai untuk merakam subjek dengan tajam. Apabila menggunakan flash, dan flash tidak cukup kuat untuk mendapatkan dedahan yang cukup. Samada ambience terlalu gelap mahupun subjek terlalu jauh. Apabila merakam indoor, dan flash tidak dibenarkan kerana mungkin akan mengganggu pencahayaan ambience, sebagai contoh didalam konsert. Apabila anda memerlukan aperture yang kecil untuk mendapatkan Depth of field yang luas, dan dengan memilih aperture kecil akan menyebabkan shutter speed terlalu perlahan.
LENSA
Lensa wide angle mempunyai sudut pandangan yang luas, cantik digunakan untuk mengambil gambar landskap, dan mampu mengambil gambar pada ruang yang sempit. Lensa ini senang untuk difokuskan, ia mempunyai kesan depth of field yang tinggi, yang mana fotografer tidak perlu susah untuk memfokuskan objek. ia juga boleh mengambil gambar pada jarak yang dekat, dan boleh menampakkan kesan lengkungan. Lensa wide angle tidak sesuai digunakan untuk mengambil gambar potrait, kerana ia menampakkan seseorang itu kelihatan lebih gemuk kerana kesan lengkungan. Mengambil gambar menggunakan lensa ini akan menyebabkan sesuatu ruang itu kelihatan lebih luas. Jadi jangan mudah terpedaya apabila melihat gambar yang luas apabila gambar tersebut diambil menggunakan lens wide angle. lensa wide angle mempunyai focal lenght dari 14mm - 28mm
Standard Lens Standard Lens 50mm Standard Lens bagi kamera Fullframe adalah 50mm, lensa ini mempunyai sudut pandangan yang paling hampir dengan mata. Ia amat mudah untuk digunakan kerana seseorang fotografer itu boleh mengagak sudut pandangan merujuk kepada mata. Bagi kamera APSC
kesan standard lens ini boleh dicapai apabila kita menggunakan lens 35mm. Lens 50mm mempunyai aperture paling maksima f/1.2 ke f/1.8. Ini menyebabkan ianya sesuai untuk mengambil gambar sukan dan keadaan low light. Telephoto Telephoto adalah lens yang mampu membesarkan imej yang berjarak jauh. Kadang2 ia dikenali dengan ‘Long Lens’ kerana lens ini selalunya memang panjang. Lensa ini mempunyai Jarak Depth of Field yang pendek berbanding dengan lens2 yang lain. Ia senang menghasilkan bokeh dan subject mudah untuk diasingkan dari backgroundnya. Zoom Lens Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur glasses yang sangat komplek. Ia mempunyai kumpulan2 lensa dan mempunyai tujuan2 yang tertentu. Salah satu bertujuan untuk mengubah pembesaran imej, memfokuskan dan membuat pembetulan. Zoom Lens boleh mengubah focal lenght dalam tahap beberapa kali seperti 2x, 3x, 4x dsbnya. Contoh2 Lensa Zoom adalah: 18-24mm : Zoom Wide Angle 24-85mm : Zoom Standard 70-210mm : Zoom Telephoto Masalah dalam zoom lens ini adalah, ia selalunya tidak mempunyai aperture yang besar, tidak boleh mengekal aperture yang sama pada focal lenght yang berbeza dan harganya yang agak mahal. Seperti contoh lensa 18-55mm mempunyai aperture f/3.6-5.6. Jika adapun aperture yang maksima adalah f/2.8 tetapi harganya terlalu mahal. Aperture maksima pada 18mm adalah f/3.5 manakala aperture maksima pada 55mm adalah f/5.6. Fikirkan jika harga Lensa 18-55mm adalah RM1,100 adakah berbalaoi untuk menggunakan focal lenght pada 50mm f/5.6??? sedangkan harga 50mm f/1.8 adalah RM480!! Sebab itu saya lebih gemar menggunakan fixed lens untuk mengekalkan kualiti gambar dan mendapatkan bukaan aperture yang maksima. Zoom Lens banyak membantu journalist & wedding photographer, kerana ia banyak membantu untuk meringankan bag mereka, mereka tidak perlu membawa lensa yang banyak. Ia memudahkan mereka untuk membuat komposisi tanpa perlu bergerak belakang dan hadapan. Banyak flexibility yang membantu mereka bila menggunakan lensa ini. Fish Eye Lensa Fish Eye mempunyai sudut pandangan hampir kepada 180 darjah. Ia mempunyai kelengkungan yang membulat apabila menggunakan lensa ini. Lensa ini sangat mahal dan sesuai digunakan dalam beberapa keadaan sahaja. Selain dari besar dan sukar dibawa, ia juga sukar untuk dijaga. Ia tidak boleh menggunakan filter untuk mengelakkan dari lens tercalar (scratch). Tetapi hasil gambar yang diambil akan kelihatan menarik. Macro lens AF micro Lensa makro adalah lensa yang mampu mengambil gambar pada jarak yang sangat dekat seperti 5 inci dsbnya. Lensa ini selalunya digunakan untuk mengambil gambar spesis2 serangga yang kecil, bunga, dan lain2 gambar still photo. Harganya juga mahal tetapi berbaloi untuk dimiliki.