LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANDA
KATA GANDA Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai. 1
2
3
4
5
Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung. A
kisi-kisi
B
orang-orang
C
tupai-tupai
D
layang-layang
Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan. A
riuh-rendah
B
gelap-gelita
C
porak-peranda
D
terang-benderang
Baju Jaswan Singh ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna. A
comot-momot
B
koyak-rabak
C
serba-serbih
D
compang-camping
Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya. A
hidup-hidup
B
bulat-bulat
C
betul-betul
D
terang-benderang
Pak Chee suka makan sup ____________ ikan. A
bebola
B
jejari
C
dedaun
D
kekabu
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
1
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANDA
6
7
8
9
10
Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee. A
teresak-esak
B
terkebil-kebil
C
terbahak-bahak
D
tergelak-gelak
Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu. A
berkelip-kelip
B
berpinar-pinar
C
berderet-deret
D
berliku-liku
Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali. A
dedaun
B
kekabu
C
bebola
D
bebiri
Ayah menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu. A
dedaun
B
kekabu
C
bebola
D
bebiri
Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu. A
haru-biru
B
keluh-kesah
C
kusut-masai
D
tunggang-langgang
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
2
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANDA
11
12
13
14
15
16
Sereena membalut hadiah itu ___________. A
kemas-kemas
B
ketat-ketat
C
kuat-kuat
D
erat-erat
Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan. A
lemah-longlai
B
lemah-gemalai
C
hiruk-pikuk
D
cirit-birit
Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas. A
tercungap-cungap
B
terbahak-bahak
C
teresak-esak
D
tersipu-sipu
Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan jalan pintas. A
ulang-alik
B
bolak-balik
C
mundar-mandir
D
lalu-lalang
Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yang digunakan untuk menyimpan air minuman. A
kekuda
B
sesiku
C
kekisi
D
lelabu
Berbasikal secara ____________ di jalan raya boleh mengundang kemalangan. A
bersaing-saing
B
berbaris-baris
C
berluncur-luncur
D
berderet-deret
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
3
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANDA
17
18
19
20
21
22
Banyak __________ rendang yang ditahan di kawasan rekreasi itu. A
dedahan
B
pepohon
C
dedaun
D
reranting
Ada sebuah busut __________ di bawah pokok ketapang itu. A
jentik-jentik
B
pijat-pijat
C
anai-anai
D
kura-kura
Keluarga Encik Zain seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu. A
ulang-alik
B
lalu-lalang
C
mundar-mandir
D
mandi-manda
Muka Aliyah menjadi ___________ apabila diusik oleh rakan-rakannya. A
kebiru-biruan
B
kemalu-maluan
C
keanak-anakan
D
kemerah-merahan
Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang mengetahuinya. A
lambat-laun
B
sorok-sorok
C
senyap-senyap
D
sayup-sayup
Rambut budak lelaki itu kelihatan __________ kerana tidak disisir. A
kusut-masai
B
serba-serbih
C
comot-momot
D
compang-camping
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
4
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANDA
23
24
25
26
27
28
Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai emas kelmarin. A
bertukar-tukar
B
berhujah-hujah
C
berbalas-balas
D
berganti-ganti
Aiman lari __________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar. A
riuh-rendah
B
lintang-pukang
C
kumat-kamit
D
lalu-lalang
Pengusaha kantin menjadi __________ apabila penyelia kesihatan membuat pemeriksaan kebersihan. A
huru-hara
B
remeh-temeh
C
kelam-kabut
D
kacau-bilau
Pendapat pemuda itu telah ditolak __________ oleh majikannya. A
mentah-mentah
B
senang-senang
C
semua-semua
D
betul-betul
Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga semalam. A
terkial-kial
B
tersekat-sekat
C
terhuyung-hayang
D
terhincut-hincut
Saya suka __________ di pasar raya Jaya Jusco A
berulang-alik
B
meliang-liuk
C
bersiar-siar
D
membeli-belah
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
5
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANDA
29
30
31
32
33
34
Dedaun kelapa __________ ditiup angin sepoi–sepoi bahasa. A
berkibar-kibar
B
meliang-liuk
C
bersiar-siar
D
membeli-belah
Kilang simen itu mengeluarkan __________ asap ke udara. A
bergumpal-gumpal
B
bersimpul-simpul
C
berkepul-kepul
D
berketul-ketul
Adi memeluk pinggang ayahnya __________ ketika membonceng motorsikal ayahnya. A
erat-erat
B
dekat-dekat
C
betul-betul
D
diam-diam
Hal yang __________ tidak sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat tadi. A
hangar-bingar
B
kucar-kacir
C
dolak-dalik
D
remeh-temeh
Pakaian di dalam mesin basuh itu __________ ketika dicuci. A
berketul-ketul
B
berbonggol-bonggol
C
bergumpal-gumpal
D
bersimpul-simpul
Menjelang pilihan raya yang ke-12, orang ramai __________ keluar untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh calon–calon yang bertanding. A
berhimpit-himpit
B
berpusu-pusu
C
berebut-rebut
D
berbaris-baris
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
6
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANDA
35
36
37
38
39
40
Pembalakan haruslah dijalankan secara terancang supaya __________ tidak kelihatan gondol. A
rumput-rampai
B
gunung-ganang
C
semak-samun
D
bukit-bukau
Tangan datuk __________ akibat daripada menghidap penyakit Parkinson. A
terketar-ketar
B
tergigil-gigil
C
termangu-mangu
D
terkial-kial
Wajah Intan Suraya __________ apabila mendapat hadiah sempena hari jadinya yang ke–14. A
berseri-seri
B
berkilau-kilau
C
berpinar-pinar
D
bersinar-sinar
Jalur Gemilang kelihatan __________ apabila ditiup angin. A
berbuai-buai
B
berkibar-kibar
C
bergoyang-goyang
D
bergerak-gerak
Muka petinju itu __________ akibat tumbukan pihak lawan. A
calar-balar
B
bengkak-bengkil
C
comot-momot
D
bengkang-bengkok
Samira _________ dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan raya yang sibuk itu. A
dekat-dekat
B
kadang-kadang
C
nyaris-nyaris
D
hampir-hampir
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
7
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANDA
41
42
43
44
45
46
Operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter telah diserahkan kepada pasukan Renjer kerana mereka lebih mengetahui __________ hutan simpan itu. A
simpang-siur
B
selok-belok
C
lekak-lekuk
D
hiruk-pikuk
Persahabatan kami tetap erat walaupun kami tinggal berjauhan kerana kami sering __________. A
pandang-memandang
B
jelling-menjeling
C
tegur-menegur
D
kunjung-mengunjung
Suasana __________ di stadium itu jelas kedengaran tatkala wisel penamat ditiupkan. A
huru-hara
B
hiruk-pikuk
C
kacau-bilau
D
kucar-kacir
Tangisan pilu mangsa kekejaman Zionis itu masih _________ di telingaku. A
terngiang-ngiang
B
teringat-ingat
C
berbisik-bisik
D
berdering-dering
Kami masih dapat melihat kilauan permata itu walaupun dalam cahaya yang __________. A
pinar-pinar
B
balam-balam
C
samar-samar
D
suram-suram
Encik Bala berjalan _________ di hadapan bilik bersalin ketika menanti kelahiran anak sulungnya. A
ulang-alik
B
lintang-pukang
C
mundar-mandir
D
kelam-kabut
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
8
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANDA
47
48
49
50
51
Kemunculan seekor tikus dari celah pintu itu telah menyebabkan suasana __________ di kelas 6 Teratai. A
hangar-bingar
B
gundah-gulana
C
jerit-pekik
D
tunggang-langgang
__________ muka adik menahan kesakitan akibat terjatuh dari basikalnya. A
Bermuka-muka
B
Berpinar-pinar
C
Berkedut-kedut
D
Berkerut-kerut
Pertahanan pasukan Perak __________ akibat daripada asakan bertubi – tubi pasukan lawan. A
hiruk-pikuk
B
kucar-kacir
C
kacau-bilau
D
haru-biru
Puan Kumari menggunakan ___________ yang diimport khas dari India untuk melazatkan masakannya. A
beras-petas
B
kuih-muih
C
rempah-ratus
D
sayur-mayur
Selepas mandi, dia mengenakan __________ pada badannya agar harum. A
bunga-bungaan
B
ubat-ubatan
C
biji-bijian
D
bau-bauan
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
9
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANDA
52
53
54
55
56
57
Guruh berdentum, kilat __________ menandakan hujan lebat akan turun membasahi bumi. A
sabung-menyabung
B
sapa-menyapa
C
tolak-menolak
D
cuit-mencuit
Kakak tidak dapat tidur lena di rumah nenek kerana asyik terdengar bunyi __________ buah mangga yang gugur. A
letuk-letak
B
lepak-lepuk
C
lesuk-lesak
D
letung-letang
Ibu mengusap __________ adik yang masih merah dengan penuh kasih sayang. A
mata-mata
B
rambut-rambut
C
ubun-ubun
D
tulang-tulang
Keluarga yang __________ merupakan salah satu daripada faktor penyebab remaja menghadapi masalah sosial. A
huru-hara
B
hangar-bingar
C
gundah-gulana
D
porak-peranda
Dari jauh kelihatan sebuah kapal __________ di tengah lautan. A
berbalam-balam
B
berbelang-belang
C
berbalun-balun
D
berlalu-lalang
Skru besar itu tidak dapat digunakan kerana __________ nya sudah haus. A
sesendi
B
bebenang
C
kekuda
D
kekisi
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
10
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANDA
58
59
60
Suatu ketika dulu, feri “Gadis Langkasuka” __________ dari Pulau Pinang ke Medan, Indonesia. A
lalu-lalang
B
mundar-mandir
C
bolak-balik
D
lintang-kedak
Sampan kecil di laut itu kelihatan _________ apabila dipukul ombak. A
terhuyung-hayang
B
terkapai-kapai
C
terapung-apung
D
terolang-aling
Badan peserta – peserta Program Latihan Khidmat Negara _________ kerana meredah belukar. A
calar-balar
B
pucat-lesi
C
koyak-rabak
D
comot-momot
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
11
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANDA
JAWAPAN PENGGANDAAN BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
JAWAPAN B D A B A C D B A A A D C D D A B C D D
BIL 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40
JAWAPAN C A C B C A D D B C A D C B D A A B B C
BIL 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60
JAWAPAN B D B A C C A D B C D A B C D A B C D A
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
12