Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) Objektif: Ordinan untuk mengawal selia standard minimum terma dan syarat pekerjaan bagi pekerja dalam sektor swasta, sama ada berkesatuan atau tidak berkesatuan di negeri Sarawak. Ordinan Buruh Sarawak (OBS) pertama kali digubal pada 1959 dan dipinda pada 2005 untuk membawanya sejajar dengan peruntukan Akta Kerja 1955. Ditadbir oleh: Jabatan Tenaga Kerja, Sarawak. Makna & Tafsiran 1. Ia melindungi pekerja dalam perkara seperti bayaran gaji, waktu bekerja, cuti sakit, cuti tahunan dan faedah bersalin. Semua majikan hendaklah mengikuti peraturan-peraturan yang dinyatakan. 2. Ordinan Buruh Sarawak tidak meliputi semua pekerja. Ia hanya meliputi pekerja berikut: a. Pekerja yang mempunyai kontrak perkhidmatan dengan majikan dan berpendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan. b. Buruh kasar tanpa mengira gaji bulanan mereka termasuk pemandu dan mekanik kenderaan bermotor. 3. Pembantu rumah tidak diliputi di bawah Ordinan Buruh Sarawak. Pekerja yang di luar skop Ordinan Buruh Sarawak perlu bergantung kepada kontrak pekerjaan mereka atau menyertai kesatuan sekerja untuk membuat tawaran bagi pihak mereka. 4. Kewajipan utama majikan adalah seperti berikut: a. Setiap pekerja hendaklah diberi kontrak perkhidmatan bertulis yang mengandungi terma dan syarat pekerjaan, termasuk peruntukan berkaitan dengan penamatan kontrak; b. Menyenggara daftar tenaga kerja berkenaan dengan butir peribadi pekerja, bayaran gaji dan potongan gaji; c. Gaji perlu dibayar tidak lewat daripada hari ketujuh selepas hari terakhir mana-mana tempoh gaji 5. Terma dan syarat minimum pekerjaan: a. Waktu Bekerja Normal: Waktu bekerja normal hendaklah tidak melebihi lapan jam dalam sehari atau 48 jam dalam seminggu. b. Cuti: Berhak mendapat cuti tahunan, cuti sakit dan cuti umum bergaji.
c. Cuti Tahunan: 8 hari cuti tahunan bergaji untuk pekerja yang berkhidmat kurang daripada dua tahun; 12 hari cuti tahunan bergaji untuk pekerja yang berkhidmat dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun, dan 16 hari bagi mereka yang berkhidmat lebih daripada lima tahun. d. Cuti Sakit: 14 hingga 22 hari cuti sakit bergaji untuk setiap tahun kalendar bergantung kepada tempoh perkhidmatan dan, jika perlu dimasukkan ke hospital, sehingga agregat 60 hari cuti sakit bagi setiap tahun kalendar. e. Cuti Umum: Berhak mendapat cuti bergaji pada 17 hari cuti umum Persekutuan atau Negeri yang digazetkan. Jika manamana cuti umum jatuh pada hari rehat, hari bekerja berikutnya akan menggantikan cuti umum tersebut. 5 daripada cuti yang wajib dan tidak boleh digantikan adalah: i. Hari Kebangsaan; ii. Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong; iii. Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Sarawak; iv. Hari Pekerja; dan v. Hari Malaysia. f.
Bayaran untuk kerja lebih masa: Bayaran minimun untuk kerja lebih masa adalah satu setengah kali kadar jam pada hari bekerja biasa, dua kali kadar jam pada hari rehat dan tiga kali kadar jam pada cuti umum.
6. Peruntukan istimewa untuk perlindungan pekerja wanita berkaitan dengan kerja waktu malam dan faedah bersalin: a. Pekerja wanita tidak dibenarkan bekerja dalam mana-mana kegiatan perusahaan atau pertanian antara jam sepuluh malam dan lima pagi, melainkan mendapat kelulusan terdahulu Ketua Pengarah Tenaga Kerja. b. Pekerja wanita berhak mendapat cuti bersalin bagi tempoh tidak kurang daripada 60 hari berturut-turut setiap kali bersalin melainkan dia mempunyai lima anak atau lebih yang masih hidup. 7. Faedah penamatan dan rentikerja sentara Pekerja yang diberhentikan atau ditamatkan pekerjaan atas sebab kelewahan berhak bagi setiap tahun perkhidmatan mendapat gaji 10 hari jika diambil bekerja untuk kurang daripada dua tahun; gaji 15 hari jika diambil bekerja untuk dua hingga lima tahun; gaji 20 hari jika diambil bekerja untuk lima tahun atau lebih.
8. Tidak hadir tanpa keizinan Jika pekerja tidak hadir kerja untuk lebih daripada 48 jam tanpa alasan munasabah dan tidak memaklumkan atau cuba memaklumkan majikan, dia disifatkan mengingkari kontrak perkhidmatannya dan boleh diberhentikan. Implikasi Utama Semua pekerja di bawah Ordinan ini perlu diberi kontrak perkhidmatan bertulis mengandungi terma pekerjaan. Akta Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) Untuk Pekerja dalam negeri Sarawak dan dalam kategori kerja 3 (a &b) di atas
Bidang Utama Gaji RM2500 ke bawah
Implikasi kepada Majikan Beri kontrak perkhidmatan kepada setiap pekerja. Gaji dibayar dalam 7 hari pertama bulan berikutnya.
Waktu bekerja
-
-
Waktu bekerja normal tidak melebihi 8 jam sehari atau 48 jam dalam seminggu. Tidak melebihi 5 jam berturut-turut tanpa rehat selama 30 minit. Tidak melebihi rangkuman 10 jam sehari.
Cuti Tahunan Faedah cuti tahunan minimum bergantung kepada bilangan tahun dengan syarikat: Kurang daripada 2 tahun -----8 hari Lebih daripada 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun -----------12 hari 5 tahun ke atas – 16 hari.
Cuti Sakit
14 hingga 22 hari cuti sakit bergaji. 60 hari kemasukan ke hospital termasuk cuti sakit bergaji.
Cuti umum
17 hari cuti umum yang digazetkan
Pengambilan kerja Wanita, Larangan kerja waktu malam
Tidak dibenarkan bekerja dalam kegiatan perusahaan atau pertanian antara 10 malam hingga 5 pagi.
Elaun bersalin untuk pekerja wanita
Cuti bersalin minimum 60 hari. Bagi pekerja wanita yang bekerja mengikut kadar gaji harian atau mingguan – Elaun adalah berdasarkan Kadar Bayaran Biasa atau bayaran minimum RM6.00 sehari, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Bagi pekerja wanita yang bekerja mengikut kadar gaji bulanan – Elaun adalah berdasarkan kadar gaji bulanan.
Notis penamatan
Tempoh notis minimum berdasarkan bilangan tahun bekerja dengan syarikat: Kurang daripada 2 tahun ------ Notis 4 minggu 2 hingga 5 tahun ------------- Notis 6 minggu Lebih daripada 5 tahun------ Notis 8 minggu
Bayaran untuk kerja lebih masa pada hari bekerja biasa
Hari bekerja:------ 1.5 x kadar jam.
Bayaran untuk kerja lebih masa pada hari rehat
Hari rehat:---------------2 x kadar jam
Bayaran untuk kerja
Cuti umum:------3 x kadar jam
lebih masa pada hari cuti umum Faedah penamatan pekerjaan & Rentikerja sentara
Penamatan/ Rentikerja sentara atas sebab kelewahan memerlukan majikan untuk membayar: Kurang daripada 2 tahun --- Gaji 10 hari 2 tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun ----------- Gaji 15 hari 5 tahun ke atas ------ Gaji 20 hari
Tidak hadir tanpa keizinan
Boleh diberhentikan kerja jika tidak hadir kerja untuk lebih daripada 48 jam tanpa alasan yang munasabah