DIMIN BANSAI MENJADI PENYEMBAH SEJATI
Penerbit DIMIN BANSAI 2
MENJADI PENYEMBAH SEJATI Oleh: Dimin Bansai Copyright © 2010 by Dimin Bansai Penerbit Dimin Bansai
[email protected]
Diterbitkan melalui: www.nulisbuku.com
Ucapan Terima Kasih Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Bapa Sorgawi yang telah menuntun dan memimpin hidup saya. Hanya oleh kerana kasih karuniaNya buku ini dapat dipersembahkan kepada semua. Juga, terima kasih kepada isteri saya, Eva kerana mendukung apapun yang saya kerjakan. Dimin Bansai
KANDUNGAN Tajuk
Halaman
1. Ucapan Terima kasih
2
2. Penyembahan anda
4
3. Penyembahan yang tidak murni
17
4. Memuliakan Tuhan
27
5. Menjadi penyembah sejati
38
PENYEMBAHAN ANDA Alkitab menyatakan bahawa manusia diciptakan serupa dengan gambar Tuhan. Dan bukan itu sahaja manusia telah diciptakan untuk menyembah Tuhan oleh kerana itu dapat dikatakan bahawa pekerjaan terbesar semua manusia adalah untuk memuliakan Tuhan. Bagaimanakah dengan anda hari ini? Apakah anda sudah melakukan tujuan itu dalam hidupmu? Coba renungkan apa yang anda sudah lakukan selama ini? Adakah ada pengalaman-pengalaman di mana anda menyembah dengan sungguh-sungguh? Bagaimanakah keadaan pada masa itu? Mungkin anda memiliki pengalaman-pengalaman penyembahan pada masa lalu. Tapi di dalam buku ini saya ingin anda menilai penyembahan anda saat ini. Sekarang ini! Mahu atau tidak mahu kenyataannya Tuhan telah menciptakan anda sebagai penyembah. Dia mahu supaya saudara menyembah Dia. Tuhan Yesus telah mati di atas kayu salib untuk menyelamatkan manusia dan membuka jalan sehingga manusia dapat masuk ke dalam hadiratNya untuk memuji dan menyembahNya. Hari ini, bagaimana dengan penyembahan anda? Tahukah anda bahawa Tuhan sangat rindu agar saudara dipulihkan dan mengalami terobosan dalam penyembahan. Karena jika tidak demikian, maka kehidupan yang keluar dari dirimu tidak akan berkenan kepada Tuhan dan tidak akan pernah mencapai tujuan hidup anda. MANUSIA DICIPTAKAN UNTUK MENYEMBAH TUHAN Kita harus mengerti bahawa kita diciptakan untuk menyembah Allah. Artinya seluruh hidup kita direncanakan untuk memuliakan Tuhan. Tubuh, jiwa dan roh kita harus memuliakan Tuhan. Tuhan mahu agar seluruh hidup kita akan menyenangkanNya. Perhatikan apa yang dikatakan di dalam Roma 11:36. Tujuan utama dari penciptaan manusia adalah untuk kesenangan Tuhan sebab telah dikatakan “segala sesuatu.. dari Dia, oleh Dia dan kepada Dia”. Demikian juga di dalam 1 Korintus 8:6 lebih jelas menyatakan bahawa kita diciptakan untuk menyembah Dia. Dikatakan bahawa manusia berasal dari Dia, dan seterusnya hidup kita harus untuk kesenanganNya. Saudara, kita hidup seharusnya bukan untuk diri sendiri lagi dan bukan juga untuk sesuatu yang lain akan tetapi kita hidup seharusnya untuk Dia yang telah menciptakan kita. Bagi Dia sahaja kemuliaan sampai selama-lamanya. Saudara, kita harus kembali kepada tujuan utama mengapa Tuhan menciptakan kita iaitu menyembah Dia. Jika tidak, saudara tidak akan pernah sampai kepada tujuan Tuhan dalam hidupmu.
A. TUHAN MEMERINTAHKAN KITA UNTUK MENYEMBAH-NYA Ingat, Dosa telah memisahkan manusia dari hadirat Tuhan. Akibatnya setiap orang yang berdosa tidak layak masuk ke dalam hadiratNya. Persekutuan dengan Tuhan telah terputus. Jalinan kasih antara manusia dan Tuhan telah hilang. Walaupun Tuhan tetap setia mengasihi manusia, akan tetapi manusia tidak lagi bisa mengasihi Tuhan. Akan tetapi puji Tuhan! Allah telah menyediakan jalan keluarnya iaitu melalui pengorbanan Yesus Kristus. Setiap orang yang percaya kepada Yesus dan menjadikanNya sebagai Tuhan dan Juruselamat peribadinya, ia layak untuk masuk ke dalam hadiratNya. Demikianlah jalinan kasih itu kembali berputik dan inilah yang dikehendaki oleh Tuhan. Firman Tuhan berkata sesiapa yang mengasihi berasal dari Tuhan dan mengenal Tuhan (1 Yohanes 4:7). Kita dapat lihat betapa Tuhan rindukan jalinan kasih ini. Mengapa? Kerana perintah yang terutama adalah mengasihi Allah dengan sungguh-sungguh! Lihatlah Firman Tuhan di dalam Matius 22:36-38 MATIUS 22:36-38 “Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu. Itulah hukum yang terutama dan yang pertama” Perintah Tuhan bagi setiap orang percaya adalah mengasihi Tuhan! Inilah penyembahan yang sejati iaitu oleh kerana kasih, kita menyerahkan seluruh hidup kita untuk memuji dan memuliakan Tuhan. Penyembahan tanpa kasih tidak akan berkenan kepada Tuhan. Kerana setiap orang yang mengasihi, lahir dari Tuhan dan mengenal Tuhan. Barangsiapa tidak mengasihi, ia tidak mengenal Tuhan, sebab Tuhan adalah kasih. (lihat 1 Yohanes 4:7-8) Satu contoh yang sangat baik bagaimana seharusnya kita hidup adalah ketika Yesus dicobai oleh Iblis di padang gurun. Bukan sahaja Yesus menyatakan prinsip terpenting ini tetapi Dia juga berani mengaplikasikan prinsip ini dalam hidupNya. Pada waktu itu Iblis menunjukkan kerajaan dunia dan berkata “semua ini akan kuberikan kepadaMu jika Engkau sujud menyembah aku”. Iblis menyadari bahawa penyembahan adalah hal terpenting dan paling tinggi. Oleh kerana itu Iblis berusaha untuk menipu manusia untuk menyembah kepadanya. Ia mendambakan penyembahan. Ini kerana Iblis tahu penyembahan adalah hak tertinggi yang dapat diterima oleh siapapun. Namun demikian Yesus berkata "Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!". Yesus sedar bahawa yang layak menerima hak tertinggi ini adalah Tuhan sahaja oleh itu ia tidak membiarkan diriNya ditipu oleh Iblis.
Saudara, apakah anda sudah memberikan hak tertinggi ini kepada Tuhan? Ingatlah; kita telah diciptakan untuk kesenangan Tuhan, untuk kemuliaan Tuhan, untuk menyembah Tuhan. Ingatlah… jikalau anda tidak memberikan hak ini kepada Tuhan, anda akan memberikan hak ini kepada sesuatu yang lain. Akibatnya… anda akan sangat mudah ditipu oleh Iblis.
B. APA YANG TELAH TERJADI KEPADA PENYEMBAHAN ANDA?
Hari ini marilah kita menyelidiki hidup kita. Apakah kita sungguh-sungguh mengasihi Tuhan? Hal ini penting sekali! Tanpa kasih yang sungguh-sungguh ini semua yang pernah saudara kerjakan selama ini mungkin tidak berarti apa-apa. Mengapa saya katakan demikian? Ini